Tuesday, March 31, 2009

INI LAH YANG MEMENINGKAN UMNO(BN).

MONDAY, MARCH 30, 2009

INI Yang UMNO(BN) Pening


Ini genarasi Muda bakal mengwarisi perjuangan PAS(PR).,sedangkan UMNO menharapkan sayap PUTERA Dan PUTERI yang sekarang sudah kelihatan tidak berpungsi.

Kalau ada pun cuma berebut Jawatan tertinggi dalam UMNO,.

Sedangkan wajah wajah muda dalam PAS(PR)sememang nya kita sudah tahu tidak ada sebarang ganjaran wang dan Pangkat yang bakal di perolehi.

Melainkan Lillahhi Ta'ala.

Gambar dari topeng Perak



Muhyidin mula tidak yakin boleh menang pilihanraya

Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 00:15:54 MYT olehTokPenghulu

BeritaOleh rusly_islam

"
Bukit Gantang, 31 Mac - Muhyidin mula tidak yakin boleh memenangi pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, Dun bukit Selambau dan Batang Ai apabila meminta rakyat tidak menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai suatu 'pungutan suara' penerimaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO di bawah Najib Tun Razak.


"Ini menunjukkan bahawa peluang mereka sudah tidak ada di ketiga-tiga pilihanraya tersebut" kata Datuk Mahfuz ketika dihubungi oleh Te@m IT hari ini.

"Dia tidak mahu keputusan ini menjadi sebagai suatu referendum rakyat bagi membuktikan penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru UMNO kerana mereka menjangkakan akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini." kata beliau.

Menurut Datuk Mahfuz, ini merupakan suatu pengakuan yang ikhlas daripada Muhyidin kerana sudah tahu mereka tidak boleh diterima oleh rakyat."Kami mengucapkan terima kasih atas pengakuan ini" sinis beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mempersoalkan mengapa medan pilihanraya ini tidak boleh dijadikan referendum sedangkan inilah medan ujian kepada kepimpinan baru UMNO di bawah kepimpinan Najib Tun Razak.

"Kalau orang di sini (Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai) sudah tidak boleh terima, menunjukkan rakyat sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib" kata beliau.

Tan Sri Muhyidin dilaporkan berkata kepada Bernama bahawa ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib melainkan hanya pilihanraya kecil.
"




---------------------------------------------------------------------
BUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Hasil kajian lapangan terhadap masyarakat setempat mendapati sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, S Manikumar makin meningkat dan ramai yang mahukan calon yang dikemukakan oleh Parti KeADILan Rakyat Malaysia (KeADILan) menumpukan terhadap beberapa aspek yang selama ini diabaikan oleh Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategi Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam sidang medianya di Pejabat Yayasan Aman, Sungai Lalang pagi tadi juga mengucapkan terima kasih pada petugas yang setiap masa bersama rakyat dari rumah ke rumah melakukan tinjauan.

Itulah kenyataan yang ada, rakyat mahukan Adun yang memberikan perhatian pada aspek peningkatan kadar jenayah, kecurian motosikal, masalah dadah dan pecah rumah, katanya.

Selain itu apa yang dikehendaki oleh masyarakat setempat ialah kemudahan asal seperti longkang tersumbat, lampu jalan, kebersihan reakrasi dan sebagainya, jelasnya.

"Jika menang calon Pakatan Rakyat akan menumpukan pada masalah bagaimana hendak membantu mengatasi masalah peningatan kadar jenayah dan memperlengkapkan kemudahan asas yang selama ini terabai.

"Kita dapati suara agar Adun bantu mengatasi peningkatan sebanyak 25 peratus manakala mengemukakan suara kemudahan asal sekadar 12.8 peratus," jelasnya.

Selain Manikumar bertindak sebagai calon pilihan raya kecil kali ini beliau juga akan bergerak sebagai mata dan telingga parti kerana masalah yang lama boleh diselesaian sekiranya kerjasama dilaksanakan bersama menerusi dialog dengan pihak polis.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dato' Nagesan dan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu di kalangan kaum India di bawah 20 peratus.

"Dulu sokongan terhadap Samy Vellu sangat hebat tetapi sejak kebelakangan ini jatuh merudum. Berlainan dengan pesonaliti Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mendapat markah lulus," tegas beliau lagi.

Sokongan terhadap bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga pun tidak ke mana ekoran tindakan drastiknya sehingga mencetuskan huru-hara dalam kes Negeri Perak serta kes melibatkan Antantuya.

