Saturday, April 17, 2010






Isu YBK.. UMNO Bakal gigit jari..
Posted on Friday, April 16 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

BeritaOleh: adeksabri

"Pengurusan sesebuah yayasan kebajikan sepatutnya di letakkan di bawah nama kerajaan negeri sebagai pemegang amanah ataupun trustee untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelehwengan.


Tetapi dalam kes ini, pengarahnya semacam menjadikan asset ini sebagai milik persendirian dengan suami dan isteri sebagai pengarah. Dengan asset yang begitu banyak, agak hairan ianya tidak di audit oleh auditor yang bertauliah begitu lama.


Tanah sebanyak 2000 ekar ini di negeri Selangor, nilainya adalah terlalu besar untuk ditakbir di bawah nama persendirian. Nilai tanah tidak akan menurun kerana tanah tidak boleh tumbuh dan akan semakin berkurangan saban hari tetapi pertumbuhan manusia akan bertambah.


Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan. Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.


Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali. Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor.


Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat.


Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’. MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor.


2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri. Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan. Sebuah Jawatan Kuasa Khas akan ditubuhkan yang bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan yakni Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta tindakan selanjutnya.


Kertas putih kerajaan negeri,pada hemat penulis, bakal menyusul Meneliti laporan awal audit mendapati YBK ini bertindak lebih umpama sebuah badan korporat yang urusniaga utama atau ‘core business’ nya ialah ‘komersial’. Laporan tentang ramai mana golongan miskin tegar dan miskin relatif, dan mudah miskin, yang dikeluarkan dari kepompong kemiskinan, yang sepatutnya tumpuan utama mereka, tidak kedapatan. YBK yang ditubuhkan sejak 1990, sejak itu telah dianugerahkan kerajaan negeri BN sejumlah 1,977,428 ekar tanah dibeberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi tidak pernah menerima bayaran mahupun laporanya.


Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri. Laporan itu juga mendedahkan bagaimana 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd, anak syarikat YBK telah menggadai atau mortgaged, dengan izin, yang bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak. Laporan kewangan YBK yang disiarkan dalam web rasminya tidak membuat apa-apa perincian terhadap aktiviti subsidiary termasuk hal urusan cagaran dsbnya.


Satu lagi pendedahan bersabit projek perumahan di Rawang di atas 8.5 ekar tanah untuk golongan miskin di kawasan Gombak yang telah dibatalkan. Projek tersebut telah ditukar menjadi pembangunan ‘mixed’ yang terdiri dari 410 unit komersial, partment kos sederhana dan flat kos rendah.


Laporan audit turut mendedahkan bahawa YBK dan subsidirinya di kuasai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom dmasuk isterinya yang menjadi salah seorang pengarah YBK. Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK. Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.


Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat. Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor. Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.


Oleh itu Menteri Besar mahukan perkara pembinaan kampus UiTM ini dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab. Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Ini bagi membolehkan MB dan kerajaan negeri memantau projek tersebut. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu.


Bahkan sebaliknya YBK dengan Umno Selamgor menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu YBK. Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri. Perkasa menuduh beliau ’angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK’.


Keputusan MB akhirnya adalah untuk mengambil semula tanah 448 ekar di Serendah yang ditindik untuk projek pembinaan kampus UiTM, meskipun Yayasan Melaka mendakwa sanggup membayar cukai tanah berjumlah RM 5.34 juta, yang dihutang oleh YBK kepada kerajaan negeri. Asas penolakan bayaran dari Yayasan Melaka, mengikut penjelasan Kerjaan Selangor adalah kerana Seksyen 98 dari Kanun Tanah Negara yang tidak menerima bayaran kecuali dari pemilik tanah.


Laporan Audit juga mengesahkan bahawa kedua dua YBK atau PYBK tidak membuat permohonan secara rasmi untuk membangunkan sebuah universiti. Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor akan bakal mendedahkan segala-segalanya dari perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno/BN. Bersiaplah! Pepatah Melayu lama ada menyebutkan ”Songkok pesok dek lonjak awak”.


