Saturday, July 31, 2010


Tak terlewat ke? ... muakakak !!!


PKR: Kenapa perlu 3 tahun tuduh Ling?
Bendaharinya William Leong Jee Keen (kanan) berkata, perkara itu menimbulkan kecurigaan rakyat samada kerajaan betul-betul mempunyai keazaman politik untuk mengatasi rasuah atau sekadar gimik.

Selanjut nya
http://wartamaya.blogspot.com

Friday, July 30, 2010

Renungan Hari Jumaat.

Sakiranya selepas kewafatan Rasullulah,para sahabat yg.mendapat ilmu dari baginda,bersikap kedekut untuk menyebarkan ilmu nya,maka kita hari ini akan hidup dalam kejahilan.

Ketika umat Islam berlumba lumba menimba ilmu,hari ini ada gulungan yang menyangka Ilmu yg.di perolehinya/pelajari nya ada lah atas dayausaha titik pelohnya,maka ia tidak mau menyebarkan ilmu itu KECUALI dengan ganjaran.

Maka tidak hairan lah kita hari ini melihat ayat ayat Alquraan di jadikan Wang atau dgn maksud untuk mendapatkan wang,sedangkan ganjaran Pahala dan janji Allah dgn Syurga di ketepikan.

Para Bloger tidak terkecuali,bila hasil kerja,fikiran,pendapat yg.di siarkan dlm Blog mereka di halang dari di sebarkan melalui Blog.Media,lain.

Asas nya sama,mereka menyangka itu hak mutlak mereka walhal jalan nya sama apabila orang Kaya merasa kekayaan yg.di miliki nya adalah hasil titik peluh mereka,menyebabkan mereka kedekut,sombong malah menzalimi orang lain.

Sedangkan mereka tahu apa jua yang ada pada mereka ada lah hak milik Allah s.w.t yg.di pinjamkan semantara.

Walahuaklam.

Bloger.


IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIllllllllllll
Di Petik Dari Sumber
Blog IkutSukaAku-ISA. Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN..!!!

Ini blog kurang ajar..., dengan penggunaan bahasa yang agak kasar dan mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak (yang membaca), jika lu orang boleh terima konsepnya, teruskan pembacaan dan jika sebaliknya..., sila logout secepat mungkin supaya tidak menyakitkan hati.

Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila dan meroyan dengan menambahkan dosa dalam ruangan komen.

Ini blog gua, gua punya fikiran, gua punya persepsi, gua punya selera, gua punya suka apa gua nak tulis/luahkan di sini.

Tak puashati...? Itu lu orang punya pasal, peduli apa gua... nak email gua: zergdukes@gmail.com

Gua Punya Blog: IkutSukaAku - Isa
Syarat utama capai kejayaan dan kemajuan, bersedia berubah dan menerima perubahan. Mengkritik tidak bererti menentang. Memuji tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci. Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju ke hadapan

Belum Kena Korek... Dah Nangis...!!!!

>> JUMAAT, JULAI 30, 2010

Dah Padam Kes... dengan dia..dia sekali padam...

Wayang baru bermula... endingnya sudah tau..., tiada bukti yang kukuh....


Korek...korek...korek.... akhirnya tak terkorek.... senyap jer....

Yang ni pulak bila nak mula korek....... (ceh... belum korek lagi dah nangissss.....)

Jawapan yang sebenar pastinya, kesemua 18 kes berprofail tinggi ini akan tutup kes, apabila individu2 terlibat ini betul-betul PADAM.... he..he..he.... bak kata Sudin... empat kaki lebar... tujuh kaki tinggi.... Case Closed..

Thursday, July 29, 2010

Kaya!kaya!


teori

Kenyataan MediaKUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Mufti Harrusani: Dulu mereka pekak ke?

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh Ustaz Saiful Bahri

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini. Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.

Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak. Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak. Bagaimanapun acara tiupan “The Last Post” dan “Rouse” akan diteruskan kali ini. Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan. Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

“Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan. “Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita,” kata Harussani.