Rumusannya kata Saifudin, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan prihatin yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Penyelaras Petugas Luas Merbuk, Senator Zamri Mohd Yusuf dan Pengarah Operasi Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham Ramli.

Monday, March 30, 2009



HINT : the house is at number 88, Jalan Venice Raya 1, Venice of Perak, 32200, Lumut, Perak, and was rumoured to have been given to him free by a developer.





SUNDAY, MARCH 29, 2009

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!


Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Taiping menjadi saksi, sejarah tercipta hari ini


Dilulus terbit pada Sunday, March 29 @ 23:34:15 MYT oleh TokPenghulu

BeritaDipetik dari ajijoi.blogspot.com

"

TAIPING (29.03.09): Hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila lebih 30,000 penyokong Pas dan Pakatan Rakyat telah mengiringi calon P059 Bukit Gantang dari Pas, Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin ke tempat penamaan calon di Dewan Perbandaran Taiping.

Bandar Taiping mula penuh sesak sejak tengah malam lagi apabila ramai yang tiba dari segenap pelusuk negara untuk bersama-sama DS Nizar dihari yang bertuah ini. Ketiga-tiga masjid utama ditengah bandar Taiping penuh sesak hingga ke luar.

Jam 7.30 pagi diadakan solat hajat di masjid jamek Taiping sebelum bertolak ke tempat penamaan calon.

Oleh kerana terlalu ramai yang hadir, sewaktu DS Nizar diiring ke dewan, berlaku sedikit kekalutan apabila ramai penyokong yang sedaya upaya merempuh rantaian pengawal keselamatan Pakatan hanya untuk bersalam dengan DS Nizar. Walaupun hanya dapat menyentuh tangan beliau sekadar sedikit cuma, itu telah menjadi kepuasan bagi mereka yang begitu kagum dengan aura dan karisma DS Nizar.


Ramai pimpinan daripada Pas, Keadilan dan juga DAP peringkat negeri dan pusat telah bersama-sama DS Nizar menuju ke dewan pencalonan.

Manakala dari pihak BN pula, dianggarkan hanya sekitar 700 orang sahaja yang berjaya dihimpunkan.

Jika jumlah penyokong dan juga gegak gempita sorakan diambil kira didalam acara yang berlangsung hari ini, ternyata Bukit Gantang masih milik Pas.

Tetapi undi daripada penduduk tempatanlah yang akan menjadi penentu hala tuju masa depan Bukit Gantang.

Sekatan dibuat polis dengan merentang kawat berduri serta deretan anggota FRU yang mengawal penyokong-penyokong Pakatan diluar pintu masuk dewan.

Cuaca yang panas menyengat benar-benar menguji kesabaran apabila keputusan penamaan calon hanya diumumkan jam 11.20 pagi.

3 calon yang layak bertanding untuk kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Mereka adalah DS Nizar yang mewakili Pas, Ismail Sapian mewakili BN dan seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris (menggunakan lambang payung).

Walaupun penyokong semua bersurai secara aman, namun deretan kenderaan yang bertali arus menuju keluar dari bandar Taiping merangkak perlahan sehinggalah jam 3.30 petang.

Laporan tentang kejadian hari ini juga boleh diikuti di albanjari.blogspot.com, harakahdaily dan siasah-online

Gambar-gambar berikut menceritakan segala-galanya.











Sunday, March 29, 2009

Nizar ada di mana mana di Bukit Gantang



Baru Betui....

Baik Lelaki Perempuan tak segan silu pakai Topeng DS Nizar.

Perang saraf yg.berkesan

Bebudak PLKN Ulu Kenas diupah iringi calon UMNO

Laporan daripada lapangan penamaan tadi...
Terjumpa lah dengan seorang makcik, dia kabo dia datang dari batu hampor...
Ate ditanyer dia datang penamaan calon ker...???
Bukan katernyer...


"Makcik datang nih jumpa anak makcik...
Dia sekang dalam PLKN Ulu Kenas...
Dia tepon semalam kater dia kene pergi ker Taiping...
Deme dapat duit RM200 sorang untuk ke mari...
Rupernyer suruh datang ke penamaan calon...
Untuk penuhkan penyokong BN"


hehehehe...

