Thursday, October 30, 2008

Keputusan Mahkamah KG.Plentong Tengah.

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.

Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008.

Dalam suasana tegang dan sedih itu, beberapa AJK AMK Johor hanya dapat menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008.

Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu.

Sia-sialah semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.


Berita petikan dari AMK Johor.
Posted by PEMACU GEMILANG JOHOR

1 komen

indraputra80 berkata...

Kalau di teteliti di nilai..

.berita ini amat megecewakan kita...Mengenai nasib Penduduk Kg.Plentong Tengah.....semuer.

Tapi...nak di katakan kurang.....pon bole juga...

Sebab pecaya sangat dgn serigala menjaga ternakan pasai apa....

Umno di harapkan membela nasib mereka?????

Tak kan tak belajar dari sejarah nya......

AMK juga sama...

Masakan benda yg.serious (Important Document-Legal Document)di serah kapada Penyamun Tarbush..yg sudah tentu menggunakan untuk kepentingan nya???

Atau AMK sendiri ada belakang kira????

Jangan marah komen saya...

Kelemahan yg bole menimbulkan 1001 tanda tanya.

Kenapa mcm tu jadi nya.,akibat daripadaya,Orang Kampung terinaya.

Thursday, October 23, 2008

Kedah Gemilang yang Malang

"TokBatin Oleh ibnubakrin"

“ GLC ( Goverment Link Company) tak sepatutnya rugi..” itu antara petikan daripada ucapan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berikutan kekecewaan beliau terhadap prestasi GLC negeri Kedah yang terbongkar selepas Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri.

Kerajaan negeri yang mempunyai hampir 300 syarikat samada yang masih beroperasi ( hanya sebahagian kecil sahaja) atau sudah tidak beroperasi dan sebahagiannya diujudkan hanya bertujuan dijadikan sebagai ‘vehical’ untuk memindahkan wang kerajaan dengan cara yang salah atau lebih tepat lagi, ‘penipuan terancang’ kerajaan UMNO/BN.

Kerajaan UMNO/BN yang sebelum ini mendakwa mereka telah mentadbir dengan cekap dan amanah ternyata hanya berbohong terutamanya kepada rakyat negeri Kedah. Selain sebahagian besarnya mengalami kerugian yang bukan sedikit sehingga membeban kerajaan negeri, urus-tadbir dan pengurusan syarikat-syarikat juga ‘caca merba’ serta sonsang prosedur.

Rata-rata tenaga pengurusan ( berkelayakan dan berpengalaman) yang ditugaskan untuk menerajui pengurusan baru syarikat-syarikat ini, mengeluh panjang dan terkejut besar dengan apa yang mereka temui.Walaupun sebelum ini telah dijangka, namun penemuan sebenar jauh lebih mengejutkan.

Ada syarikat yang hanya baru ditubuhkan selama 2 tahun telah menanggung hutang hampir RM 2 juta sedangkan baki wang didalam simpanan semasa hanya RM 1 ribu sahaja disamping tanggungan operasi syarikat mencecah RM 30 ribu sebulan.

Syarikat-syarikat ini juga dibebani dengan sebahagian besar tenaga – tenaga kerja yang tidak cekap dan tidak berkelayakan tetapi bergaji tinggi. Bidang tugas mereka lebih kepada sebagai orang suruhan bukannya pekerja sebenar yang berupaya menjana produktiviti, jauh sekali menyumbang kepada keuntungan syarikat. Tidak hairan mengapa kerugian dialami berterusan.

Berbagai bentuk penyelewengan, salah urus dan pecah amanah dapat dikesan hanya menunggu masa untuk didedahkan dan diambil tindakan setelah penyiasatan dan bukti – bukti kukuh diperolehi. Semua ini bukan rahsia lagi dikalangan rakyat Kedah khasnya.

Ada beberapa syarikat lebih layak sebagai ‘ pejabat kebajikan’ apabila rekod menunjukkan sumbangan yang di keluarkan melebihi keuntungan yang di perolehi. Yang lebih menyedihkan terdapat syarikat yang memohon sumbangan pihak-pihak tertentu kemudian nya menyalahguna sumbangan tersebut untuk tujuan lain.

Terbaru, terdapat ura-ura yang menunjukkan usaha-usaha yang bersifat khianat sedang dirancang untuk membolehkan kerajaan persekutuan mengambil-alih hak milik Kulim High Tech Park ( KHTP ) selain menyekat atau menyulitkan pelabur-pelabur luar negara untuk melabur di KHTP.

Sekira ianya benar, seluruh rakyat Kedah perlu bangun untuk membela hak mereka yang dicabuli pengkhianat- pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara ini.


Laporan Buletin Utama TV3
dibidas Helmi Khalid Thu Oct 23, 08

Kenyataan Akhbar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah pada 23 Oktober 2008.

Kepada: Semua Ketua Biro Media cetak/eletronik Assalamualaikum / Salam Sejahtera

KENYATAAN AKHBAR

Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh 22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.

Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu yang boleh digolongkan sebagai:

1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah

2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.

3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang dan Dun Anak Bukit khususnya.

Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd. Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun Guar Chempedak.

Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen Padang Terap dan Pokok Sena.

Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan, Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan pertolongan berjalan dengan lancar. Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.

TV3 juga highlightkan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks menyalurkan bantuan kewangan.

Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.

Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya, bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.