Sekarang agaknya Tan Sri Harrusani baru sedar bahawa pemimpin Umno ini tidak mendengar nasihat agama. Mereka ini selama ni pekak kea tau buat-buat tak dengar? Habis amalan yang dilakukan selama ini apa hukumnya? Siapa yang nak tanggung dosanya setelah sedekad ianya diamal dan dipraktikkan. Banyak ulama telah memperkatakannya. Telah lama pemimpin-pemimpin Pas menegur. Tetapi kerana tradisi penjajah masih kuat bertapak dalam semua pentadbiran Umno-BN. Kalau bunga, ranting dan daun-daun pun payah nak ditukar inikan pula prinsip serta dasar. Perlembagaan Lord Reid dan dasar nasionalisme yang didokong oleh Umno-BN agak-agaknya bila hendak diubah dan ditukar kepada Islam.

Ianya tidak penting bagi mereka yang menganut fahaman sekular. Baginya seolah-olah tidak dosa. Sampai bila lagi harrusani hendak menunggu agar segala patung-patung yang bukannya makin kurang bahkan semakin banyak dibina diseluruh pelusuk Negara bahkan di K.Lumpur sendiri. Di Terengganu sendiri ketika dizaman PAS, telah dibuang replika Penyu ditengah Bandar Kuala Terengganu dan menggantikan dengan Batu Bersurat tetapi kini disetiap daerah diperbanyakkan lagi patung dan replika haiwan ini termasuk di Rantau Aband dengan dua ekor penyu baru yang tersadai ditepi jalan. Adakah pemimpin Terengganu ini juga jahil atau memang pekak?

Selagi tidak kembali kepada Islam secara total. Selagi pemimpin yang ada digantikan dengan kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, selagi itulah ianya tidak berkesudahan. Marilah kita menjadikan Islam sebagai teras kehidupan kita dan teras bernegara, InsyaAllah selamat didunia dan akhirat. Dan itulah dasar PAS yang istiqamah untuk memartabatkan Islam di tanah-air yang tercinta ini

SENSASI! Lee Kuan Yew: Bangsa Melayu PEMALAS dan kurang berkemampuan!
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: dewa

"Korang takyah bacalah artikel ni, buat sakit hati aje. Artikel membincangkan sikap malas korang, pertemuan Lee Kuan Yew dengan Tok guru dan sikap Tun Mahathir. Dalam sebuah buku baru tahun 2010 bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew', tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa pemalas yang kurang berkemampuan (mukasurat 53). Artikel membandingkan secara panas pendapat 'racist' Lee Kuan Yew dengan Tun Mahathir.

Kata Lee Kuan Yew : 'We could not have held the society together if we had not made adjustments as to the system that gives the Malays, ALTHOUGH THEY ARE NOT AS HARDWORKING AND CAPABLE AS THE OTHER RACES, a fair share of the cake' (mukasurat.53).

PENDEK KATA, orang Melayu diyakini oleh Lee Kuan Yew sebagai bangsa yang pemalas. Penulis perlu melihat dari beberapa perspektif.

Pertama, marilah kita lihat dari aspek agama. Kita yang dikatakan 'pemalas' ini sembahyang lima kali sehari. Yang pertama iaitu Subuh pada awal pagi, ketika majoriti masih tidur, dan yang kelima pada waktu malam. Dari sudut agama, kita juga sembahyang jemaah setiap Jumaat sehinggakan jalan-jalan sesak dengan kereta yang parking merata-rata.

Disebalik sikap Melayu yang dikatakan pemalas, kita berkeyakinan penuh bahawa kita akan masuk ke syurga kerana kita beragama Islam. Jadi, disebalik semua retorik sahabat karib Israel ini, di sebalik semua bangunan tinggi di Singapura dan poket yang kembang, kita yakin kita yang untung dan lebih rajin.