Sumber :

http://anje-online.blogspot.com/

... HaHs said... Dulu muzakarah, Sebab kuat iman pada Allah lepas tu mukabalah, Dalam perjuangan taktik perlu di ubah lepas tu puak Erdogan, Itu geng Anwar punya pandagan. lepas tu Union Govt, Kut kut jadi tubuh Govt. lepas tu Fraksi Umno, Untuk Tarbiyahkan ahli UMNO Lepas tu Fraksi PKR, Agar mereka sama sama mendengar. Agak2nya lepas ni Fraksi DAP kot. Ini belum pasti hanya dlm rancagan kot. Ada plak kata Ulama' mee celup, Yang banyak cakap tapi ilmu tak cukup Ada plak kata Ulama' vs profesional, Kita dalam usaha untuk mengenal Ada plak kata puak hadi vs nik aziz, Biar mereka kembali pada Hadis. Aku hanya kata puak PR vs BN, Itu serba mungkin Aku kata lg Anwar (PKR) dan PAS berbeza, Org kampung sudah tau semuanya. Walau kagum terhadap Anwar takkan dijual jiwa pada PAS, Takut semua melepas. Walau berkawan pada Anwar, takkan bererti fraksi padanya, Kerana kita belum tahu khasiat nya. Walaupun bekas Umno, takkan kembali mencium api, Elok tur nanti sakit sendiri yg.rugi Walaupun dibarat ilmu dikecapi, Masih bole di perbaiki atau tambah lagi takkan hilang roh islam di hati, Semantara belum di uji Walau menang atau kalah, aku kan tetap setia disisi, Begitu lah hasrat di hati Walau berkawan dgn DAP aku kan berdakwah dan tak lupa diri, Itu lah jati diri. Walau berkawan dgn si amree, Siapa pulak dia ni... Aku akan kenal siapa sebenarnya dia ni, Tak kenal tak kan cinta di hati Walau aku menjadi MB, takkan ku lupa asalnya diri, Cakap jangan suka perli perli. Salahkah bertanding antara mereka, Semua ada hak yang sama sedangkan itu demokrasi, Masih ada had dan peraturan perlu di patuhi serta keadilan islam terbukti, Sesuatu yang tak perlu di ragui. Walaupun aku Ulama' takan ku hina Ulama perwaris Nabi kita sahabatku yg berjuang disisi, Untuk mencari keredaan ilahi Walaupun aku selalu leka, Itu sifat lumrah manusia takkan biarkan diriku mengadu domba, Tapi klu rumah terbakar panggil Bomba walaupun hanya penyokong, Jgn jadi macam Tok pek Kong. aku tetapkan kenal intan permata, Cari si Muttu dia expert punya. Walaupun aku sayangkan negeri, Tapi lebih kan pada anak dan isteri takkan ku beza pemimpin berbeza negeri, Itu hal sendiri sendiri Walau aku cuba berkata benar, Pastikan dulu dari semua sumber takkan ku cuba mengguris hati, Cuba dulu kemudian nilai sendiri kepada pemimpin takkan ku khianati, Jgn Taksub sampai lupa diri kepada rakan takkan ku benci, kalau tidak lu cakap sorang diri. kepada penyokong takkan ku hampakan mereka ini, Sebelum kasya semua orang kata begini Tapi akan ku tentang mereka ini, Pastikan arah mana langkah di mulai pereka adu domba fitnah ini, Semuar orang benci sehingga mereka berubah hati, Kejayaan belum pasti atau tuhan usir mereka ini, Itu hak Allah kita tak usah mencampori dari parti yg ku cintai, Pilih lah ikut gerak hati Jadilah mereka ini seperti, Burung bangau terbang tinggi parti umno yg mereka cintai, sampai masa makan turun juga ke bumi serta rasuah yg dinobati, Kerana itu cara senang di perolihi serta kezaliman yg sering digagahi, Tak bertemu buku dgn ruas lagi kebenaran akan tetap berpaksi. Kuatkan usaha tingkatkan pretasi Demi PAS dan islam yg aku cintai. Tetapkan lah iman serta pendirian mu ini Wallahu a'lam... Mari kita bersalam. ---------------------------------- Kalo semua yg bertekak dah pandai sgt, Pegi ler ke Ulu Langat masuk ke dalam dok jadi pemimpin, Kem Motivasi Dato'Hasan Ali di jamin pimpinlah kita ke arah kebaikan, Rehat kan minda dan fikiran tapi bukan kesesatan, Ada peta dan arah panduan yang di berikan. selagi islam dan perjuangan jadi panduan, Selama itu kita tak kan jadi Banduan insya allah siapapun kamu tetap akan bertahan. Satelah di uji baru lah kita tahu kekeuatan Iman.

