Friday, October 30, 2009

            

   

       


            
              
                                                                              

          
Minda Editor


          



  •                                                                                   
    MB tidak boleh arah ADUN undur: PM
    Oct 29, 09 6:23pm                           


  • Perdana menteri berkata, ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah boleh membuat keputusannya sendiri.LAGI



  •                                                                                   
    Wakil BN desak Ong, Koh undur
    Oct 29, 09 2:37pm                           


  •                          mohamad aziz sri gading mpkemaskini 5.16pm Seorang penyokong kerajaan secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti.LAGI 
  •  
 KOMEN BLOGER

PM kata MB tidak boleh arah ADUN undur.,TAPI Wakil BN desak desak Ong,Koh undur.


Agak nya  Wakil BN lebih besar kuasa nya dari MB.

Payah!!!!
------------------------------------------------------



Thursday, October 29, 2009



Di petik dari sumber






This is a dual-language blog       discussing events and going-ons in Malaysia which is of interest to the Malaysian public.




Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat. 75% dari keseluruhan AJK yang hadzir bercakap dan hanya Cikgu Pa serta Abu BAkar Chik sahaja yang menyokong Hasan Ali.
Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak dari apa yang dituliskan oleh beliau. Yakni, jelas beliau mahu ketiga2 yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.

Sepanjang perbahasan para AJK PAS Pusat telah sanggup berkompromi untuk tidak mengambil jalan EGM. Cumanya, disebabkan bukti yang cukup banyak terhadap Hasan Ali maka permintaan mereka adalah Hasan Ali ditukar dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ertinya, bagi mencari jalan tengah untuk menguraikan kekusutan, permintaan yang amat sederhana yakni menukar Pesuruhjaya Selangor. Itu sahaja.

Namun, permintaan MAJORITI AJK PAS PUSAT ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke JK Disiplin. Tidak diberitahu samada keseluruhan YDP ataupun hanya beberapa orang sahaja yang akan dihadapkan pula.





Selanjutnya sila ke blog berkenaan.............

Wednesday, October 28, 2009

Satu catetan dar blog Lobai Kampung


Jika PAS tidak beri saingan, Penduduk Bagan Pinang tak ditabur janji begini

Posted by Lobai Kampung 



Melayari blog mengenai keputusan N31 Bagan Pinang menemukan kita dengan pelbagai komen positif dan negatif. Saya cukup tertarik dengan posting yang mengumpulkan segala janji projek yang bakal diberikan kepada penduduk Bagan Pinang jika memilih BN. Inilah untungnya pilihanraya kecil, pembangunan yang sepatutnya diusahakan untuk tempoh 20 tahun, sekelip mata boleh dijanjikan dengan syarat mengundi BN. Demikianlah BN terus memperbodohkan rakyat. Entah siapa yang patut dikasihankan ....


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt:
Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan

Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Lobai Kampung : Jangan lupa ucap syukur dan terima kasih. Kalau tidak kerana kekuatan ketumbukan Pakatan Rakyat mungkin tak sebegini hebat janjinya. Tak masuk lagi yang terima duit, hamper, barangan elektrik, barangan kosmetik dan banyak lagi sebelum hari mengundi. Moga jasa rakyat memilih BN dibalas sebaiknya oleh BN. Kalau tidak BN akan tumbang .. Betul ke ..? ontahlah apo nak dikato .. Tak serik-serik kono tipu ..

Sunday, October 25, 2009

~penarik beca

Mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak dipandang bersih?!




Muktamar khas: Putar belit kata-kata

Orang kata, nak kenal orang yang sokong Umno senang ja. Yang hebat-hebat, dia akan kata dia sokong Umno. Yang kurang hebat akan kata, dia tak sokong mana pun, undi rahsia dan macam-macam lagi. Ada juga yang tak nak sebut Umno. Tapi dia akan kata bahawa dia "bimbangkang hok-hok istimewa Melayu". Dia tak mahu menerima hakikat bahawa Umno pengkhianat Melayu.

Apa pun, mereka pandai berahsia. Tak macam kebanyakan penyokong PAS, mereka bukan sahaja tak pandai berahsia tetapi kadang-kadang bersemangat sakan.

Tetapi, sesama PAS terbalik pula. Yang ketagih Umno seperti pecacai parti penipu Melayu itu di Selangor atau berperangai mengalahkan Umno dan kuat pula menghina orang-orang PAS seperti Mamat di Kedah berani berterus terang menolak muktamar khas (EGM) yang dicadangkan oleh Tok Guru Mursyidul Am. Yang tidak dapat diingati oleh begitu ramai orang bilakah dia pernah berada di barisan hadapan berlawan dengan Umno (kecuali jadi calon pilihan raya) seperti Pesuruhjaya PAS Terengganu pula putar-putar kata yang entah apa-apa. Yang menolak kelab pencinta Umno seperti Pesuruhjaya PAS Johor pula teragak-agak bahasanya.

