Friday, February 6, 2009

h prosga

"
 Akhirnya BN dapat menguasai semula Perak walau apapun cara yang digunakan ianya tidak penting bagi mereka kerana umpan telah mengena. Strategi umpan-mengumpan, culik menculik dan sebagainya telah digunakan oleh Pakatan Rakyat dan BN untuk menguasai kerajaan Negeri Perak.

Akhirnya hari ini BN akan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Apa yang ingin saya perkatakan disini betapa UMNO berjaya memanupulasi akan keadaan di Perak dibawah pentadbiran PR hanya kerana ADUN ADUN dari PKR dan DAP yang tidak berprinsip dan bermaruah.


Walau apa cara sekalipun yang digunakan oleh UMNO untuk memancing mereka ini, nampaknya hanya ADUN dari PAS saja yang nampak lebih istiqamah dan berprinsip. Walaupun YB Nizar dari PAS sebagai MB Perak, namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyekat strategi UMNO (Najib) untuk mendapatkan ADUN dari DAP dan PKR dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Rakyat negeri Perak memerhatikan senario politik yang berlaku sekarang ini dan sudah mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca dalam memilih wakil rakyat dan pemimpin. Sebenarnya dalam pemilihan untuk memilih pemimpin orang islam perlu takut dosa dan pahala. Jangan main hentam saja pilih wakil rakyat dan kesudahannya sudah dapat dilihat. Jangan timbulkan soal Sultan Perak telah membuat keputusan yang silap dalam perkara ini. Yang silap adalah rakyat, terutama orang melayu islam , kerana tidak pernah takut dosa pahala dalam memilih pemimpin yang tidak memenuhi kriteria yang dimahukan dalam islam.

Saya pasti mulai sekarang rakyat Perak khususnya orang melayu melihat bagaimana berprinsipnya pemimpin PAS dalam berpolitik. Kepentingan agama dan rakyat menjadi keutamaan kepada wakil rakyat PAS dan tidak mudah dijual beli oleh pemimpin UMNO, walaupun ada ura-ura untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO untuk penubuhan kerajaan campuran di Perak selepas PRU 12 dulu. UMNO telah dikenali dengan kehandalan menerima rasuah baik diperingkat parti mahupun kerajaan. Tetapi calon atau wakil rakyat PKR juga sebahagaian besarnya berasal dari UMNO masih mempunyai ciri-ciri untuk menerima dan memberikan rasuah untuk mendapat kesenangan dalam dunia politik . Semua ini berlaku kerana mereka tidak dipilih dikalangan yang berprinsip dan takut akan Allah. Sebab itu bila berlaku kes seperti di Perak ini, tidak menghairankan bahawa wakil rakyat PKR masih mempunyai ciri-ciri buruk yang di warisi dari UMNO.

Wakil rakyat DAP juga mempunyai kelemahan yang ketara, kerana masih kuat dengan pegangan kecinaan dalam berpolitik dan sering nampak mengambil kesempatan untuk memperjuangkan hak bangsanya saja bila berada dalam PR. Bila ada peluang untuk buat duit maka disambarnya, maka jadilah seperti di Perak ini. Contoh di Perak dapat dilihat, bila DAP banyak mempergunakan MB untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Sebagai ahli PAS sudah pasti MB Nizar ditarbiyah oleh kepimpinan PAS untuk berlaku adil kepada semua pihak.

Kepimpinan MB Nizar dengan keperibadian islam yang ditampilkan semestinya menyedarkan banyak pihak, terutama orang melayu UMNO yang mengaku Islam bahawa kepiimpinan seperti inilah yang boleh dipercayai. Bersandarkan kepada perjuangan menegak hukum Allah , PAS boleh dilihat sebagai satu parti yang mampu mengantikan UMNO dalam membela orang melayu dan kaum-kaum yang lain di Malaysia. Sesiapa saja yang melakukan dosa sebenarnya tidak takut akan Allah dan ini jelas menunjukkan kalau wakil rakyat PAS keluar dari parti PAS untuk lompat ke BN seolah-olah mereka telah keluar dari memperjuangkan islam dan tentu mereka takut dosa ini. Wakil rakyat PAS ditarbiyah untuk kenal dosa pahala. Mengapa bodoh sangat orang melayu islam UMNO untuk tidak melihat perkara ini. Malah PAS masuk dalam PR sekali pun kepimpinan PAS masih tetap utuh dengan prinsip dan hala tuju untuk menegakkan hukum Allah dan memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira agama. Lebih baik bekerjasama dengan yang bukan islam demi kebaikan dan keadilan dari bersekongkol dengan orang munafik yang tidak mahu kepada keadilan dan hukum Allah.

