Wednesday, June 29, 2011

Di Petik Dari Sumber
"Setiap yang berlaku adalah tertulis di dalam kalamNya"
http://kijang59.blogspot.com/
 

Australia Benarkan BERSIH 2.0 Berhimpun

Wednesday, 29 June 2011


Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian. Seorang pelajar di Adelaide dalam satu...







READ MORE - Australia Benarkan BERSIH 2.0 Berhimpun

Tuesday, June 28, 2011

http://www.tranungkite.net


rase dh ade sblm ni..tp xpe la..psl keburukkan umno ni kite update slalu.. :lol: :lol:

sokong

Monday, June 27, 2011

Di Petik Dari Sumber

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
 A. SAMAD SAID

Sunday, June 26, 2011

What Malaysia needs: my ‘advice’ to Umno

Di Petik Dari Sumber
 
Yes, changes came in many countries. But in most cases it was not because of the elections. It was because the government acted brutally and undemocratically against its own citizens. So we need you to act brutally and undemocratically against peace-loving Malaysians so that we can see what happened in the Philippines, Indonesia and Egypt also happen in Malaysia.

Read more.http://malaysia-today.net





'Ketua Umno SPR' didesak letak jawatan
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.


Desakan itu dinyatakannya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui wujud "pengundi hantu" dalam rumah ibu Ahli Parlimen Gombak itu yang beralamat di Kg. Klang Gate Baru.


"Wan Ahmad Wan Omar cabar saya buktikan dakwaan wujud pengundi hantu. Saya buktikan dan SPR akui. Wan Ahmad wajib berundur," katanya.
Pada satu kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.
Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.
Mengakui juga SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.
Sebelum ini, Azmin dicabar Wan Ahmad agar membuktikan dakwaannya bahawa ada penipuan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.


Wan Ahmad berkata, Azmin tidak bercakap benar dalam isu itu.


Menyahut cabaran itu, Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN  minggu lalu kemudiannya mendedahkan rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.


Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.


Bukti penyelewengan itu ujar Azmin berdasarkan daftar pemilih induk terbaru yang diwartakan 13 Mei lalu.


Sehubungan itu beliau mahu Wan Ahmad yang juga disifatkannya sebagai "Ketua Umno dalam SPR" meletak jawatan segera.


"Kekalkan Wan Ahmad Wan Omar di SPR adalah menghina institusi YDP Agong kerana institusi Raja adalah institusi yang mulia dan adil", tulisnya di Twitter.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan penipuan SPR itu sebagai "bodoh" kerana melibatkan rumah pimpinan tertinggi PKR.


Beliau juga turut mencabar Wan Ahmad meletak jawatan dan bertanding atas tiket Umno melawan Azmin di Gombak pada pilihan raya umum nanti.

Pembuktian itu juga jelasnya antara faktor kenapa Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini wajar diadakan.

Saturday, June 25, 2011

Di Petik Dari Sumber

Karnival 1Malaysia Musnah Dipukul Ribut

Berpuluh-puluh peniaga di Tapak Karnival Ekspo 1Malaysia terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian hujan lebat disertai angin puting beliung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu.

Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat.

Dianggarkan semua peniaga mengalami kerugian sebanyak RM500,000 setelah barangan perniagaan mereka musnah dan rosak teruk dalam kejadian paling dahsyat pernah berlaku di kawasan itu.

Difahamkan semasa kejadian, kebanyakan peniaga sedang mengemas dan menyusun barang perniagaan, namun dikejutkan dengan hujan lebat disertai gegaran sebelum semua peniaga menyelamatkan diri ke premis perniagaan berdekatan.


Bunyi dentuman kuat 

Penganjur karnival, Saharudin Ismail, 29, berkata, hujan lebat disertai angin kencang dipercayai puting beliung itu datang secara tiba-tiba dari arah Sungai Anak Endau menyebabkan peniaga terpaksa lari menyelamatkan diri.

Saharudin berkata, kejadian itu terlalu pantas hingga meranapkan kanopi utama yang menempatkan pentas persembahan dan merosakkan peralatan elektronik audio (PA sistem).