Saya tulis perkara di atas kerana terbaca liputan dalam muka depan Mingguan Malaysia hari ini.

Berita-berita dalam Mingguan Malaysia hari ini:
'Tiada siapa jadi dalang'
Pas tak perlu ada EGM
Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat
Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu
Mustafa Ali berdiam diri
Nik Aziz dan EGM Pas


Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 10/25/2009 07:25:00 AM
Reactions:

Saturday, October 24, 2009

Malaysia Update!!!!!!

Tell your freind Now!!!!!!

Thursday, October 22, 2009

Court differs from Perak decision as Gobind remains barred

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Oct 22 — Puchong MP Gobind Singh Deo remains barred from the Dewan Rakyat after the High Court ruled today that legislative proceedings cannot be challenged in court, in a decision which appears to go against an earlier Federal Court ruling.
The decision by the High Court today relies on a generally accepted principle of Separation of Powers but contradicts a Federal Court ruling in April which said it was allowed to inquire into legislative proceedings.
The Court ruled today that the constitution was supreme and that it cannot question proceedings of the Dewan Rakyat.
But in April, the Federal Court panel of Augustine Paul, Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Nik Hashim Nik Ab. Rahman, and Zulkefli Ahmad Makinudin was willing to depart from this precedent, which gives respect to the doctrine of separation of powers in a case between ousted Perak Speaker V Sivakumar and Barisan Nasional assemblymen in Perak.
In that case the Federal Court ruled  Sivakumar did not have the power to suspend Datuk Zambry Abd Kadir, the mentri besar, and six BN executive council members from attending the state assembly.
The ruling cleared the way for the seven men to attend the state assembly and head off attempts to mount a no-confidence vote against the Perak BN government.
With that decision the Federal Court appeared to have punctured the hallowed doctrine of separation of powers upheld by court decisions on five previous occasions.
In the previous decisions, the court had followed provisions in the constitution which says the courts cannot interfere in proceedings of the legislative assembly.
In the case of Gobind today, the High Court appeared to be returning to that doctrine.
In his decision earlier, Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof took pains to point out that Gobind’s case was different from the Perak case because nobody was questioning the “validity” of the committee that suspended Gobind, unlike the committee chaired by Sivakumar.
He also noted that there were clear provisions in law for the Dewan Rakyat committee to decide if Gobind’s act was an offence that could be categorised as “contempt of the house”.
For those reasons, he said, the court was not reviewing Gobind’s 12-month suspension.
But the novice judge also pointed out that the courts exist to provide “check-and-balances” to the arbitrary decisions made in Parliament, which were not backed up by clear provisions in law.
Mohamad Ariff ruled that the first-term MP cannot take part in the lower house proceedings until March 18 next year, but is entitled to his monthly salary and other monetary benefits as clearly stated in Article 64 of the Federal Constitution.
He noted that under the law, Gobind could only be fined a maximum of RM1,000 for breaking the rules in Parliament, and be arrested if he does not pay the fine.
The judicial commissioner also ruled that an interest rate at eight per cent a year to be added to Gobind’s pay and be backdated to March, when Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia passed the motion to suspend the fiery man for contempt.
Gobind’s lawyer and father, Karpal Singh, said it was a fair ruling and they would not be appealing.
“It’s a fair decision. The judge has done a lot of work.
“While what Gobind had said was tantamount to contempt, they had no right to take away benefits,” the veteran lawyer said.
Karpal, who is also DAP chairman highlighted that today’s decision held “far reaching consequences” for Parliament Speakers from now on.
“A landmark decision has been reached where the decisions of Parliament are now subject to judicial review.
“Parliament must be careful of decisions it adopts. It can’t do as it likes anymore,” he told reporters outside the courtroom.
“This judgment shows that the Speaker’s decision can be questioned in a court of law,” he added.
Karpal, who is also Bukit Gelugor MP, joked that Pandikar and Datuk Seri Nazri Aziz, as minister in charge of parliamentary affairs, should get a copy of the written judgment when it is completed.
“Parliament is not absolute,” he stressed, and ended: “it goes against what they believed all along.”
Gobind, who is also a lawyer, said that he was satisfied with the ruling, but moaned about not being able to take part in the upcoming Budget 2010 debate.
“The suit was filed as a matter of principle,” he said.
“I was hoping to get back to Parliament, but at the same time I am relieved that the judge did say that I am still the MP for Puchong,” he added.

