Friday, July 31, 2009



Thursday, July 30, 2009












Wednesday, July 29, 2009


Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan, tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia, inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya, sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain .



Betapa Bahayanya Mereka Yang Bermainkan Isu Perkauman!

Terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada kekacauan masyarakat, antaranya ialah ketidakstabilan politik, kekacauan juga mungkin disebabkan oleh sikap sesetengah gologna yang suka untuk melemparkan hasutan terhadap orang lain.

Kini, terdapat sesetengah golongan yang melaungkan slogan "perpaduan demi menjaga kepentingan bangsa", maka kita harus berhati-hati dengan motif mereka supaya tidak jatuh kedalam permainan perkauman mereka. Permainan mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mencapai cita-cita mereka.

Jangan kita mengambil ringan terhadap kebolehan golongan itu, bah kata pepatah orang cina, kapal lama masih mempunyai paku (pepatah cina yang bermaksud, jangan pandang rendah terhadap mereka yang dianggap tidak guna, kerana mereka masih mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu).

Demokrasi dan hak asasi manusia harus menjangkaui batasan kaum dan agama. Sekiranya tidak, ia akan membawa kepada kepadahan.

Demokrasi dan hak asasi manusia yang menjangkaui kaum dan agama penting terutamanya di negara yang berbilang kaum.

Memang tidak dapat dinafikan, semangat perkauman telah memainkan peranan yang penting pada zaman dahulu untuk kita bersatu untuk menentang penjajah, tetapi apabila semangat perkauman ini disalahgunakan, ia akan membawa kepada padah,

Rakyat Jerman (sebelum Perang Dunia Pertama) yang bangga dengan kaum mereka , menyangkah kaum mereka paling unggul di dunia dan tidak dapat ditandingi, malangnya, semangat perkauman ini telah menjadikan Bangsa Jerman dipergunakan oleh Hitler untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menakluki benua eropah. Selain itu, Hilter juga mempergunakan mereka untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap orang yahudi pada masa itu.


Mereka ini tahu dengan mempermainkan semangat perkauman ini mudah untuk mereka mencari populariti di kaum mereka masing-masing untuk mencapai cita-cita mereka, namum mereka inilah yang akan bertukar menjadi orang yang menghasut kaum mereka menentang kaum lain. Caranya mudah, mereka akan memperbesarkan betapa bahayanya kaum penentang mereka dan mengambarkan hak kaum sendiri akan dicabuli, sehinggakan mencipta pembohongan bahawa hak politik mereka juga akan hilang tidak lama lagi.

Mereka ini boleh bermainkan isu perkauman di mana saja, walaupun di negara yang hanya mempunyai satu kaum. Mereka akan membahagikan bangsa mereka mengikut daerah, negeri, fahaman, puak dan sebagainya supaya permainan ini dapat diteruskan (seperti yang berlaku di banyak negara di rantau Arab).

Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan, tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia, inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya, sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain .

Sebaliknya, apabila perpaduan kaum ini hanya melibatkan sesuatu kaum sahaja, ia akan membawa padah kepada negara kita, sistem demokrasi, hak asasi akan terpengaruh, moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita kerana kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan tidak percaya dengan orang lain. (contohnya sekiranya perkara itu melibatkan satu kaum, kaum lain tidak akan mengambil kisah dan menganggapnya isu perkauman, maka inilah yang menyebabkan moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita).

Bekas perdana menteri kita kini pandai memainkan isu perkauman di dalam blognya, saya melihat matanya lalu mengingatkan saya sendiri bahawa saya harus bertenang supaya tidak jatuh ke permainannya.





Siapakah di belakang blog t4tbh?

Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.

Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.

Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.

“Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya…dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh,” tulis satu blog.

-http://siasahdaily.blogspot.com

USAH MERUNGKAI PERIBADI

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.


KISAH SILAM

Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”

Kemudian ada sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”

Baginda menjawab;

“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)


YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI

Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.


PERINGATAN

Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)

Tuesday, July 28, 2009




Wudhuk Pembersih Zahir Batin

petikan harian metro
edito:n13@m

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.

Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."


Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.

Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.