Petikan ayat sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di luar Negara ketika ini juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah ilusi pemberitanya.

Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19 Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.

Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, terima kasih Yang Benar

(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kedah


7 Bulan PR Kedah
Dilulus terbit pada Monday, October 27 @ 22:19:01 MYT oleh TokPenghulu Oleh proklamator

"Tiba-tiba sahaja datang ilham untuk berbicara tentang Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah (KPRK).

Barangkali ada sesuatu yang mendesak-desak dari dalam diri.

Mungkin ada sesuatu yang terkilan atau tidak puas hati atau rasa sedikit kecewa.

KPRK ditunjangi oleh PAS, dengan diterajui oleh Ustaz Azizan Ab Razak merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah.

Ini bermakna apabila kita berbicara tentang KPRK, tentulah secara tidak langsung kita menilai tentang keupayaan PAS mengemudi Kedah.

Kedah adalah salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada PRU12 selain Kelantan.

Kalau diteliti dan dibandingkan, saya rasa, Kedahlah merupakan kerajaan yang dikuasai oleh PR yang paling perlahan momentum perjalanan kerajaannya jika dibandingkan dengan momentum yang berlaku di Perak, Pulau Pinang, dan Selangor.

Saya mengecualikan Kelantan kerana Kelantan telah berjaya mengekalkan status quonya.

Kelihatannya KPRK tidak bergerak langsung,sekurang-kurangnya pada pandangan rakyat Kedah.

Kalau kita tanya rakyat bawahan atau golongan menengah tentang hala tuju atau dasar pemerintahan KPRK, saya yakin, rakyat terbanyak akan menggelengkan kepala.

Untk berlaku adil, saya cuba menyenaraikan pengumuman-pengumuman yang diwar-warkan oleh KPRK.

Pertama, pemindahan tapak Kompleks Penapisan Minyak yang pada awalnya (semasa BN) terletak di Yan ke beberapa tempat yang tidak melibatkan pengambilan tanah rakyat (kampung dan sawah padi).

Rakyat diberitahu yang banyak syarikat sewasta yang berminat.

Tindakan ini adalah tindakan terpuji, namun kini senyap dan sunyi.

Kedua, penurunan kadar cukai tanah sekurang-kurangnya 30%. Cukai ini telah dinaikkan semasa BN memerintah.

Rakyat menyambut gembira tindakan ini.

Ketiga, penebangan balak di kawasan hutan simpan.

Pada awalnya, tindakan atau syor ini mendapat kritikan hebat, namun dapat ditangkis oleh kerajaan negeri.

Penebangan balak ini hanya dikhaskan kepada balak-balak yang telah berusia.

Dengan penebangan ini, memberi ruang kepada hutan berkembang kembali.

Hal ini bermaksud memberi ruang untuk hutan ini pulih dan lebih sihat.

Namun rakyat masih kabur sejauh mana syor ini telah dilaksanakan.

Keempat, yang terkini, ialah menaikkan kuota pemilikan rumah oleh bumiputra kepada 50%.

Tahniah sepattutnya diberi kepada KPRK.

KPRK harus dapat mencari satu mekanisme untuk merealisasikan kuota ini benar-benar terlaksana dan bagaimana untuk melaksanakan.

Saya juga mendengar khabar, KPRK telah dalam proses melantik wakil-wakil komuniti sebagai mata dan telinga kerajaan dan pada masa sama sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Namun persoalannya, adakah semua wakil komuniti telah menerima watikah pelantikan, dan mereka telah diberi taklimat yang cukup tentang mekanisme tugas mereka.

Adakah wakil-wakil komuniti ini telah memulakan gerak kerja masing-masing?

Selain tindakan-tindakan di atas, KPRK seolah-olah sedang memasuki fasa “khalwat” atau “bertapa”.

KPRK harus sedar bahawa inilah kali pertama PAS mendapat peluang memerintah Kedah.

Rakyat pelbagai kaum dan golongan sanggup mengambil risiko dalam usaha membentuk kerajaan baru ini.

Mereka juga sedar bahawa mereka akan menempuh kesukaran dalam pelbagai aspek kehidupan khasnya tentang pembangunan prasarana atau mengekalkan tahap “kebolehgunaan” prasarana.

Mengekalkan “kebolehgunaan” prasarana ini memerlukan perbelanjaan yang besar, dan di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Begitu juga soal pelaburan, rakyat Kedah juga sedar, apabila mereka memilih PR, bermakna mereka memilih untuk hidup susah kerana peruntukan pembangunan untuk Kedah akan dikurangkan oleh Kerajaan Pusat.

Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan, KPRK ini mahu tidak mahu terpaksa mencari jalan, walau apa cara sekali pun untuk mengurangkan keperitan rakyat.

Mereka harus menggembleng sumber-sumber kerajaan negeri dengan semaksimum mungkin.

Saya rasa dan yakin bahawa rakyat tidak menuntut banyak kerana mereka faham akan kemampuan kerajaan negeri.

Walaupun begitu, soal-soal yang menyentuh secara langsung hidup mereka perlu diberi keutamaan.

Contoh yang paling mudah ialah kemudahan prasarana yang dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Perkara-perkara tersebut ialah perkara-perkara dalam kuasa PBT.

Saya ingin fokuskan kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam taman-taman perumahan.

Sebagai contoh Alor Star.