Tuesday, October 13, 2009




UPDATED: Inilah Sebab PAS Hilang Undi Kaum India dan Cina di Bagan Pinang dan Mungkin Di Kawasan Lain
Tuesday, October 13, 2009


Quote:

"... Di dalam kedua-dua isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Isa) serta Pesuruhjaya PAS Selangor Hassan Ali mengambil SIKAP BERDIAM DIRI.

Hanya MP PAS Shah Alam Khalid Samad dibiarkan berseorangan diri di dalam menghadapi isu ini tanpa apa-apa bantuan serta sokongan dari Presiden ataupun Timbalan Presiden PAS.

Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Pengundi India merasakan PAS tidak ikhlas apabila kepimpinan tertinggi mereka mengambil sikap berdiam diri.

SOKONGAN SENYAP Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Hassan Ali kepada sikap UMNO dalam isu kuil S23 ini sudah menjadi rahsia umum. Pengempen2 MIC lah yang mendedahkannya kepada pengundi2 India di Bagan Pinang. Ia (Hassan Ali) menjadikan PAS dilihat sebagai hipokrit dan tidak dipercayai oleh pengundi2 India di Bagan Pinang.

Saya amat yakin kalau Khalid Samad menjadi calon PAS di Bagan Pinang, PAS sudah tentu mendapat 70-80% undi kaum India kerana Khalid Samad terbukti tidak bercakap seperti seorang yang munafik dan menipu kaum India.

Maklumat “kumpulan Erdogan” telah disisihkan oleh Presiden sudah sampai ke pengetahuan ramai orang. Pengempen2 MIC terutamanya menggunakan hujjah ini dan ianya berjaya.

ADUN BANGI, Dr Syafiee telah menaikkan isu ini sejak tahun lepas lagi, yakni mengapa program “PAS for All” sudah tidak ada lagi pengisian yang bersifat berterusan sekarang ini.

Malahan tokoh PAS seperti Hassan Ali, dengan terus terang mengatakan yang PAS akan memperjuangkan hak Melayu sedangkan pada waktu yang sama PAS sudah ada slogan “PAS for All”.
- Tulang Besi


Read here for more in Malaysia Waves blog

Satu kejutan berlaku. Majoriti pengundi-pengundi India di Bagan Pinang telah mengundi UMNO/BN walaupun isu “kepala lembu” dan isu “kuil s23” telah berlaku.

Di dalam kedua2 isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden dan Timbalan Presiden) mengambil SIKAP BERDIAM diri dan membiarkan UMNO bermaharaja-lela mengutuk serta menzalimi hak penduduk Hindu S23.

Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Ini kerana dalam isu Kuil S23 dan Kepala Lembu, sikap yang mereka tunjukkan adalah sama, yakni tidak menentang tindakan sekumpulan orang-orang UMNO itu.

Dan pengempen2 MIC/IPF ini memulakan jarum sejurus selepas kematian arwah ADUN Bagan Pinang yang lepas. Itu maklumat yang saya dapat sebelum penamaan calon lagi dari beberapa pengkaji yang berada di lapagan. Saya sendiri tidak percaya tapi keputusan Bagan Pinang ini membuktikannya.

1. PAS TIDAK Dilihat Membantu Kaum India Di Dalam Mempertahan Hak Mereka

Presiden PAS terutamanya (serta Pesuruhjaya PAS Selangor) mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini. MP PAS Shah Alam, dibiarkan berseorangan diri di dalam menghadapi isu ini tanpa apa-apa bantuan serta sokongan dari Presiden ataupun Timbalan Presiden PAS.

Oleh kerana kita semua telah tahu bahawa Presiden PAS terikat dengan kehendak “geng Terengganu” maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sikap PAS dalam isu Kuil dan Kepala Lembu ini adalah sikap “geng Terengganu”(yang sekarang ini sudah terkenal dengan sikap “assabiyyah” dan kebangsaan melayu mereka).

Pokoknya, Bagan Pinang adalah peluang keemasan bagi PAS bagi menguatkan lagi tahap sokongan pengundi berbangsa India kepada PAS. Isu “Kepala Lembu” dan “Kuil Seksyen 23” adalah isu keemasan yang disia-siakan oleh PAS hasil kerana kepimpinan PAS Pusat dikuasai oleh mereka2 yang pro kepada kerjasama dengan UMNO.

Presiden PAS sendiri secara pribadi telah turun ke Shah Alam dan memberitahu bahawa Islam tidak mengharamkan rumah ibadat bukan Islam hampir dengan Masjid dan Surau. Ini kerana, Presiden telah mengambil pendapat dari madzhab Maliki yang lebih sesuai dalam waqi’ Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, Presiden PAS tidak langsung mengeluarkan kenyataan umum kepada media dalam isu ini hatta selepas MP PAS Khalid Samad diberikan ancaman bunuh sekalipun. Perkara ini menjadi isu di Bagan Pinang kerana pengundi India merasakan PAS tidak ikhlas apabila kepimpinan tertinggi mereka mengambil sikap berdiam diri.

