Monday, September 29, 2008

Amalan di akhir Ramadan

Oleh
degojiguarana

" Pada satu hari datang seorang wanita yang sangat cantik parasnya bertemu rasulullah....

pada waktu itu rasulullah dikelilinggi para sahabatnya.semua sahabat sangat terpegun dengan kecantikan wanita itu.setelah wanita itu berada dihadapan rasul s.a.w...para sahabat memberi perhatian apa yang hendak dikatakan oleh wanita itu..

wanita itu meminta izin dan berkata..ya rasulullah,,tolong carikan saya seorang suami..semua sahabat ghasa sangat teruja..rasul s.a.w bersabda..insyallah..seterus kata wanita itu..suami yang saya impikan itu mestilah memenuhi tiga syarat..sabda rasul s.a.w..

insyaallah baginda akan cari sebaimana yg wanita itu mahukan dikalanggan sahabat baginda..kata wanita yang sangat cantik itu..syaratnya yg pertama sisuami nya itu mestilah seorang yg solatnya sepanjang malam..yg kedua si suami itu mestilah seorang yg khatam alguran setiap hari sepanjang malam..

syarat ketiga suaminya itu mestilah seorang yang berpuasa sepanjang tahun hari hari ..melainkan hari yang diharamkan berpuasa sahaja .setelah mendengar itu semua sahabat rasul s.a.w..ghasa kecewa..kerana masing masing ghasa tak mampu memenuhi syarat yg telah diminta wanita cantik itu..rasul s.a.w..

bertanya semua sahabat baginda..adakah mereka semua telah mendengar apa yg dikatakan wanita itu dan syarat syarat untuk menjadi suami nya..semua nya menjawab ..yaa rasulullah..dan baginda bertanya adakah sapa sapa yang sanggup...semua nya senyap..setelah rasul s.a.w..bertanya lagi dan tiada siapa yg sanggup..tiba tiba ada seorang sahabat yang berada dibelakang sekali dlm majlis itu..dan sahabat yg tidak terkenal dlm majlis tu..bangun dan berkata..yaa rasulullah saya sanggup terima wanita itu dan syarat syaratnya sekali..dan..semua sahabat ghasa sangat terpegun dengan kemampuan sahabat tadi..ringkas cerita..rasaul s.a.w..pun mengahwin kan mereka..

kebetulan waktu bulan ramadan..jadi sahabat tadi pun menjalani kehidupan macam biasa..dengan melakukan solat ,baca alguran dan berpuasa..setelah lepas ramadan semua baru bermula apabila wanita tadi melihat suami nya tidak melakukan apa yang dijanjikan sebelum kahwin dulu..maka beliau pun mengadu kepada rasul s.a.w...dihadapan sahabat yang ramai seperti mula mula bertemu dulu..maka wanita tadi mengadu..ya rasulullah..suami ku tidak menunaikan apa yang disyaratkan waktu hendak kahwin dulu ..

para sahabat semua ghasa ..itulah nak sangat ..sanggup dengan syarat yg berat itu..maka rasul s.a.w. pun bertanya sahabat tadi..benarkah apa yg dikatakan oleh isterinya ..sahabat tadi pun ..dengan penuh hormat berkata..ya rasulullah ..bukankah tuan pernah bersabda..barangsiapa yg solat isyak dan subuh berjemaah seolah olah beliau telah bersolat sepanjang malam..dan berkata lagi bukan kah tuan pernah bersabda barangsiapa membaca qulhuwallah hu ahad 3 kali diikuti al falaq dan annas..seolah olah ia membaca sebuah alquran..

dan bukan kah tuan pernah bersabda barang siapa berpuasa sebulan dibulan ramadan dan diikuti dengan 6 hari dbulan syawal seolah ia berpuasa setahun penuh...wahh...semua sahabat takjub dengan jawapan sahabat tadi....kalau itu lah syaratnya semua nak berkahwin dengan wanita tadi...jadi ..tetap sahabat tadi menjadi suami kepada wanita cantik jelita tadi..itulah balasan kepada org beriman didunia ..di akhirat nanti ..hanya allah s.w.t yg tahu...

moral nya solat lah berjemaah lebih lebih lagi isyak dan subuh..bacalah alquran sekurang kurangnya 3 qul..dan puasalah sunat 6 hari dibulan syawal...assalammualikum.

Wednesday, September 24, 2008

Nik Aziz - ISA tidak mampu lentur hati manusia

September 24 greenboc Oleh pokweil
"Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia.Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia
hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan.

"Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt.

Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil."Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah ISA dan Akta Hasutan.

Mereka yang ditahan iaitu Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Raja Petra dilanjutkan tahanan sehingga dua tahun dan dipindah ke Kem Tahanan Kemunting.

Manakala minggu lepas seorang lagi bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdeffela) ditahan di bawah Akta Hasutan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pertukaran jawatan Menteri Kewangan daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya baru-baru dilihatnya berlaku dalam keadaan sugul.

Rahsia & risipi Kelantan bangkit semula selepas cemas-cemas tumbang -

Oleh Tarmizi Mohd Jam

Muqqaddimah: Apabila bercakap mengenai kerajaan Islam, Kelantanlah menjadi fokusnya. Sehingga kini sudah lebih 18 tahun ulama mentadbir negeri terbabit. Sepanjang tempoh itu ada pasang dan surutnya.

Biar apa pun Kelantan terus gagah meredah arus politik. Penggal lalu kerajaan PAS berada dalam suasana paling gentir.

Seumpama telor di hujung tanduk. Namun biar pun dijarak dengan kelebihan satu kerusi kerajaan PAS terus utuh. Apa rahsianya.

Ikuti temubual bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakub bagi melihat dari dekat lonjakan kembali PAS di Kelantan ketika ditemui.

Apa rahsia PAS Kelantan dapat bangkit selepas hampir rebah pada penggal lalu?

Kita mendapat lonjakan sokongan pada pilihan raya baru-baru ini kerana hasil kerja keras sebelum ini, di samping itu jentera kita penuh disiplin.

Selain itu kerajaan negeri juga melaksanakan beberapa program baru yang lebih kepada kebajikan kepada rakyat.

Ini menyebabkan rakyat memberi keyakinan semula kepada PAS. Manifesto dalam pilihan raya baru-baru ini untuk melebarkan lagi program kebajikan rakyat.

Utama sekali istiqamah serta dakwah 'bil hal' dan pemimpin kita berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam.

Dalam keadaan kita menang dengan satu kerusi pada penggal lalu wakil rakyat kita berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Biar pun ditawarkan dengan jutaan wang ringgit namun mereka tetap dengan perjuangan.

Dan ini mendapat pujian daripada rakyat terhadap sikap wakil rakyat PAS.

Ada sesuatu program yang Dato' rasa telah menarik minat rakyat?

Program yang kita lancar antaranya Pembangunan Ladang Rakyat sehingga menjelang pilihan raya baru-baru ini hampir 100 orang dari setiap Dun dipilih sebagai peserta.

Ini bermakna mereka dapat menerima bantuan secara langsung daripada kerajaan hasil daripada Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan.

Kita beri dalam tempoh tiga bulan sekali iaitu berjumlah RM600. Ini sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan mereka lebih-lebih lagi kenaikan harga minyak yang begitu tinggi baru-baru ini. Selain itu program Skim Takaful Kifaalah.

Ini cukup berkesan kerana kerajaan begitu prihatin terhadap kesusahan rakyat. Pada hari kematian diberi RM500 dan tidak lama selepas itu akan diberi RM2,000 lagi.

Dalam penggal lepas program belia sangat berjaya di bawah Abdul Fattah Mahmood dengan pelbagai program untuk bersama belia.

Banyak pihak mengatakan kekuatan PAS di Kelantan kerana faktor Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Sejauh mana Dato' melihatnya?

Ada kebenarannya. Sudah menjadi budaya di Kelantan menghormati Tok Guru sebagai pemimpin, ketua atau apa sahaja. Tok Guru menjadi lambang yang dihormati.