MESKIPUN begitu, kita jangan lupa bahawa nabi pesan agar kita jangan abaikan dunia. Jangan lupa berniaga dan mencari habuan dunia secara halal. Kekayaan dan sikap positif pedagang Arab dulu menyumbang kepada kemasukan beramai-ramai kaum Melayu ke dalam agama Islam.

Penulis menambah bahawa sikap malas kaum Melayu dalam bekerja dan belajar memang kronik. Memandangkan penulis banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis berani mengesahkannya. Sewaktu di Tokyo, penulis mendapati ramai yang membaca buku dalam keretapi. Dari stesen Ginza sampailah stesen Shinjuku, semua rajin membaca.

Penulis juga teringat sikap malas dan terhegeh-hegeh golongan Melayu. Suka berseronok, kuat mendengki dan suka mengadu domba. Rakan-rakan Pakatan juga kebanyakannya suka mengkritik Bn dan UMNO tanpa berusaha mencari alternatif dan penyelesaian konstruktif. Apa pun, syabas kepada kaum Cina dan India yang berani beramai-ramai menolak UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan majoriti Melayu seperti di Johor yang begitu yakin bahawa UMNO merupakan 'pemberi rezki mereka'. Ancaman ustazah Mashitah bahawa Melayu akan mundur tanpa UMNO menjadi umpama ratib bagi mereka.

Penulis teringat pertemuan Tok Guru dengan Lee Kuan Yew di mana Tok Guru memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua kaum selaras dengan tuntutan Islam apabila Pakatan memerintah Malaysia kelak.

Penulis juga teringat Tun Mahathir yang sentiasa menampilkan diri sebagai jaguh Melayu tetapi pada masa yang sama sentiasa mencerca orang Melayu yang menyokong Pakatan, baik di kampung dan di bandar, dan sentiasa menuduh Anwar peliwat seolah-olah Tun Mahathir ada di sebelah dan melihat sendiri Anwar meliwat mana-mana bontot. Berdosa besar tau main fitnah-fitnah sebegini.

Apa pun , Lee Kuan Yew tidak menzalimi bangsa sendiri.

Wassalam.

ps: Korang pun rajin-rajin la sikit. Jangan asyik berhibur aje. Doa aku mengiringi korang

Friday, July 23, 2010

Thursday, July 22, 2010

Original Post from
albanjari online

18SX GMJ : lagi tua.., lagi ampuh..'santan'nya !

Posted by radens albanjari


Geram Malam Jumaat diteruskan lagi dengan ucapan tahniah untuk Bung. Bung mana? Itu..!! lakinya si izzete. Oh, pasal apa? Pasalnya si izzete sudah mabuk-mabuk dong! Mabukan kerana perut sudah ter'isi'. Mengapa 'ter'? Arghh..hebat yaa..! Tahniah.


Tua-tua pun masih hebat kamu! Kagum loo..dengan kejantanan Bung. Sekejap sahaja sudah punya khabar-khabar baik untuk isterinya, nah..Zizie Ezette sudah mengandung lorrl. Ada orang punya bertahun nungguin baru boleh dapat anak. Tapi Bung, ekspress sajaa..! Bravo..bravo ! Gue langsung terus percaya, orang tua bilang " lagi tua..lagi ampuh 'santan'nya..!!"

So..apa lagi, malam sunat nih..jangan lupa tutupin lampu dan pintunya awal yaa..! Mana tahu punya rejeki semurah Bung..! Yang penting, usahaa..itu tangga jaya !

Beware ! Teh Tarik dicampur lemak babi

Posted by radens albanjari

Beware ! Teh Tarik dicampur lemak babi
Gue manyak hailan maa..! Apa macam itu MAIPk boleh kasi lepas itu LOGO HALAL sama ini ploduk ? Ini ploduk ada masuk itu benda HALAMMM..maa !! Tengok itu kod..babi kaa, ayam ? Itu babi punya kod maaa..! Haiyaa..!

