Saturday, August 30, 2008

Baca... Untuk renungan sejarah ...

Ini satu lipatan sejarah yang telah dilupakan oleh rakyat Malaysia terutamanya remaja kini. Aku ambil dari blog Tukartiub kerana tulisan ini amat bererti bagi kita. Terima Kasih Saudara Isham kerana mengimbas kembali sejarah lampau serta taktik kotor penjajah dan diteruskan oleh kerajaan bn.

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA.

Merlalu media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong.

Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963.

Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ).

Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata.

Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948.

Penjajah British memanggilnya Darurat.

Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat.

Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM) Parti Komunis Malaya (PKM) Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malaya National Organisation belum wujud.

Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai.

Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila.

Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob.

Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu.

Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh.

Slogan nya ….Hidup Melayu !Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British.

Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budah suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka.

Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini.

Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya.

Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap.

Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan.

Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai.

Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan.

Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP.

Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964.

Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab.

Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!Ini kelentong.

Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri.

Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays Nationalis bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Mekayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut.

31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

Anwar temui MP BN

Bincang sertai Pakatan Rakyat
30 August 2008

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Thursday, August 28, 2008

Agendadaily hipokrit Oleh Najwa Suhaimi

Analisis/ laporan akhbar portal Agenda daily mengenai keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Akhbar ini juga merupakan penganjur 2 debat yang melibatkan Dato Seri Anwar dan Dato Shabery Chik, Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon.

Tujuannya supaya budaya ilmiah dan intelek dapat dipupuk.

Tak sangka pulak Agenda Daily sendiri gagal merealisasikan budaya itu.

Buktinya lihatlah berita di bawah

Anwar ' menang besar ' hanya dengan 857 undi baru

Agenda Daily melaporkan Mac lalu, Wan Azizah memperolehi 30,338 undi sedangkan Anwar hanya mendapat 31, 195 undi sahaja. Jika dibandingkan undi mereka, Anwar cuma dapat lebih 857 undi sahaja.

Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihaknya, pemimpin de Facto PKR itu tidak sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk menenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini

Hakikatnya ini adalah pilihanraya kecil.

Selalunya dalam pilihanraya kecil pembangkang sukar menang.

Kalau menang pun, majoritinya kecil.

Segala jentera digunakan. UMNO memanipulasi punggung SayFool. Sumpah SayFool dijaja merata-rata.

Akhbar dan TV melaporkan berita negatif tentang DSAI dan penyokongnya. Pun begitu beliau tetap berjaya dengan majoriti bergaya.



Saya cabar Agenda Daily menganalisis fakta di bawah.


Pilihanraya kali ini jumlah majoriti DS Anwar lebih besar dari jumlah undi yang diterima oleh Arif Shah.

DUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS.

Di bawah ini adalah undi mengikut DUN. Mari kita lihat siapa yang kena?

DUN Penanti undi menyumbangkan kepada DS Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).


DUN Permatang Pasir, DS Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).


Di DUN Seberang Jaya, DS Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36). Untuk pengetahuan semua Arif Shah adalah wakil rakyat di Seberang Jaya.


Beliau tewas dengan majoriti 4,739 di DUNnya sendiri.

Sepatutnya beliau menang di kubu beliau.

Lepas ni Arif Shah kena fikir untuk cari kerja lain selepas PRU akan datang.

Bolehlah tinjau mana-mana kawasan perumahan untuk beliau jadi agen surat khabar lama.


Kepada wartawan Agenda Daily, kalau nak jadi barua UMNO pun, janganlah tunjukkan kebodohan tahap kritikal.

Jadilah barua yang cerdik jangan jadi barua yang bangang

Harapan

Wednesday, August 27, 2008

Jalan Berliku Ke Putra Jaya



Re: 16 hb September Harus Ditunda
by camar98 on Wednesday, August 27 @ 16:04:38 MYT

Walaupun dah si sahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimana, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok 28 Ogos 2008 tapi amatlah membimbangkan saya sekiranya Undang2 Sample DNA dibacakan untuk dibahas seterusnya diluluskan sebelum Belanjawan 2009 supaya boleh dipakai dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1. Kerisauan saya adalah dalam klausa 24 yang menyatakan sampel DNA yang diambil sebagai bukti yang sahih dan menghadkan kuasa mahkamah untuk mempersoalkan ketulenan sampel DNA tersebut.

2. DNA tersebut hanya boleh diambil oleh POLIS sedangkan kita tahu, kepercayaan orang awam terhadap polis semakin merosot.

3.Saya memohon supaya orang bijak kat Malaysia mempertikaikan pembentangan tersebut dari di bahaskan buat sementara dan di kaji semula apa yang terkandung di bawah undang2 sample DNA seperti berikut;

Fasal 13 (7): Seseorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

Fasal 24: Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat daripada Bank Data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Fasal 25: Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap -

(a) Menteri;
(b) Ketua Bank Data DNA;
(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;
(d) pegawai Bank Data DNA;
(e) seseorang pegawai perubatan kerajaan; atau
(f) seseorang ahli kimia,

berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

Tuesday, August 26, 2008

Tukar Tiub: SEMUA TELAH DI LAKUKAN

PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,4591.
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled(2008)-30,348
Majoriti/Majority:13,398

Posted: Tue Aug 26, 2008 2:13 pm Post subject: MALAYSIA DI AMBANG PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU

Live Permatang Pauh: Anwar mahu ke Parlimen secepat mungkin untuk bentuk kerajaan Selasa, 26 Ogos 2008

Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh Anwar akan ke Parlimen secepat mungkin [11.20PAGI, KEMASKINI]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) -

Anwar umumkan untuk ke Parlimen secepat mungkin dan akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata sedemikian selepas membuang undi di luar perkarangan Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pagi ini. anwar ke parlimen akan segera mengadakan perbincangan dgn mp bn utk form kerajaan secepat mungkin
Update 10:40am - dari peti undi Penanti.Mood pengundi setakat ni Alhamdulilah, aku macam nampak depa mengundi dekat Putrajaya...heran betoi aku...awat tempat mengundi ni bangunan dia nampak macam Putrajaya?