Saya dapat merasakan wujudnya protes warga Alor Star secara senyap akan kegagalan KPRK untuk memastikan tahap kemudahan-kemudahan ini berada dalam keadaan baik.

Soal longkang, pemungutan sampah, dan jalan-jalan di taman yang rosak teruk.

Kita mempersoalkan adakah exco ini yang berkuasa ke atas PBT benar-benar serius untuk menangani hal ini atau mereka masih lagi berada dalam “bulan madu” – tidak puas lagi merasai kehangatan keempukan kerusi exco sehingga mereka enggan turun padang.

Mereka harus bertindak sekurang-kurangnya mereka turun padang untuk menjelaskan keadaan sebenar atau menjelaskan apakah tindakan lanjut yang telah mereka aturkan.

Exco ini atau KPRK harus ingat mereka telah menguasai kerajaan selama tujuah bulan.

Rakyat memerhati dan menilai mereka.

Suara-suara tidak puas hati telah mula kedengaran! Keadaan ini tidak timbul sekiranya mereka sanggup turun padang dan sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat apa yang sedang berlaku.

Akhir-akhir ini, Kompleks PAS Kedah agak sepi.

Jarang diadakan ceramah-ceramah semasa.

Ini menyebabkan wujud jurang maklumat antara rakyat dengan kerajaan Negeri. Kesimpulannya, amat dirasakan sekali bahawa KPRK begitu perlahan perjalanan kerajaannya.

Rakyat masih menunggu dan menunggu. Usah biarkan mereka terlalu menunggu!Simpang 4, AS.

Untuk bacaan lanjut, sila kunjungi, http://helangjagat.blogspot.com"

Tuesday, October 21, 2008

Selamat Hari Jadi...Tok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok ..............

Kalau bole bukan sahaja yg.tidak merokok,malah yg.tidak main judi,yang tidak minom arak,yang tidak suka bertenong nasib,yang tidak bersyubhat dgn Riba(Pekerja Bank),yang tidak suka memandang perkara perkara yg.menimbulkan syahwat menghampiri zina,yang tidak bersangka buruk dgn orang lain,malah jika ia bertaraf ulama bukan yg.hanya pandai bercakap tetapi melihat kemungkaran tanpa apa apa tindakan berkesan.,atau yg.hanya sekadar memberi ucapan atau pandagan.,tetapi tidak ada apa apa pon perubahan.,malah lebih berleluasa.

Kerana selain dari merokok Firman Allah jelas hukuman nya di dalam Alquraan.

Umpama nya Riba bukan sahaja yang melakukan malah yg.bersyubhat juga perlu di bunoh.

Begitu juga Ulama .yg.melihat di sekeliling nya kedai Judi,kedai Arak,Rumah pelacoran tidak melakukan sebarang tindakan,menghenti atau menghalang atau memusnahkan(Menutup).kerana takutkan kuasa pangkat atau gaji nya hilang.,Ulama jenis ini yang dulu di Murkai ole Allah.

Banyak lagi yg.perlu di ambil perhatian=Sambung lain kali.

Bandar untuk orang Cina sahaja?
oleh
Zulkifli Yahaya

"..artikel dari harakahdaily. antara kaedah berkesan dan realistik utk menangani masalah polarisasi kaum. tapi perlaksanaannya aku rasa perlu ada penambahbaikan dan pemantauan supaya tidak berlaku unsur2 ketirisan atau kebocoran di hujungnya. well done ustad zizan !

Pengumuman Menteri Besar Kedah menaikkan kuota penjualan lot rumah kepada Bumiputera dari 30 peratus kepada 50 peratus seperti dijangka telah mencetuskan bantahan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

REHDA Cawangan Kedah/Perlis telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap polisi baru kerajaan negeri itu. Pengerusinya Ricque Liew Yin Chew dalam sidang medianya membantah perubahan tersebut yang meletakkan pemaju perumahan dalam keadaan tertekan.

Ini kerana sebelum ini industri perumahan negeri pernah mencadangkan supaya dilaksanakan mekanisma bagi melepaskan lot-lot Melayu yang tidak terjual selepas jangkamasa enam bulan dari tarikh pelancaran atau kesiapan 50 peratus kemajuan kerja-kerja pembinaan fizikal.

"Sebaliknya perubahan baru ini menuntut peruntukan 50 peratus sebagai lot Melayu untuk semua projek perumahan negeri termasuk di atas tanah luar Simpanan Melayu (Internasional)," ujarnya.

Menurutnya, dengan pelepasan lot-lot Melayu memberi bebanan kepada pemaju-pemaju dengan nilai jutaan ringgit dalam bentuk kos simpanan lot-lot ini untuk beberapa tahun akan datang.

Selain ini REHDA juga membantah rancangan penzonan semula tanah untuk pembangunan di Alor Star dan termasuklah tanah pembangunan ditukar semula kepada pertanian di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Sik.

"Ada pemaju yang telah membeli tanah-tanah ini dan telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Penukaran semula kepada pertanian akan menafikan hak rakyat memiliki rumah dalam daerah-daerah berkenaan," katanya.

Tambahnya, sekiranya kerajaan negeri masih meneruskan rancangan ini REHDA tiada pilihan lain selain membawa ke mahkamah dan memberhentikan operasi di Kedah untuk mencari tapak baru di negeri lain.

Jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar sangatlah mudah. Katanya, kerajaan negeri yang akan menyerahkan pembangunan perumahan kepada GLC sekiranya pihak REHDA enggan memberi kerjasama dalam industri perumahan yang mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat yang tidak mempunyai rumah. "Kita ada Bina Darulaman Bhd (BDB) yang boleh kita serahkan tanggungjawab ini," ujar Menteri Besar.

Berhubung dakwaan ketidakupayaan Bumiputera untuk membeli rumah walaupun ditetapkan kuota 30 peratus, inikan pula 50 peratus, Ustaz Azizan menjelaskan bahawa 20 peratus tersebut akan dibeli oleh GLC Kedah jika Bumiputera tidak mampu.

Jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azizan semuanya padu dan padat. Terkancing mulut REHDA dibuatnya.

Benarkah kuota 30 peratus tidak mampu dimiliki Bumiputera? Sebenarnya bergantung kepada kategori rumah. Jika ia adalah perumahan mampu milik jangankan 30 peratus, 100 peratus pun mampu dibeli Bumiputera. Jika ia kategori sederhana, juga mampu dimiliki oleh lebih 30 peratus Bumiputera. Terdapat yang melebihi 50 peratus dimiliki Bumiputera.

Masalahnya terdapat pemaju yang dapat 'mengisi' kuota 30 peratus dengan begitu cepat. Terdapat dakwaan bahawa ianya diisi oleh kakitangan Melayu syarikat pemaju. Pemaju dikatakan membayar sejumlah wang kepada pekerja mereka, untuk mengizinkan nama mereka digunakan dan pekerja akan menjual semua kepada pemaju selepas tempoh tertentu.

Bagi kategori rumah kos mewah pula, modus operandi yang sama juga mungkin diguna oleh pemaju. Jarang benar berlaku lot Bumiputera yang tidak habis dijual, kecuali rumah dibina di tempat yang tidak strategik. Di negeri Kedah, umumnya bagi rumah mewah, ianya bukan mampu dibeli oleh semua bukan Bumiputera sekalipun.

Di Sungai Petani dan Kulim begitu banyak lot-lot rumah mewah yang dibeli oleh orang luar terutama dari Pulau Pinang. Seolah-olah rumah dibina bukan untuk rakyat tempatan.

Dato' Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke Kedah baru-baru ini turut membela REHDA kerana kononnya mereka mungkin gulung tikar jika kuota rumah untuk Bumiputera ialah 50 peratus. Inilah masalahnya jika bakal Presiden parti Melayu terbesar bercakap untuk kepentingan pemaju, bukan kepentingan rakyat.

Apa yang patut ditekankan ialah tanggungjawab sosial yang perlu ada pada REHDA iaitu membina sebanyaknya rumah yang boleh dibeli oleh semua rakyat, atau menurunkun harga rumah. Mereka jangan nak jadi kapitalis yang tidak pernah memberi peluang kepada golongan kurang berada, sebaliknya memikirkan keuntungan yang berlipat ganda semata-mata.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh mengutarakan mengenai polarisasi kaum ababila membincangkan mengenai isu perumahan ini.

Katanya, pemilikan rumah di bandar-bandar dimonopoli oleh satu bangsa walaupun telah diletakkan kuota 30 peratus untuk Bumiputera. Keadaan ini diburukkan lagi oleh pemaju yang cenderung untuk membina perumahan yang berharga RM200 ribu keatas disebabkan profit marginnya lebih tinggi.

"Cuba anda bayangkan apa akan jadi 50 tahun yang akan datang. Hanya satu bangsa akan terus menguasai kawasan bandar. Integrasi kaum yang kita hasratkan tidak akan tercapai tetapi akan bertambah buruk," hujah Dr Ismail.

Fenomena tersebut sangat menjolok mata dan hati kerana semua tanah untuk perumahan itu asalnya adalah tanah milik Bumiputera dan apabila siap Bumiputera hanya mampu memiliki 30 peratus sahaja. Itu pun mujur.

Isu ini tidak perlu diulas dari perspektif perkauman, namun isu perkauman jugalah nanti yang mengambil tempat setelah bangsa asal negeri ini nanti akan hilang semua hak-haknya di Bandar.

Masa itu jika golongan tertindas bangun dengan keris dan lembing, orang kaya di rumah mewah pun tidak lena tidurnya. Barang dijauhkan Allah itu berlaku. Eloklah kita betulkan keadaan dari sekarang. - mks._

..terpikir plak aku, ade tak dlm kepala hotak ali rustam idea2 camni ? aku rase kalu ade pun klimax nya nanti ialah.. "kita terpaksa menjual lot2 tersebut kpd kaum lain kerana kerajaan negeri tak mahu menanggung beban kerugian akibat urusan pengendalian/pengurusan hartanah itu utk jangkamasa panjang" .dia tahu buat duit cara senang jer !


Wednesday, October 15, 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat

Pakatan setuju pilih Anwar

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.

Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Keikhlasan Tok guru Cerminkan Ketelusan Islam
Oleh ahmad82


Satu kenyataan menarik daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz yang disasarkan Ikhlas buat kaum Cina baru-baru ini.

Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawa orang Cina boleh jadi MB Kelantan sekiranya dia Islam, warak dan berpelajaran.

Kenyataan di atas jelas dan tiada niat terselindung.Bahkan itulah sebenarnya sikap dan polisi Islam.