Andaikata Anwar masuk kedalam PAS dari dulu lagi, mungkin kini beliau sudah boleh menjadi PM dan secara teori dilihat PKR bukanlah landasan terbaik buat Anwar untuk menjadi PM. Apapun PAS kini nampak semakin kukuh, dan jika ditakdirkan ada piliharaya semula dalam masa terdekat ini di Perak, rasanya banyak kerusi DUN milik UMNO boleh dimenangi oleh PAS.

Kalau BN ghairah sangat nak perintah Perak dengan alasan kerusi DUN banyak dikuasai oleh DAP dan hak orang melayu banyak diabaikan, maka inilah masa terbaik untuk pengundi UMNO beralih kepada PAS kerana hak semua kaum pasti dipertahankan mengikut acuan islam. Fikir-fikirlah wahai orang melayu islam.
Kenyataan Media Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

 Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
Hina, Jijik, Jelik dan Haramnya kerajaan BN di Perak
Dilulus terbit pada Friday, February 06 @ 19:10:36 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat Oleh khalifah

"
Dengan penuh rasa asa kecewa dan sayu tatkala melihat sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata dengan sah berlandaskan sistem demokrasi, kini telah rebah dan hancur.

Mereka rebah bukan kerana pemimpin utamanya, tapi rebah dan tersungkur disebabkan cara kotor pihak musuh yang jelas menghalalkan perbuatan menculik dan mengugut beberapa ahli dun dari kerajaan halal dan kini beberapa ahli dun tersebut telah bersekongkol tanpa merasa bersalah dan malu kepada rakyat yang mereka menjadi wira dalam merebahkan kerajaan halal tersebut.


Amat terguris hati bila mana salah seorang pemimpin utama kerajaan pusat dengan begitu angkuh dan berani mengambil peranan dalam menggerakan usaha bagi merebahkan kerajaan halal tersebut. Dengan sedikit pun tidak ada rasa malu apatah lagi rasa bersalah kepada rakyat jelata di negeri itu, mereka mengacau bilaukan pentadbiran kerajaan halal tersebut dengan menyekat kewangan sehingga melemahkan pembangunan yang cuba ingin dilaksanakan di negeri itu.

Bahkan kerajaan halal itu terpaksa berhadapan dengan media-media yang tidak beretika dan secara terang terangan menghentam sehabis-habis kerajaan halal itu dan digambarkan bahawa segala-galanya lemah dan buruk belaka.

Belum pun sempat kerajaan halal itu menangkis tohmahan dan serangan bertali arus oleh media-media kerajaan itu, datang pula serangan-serangan yang cuba digerakkan oleh ahli pembangkang dalam kerajaan itu yang ingin memastikan bahawa misi untuk merebah dan menumbangkan dengan apa cara sekalipun akan terlaksana.

Pendekatan "dapatkan dengan apa cara sekalipun" itu kini telah dizahirkan oleh pemimpin no.1 negara setelah tidak lagi kedengaran nada benci terhadap mereka-mereka yang telah terlibat dalam kes melompat parti. Malah nadanya telah berubah sama sekali dengan menyokong bahawa tindakan beberapa adun dari kerajaan halal tersebut menyertai barisan mereka adalah bijak dan bagus. Apakah jika berlaku perbuatan melompat parti kelak khususnya ke dalam parti yang diperjuangkan oleh kerajaan halal itu akan menukarkan pula nada pemimpin no.1 tersebut? "Ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena ke muka sendiri.

Yang pasti kini, rakyat jelata amat benci sebenci bencinya perbuatan 'merampas' hak orang lain dengan cara yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah mungkin ada dikalangan ahli parti kerajaan pusat merasa malu dengan tindakan pemimpin mereka.

Pada hemat saya, memang rakyat tidak kisah parti mana pun yang memerintah negerinya asalkan itu adalah pilihan majoriti rakyat yang turun membuang undi secara ikhlas dan jujur. Cara merampas itu adalah secara tidak langsung mereka telah menodai dan mengetepikan kuasa rakyat tersebut. Inilah yang amat menyedihkan.

Alangkah elok dan telusnya jika kerajaan baru perak itu dinaikkan melalui pilihanraya supaya rakyat sendiri dapat menentukan episod seterusnya parti mana yang berjaya menawan hati rakyat. Adalah terlalu tidak adil buat kerajaan halal yang telah ditumbangkan hanya dengan melalui cara lompatan adun dan apa-apa lagi muslihat sulit yang rakyat tidak ketahui, maka dengan mudah kerajaan baru dibentuk tanpa bersandarkan sentimen terkini rakyat terhadap situasi sebenar yang berlaku.