FOTO SEKITAR PENAMAAN CALON P.59

Dua puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat

Lautan manusia

Presiden & Timb. Presiden PAS........DS Nizar & Wahid Endut

Dr. Haron Din .......................................Ust. Mujahid

Dr. Haron Din ................................Kamarudin Jaafar

Lim Kit Siang, Tian Chua & Dato' Ngeh Koh Ham

Lim Guan Eng ............................Hj. Osman & Hj. Ismail

Zahid Hamidi, Ismail Sapian, Muhyiddin & Mustafa

Yang kalah & yang tak layak bertanding Timbalan Presiden UMNO

Ahmad Said & Annuar Musa

Jins Shamsudin & puteri

Mungkin belum cukup umur mengundi

remaja atau pelajar sekolah menengah?

Saturday, March 28, 2009

Krisis Perak: Dari pening menjadi migrain


baca ni....

Mohamed Hanipa Maidin

Dalam artikel yang lalu (rujuk kolum 'Terbaik Dari Harakah'), saya telah mengulas bagaimana Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar.

Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang.

Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry.

Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

usul tidak percaya

Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah.

Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir.

Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak.

Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan 'short cut' untuk menyelesaikan kes ini dengan segera.


Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut.

Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.

Peguam Negara tidak betul

Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri.

Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah.

Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar.

Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu.

Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini.

Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu.

Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar.

Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut:

"Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi."

Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik.

Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu!-
tajdid_



Rakyat Perlu Menolak UMNO/BN
Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:42:22 MYT oleh TokPenghulu

ArtikelOleh ruhan

" Hakikatnya, tiada negara yang terselamat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa ini. Satu lagi hakikat ialah kedegilan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN menerimanya sejak awal lagi. Yang sering dicanangkan ialah asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu menyerap krisis itu. Di tengah-tengah kedegilan itu, rangsangan sebanyak RM 7 bilion dihamburkan.

Penjelasan tentang ke mana wang itu pergi dan kesannya kepada ekonomi negara tidak pernah diberikan secara terperinci dan meyakinkan. Kini, tiada pihak yang menaruh harapan besar terhadap rangsangan kedua sebanyak RM 60 bilion. Sehubungan itu, hakikat ketiga yang perlu diterima ialah kerajaan terlalu lambat bertindak; baru sekarang hendak menerima kenyataan; dan tidak mungkin mendapat sokongan padu semua pihak terhadapnya.

Tanpa sokongan padu semua pihak, tiada suatu pun projek yang akan berjaya. Punca kepada ketiadaan sokongan itu ialah sikap berat sebelah kerajaan UMNO/BN terhadap beberapa isu tempatan dan nasional. Pembangkang diseru bekerjasama menjayakan program penting itu. Seruan tersebut menyerlahkan ketidakikhlasan kerajaan apabila dirujuk kepada situasi yang sedang berlangsung di Perak.

Bagi pembangkang, Najib perlu menyelesaikan isu Perak terlebih dahulu sebelum memohon kerjasama mereka. Sehingga kini, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing itu. Ketergantungan itu akan hanya merugikan rakyat dalam suasana kegawatan ekonomi pada masa ini. Di sinilah rakyat dapat membaca sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN. Mereka melebihkan rampas kuasa daripada membela rakyat.

Namun demikian, rakyat yang bijak menilai tidak akan menjerumuskan diri mereka dalam perangkap UMNO/BN. Mereka tahu kerajaan hanya pandai beretorik. Kerajaan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerajaan tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri. Hala tuju kerajaan, terutamanya BN telah terpesong.

Kesemua yang disebutkan itu bukan fitnah. Kesemuanya dikutip daripada perkataan yang keluar dari mulut Mukhriz, Khir Toyo, Khairy, Nazri Aziz, Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib dan general-general UMNO yang lain apabila ditemubual wartawan. Salahkah rakyat (majoritinya golongan muda) yang diajar menguasai kemahiran berfikir di sekolah menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dalam kehidupan bernegara?

Mereka melihat pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah berhenti bergaduh. Presiden MCA tidak sehaluan dengan Timbalan Presidennya. Perselisihan itu berkembang menjadi pembentukan kem yang melemahkan kekuatan MCA. Bolehkah MCA yang lemah berbakti kepada orang Cina? Bolehkah GERAKAN yang lembek seperti harimau kertas memacu orang Cina ke puncak jaya? Orang Cina yang bijak berpolitik tahu bahawa banyak buruk daripada baik jika bernaung di bawah ketiak MCA atau GERAKAN.