Petugas Parti nampak macam tak balance...sebelah Pakatan Rakyat kemas, bersemangat tambah pulak rakan-rakan dari MIC. MCA & GERAKAN pun turut serta merayu undi bagi pihak Pakatan Rakyat.

Petugas UMNO macam kekok nak pegang bendera...aku soh tukaq pakai baju Pakatan Rakyat, depa diam je tak jawab...bapak marah..?

Dongak kat atas - Helikopter tengah sibuk terbang.

semalam aku sembang dengan abang pulis...abang pulis cakap seronok naik heli...aku tanya balik awat seronok?dia cakap - sebab boleh terebang... aku gelak, dia pun gelak... masa salam dia pesan kat aku dengan geng yang ada dekat aku, tolak KERAjaan corupt...aku jawab balik, aku bukan pengundi kat sini, pulis tu jawab balik - tak kira la hang undi ka tak undi...KERAjaan corupt tetap kena tolak......Alhamdulillah...
-----------------------------------------------------------------------------------------
Lapuran terkini Pilihanraya Permatang pauh 26/8/2008

4.59 pm Difahamkan, polis akan membuat sidang media pada pukul 6 petang ini. [Mstar] tukartiub pula melapurkan, YB Gobalakrishnan dan beberapa anggota AMT PKR telah pun berada di balai polis.Mereka sedang membuat laporan polis selepas penahanan bas pengundi hantu.

4.54 pm Lapuran dari MStar - Penyokong PKR telah menahan 5 buah bas pada pukul 3 petang tadi yang dipercayai membawa penyokong Barisan Nasional.3 buah bas kini sedang berada di Balai Polis Seberang Perai Utara manakala 2 buah lagi ditahan di Mengkuang Titi.

4.47 pm ini lapuran dari Malaysiakini, Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.

4.41 pm tukartiub melapurkan kesemua jalan di Permatang Pauh sesak teruk. FRU membuat sekatan laluan Kulim-Butterworth.

4.38 pm harismibrahim melapurkan beberapa truck polis lagi sampai ke Inst. Perg. Bainun. Sementara dinmerican melapurkan lagi 20 truck FRU kelihatan di Lebuhraya Butterworth menuju ke sana.

4.33 pm Kampung Pelet celebrating now. Barisan Nasional already "tutup kedai".

4.20 pm Inst. Perguruan Tengku Bainun sudah mula di penuhi orang. Beberapa terak FRU memasuki kawasan bersama UTK yang lengkap bersenjata. Helikopter berlegar legar di ruang udara. Ezam sudah pulang dan menurut berita dia sudah di Persampahkan oleh UMNO setelah jam 12 malam tadi.

4.18 pm Petugas di Sek Seberang jaya sudah beransur pulang. Tinggal 50% tenaga kerja yang tinggal.

4.12 pm Another bus was earlier stopped by the PKR ghosbuster team at Tanah Liat, Penanti, with 40 passengers. the bus has been taken to the Tanah Liat Balai Polis.Unconfirmed reports also have it that two vans have also been apprehended by the ghostbusters. [harismibrahim]

4.05 pm Parti Keadilan Rakyat members and supporters on location at Seberang Jaya police station.Skuad khas polis telah pun berada di sini dengan machine-gun mereka. 2 buah bas yang ditahan di balai polis Seberang Jaya itu dipercayai membawa warga Indonesia. [tukartiub]

4.03 pm Teman di Sebarang Jaya memberitahu Abdullah Badawi telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur sebentar tadi.

4.00 pm DS Anwar Ibrahim sedang menuju ke Instiut Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

3.59 pm Teman di sana mengesahkan penahanan BAS itu dan Shamsul Iskandar [AMK Malaysia] turut berada di sana. Lapuran dari tukar tiub - Helikopter polis berlegar di atas balai polis Seberang Jaya. 2 buah bas hantu berada di dalam balai polis itu sekarang. Sepasukan kecil skuad khas polis juga berada di situ.

3.52 pm This polling centre is opposite the Maktab perguruan Tengku Bainun, which served as the nomination centre on 16th August and will serve as the central counting centre tonight. Voter turnout is up to 70% now. The situation here is not as tense as elsewhere, with a high level of co-operation. Earlier at Mengkuang Titi, the PKR ghostbuster team intercepted two buses suspected of ferrying pengundi hantu. They have very wisely asked for the assistance of locals to handle this matter.

3.30 pm Viveg & Balraj reporting from the Sekolah Keb Penanti. This morning this area was crowded with some 5,000 supporters from both sides.Now, BN supporters are hardly visible. BN bilik gerakan looks pathetic with hardly any workers manning the booth. [harismibrahim]

3.16 pm memang benar ... ada info pembenihan di lakukan. Someone suggested there may have been cloud-seeding operations to get it to rain! But it’s not raining now, though the sky looks grey and overcast. [anilnetto]

3.07 pm Tempat persembunyian hantu-hantu pilihanraya telah dikesan.UiTM Seberang Jaya telah menjadi lokasi persembunyian hantu-hantu. Sila perhatikan individu dan kenderaan yang keluar masuk.2.41 pm Beberapa kenderaan pengundi hantu telah dikesan; WRH252, WHH252, WHH3819, WBN620, MBE8675, WCH3975, WHR5689, WBG8675, Siapakah tuan punya kereta dan siapakah penumpangnya? [tukartiub]