Dalam perkara ini Tok Guru membuktikan bahawa beliau yang menjadi Mursyidul Am Pas bukan bercakap kosong tetapi ada benda yang telah dibuktikan.

BuktinyaPAS memiliki ahli jawatankuasa peringkat pusat dari kaum Cina, Dato’ Anuar Tan dan beliau juga adalah exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Di Perak juga ada Yang Berhormat PAS dari kaum Cina iaitu Drs. Khalili Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong.

Keadaan ini bukan benda baru dalam PAS. PAS dari dahulu lagi berusaha mendekati rakyat bukan Islam untuk menyampaikan Keindahan dan keadilan Islam.

Usaha secara giat bermula pada zaman Tuan Haji Yusuf Rawa, diperkasakan di zaman Al Marhum Ustaz Fadzil Noor sehinggalah berkembangnya kelab-kelab penyokong PAS dari pelbagai kaum di zaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Terkini Tok Guru Nik Abdul Aziz menegaskan sekali lagi hasrat murni Islam dan jaminan Islam dengan harapan suatu hari nanti golongan bukan Islam memahami bahawa Islam tidak pernah ada hasrat terselindung terhadap mana-mana penganut agama lain bahkan Islam ada dasar yang jelas terhadap masyarakat bukan Islam.

Faham Tok Guru itu jelas hingga Tok Guru Nik Abdul Aziz selalu berkata di mana-mana " Kita semua ini anak cucu adam dan hawa, tak kira cina, melayu, siam atau apa jua bangsa atas muka dunia ni".

Biar pun pelbagai telahan yang mengatakan ia hanya kenyataan politik dan mengandungi niat terselindung demi menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS, tetapi hakikatnya ia keluar dari seorang Menteri Besar yang terkenal bersih, ikhlas dan tiada kepentingan peribadi bahkan berautoriti dalam Islam.

Semua ini membuatkan kenyataannya amat menarik untuk dinilai oleh setiap masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Hakikatnya luahan yang dibuat oleh tok guru bukanlah kenyataan politik , bukanlah sensasi peribadi, bukan juga "ada udang di sebalik batu" dan sesekali tidak berkongsi apa-apa niat selain menyatakan hasrat Islam dan itulah hakikat Islam sebenarnya.

Tok guru hanya menyampaikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Kitabnya dan apa yang diarahkan oleh nabi.

Beliau bukan pandai-pandai nak tawarkan sesuatu yang tidak kena dengan dasar Islam sebagai Addin yang syumul.

Islam agama yang jelas dasarnya dan polisinya terhadap hak, keperluan, dan kepentingan mana-mana makhluk yang bernyawa.

Islam penuh tanggung jawab menyatakan hak, hatta bagi sebiji benih pepohon sekalipun ia perlu ditanam sebagai menunaikan haknya untuk menumbuh, Islam jelas menyatakan hak bagi binatang ialah tidak disakiti , dan yang paling penting Islam menjamin hak setiap perkara di dunia dengan sistemnya yang syumul.

Ia bukan sahaja meliputi polisi,dasar dan undang-undang terhadap umat Islam semata-mata bahkan bahkan dasar dan polisi Islam adalah bersifat universal mencakupi semua bangsa dan agama.

Ia jelas termaktub di dalam perlembagaan tertinggi ummat Islam iaitu Al Quran dan pimpinan hadis daripada utusan Allah Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah hak semua manusia, Islam bukan milik mana -mana bangsa di dunia ini. Islam bukanlah alat mana-mana kelompok manusia menggunakannya demi mencapai hasrat yang bersifat kelompok atau kepentingan bangsa.

Islam mengiktiraf semua bangsa dan Islam adalah milik semua tidak kira apa jua bangsanya.Sesungguhnya penilaian Islam terhadap manusia ialah tahap ketaqwaannya.

Seorang Cina muslim tidak ada apa-apa perbezaan berbanding India muslim atau Melayu muslim.Bahkan semua bangsa di dunia akan menjadi satu ummah dengan kepelbagaian yang menyatukan di bawah keadilan Islam.

Dalam Soal ini juga Islam tegas menyatakan hak bagi rakyat yang bukan Islam dengan jaminan yang sama rata dengan hak ummat Islam. Tiada sebarang perbezaan hak dan penindasan agama dan diskriminasi warna kulit.

Antara hak rakyat bukan Islam

Hak beragama

Islam menjamin hak beragama dan kebebasan beragama bagi rakyat bukan Islam .Bahkan Saidina Umar Al Khattab sendiri semasa membuka kota Al Quds memberikan pilihan kepada penduduknya samada untuk memeluk Islam atau kekal dengan anutan lama. Mereka juga dibenarkan mewarisi dan mengamalkannya sesama mereka.

Hak jaminan keselamatan khusus

Islam mewujudkan sistem jaminan khusus bagi setiap nyawa peribadi rakyat yang bukan Islam dengan pelaksaanaan kharaj.

Iaitu sejumlah wang yang dikenakan bagi bagi setiap rakyat bukan Islam wajib disimpan dan ia adalah amanah kepada kerajaan Islam.

Ia sama sekali tidak boleh disalurkan untuk mana-mana tujuan lain. Sekiranya kerajaan tidak mampu menjamin keselamatan rakyat bukan Islam maka wang tersebut perlu diserahkan kembali kepada pemiliknya.