Mereka melihat MIC mengabaikan tanggungjawab terhadap orang India. Kedaifan kaum yang tidak dibela itu mewujudkan masyarakat India yang miskin dan melarat serta tidak tentu haluan. Ramai belia India yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Ini bukan fitnah. Menteri dari keturunan India sendiri yang mengatakannya melalui pelbagai media. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, mahukah lagi orang India di Malaysia menyokong MIC?

Orang Cina dan India tidak perlu membodohkan diri berbuat demikian. Mereka akan menolak UMNO/BN. Mereka tidak akan mengundi calon BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

Sejarah Yang Terpadam


petikan dari tranung kite on line
Dilulus terbit pada Friday, March 27 @ 21:55:56 MYT oleh TokPenghulu

ArtikelOleh MalaysianJhadist

"
Dari: Ustaz Amin
Universiti Kehidupan 43 - Takkan Melayu Hilang Di Dunia

 19 Mac, Jam 6 Petang, saya di jemput menghadiri satu seminar di bilik Nusantara. Ada dua pembentang yang akan membentang pada petang ini. Pertama, Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky dan kedua, saya.

Dr Sikonsky memulakan pembentangannya mengenai kajiannya terhadap budaya dan sastera Melayu Nusantara. Pembentangannya ada di dalam bahasa Rusia dan ada di dalam bahasa Melayu.


Seminar ini di hadiri oleh para Sarjana dan Doktor yang mengkaji mengenai Melayu dan Nusantara. Kesemua mereka boleh bertutur di dalam bahasa Melayu sama ada Melayu Malaysia mahu pun Melayu Indonesia.

Dr. Sikonsky baru menerbitkan sebuah terbitan yang membincangkan mengenai Petronas, A.Samad Said, kajian terhadap buku pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya.

Menurut beliau, pusat kajian Melayu yang hebat bukan lagi di Belanda, tetapi sekarang di Australia. Beliau juga membawa buku-buku sastera Rusia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Beliau menemukan satu manskrip dari tahun 1948 yang menyatakan hubungan langsung antara Indonesia dengan Rusia.

Pada zaman penjajahan Belanda, orang Melayu Indonesia selalu merasa rendah diri, tidak yakin dan kurang jatidiri. Jadi, pada masa itu, mereka mulai menterjemah buku-buku jati diri dari Rusia untuk memberi semangat kepada bangsa. Padanya, buku-buku romantik hanyalah akan melemahkan semangat.

Sebelum ini, buku-buku Rusia, kebanyakkannya diterjemahkan dari bahasa Belanda. Ini kerana, banyak buku Rusia di Belanda.

Ia juga menyelar seorang penulis bernama Khairil Anbar yang menyadur buku Eropah kemudian mendakwa bahawa karya itu adalah karyanya.

Terjemahan langsung buku Rusia ke dalam bahasa Indonesia bermula pada tahun 1940an apabila seseorang telah menterjemahkan buku bertajuk “kereta api baja”, selepas itu buku “baju mantel dan juga “perang dan damai”. Sebuah karangan yang terkenal juga iaitu “Anna Karenina” karangan Tolstoy.

Waktu soal jawab, saya berkenalan dengan seorang yang duduk di sebelah saya iaitu Dr. Goriaeva Lioubov.

Beliau telah menemui dan telah menterjemahkan sebuah buku manuskrip hikayat Melayu terakhir bertajuk “Hikayat Maharaja Marakaramah”

Manuskrip ini ditulis pada tahun 1844 dan merupakan hikayat Melayu terakhir setakat ini yang ditemui. Ini kerana, hikayat-hikayat yang lain bertarikh sebelum dari tarikh ini.

Dr. Lioubov menemukan manuskrip ini di Muzium Asiatik St. Peterburg. Ia dibawa oleh seorang dari Eropah ke sini bernama Dr. Franck 100 tahun dahulu.

Manuskrip ini tidak ditemui di mana-mana tempat sama ada di Malaysia, Indonesia, Belanda, Prancis dan lain-lain lagi. Ia telah diterjemahkan di dalam bahasa Rusia.

Saya terfikir, bagaimana khazanah Melayu ada di merata-rata tempat. Bagaimana orang luar mengambil dan menyimpannya. Sebenarnya, banyak lagi tulisan mengenai bangsa Melayu ada di luar dan di dalam simpanan orang-orang barat.