Budaya ilmu di Kelantan disebar oleh Tok Guru. Mungkin kita tidak dapat mencari satu calon yang sama dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Namun kita boleh dengan cara kolektif dan suara ramai untuk meneruskan dasar Membangun Bersama Islam asasnya di bawah pimpinan ulama.

Maka kita mampu menyediakan pelapis ke arah itu.

Ini bermakna Dato' rasa sudah ada calon boleh menggantikan Tok Guru sekarang?

Bagi saya ramai pemimpin berwibawa dalam PAS sekarang, cuma selagi Tok Guru masih ada kita beri peluang kepadanya untuk terus memimpin.

Jadi dalam waktu ini belum nampak lagi calon lain yang menonjol kerana belum lagi diberi peluang. Memang ada calon-calon yang dianggap sesuai.

Namun belum lagi kita tunjukkan.

Biasanya pimpinan Islam silih berganti. Selagi kita bergerak di atas dasar Islam dan tidak lari daripada prinsip itu InsyaAllah kita tidak akan ketandusan pemimpin pelapis.

Apa persediaan Dato' sekiranya diberi peluang mengetuai kerajaan?

Saya setakat ini masih lagi Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan (ketawa).

Sejauh mana kejayaan Kelantan kalau dibanding dengan negeri-negeri lain, selepas lebih 18 tahun berada di bawah PAS?

Apa yang paling ketara ialah dari segi amanah. Pemimpin walaupun bijak dan hebat tetapi kalau tidak ada amanah akan berlaku ketirisan dan kecurangan.

Ini yang tidak berlaku di Kelantan. Kita boleh berbangga dengan sifat amanah yang begitu tinggi menjadi amalan pemimpin di sini.

Kelantan sehingga kini masih lagi dilabelkan sebagai tidak membangun dan ketinggalan. Benarkah demikian?

Pada saya Kelantan sudah jauh membangun kalau hendak dibanding dengan sesetengah negeri lain. Mungkin mereka dipengaruhi pemikiran lama yang masih bersisa.

Pembangunan tetap berlaku cuma yang belum ada industri secara besar-besaran. Kita

tidak ada pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Dalam jawatankuasa infrastruktur negeri ada cadangan untuk membina pelabuhan di Tok Bali, Pasir Puteh dan KuaLa Besar.

Industri besar-besar juga mungkin memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar.

Bgaimana pun kita cuba mewujudkan pelabuhan melalui pembangunan ekonomi wilayah timur (ECER). Kita cuba padukan dan saya rasa tidak timbul tiada pembangunan.

Bagaimana penyelesaian masalah tanah?

Sebahagian besar masalah permohonan tanah lebih tertumpu di kawasan Kelantan Selatan, misalnya Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Kerajaan sentiasa memberi hak milik tanah kepada rakyat sekadar untuk sara hidup mereka. Kita juga sedang melaksanakan program pembanngunan tanah melalui agensi kerajaan khususnya Perbadanan Menteri Besar dan Perbadanan Ladang Rakyat.

Sejauh mana hak milik tanah sudah diselesaikan?

Sudah banyak diluluskan untuk rakyat. Namun program baru yang sedang kita usaha iaitu tanah-tanah yang diberi kelulusan dasar melebihi 50 ekar, kalau pemiliknya tidak dapat membayar premium dan upah ukur, kerajaan mengambil pendekatan tanah-tanah itu akan diberi milik kepada pemohon melalui kerjasama Perbadanan Ladang Rakyat.

Ladang Rakyat akan membayar premium dan upah ukur. Satu perjanjian akan dibuat bersama peneroka yang akan dimajukan Ladang Rakyat sehingga 30 tahun akan datang.

Apabila ladang yang diusahakan mendapat hasilnya akan dipotong pendahuluan yang diberi pada peringkat awal. Kawasan tersebut ada tempatnya seluas 1,000 ekar dan di tempat lain pula 2,000 ekar.

Kita kenalpasti ada 11 kawasan yang sudah dilulus dasar oleh kerajaan. Kelulusan dasar sudah lama diberi namun penduduk tidak mampu untuk membayar premium sehingga kerajaan tidak mendapat sebarang hasil.

Melalui kaedah baru hasil dapat kepada kerajaan dan peneroka diberi hak milik tanah. Sekarang kawasan itu tidak ada hasil. Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah jajahan akan membuat pemutihan ke atas pemohon kelulusan dasar dan mereka akan diminta membayar premium dan upah ukur sebelum tanah itu diluluskan.

Ladang Rakyat akan tolong membayarnya terlebih dahulu dan akan memajukan kawasan itu. Masalah ini juga dapat menyelesaian penerokaan tanah secara haram peringkat demi peringkat.

Syarat tanah tersebut hanya diterima sebelum 1995. Permohonan tanah baru kita tidak benarkan.

Bagaimana sokongan orang bukan Islam terhadap PAS?

Kita dapati sokongan meningkat kerana kita tidak berjuang di atas dasar bangsa. Kita berjuang di atas dasar agama.

PAS sekarang sudah berjaya menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam biar pun sebelum ini dihalang parti lawan.

Umno banyak menghalang usaha dakwah kita, namun sekarang orang bukan Islam mulai faham. Sebab itulah orang bukan Islam di Kelantan semakin ramai memberi sokongan kepada PAS.

Ini terbukti dengan kaum Cina dan India kepada calon PAS di Dun Kota Lama meningkat dengan mendadak.

Ini kerana kita tidak pernah mengubah budaya mereka dan tetap dapat diamalkan. Kita kemukakan Islam sebagai satu cara penyelesaian bagi kehidupan manusia.

Sistem gadaian Islam (Ar Rahn) yang dipelopori kerajaan negeri nampaknya semakin berkembang. Sejauh mana prestasinya sekarang?

Kita sediakan sistem tersebut bagi memudahkan rakyat menyimpan barang kemas bagi mendapat wang tunai.

Kita tidak kenakan sebarang faedah. Ini menyebabkan orang ramai semakin berminat untuk menggunakan perkhidmatannya sehingga Ar Rahn berkembang sehingga ke luar Kelantan.

Berkaitan kes pecah masuk baru-baru ini kerajaan negeri sudah memberi jaminan akan membayar ganti rugi sepenuhnya kepada penyimpan.

Dan rakyat yakin dengan kemampuan kita mengurusnya.

PAS juga didapati mendapat sokongan padu anak-anak perantau pada pilihan raya umum lalu?

Kita menghargai pengundi di kalangan rakyat Kelantan yang tinggal di luar negeri, di mana mereka balik mengundi dengan tidak ada upah.

Mereka balik dengan menyatakan tidak mahu lagi kepada BN. Ini menggambarkan satu arus yang berlaku.

Mereka sudah merasaikan dari dekat kerenah pemimpin Umno sekarang. Mereka balik dengan penuh kesedaran.

Dan ini menyebabkan pemimpin Umno kecewa. Sebelum itu mereka mengharapkan pengundi dari Lembah Kelang, Johor, balik memberi undi kepada BN tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Rakyat yang tinggal di sana sudah mengetahui BN menghadapi banyak masalah.

Selain itu, parti-parti lain dalam BN sudah tidak rapat lagi dengan BN. Sebab itulah ramai penduduk bukan Islam daripada kaum India dan Cina banyak memberi sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.

Saya memfokus kepercayaan rakyat kepada PAS dan mereka hilang keyakinan kepada BN.

Pandangan Dato' situasi politik negara sekarang?

Selepas pilihan raya Permatang Pauh dan hari ini selepas berlaku pertukaran jawatan di mana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dan Kewangan diberi kepada Dato' Seri Najib menyebabkan saham kita jatuh menjunam 3.09 peratus atau 39.09 mata.

Ini suatu kejatuhan yang sangat membimbangkan ekonomi negara. Perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim dan keadaan yang semakin tidak menentu menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan kerajaan BN.

Masa inilah yang terbaik bagi ahli Umno meninggalkan parti dengan menyertai parti lain termasuk PAS. Saya yakin dalam masa tidak lama akan kerajaan BN akan runtuh.

Monday, September 22, 2008

PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELEPAS 9 SEPTEMBER 2008?

