Monday, February 27, 2012

Penyangak, Penyamun, Perompak Sedang Agih RM2.71B

KOMENTAR: Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.
Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri yang hanya berjumlah RM1.9 bilion.
Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam tindakan Najib kerana menyalurkan peruntukan yang sebegitu besar wang dari titik peluh rakyat kepada Umno Selangor dan tidak kepada kerajaan Negeri.
Menurut Khalid, wang tersebut seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri supaya semua perbelanjaan dapat dipantau dan di audit serta menepati usaha membantu pembangunan negeri tersebut secara berhemah.
Kini, kesemua RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut tidak dapat dipastikan kemana ia dibelanjakan. Tidak ada pihak yang mengaudit atau memantaunya.
Apakah perancangan yang dilakukan untuk pembangunan rakyat selangor dari wang rakyat tersebut juga tidak ada siapa yang tahu. Yang tahu hanya pemimpin-pemimpin Umno Selangor.
Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah antara pemimpin Umno yang tahu kemana wang rakyat itu berlegar.
Noh juga mungkin tahu kantung siapakah yang paling banyak di isi dengan dana dari titik peluh rakyat itu.
Noh pun tidak dapat memberikan jawapan berhubung penyelewengan RM110 juta yang di peruntukan kepada Kementerian di bawah jagaannya. Wang tersebut bertujuan diberikan kepada pesawah-pesawah sebagai insentif hilang entah kemana.

Rakyat pun tak tahu penyelewengan tersebut sehingga didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Akhirnya pesawah berdemontrasi meminta Noh memberikan hak mereka.
Noh kemudiannya diberi peruntukan tambahan oleh Najib sebanyak RM117 juta untuk dibayar kepada para pesawah.
Persoalan kemana wang RM110 juta yang dilesapkan masih tidak terjawab oleh Noh.
Sekarang Noh dipertanggungjawabkan terhadap dana hasil titik peluh petani, pesawah, pembayar cukai yang besar dan kecil bernilai RM2,710,000,000.
Lebih malang wang rakyat tersebut diperuntukan untuk Umno/BN di Selangor dan bukannya untuk seluruh rakyat Selangor.
Demikianlah kesimpulannya bagaimana dana dari titik peluh rakyat tersebut dijadikan hak milik mutlak pemimpin-pemimpin Umno.
Umno telah menjadi tulang belakang komponen BN sejak 54 tahun. Bayangkan berapakah jumlah wang negara dan wang rakyat telah disalah guna untuk kepentingan perompak dan para penyamun ini.
Cuba pula lihat kediaman ketua-ketua Umno di Selangor atau dimana-mana sahaja diseluruh negara. Ada dikalangan kediaman mereka tidak boleh lagi dikategori sebagai rumah atau kondo tetapi bagaikan istana.
Hitung pula jenis kenderaan dan bilangannya yang terpakir dilaman rumah ketua-ketua Umno tersebut.
Dari mana mereka beroleh kekayaan yang sebegitu lumayan?.
Apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Noh Omar terhadap wang rakyat bernilai RM2,710,000,000 adalah salah satu dari ribuan deretan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sejak memerintah lebih 54 tahun.
Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu juga memaparkan berlaku ketirisan wang negara sebanyak RM28,000,000,000 (RM28 bilion) setahun. Ketirisan ini berpunca dari amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan ketidak cekapan pengurusan dan pentadbiran negara.
Mengapa Selangor di Beri RM2,710,000,000