Pepatah Inggeris pula mengingatkan kita ”Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”. Tegasnya, untuk ingatan semua, inilah antara yang dijanjikan kerajaan Pakatan di Selangor. Bukan hanya air percuma dan segala imbuhan serta pemberian bagi membantu rakyat. Paling penting, Pakatan menghadiahkan kerajaan yang Telus dan Bertanggungjawab kepada rakyat! Bukan sekadar melaung slogan ”Juara Rakyat” tetapi sebaliknya mengkhianati dan menindas rakyat. dipetik dari blog anak sungai derhaka.." 



Thursday, April 15, 2010



Di Petik Dari SumberKopitiam Bang Nan

Saifudin dedah rahsia Pakatan Rakyat




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

hidup pemimpin melayu islam Malaysia....

Antara ramai-ramai pemimpin melayu islam di bawah ni...agak2nyalah...manalah satu yang boleh membantu rakyat marhaen macam kita semua ni...??


....isteri Bik Mama?


Brother Apco ni??

Brother Ketua UBN ni?


Kaki tidor dan raba2 ni??




Atau Tok Guru kita ni????








Monday, April 12, 2010


P.94 .Hulu Selangor : 5 Sebab Kita MESTI Undi UMNO


"Artikel kali ini special sikit jika dibandingkan dengan biasa. Artikel kali ini memberikan 5 hujah tipikal kenapa kita MESTI mengundi UMNO. Kalau hujah untuk undi PAS/PKR dah biasa .

Kita lihatlah pulak hujah-hujah mengundi UMNO, baru adil. Kalau teman-teman UMNO ziarah ke rumah untuk kempen, jangan lupe untuk berkongsi 5 sebab ini dengannye:

1. UMNO itu sumber rezeki.

Inilah hujah pertama yang selalu dijaja oleh UMNO. Kata cerdik pandai UMNO, semua pembangunan di Malaysia ni ialah hasil jasa daripada UMNO. Kalau tiada UMNO, maka tiadalah pembangunan kerana rezki itu rupa-rupanya daripada UMNO belaka. Sekalipun ustaz ustaz di masjid selalu berceramah bahawa rezki itu dari Allah, cerdik pandai UMNO rupanya lebih bijak.
Pembangunan di Malaysia ni tiada kena mengena dengan sumbangan dan jasa atau titik peluh rakyat yang pro-Pakatan rupanya. Wang cukai dan tol yang dibayar rakyat yang pro-Pakatan pun rupanya tiada kesan.
Malah semenjak Pakatan memerintah Selangor dan KL ni, pintu rezeki dah tertutup agaknya, pada pemikiran cerdik pandai UMNO. Semua penduduk Selangor dan KL menjadi lapar dan kebuluran, malah hidup seumpama di Somalia.
2. Pemerintahan UMNO umpama mandat dari Tuhan
Inilah sebab kedua yang selalu digambarkan oleh cerdik pandai UMNO. Bak kata KJ, Pakatan memerintah hanyalah kerana kelemahan BN, tidak lebih dari itu. Profesor Aziz Bari pernah mempertikai kenyataan KJ ini kerana berbunyi seolah-olah hanya UMNO yang layak memerintah dan bagaikan UMNO mendapat mandat direct dari TUhan.
3. Hanya UMNO yang sayang Cina dan INdia.
Bak kata penyokong UMNO, hanya UMNO yang mampu memerintah kerana UMNO bertoleransi. Sekalipun ahli dan penyokong UMNO didapati terlibat dalam kegiatan memijak kepala lembu dan provokasi, dan masjid dan gereja terbakar berikutan kenyataan provokasi kepimpinan UMNO, itu semua hanyalah persepsi rupanya. Kasih sayang yang membuak dari UMNO dizahirkan dengan sokongan UMNO kepada ketua MCA aka Mr.DVD.
4. Anwar, Tok Guru etc ejen Zionis semuanya.
Sekalipun UMNO-Apco terpalit dengan pembuktian Apco ialah syarikat Israel-Zionis, rupa-rupanya Anwar lah ejen asing rupanya. Kenapa? Apa bukti? Buktinya ialah Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak terlibat dengan Altantuya. Ezam dan Saiful pun pernah bersumpah dengan nama Allah. Rupa-rupanya, bersumpah dengan nama Allah ialah kayu ukur terkini UMNO untuk menentukan kebenaran.
Maka dijajalah cerita di BTN bahawa Anwar ect ialah geng Zionis belaka, dan Najib dan UMNO ialah pembela Islam No.1.
5. MP Lompat bukti UMNO parti suci.
Beberapa MP lompat pasti berkempan habis-habisan untuk memperjuangkan BN. Ini petanda UMNO parti suci. Kalau UMNO tidak cukup suci, mustahil MP yang terpalit dengan rasuah ini akan tergerak hati untuk menyokong BN.
PENDEK KATA, kalau penagih tegar UMNO mendengar 5 hujah bodoh ini, maka nescaya mereka akan mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju. Kalau dah ketagih tu, susah nak rawat. Biarlah mereka dengan khayalan mereka.