Menurutnya, kejadian itu adalah malapetaka paling dahsyat sejak dia menyertai karnival atau ekspo di negara ini dan menyifatkannya sebagai dugaan paling besar yang perlu ditempuhi semua peniaga di situ.

“Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu berdoa supaya selamat dan dijauhkan daripada sebarang kejadian tidak diingini akibat pukulan angin kuat,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian daripada kanopi yang didirikan di kawasan itu diterbangkan angin, malah terdapat sebatang tiang lampu berdekatan sebuah kanopi turut tumbang.

“Kejadian ini sungguh dahsyat dan mengerikan. Apatah lagi ia berlaku dalam tempoh singkat hingga mengubah keadaan landskap ekspo ini serta-merta kerana ketika itu, peniaga bukan lagi sibuk melayan pelanggan, tetapi terpaksa mengutip barangan perniagaan yang bertaburan,”
 
katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman guruh yang kuat hingga menyebabkan peralatan sistem audio miliknya terhempas ke lantai disertai dengan kilat sabung menyabung.

“Saya menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM150,000, bagaimanapun anggaran sebenar nilai kerosakan barangan dan peralatan masih belum dapat dibuat sehingga keputusan penilaian diperoleh,” katanya.

Seorang peniaga, Aswadi Mesnun berkata, dia mengalami kerugian hampir RM50,000 apabila tiga kanopi disewanya sejak empat hari itu musnah hingga menyebabkan barangan dan pakaian jualannya rosak teruk akibat basah.

“Saya menyewa tiga tapak dengan menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai, baru serta aksesori lelaki dan wanita, namun malangnya, hampir semua barangan musnah dalam kejadian ribut itu,” katanya.

Aswadi berkata, ketika kejadian, dia sempat menyelamatkan diri ke gerai makanan berhadapan dengan tapak karnival itu.

“Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sebahagian pakaian yang hendak dijual basah dan kanopi ranap serta runtuh akibat rempuhan puting beliung,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak mengalami kerugian teruk, dia terpaksa menjual pakaian pada harga murah sepanjang lapan hari karnival berlangsung selepas kejadian itu.

Peniaga kedai tudung, Rosidah Mohamad, 36, yang mengalami kerugian lebih RM8.000 berkata, bencana itu berlaku begitu pantas menyebabkan dia hanya sempat berdoa supaya semuanya selamat.


“Tiada lebih penting selain nyawa dan saya tidak putus-putus berdoa supaya kami semua berada dalam keadaan selamat serta diberikan perlindungan oleh-Nya dalam saat-saat genting seperti ini,” katanya.

Rosidah berkata, kejadian itu tidak pernah memutuskan semangatnya, malah dia semakin kuat untuk terus mencari rezeki bagi menampung kos perbelanjaan keluarga.

“Musibah ini tidak pernah sesekali saya kesalkan kerana ia sudah suratan dan kehendak-Nya. Sebagai hamba, saya menerima dugaan ini dengan reda dan yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar berkata, kejadian bencana alam itu bukan pertama kali berlaku kerana kejadian sama pernah berlaku di kawasan tapak ekspo itu.

“Ia merupakan kejadian ketiga sepanjang tempoh lima tahun dan kejadian ini berlaku tanpa dijangka,” katanya. -SH

Friday, June 24, 2011

Thursday, June 23, 2011

ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEGUAM CUN!


 BERSIH 2.0 LAWYERS FOR LIBERTY ANJUR BENGKEL
 – harakah daily

Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.
Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis.

"Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti.

"Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily.

Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada: fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email.

Sunday, June 19, 2011

Di Petik Dari Sumber
GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.
KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 – mengagihkan dividennya kepada pemegang saham.  Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.
Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham.  Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih – untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.
UMNO-BN paling dimanfaatkan
Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.
Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya.  Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.
Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%).  Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.
Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan.  Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.
Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar.  Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun.  Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.
KUB dapat projek mega
Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd.  Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun.
Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.
Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun.  KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia.  Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.
Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter trainbernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.
Polisi dividen serentak pada tahun 2013?
Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013.  Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.
Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013.  Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013.  Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut “kerangka” ini.
Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.
Harta semakin kekosongan
Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan.  Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya.
Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). ?Baca: Untung, tapi tak bayar dividen?
Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan – lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC.  Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.
Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013?  Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang.  Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?