Busatt punya logo HALAL ada print itu peket. Mau tanya...belakang ada kaw-tim sama itu sijil halal punya olang kaa ? Atau ini kompeni suka-suka taroh HALAL logo ? Lu bikin bisnes ini maciam talak bagus ooo..! Nga Kor Meng mesti hantam lu, kalo dia tau ! Lu MCA punya olang kaa ? Sinang-sinang bikin ini maciam !

Gue mintak itu olang pijabat agamer Ipoh arr..tolong peliksa ini kompeni..! Betui ada halal atau tipu punya halal ? Situ tulis..JELAPANG MAJU maaa..itu timpat HEE KATAK punya kawasan..!! Tau kaa siapa itu HEE ? Dulu Adun DAP, tapi sudah lompat masuk BN..! Banyak cilakak !! Tolong check arrr...! Jangan tipu-tipu. nanti gue TIMPAS** lu..!!

(*) Soli arr..gue punya bahsa talak bagos surupa malayu, wa cina islam maa..! (Kredit kepada N.Haizam JAIPk )


Kelab Greenboc

Terang, Tajam & Tepat
,""


Suruh Mufti Perak Ajar Menteri UMNO Baca Al-Quran Dahulu!

Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.

“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Sebelum ini Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.

“Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan PAS mengenai perpaduan) tetapi jangan ada prasyarat dan terus menghina Umno dalam ucapan-ucapan mereka.

“Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun Harussani berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang menuduhnya melakukan satu pembohongan hanya kerana enggan mendedahkan nama pemimpin kedua-dua parti Melayu itu yang menemuinya.

“Saya kecewa dengan sikap PAS yang tuduh saya bohong kerana mereka orang Islam.

“Kalau PAS nak kata saya bohong terpulang, hanya Tuhan yang tahu kebenarannya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut adalah kerana mahu menjaga nama dan hubungan baik dengan pemimpin itu.

“Buat apa mesti nak dedahkan nama pemimpin yang jumpa saya nanti depa (mereka) berkelahi pula.

“Lagipun saya juga perlu menjaga rahsia orang, buat apa mesti nak dedahkan semua?

“Nanti kalau saya cerita boleh menimbulkan kemudaratan lain pula,” katanya.

Sabtu lalu, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau itu.

“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Awal pagi ini Mahfuz mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.

“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

“Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau,” kata Mahfuz. -TMI

Ulasan GB

Hairan sungguh kita seorang mufti yang tidak menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya kembali kepada pegangan Islam tetapi sebaliknya patuh dan akur kepada PM kononnya meminta beliau menyegerakan perundingan perpaduan UMNO-PAS.

Kita ingin khabarkan kepada Mufti yang tak mengaku bercakap bohong itu supaya ajar Najib dan sekalian menteri-menteri UMNO yang diampu dan dibodeknya itu untuk mengaji dan mengkaji Al-Quran. Betulkan bacaan dan tajwid mereka.

Di sana akan ditemui ayat untuk bersatu: "...
berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu bercerai berai.."

GB telah menyatakan sebelum ini bahawa lebih 90% menteri UMNO tidak tahu malah ada yang tidak pernah membaca Al-Quran pun!

Tidak percaya cakap GB? Bariskan semua menteri-menteri Islam dari UMNO itu dan suruh masing-masing baca sepotong ayat dari Al-Quran. Baru tahu kebenaran dakwaan GB. Itu belum disuruh ulas dan tafsir bersandarkan nas hadith dan kitab muktabar!