Sunday, April 4, 2010

Di Petik Dari Sumber




RAKYAT MARHAEN



"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan. Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan : 1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin. 2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya. 3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam. 4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini". Haji Mohd Taufek Abd Ghani AJK PAS Pusat






Di Petik Dari Sumber



INI TANDA MIKE TAISON SUDAH SEDIA UNTUK BERTINJU

HULU SELANGOR : PALANNIVEL BISU SOAL TANDING –SAMY ENGGAN ULAS – malaysianinsider

G. Palanivel masih ‘membisu’ berhubung peluang beliau dipilih semula sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi yakin wakil MIC akan dikekal bertanding lagi.


S. Samy Vellu enggan mengulas soal pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

NOH : BN GUNA CARA OFENSIF HADAPI SAINGAN DI HULU SELANGOR malaysian insider


KAH KAH KAH…


woit…. GENG MAT TAISON SUDAH PASANG SEPANDUK DI SELURUH HULU SELANGOR…. kah kah kah..

woit…. KERUSI INI KERUSI MAT TAISON…. kah kah kah..

kah kah kah… ANAK TEMPATAN YANG NASIONALIS…..kah kah kah…

kah kah kah…. BILA DI TANYA PEGAWAI IMIGRISEN DI AUSTRALIA….kah kah kah…

kah kah kah…. NASIONALIS INI JAWAB : MI SPIK NI INGLIS….. kah kah kah…

woit…. TAPI WAK SEMBAB …SUKA SABOTAGE NASIONALIS INI…kah kah kah..

kah kah kah… SEMBAB KATA….TAISON TAK NAK TANDING…. kah kah kah…

kah kah kah….KALAU TAISON TANDING…. FULUS MASYUUUUUK…. kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA DI HULU SELANGOR SEDANG TUNGGU… FULUS MASYUUUK…kah kah kah…

kah kah kah…KALAU MIC TANDING…. ELEEEK…. FULUUS ELEEK….kah kah kah…

kah kah kah... OFFENSIF ?... kah kah kah...

woit... DENGAR NAMA GEROMBOLAN... SUDAH OFENSIF PADA TELINGA... KALAU NAMPAK MUNTAH TERUS..kah kah kah
LAGI KES BERTINJU


LAGI DESAK HULU SELANGOR SERAH PADA UMNO - malaysiakini

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.


Beliau berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.


"Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.


UMNO HANTAR MEMO PADA NAJIB TUNTUT KERUSI - malaysiakini


Umno bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Najib Razak, mendesak supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.


Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN pada 30 Mac lalu.


Ia diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.


Ketika dihubungi, Adnan mengesahkan perkara itu dan berkata beliau telah menyerahkan memorandum melalui seorang pegawai perdana menteri.  


KAH KAH KAH…

woit… REBUT JANGAN TAK REBUT…. kah kah kah…

kah kah kah…. REBUT SAMPAI REPOT…. kah kah kah…
TELAN MATI SAMI
DI LUAH MATI TAISON
nota:
di telan mati india
di buang mati taison
di selangor ada tiga taiko
jangan lupa dengan tukang cabut projek
dia punya driber pun ada driber kah kah kah

Saturday, April 3, 2010

Ulama' di hina akhir zaman?