Dilulus terbit pada Monday, September 22 @ 00:19:00 MYT oleh reformis Oleh geographysycal

"Jika benar DS Abdullah Ahmad Badawi bakal angkat kaki seawal 9 Oktober depan, maka mungkinkah Pakatan Rakyat akan memerintah pula?

Memandangkan Paklah dan MPnya sendiri serta MP yang akan melompat ke dalam PR dalam kepanasan dan akan mengmbil langkah-langkah drastik yang tertentu.

Itupun jika analisa Saudara Roslan SMS di bawah benar-benar berlaku. Jika sebaliknya, Paklah akan terus menerajui dan sayap-sayapnya bersama Khairy akan terus melebar.

Wallahu'aklam. Saturday, September 20, 2008 Dollah bakal angkat kaki seawal bulan Syawal ini?

Usia politik Dollah sebagai Presiden Umno dan PM semakin ke maghrib.

Tidak pernah sebelum ini mana-mana media arus perdana berani membayangkan tekanan yang dihadapi oleh mana-mana PM, tetapi sejak Khamis lepas sejurus mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berbagai ulasan dan komentar dibuat.

Antaranya bahawa dalam mesyuarat tersebut Dollah telah didesak agar berundur diri bukan pada tahun 2010 sebagaimana tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib tetapi seawal 9 Oktober depan iaitu terikh bila mana 191 bahagian-bahagian Umno seluruh Negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

Dollah perlu angkat kaki kerana kalangan MT berpandangan besar kemungkinan beliau akan memperolehi kurang dari 50% pencalonan untuk jawatan Presiden yang sepatutnya dipertandingkan pada bulan Disember nanti.

Nasib Dollah kelam, prestasinya menjunam dan Umno tidak mampu bertahan lagi kiranya beliau kekal sebagai teraju. Tamparan terbesar apabila BN tewas dengan majoriti luar biasa dalam PR kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

Masing-masing dalam MT khabarnya akui yang Umno semakin rapuh dan kini nazak di bawah Dollah (kecuali mengikut laporan Annuar Musa yang masih yakin pada Dollah). Jika Umno terus mahu kekal relevan sekurang-kurangnya Dollah mesti ditujukkan jalan keluar.

Najib akan naik, kemungkinan besar berganding dengan Muhyuddin. Tun Dr Mahathir akan kembali kepangkuan Umno dan turut membantu dalam aspek membina kembali ekonomi Negara. Begitu juga Ku Li dijangka akan diberikan peranan penting. Harga minyak dikatakan akan segera disemak semula, kemungkinan jatuh ke harga asal dahulu.

Begitu juga dengan kadar dan kos lain yang melibatkan rakyat secara langsung. ISA juga dikatakan akan disemak semula, BPR diperkasakan, SPR dibebaskan, pembasmian kemiskinan dipertingkatkan dan berbagai lagi.

Dalam ertikata lain pelan “overhaul” buat Umno sedang dirangka dan Dollah perlu dirihatkan jika Umno mahu dipulihkan dari ketenatannya itu. (Menurut maklumat Dollah ditemani dengan banyak meja kosong semasa majlis berbuka puasa selepas mesyuarat MT, Dollah dipakaa terima signal bahawa beliau tidak diperlukan lagi).

Itupun dengan syarat kekuatan PR diperingkat Parlimen tidak meningkat.

Kiranya ia meningkat melampaui 112 kerusi, dan semua pihak dalam PR bersepakat dan berpuas hati, kemungkinan “overhaul” Umno akan terbengkalai begitu sahaja bagaikan kereta buruk dibengkel, yang sudah layak ditimbang untuk dibesi burukkan.

Kerana jika itu berlaku Dollah, Najib dan rakan-rakan terpaksa beralih tempat, dan mula memanaskan kerusi pembangkang, sesuatu yang tidak pernah terbayang sebelum ini.

Oleh itu apa yang bakal berlaku selepas ini pasti semakin rancak dan menjadi tumpuan ramai. Cuma kita berdoa apa pun yang bakal terjadi, jadilah ia dengan segera, tanpa terus mencederakan nasib dan harapan rakyat kebanyakan.

Biar Negara kekal aman dan damai, dan sama-sama kita bina ia menjadi kuat demi kepentingan semua, insyallah.


Posted by roslan sms at 10:34:00 PM Sumber : http://n32.blogspot.com/2008/09/dollah-bakal-angkat-kaki-seawal-bulan.html"

Friday, September 19, 2008

Anwar atau Pak Lah yang berdolak-dalih??

Dilulus terbit pada Friday, September 19 @ 23:10:19

"Persoalan mula timbul di hati saya siapa yang sebenarnya sedang berdolak-dalih dalam perkembangan politik semasa Malaysia ini.

Dato Seri Anwar atau Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi??

Pada mulanya pihak Umno dan Barisan Nasional menuduh Dato Seri Anwar kononnya beliau sering berdolak-dalih dalam hal penubuhan kerajaan baru ini.

Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang Dato Seri Anwar berdolak-dalih apa bila diminta oleh mereka untuk mendedahkan senarai nama ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dengan keengganan Dato Seri Anwar mendedahkan senarai nama tersebut, pihak Umno dan Barisan Nasional mengatakan yang dakwaan Dato Seri Anwar tentang penyeberangan ahli parliman BN ke Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong.

Mereka juga dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana tidak ada ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, pihak Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Pak Lah pada 15 Sept 2008 yang lalu untuk tujuan berbincang tentang “keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara” dan pada masa yang sama akan menunjukkan senarai ahli parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, perlawaan sopan Pakatan Rakyat itu ditolak dengan kasar oleh Pak Lah, dan Pak Lah mengatakan tidak perlu berbincang akan soal itu.

Sedangkan pada masa yang sama mereka mahu tahu siapa dan berapa ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan Rakyat tetapi apabila hendak diberi tahu mereka pula enggan mendengarnya.

Pak Lah juga menyatakan, surat yang disampaikan kepadanya itu bukan tujuan untuk berbincang tentang soal peralihan kuasa sebaliknya Pak Lah mendakwa surat itu adalah untuk membincangkan tentang keselamatan negara.

Agaknya Pak Lah tidak memahami “bahasa surat” atau enggan untuk faham atau takut untuk faham.

Seperti yang dinyatakan oleh Dato Seri Anwar, surat itu bertujuan mahu membincangkan soal keselamatan dan hala tuju kepimpinan negara.

Apakah Pak Lah tidak faham akan makna “hala tuju kepimpinan negara” itu. Bahasa yang bagaimana lagi harus digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi memahami Pak Lah.

Pakatan Rakyat tidak mahu menggunakan perkataan yang kasar seperti menggulingkan kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan lain-lain kerana atas dasar hormat mereka kepada Pak Lah. Dan surat itu pun telah diedarkan kepada media siang tadi bagi membuktikan kandungan sebenar.

Pak Lah masih mahu berdalih dan enggan berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dengan alasan kononnya surat tersebut bukan bertujuan untuk membincangkan soal peralihan kuasa. Ini alasan orang takut sebenarnya dan mahu lari dari kenyataan.

Siang tadi, pihak Pakatan Rakyat sekali lagi menghantar surat dengan mendesak Pak Lah agar mengadakan persidangan parlimen tergempar selewat-lewatnya 23 Sept ini bagi membahaskan undi tidak percaya kepada kepimpinan negara kerana ramai ahli parlimen BN telah bersama Pakatan Rakyat dan BN kini sudah hilang majoriti untuk memerintah.

Dan dalam persidangan itu akan terjawab kepada BN akan siapa ahli parlimennya yang telah menyertai Pakatan Rakyat.

Namun, dalam sidang media balas petang tadi Pak Lah sekali lagi menolak permohonan Pakatan Rakyat itu dengan alasan tidak ada keperluan untuk parlimen bersidang tentang hal itu. Jelas sikap Pak Lah yang cuba berdolak-dalih dan mahu lari dari keadaan sebenar.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang tidak ada ahli parlimennya yang akan menyertai Pakatan Rakyat seperti mana dakwaan mereka kepada media sebelum dan sekarang ini mengapa mereka perlu takut dan berdolak-dalih untuk berjumpa dengan pihak Pakatan Rakyat dan mengadakan persidangan parlimen tergempar ini.