2.39 pm I have unofficial reports that the percentage of voter turnout as of noon is between 49 and 50 per cent. Reckon that this is pretty high and should hit above 80 per cent by 5.00pm. I hear from my running mates that there is intimidation of voters not only in Seberang Jaya but at Tanah Liat area as well but the folks there ain’t bothered. [anilnetto]

1.58 pm Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis. [mkini]

1.57 pm Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ. [mkini]

1.54 pm Di Kampung Pelet terdapat satu aduan daripada pengundi. Kertas undi untuk kotak Anwar Ibrahim telah disapu dengan lilin. Pengundi sukar untuk memangkah PKR.[tukartiub]

1.51 pm Seorang ahli PKR Bagan bernama Izat telah ditahan kerana memprotes tindakan polis.Kejadian berlaku di Kubang Semang. [tukartiub]

1.48 pm Setiap kali Anwar Ibrahim berada di sesuatu tempat mengundi untuk melakukan lawatan maka akan kelihatan helikopter terbang rendah. Misinya tidak diketahui. KJ dan kawannya Hisham Keris kini kelihatan berada di Sek. Keb. Permatang Pauh.Juga kelihatan ialah pasukan 'bodyguard' 2 orang kawan ini yang berlari lari anak mengekori kenderaan mereka. Misinya juga tidak diketahui.[tukartiub]

1.27 pm Panggilan dari Seberang Jaya 2 memberitahu hujan sudah berhenti

1.18 pm Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 54.8 peratus pengundi telah membuang undi.

1.06 pm Pengundi bernama AZHAR BIN HALIM No Kad Pengenalan 660428-08-5521 / A0381797 tidak terdapat namanya di dalam senarai daftar pengundi terkini yang dikeluarkan SPR tapi di benarkan mengundi di Sek. Keb. Guar Perahu - Kuala Mengkuang.PELIK !!! [tukartiub]

1.04 pm Bernama melapurkan melalui TV, setakat tengahari ini, 51% pengundi telah mengundi. Hujan renyai renyai telah turun dan mungkin berpenjangan sehingga malam.

12.45 pm Hundreds of Federal Reserve Unit (FRU) personnel and plainclothes policemen moved in to disperse thousands of vociferous supporters outside Sekolah Kebangsaaan Seri Penanti voting centre in Kubang Semang. [anilnetto]

12.36 pm Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi. [kenapa tak kena kepalanya?]

12.23 pm Cuaca di Permatang Pauh tidak menentu ketika ini. Hujan renyai di sesetengah tempat di ikuti dengan awan mendung. Kedatangan pengundi pengundi bertambah rancak di sesetengah tempat.

12.17 pm Lebuhraya PLUS arah Utara kesesakan berlaku dari Rawang. Pihak Polis mengadakan sekatan jalanraya dan lebuhraya bertukar menjadi satu lorong.Dari Utara ke Permatang Pauh, sekatan jalanraya diadakan di Sungai Petani. [tukartiub]

12.13 pm Pemantau PKR memberitahu, dikesan VAN INOKOM [WJP 3975] berwarna putih sedang membawa pengundi hantu johor baru keluar dari bertam menuju ke Permatang Pauh. Sila Pantau beramai ramai.

12.09 pm DS Anwar Ibrahim sudah keluar dari pos mengundi Tun Hussien Onn. 10 kereta mengiringi kenderaan beliau

12.01 pm Wan Ahmad Wan Omar [timbalan spr] anggarkan 50% pengundi telah keluar. Semua 25 pusat mengundi sesak dengan penyokong yang datang.

11.55 am Di beritahu Khairy dan Hisamuddin kelihatan di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. [lapuran dari tukartiub]

11.54 am DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn. [lapuran leez]

11.53 am Jalan di sekitar Kubang Semang telah mulai sesak.Jalan Sembilang di Seberang Jaya, keadaan agak tegang. Trak-trak FRU sedang diletakkan di Jalan Sembilang dan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.Antara 3 hingga 6 biji trak di satu-satu tempat. [lapuran dari tukartiub]

11.45 am Di beritahu penyokong kedua dua pihak di Sebarang Jaya sudah berlebihan dan keadaan menjadi sedikit tegang. PGA sedang berkawal.

11.42 am Pusat pengiraan undi di Pos mengkuang di beritahu di dalam keadaan terkawal. 5 trak FRU memasuki kawasan tersebut. Menurut wakil PKR, tiada masalah.

11.35 am DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya [info dari Leez]11.34 am di beritahu oleh jentera PKR, penyokong BN yang datang untuk menyokong di beberapa tempat pos mengundi di datangkan dari UiTM.11.31 am Setakat jam 11.00 pagi tadi "Anggaran kasar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah lebih 40 peratus sudah mengundi dalam tempoh kira-kira tiga jam pertama," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

11.22 am I don’t know how to describe the atmosphere here in Permatang Pauh. Electric, magical, heady… It’s all that and more. I spoke to the guy in charge of the PKR office here, and he is cautious. He expects a 3,000-5,000 majority. Right now, he is concerned that there are not enough PKR canvassers at Seberang Jaya, Ariff Shah’s stronghold. Many of the PKR volunteers are in Penanti.[lapuran anilnetto]

11.20 am Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.06 am Pos mengundi di Seberang jaya 2 pun agak kecoh. Punca sedang di kenal pasti.11.05 am Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.03 am pegawai media PDRM memberitahu terdapat 2 tempat agak tegang dan setiap pos undi di letak cctv. selain dari helikopter yang berlegar. Kawasan panas apabila calun membuat lawatan ke pos pos undi.