Matlamat Najib menyerahkan wang tersebut kepada penyamun dan perompak-perompak wang rakyat tersebut sememangnya telah di duga.
Namun tidak terduga pula jumlahnya sebegitu besar sehingga merupakan angka tertinggi dalam sejarah yang 'difraidkan' kepada Umno negeri.
Pertengahan Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perak mendapat peruntukan RM55.7 juta (RM0.056 bilion) sahaja. Tetapi wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri.
Dasar tender terbuka Kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor sejak 2008 telah mengakibatkan ramai ketua-ketua bahagian serta pemimpin-pemimpin Umno negeri pokai dan tak kurang yang hampir muflis.
Selama ini, amalan rundingan terus, komisyen serta rasuah yang dinikmati oleh ketua-ketua Umno bahagian termasuk para Adun telah menjadikan mereka serta kaum kerabat dan kroni-kroni mereka senang lenang.
Amalan tender terbuka dalam Kerajaan PR Selangor sekarang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno hilang sumber pendapatan yang selama ini diperoleh secara mudah.
Dalam budaya Umno pula 'tiada wang akan hilang kuasa dan pengaruh'. Semua aktiviti melibatkan parti akan dilakukan disebabkan ada peruntukan disediakan. Diringkaskan cerita, tak ada cerita, kerja secara sukarela dalam Umno. Inilah juga perbezaan besar antara Umno dan PR.
Akibat pembudayaan amalan rasuah wang ringgit inilah juga Najib serta pemimpin-pemimpin Umno tidak segan silu menggunakan segala dana dari wang rakyat sebagai hak mutlak milik Umno.
Bak kata bidalan apabila mengamanahkan harta kepada penyangak, maka ia akan membedak-bedakkannya kepada perompak dan para penyamun.
Kini setelah lebih tiga bulan RM2,710,000,000 wang rakyat tersebut sedang diagih-agih secara 'tiga Abdul' atau cara perompak dalam filem Nujun Pak belalang.
Tak ada siapa yang tahu.
Habuan masing-masing dah dapat dan setiap habuan mesti disertai kerja dan tugasan.
Maka tak hairanlah dengan pelbagai kenyataan media dibuat oleh pemimpin kecil dan besar Umno sejak kebelakangan ini menyerang pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
Serangan-serangan tersebut pula seolah-olah pentadbiran BN di Selangor sebelum ini terlalu maksum. Inilah budaya Umno. Apa yang dilakukan sekiranya tidak mengikut acuan sebagaimana Umno lakukan sebelumnya akan dianggap sebagai salah dan tidak patut.
Pemberian Air percuma yang diperkenalkan TS Khalid sejak mula mentadbir Selangor dahulu dianggap pemimpin Umno sebagai usaha memufliskan negeri tersebut.
Ini disebabkan sebelum ini Umno tidak melakukannya. Bagi Umno khazanah negara adalah untuk diperniagakan kerana kroni dan pemimpin mereka akan mendapat keuntungan dan komesyin.
Selamatkan Maruah Najib
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang juga perdana Menteri lahir dari keluarga bangsawan di Pekan. Begitu juga dengan laluan politiknya yang bermula sebagai pengganti bapa beliau, Tun Razak.
Pemimpin Umno sendiri menganggap Najib sebagai pemimpin yang suka 'Play Save' dan naik dalam politik di atas sikap tersebut. Beliau tidak pernah dicabar dalam jawatannya sebelum ini kerana bergantung kepada kekuatan orang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam team wawasan.
Beliau yang lahir dalam 'Golden Bowl' juga tidak pernah merasai kesusahan. Apa yang dikehendaki semuanya pasti akan dapat.
Apabila diberi peranan mengetuai Umno Selangor untuk menawan kembali selangor dari PR, bukan hal yang mudah bagi beliau.
Walaupun berjaya merampas Perak dengan habuan wang, sogokan dan ugutan kepada beberapa pemimpin 'bidan terjun' PR yang menang dalam PRU12 lalu namun situasi di Selangor amat berbeza.
Sebagai pemimpin yang lahir dari keluarga bangsawan maka setentunya egoisnya tinggi dan akan cuba mendapatkan apa yang di peroleh dengan apa kaedah sekali pun.
Maka taklah salah Najib pernah berkata bahawa beliau dan Umno Selangor akan lakukan apa sahaja untuk menawan kembali Selangor dari PR.
Sejumlah RM2,710,000,000 wang dari harta milik rakyat Malaysia digunakan untuk memenohi tuntutan serakah anak Bangsawan Pekan tersebut menjadi bukti dari kata-kata tersebut.
Justeru dengan wang dari titik peluh rakyat itulah akan diperguna untuk dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya membuat pelbagai onak kepada pentadbiran Khalid.
Bukan setakat itu, wang tersebut juga akan digunakan untuk menyogok, merasuah dan mengugut pengundi.
Kepada rakyat Selangor diharapkan setiap pemberian dari mana-mana pemimpin Umno perlu diambil malah perlu diminta kerana wang tersebut bukan hak milik Umno tetapi wang rakyat.
Pemberian tersebut bukan dari Umno tetapi dari dana rakyat yang telah disamun oleh para penyangak dan perompak.
Amalan mencuri dan menyamun wang rakyat ini tidak akan berakhir selagi Umno diberi mandat untuk terus berkuasa di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.
Begitu juga dengan amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang membabitkan wang rakyat akan terus diseleweng dan diperguna untuk kepentingan peribadi, sanak famili dan para kroni.
Keangkuhan dan egois Najib dan Noh perlu ditamatkan. Selangor adalah negeri yang kaya dengan hasil negerinya. Inilah yang menjadi rebutan Najib disebabkan wang negara semakin susut disebabkan sikap boros dan terlalu 'berimej' tanpa memikirkan kemampuan kewangan negara.
Apa pun, bagi penyangak, penyamun dan perompak, ini bukanlah masa untuk menghitung satu persatu harta negara yang diperguna kerana kuasa mereka semakin terhakis.
Apabila tanpa kuasa atau Selangor gagal di tawan dan Putrajaya gagal di kekalkan nasib mereka akan ditentukan oleh kerajaan baru PR.
DAN.... semestinya semua ini akan di perhitung. Apa yang pasti penyangak, penyamun dan perompak akan di adili di mahkamah rakyat.
Ketika itu, Najib, Noh dan pemimpin-pemimpin Umno akan lebih memahami maksud sebenar berhubung HAK RAKYAT dan HAK UMNO