Hak memilih undang-undang

Rakyat bukan Islam diberi hak untuk memilih samaada untuk mengamalkan undang-undang Islam,undang-undang yang termaktub dalam agama mereka atau mana-mana undang-undang pilihan mereka.

Hak berekonomi

Islam memiliki sistem ekonomi yang sejahtera dan adil.Islam mengamalkan dasar terbuka dan tiada monopoli dalam ekonomi.

Tiada riba yang menyusahkan, tiada konsep jual beli yang mengelirukan, jaminan hak pennguna, hak pembeli, undang-undang dan peraturan berekonomi yang tetap bahkan sesuai untuk semua bangsa, agama dan status sosial.

Sekiranya mana-mana golongan, bangsa ,individu atau sesiapa jua yang mematuhi peraturan sistem ekonomi yang ditetapkan Islam maka tiada apa-apa lagi untuk diragukan walaupun kejayaan dalam ekonomi dicapai oleh rakyat bukan Islam sekali pun.

Sesiapa yang berusaha lebih dan mematuhi nilai-nilai dan peraturan berekonomi secara Islam maka Islam adalah jaminan buat mereka.

Hak bukan Islam sebagai pemimpin

Islam jelas dalam hak kepimpinan bagi rakyat yang bukan Islam. Namun dalam pendekatan pilitik semasa ada perkara yang perlu kepada pengawalan kepada asas majmuk dan kepelbagaian ragam manusia.

Islam tidak sesekali meletakkan bangsa sebagai syarat kepimpinan.

Sesiapa sahaja, apa jua bangsa ataupun peringkat rakyat yang beriman dan muslim berhak menjadi kepimpinan tertinggi dalam sesebuah negara Islam. Islam amat prihatin, adil dan telus dalam soal kepimpinan.

Rakyat yang bukan Islam juga berhak mendapat hak kepimpinan tertentu dalam pentadbiran negara Islam.

Semoga Keikhlasan dan hasrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi cerminan keindahan dan kesyumulan Islam.


Sekian,

Akhukum
Pejuang Kecil

Tuesday, October 14, 2008

Ganti sistem kapitalis - Sheikh Yusuf al-Qardawi

DOHA - Umat Islam sepatutnya mengambil kesempatan daripada krisis kewangan global untuk membina satu sistem ekonomi yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam, kata ulama berpengaruh Sheikh Yusuf al-Qardawi semalam.

"Keruntuhan sistem kapitalis berlandaskan wang kertas dan lintah darat antarabangsa, bukannya dagangan barang di pasaran menunjukkan sistem tersebut dilanda krisis dan ia turut membuktikan bahawa falsafah ekonomi Islam adalah kukuh," kata ulama kelahiran Mesir tetapi menetap di Qatar.

"Semua kekayaan dimiliki oleh kita (umat Islam). Negara- negara Islam memiliki hampir semua minyak dan kita memiliki falsafah ekonomi yang tidak dimiliki oleh orang lain," jelasnya.

Sheikh Yusuf yang menyampaikan ucaptama persidangan berhubung Baitulmaqdis di Doha semalam turut menggesa umat Islam supaya mengambil iktibar daripada krisis tersebut bagi membawa negara-negara Islam ke arah kemenangan

Persidangan keenam mengenai Baitulmaqdis itu dihadiri kira-kira 300 peserta yang mewakili parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari berbagai negara.

Ia dianjurkan oleh Institusi Antarabangsa Al-Quds (Baitulmaqdis) yang ditubuhkan bagi memulihara bandar itu dan tempat-tempat suci di dalamnya.

Persidangan kali ini yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk melindungi tempat-tempat suci di Baitulmaqdis seperti Masjid Al-Aqsa yang dipercayai diancam oleh Israel. - AFP

Azan

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Amalan untuk murah rezki...Insyallah.

Selamat beribadah dan diterima segala amalan.Amin.

Murahkan rezeki, menolak kepapaan Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,

Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:- Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;

supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir,

dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin,

dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;

tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .

" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain"

sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

" Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.

" (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata :

"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir

tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahya ng sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :

"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.

" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud : "

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,

barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat,

barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga

dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya

dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," ( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa' sembahyang Dhuha ialah: Maksudnya :

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,

kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindungan Mu.

Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah

dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar mudahkanlah,

jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,

jika masih jauh dekatkanlah,

berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Mencari pengasas 'teori Rahman'

Jimadie Shah Othman

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

"(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

"Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu.

"Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk "mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri."

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai "penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah."

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

"Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya teori Rahman "terjadi secara kebetulan" sahaja dan tiada asas ketekalan untuk diyakini bulat-bulat.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti banyak pihak lain, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan Rahman.

Katanya, bagi perdana menteri pertama, "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk menjadikannya sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

Monday, October 13, 2008

, kerusi Kulim -Bandar Baharu kekal PKR

Petisyen ditarik balik,
PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu kekal milik calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Barisan Nasional (BN) hari ini menarik balik petisyen pilihan raya yang kemukakan April lalu.Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen tersebut selepas BN memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.
Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Zulkifli Nordin.
Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.
Mengikut jadual asal, petisyen itu sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 3 Jun lepas, bagaimanapun tarikh tersebut telah ditunda beberapa kali.
Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz semasa membuat tuntutan petisyen itu ialah Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan Raya.

Sunday, October 12, 2008

Sunday, October 12, 2008

Kerajaan Kedah hanya bertukar orang?