Kini sudah ada ura-ura bahawa ada perancangan tertentu untuk merebahkan beberapa lagi kerajaan halal rakyat dengan sewenang-wenang mencabul kuasa undi rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Jika benar selepas ini akan ada lagi episod penculikan dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan tindakan yang tidak bermoral, maka tunggu sajalah dalam PRU ke 13 nanti bahawa gelombang kebencian rakyat pasti semakin memuncak dan mereka yang mencabul kuasa undi rakyat akan dihukum dengan seadil adilnya.

Kini kalian telah direbahkan, namun tak beerti kalah, ayuh maralah dengan 1001 misi merencanakan kejatuhan musuh mu dengan sokongan rakyat yang kini semakin kukuh dibelakang kalian wahai kerajaan halal rakyat.....

KEBENARAN DARI ALLAH PASTI AKAN MUNCUL ..... InsyaALLAH.

insanbaiduri.blogspot.com



Joined: Sep 25, 2007
Posts: 2872
Location: berlantaikan bumi, berbumbungkan langit

New postPosted: Sat Feb 07, 2009 1:45 am Post subject: PR Perak mempunyai kelebihan utk jahanamkan umno Reply with quote

Masa terluang hendaklah digunakan semaksima mungkin bersama Rakyat Perak, insyaallah rakyat yg waras telah menilai kita walaupun dlm masa yg singkat. umno akan terus bergolak kerana mereka sebelum ini berebut2 jawatan MB haram!

Mereka pengecut dan tidak berani bertarung di gelanggang. dari dulu, kini dan selamanya mereka mengulit kebobrokan sekularism kroni dgn tujuan utk menajdi kapitalis dan kesenangn duniawi dengan melupakan hak2 Allah ke atas diri mereka.

Kezaliman dan perampokan mereka ini menjadi permulaan kepada laluan mereka ke lubang kubur di seluruh negara. Ia akan menjadi momentum bagaikan lahar gunung berapi yg tak mengenal mangsanya. Tsunami politik 2 Malaysia utk menguburkan umno ke bakul sampah sejarah akan sampai jua ketika, insyaAllah.

Di samping berusaha kita terus berdoa dan mengadu dgn Allah yg maha mengetahui. Doa org yg di zalimi akan dikabulkan Allah

Renungkanlah juga dialog antara Abu Sufyan dengan Hercules, gabenor Rom di Syria. Sewaktu Herkules menerima surat dari Nabi Muhammad SAW, Herkules memanggil Abu Sufyan untuk mendapat maklumat tentang agama dan gerakan yang dibawa oleh Rasulullah.

Hercules: “Adakah pengikutnya dari kalangan orang kaya atau orang miskin?”

Abu Sufyan: “Orang miskin.”

Herkules: “Adakah pengikutnya bertambah atau berkurangan?”

Abu Sufyan: “Bertambah.”

Herkules: “Bagaimana perang antara kamu dengan dia?”

Abu Sufyan: “Ada kala kami menang, ada kala dia.”

Kita tidak akan menang dalam setiap pertempuran, tetapi insya Allah, kita akan dapat kemenangan keseluruhan. Rasulullah menang dalam perang Badar, tewas dalam perang Uhud, tidak menang dan tidak kalah dalam perang Khandak. Tetapi dalam kalah dan menang dalam pertempuran, jumlah yang menyertai Islam terus bertambah.

Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU12, menang besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua kemenangan ini dengan dokongan rakyat. Apakah BN menang di Perak? BN dapat sebuah negeri tetapi akan kehilangan lebih besar sokongan dari rakyat kerana taktik kotor yang dipakai -ugutan dan habuan. Kemenangannya adalah satu Pyrrhic victory, atau lebih kosong dari itu.

Rakyat mengajar BN pada 8 Mac yang lalu dengan menafikan majoriti 2/3 dan empat kerajaan negeri. Akuilah, sebahagian rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat bukan kerana mereka percaya kepada PKR, DAP atau Pas. Mereka ingin mengajar UMNO agar jangan sombong. Mereka berharap dengan tamparan tersebut mereka akan belajar dan melakukan perubahan. Apa yang berlaku di Perak jelas bahawa UMNO tidak mahu belajar. UMNO hanya mahukan kuasa. Sedangkan rakyat mahu UMNO-BN berubah dan kalau mereka berubah dan mengambil iktibar rakyat akan mengembalikan keyakinannya.