Jangan jadi mufti yang melembukan diri kepada nafsu dunia. Tak payah temberang dan tak payah dabik dada dengan umat Islam wahai sang mufti kerana di depan Allah pakaian mufti anda akan terlucut. Yang mulia disisi Allah adalah yang bertaqwa, yang menegakkan kalimahNya dan yang menjaga agamaNya sekalipun dia tidak ada jawatan di atas dunia. Silap gaya jawatan mufti anda itulah yang mengheret anda sebagai orang yang pertama ke neraka. - pesanan ikhlas dari seorang hambaNya.
Videos Posted by Kami Benci Saiful Bukhari!
3:45 Added 3 hours ago

Wednesday, July 21, 2010











MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU


BERSATULAH UNTUK JADI ULAT TAIK GEROMBOLAN

PAS DAN UMNO PERLU BERTEMU BINCANGKAN SOAL PEEPADUAN - melayau

Pas dan UMNO perlu berjumpa dan duduk bersama bagi membincangkan hal perpaduan umat Islam, kata Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, ini amat perlu kerana Islam sendiri sememangnya menuntut supaya umatnya bersatu padu dan bekerjasama.

"Kita nak cakap soal perpaduan ummah, perpaduan umat Islam dan saya rasa ajaran Islam sendiri amat menuntut kepada kesepaduan umat... saya nak ajak mari kita duduk bersama.

KAH KAH KAH…

woit…BETUL KE ISLAM TUNTUT UMATNYA BERSATU ?.... kah kah kah..

kah kah kah… RAJIN MALOAN INI BACA KITAB…. kah kah kah…

kah kah kah… NAPA TAK JUMPA SURAH TENTANG JANGAN BUAT JAHAT…. kah kah kah…

kah kah kah… TENTANG JANGAN JADI ZALIM…. kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN REMBAT HARTA ANAK YATIM…. kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN MAKAN RIBA… kah kah kah…

woit… TAK JUMPA JANGAN ROGOL.... GADIS PENAN?....… kah kah kah..

woit…JANGAN SOAL SIASAT SAMPAI MATI ?.... kah kah kah…

nota:
kalau nak selamatkan nyawa mereka
ada saje ayat yang mereka jumpa
kalau kena kejar harimau
sempat jumpa ayat tak ? kah kah kah

Tuesday, July 20, 2010


Setia kepada kerajaan ketika bertugas - MB Kedah
Ali Hashim
ALOR SETAR, 20 Julai: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa penjawat awam supaya setia kepada Kerajaan Negeri yang diterajuinya sepanjang waktu bekerja.

Menurut beliau lagi Kerajaaan Negeri Kedah tidak pernah menghalang mana-mana penjawat awam di Kedah supaya menyokong PAS atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya mereka diberi kebebasan untuk memilih fahaman politik masing-masing, kata Azizan (gambar).

"Sepanjang waktu bekerja mereka hendaklah setia kepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PR, namun begitu selepas waktu bekerja mereka adalah bebas untuk memilih pegangan politik mereka.

"Sepanjang PAS menerajui Kedah tiada seorang pun di kalangan kakitangan Kerajaan Negeri yang dipecat oleh kerana ideologi politik yang berbeza. Walaupun tidak semua kakitangan yang menyokong kepimpinan saya, tetapi sebagai seorang kakitangan Kerajaan Negeri maka mereka perlu menghormati perlembagaan dan undang-undang negeri,"katanya selepas melancarkan kempen Perlembagaan peringkat negeri Kedah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Azizan juga menyelar segelintir agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan yang bertindak tidak selaras dengan Perlembagaan.

Mereka ini, kata beliau, seolah-olah mencabuli hak dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai contoh Jabatan Penerangan, televisyen milik kerajaan tidak memberi laporan yang adil terhadap Kerajaan Negeri.

"Mereka juga menggunakan media ini untuk berkempen bagi pihak parti BN. Adakah ini membuktikan bahawa mereka mengikut Perlembagaan dan dasar yang termaktub didalamnya,"tambahnya lagi.

Dalam perkembangan tersebut juga KUIN yang merupakan kolej universiti milik Kerajaan Negeri akan memperkenalkan subjek Perlembagaan Negara sebagai kursus wajib kepada para pelajarnya pada sesi pengajian yang akan datang.

Selaku Pengerusi KUIN, Azizan juga berkata, kursus ini adalah bertepatan pada masa dan ketikanya apabila sebahagian besar para pelajar yang tidak memahami peruntukan dalam Perlembagaan akan mendapat pendedahan dan kefahaman yang luas dalam bidang tersebut.