Di dalam bilik Nusantara, saya sempat membelek sebuah buku yang mencatatkan sejarah Raja-Raja Barus, tempat kelahiran Hamzah Fansuri. Ia tersimpan di dalam koleksi Perpustakaan Universiti Leiden dan juga di Tropen Institute, Amsterdam.

Tercatat sejarah-sejarah yang kita tidak tahu seperti perang Sultan Ibrahim dari Barus melawan Acheh, kekalahan dan pemenggalan kepalanya.

Saya terfikir kembali, patutlah, para pelajar Nusantara begitu hebat mempelajari mengenai orang Melayu. Rupanya, guru-guru mereka juga seorang yang hebat di dalam kajian. Ada perkara-perkara yang mereka temui yang kita sendiri tidak tahu.

Banyak manuskrip Melayu yang ada di tangan mereka yang kita sendiri tidak ada menyimpannya. Hari ini, kebetulan saya ada di sini dan dapat menyaksikan perbincangan mereka, banyak lagi seminar-seminar yang mereka bentangkan mengenai orang Melayu yang kita tidak tahu. Mereka bentangkan hasil kajian dan temuan mereka di serata dunia mengenai orang Melayu.

Saya teringat satu sejarah, ketika Portugis berjaya menawan Melaka, ada dua buah kapal yang membawa segala khazanah Melayu balik ke sana. Mereka mendakawa, kapal De La Pamor ini, kemudiannya tenggelam di pertengahan jalan. Ramai yang yakin sebenarnya kapal ini tidak tenggelam. Ke mana sebenarnya segala khazanah orang Melayu kita dibawa?.

Sebab itu, banyak yang kita sendiri tidak tahu mengenai bangsa kita Melayu. Mereka mengatakan kita mendapat Islam lambat iaitu hanya pada kurun ke 14. Tetapi, satu demi satu teori ini dapat di ketepikan apabila penemuan demi penemuan terhadap kedatangan Islam ke Nusantara ditemui. Bermula dengan penemuan batu bersurat di Terengganu, batu bersurat di Acheh dan sebagainya.

Terbaru, penemuan sebuah makam di Barus Indonesia, Makam ini mencatatkan wafatnya pada tahun 48 hijrah. Jika benar makam ini wafatnya pada 48 hijrah, maka, orang ini, kalau bukan sahabat, pasti Tabi’in.

Perkara ini tidak mustahil kerana, pada zaman Saidina Uthman r.a lagi, operasi dakwah ke Timur Jauh telah dimulakan. Sebuah makam sahabat di Guang Zhou China membukitkan para sahabat telah mula berdakwah ke Timur Jauh sejak kurun pertama Hijrah lagi.

Jika makam ini telah disahkan oleh ahli sejarah, maka ia bermakna, operasi mengIslamkan Nusantara, jauh lebih awal dari apa yang di dakwa oleh Orientalis.

Sesungguhnya, orang Minangkabau tanpa Islam, tinggal Kabaunya sahaja, orang Jawa tanpa Islam, tinggal Aw.., Bugis tanpa Islam tinggal Buu…, orang Boyan tanpa Islam, tinggal Boo...dan orang Melayu keseluruhannya tanpa Islam, tinggal Layu sahaja.

Mengetahui Islam dan Melayu, akan memahamkan kita bahawa, Islam tidak boleh dipisahkan dari jati diri Melayu. Dengan Islam, jati diri Melayu akan lebih hebat dan kuat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Moscow State University
20 Mac 09Dr Tatiana, pakar pengajian Melayu Malaysia
Presiden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky
Oreintalis yang mahir di dalam sejarah Nusantara
Buku hikayat Melayu terakhir yang ada di dalam Muzium Asiatik St. Peterburg. Telah diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia. Manuskrip ini di bawa ke Muzium ini kira-kira 100 tahun dahulu
Bilik pusat kajian Nusantara
Empat dari kanan, Dr Serge, pakar tulisan Aksara, tulisan Melayu kuno sebelum kedatangan Islam. Di dalam dunia ini tinggal beberapa orang sahaja yang boleh membaca tulisan Aksara ini, seorang dari Belanda, seorang dari Inggeris dan beberapa orang dari Rusia. Dahulu ada seorang dari Indonesia tetapi telah meninggal dunia.


Buku kajian Melayu terkini.