Sekarang jelas UMNO tidak menerima keputusan rakyat dan tidak mahu belajar seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Mereka hanya mahukan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak? Sekarang mereka tidak lagi dibebankan dengan urusan pentadbiran. Mereka perlu sepenuh masa bersama rakyat. Kuasa muktamad adalah di tangan rakyat. Cek Umno hanya boleh membeli beberapa orang pemimpin dan ugutannya hanya boleh menakutkan pemimpin yang berjiwa kerdil.

Insya Allah, kemenangan itu hampir. Mukmin tidakkenal putus asa dan menyerah. Kita akan lawan hingga akhir kalam, dgn mengorbankan segala kesenangan dan harta benda, wang ringgit. Berbeza dengan mereka yg berjuang utk wang ringgit dan kesenangn dunia.

Biarlah malaikat dilangit mengenali dan menyanjungi kita berbanding disanjung oleh manusia di dunia atas kekauatan materialistik dan sekularis yang menjadi penguasa zalim sekali gus kapitalis kroni yg dilaknat Allah!
asm

selepas pilihanraya 8 mar 2008 lepas keputusan pilihanraya telah melihatkan BN memperolehi 28 kerusi dengan 27 dari UMNO dan 1 MCA. manakala DAP 18, PKR 6 dan Pas 7. Awal awal lagi menteri besar perak Tajul Rosli telah bertemu dengan Tuanku Perak untuk membentuk kerajaan negeri kerana belum wujud lagi PR pada waktu itu.(tampa pakatan bermakna UMNO/BN menang)

Walaubagaimanapun Sultan amat prihatin dengan perkembangan semasa dan menjangkan akan wujud pakatan rakyat kemudiannya. oleh itu tuanku tidak memberi perkenan terhadap permintaan tajul rosli. Setelah wujudnya pakatan kemudiannya Tuanku menolak permintaan Tajul Rosli dan membenarkan PR memerintah perak walaupun pakatan tersebut tiada pengerusi sampai sekarang.

Jangan menuduh sultan tidak adil hanya kerana emosi, macam dah secara tiba tiba faham dengan perlembagaan lebih dari bekas lord president

Sultan ada bidang kuasa memecat MB , jangan hanya lihat peruntukan 16(6) sebaiknya lihat juga fasal 18(2)b dimana sultan boleh mengunakan budi bicaranya kerana, Nizar tidak mengiktiraf 3 dun tersebut sebagai DUN jadi sudah tentu tidak akan ada persidangan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepadanya. Ini akan menyebabkan segala urusan kerajaan perak akan kucar kacir dan disinilah sultan mengunakan budi bicaranya, dimana MB tidak mendapat kepercayaan majoriti walaupun tidak bersindang (memang tak ada dalam peruntukan pun agar perlu bersidang).

Anwar sengaja hendak menkucar kacirkan sesama Islam dengan menentang sultan..hati hati Pas dengan pembelit tersebut
Askum,

MB Ir Mohd. Nizar tetap MENTERI BESAR PERAK dihati kami.. Walaupun telah dirampas rakus dan jijiknya oleh BN.. Peralihan kuasa paling teruk dan memalukan dalam sejarah politik Malaysia amnya dan negeri Perak khususnya.. Dari semasa ke semasa kejadian memualkan daripada BN telah meningkatkan kepopularan PAKATAN RAKYAT amnya, PAS khususnya.. Keperibadian MB Ir Mohd. Nizar telah banyak membuka mata semua pihak.. Dalam setiap hati rakyat akan terlintas, inilah pemimpin yang dicari-cari selama ini.. Mungkin apa yang berlaku hari ini, adalah ujian daripada Ilahi yang kita tidak ketahui hikmahnya.. sama-sama kita lihat.. mungkin kejadian di Perak hari ini adalah petanda kejatuhan BN secara total selepas ini.. Wallahuallam..
Mengapa Sultan Perak sokong kerajaan yang hidup dengan sokongan orang dituduh rasuah?

Saya tertarik dengan tulisan tajam Penarik Beca dalam isu ini. Beliau mahu Raja tidak memihak. Dalam ertikata lain, Raja sepatutnya menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mereka melalui pilihan raya semula.

Katanya, Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, Malaysiakini melaporkan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkata. Saya malas nak pi cari widget untuk buat undian sebab tak dan.

"Gini, dah istana kata nak berlaku adil, kita nak tengok istana berlaku adil kepada semua.Katakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya tangkap katak dan jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baru," kata Penarik Beca.