Celako, Celako, Celako

Sekiranya pembaca budiman ingin 
meninggalkan komen dan memberi 
pandangan anda, saya amat-amat 
bermohon ianya tidak mengkeji atau 
mencaci maki sesiapa. Komen yang 
bersifat serangan peribadi tidak 
kira kepada sesiapa sekalipun 
dan komen yang tersasar 
dari konteks perbincangan yang 
rasional dan membina tidak 
akan disiarkan. Komen-komen 
di dalam dialek yang ejaannya 
sukar dibaca dan istilahnya  
sukar difahami juga tidak 
akan dilepaskan. Harap maklum.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat 
adalah Pengerusi Jawatankuasa 
Balak Negeri Kelantan. 
Pendek kata segala urusan kelulusan 
Balak akan terpaksa melaluinya.
Selain daripada itu, setiap pihak 
yang memohon balak dan segala 
derma yang dijanjikannya akan
 dimaklumkan di dalam mesyuarat
 exco atau mesyuarat pre council.
 Ini termasuk modus operandi 
bagi permohonan tanah hutan 
untuk tujuan perladangan.
Contohnya, beberapa bulan 
yang lepas, YB Fatah 
Mahmood telah mempertahankan 
di dalam mesyuarat permohonan
Kelulusan tanah hutan simpan 
untuk tanaman perladangan. 
Kelulusan itu dipohon exco
 berkenaan di atas  nama salah 
sebuah syarikat milik 
Roshaimi Bin Razak. 
Alasan yang diberikan mengapa
 tanah tersebut perlu diluluskan 
adalah kerana Roshaimi telah 
bersetuju untuk menderma 
‘sejumlah’ wang kepada salah sebuah
 NGO yang dipengerusikan oleh 
salah seorang ahli exco 
Kerajaan Negeri Kelantan. 