Malahan, mereka sudah maklum betapa Dato Hassan Ali sendiri sebenarnya lebih cenderung kepada geng2 UMNO S23 berbanding dengan hak orang-orang India di sana.

Maklumat saya dapat, Dato Hassan dalam mesyuarat Exco memberitahu yang beliau memperjuangkan Titah Baginda Sultan Selangor yang tidak mahu rumah ibadat bukan Islam dalam penempatan majoriti orang Islam.

Sokongan senyap Dato Hassan kepada sikap UMNO dalam isu kuil S23 ini sudah menjadi rahsia umum. Dan, pengempen2 MIC lah yang mendedahkannya kepada pengundi2 India di Bagan Pinang. Ia menjadikan PAS dilihat sebagai hipokrit dan tidak dipercayai oleh pengundi2 India di Bagan Pinang. Hasilnya, PAS gagal menuai hasil dari kedua-dua isu sensitif ini.

Kalaupun PAS Selangor mahu mengambil sikap yang serupa dengan UMNO Selangor, kenapa PAS Selangor tidak boleh pergi berunding dengan Hindu Sanggam dan mencadangkan lokasi baru untuk kuil tersebut?

2. Apabila PAS Mengambil Sikap Ke”Melayuan”, UMNO yang Untung

PAS Selangor dan PAS Pusat dilihat semakin rapat kepada UMNO dari segi isu dan sikap UMNO dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, kumpulan yang bertanggungjawab kepada polisi seperti “PAS for All” ( yang digelar sebagai kumpulan Erdogan) telah disisihkan. Presiden PAS sudah tidak lagi mendengar nasihat dan rintihan dari mereka2 yang bertanggungjawab ke atas kemenangan PAS 2008.

Malahan Presiden PAS sekarang dikuasai pemikiran dan pergerakan beliau oleh geng2 Terengganu dan mereka yang pro kepada kerjasama dengan UMNO. Tidak hairanlah dalam isu Kuil Seksyen 23 dan Kepala Lembu Presiden PAS berdiam diri dan TIDAK membantu Khalid Samad.

Saya amat yakin kalau Khalid Samad menjadi calon PAS di Bagan Pinang, PAS sudah tentu mendapat 70-80% undi kaum India kerana Khalid Samad terbukti tidak bercakap seperti seorang yang munafik dan menipu kaum India.

Calon yang diketengahkan oleh PAS pula menjadi mangsa sikap “assabiyyah” kepimpinan PAS dan kasihan kepada beliau. Beliau seorang yang jelas komited kepada konsep “PAS For All” dan menjadi mangsa. Lagi pula, beliau tidak dikenali oleh pengundi India di situ menjadikan beliau susah untuk disokong pengundi India.

Secara mudah, buat apa pengundi India mengambil risiko mengundi PAS sedangkan sikap PAS dan UMNO adalah serupa?

3. Slogan “PAS for ALL” PAS Sudah Mula Dicurigai Pengundi BUKAN Melayu

Sudah tentu. Maklumat “kumpulan Erdogan” telah disisihkan oleh Presiden sudah sampai ke pengetahuan ramai orang. Pengempen2 MIC terutamanya menggunakan hujjah ini dan ianya berjaya.

Dan yang lebih mengewakan kita, ADUN BANGI, Dr Syafiee telah menaikkan isu ini sejak tahun lepas lagi, yakni mengapa program “PAS for All” sudah tidak ada lagi pengisian yang bersifat berterusan sekarang ini.

Malahan tokoh seperti Hasan Ali, dengan terus terang mengatakan yang PAS akan memperjuangkan hak Melayu sedangkan pada waktu yang sama PAS sudah ada slogan “PAS for All”.

Bukankah Islam memperjuangkan nasib semua manusia TIDAK KIRA AGAMA dan BANGSA? Malahan, bukan setakat manusia, Islam juga memperjuangkan keadilan untuk binatang dan tumbuhan dan melindungi mereka dari kezaliman.

Ada riwayat yang muttawateer yang mengatakan bahawa seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana menyiksa kucingnya dan seorang pemuda dimasukkan syurga kerana memberi air kepada seekor anjing yang haus.

Puak2 Fraksi UMNO ini jelas menampakkan akidah mereka yang telah rosak dan hancur.

Apabila diuji mereka membuang Islam dan mengambil akidah assabiyyah/kebangsaan melayu.

-Tulang Besi

 Di petik dari Blog Al-Banjari

 

(3) Corat Coret Bagan Pinang - cerita dari bloggers.