11.00 am Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 am Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

10.42 am Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 am Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian melontar objek. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

10.40 am difahamkan sehingga pukul 10 pagi, kira-kira 20 peratus pengundi sudah keluar mengundi.

10.30 am penyokong PKR lebih banyak di kawasan sek keb Seri Penanti dan menjadikan antara kawasan yang paling hangat dalam dunia. Hlicopter berlegar dia kawasan mengawal dari atas atau menghabiskan duit minyak...Seorang penyokong Pakatan ditahan kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.05 am Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.9.38 am Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.30.

9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.

9.30 am Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Seri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 am PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

50,000 hadir ceramah terakhir Anwar Ibrahim


Monday, August 25, 2008

Wang berterbangan di Permatang Pauh

Serah I/C dapat wang(Pinjaman)
Syarat Utama Undi BN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.

Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.

Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.

Saudara/i yang dihormati sekelian,

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.

Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.

Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.

Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.

Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.

Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.

Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.

Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.

Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.

Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya?aban 1429 / 24 Ogos 2008. - mr_

TEMURAMAH

Sunday, August 24, 2008

Saturday, August 23, 2008

.: Dari Permatang Pauh



rajazainudin said...
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Sujud syukur kami pada Tuhan.

Buah cempedak di luar pagar.,
Ambil galah tolong jolokkan
Biar sahih berita yg.didengar,
Jangan esok jadi bahan ejekan.

Pisang Emas dibaya belayar
Masak sebiji diatas peti,
Dalam perjuangan kena banyak bersabar,
Kejayaan kemenagan Allah yang bagi/beri.

Friday, August 22, 2008

MB Perak minta BPR memohon Maaf.

pendapat ~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~

Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.

Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut.

Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Jika BPR gagal memohon maaf, Mohamad Nizar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap badan itu bagi membersihkan nama mereka serta kerajaan negeri.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin, kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".

Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.

Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.

Nafi bermotif politikKeenam-enam individu yang ditahan BPR itu didakwa oleh badan itu meminta rasuah wang dan seks daripada seorang ahli perniagaan untuk mempercepatkan permohonan bagi projek perumahan tersebut.

Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.

Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.

Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.

BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.

Gagal sudah rancangan untuk merampas Perak...itu yg mula2 terlintas di kepala hotak ummi...kenapalah mereka tak boleh menerima kekalahan..sudah berapa lama mereka memerintah Perak ini..kena akurlah dengan takdir yg dah tersurat...bahawa mereka sekarang adalah pembangkang dalam negeri Perak ini...kenapa sampai sanggup nak mengaibkan orang lain....sudah hilang pertimbangankah...? atau merasa kesal terlepas banyak projek yg boleh memenuhkan kantong2 mereka...

Kalau penangkapan ini bukan bermotifkan politik.....abis bermotifkan apa...?? projek yg tak wujud diada2kan..dakwaan yg bercanggah..dan macam2 tektik nak bagi nampak real..tapi semuanya dah terbongkar..semuanya KONSPiRASI semata2...

Rakyat Malaysia bayar gaji BPR ni supaya buat kerja betul-betul.

Laporan rasuah yang bertimbun-timbun pemimpin UMNO langsung tak disentuh ni nak buat drama pulak.

Pegawai-pegawai BPR termasuk bosnya dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk memikul tanggungjawab dan amanah supaya membanteras rasuah yang semakin menjadi-jadi kini telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membuat drama 'budget rendah' untuk mengenakan orang yang tak bersalah.

Kononnya nak menjatuhkan kerajaan perak.

Sudah sampai masanya BPR diletakkan dibawah Parlimen supaya tidak lagi dipermain-mainkan oleh PM dan Jabatan Perdana Menteri, rakyat dah bosan dengan tingkah laku pemimpin korup seperti ini

"Manusia merancang..Tuhan yang menentukan.." kena ingat perancangan Allah adalah perancangan yang paling sempurna..

Wallahualam

AMANAT TUANG GURU NIK ABD.AZIZ

Rayuan Pengundi di Permatang PauhDilulus terbit pada Friday, August 22 @ 16:20:31 MYT oleh greenboc Oleh cacingbiru

"Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit.

UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.

Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku.

Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.

Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar.

Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T. Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau.

Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.

Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini.

Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008. Wassalam. DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008. "

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS

Anak Siapa?

Hantu Arif Shah berkeliaran di Ptg.Pauh


----------------------------------------------------------------
Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah!
Muda Mohd Noor Aug 22, 08 4:23pm

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

Thursday, August 21, 2008

http://kedahlarnie.blogspot.com

Suara Hati Pengundi Permatang Pauh


----------------------------------------------------------------Suara hati pengundi Permatang Pauh
Muda Mohd Noor Aug 20, 08 8:22pm

Ada pengundi Permatang Pauh mendakwa pemimpin parti politik yang bertanding tidak menghiraukan mereka terutama golongan yang memerlukan bantuan.

Dalam Tinjauan Malaysiakini ke beberapa kampung di parlimen tersebut hari ini, ada penduduk yang mengadu para pemimpin terbabit hanya membantu orang tertentu yang boleh memberi kepentingan sahaja.

Surirumah di Kampung Tun Saadon, Norma Ismail, 31, berkata pemimpin berkenaan tidak tahu kesusahan rakyat kerana mereka tidak turun menemui rakyat.

"Arif (Datuk Arif Shah Omar Shah) tidak turun. Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tidak turun. Kalau mereka prihatin kepada penduduk, datanglah tengok rakyat di kampung.

"Kami hendak wakil rakyat yang boleh membantu kami. Tetapi saya tidak kenal sama ada Arif atau Anwar," katanya.

Menurut Norma, Kampung Tun Saadon merupakan kubu kuat PKR dan mmepunyai kira-kira 500 pengundi, sebahagian besarnya orang Melayu.