Modus operandi yang sama 
dibuat dalam permohonan kelulusan 
tanah hutan simpan di Dabong 
kepada lagi satu syarikat milik 
Roshaimi Bin Razak lebih kurang 
enam bulan sebelumnya. 
Permohonan enam bulan yang lalu 
juga kononnya kerana Roshaimi 
akan menderma kepada sebuah 
NGO bernama PERAKAN.
Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak 
tahu menahu hal ‘derma’ ini 
bila di dalam insiden terakhir 
Nik Aziz terpaksa berdebat dengan 
salah seorang exco yang cuba 
menghalang tindakan tidak 
bermoral ini berterusan. 
Hingga akhirnya Nik Aziz 
terdiam bila exco berkenaan
 terpaksa membaca ayat 
Al Quran yang mengkehendaki
 kekayaan 
dibahagikan sama rata 
dan bukan kepada golongan
 tertentu sahaja.
Saya tidak berhasrat mendedahkan
 maklumat terperinci kerana ini 
berkisar kepada mesyuarat 
Majlis Kerajaan Negeri (Exco) 
dan saya tidak mahu ada ahli 
exco yang akan melenting dan 
mendakwa bahawa apa yang 
saya sebut melanggar Akta Rahsia 
Rasmi dan ada lagi gesaan 
supaya siasatan dibuat terhadap
 ahli exco yang membocorkan 
rahsia yang dibincangkan 
di dalam mesyuarat Majlis
 Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tetapi saya suka menjawab segala
 kritikan yang dikemukakan di 
dalam posting saya terdahulu.
 Kebanyakan kritikan ke atas 
saya kononnya datang dari mereka 
yang begitu mencintai PAS dan 
Nik Aziz. 
Saya segaja lepaskan kesemua
komen di dalam posting yang 
lalu walaupun kebanyakannya 
memualkan dan langsung tidak 
berkisar kepada perdebatan dan
 hujah yang memberi faedah 
kepada kita semua. Tidak kurang 
juga berpusat kepada serangan
 peribadi yang memalukan. 
Bermula dengan posting ini,
 hanya komen yang bertitik tolak
 kepada hujah dan tidak melibatkan 
serangan peribadi kepada
 mana-mana
 pihak akan saya lepaskan. 
Hanya 
komen yang menggunakan bahasa 
yang baik dan bersih sahaja 
akan menghiasi ruangan 
komen ini bagi menggalakan 
perbincangan yang ilmiah dan
 berfaedah.
Seperti saya katakan, saya suka kritikan. 
Kritikan mendorong saya untuk
lebih praktikal dan memberi lebih
 banyak bukti di dalam menegakkan 
tulisan saya. 
Hari ini saya akan menjawab
 ketidakpercayaan terhadap hujah
 saya terdahulu dengan
 mendedahkan beberapa maklumat
 daripada dokumen sulit
 POST-MORTEM PILIHANRAYA
 UMUM 2004 DI KELANTAN.
Pilihanraya Umum 2004 menyaksikan
 bagaimana PAS Kelantan 
mengalami kemenangan paling tipis 
 dan di akhir penggal tersebut, 
mereka hanya mempertahankan 
Kerajaan Negeri Kelantan dengan 
1 kerusi yang dimenangi dengan 
kelebihan 2 undi sahaja.
Berdasarkan dokumen yang 
dilampirkan di bawah, antara punca 
yang dikenal pasti oleh PAS terhadap 
tindakbalas pengundi kepada mereka 
di dalam PRU 2004 ialah faktor-faktor
 kelemahan mereka sepanjang 
penggal 1999 hingga 2004, 
tempoh ini ialah setelah PAS 
menang besar di dalam PRU 1999.
Kebanyakan dokumen yang telah 
saya siarkan di blog ini ialah
 berhubung kebobrokan yang berlaku
 sepanjang tempoh tersebut 
kerana setelah menang besar 
dalam PRU 2008, PAS Kelantan
 di bawah pentadbiran Nik Abdul 
Aziz sekali lagi mengulangi 
kebobrokan 1999-2004.
Antara punca yang terkandung di 
dalam dokumen tersebut adalah;
  • Sikap selesa – Yakin menang PAS Kelantan.
  • Sabotaj dan masalah dalaman PAS Kelantan.
  • Peribadi dan akhlak calon PAS Kelantan.
  • Prestasi Wakil Rakyat PAS Kelantan yang lemah.
  • Dasar Tanah Kerajaan.
  • Kewangan.
Izinkan saya mengulas sedikit 2 
punca terakhir iaitu bermula 
dengan Dasar Tanah Kerajaan. 
Rakyat kelantan yang tinggal di Jeli, 
Kuala Krai dan Gua Musang adalah 
antara yang marah dengan dasar
 Kerajaan Negeri. Salah satunya
 ialah pengambilan tanah untuk 
Ladang Rakyat yang menindas
 rakyat dan merampas hak 
rakyat yang telah membayar 
deposit dan menjadi peneroka
 berzaman dahulu. Tanah-tanah
 itu pula kebanyakannya 
diberikan kepada lantikan-lantikan 
politik Parti termasuk ahli 
Halaqat Negeri dibawah Skim 
Ladang Rakyat. 
Rakyat yang terjejas akibat skim ini 
pula tidak dibayar pampasan setimpal
 dan ada yang tidak menerima 
pampasan langsung.
Pampasan hanya diberikan selepas 
PRU 2004 bila PAS Kelantan
 tinggal nyawa-nyawa ikan. 
Malangnya setelah menang besar 
dalam PRU 2008, kejadian yang sama berulang kembali. 
Sehingga kini sudah ramai penduduk
 di jajahan Gua Musang mengadu hal
 berkenaan.
Berpindah kepada faktor Kewangan, 
adalah amat mendukacitakan 
bila Jentera PAS Negeri Kelantan 
mengadu tidak mempunyai sumber 
kewangan yang cukup. 
Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, 
beratus ribu ekar tanah balak 
dan juga pengambilan pasir 
sungai telah diluluskan kepada 
pihak swasta dengan janji derma yang
 menjangkau puluhan juta ringgit. 
Adakah wang derma yang sepatutnya 
dihadiahkan kepada Jentera 
Parti yang berselindung disebalik 
nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat 
‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi 
dakwah telah disalah gunakan 
atau telah dikeluarkan untuk tujuan
 lain yang memberi faedah kepada 
beberapa individu dan bukan aktiviti parti?
 Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya
 kepada pimpinan parti mereka.
Selepas kekecewaan PRU 2004,
 Pihak Perhubungan PAS Kelantan 
terpaksa di dalam sulit mengakui 
dua perkara penting yang digambarkan 
di dalam analisa bedah siasat mereka iaitu;
  • Kelemahan pengurusan 
  • pentadbiran Nik Abdul Aziz
  • Tahap kesedaran Islam yang
  •  semakin rendah di kalangan 
  • kepimpinan, ahli dan
  •  petugas pilihanraya PAS.
Untuk bangkit dari kemelut tersebut, 
PAS Kelantan dikehendaki 
menjalankan gerak kerja penerangan 
dan dakwah yang berteraskan 
mendedahkan kejahatan 
lawanselain menerangkan
 kenikmatan Islam. 
Bukankah mendedahkan 
kejahatan lawan itu sama
 seperti mendedahkan 
‘aib’ seseorang? 
Tepuk dada tanya selesa. 
Oleh itu berhentilah mengugut 
saya supaya tidak membuka 
‘aib’ Parti PAS Kelantan di
 bawah pentadbiran Nik Aziz.
Bedah siasat juga mendapati 
Dasar Membangun Bersama Islam 
sebenarnya tidak ke mana kerana 
ianya sekadar retorik 
sehingga terpaksa 
dicadangkan perancangan dibuat 
mengikut empat perkara iaitu misi, 
objektif, strategi dan taktikal.
Kepada mereka yang mendakwa
 diri pembela Nik Aziz dan 
pendokong seruan PAS, berhentilah 
menepuk air di dulang. 
Sebaliknya tepuklah bahu 
pimpinan anda dan tegurlah mereka.
Sehingga itu adalah amat pelik 
apabila pihak media massa merungut
 bahawa Nik Abdul Aziz
 terus-terusan tidak mahu menjawab 
persoalan balak dan pembahagian kepada
 orang-orang tertentu seperti 
yang didedahkan di dalam blog ini. 
Mungkin Setiausaha Akhbar baru 
Menteri Besar Kelantan 
boleh tolong menjawabnya dan
 jangan sekadar mengadu di
 sana dan sini bahawa komen
 anda tidak diluluskan. 
Jangan menunding sebarangan 
kalau tidak mahu jari anda itu tersepit.