Jika Agong terima, itu bermakna beliau memihak kepada Anwar (tolong ingatkan saya ayat yang saya tulis ni kot-kot saya lupa pulak nanti). Jika dia tolak, itu dianggap memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Tetapi saya nak tanya, bersetujukah anda kalau saya katakan perbuatan Sultan Perak mengizinkan penubuhan kerajaan baru Perak dengan sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah adalah perbuatan memihak kepada kerajaan baru yang akan hidup atas sokongan dua orang yang menghadapi tuduhan rasuah?Kalau tak setuju dengan saya, tulis ja tak setuju.

Lepas tu, kalau nak hentam aku pun, lantak pi kat hampa la.Kalau setuju, tulis setuju. Tapi jangan maki hamun orang lain sebab kalau ada maki hamun orang lain secara spesifik, saya akan tekan reject dan tidak akan disiarkan. Kalau hampa maki aku, aku tak peduli pun. Aku siar.

Sunday, February 1, 2009

PERLETAKKAN JAWATAN DUA EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK.

Dua ADUN Perak iaitu Y.B.Jamaluddin Mat Radzi(Behrang) dan Y.B. Osman Jailu(Changkat Jering) yang diwar-warkan akan melompat parti menyertai UMNO/BN telah meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan tersebut ke Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sebentar tadi. Perletakkan jawatan selaku ADUN Perak tersebut berkuat kuasa serta merta.

Saya beranggapan tindakan dua orang bekas Exco Kerajaan Negeri Perak ini adalah bersifat 'gentleman' demi menjaga maruah diri serta imej Parti keAdilan Rakyat. Selain itu, ini menunjukkan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat tidak melompat menyertai Barisan Nasional malah pemimpin dan ahli mereka yang lompat menyertai kami. Tindakan mereka berdua ini turut disebabkan tekanan yang dihadapi berkaitan isu rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Saya juga turut memuji tindakan mereka kerana tidak mudah termakan dengan janji-janji pemimpin UMNO dan ini menunjukkan semangat Pakatan Rakyat masih ada lagi dalam diri mereka.

Kami pemimpin Parti keAdilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ingin memberi amaran kepada semua pemimpin UMNO jangan cuba memperdayakan kami dan mereka harus menerima hakikat bahawa UMNO kini adalah merupakan kapal yang hampir karam dan Barisan Nasioanal umapam retak menunggu belah.

Azmin Ali.


Pasca PRK P.036: Pegawai masjid diambil tindakan
Dilulus terbit pada Sunday, February 01 @ 16:20:25 MYT oleh Reformis

Oleh Awang_Di

"
Beberapa perkembangan menarik telah berlaku pasca Pilihan Raya Kecil Parlimen P.036 Kuala Terengganu yang baru sahaja selesai. Antaranya ialah tindakan telah mula diambil oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pegawai-pegawai masjid dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang didakwa condong kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.


Berita terbaru yang didengar ialah pegawai-pegawai di dua buah masjid telah diambil tindakan dengan menggantung elaun bulanan. Masjid yang terlibat ialah Masjid Hiliran dan Masjid Losong Haji Mat Shafie. Masjid Hiliran terletak di dalam DUN Bandar, manakala Masjid Losong Haji Mat Shafie di dalam DUN Wakaf Mempelam.

Menurut maklumat yang diterima, mereka yang terlibat ialah empat orang imam dan empat orang bilal di Masjid Hiliran. Sementara pegawai di Masjid Losong Haji Mat Shafie pula ialah dua imam dan seorang bilal. Elaun mereka digantung berkuatkuasa serta merta pada bulan Januari lalu. Salah seorang imam di Masjid Hiliran yang juga hafiz turut digantung elaun hafiz yang diterima sebelum ini.

Tindakan ini adalah gara-gara mereka membenarkan dua orang pemimpin utama PAS menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat dalam tempoh kempen pilihan raya kecil baru-baru ini.

Di Masjid Hiliran, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyampaikan kuliah sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya bagi DUN Bandar pada 28 Disember 2008.

Sementara di Masjid Losong Haji Mat Shafie pula, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang telah menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimami solat Jumaat pada 16 Januari 2009.

Di sini jelas bagaimana Umno/BN telah mendesak pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid berkenaan. Mereka telah menjadi mangsa kepada kezaliman Umno/BN semata-mata kerana ketelusan dan keterbukaan mereka menerima dua orang ulama' yang berwibawa untuk menyampaikan ajaran Islam kepada ahli-ahli qaryah masjid mereka.

Lebih mendesak lagi, apabila Umno/BN kalah teruk dalam pilihan raya kecil itu.

Kita berharap agar pegawai-pegawai yang diambil tindakan itu akan tabah menghadapi ujian ini. Semoga mereka terus istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan ikhlas dalam melaksanakan tugas mereka, insya' Allah.

Lawati: Penerus Perjuangan
"