Indonesian Muslims facing Africa for prayer?

Jakarta Post / Agencies
JAKARTA, July 19: People in the world's most populous Muslim nation have been facing Africa - not Makkah - while praying.

Indonesia's highest Islamic body acknowledged Monday it made a mistake when issuing an edict in March saying the holy city was to the country's west. It has since asked followers to shift direction slightly northward during their daily prayers.

"After a thorough study with some cosmography and astronomy experts, we learned they've been facing southern Somalia and Kenya," said Ma'ruf Amin, a prominent cleric of the Indonesian Ulema Council, or MUI. "We've revised it now to the northwest."

He said Indonesians need not worry, however: The miscalculation did not affect God's ability to hear their prayers.

"God understands that humans make mistakes," he said. "Allah always hears their prayers."

Indonesia is a secular nation of 237 million people, 90 percent of whom are Muslim, most of them moderate. The influential Ulema Council often issues fatwas, or edicts, including several controversial rulings against smoking and yoga.

Many devote Muslims follow such decrees, because ignoring them is considered a sin

Monday, July 19, 2010

Seri Iskandar Weblog
PENYEBAR MAKLUMAT RAKYAT


Nasihat PAS Kepada Harussani Zakaria, Mufti Perak

Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010.

PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.

Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi.

Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai.

Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.

PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan.

Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai.

Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini.

Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam.

Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat
Di Petik Dari Sumber
Hanya si bodoh yg sokong BN

Bagaimana kita nak mengubah manusia kalau manusia sendiri yang tidak mahu mengubah diri mereka.sebab itu jamil lebih suka mengubah , mengajar haiwan sebeb terus terang jamil cakap walaupun Aallah subhanahuwataala mengurniakan akal dan fikiran terhadap mansuia , mereka manusia tidak mahu atau tahu mengunakanya,jamil bukan hanya menunjukan kepada orang lain malah diri jamil sendiri.

pernah melakukan kesilapan, tetapi prinsip dan perangai jamil setiap kesilapan di jadikan panduan,dan tidak akan berlaku lagi.they will be no second mistake for me.

Haiwan bila mereka melakukan kesilapan 2-3 kali kita mkarah dna tegur walaupun kita nampak mereka tak akan paham tetapi sebenarnya Allah subhanahuwataala mengurniakan kelebihan kepada mereka iaitu mereka sebenrnya paham.jamil lihat kucing-kucing jamil,jamil lihat berok berok jamil.jamil ajar kucing kalau injin hidup jangan turun motor ,mereka tak turun.jamil ajar berok jangan ambil makanan dari orang asing mereka tak berani melainkan kalau dah kenal. jamil ajar jangan ambil rokok kalau orang beri sebab anak-anak melayu atau orang melayu ni suka beri rokok.( bodoh ) .mereka tak ambil.

Tapi berlainan manusia .lagikita kata jangan lagi mereka nak buat, lagi kita larang lagi mereka nak buat.sebab apa?sebab dalam diri ada sifat takbur, belagak, tak suka menampakkan diri bodoh walaupun dalam kategori bodoh.nak tengok orang bodoh dengan terang lagi bersuluh tengok orang bawa kereta atau naik motor. tak percaya cuba tengok. tapi kalau mereka buat salah cuba tegur. apakata mereka. terimakasih ke atau pandang semacam.

Saturday, July 17, 2010


Umno-BN Sanggup Gadai Keselamatan Negara Jual Kad Pengenalan Kepada Warga Asing
Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan sindiket haram menjual kad pengenalan kepada warga asing digunakan oleh UmnoBarisan Nasional sebagai talian hayat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-3 kelak.