Friday, February 24, 2012

Di Petik Dari Sumber
Nizar Adalah Parasit Dalam Pas!!

Ini bukan aku yang cakap..tapi Hasan Ali yang cakap. Seboleh-bolehnya..aku tak mau cakap pasal Hasan Ali ni. Dari mula dulu aku dah kutuk dia, tapi masa tuorang kutuk aku balik. Aku pun tak mau cerita banyak-banyak sebab kalau aku cerita pun tak ada orang nak percaya. Serupa macam sekarang…kalau cerita pasai Mat Suhaimi.. mana ada orang PKR nak percaya. Malah ada orang kata.. saja nak jatuhkan PKR.
Di Selangor, Hasan Ali kata Khalid Samad sebagai parasit. Yang tu Khalid dah jawab. Hasan Ali marah kat Khalid sebab Khalid tak mau sokong dia jadi Menteri Besar.
Di Perak, masa Hasan Ali buat road-show di Bukit Gantang bulan lepas..Hasan Ali kata, Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai parasit di Perak. Dia tak sebut la nama Nizar..tapi bila sebut Ahli Parlimen Bukit Gantang tu..sapa lagi?
Yang 
pelirnya 
peliknya, bila orang kutuk Hasan Ali masa dia masih jadi PJ Selangor dulu…Ulama-ulama Pas sibuk mempertahankan Hasan Ali. Tapi bila sekarang Hasan Ali kutuk Pas..ulama-ulama dalam PAS membisu seribu bahasa. Masing-masing tak mau bersuara seolah-olah mengiyakan apa yang Hasan Ali kata.
Ada satu artikel dalam Malaysiakini English yang tak ada dalam versi BM yang menyebut bahawa Hasan Ali tak mau berjumpa dengan “parasit-parasit” ini.
Pasai apa Hasan Ali tak mau jumpa? Takut ka?
Oleh kerana Hasan Ali tak mau jumpa dan tak mau berdebat dengan parasit-parasit ini..aku bagi tau pasai apa Hasan Ali sebut Nizar sebagai parasit dalam Pas Perak.
Semua orang tau Hasan Ali ni dulu Pengarah BTN. Dia juga menganjurkan Summer Camp.
Semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak dulu, Hasan Ali adamemohon sebidang tanah yang agak luas dari MB Perak. Dia dapat tanah tu..tapi belum sempat mengusahakan tanah tersebut untuk dijadikan Summer Campnya, Anwar kena pecat. Dalam masa yang sama, Umno menolak permohonannya untuk menjadikan Summer Campnya sebagai kem latihan BTN.
Bila Anwar kena pecat, Hasan Ali pun masuk Pas. Hasan Ali pun masuk PAS bila dah tengok kebangkitan rakyat menentang Umno masa tu. Ramai orang ingat Umno akan tumbang masa reformasi 98 dan PRU 99.
Bila masuk Pas..pokt Hasan Ali makin lama makin kering. Cerita dia minta tolong kat Harakah dan jual minyak setiap ceramah tu aku tak mau sebut la.
Yang aku nak sebut ialah..Hasan ali tak bayar duit premium dan cukai tanah yang diperolehi nya dari Ramli Ngah Talib. Akhirnya, tunggakan sudah mencecah hampir sejuta ringgit.
Tup-tup..Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak dalam PRU 2008.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Hasan Ali ialah cuba buat deal dengan Khir toyo di Selangor supaya dia boleh jadi Menteri Besar. Khalid Samad pi pecah lubang pulak..maka terkantoi lah perancangan Hasan Ali di Selangor.