Jika pihak Umno dan Barisan Nasional yakin yang perancangan penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat ini tidak akan berjaya dan hanya omongan kosong, saya rasa persidangan tergempar parlimen itu nanti akan menjadi medan terbaik kepada pihak Umno dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan air muka dan memalukan Pakatan Rakyat.


Cuba bayangkan apabila pengundian dilakukan, pihak Pakatan Rakyat gagal mendapat sokongan dari ahli parlimen BN seperti mana yang didakwa oleh Dato Seri Anwar sebelum ini.

Pasti perkara ini akan menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Malahan saya percaya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat juga akan merosot dengan teruk dan mungkin boleh memusnahkan terus masa depan Pakatan Rakyat itu.

Namun, mengapa peluang sebegini tidak mahu dimanfaatkan oleh pihak Umno dan Barisan Nasional??

Peluang sebegini seharusnya tidak ditolak oleh Umno dan Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat telah menghulurkan leher untuk disembelih.

Saya katakan demikian kerana pihak Umno dan Barisan Nasional bersikap begitu yakin, yang tidak ada ahli parlimen mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dan lantang mendakwa penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat itu satu omongan kosong.

Sekarang NAH, gunakan lah peluang di persidangan parlimen tergempar tersebut bagi memanifestasikan keyakinan anda.

Namun peluang ini ditolak. Sekarang dapat dilihat siapa yang berdolak-dalih?? Siapa yang yakin dan tidak yakin?? dan siapa yang beromong kosong dan tidak??

Pak Lah's departure may spell trouble for Anwar

ANALYSIS

By Baradan Kuppusamy

SEPT 28 — With Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi eclipsed, his deputy Datuk Seri Najib Razak on the rise and the Umno succession dispute all but settled, it is tough times ahead for Datuk Seri Anwar Ibrahim, the erstwhile prime minister-in-waiting.

While meeting fund managers In Hong Kong on Thursday Anwar put up a brave front to questions on whether it is troubling him with Najib set to get the job he craves and whether the leadership transition in Umno means a strong and united Umno training its guns on him.

"No," Anwar told them. "In fact the changes makes it easier for me…nothing really has changed because the corrupt system remains, the cronyism remains and race and discrimination remains."

He went on to thrash Najib, attempting to link him to unexplained and unanswered questions over the murder of Altantuya Shaariibuu, the Mongolian woman who was blown up into pieces in late 2006 with C4 explosives.

Anwar also linked Najib with alleged "shady deals" involving multi-billion defence contracts and his inability to reform the corrupt system or give Malaysians a new hope of the future.

However after a string of successes, the political landscape is changing and turning hostile for Anwar.

His plans to seize power have been killed in its infancy and his allies DAP and PAS have got over the mesmerising effect of the Anwar-charm offensive and are now openly dragging their feet.

Worst is a potentially debilitating sodomy trial that will sap his energy, create distance between him and PAS and DAP and raising fresh questions about his ability and suitability to lead a nation from the docks.

On the deadline to seize power, Anwar has also changed course disappointing his legions of supporters and alienating fence sitters. "It is not an issue of deadlines any more…I urge Malaysians who believe in change to be patient."

Whether he has the numbers or not however will be tested when Parliament reconvenes on Oct 13 to debate and approve the 2009 budget.

If he has the numbers as he claims to have he can easily kill the budget and demonstrate to the world that he really has majority support in the 222-seat parliament.

The budget of 24 ministries have to be debated and approved and if he can kill any one of the ministries' budgets, that would be a successful vote of no-confidence against Abdullah and the BN government.

"He has 24 chances to do it," said Dewan Rakyat deputy Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar in Kuching on Saturday virtually throwing the gauntlet to Anwar.

However on Oct 7 Session Court judge Komathy Suppiah will rule whether to hear the Sodomy II case or transfer it to the High Court as the prosecutors want.

There is no real issue here because a transfer is an established procedure and even if she refuses, which is really going against established norm, the government can always appeal her decision and probably have it reversed.

A higher court can reverse her decision on appeal, if necessary, even on the same day.

Anwar's lawyers have argued that the transfer was signed by Attorney-General Ghani Patail whom Anwar is suing for fabricating evidence in the 1999 sodomy case which saw him imprisoned for six years for corruption.

In 2000 Anwar was jailed an additional nine years for sodomy but the conviction was quashed in 2004 and he was freed after serving six years altogether.

Meanwhile, the political ground is slipping under Anwar with the changes in Umno's leadership and by extension that of the country.

Abdullah had been kindest to Anwar among the top Umno leaders.

Abdullah, who had also tried to use him to scare Umno into submission, is leaving for good having to make an announcement before Oct 9 whether he is offering himself to contest as Umno president.

It was also Abdullah who Anwar had hoped to confound and stampede into handing over the government to him by triggering a mass exodus, a harebrained scheme that has since died under the weight of its own implausibility.

That small window for Anwar - Abdullah's willingness to play by the rules, an inherent sense of justice and fair play - has closed with the Prime Minister's impending departure leaving Anwar without a "friend."

Anwar could have inadvertently hastened Abdullah's departure after his Information chief Tian Chua claimed Anwar and Abdullah were meeting behind the scenes to discuss a transfer of power, something that Umno veterans feared the most.

Anwar had to rubbish Chua's statement immediately but it did not help when the Umno supreme council met a day later to decide on the transition.

Abdullah's departure leaves Anwar facing the brute force of power and real politics exposed without his breastplate as the old forces that ousted him in 1998 and benefited from the political vacuum he left behind, now gather once again to stop his march to power.

While Anwar's troubles are set to mount in the power game, public perception and support for him remains strong. He is continued to be seen as the best future leader for a new Malaysia.

However the most recent poll by the Merdeka Center also shows that the racial divide between Malays and non-Malays is wider and widening with more Malays backing Umno and Najib on one side and more Chinese and Indians backing Anwar and the Pakatan coalition on the other.

A very dangerous sign in a multi-ethnic society already widely divided over race, religion and discriminatory policies.

The poll based on 1,002 people showed that 39.3 per cent supported Anwar and 33.8 per cent backed Najib.

While about 40% of those polled supported Anwar but the remaining 60% were either not in favour, undecided or marked as "don't know" - a rather high percentage compared to the 70% or more support from non-Malays he had received on March 8.

If these figures are to be accepted it means the non-Malay support for Anwar is sliding.

His constant attempts at grabbing power are causing instability, uncertainties and people, especially the middle class, tend to worry.

For now Anwar has eased off on his "take over" games and for the future he should reaslise that the March 8 vote was for change and not a personal vote for Anwar or an endorsement of his frolics.

He leads a coalition that rules five big states and he should work at change there to win public confidence and not be carried away by his own rhetoric.





Turun harga minyak lebih penting dari tukar Perdana Menteri

komen terpilih

Ini cadagan tersangat lah baik.

Sudah sampai masa nya kita mengubah haluan telinga dan mata,dari bercakap soal soal yang belum ada kepastinya.,.

Kerana yang saorang menggunakan kuasa,dan yang lagi satu memberi berbagai bagai alasan,kemudin tunda tunda tarikhnya.

Jadi jalan terbaik,kita teruskan apa yang ada,PRU13 nanti,kita buat penilaian semula,siapa yang sepatutnya menarajui kerajaan kita Malaysia.

Buat waktu ini lebe elok kita fight turunkan harga minyak mengikut penurunan nilai minyak dunia.

Bila harga minyak turun,kurang kos sara hidup semuer kita dapat menikmati nya.

Cukup lah Bro'Anwar,laksanakan tanggung jawab,kat parlimen sana.

Wednesday, September 17, 2008

Masa untuk menyertai PAS

Wednesday, September 17 @ 19:54:44 MYT oleh greenboc

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangUmum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta

pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.
Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.
Marilah bersama-sama menyertai PAS!
16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Org Kuantan said:ntah la tapi sebaik baiknya janganlah cerita yang bukan dan mejauhi agama. judi is haram so apa nak diceritakan benda yang haram, dia takkan jadi halal . so kita cerita benda yang halal dan baik2 saja di bulan puasa ni. terima kasih

Orang Kuantan,.