responses
indraputra80 




Blog Bangsat yg.tidak tahu menilai maksud" Rahsia"
demi memuaskan Dendam Kesumat,maka di
siarkan lah di artikel.,yang berkepentingan Peribadi.

Komen yg.di siarkan hanya yang menyokong ,
 manakala yang tidak akan di hapuskan,

Ia Saolah olah mengambarkan penulisan atau
Artikel yang di siarkan itu benar benar di sukai
atau di persetujui ramai.

Betapa Bodoh dan berfikiran sempit nya manusia ini.,
yang cuba menjatohkan Ulama yg.mempunyai
pengikut yg.ramai dan telah terbukti Berilmu atau Alim.

Orang Kelantan memang tak mahu belajar dari
kesilapan yang lalu apabila Tuan Guru yang Alim di
bunuh secara terhina,semata mata mendengar
hasutan Penjajah dari pencacai yg.di upah seperti Anda.

20 tahun bekerje dgn Tuan Guru Nik Aziz ,20 tahun
 bagi makan anak bini dgn hasil dari situ.

Kemudian dgn sedikit hal melenting mementang
Tuan Guru NA.
Tak De beza Iblis dgn Allah.,
yang kuat beramal dan hanya untuk seketika
 menunaikan perintah Allah tunduk
 kepada Nabi Adam A.s.,die menentang Allah.,
akhirnya menjadi penghuni Kekal di Neraka.

Padan lah dgn wajah dan perwatakan yang Gadebe
 tapi akal sekecil kepala Lutut.
Di Petik Dari Sumber



llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll



- 1 RUANG IKLAN MASIH KOSONG -



Mana lagi dokumen...
Posted
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

ResponOleh: genken

"Terima kasih kepada blogger Syed kerana mendedahkan dokumen rahsia parti PAS. Kalau Syed tidak dedahkan  nanti ramai yang tidak Syed diluar sana tidak tahu PASTI diderma oleh taukeh balak. Di samping itu, taukeh balak pula dapat projek dari Kerajaan Kelantan.

Kalau Syed tidak dedahkan, orang tidak tahu taukeh balak 

yang cina itu begitu sanggup menderma untuk sekolah PASTI. Sebabnya sekolah PASTI adalah sekolah anak-anak miskin. Nasib baik taukeh balak yang dapat projek itu derma, kalau tidak agaknya PASTI tidak dapat berjalan dengan baik. Nak harapkan yuran sudah tentu tidak cukup untuk meneruskan operasi.