Kemudian dia cuba buat deal dengan Umno Perak melalui Harussani. Ahmad Awang pulak pecah lubang. Terkantoi pulak perancangan Hasan Ali di Perak.
Akhirnya, Perak dan Selangor berjaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim jadi MB Selangor dan Nizar jadi MB Perak.
Tak lama selepas Nizar jadi MB Perak..Hasan ali datang berjumpa Nizar. Hasan Ali minta apa?
Hasan Ali meminta supaya Nizar melupuskan semua tunggakan premium dan hasil tanah yang berjumlah hampir sejuta ringgit. Fuiyo!!
Nizar kata tak boleh. Itu menyalahgunakan kuasa namanya.
Oleh kerana Nizar tak mau melupuskan hutangnya kepada kerajaan negeri, maka Hasan Ali berdendam dengan Nizar.
Wei!! Kepimpinan Pas tau perkara ni! Sepatutnya depa bagi warning kat Hasan Ali yang gelojoh dengan kuasa. Tapi kepimpinan Pas juga berdiam diri…sebaliknya masih mempertahankan Hasan Ali. Ramai yang marah kat Nizar sebab tak mau tolong member.
Aku nak tanya kat ulama-ulama Pas..”hangpa nak mempertahankan individu  atau mempertahankan nilai?”
Mudah-mudahan, dengan menghentam PAS, hutang Hasan Ali kepada kerajaan negeri Perak akan terlangsai. Orang macam ni hangpa nak percaya untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja?
So..hangpa tau pasai apa aku sokong Nizar walaupun aku orang PKR masa tu? Hangpa tau pasai apa orang Pas sendiri ramai yang tak suka kat Nizar?
Hari Jumaat lepas aku pi ceramah ABU di Bandar Tun Razak dimana Mat Sabu juga berucap. Dalam ucapannya, Mat Sabu kata, “DAP menjadi ancaman kepada PAS.”
Mula-mula aku ingat..Mat Sabu pun dah tak betui.
Mat Sabu kata..sepatutnya Kedah dan Kelantan menjadi negeri contoh dan menjadi rujukan sebagai negeri yang berjaya sebab ianya diuruskan oleh ulama dan berlandaskan Islam. Kalau kedua-dua negeri ini berjaya menjadi rujukan kepada kejayaan pengurusan..sudah pasti Pas tak susah untuk memimpin negara. Tapi terbalik pula…DAP yang mengurus Pulau Pinang pula dikatakan sebagai negeri yang paling berjaya bukan saja dikalangan empat negeri Pakatan malah diseluruh negara.
Hasan Ali mahu menggagalkan Pas dengan menggelar mereka yang progresif dalam Pas sebagai parasit. Hasan Ali mahukan kepimpinan ulama menjadi teraju kepimpinan Pas supaya Pas sentiasa terkebelakang.
Sori la brader-brader dalam Pas. Kepimpinan ulama diperlukan untuk memastikan Pas melahirkan pemimpin yang kredibel dan berintegriti…tapi dalam mengurus hal-hal ekonomi negeri…bagi la kat pemimpin muda yang progresif dan professional. Jangan la semua nak bagi ulama yang uruskan.
Bukankah golongan profesional dan progresif ini juga ulama? Tak kan yang pandai ugama saja di panggil ulama..manakala yang yang professional dan progresif ini dipanggil sekular dan parasit?
Ini juga bukan aku yang cakap tapi Hasan Ali yang cakap.