Rahizan Osman, 50, pula mendakwa penduduk Kampung Tun Saadon berpecah angkara politik pilih kasih yang dilakukan oleh pemimpin tertentu.

Janji melampau

"Dulu penduduk sepakat, kini sudah menjadi lain. Wakil rakyat PKR pula, mereka pergi ke tempat orang dia sahaja, orang lain mereka tidak mahu temui," katanya.

Beliau berkata, kawasan Permatang Pauh agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding tempat lain di Pulau Pinang.

Oleh kerana itu, katanya, penduduk mahukan wakil rakyat yang boleh memajukan Permatang Pauh sebagaimana yang dijanjikan.

"Kita tidak mahu mereka yang berjanji secara melampau tetapi akhir tidak boleh melakukannya," katanya.

Penduduk Kampung Mengkuang Titi, Kalsom Ismail, 56, berkata, penduduk kampung lebih mudah percaya kepada pemimpin PKR daripada Umno.

Katanya, pemimpin Umno lebih cepat gelap mata apabila berdepan dengan wang ringgit berbanding pemimpin PKR yang hanya berkhidmat untuk rakyat.

"Dalam Umno, orang atas kenyang orang bawah apa ada? Saya rasa Anwar boleh bantu orang kampung," katanya.

Senang dengan Kak Wan

Kalsom berkata, beliau dan ramai orang kampung yang lain, tidak percaya dengan tuduhan liwat ke atas penasihat PKR itu.

Seorang lagi penduduk, Zakaria Yusof, 60, berkata, ramai pengundi Permatang Pauh gembira dengan ahli Parlimen sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

"Sesiapa sahaja boleh jumpa beliau dan beliau kuat bekerja tidak mengira waktu.

"Banyak juga pembangunan di sini (Permatang Pauh), malah lebih baik daripada beberapa tempat lain," tambahnya.

Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini, Anwar berdepan dengan Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanapi Mamat.

Hari mengundi ialah pada Selasa depan.

Ceramah MB Perak.

Tuesday, August 19, 2008

Bilik gerakan Puteri UMNO di Tinggalkan.



Akibat bantahan penduduk setempat di Permatang Pauh.

--------------------------------------------------------------------
Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.

Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.

Perangai Buruk Penyokong UMNO

Perangai Buruk Penyokong UMNO.

Tidak wajar sumpah Saiful dipolitikkan...
Aug 19, 08 1:30pm
Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menegaskan bahawa isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertuduhan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, tidak wajar dipolitikkan.

"Tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu, harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian," kata Yang Dipertua PUMPP, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.


-----------------------------------------------------------------------------

Kpd Wak dan sekelian pembaca.

Ini pandagan saya berkaitan krisis perundagan yang berlaku sekarang.

Saya teringat dalam satu surrah alquraan,bermaksud:

Jika ada di antara kamu yang boleh mencipta,Alquraan lebih baik dari ku,dengan hanya sekadar beberapa lambar ayat nya,maka ya Muhamad,akan aku tanggung segala dosa mu dan Hamba ku.

Sebagai umat Islam kita tahu bahawa Allah,pencipta alam,dan segala yang ada.

Maka ayat itu jelas ALLAH menyindir kita,jika kamu tidak percaya akan perintahnya.,tunggu lah Azab yang pedih dari nya.

Sebab itu bila Hudud di bentangkan,dan di luluskan,ada ramai yang mempertikaikannya,menolak dgn berbagai bagai alasan mengikut akal fikiran,lebih malang yg.menolak dari kalagan pemikir pemikir Islam.

Maka hari Allah memperlihatkan kecelaruan,kekusutan,pertelingkahandan berbagai perkara yang berkaitan undang-undang yg.tak berkesudahan dan tidak dapat diselesaikan.

Jika ada mana mana pandagan saya yang bersalahan harap betulkan,wallahualam.

===========================================================

"Malaysia Baru" Anwar pukau pengundi'
8 faktor BN tewas lawan Anwar
K Raveendran Nair .


Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Berbeza pula Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam".

Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu.

Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.

Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan.

Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu.

Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang.

Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah.

Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik.

Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap. Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India.

Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah.

Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN.

Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR.

Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India.

Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat.

Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.

Monday, August 18, 2008

Najib kena halau penduduk Permatang Pasir




ORANG KAMPUNG NAIK ANGIN

Lawatan Dato’Seri Najib Razak menjadi kecoh apabila orang kampong keluar untuk menunjuk perasaan.

Beliau yang dalam perjalanan pulang dari Seberang Jaya dan singgah untuk melawat bilik puteri UMNO di kampong tersebut telah disambut dengan tunjuk perasaan memprotes kehadiran beliau .

Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.

Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.

Perasaan inilah yang menyebabkan orang kampong menjadi marah kerana menurut penduduk kampong Kubang Semang,tidak ada sedikit pun anak tempatan di bilik gerakan puteri UMNO tersebut.

Dato Seri Najib yang singgah selama 15 minit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan bergegas lalu dari situ secara tergesa-gesa dan penduduk kampong mengejek beliau.

Tunjuk perasaan selama hampir 30 minit sebelum dan selepas kehadiran Dato Seri Najib itu berakhir apabila beliau beredar dari situ.

Sebelum itu,orang kampong yang tahu akan kehadiran Dato Seri Najib mula berkumpul beramai-ramai sekitar jam 4.00 petang kerana melihat kelibat putera UMNO.

Beberapa kain rentang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang berkumpul.

Keadaan menjadi bertambah kecoh dengan masing-masing berkumpul.