Dalam aspek lain pula, derma itu dibuat dengan surat menyurat yang mempunyai rujukan tertentu. Maka sudah tentulah ia melalui proses biasa sesuatu derma. Sesiapa saja boleh minta derma dengan taukeh balak itu. Rasanya kalau Syed ada maklumat siapa lagi yang dapat derma taukeh balak itu, sila dedahkan juga. Derma ke PASTI itu nampaknya tidak dilakukan terus ke dalam poket individu. Elok kalau Syed blogger ada maklumat kalau-kalau duit derma itu masuk poket individu tertentu, dedahkanlah juga. Individu yang ada dalam surat menyurat itu sebenarnya atas kapasiti PASTI.


Mungkin Tuan Syed fahami atas kapasiti individu.

PASTI dikira bertuah kerana ada orang cina sanggup menderma untuk perjalanannya. PASTI jauh dari dapat derma kerajaan persekutuan, apatah lagi UMNO. Kita tidak ada dokumen setakat ini orang-orang kaya seperti Tokoh Maal Hijrah yang ada Syed depan namanya itu sudah derma ke PASTI atau tidak. Kalau Syed ada dokumen jutawan yang ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI, eloklah dikeluarkan juga. Atau rakan kepada tokoh maal hijrah itu yang kini taukeh NAZA yang juga ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI. Setakat ini tidak ada.

Akhirnya yang derma ialah taukeh cina dan ibu bapa yang hantar anaknya ke PASTI. Lim Guan Eng kononnya sudah salorkan bantuan kepada PASTI melalui kuasa yang ada padanya.

Elok sangat taukeh-taukeh cina lain yang mahu menyumbang kepada PAS boleh turut menyumbang kerana dokumen yang Syed dedahkan itu menunjukan ada cina yang sanggup membantu PASTI.

Yang lebih penting surat-surat derma yang Syed dedahkan itu pula setakat ini belum lagi menarik minat SPRM. Oleh yang demikian taukeh cina bahkan india yang kaya-raya itu boleh membantu sama. Tak perlulah bimbang kepada SPRM.

Kebijaksanaan pimpinan PAS kelantan mencari derma untuk PASTI harus dipuji. Bahkan mereka sepatutnya boleh melakukanya kepada syarikat-syarikat lain yang jauh lebih hebat misalnya kepada taukeh Yayasan Syed Al-Bukhari atau taukeh NAZA KIA iaitu anak Syed Azimuddin yang mempunyai Syed didepan namanya itu.

Mengenai bocorkan RAHSIA parti PAS – terima kasih kepada blogger Syed kerana mempunyai dokumen RAHSIA pas. Walaupun ia RAHSIA, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirahsiakan. Bahkan dokumen itu menunjukkan PAS menjalankan kajian kekalahannya. Nampaknya kajian yang dibuat agak menyeluruh.

Terus terang selama ini PAS dianggap satu parti yang tidak ada strategy dan berlangsung begitu saja. Ramai penulis dalam blog internet beranggapan sedemikian, terutamanya yang totok UMNOnya. Rupanya PAS tidak begitu. Kajian bedah siasat PAS yang Syed dedahkan itu buktinya.

Kalau selama ini ramai yang anggap PAS berjalan tanpa strategi adalah sama sekali salah. Bukan senang hendak melakukan bedah siasat. Apatah lagi mengeluarkan laporan dan cadangan yang lengkap begitu. Najib dan Khairy yang hebat itu sanggup membayar syarikat yang berkepentingan perisik israel untuk memberi cadangan kepada mereka.

Dokumen yang Syed dedahkan itu boleh dijadikan contoh oleh PAS cawangan yang kecil-kecilan supaya berkerja dengan strategi dan bukannya buat ikut dan.

Eloklah kalau Syed dedahan lebih banyak lagi dokumen yang dimilikinya itu, biar semua orang tahu kebijaksaan kepimpinan PAS terutamanya pimpinan TGNA di Kelantan.

Dan dalam masa yang sama biar PAS tahu ada pencari dan pembuka maklumat yang sangat rapat dengan TGNA dan perlu berhati-hati. Sepertimana Anwar dengan Saiful si pencari dan pembuka cawan minumannya.

Kalaulah tidak ada pencari dan pembuka fail maklumat itu pun tak apa, Tuan Syed sendiri pun bukan sekejap berada dekat dengan TGNA di Kelantan, tentulah Tuan Syed sendiri lebih maklum akan maklumat yang Tuan Syed dapat.

muramatsu UK