Saturday, February 18, 2012

Monday, February 13, 2012

Di Petik Dari Sumber

500 RINGGIT DUIT BELI SATU UNDI

ANAK MUDA BENCI RASUAH



TPM : BRIM WANG RAKYAT BUKAN RASUAH – mkini

Muhyiddin Yassin berkata Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M) bukan "rasuah" sebaliknya adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata bantuan berkenaan diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.

"Itu duit rakyat, dan tidak salah beri balik, orang PAS (pun) naik pentas ambil bantuan itu," katanya ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat satu Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok, Beserah yang dihadiri lebih 20,000 orang di Kuantan, hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan juga membelanjakan sejumlah RM33 bilion setahun untuk subsidi kepada rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MALIKUL SEMBAB INI INGAT RAKYAT BODOH ....kah kah kah..

woit... MUKA RAKYAT TIDAK DI SELAPUTI OLEH LINGAKARAN DAGING.... kah kah kah...

kah kah kah...MUKA RAKYAT TAK SEMBAB.... kah kah kah..

kah kah kah... HIDUNG RAKYAT DAPAT OXYGEN UNTUK DAPAT BERFIKIR BAIK... kah kah kah..

kah kah kah.... INI BUKAN RASUAH?.... kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA DUIT DI BERI TAHUN 2012.... TAHUN PILIHANRAYA?.....kah kah kah..

kah kah kah..INI SEDEKAH JARIAH KE?...... kah kah kah.....

woit.... BANGANG PUNYA SEMBAB....MEMANG TUJUAN NAK BELI UNDI.... kah kah kah..

woit...TAK CAYA TUNGGU... GEROMBOLAN DAH ABIS DUIT.... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS BELI UNDI.... AKAN DATANG SURAT DARI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI.... kah kah kah



JADIKAN DEMO BUDAYA KITA


TAHNIAH - DEMO BUDAYA KITA



MDPT ZALIMI KAMI : PENIAGA – meloya

PADANG TERAP - Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Naka di sini mendakwa penutupan tapak niaga di situ oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sejak dua minggu lalu menjejaskan pendapatan mereka.

Kebanyakan peniaga yang terdiri daripada mereka berpendapatan rendah turut mempersoalkan sikap MDPT dikatakan double standard apabila tidak mengeluarkan arahan sama untuk peniaga di sekitar kawasan tersebut.