Terima kasih,maksud gua mcm tu lah…….,sbb ada bau bau Ulama.,seelok eloknya biar lah crte yg.ikut garis panduan,alquraan,hadis,peraturan, undang undag dan adat tata susila.

Bergurau,berkias bahasa ok., kita pun bukan terlalu taksub sampai semua tak bole kata.,tapi patut patut dan berpada.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ina said:

Alahai, nama kebetulan sama pun kecoh².
Yang sah² keturunan ulama, tak reti² nak suruh anak bini jaga aurat tu apenye?
Ina,

Tak baik ikut orang yg.kita tahu salah silap nya,.

Kita ambil jalan tengah,Mungkin die belum dapat hidayah.

Kita doakan die satu hari mendapat pertunjuk Allah.,

Kalau kita tegor ,silap silap kena ludah.

Jangan maree!!!!! gua mau balik jalan Jam!!!!sepanjang bulan posa berbuka dlm kte.kecuali sabtu dan ahad saja.

kpd abg MSK t/k kerana bagi ruangan terbuka,smugr kita sama sama dpt menafaatnya.

salam kasih mesra dari Raja culan ke Damansara.chow!.

Tuesday, September 16, 2008

Dalam kita tertumpu penubuhan kerajaan baru hari ini.,.Tiba tiba PAS yg.mendapat kemenangan.

1.Di Sanglang Calon PAS di istiharkan Menang.

2.Di Terangganu calon PAS di kekalkan kemenangannya.

Kedua dua calonBN di Tolak.

Begitulah Hikmah Allah s.w.t berkat kesabaran kita.

Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan PAS di Manir

Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan PAS di Manir
Tuesday, September 16 @ 14:59:58 MYT oleh
greenboc

Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir setelah menolak dengan kos petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir adalah cacat.

Bernama melaporkan,Mahkamah Persekutuan mendapati dakwaan Wan Sagar dalam petisyennya kononnya agen-agen Harun telah melakukan rasuah seharusnya lebih spesifik.

Hakim Zulkefli, yang membacakan penghakiman itu, berkata hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dalam mendapati petisyen Wan Sagar itu cacat kerana ia tidak mengandungi butir-butir mengenai amalan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Harun.

Wan Sagar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei yang menerima bantahan awal oleh Harun dan mendapati petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Manir adalah cacat kerana ia tidak mengandungi butiran mengenai amalan rasuah, dan menolak petisyen itu.

Dalam pilihan raya 8 Mac lepas Harun menang dengan majoriti 406 undi.
Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Calon PAS diisytihar menang di Sanglang

Tuesday, September 16 @ 14:19:26 MYT oleh greenboc Oleh malaysiakini

Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.

Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.Hashim memperolehi kerusi tunggal PAS itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas menerima permohonan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim.

Bagaimanapun, mahkamah pilihanraya itu menolak permohonannya untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.
Mahkamah itu bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Hashim kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan pemenang di Sanglang.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, PAS melalui calonnya Rus'selle Ezlan menguasai satu lagi kerusi, Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.

Sunday, September 14, 2008

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

wannordinwanyaacob
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri.

Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATBertarikh :
11 Ramadhan 142911 September 2008.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS,apa kata Penarik Beca

Mungkin akan dipersoalkan, awat, ingat orang Melayu tak bersatu untuk bangsa sendiri? Saya mengaku, Melayu bukan sahaja rajin bersatu malah rajin menolong. Baca email yang diforwardkan oleh kawan saya:

Bila Mahathir dipecat dari Umno pada 1969, dia gunakan pentas Pas menghentam Tunku Ab Rahman. Akhrnya Mahathir kembali ke Umno. Pas tolong Mahathir yang malang.

1988, bila Tengku Razaleigh tuboh Semangat 46, ia bekerjasama dengan Pas lawan Umno/BN. Pas tolong Ku Li dan Semangat 46 yang malang.

Bila Anwar dipecat dari Umno pada 1998, Keadilan berpakat dengan Pas pula lawan Umno/BN. Pas tolong Anwar yang malang.

2008, sekali lagi Pas berpakat dengan keadilan lawan Umno/BN. Umno/BN hilang 5 negeri dan hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Pas tolong Anwar yang malang lagi.

Dan.... jeng jeng.. bila Umno/BN akan kalah pada 2012 nanti, Pas akan berpakat dengan Umno pula membentuk kerajaan "demi Islam dan Melayu".

Pas akan sentiasa menolong orang malang.

Kalau ada umur dapatlah kita lihat sejarah ini berlaku.

Sekarang telah ada usaha-usaha berterusan pimpinan 'berhubung' dan 'membuat persefahaman' untuk pilihanraya akan datang

. Jika pemimpin Pas turun ke bawah menerangkan kepentingan bersama dengan Umno/BN, ahli bawahan Pas akan cair mendengar hujah tersebut.

Golongan ustazlah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno/BN!!!


http://i412.photobucket.com/albums/pp204/indraputra80/kedahlarnie.jpg[/img]

Sekarang sukar untuk dapat melihat lalang tumbuh saujana mata memandang.

Lalang dan habis ditebas, tanah di jadikan kebon,ladang,sawah bendang.

So kiasan bahasa lalang tak bole lagi di terima pakai..........lagi dah tak de..

Pasal Pak Yem ni...org.malaeh nak cakap....

Dari masa die kat UTM sampe sekarang die tak tahu hala tuju perjuangannya.

Malah masa student MARA/mahasiswa UM,UKM buat Demo kat Masjid Al Rahman Lembah Pantai sekitar 70hn dulu, die cuma tukang peggang Sepandok aje..menyanyi lau "Barisan Kita".

Lepeh tu b ila ada studnt/msiwa yg kena tangkap,Bro'Anwar yg.jadi galang ganti .

Pak Yem dan kuncu kuncu nye lari lintang pukang masuk kat first collage (UM)sebelah belakang Masjid.

TAK PECAYA TANYA BRO'ISHAM , BLOG TUKAR TIUB.

Masa kalah PRU dolu ,die melalak kat Taman Melawati siape pon tak hirau die.

Malaeh nak crte pasal die lagi,sbb saya banyak baca sejaarah perjuangannya.

Buka apa untuk di jadikan garis panduan,orang macm ni lebe terok dari Ezam yg.juga dlm ketogeri Hampeeh!!!

Jgn Mare!!!!!

16 Sept :Perubahan.

Re: PRU – 13 , 8 Mac 2009 - R Sivarasa , Naib Presiden PKR (Score: 1) on Sunday, September 14 @ 09:24:20 MYT(User Info Send a Message)

Ambil alih dulu Kerajaan,Baru crte fasal Perubahan,Pembaharuan Pembetulan,,Pertukaran,dan segala macam bentuk Rancagan.Cerita lebe lebe pun buat orang bosan.Silap haribulan,yang di kejar tak dapat,yang di kendong berciciran.Baru padan.
-------------------------------------------------------------------------------------
16 SEPT :
Katakan lah Insyaallah !

Saat saya menulis ini , tempoh menjelang 16 Sept hanya tinggal sehari sahaja lagi . Tentu sahaja debaran dan degup jantung rakyat Malaysia kian rancak menanti apa yang bakal berlaku .

Masih ada yang bertanya kepada saya mengenai 16 sept meskipun saya telah menulis mengenainya dalam posting yang terdahulu .

Sikap saya jelas dan konsisten sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini . Untuk memberi kenyataan berkaitan , saya tidak mahu dan tidak boleh mendahului taqdir Ilahi . Saya hanya berdoa semoga Allah swt. memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang dan memastikan Islam yang menjadi asas perjuangan kita terus terpelihara .