Beliau juga mempersoalkan di parlimen samada sindiket haram ini melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen.
"Kita lihat terdapat aktiviti memberi kad pengenalan kepada warga asing, perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang membuat permohonan kepada saya dan juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Aktiviti pemberian kad pengenalan ini melibatkan warga Indonesia dan Kemboja. Tindakan ini sebagai persiapan awal Umno-BN menghadapi PRU nanti dan kita tahu dengan cara ini mereka dapat mengekal kemenangan disesetengah kawasan.

"Pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka. Manakala pada 10, 15 dan 17 Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara.

"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan.

"Sewaktu operasi tersebut aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing," kata Mahfuz pada sidang media di parlimen semalam.

Tambah beliau, aktiviti ini bagi memenuhi senarai dua juta pengundi Melayu seperti mana yang dirancang Umno-BN memandangkan warga Indonesai dan Kemboja mempunyai nama yang hampir sama dengan orang Melayu di Malaysia.

"Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya. Kes yang berlaku di Sabah ini di bawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," kata beliau lagi

Friday, July 16, 2010

Masih kah kau ingat - June 2008





Untung sekarung rugi seguni masih mampu ketawa .





BETUL TAK RAMALAN TUKAR TIUB

INI BARU CADANGAN YANG TEPAT

HARGA GULA NAIK BANTU RAKYAT AMAL HIDUP SEHAT – berota hairan

Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Hassan Abdul Rahman, berharap kenaikan itu dilihat secara positif dan rakyat berusaha mengurangkan pengambilan gula supaya kenaikan harga tidak dapat dirasai.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH..

woit…MACAM MANA HARGA BARANG NAIK… HIDUP JADI SEHAT ?.... kah kah kah..

kah kah kah…. BANGANG MALAON INI …. HARGA BARANG NAIK… HIDUP TAMBAH SUSAH…. kah kah kah…

woit… KALAU NAK JAGA KESEHATAN RAKYAT … BUKAN DENGAN NAIKKAN HARGA GULA…. kah kah kah…

woit…. BERI KHIDMAT HOSPITAL DAN KLINIK PERCUMA…. kah kah kah..

woit…NAK SEHAT….WUJUDKAN PADANG PERMAINAN…. kah kah kah..

woit....BUKAN TANAH DIAMBIL BUAT TEMPAT LETAK KERETA….ATAU BUAT KONDO…kah kah kah..

woit… NAK SEHAT…. HUTAN DI JAGA… BUKAN BALAK DI REMBAT…kah kah kah…

woit... BUKAN ANAK DARA PENAN DI ROGOL... kah kah kah

woit…. HUTAN PUNCA UDARA BESIH…. BANGANG…. kah kah kah…

nota:
orang bodoh macam ini
bagaimana malaon ini boleh jadi pegawai
bodoh melangit
kerja hari hari menipu orang kampong
membodoh kan melayu
sendiri bangang cukuplaaa kah kah kah



SUBSIDY CUTS LAUDED BY SOME NGO - minsider


MALAON SATU

The president of the Malaysian Medical Association MMA Dr David Quek said the reduction in the sugar subsidy by 25 sen per kg would give a positive effect to the people’s health with the ensuing reduction in sugar consumption.


MALAON DUA

Fomca president Datuk N. Marimuthu meanwhile, said the 5 sen increase for RON95 petrol would not really burden the consumers. “We must welcome such initiatives if the money saved from subsidy is used for other beneficial purposes,” he told Bernama when contacted here today.

Marimuthu said Malaysians are still fortunate since petrol price in the country was still among the cheapest compared with India, Singapore, the Philippines or United Kingdom.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

Thursday, July 15, 2010

Di Petik dari sumber
Rupanya Hitler Mengkagumi Islam Dan Menghormati Ulamak Islam

Petikan dari Blog; http://reformisjalanan.blogspot.com/

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
http://reformisjalanan.blogspot.com/

-Ijoks2009-

Kalau Hitler pun tahu menghormati Ulamak,amat malang jika ada orang yang mengaku Islam tapi mempersendakan golongan Ulamak yang tidak sealiran dengan mereka.