Bertanyalah wartawan kanan The Star, Joceline Tan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,

"Bolehkah Barisan mendapatkan kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat?"

Dr Mahathir menjawab, "Amat sukar tetapi mungkin (Barisan Nasional kembali berkuasa) di mana pembangkang menang tipis seperti Perak dan Selangor.

Kelantan, sudah tentu, mustahil.

"Apabila anda memusnahkan sesuatu, ia mengambil masa untuk membina semula terutama jika mereka memerintah dengan baik, tidak melakukan begitu banyak kesalahan dan tidak bersifat perkauman.

Di Kedah, orang ini (Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS) tidak cuba menjadikan Kedah seperti Kelantan.

Beliau begitu berhati-hati, agak pintar dan beliau mahu memenangi hati rakyat.

Pandangan Tun disambut sebagai good news oleh rakan-rakan lain.

Saya melihatnya sebagai berita buruk.Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

Saya hanya ingin bertanya, dalam bidang kuasanya, sudahkah kerajaan negeri Kedah melaksanakan peraturan dan cara hidup Islam yang tidak menyebabkan rakan-rakan Cina dan Hindu naik angin?

(Di sebelah utara, orang-orang India dipanggil Hindu)

Saya tak tanya pun tentang peraturan dan cara hidup Islam yang menyebabkan rakan-rakan Cina dan Hindu naik angin.

Sudahkah diadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Cina dan Hindu untuk mendapatkan pandangan mereka jika kerajaan Kedah umpamanya menarik balik lesen premis tempat pelacuran, tempat perjudian, tempat tunggang arak dan jenis-jenis buruk kelaku macam tu?

Persoalan yang lebih penting untuk ditanyakan, adakah benar dakwaan yang menuduh bahawa kerajaan negeri Kedah hanya bertukar orang sahaja, yang lainnya hampir semuanya sama dengan kerajaan Umno sebelum ini?

Ke manakah perginya kawan-kawan yang berani gila di Kedah?

Boleh terajang dada pegawai polis, berlawan dengan polis sikit tak takut dan meludah-ludah otak darai yang berbohong dan mendakwa kalau kita melawan nanti kita akan kalah, rakyat akan takut.

Ke mana perginya kawan-kawan yang berani - yang saya meloko habis macam kucing basah kalau berada di hadapan mereka?

Mereka meloko di hadapan siapa sekarang?

Boleh blah!
Aris Awang kata: Masuk wad gila pun ada peraturan, ada undang-undang sendiri.

Tiba-tiba, masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah????

Dia orang berhemah.

Berjurus, kata orang Kelate. Bila masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah, dia kata, sila keluar dengan segera..........

Kalau saya, saya kata, boleh blah! .

Bagaimana perlaksanaan Islam secara bertadarruj (gradual atau bertahap) di Kedah?

Ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan pada tahun 1990, siang malam Umno debik PAS.

Dosa PAS dan Tok Guru Menteri Besar ialah kedegilan melaksanakan beberapa peraturan yang diyakini bertepatan dengan ajaran Islam.

Sebelum 1993, tak ada pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Tapi dibelasah bagai musuh terjahat oleh Umno.

Negeri yang diperintah oleh orang Melayu beragama Islam itu disukarkan dan dinafikan pelbagai kemudahan oleh kerajaan Umno di peringkat Pusat - yang kini mendakwa susah hati dan sakit kepala kerana memikirkan nasib dan kepentingan Melayu dan Islam.

Tidak seperti Menteri Besar Kelantan yang dipelupuh habis-habisan oleh Umno ketika belum pun 100 hari memerintah dalam tahun 1990 dahulu, mengapa 100 hari tenang buat Menteri Besar Kedah?

Adakah PAS dan Umno di Kedah macam adik abang?

Memang la, semua orang mahukan suasana tenang lagi sejahtera.

Takkan seluruh ruang kehidupan mahu dipenuhi dengan episod perkelahian yang tidak berkesudahan, sehingga tersekat kerja dakwah.

Dalam posting bertajuk "Islam menyusahkan, kita memudahkan," saya pernah bertanya:

Sudah ada yang menjerkah, "Cuci parit longkang bukan kerja Islam?!!"

Orang tanya hang dah sembahyang ka, belum ka?

Hang jangan la nak jerkah orang, "Ni, makan ni bukan kerja Islam.?!!

Allah perintahkan kita makan dan minum yang halalan toyyibah!"

Begitukah qaul Syam?!

Senyumanlah selalu walaupun tiada rezeki atau bermasalah

Abu Yazid Al Busthami, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah.

Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat.

Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.

Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana,

'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu.

Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.

Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri.

Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Keserasian selalu dijaga.

Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat.

Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.

Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Thursday, October 9, 2008

Syabas MB kedah.Bukan senang Dr Mahathir puji pembangkang. Dia puji kamu dalam thestar hari ini

Jangan ikut jejak negeri pembangkang yang lain yang berlumba lumba musnahkan masa depan umat islam.

Mereka adalah pengkhianat yang bakal dilupuskan pada PRU akan datang.

Kamu terus agenda kamu, insyallah kedah kekal di bawah PAS. Ini lah pemimpin yang tegas dan berjiwa rakyat

Quote:

Q. Can Barisan recover the states lost to Pakatan Rakyat?

A. It’s very difficult but possible where the Opposition won marginally like Perak and Selangor.

Kedah and Penang will be difficult.

