Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan "taktik kotor" yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya. Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia "bodoh" seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini.

Bukti, keratan semakan yang telah pun dibuat di laman web rasmi SPR
Justeru itulah, bagi membuktikan http://www.bloggerzexpress​.net/2011/08/bloggerzexpre​ss-pati-boleh-mengundi.htm​l