Seawal jam 10 pagi, Ahad lalu, aku bersama blogger albanjari, pinkturtle dan bos utaraonline telah melawat dua buah UPU iaitu UPU Telok Kemang dan UPU Si Rusa, mula mula kami singgah di UPU Si Rusa. Majoriti yang bertugas di UPU ini adalah petugas daripada Kelantan. Suasana kempen agak panas walaupun tidak begitu tegang. Pencacai UMNO terjerit jerit macam orang hilang akal menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan melaungkan "liwat liwat liwat".

Petugas PAS yang mendominasi petugas Pakatan di UPU Si Rusa kelihatan bersahaja "mendengar" laungan ala ala wayang kulit yang dipersembahkan oleh pencacai UMNO yang sangat kurang adab tersebut. Tahniah kepada semua petugas PAS yang berada di UPU tersebut di atas kesabaran tahap tinggi yang berjaya anda tunjukkan.

Corat-Coret @ Teluk kemang :
Kami kemudiannya beredar ke UPU Telok Kemang yang diamanahkan kepada petugas dari Terengganu. Perjalanan ke sana, jalan memang jem tahap gaban. 1 jam lebih baru sampai. Suasana di UPU ini amat tegang dan diberitakan bahawa insiden bertukar tukar bahan hantaran seperti botol dan batu telah beberapa kali berlaku tetapi belum ada yang cedera. Sorak menyorak kelihatan sangat "ceria" di UPU ini di mana semua pihak yang hadir telah mengambil bahagian dalam setiap "pertandingan" sorakan yang dianjurkan.

Penyokong UMNO yang terdiri daripada remaja yang masih bersekolah dan remaja yang tercicir persekolahan telah menjadi mangsa buli Pemuda dan Wanita UMNO. Kumpulan remaja malang ini telah dijadikan pasukan sorak tanpa tauliah oleh Pemuda dan Wanita UMNO.

Fuckatan Riot !! Piiraaa..!! Fuck..fuck !! Take Beer !!
Baik punya ayat puteri ni ! Dasyat beb !!

Albanjari dan bos utaraonline meninggalkan aku dan pinkturtle di UPU "panas" ini. Pinkturtle nih gagal dikesan sebenarnya. Telefon pun tak angkat. Semoga pinkturtle tidak diculik oleh UMNO. Kalau tak, tak pasal pasal bloggers nak kena jadi WonderPet.

Sorakan dan kejian UMNO terhadap PAS memang sangat menyakitkan. Tunggu apa lagi...aku tanggalkan kad blogger milik aku dan aku "join" sekali dengan kelompok pemuda dan remaja Pakatan. Aku lead sendiri kelompok nih. Kami bersorak dan melaungkan slogan macam demonstrasi. Alhamdulillah, para "jemaah" yang berada di UPU Telok Kemang turut serta dan sorakan kami itu telah berjaya "mematikan" budak budak UMNO.

Tak lama lepas tu, sekali lagi pertukaran bahan hantaran berlaku. Budak budak pencacai UMNO melontarkan batu ke arah penyokong Pakatan dan terkena bibir seorang remaja dari Terengganu. Nasib baik pihak PDRM berjaya mengawal keadaan.

Sorak sorakan masih terus terusan berlaku sambil disulami oleh pertukaran bahan hantaran. Pihak PDRM yang pada awalnya kelihatan agak berat sebelah telah mula memainkan peranan dengan menahan beberapa "ekor" budak UMNO. Itu pun setelah ditekan dan digasak oleh pihak Pakatan.

Setelah beberapa "ekor" budak UMNO itu digari dan disimpan di dalam land rover milik PDRM, pihak UMNO terus hilang moral kecuali beberapa ekor Puteri UMNO yang baru habis PMR. Muda sangat tu tapi mulut budak budak nih dah macam mulut mak budak. Laser dan kurang ajar tahap gaban. Kesian mak ayah budak budak nih. Penyokong UMNO mula bersurai apabila jam menunjukkan hampir 1 petang. Apa yang membuatkan penyokong Pakatan "naik semangat" secara menjadi jadi adalah sikap OCDP yang bertugas di UPU Telok Kemang.

Beliau mengarahkan penyokong Pakatan bersurai atas alasan penyokong UMNO telahpun bersurai. Gila gaban betul OCPD nih. UMNO nak bersurai tu UMNO punya pasallah. Apasal kami pun nak kena bersurai juga? Polis tu pula kata "OCPD ada kuasa untuk suraikan" perhimpunan. Woi !! Itu hal lain. Bukannya hal himpunan pilihanraya !! Bangang betul sarjan yang bagi alasan macam tu kat aku. Nak jer aku ludah tepat kat biji mata dia. Nasib baik Hj Hanapiah tarik aku ke belakang. Kalau tidak, memang sarjan tu dah aku "sekolahkan" dah.