Rata-rata peniaga yang ditemui mendakwa mereka kerugian antara RM300 dan RM500 sehari selain menanggung kos bahan jualan yang rosak kerana tidak dapat berniaga.
Menurut wakil peniaga, Matzuki Shamsul, 42, yang juga merupakan peniaga burger di situ, penutupan tersebut walaupun bersifat sementara, menjejaskan periuk nasi mereka.

"Kebanyakan peniaga mempunyai keluarga jika tidak berniaga sehari hilanglah pendapatan hari itu. Jika tidak bagi berniaga carilah tapak lain agar kami boleh berniaga.

"Ini tidak, cuma bagi notis dan tutup tapak. Ini tidak adil dan zalim kerana peniaga lain di kawasan sekitar boleh berniaga termasuk pasar malam yang terletak bersebelahan," katanya ketika ditemui sewaktu mereka mengadakan perhimpunan bantahan di tapak pasar sehari itu hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SAYABAS PAK CIK MAK CIK ABANG DAN KAKAK...kah kah kah..

kah kah kah..INI LAH BAIKNYA MENUBUHKAN KERAJAAN PAKATAN.... kah kah kah..

woit..BAYANGKAN KALAU INI BUKAN NEGERI PAKATAN...kah kah kah...

kah kah kah...MUSTAHIL AKAN KELUAR BERITA DEMO INI?.... kah kah kah

woit...PAK CIK DAN MAK CIK TELAH BERJAYA MENAJDI DEMO BUDAYA KITA.... kah kah kah..

kah kah kah...BUAT KECIK KECIK DULU... SEBELUM KITA BERHIMPUN BERIBU JUTA..... kah kah kah...

kah kah kah...JANGAN LUPA TURUN KE KUANTAN PADA AHAD 26HB INI...kah kah kah..

kah kah kah...KITA DEMO RAMAI RAMAI.... kah kah kah

NOTA:
inilah hikmah
mengundi dan mendirikan
negeri pakatan rakyat
semua komplin
semua keresahan
akan dpat liputan media


NOTA:
mampooslah madey
dia kata demo bukan budaya kita
kah kah kah


SILA TURUN UNTUK BERDEMO




Sunday, February 12, 2012

Di Petik Dari Sumber

http://blog.marhaen.info,
Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.

Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.

Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah. (pautan di akhir artikel ini) ~~

Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.

Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.
Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.

Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?

Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?

Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?

Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?

Tiada rasa malu dan sensitif

Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotorsepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.
Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?

Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle

Petikan:
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.  (bacaan seterusnya melalui pautan tajuk di bawah)

Friday, February 10, 2012

pemuda cheh



 


Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada manusia Fahamilah Al-Quran, sesungguhnya setiap ayat mengandungi mukjizat
Selanjutnya:http://pemudacheh.blogspot.com/

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani


Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.



TERKINI - TER HOT - TER NOW : MAT MONGOL GADAI AKIDAH


LORD MURUGAN DAN LORD MURUJIB



























NAJIB GADAI AKIDAH HADIR UPACARA TAHIPUSAM DI BATU CAVES TEGAS HARUSSANI – minsider


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap i Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.


“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.


“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.


“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.


“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.


Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.


Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.


“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.


“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH



woit...GADAI AKIDAH?... kah kah kah...


woit...BERAPA HARGA SEKILO AKIDAH MAT MONGOL.... kah kah kah..


woit... KALAU DAH GADAI...APAKAH MAT MONGOL SUDAH MURTAD?.... kah kah kah..


woit... APA SUDAH JADI?..... kah kah kah....


woit...MANA DIA PEJUANG DAN PENJIHAD ISLAM?.... kah kah kah..


kah kah kah...MANA DIA HASAN ALI.... kah kah kah...


kah kah kah...MANA DIA CIK GU AZAMI.... kah kah kah..


kah kah kah...MANA DIA MAT BISUL..... kah kah kah...


kah kah kah...MANA DIA NGO MELAYU ISLAM...kah kah kah...


woit..CAKAP BERJUANG UNTUK ISLAM.... kah kah kah..


kah kah kah...CAKAP NAK PERTAHAN AKIDAH.... kah kah kah...


woit...KENAPA TAKUT KE NAK BERSUARA.... kah kah kah..


kah kah kah...KENAPA MENIKUS....TAKUT KENA PELEMPANG KE.... kah kah kah....