Hampir separuh anak-anak muda dan orang-orang kampong tersebut keluar untuk melihat kejadian tersebut kerana merasakan kehadiran bilik gerakan tersebut tidak harus ada dikampung mereka.malah ada yang menjerit “keluar dari kampong kami”,”jangan ceroboh kampong kami”.

Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 10 kilometer kerana masing-masing ingin melihat dan memperlahankan kenderaan dan kehadiran unit FRU.

Malah menurut orang ramai yang hadir,kebanyakkan putera UMNO seolah-oleh macam budak-budak sekolah yang dipergunakan.Mereka tidak seharusnya dipergunakan kerana musim cuti persekolahan ini.

Ezam dah tak de kawan,pun jadi jugak

ijam pi jugak dgn MAHA GARU silat NAIK KURSI rOdA

Sesumpah di Permatang Pauh

Pada hari penamaan calun, Ezam kelihatan Hadir. Sepanjang laluan dia ke tempat penamaan dia di BOO dan di cerca dengan panggilan 'Sesumpah' oleh ribuan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang laluan tersebut.

Ezam berjalan tanpa berpaling kerana malu nya tak terhingga.Apa nak buat? ... berani buat berani lah tanggung.

Sunday, August 17, 2008

Tengok tengok le....




----------------------------------------------------------------
Tinjauan Proses Penamaan Calon Permatang Pauh
Dikirim pada 17 Ogos 2008 oleh muhammadhanif
Salam Perjuangan…

16 Ogos, jam 2.30 pagi – saya bersama-sama YB Abdul Latif (ADUN Mengkebang), Shukri (abang YB), Hafiz Musa, Rosli Abdul Samad dan Fitri bertolak dari Ipoh menuju ke Permatang Pauh. Kami sampai di Permatang Pauh jam 5 pagi dan terus ke Permatang Pasir, DUN yang akan dibantu oleh Kelantan dalam mendepani pilihan raya kecil nanti. Ada ramai yang telah sampai lebih awal daripada kami, ada rombongan dari Perlis, Kelantan (satu bas) bermukim di Pejabat ADUN Permatang Pasir dan lain-lain negeri lain lagi.
Setelah solat subuh, kami bertolak ke Institut Perguruan Tunku Bainun. Kami sempat bersarapan di warung dalam 4 km dari tempat penamaan calon. Dalam pemerhatian saya semasa di warung tersebut sambil menikmati roti canai, saya dapati ramai orang telah berpusu-pusu yang menuju ke pusat penamaan calon. Tidak melintas langsung orang UMNO / perti komponen BN yang melalui jalan tersebut, yang berpusus-pusu hanya penyokong Keadilan sahaja. Ramai anak muda tempatan yang menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera Keadilan.

Dalam perjalanan menuju ke tempat penamaan calon, ramai kaum Cina dan India memegang bendera Keadilan, PAS dan DAP turut sama bagi menyokong DSAI. Jam 8 pagi, saya sempat bersama-sama dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bersama isteri yang baru sampai. Sambil berarak sempat juga bertemu dengan Raja Petra dalam perarakan tersebut. Semua orang yang menuju ke tempat penamaan calon hanya orang Pakatan Rakyat sahaja diiringi dengan tarian singa dan tarian kaum India (tak tahu apa nama tarian).
Setelah sampai di pintu utama Intitut Perguruan Tunku Bainun, saya difaham oleh Pak Bakar, DSAI telah sampai. Kalau dilihat akan keramaian orang yang hadir, apa yang telah dibuat oleh Saiful Bukhari (bermuqabalah / bersumpah) tidak menjadi halangan / bukan satu tamparan kepada semua penyokong DSAI untuk turut memberi sokongan kepada beliau. Nyata, sumpah yang telah dibuat oleh Saiful tidak memberi impak / kesan kepada penyokong DSAI.

Turut hadir memberi sokongan kepada DSAI adalah Pimpinan dari Kelantan. Antaranya YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz, YB Dato’ Husam YB Abdul Fattah Harun, YB Drs Saiful Bahrin, YB Wan Hassan, YB Abdul Latif, YB Ustaz Mat dan lain-lain lagi.
Sebelah UMNO / BN pulak, nampak tak ramai yang hadir memberi sokongan. Ada penyokong UMNO / BN yang lewat hadir terpaksa melalui lautan penyokong DSAI, mereka memecat baju mereka kerana malu dek keramaian penyokong DSAI.

Saya musykil , kenapa saudara Ezam tidak turut hadir sama dalam menyokong Datok Arif Shah. Atau dia kecewa kerana tidak dicalonkan untuk melawan DSAI, bekas sifunya. Pada saya, Ezam hanya mainan politik orang UMNO/ BN sahaja untuk dujadikan boneka untuk menjatuhkan DSAI.
Saya harap saudara Ezam patut fikir balik baik buruk dia berada dalam UMNO / BN. Janganlah sebelum penamaan calon melalak nak lawan DSAI, tapi bila tidak jadi calon BN untuk Permatang Pauh, bersembunyi macam penakut pulak. Rasanya karier politik beliau semasa sudah berpenghujung. Tapi, tak tahulah, hanya Allah Maha Mengetahui.

-----------------------------------------------------------------------
indraputra80SarjanJoined: Mar 13, 2008Posts: 317
Posted: Sat Aug 23, 2008 2:27 am Post subject:
-----------------------------------------------------------------------
Quote:
Sebuah Parti yang jelas dan terang membela bangsa melayu ialah Umno


Cuba ta'rif kan apa erti UMNO??????????

Kemudian tanya diri ,ada kah ia masih relevan????

Ni....Hang buka mata sikit,"Malay" yang di canangkan dalam UMNO tu dah tak ujud lagi,.kalau ada pun hanya serpihan yg.makan tempe.