Kelantan, of course, is no go.

When you destroy something, it takes time to rebuild especially if they provide good governance, don’t make too many mistakes and are non-racist.

In Kedah, this man (Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak from PAS) has not tried to make a Kelantan in Kedah.

He has been very careful, quite smart and he wants to please people.

Makluman Untuk Semua

1 - Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati TIDAK HALAL dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian.

2. Terdapat benda asing dalam Coca-Cola yang belum dibuka.

3. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi RACUN yang boleh MEMBAWA MAUT.

4. Bebola ikan yang diproses dari USUS KHINZIR keluaran - GSB Seafood Ent.

Lagi makanan mengandungi melamine

Tambahan senarai makanan jajan kanak kanak telah di kenalpasti mengandungi kandungan melamine yang merbahayakan.

They are Fruit Jelly Stick (Motion),

Genuine Pearl Jelly (Tian Tian),

Lobster Peanut Crisp (Cap Layang),

888 (Egg & Milk Filling) (Vigor 888),

Rice Crackers (Wang Wang), Biscuit Sticks (Four Seas).

Mini Poppers Chocolate Flavoured (Walls),

White Coffee 3-in-1 (Dali Coffee Beverage),

Apple Sandwich Biscuits (Bairong),

Colourfull Party (Cherry & Apple Biscuits) (Bairong),

Almond Cakes (Fu Die Lai) and Curtes Chocolate (Giff).

Sila war-warkan kepada semua.

Thanks & Regards,

Kategori : Sosial/Syariah Tajuk :

HUKUM MENGHISAP ROKOK

Isu : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa hukum menghisap yang telah dibuat dalam tahun 1987. Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :

1.1. Hukum menghisap rokok

1.2. Hukum menghisap rokok di dalam Masjid

1.3. Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran

1.4. Hukum menghisap rokok yang boleh mendatangkan mudarat Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil keputusan berkenaan hukum perkara di atas. Keputusan: Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.

2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. " HUKUM MENGHISAP ROKOK " Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah, Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah" Maksudnya :

Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID " Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu : Maksudnya : Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai.

Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN " Hukumnya adalah HARAM.

Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut Ertinya :

Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT " Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu : Firman Allah Taala : Ertinya : Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala : Maksudnya : Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk : "Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok.

Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan. Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan

"Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya "

Tanda Hitam Di Dahi

Q:tok wali, aku nak tanya sikit... bagi dalil sikit ngatakan kalau sembahyang tahajud selepas pukul 3 pagi hingga waktu subuh dahi boleh hitam...

Cara tuan tanya ni seolah2 tuan jarang2 buat Tahajjud….kalau dah biasa rasanya tak timbul soalan macam ni..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah s.w.t turun kelangit bumi di sepertiga malam yang akhir dan bertanya:

Adakah terdapatorang yang memohon ampun?

maka Ku ampunkannya.

Adakah terdapat orang yang meminta, maka Ku berikannya.

Adakah ada yang meminta petunjuk , maka Ku berikan ia petunjuk.

Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka Ku jadikan ia berhak mendapatkannya.

Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ,maka Ku lindungi ia dari neraka.”

Q:satu lagi pulak... start pukul 3 pagi je ke? start 2.30 tak leh ke?

Sepertiga Pertama:7-11 mlm(4jam)

Sepertiga kedua: 11mlm-3pagi(4jam)

Sepertiga Ketiga: 3pagi-7pagi(4jam)

Masa yang afdhal adalah dalam lingkungan masa 3 pagi hingga subuh.

Nak start pukul 2.30 , itu pilihan masing2 tapi belum termasuk dalam masa yang disebutkan oleh hadis diatas……

masa Solat Tahajjud antara lepas Isyak dan Subuh, dengan syarat kena tidur dulu…

.Pukul berapa biasanya orang mula tidur malam bergantung kepada individu..

Q:satu lagi pulak takkan kerana tak pernah buat tahajud selepas pukul 3 pagi tak boleh cakap pasal dahi hitam..

ini hukum mana pulak? Adakah saya cakap macam tu…?

Tak payah nak tanya hukum banyak sangat tuan….orang yang selalu tanya hukum banyak2 ni biasanya pun jarang2 amalkan apa yang dia tanya tu sebab tu dia tak tahu.

Yang penting amal apa yang kita tahu. Semoga sama2 dapat amal apa yang kita tahu.

Wallahu a’lam. p/s: Walisongo

( nama sekadar nama, tidak punya apa2 makna)

----------------------------------------------------------------------------------

.Lantas ada juga bertanya knp ada org yg kuat bribadat dahi nya hitam, malah dijawap nya...

" amalan sembahyang nya telah di lempar kan pada muka nya kerana ALLAH tidak menerima amalan nya kerena riak dan takabbur" .

..takur juga bila saya mendengar nya kalau betul apa yang ditulis oleh bugis linggi ni aku tak caya seorang Alim besar dekat ngan Allah tak kan jawap macam tu ........dia tak akan berburuk sangka semudah itu ................... tak kan dia tak tahu akan ayt Allah ....................

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

Oleh ustzul

Oleh ustzul

"Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap.

Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.

Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum.

Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS.

Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns. Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain.

Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain.

Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa.

Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi.

Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya.

Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia.

Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas.

Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram.

Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran.

Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.

Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas.

Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran.

Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud.

Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat.

Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya. Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu.

Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279). Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran.

Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.” Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan.

Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?