Sebelum ini pun , bukanlah saya prejudis terhadap usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN. Tersangatlah setujunya saya dengan usaha sedemikian. Cuma saya mengeluarkan kenyataan yang kelihatannya kontra dengan semangat 16 Sept adalah bertujuan mewujudkan situasi balance
dikalangan kita agar tidaklah keghairahan kita melewati batas dan kewajaran .
Sebagai seorang muslim kita sangat diajar oleh Allah swt agar bertindak dalam serba kesederhanaan . خير الأمور أوسطها

Sebelum ini saya lihat dan saya dengar semua orang yang bercakap mengenai 16 sept agak emosional sehingga kelihatan mereka benar - benar yakin akan berubah kerajaan ini pada 16 sept. Saya suka sangat kalau BN ini dijatuhkan , tetapi dalam kita ghairah berusaha ke arah itu , sebagai seorang muslim kita mempunyai cara dan batas yang tersendiri .

Firman Allah swt :
و لا تقولن لشاىء إني فاعل ذلك غدا إلا أن يشاء الله و اذكر ربك إذا نسيت
و قل عسى أن يهدين ربي لأقرب من هذا رشد

dan jangan sekali - kali engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti melakukan itu besok pagi " kecuali dengan mengatakan "Insyaallah" dan ingatlah kepada tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah Mudah - mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini .

Surah al Kahfi : ayat 23 - 24
Setakat yang saya dengar sebelum ini di pentas - pentas ceramah , 16 sept diyakini sepenuhnya tanpa sepatah perkataan Insyaallah . Yakin penuh dengan kehebatan strategi dan think thank Dato' Seri Anwar Ibrahim . Saya sangat bimbang fenomena tersebut. Seolah - olah tuhan pun tidak berhak campur tangan dalam percaturan 16 sept kelak .

Apabila ada pihak yang membentang pandangan kedua serta kelihatan sedikit kontra dengan semangat 16 sept , suasana menjadi riuh dan tidak kurang yang marah kepada saya kerana menganggap saya tidak setuju dengan 16 sept .

Berulangkali saya kata , bukan saya tidak setuju tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Allah swt yang menentukan segalanya . Setakat strategi , pelan tindakan dan date line untuk bertindak itu tidak mengapa tetapi jangan menghukumkan bahawa ia mesti berlaku atau keterlaluan dalam menonjol kehebatan manusia tanpa disandarkan secara cermat dan hemah kepada ketentuan Ilahi .

Firman Allah swt :
قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تساء و تنزع الملك ممن تشاء
و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير
Katakanlah Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu segala kebaikan , Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran : Ayat 26
Alhamdulillah , setelah saya bertahan dan menelan serta menerima segala teguran , kritikan balas malah kutukan dari pelbagai pihak , kini mula kedengaran suara - suara yang kendur dari pejuang - pejuang 16 sept.
16 sept hanya tarikh cadangan ....... , kalau tak jadi 16 sept bukan bermakna kita berbohong ....... , 16 sept bukan segalanya ........ , 16 sept hanya satu kemungkinan ....... , 16 sept adalah permulaan ....... , 16 sept kalau tidak jadi kita usaha lagi ....... 16 sept , PAS tidak pernah terikat dengan tarikh tersebut ....... dan berbagai lagi nada yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi bergantung penuh kepada 16 sept.

Saya percaya bahawa kendurnya kenyataan berbanding sebelumnya adalah hasil dari pendangan kedua yang mula disuarakan dengan penuh resah oleh sebahagian ahli dan juga pimpinan .

Begitulah sebenarnya betapa sihat kalau kita sedari awal menerima baik perbedaan pandangan. Pandangan kedua boleh dijadikan sebagai bahan fikir dan renungan untuk mengukur pandangan pertama sementara kita masih ada ruang sebelum membuat keputusan yang putus.

Esok adalah 16 sept . Insyaallah ! hati kecil saya juga mengharapkan UMNO dan BN runtuh dan ditegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah tersebut.
Walau saya tidak terlibat direct dalam usaha membentuk kerajaan 16 sept , tetapi saya telah mengabadikan diri kepada perjuangan suci ini sejak 1985 seusia saya 15 tahun. Setelah mengisi borang menjadi ahli , saya segera ke pondok Pasir Tumboh untuk mendalami ilmu agama guna sebagai bekal di sepanjang perjuangan Islam ini.

Sehinggalah tahun 1998 saya pulang dari Mesir , saya berkecimpung sepenuh masa dalam parti tanpa mengira lagi segala tawaran pekerjaan hanya kerana saya mahukan tertegaknya Islam di atas tanahair ini .

Saya menyebutnya secara ringkas bukan ingin menunjuk apa yang telah dilaku tetapi bagi menjawab soalan yang selalu diterjah kepada saya , " awak buat apa ? kalau tak buat apa - apa dok diam sahajalah , bagi Anwar buat ! kacau jer ! "

Astaghfirullahal azim , cukup sedar saya betapa masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk Islam ini demi ianya tertegak di bumi bertuah tetapi tidaklah pula saya hanya berdiam diri tanpa berbuat apa - apa.
Mungkin juga cara saya meletak diri dalam perjuangan Islam ini tidak sama dengan anda membabitkan diri .

Selamat berjuang buat semua ! semoga dengan izin Allah , bila pun tarikhnya , ruang untuk Islam berkembang dan tegak mekar di atas tanahair kita terus terbuka .
-------------------------------------------------------------------------------------------------
hafal umno HAFAL (Score: 1)by Melayunett on Monday, September 15 @ 17:20:56 MYT(User Info Send a Message)
Sajak : Aku blogger UMNO..
Aku blogger UMNO,
Dinar dan dirham pilihanku,
Ulama’ dan mujahidin musuhku,
Hidup UMNO!
Aku blogger sepi,
UMNO ku semakin dibenci,
Agama Hadhariku tidak dianuti,
Rakyat mahu Islam sejati,
Aku sepi.
Emak ku wanita gagal,
Gagal mengajarku adab dan sopan,
Gagal membekalkan ilmu dan teladan,
Hasratnya tak kesampaian..
Aku blogger perkauman,
Hidup Melayu agamaku,
Pak Lah idolaku,
Lina Joy sahabatku,
Hudud dan Qisas pengancamku,
Aku blogger UMNO..
Shardanny, zeymi,melayunet rakan mainanku,
Bersama kita, dulu, kini, selamanya,
Memfitnah ulama’..
Bersama kita melangkah jitu,
Ke neraka jahannam kita bersatu.. Sajak ini perlu dihafal oleh semua blogger UMNO[ Reply to This ]
Re: hafal umno HAFAL by indraputra80 on Monday, September 15 @ 22:15:37 MYT
quote"Ke neraka jahannam kita bersatu.."unquoteSebagai orang Islam,Ayat di atas TIDAK BOLEH sama sekali di gunakan...walau dalam apa keadaan..........GANTIKAN "JALAN KE SYURGA BELUM TENTU......."sejahat jahat IBLIS pon die tak mau ke situ.

ISA

rajazainudin
Kadang kadang sesaorang itu terbawa bawa sikap/perasaan ego hasil, pendidikan yg.sudah sebati dengan dirinya,.

Apatah lagi bila sudah dapat kuasa,,contohnya dalam meraikan kemenagan tempoh hari,die membakar Babi di tempat terbuka.

Perkara itu memang pada dasar nya tidak salah,kerana itu makanan mereka.

Tapi die lupa di Negara kita perbuatan seperti itu tidak dapat di terima oleh setengah setangah pihak yg.terdiri dari berbagai bangsa,adat dan Agama.

Berkaitan Tulisan Jawi pula,rasa nya tidak mencacatkan apa apa jika di tulis pada papan tanda,.

Tambahan pula Pelancong Arab banyak datang ke Negara kita.

Tapi entah apa yg.bole menyakitkan mata atau pandagan dan yang ada dalam fikiranya,die sanggup menentang serta mengubahnya.

Begitu juga dengan Azan yg.sudah berkumandang sekian lama,mengapa tiba tiba sekarang die cuba mempertikaikan nya.

Maka pada saya die harus menerima,akibat daripada nya.