Aku hormat betul dengan penyokong Pakatan. Seinci pun mereka tak berundur. Walaupun masing masing baju dah basah dengan peluh tapi semangat tetap kental. Selepas keadaan kembali tenang sebab penyokong UMNO dan makin reda, tak pasal pasal pula puak puak topi merah sampai 3 trak siap dengan rasaksa Water Canon sekali.

FRU terus mengambil tempat di bahu jalan. Penyokong UMNO yang memang diketahui penakut nak mampos tu terus hilang dan terus duduk duduk macam mereka tak terlibat dengan pilihanraya. Rupa rupanya puak puak nih takut dengan FRU. Puteri UMNO yang tadi bukan main lagi celupar mulutnya telah hilang entah ke mana. Budak budak UMNO yang baling aku dengan botol mineral pun tak nampak batang hidung dah. Bangang. Sangat bangang. Dah lah bangang, penakut nak mampos pula tu !

(*) Teks (sumbangan pemburu syahid) - Foto ( koleksi albanjari & pemburu syahid)

Monday, October 12, 2009


(2) Corat Coret Bagan Pinang - Bila Imam jahil memahami Feqhul Aulawiyat ?

Oleh : MRK albanjari
Sambil kami berjalan berjamaah menuju ke Masjid Kariah Bagan Pinang untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lalu(11.Okt), telinga kami diperdengarkan dengan alunan azan yang sangat kurang menyenangkan telinga oleh muazzin yang saya rasa dari segi usianya sudah terlalu tua dan sudah tidak mampu untuk menzahirkan makhraj-makhraj huruf yang sudah tidak sempurna lagi sebutannya.

Sesampainya saya diperkarangan masjid saya cukup teruja dengan kebanjiran para jemaah yang pastinya mereka adalah penyokong dan pendokong PAS dan Rakatan Rakyat yang pada telahan saya mungkin inilah kali pertama sejak kewujudan masjid ini subuhnya jemaah melimpah sampai keluar.

Ketika saya sedang berwuduk, muazzin telah melaungkan Iqamah dan seterusnya solat subuh pun bermua dengan lafaz takbir imam yang saya amati lafaz Takbiratul Ihramnya sudah bertukar makna dari maksud Allah Maha Besar kepada Allah Maha .......... sudah bertukar kepada jelas huruf KAF kepada huruf KHA dengan dituruti bacaan surah al-Fatihahnya juga banyak bertukar huruf dan bacaan yang tidak jelas.

Ramai dari kami para jemaah menggelengkan kepala tanda protes terhadap lafaz bacaan sang Imam itu dan ramai juga yang merungut sendirian namun saya gagahi juga untuk masuk saf untuk turut berjamaah denganya tetapi sebelum imam itu menghabiskan bacaan al-Fatihahnya saya terpaksa keluar dari saf kerana sudah tidak tertanggung lagi kebingungan saya dengan bacaan sang Imam tersebut yang jelas banyak salahnya pada bacaannya, maka saya keluar dari saf menanti sehingga dia menghabiskankan solatnya.

Sesudah sang Imam itu selesai memberikan salam keduanya maka kami dengan segera bertindak membentuk saf baru lebih kurang 5 saf penuh dengan di imamkan oleh seorang ahli Pas yang tidak sempat saya bersapa dengannya.

Nasib malang kami juga tidak terhenti disitu sahaja kerana sound system masjid ini boleh dikatakan canggih juga, apabila kami yang bersolat diluar amat terkesan dengan kesan bunyi sang Imam tadi mengalunkan zikir-zikirnya yang juga tidak jelas butir kalimahnya melainkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, dan kalimah tauhid yang dialunkannya cukup bersemangat maklumlah solat Subuh yang teramai dalam sejarah Masjid Bagan Pinang ini yang sekali gus amat menganggu jemaah lain yang sedang menunaikan solat pada waktu yang sama itu.

Sejurus jemaah kami selesai menunaikan solat lalu ada diantara kami yang melaungkan kalimah suci dengan laungan "TAKBIR" lalu dijawab "ALLAHUAKBAR" tiga kali. Tiba-tiba seorang dari sahabat saya mendengar 2 orang totok UMNO berkata " kita halau je orang yang kat belakang tu buat bising je".

Woi bodoh !!! itu bukan buat bising la tapi lafaz agung membesarkan Allah sambil memprotes bacaan imam tu.

Secara peribadi saya dengan secara jujur dan ikhlas kerana Allah mencadangkan agar Imam dan Bilal itu PERLU kena letak jawatan kerana bacaan dan fasohah anda sudah tidak menepati kehendak dan kaedah sebutan huruf-huruf hijaiyah dalam ertikata lain bacaan anda sudah lari dari Lahjah Quraish.