Thursday, February 9, 2012

Di Petik Dari Sumber

Tentera Semut



R
M800,000 HILANG DARI LAPORAN 2010 MAIWP?


KUALA LUMPUR, Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.

Pengarah Task Force Zakat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.

Menurutnya, perbelanjaan yayasan itu pula sebanyak RM6.98 juta yang jelas menunjukkan sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIWP bagi tahun 2010 yang lalu.

Katanya, pihaknya juga mendapati belanja pengurusan Yayasan Taqwa sehingga RM2 juta adalah sangat tinggi, tambahan pula yayasan tersebut hanyalah mempunyai seorang pengurus besar dan 17 orang kakitangan sahaja.


Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf didapati agihannya sebanyak RM4.98 juta atau 64 peratus, manakala pengurusan sebanyak RM2 juta atau 36 peratus.

Kenapa peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64 peratus sahaja, sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan, katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Di samping itu, menurutnya, pihaknya turut mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama di dalam laporan tahunan MAIWP.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan dipengerusikan oleh Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

Dengan ini, kami mendesak Datuk Seri Jamil Khir menjawab ke manakah wang sebanyak RM800,000 yang tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan 2010 itu telah dibelanjakan? katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, tegasnya, mendesak Jamil menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM2 juta.

Kesemua perkara itu perlu dijelaskan dengan segera dan terperinci oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu pula bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci”,tegasnya.

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, di samping itu beliau dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman kes qazaf.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sehubungan itu turut mendesak pihak terbabit melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

Cerita seterusnya KLIK DI SINI

ANGPAU PUTIH DARI PERKASA




UCAPAN SELAMAT UNTUK BRAHENG







ANGPAU PUTIH: TIDAK MUNASABAH DAP SALAHKAN MCA
 - meloya

KUALA LUMPUR 8 Feb — Tuduhan bahawa MCA ada hubungan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak munasabah kerana Perkasa pernah mengadakan demonstrasi di ibu pejabat MCA di sini dan telah mendesak anggotanya supaya tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden MCA, Chor Chee Heung berkata, “Jika MCA ada hubungan dengan Perkasa, kenapa Perkasa mengadakan demonstrasi di ibu pejabat MCA dan mendesak anggotanya agar tidak mengundi calon MCA pada pilihan raya umum akan datang?

"Jika apa yang dikatakan Lim Guan Eng pada Selasa adalah benar, adakah ia menandakan sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan yang meminta anggotanya memboikot DAP, akan senyap-senyap bekerjasama dengan DAP? Ini benar-benar dakwaan yang tidak berasas.

"Saya menasihatkan Lim Guan Eng jangan sesekali menyalahkan MCA tanpa alasan kukuh, jika tidak ia akan menjadi tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chee Heung berkata, dakwaan Guan Eng bahawa MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa hanyalah ”semata-mata mahu menyembunyikan hubungan rapat antara DAP dan Pas”.

Isu tentang MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa timbul apabila pengerusi cawangan MCA dilihat pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di mana presidennya, Datuk Ibrahim Ali telah memberikan wang di dalam sampul putih, yang mana ia adalah dilarang dalam adat resam masyarakat Cina. — TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
yang aturkan mak cik dan pak cik china tua
datang jumpa braheng ialah ketua cawangan mca
kah kah kah

ini mesti ada yang sedang merancang
untuk memastikan projek satu malaysia gagal

nak bodek china
china naik marah
nak bodek india
hindraff naik marah
poster kecil terpasang di merata tempat
poster ini tak ada nilai seni



NOTA :
beri sampul puteh
ertinya diharapkan lekas mati
ini adat dan budaya china
kah kah kah