---------------------------------------------------------------------------------------
IP80 said...
Pada pandagan saya.
Kunci Utama dalam pembentukan Kerajaan Baru (PR) ada lah terletak di bahu Anwar.
Setakat ini beliau berjaya menyatukan padukan berbagai party yang ada,bagi menentang kezaliman UMNO dan rakan kongsinya.
Jika dilihat Anwar,sejak dari awal,.ia itu ketika di Universiti lagi sudah nampak perjuangannya kearah menegakkan Islam.
Jika tidak mengapa beliau sanggup di tahan , kerana berdemo semata mata utk menunjukan simpati terhadap rakyat Selatan Thai yg. beragama Islam , yang di zalimi oleh Raja Mereka ia itu sekitar tahun tahun 70hn.
Kerana kecenderungan nya itu juga lah beliau di berikan kepercayaan memimpin ABIM ,dan ketika menjadi Menteri Pelajaran,beliau telah menjadikan pelajaran Agama Islam sebagai subject keutamaan seperti jua Sains dan Maths.
Kemasukan nya dalam UMNO ada lah hasil dorongan dan rasa tanggung jawabnya untuk menerapkan kefahaman Islam sebenarnya dlm pentadbiran/ pemerentahan di Negara ini..
Kerana itu Jika terbentuk lah kerajaan baru (PR)dan Anwar menjadi pemimpin/PM,.
Maka kita tidak harus ragu ragu,bahawa Anwar lah Pemimpin yang kita tunggu tunggu selama ini untuk membawa KEADILAN,Kemakmuran di Negara Malaysia yang kita cintai.
Sebaliknya Dato,Ibrahim Ali.
Tidak mempunyai keupayaan itu ,w/pun die juga terlibat dalam Demo yg.sama sekitar 70hn.
Terlibat dlm UMNO,tidak mencapai tahap yg.di perlukan.
Malah kerana ke egoannya,serta sifat kedaerahan yg.menebal dalam jiwa nya menyebabkan dirinya terpinggir.
Die cuba untuk menyelinap masuk,bagi menampakan dirinya setaraf dgn orang lain,tetapi komen yg.berlebihan terutama ketika Anwar tersingkir dalam tahun 1998,menyebabkan orang menganggap die lebih sudu dari kuah.
Bertambah malang lagi Dato ni, bila diberi peluang oleh TGNA untuk menggunakan lambang PAS dlm PRU12 lalu,telah tidak menunjukan sikap orang berbudi kita berbahasa.
Maka bagi saya ,jika di bandingkan dgn Anwar,macam langit dengan bumi.,dan pasti nya bila Anwar jadi PM,Dato ini akan kembali menganggor seperti sebelum ini,dan kembali duduk di Restoran di Taman Melawati,berhampiran Zoo Negara.
Jgn Maree!!!saya baca sejarah kedua duanya.

Saturday, September 13, 2008



PAS Terengganu Keluar Baris Demi Abdullah Badawi & UMNO-nya?

September 11, 2008

Hujah penubuhan kerajaan baru pada September 16 (atau tarikh lain yang terdekat) oleh Anwar Ibrahim adalah mustahil, tidak boleh berlaku kerana parlimen tidak bersidang adalah karut!

Ini kerana mengikut Artikel 40a, Kurungan (2), sub-kurungan (a), Perlembagaan Malaysia, kuasa melantik seorang perdana menteri itu adalah semata-mata di atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agong.

Article 40a
40a.

(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say –

(a) the appointment of a Prime Minister;

Seterusnya kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan bagi DYMM Agong memilih seorang Perdana Menteri bukanlah takluk kepada hari apa, atau musim mana, sebaliknya tertakluk kepada kausa yang beri oleh Artikel 43, Kurungan (2), sub-kurungan (a) yang berbunyi.
Article 43
(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -

(a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and

Maksud jelas yang menerkam bila Artikel 40(a) dan 43 dibaca bersama ialah: DYMM Agung boleh lantik ahli parlimen mana yang Tuanku berkenan, yang dalam pertimbangan Tuanku si-polan itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang mana implikasi praktis Artikel 40(a) dan 43 dalam konteks polemik panas dewasa ini – samada Anwar Ibrahim mampu merealisasikan objektif ‘September 16’ – adalah tersangat mudah: DYMM Agong pada bila-bila masa boleh melantik Anwar Ibrahim (hatta orang lain) sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Tuanku dapati Dolah Badawi itu sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Tidak terkecuali apa juga pendapat UMNO yang dibawah tenyehan Dolah Badawi, atau Mustafa Ali jurucakapnya dalam PAS.

Langsung membawa saya ke poin kedua tentang isu hari ini.

Di manakah batas gunapakai ungkapan “bercakap atas kapasiti peribadi” bagi seorang pemimpin? Khususnya bagi seorang pemimpin parti politik?

Adakah dengan menggunakan frasa itu sebagai pelapik bagi pendapatnya yang bercanggah dengan pendirian rasmi parti, pemimpin itu merasakan dia telah menghormati displin parti?

Utusan Malaysia

Kerajaan baru mungkin tidak berlaku

KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Penubuhan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai pengamal dan penganalisis politik, beliau secara peribadi membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu berikutan kekangan faktor teknikal dan politik.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Pakatan Rakyat memerlukan PAS. Dan hari ini jelas tesis ini bukan laku setakat memperihalkan survival Pakatan Rakyat, tetapi sama penting dalam skema kelangsungan hayat politik Abdullah Badawi dalam UMNO.

Makrifahnya Abdullah dan UMNOnya sudah diasak hingga ke penjuru. Demikian itu dalam meronta mendapatkan ruang bernafas (dan mengalih pandangan) segala aset dan senjata sulit yang ada digunakan. Maka berkokoklah Mustafa Ali.

Tetapi dalam cuba menolong Abdullah menyakinkan Malaysia dan mata dunia bahawa kedudukan Abdullah masih padu, ejen UMNO dalam PAS ini lupa bahawa keupayaan inteleknya agak terbatas.

Mustafa Ali yang semasa mudanya pernah mengidap ‘nervous breakdown’ (gila sungguh atau gila buat-buat, tidak dapat ditentukan) setelah parti menugaskan beliau berdebat dengan Kassim Ahmad (pengasas gerakan anti hadith Malaysia), sepatutnya tidak bercakap hal-hal teknikal yang perlukan penggunaan intelek.

Tambah pula bercakap songsang tentang isu yang sudah diputuskan dalam muktamar – yakni referandum ahli dan penyokong PAS – baru baru ini.

Muktamar merumuskan PAS akan melakukan segalanya untuk memperkasakan, menjayakan, Pakatan Rakyat. Maka itu apakah halnya dengan Mustafa Ali yang bercakap derhaka kepada suara keramat itu?

Posted by Rudin X at 1:52 PM

Wednesday, September 10, 2008

Monday, September 8, 2008

Komunikasi Dalam Islam

SASTERAWAN DAN KOMUNIKASI MENGIKUT ALQURAN

Islam mementingkan cara berkomunikasi dengan lisan dan tulisan.

Terdapat ayat-ayat Al-Quran dan petikan hadis yang memberi garis panduan di dalam berkomunikasi. Petikan-petikan ini juga boleh dijadikan panduan di dalam menentukan etika penulisan dan ciri-ciri estetika sastera Islam.

Al-Quran menitikberatkan penggunaan kata-kata yang menyenangkan seperti yang terlihat di dalam ayat: “Dan jikalau engkau terpaksa berpaling, tidak dapat melayani mereka kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan” (Surah Al-Israk, ayat 28).

Allah pernah mengingatkan Musa dan Harun supaya berkata dengan lemah-lembut walaupun terhadap Firaun: ”Maka katakanlah olehmu berdua (Musa dan Harun) perkataan yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia (Firaun) menjadi ingat atau takut (kepada Allah)” (Surah Taha, ayat 44).

Allah mengingatkan Nabi Muhammad supaya tidak berkasar ketika menyampaikan seruan Islam: ”Maka disebabkan rahmat dari Allahlah engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu” (Surah A-li ’Imran, ayat 159).

Amalan menggunakan perlambangan dan kiasan biasanya disebut sebagai ”percakapan yang berlapik,” adalah menepati ajaran Islam yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)” (Surah an-Nisa’, ayat 48).