Sewajarnya pihak pengurusan masjid seperti Pak Nazirnya harus bertanggung jawab melantik imam yang lebih fasih bacaan serta sebutannya bagi menjadi Imam dan Muazzin di masjid ini atau jika Pak Nazir pun bangang juga eloklah pihak Dakwah dan Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah PD atau Mat Hassan mendepani isu ini dan yang paling wajar kena bergurulah dengan Isa Samad yang alim dan baik serta baik budi dan baik akhlaknya ini untuk melantik atau menamakan insan lain menggantikan dua imam veteran ini.

Saya tidak berhasrat untuk menentukan apakah sah atau tidak sahnya solat imam tersebut namun bagi saya jika dalam kariah ini hanya mereka berdua sahaja yang terbaik bacaannya maka itulah yang sewajarnya tetapi sebaliknya ada orang lain yang lebih baik bacaannya maka bolehlah dihukumkan solat mereka tidak sah kerana bacaan surah al-Fatihah itu merupakan salah satu rukun solat yang 13 termasuk lafaz Takbiratul Ihramnya. Maka pada ketika itu menjadi wajib kepada anak kariahnya belajar ilmu dan hukum-hukum Tajwid. Inilah akibatnya didikan dan tarbiyah yang telah dijelmakan oleh UBN dalam menjaga hal ehwal Islam di negeri yang kurang 1 jadi sepuluh ini. Wallahualam..

Saturday, October 10, 2009

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Terkini Di Bagan Pinang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Terkini Di Bagan Pinang

DUN Perak bersidang 28 Oktober

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 28 Oktober- sah!

Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan malam tadi bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan telah menerima “notis panggilan Mesyuarat” daripada Speaker Haram lantikan BN, Datuk R. Ganesan.

Notis tersebut mengesahkan persidangan DUN pada 28 Okt, sebagai mana yang telah dijangkakan.

Apabila ditanya samada PR merancang untuk turut hadir persidangan pada 28 Okt tersebut, Ngeh berkata :

“Kami akan ikut arahan daripada Sivakumar dan tidak akan mematuhi (arahan) Speaker haram, Ganesan.”

Ini bermakna, Sivakumar berkemungkinan besar, akan mengeluarkan “notis panggilan Mesyuarat” sendiri , dengan tarikh dan masa yang sama , untuk membolehkan wakil PR memasuki dewan menjelang 28 Okt nanti.

PR telah mengumumkan bahawa mereka tidak menerima perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang sah dan dengan itu tidak akan mematuhi sebarang arahannya.

“Ini adalah cara dan peluang terbaik ( Sivakumar mengeluarkan notis panggilan mesyuarat) bagi PR untuk memasuki dewan dan menghentikan apa juga prosiding yang BN rencanakan,” kata seorang Adun.

“ BN tidak boleh mengatakan bahawa kami tidak ada hak untuk menghadiri persidangan dan terpulanglah kepada kami untuk mengatakan yang mana satu “notis panggilan Mesyuarat” yang kami patuhi,” jelasnya lagi.

Pada 2 Sept yang lalu, PR Perak telah dihalang polis dan pegawai kerajaan daripada memasuki bangungan Setiausaha Kerjaan Negeri dan terpaksa mengadakan persidangan di sebuah hotel.

Persidangan kali ini adalah penting kerana pembentangan bajet negeri bagi 2010. Tanpa pembentangan dan kelulusan bajet tersebut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak akan mampu meneruskan pentadbiran negeri Perak.

Adalah dipercayai, PR melalui jawatankuasa belanjawannya sendiiri , mempunya agenda bajet mereka sendiri. Apa yang akan berlaku pada persidangan 28 Okt nanti amat menarik untuk di perhatikan.Berjayakah Zambry membentangkan bajet negeri Perak?

P/s : Agak-agaknya speaker mana yang akan diusung keluar kali ini?
8 Foods That Fight Fat
SELF.com
By Lucy Danziger, SELF Editor-in-Chief - Posted on Thu, Oct 08, 2009, 3:32 pm PDT
Happier, Healthier You
by Lucy Danziger, SELF Editor-in-Chief a Yahoo! Health Expert for Women's Health
Visit Women's Health Home »
More By This Expert

* 8 Foods That Fight Fat
* Score Flat Abs Without Sit-Ups
* Be Your Healthiest on the Inside

All Blog Posts
Did you find this helpful?
Rate this blog entry:
Sign in to rate!
Sign in to rate!
thumbs up thumbs down
97% of users found this article helpful.

Want to lose weight as you chow down? Your wish is granted! (I promise, this is no fairy tale.) Your supermarket is filled with foods that studies show have lipid-melting powers to help melt fat and keep you slim. Stock up on these fat-fighting super bites, and you'll be trimmer even as you indulge. Read on to discover the eight foods that deserve a permanent spot in your fridge—and in your diet!