Selebihnya,kadazan,iban,murut dan paling menyakitkan Mamak tongkang yg.hanyut jadi kelasi kapal kat penang port dulu, ..chek nak habak tau.....

Depa ni yang lebe sudu dari kuah.

Nenek hang dah pesan "jumpa ulak dgan geng ni,bunuh geng ni...."

Tapi hang tak sedak.....nah smuer kena belit.,.

Ada yang keturunan ayam Turki,Arab Badwi,kut bole jaga Agama,tapi ugama di ubahnya di beri jenama baru Had Hari ,apa ada pada UMNO.

Yang kekal Islam,itu jaminan Allah.

maka kami bediri atas kalimah Lailahhailllah...........membangun bersama ISLAM.

Lagi bukti penyokong PR Di PTG PAUH

Saturday, August 16, 2008

Sokongan PKR di Permatang Pauh


-------------------------------------------------------------------




Anggaran pemyokong, UMNO 5000 dan selebihnya adalah Pakatan Rakyat. Kemungkinan Jumlah mencapai lebih 50 ribu atau 70 ribu orang.
-----------------------------------------------------------
Fikir fikir sendiri lah...

PESANAN KEPADA ANDA YANG KE PERMATANG PAUH-malaysiakini dari depanTidak ramai yang mengetahui perkara ini, pihak CIA dan FBI telah mula berkampung disekitar kawasan Permatang Pauh dan Butterworth bagi memantau pilihanraya ini.

Ditegaskan disini kehadiran merekan kesini tiada kaitan dengan DSAI atau jemputan dari PR.(Istilah 'Ditegaskan' disini membawa maksud untuk menangkis fitnah-fitnah yang mungkin berlaku).

Tugas mereka bukan sahaja memantau pilihanraya, tetapi tugas besar mereka adalah untuk memantau Abdullah Badawi kerana kes-kes antarabangsa yang mungkin dihadapkan kepadannya (Tuduhan akan diberitahu oleh saya selepas penamaan calon, harap maaf.).

Kehadiran wakil dari pihak United Nation (PBB) untuk memantau pilihanraya pada kali ini.

Juga kehadiran hampir semua Major Brodcasting Company di Permatang Pauh untuk membuat liputan mengenai pilihanraya ini.

Sebuah stesen Tv di Indonesia juga akan menayangkan secara langsung keadaan dihari penamaan calon tersebut.

Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dihari penamaan calon adalah sebagai pengiring DSAI.Saya juga ingin menyampaikan pesanan dari DSAI kepada semua penyokong PR.

PR tidak mahu mengambil tahu siapa calon yang bakal ditentang. DSAI mahu semua penyokong dan petugas-petugas pilihanraya bekerja bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan bilik-bilik gerakan kosong.

Haruslah ada orang yang menjaganya setiap masa.

Cogan kata MERDEKA telah diumumkan oleh DSAI sebagai moto bagi PR pada pilihanraya kecil ini.

Merdeka disini membawa maksud, Merdekakan rakyat dari belenggu kemiskinan, Merdekakan rakyat dari kenaikan harga minyak, Merdekakan Malaysia dari rasuah dan kronisme, Merdekakan institusi dan badan perundangan dari rasuah, setiap rakyat yang merdeka berhak untuk mendapat pendidikan percuma dan rawatan kesihatan percuma, dan Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN.

PERINGATAN: Pada penyokong PAS, PKR dan DAP, ini bukanlah masanya kita untuk bertekak siapa yang betul dan siapa yang salah antara kita.

Yang penting kita kena memastikan DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Dengan kemenangan beliau, peratusan untuk PR ke Putrajaya amat tinggi.

Kita sebagai orang bawah dan pemimpin peringkat akar umbi haruslah berfikiran rasional dan bekerja berganding bahu bagi memastikan DSAI memenangi pilihanraya ini.

Pilihanraya belum lagi bermula, tetapi anda semua masih lagi bersifat kebudak-budakan.

Putrajaya belum ditawan, tetapi kata-kata anda itu boleh memberi kesan kepada peratusan PR untuk ke Putrajaya.

Ingat, Pertama sekali kita mesti Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN terlebih dahulu. Ini penting dan simpan ayat ini diminda anda.

Sy-fool,bersumpah.

Manusia akhir zaman,sudah tidak takut dengan Tuhan,malah di permain mainkan.Sasungguhnya orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah akan gementar hatinya dan bila dibacakan ayat ayat Allah kepadanya,bertambah Imannya ....Surrah Al Anfaal)Sedangkan Syiful mengikut pandagan saya ketika melafazkan sumpahnya,wajahnya ceria,bersaahaja,saolah olah membaca skrip drama yang telah di sediakan padanya.Maka tunggulah azab yang amat pedih dari Allah s.w.t.

Sejarah untuk di Baca

Sewaktu Abu Ubaidah bin Jarrah menakluki Damaskus di Syria pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, dan begitu juga ketika menakluki Jerusalem di Palestine, maka pasukan Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Amru al-As, Syurahbil bin Hasanah, dll...maka penaklukan terhadap tanah jajahan Rome itu menjadi mudah kerana telah mendapat kerjasama dan pertolongan dari pihak Gereja di situ.....

Dan apabila Khalifah Umar al-Khattab dijemput ke Jerusalem utk menerima penyerahan kunci Kota Suci itu, maka pihak Gereja sangat mengalu-alukan ketibaan Khalifah Umar bahkan apabila tiba waktu Solat, maka Uskup Agung Gereja mempersilakan Khalifah Umar menunaikan Solat di dlm Gereja, akan tetapi ditolak dgn baik oleh Khalifah Umar dgn alasan ditakuti umat kemudian akan merampas semua gereja2 utk dijadikan masjid......