Al-Quran itu sendiri diturunkan dengan mengikut tatacara, sistematis atau mengikut susunan yang tertentu, iaitu dengan beransur-ansur dan tenang supaya dapat diterima oleh manusia secara peringkat demi peringkat agar mudah difahami dan dihafal. Hal ini dijelaskan oleh ayat yang bermaksud: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacanya kepada manusia dengan lambat dan tenang, dan Kami menurunkannya beransur-ansur” (Surah Al-Isra’, ayat 106).

Tulisan yang baik mestilah disokong oleh fakta dan di samping dapat menyampaikan ilmu pengetahuan. Para sasterawan mestilah memantapkan penulisan mereka dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu mereka dilarang menulis segala yang tidak bersandarkan kepada fakta sebagaimana maksud ayat: “Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 10).

Sastera di dalam Islam dinilai dari segi keindahan seninya dan manfaatnya kepada manusia. Al-Quran sendiri memberi panduan dengan jelas melalui ayat yang bermaksud: “Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkal (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya.

” (Surah Ibrahim, ayat 24-25). Ternyata ayat ini bukan sahaja indah malah ia memperkatakan tentang keindahan, iaitu keindahan bahasa.

Allah SWT berfirman tentang ayat yang baik dengan membandingkannya dengan sebatang pohon yang tumbuh dan teguh serta memberi manfaat kepada manusia dengan hasil buahnya.

Keteguhan pokok adalah disebabkan akar yang mencengkam bumi. Dengan keteguhan itu dapatlah pohon mengambil segala zat untuk tumbuh bercabang-cabang dan meninggi menjulang ke langit.

Begitulah ayat yang baik. Ayat yang baik, misalnya di dalam sebuah karya sastera, mengandungi idea-idea yang bernas yang dapat memperkayakan minda pembaca, lalu terbitlah idea-idea bernas yang baru, seperti keadaan pohon yang akan terus mengeluarkan pucuk yang baru dan buah yang menjadi rezeki makhluk Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu Solat-KL
Tarikh Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak 2008/09/05 5:51 13:15 16:20 19:19 20:28 2008/09/06 5:51 13:14 16:19 19:18 20:28 2008/09/07 5:51 13:14 16:18 19:18 20:27 2008/09/08 5:50 13:14 16:17 19:17 20:27 2008/09/09 5:50 13:13 16:16 19:17 20:26 2008/09/10 5:50 13:13 16:14 19:16 20:26 2008/09/11 5:50 13:13 16:13 19:16 20:25 2008/09/12 5:50 13:12 16:12 19:16 20:25 2008/09/13 5:49 13:12 16:11 19:15 20:24 2008/09/14 5:49 13:12 16:12 19:15 20:24 2008/09/15 5:49 13:11 16:12 19:14 20:23 2008/09/16 5:49 13:11 16:13 19:14 20:23 2008/09/17 5:49 13:10 16:13 19:13 20:22 2008/09/18 5:48 13:10 16:13 19:13 20:22 2008/09/19 5:48 13:10 16:13 19:12 20:21 2008/09/20 5:48 13:09 16:14 19:12 20:21 2008/09/21 5:48 13:09 16:14 19:11 20:20 2008/09/22 5:47 13:09 16:14 19:11 20:20 2008/09/23 5:47 13:08 16:14 19:11 20:19 2008/09/24 5:47 13:08 16:15 19:10 20:19 2008/09/25 5:47 13:08 16:15 19:10 20:18 2008/09/26 5:46 13:07 16:15 19:09 20:18 2008/09/27 5:46 13:07 16:15 19:09 20:18 2008/09/28 5:46 13:07 16:16 19:08 20:17 2008/09/29 5:46 13:06 16:16 19:08 20:17 2008/09/30 5:45 13:06 16:16 19:07 20:16 2008/10/01 5:45 13:06 16:16 19:07 20:16 2008/10/02 5:45 13:05 16:16 19:07 20:16 2008/10/03 5:45 13:05 16:16 19:06 20:15 2008/10/04 5:44 13:05 16:17 19:06 20:15 2008/10/05 5:44 13:04 16:17 19:05 20:14

Damansara Map | Malaysia Google Satellite Maps

Damansara Map Malaysia Google Satellite Maps

Tetamu Terakhir.

Tetamu TerakhirDilulus terbit pada Monday, September 08 @ 01:23:56 MYT oleh greenboc Oleh janggut83

"Saudaraku, tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungimu?

Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemuimu?

Apakah hajatnya darimu?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu,atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan.

Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang.

Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedangsehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya atau pun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu!!

Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah.

Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu.

Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuhbadanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawa mu!

Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dialah malaikat maut!!!Allah s.w.t berfirman, artinya:

"Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanyakepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."

(QS. As-Sajadah: 11)Dan firman-Nya, artinya:"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikatKami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya.

" (QS. Al-An'am: 61)Hitungkanlah Dirimu!Saudaraku, bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapang mu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amal mu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

Keluar BN Perbuatan Terpuji

Ditulis oleh WanKay
Sunday, 07 September 2008

Nerus – Kerajaan yang ditubuhkan hasil peralihan sokongan ahli-ahli yang berhormat bukan perkara baru kerana sejarah silam telah membuktikan Barisan Nasional (ketika itiu perikatan) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada tahun 1959. (Gambar - suasana Pilihanraya Umum Kali Pertama tahun 1959)

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah ‘dijatuhkan’ akibat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Negara yang ‘melompat’ menyertai parti Perikatan.

Beliau berkata pada waktu itu parti Perikatan adalah ‘minoriti’ hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya dan mendapat sokongan dari ADUN ‘lompat’ yang dipercayai ‘telah dibeli’ oleh pihak tertentu.

“Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan ‘disokong’ pula oleh tiga wakil parti Negara,” jelasnya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dengan peristiwa ‘lompat parti’ itulah menyebabkan parti Perikatan kemudiannya menjadi Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Terengganu hingga ke hari ini, kecuali pada tahun 1999-2004.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak yang bercakap soal demokrasi dan kerajaan, namun tidak menoleh sejarah hitam UMNO dan BN.

“BN dan pihak-pihak yang menyokongnya, jangan bercakap soal demokrasi dan pemerintahan yang suci, kerana merekalah yang telah melanggar demokrasi dan menghalalkan apa saja untuk memperolehi kuasa,”tambah beliau.

Justeru, menurutnya bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama, yang pernah digunakan oleh BN.

Katanya, keluar parti tidak menjadi kesalahan disisi undang-undang Negara, bahkan adalah satu perbuatan yang berani dan terpuji sekiranya individu

Sunday, September 7, 2008

BN benar-benar panik

SIAPA LEBIH ZALIM UMNO ATAU GUAN ENG/

Dilulus terbit pada Sunday, September 07 @ 02:10:13 MYT oleh greenboc Oleh sofiwahab

"Siapa lebih zalim antara Umno yang memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun atau Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang baru hampir 6 bulan.

Umno yang menjadi teras kerajaan BN sudah diketahui umum menarik balik bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu ketika dahulu iaitu zaman Mahathir.

kezaliman ini diteruskan oleh Pemerintah yang lebih Zalim sekarang iaitu Pak Lah.

Keputusan menghentikan bantuan kepada SAR ini menyebabkan sebahagian besar SAR terpaksa ditutup atau pun kalau hidup pun sekadar hidup segan mati tak mahu.

Ramai guru-guru SAR terpaksa mencari pekerjaaan lain kerana SAR tidak mampu membayar gaji.

Pendekata keputusan menarik balik bantuan kepada SAR ini merupakan antara keputusan paling zalim pernah dilakukan oleh kerajaan BN.

Di saat kerajaan BN Islam Hadhari meneruskan dasar zalim yang ingin menguburkan SAR ini tiba-tiba pemimpin DAP yang dituduhkan anti-Islam membuat pengumuman ingin menubuhkan SAR.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam, Lim berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau juga berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

Lim juga berKata, bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya.

Beliau menambah bahawa setelah berkuasa kita akan beri kembali.

Jadi siapa zalim Umno yang menarik peruntukan perkapita dari SAR atau Lim Guan Eng yang ingin memberikan semula bantuan dan menubuhkan SAR di Pulau Pinang.

Kisah Pengajaran Oleh BekokCobbong