Almonds These yummy nuts are high in alpha-linolenic acid, which can accelerate your metabolism of fats. In fact, dieters who ate 3 ounces of almonds daily slashed their weight and body-mass index by 18 percent, while those who skipped the nuts reduced both numbers less— just 11 percent—a study in the International Journal of Obesity revealed. Chomp almonds à la carte (limit yourself to 12 per serving to keep calories in check). I get a pack at Starbucks and nibble throughout my day. Or sprinkle them into a recipe such as Black Bean–Almond Pesto Chicken. Go nuts!

Berries I tell my daughter, "These are nature's candy!" Turns out they're also your body's best friends. Strawberries, raspberries and other vitamin C–spiked fruit can supercharge your workout, helping you burn up to 30 percent more fat, research from Arizona State University at Mesa has found. If they're not in season, buy the little gems frozen in a bulk-sized bag so you'll always have them on hand to whip up a Berry Bliss Smoothie or Strawberry-Sunflower Pops, regardless of whether berries are in season.

Cinnamon Adding 1/4 teaspoon to your plate may prevent an insulin spike—an uptick that tells your body to store fat. Sprinkle it on your morning cereal or coffee or on your yogurt in the A.M., or savor it in Apple-Cinnamon-Raisin Oatmeal.

Mustard It's heaven on a soft pretzel, but mustard may also be a weight loss wonder. Turmeric, the spice that gives mustard its color, may slow the growth of fat tissues, a study in the journal Endocrinology finds. Use it on sandwiches instead of mayo, or sprinkle turmeric on cauliflower pre-roasting to give it a kick. Try it on tuna salad—I promise it adds zest.

Oranges This citrus fruit, which contains fat-blasting compounds known as flavones, deserves to be your main squeeze. Women who ate the most flavones had a much lower increase in body fat over a 14-year period, a study in The American Journal of Clinical Nutrition notes. Eat oranges sliced or swig fresh OJ (including pulp!) to get the best benefit from the fruit.

Soybeans Reason to toss a half cup on your salad? Soybeans are rich in choline, a compound that blocks the absorption of fat and breaks down fatty deposits. Oh, and they're addictively delish! But if breast cancer runs in your family, experts suggest you should talk to your doc before adding soy to your diet.

Sweet potatoes The colorful spuds' high-fiber content means they keep your insulin steadier than their white sisters, which means less fat packed on your hips, research finds. Top a small baked tater with lowfat cottage cheese for a tempting side dish, or whip up Miso Soup With Sweet Potato Dumplings.

Swiss cheese Calcium-rich foods reduce fat-producing enzymes and increase fat breakdown, and Swiss has more calcium than many of its cheesy peers. Choose the reduced-fat variety, such as Sargento. Slip it into your sandwich, put it on top of high-fiber crackers or use it for a healthier grilled cheese. Yum!

For other tricks to eating your way to your healthy, happy weight, load up on these 20 slimming superfoods at Self.com.

Wednesday, October 7, 2009

Thursday, October 1, 2009

 Di petik dari sumber


PR Mungkin Menang Sorak Di Bagan Pinang?
Praya kecil ke sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini yang berlangsung semasa bulan Syawal di mana umat Islam berhari raya. Sememangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mesra tarikh dalam menentukan hari membuang undi; sama ada ianya hari bekerja, hari pelepasan mahupun musim hujan.
Selain itu, SPR menggunakan hingga saat-saat terakhir tempoh yang diperuntukkan dalam mengumumkan hari penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Ai tidak berapa lama dahulu semata-mata kerana mungkin member impak kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan lebih awal.
Itulah puncanya apabila BN melantik seorang pengerusi dari bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan bukannya bekas hakim yang sudah tentu lebih peka kepada persekitaran dan mengetahui mengenai system perundangan.
Kesemua kawasan kemenangan Pakatan Rakyat dimenangi Pakatan Rakyat dan kawasan didominasi BN di Batang Ai dimenangi BN.
Bagaimana pula Bagan Pinang?
Kawasan yang terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?
Borang 2
Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.
Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.
Kelayakan pengundi pos
Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan nombor MyKad baru.
Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson.
Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008.
Namun sebahagian dari nama mereka, masih digunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.
Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen.
Anggota Tentera Bersara
Sekiranya membaca semula arkib berita mengenai pengundi pos ini, banyak kes mengenai bekas anggota tentera yang mempunyai MyKad mempunyai dua nombor pengenalan diri yang melayakkan mereka untuk mengundi dua kali.
Dalam satu kes pada Mac 2008 lalu, seorang bekas anggota bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.
Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.
Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.
Di dalam politik, Pakatan Rakyat boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.
Pakatan Rakyat perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos. -Sabahkini