Begitu juga pada waktu Panglima Amru al-As dgn pasukannya yg cuma berjumlah 4,000 orang sahaja berhasil menakluki Mesir dari pemerintahan empayar Rome, dan penaklukan itu menjadi mudah kerana mendapat bantuan yg sepenuhnya dari orang2 Qibti yg keseluruhannya beragama Kristian pada ketika itu....

Dan para tokoh2 Sahabat yg dijamin Syurga ini tidak pernah menolak utk bekerjasama dgn orang bukan islam dlm bidang politik, malah sejarah amat mencatat bahawa sepanjang penaklukan2 ke atas tanah jajahan Parsi dan Rome itu, maka para penduduk tidak pernah dipaksa utk memeluk Islam, tetapi mereka bebas menganut agama masing2 tetapi dgn syarat mesti membayar Jizyah...malah tokoh2 besar tersebut banyak melantik orang2 Kristian yg berkelayakan utk memegang jawatan2 penting dlm pemerintahan Islam spt dlm bidang pengurusan kewangan, ekonomi, dll......

Dan Nabi SAW sendiri tidak ada masalah dgn orang2 kafir yg tidak memusuhi Islam.....sehingga terbukti bahawa mereka mengkhianati Islam maka barulah diperangi. Bacalah sejarah sampai habis.....

Orang munafik tetap menafik tetapi Nabi SAW tidak memerangi mereka....Abdullah bin Ubai selalu Solat di belakang Nabi SAW...sejarah mana pulak yg menceritakan bahawa orang munafik tidak dibenarkan memasuki jemaah Islam?

Tahukah Ahmadhadeed bahawa Nabi SAW melaksanakan Solat jenazah terhadap mayat Abdullah bin Ubai yg terkenal munafik itu?

Dan terlalu banyak kisah2 sejarah Nabi SAW dan tokoh2 Sahabat yg menceritakan berkenaan hal sedemikian......

Diharap Ahmadhadeed jgn lagi cuba menyelewengkan fakta sejarah Islam hanya bersandarkan kpd pemikiran sendiri tanpa merujuk kpd perjalanan sebenar sejarah tersebut......kerana drp artikel yg lepas, banyak kenyataan Ahmadhadeed yg menyeleweng daripada fakta yg sebenar, termasuk tuduhan Ahmadhadeed terhadap Anwar Ibrahim.

Thursday, August 14, 2008

Sekitar Muktamar PASm ke 54




TGNA Membantu Kempen Permatang Pauh.

Mursyidul-am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat memberitahu bahawa beliau akan turun ke Permatang Pauh dan mengiringi DS Anwar Ibrahim semasa hari pencalonan pada 16 Ogos ini.

Dalam satu temuramah dengan TVPas.com, beliau membayangkan kemenangan besar akan berpihak kepada DS Anwar.

“Kalau Dr. Wan Azizah boleh menang dengan majoriti 13,000, itu baru anak perempuan. Tapi yang ini anak jantan, mesti dapat 20,000 majoriti.” kata beliau.

Kehadiran TG Nik Aziz pada hari penamaan calon, ketika Pas sedang mengadakan Muktamar di Ipoh, merupakan tanda sokongan padu pemimpin Pas ini terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Berbeza dengan pendirian Hj. Hadi, TG Nik Aziz lebih mengutamakan kesepakatan didalam Pakatan Rakyat untuk jangka panjang, daripada isu-isu yang boleh menimbulkan perpecahan.

TG Nik Aziz?juga menasihatkan pengundi-pengundi Permatang Pauh agar tidak terpedaya dengan fitnah yang dilakukan oleh Umno terhadap DS Anwar Ibrahim. Beliau juga merasakan kesal dengan fitnah yang berterusan terhadap pemimpin PKR ini.

“Fitnah yang dibuat terhadap DS Anwar ini, orang tak buat tengah jalan. Liwat, rogol, zina ni orang tak buat tengah jalan tapi dalam bilik. Bila buat dalam bilik, macam mana kamu tahu?.? Ni belum bawa kemahkamah, dah sibuk suratkhabar, radio, TV, luruhkan airmuka orang ni. Akhirat kelak, binatang ini semua masuk neraka kalau tak minta maaf pada Anwar.” tegasnya lagi.

Video temuramah TG Nik Aziz ini boleh dilihat di tvpas.com.

Tuesday, August 12, 2008

Amanat Hj.Hadi

Kata dua Hadi pada konvensyen parti itu di Pulau Pinang SHAH ALAM - Tarikh 16 September mungkin akan mencatat sejarah dalam dunia politik tanah air apabila kemungkinan berlakunya perpisahan Pas dari Pakatan Rakyat (PR).

Kemungkinan itu berdasarkan pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Pendirian nekad Presi­dennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluahkan sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara.

Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, semalam dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti.

Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, kelmarin. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau.

Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji.“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain.

“Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menyifatkan pendirian Abdul Hadi bukan kenyataan main-main, Mohamed Hafiz rasional dan yakin kenyataan pemimpin utama parti Islam itu sebagai usaha memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

“Timbul kebimbangan kalaulah 'kerajaan baru' yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi melihat Islam sebagai utama, agama dipinggirkan dan sekiranya berlaku, keadaan mungkin akan lebih teruk daripada sekarang.“Andai tiada dominasi Islam, Pas takkan bersama Pakatan dan sekali lagi kami tegaskan pendirian Tuan Guru Presiden disokong penuh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan mempertahankannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah kenyataan terbaru Abdul Hadi itu memberi kesan langsung kepada komitmen Pas negeri itu dalam membantu kempen calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut.“Pemuda Pas negeri 'no komen',” katanya.