Sunday, May 26, 2013

Di Petik Dari Sumber


Kopitiam Bang Nan

Umno Tipu Tu Kita Kena Lawan - Husam



Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi….

LIVE LIVE Blackout 505 , Perhimpunan di PJ Meriah..Jom Lihat Gambar [ 11 gambar]

                              








Kehadiran minima polis di perhimpunan di PJ
GALERI GAMBAR


LAPORAN LANGSUNG
7.30pm - Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur.
7.15pm - Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.













FRU Tak ganggu kite kali ni 

Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang -
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin

Saturday, May 25, 2013

Di Petik Dari Sumber

Hadiah BN pada orang Kedah ... hahaha ambik hampa, pangkah la lagi BN ...

Kedah sedia laksana AES
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

AES
Sistem AES





















ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan AES  bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.

“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.

Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.

“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.

Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Sungguhpun  begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan  mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah

Friday, May 24, 2013



Apakah ada kemungkinan PAS bergabung dengan UMNO?

Dilulus untuk paparan oleh teori

ResponOleh: notan

"Assalamualaikum,,,.
Beberapa hari lepas seorang sahabat berbangsa cina bertanya saya, apakah ada kemungkinan PAS akan bergabung dengan UMNO? Soalan ini datang dari seorang berbangsa cina yang  tidak faham kalau saya katakan tidak mungkin kerana PAS dan UMNO berbeza pandang alam tentang kehidupan, PAS mahukan petunjuk dan panduan ugama sedangkan UMNO berideologi nasionalist  yang memisahkan panduan agama dalam soal soal pengurusan dunia.

Jadi agak sukar bagi saya menerangkan perbezaan yang diibaratkan seperti minyak dan air yang tidak mungkin bercampur. Sebelum saya menjelaskan apakah jawaban saya, saya ingin menarik perhatian tentang kebimbangan setengah orang orang cina mengenai kemungkinan bergabungannya PAS dan UMNO yang saya faham dari soalan sahabat yang turut memberi undi kepada PAS semasa PRU 13 lalu.

Saya agak terkejut sebenarnya kerana ada juga orang cina yang bimbang dengan kemungkinan penggabungan PAS UMNO.Saya juga teringat kata kata seorang orang kuat kepada YB Wan Hakim ADUN Air Putih, Kemaman yang pernah mengatakan kepada saya, satu hari mung(PAS) akan bergabung jugak dengan aku(UMNO) kerana dok kang mung nok tengok cina memerintah Malaysia.Lalu saya jawab, boleh bergabung tapi syaratnya mung kena terima hukum dulu!
Berbalik kepada soalan sahabat cina itu, saya mendapat idea untuk menjelaskan bagaimana seorang perompak yang merompak rumah kita kemudiannya datang untuk berdamai meminta  kita lupai semua harta yang pernah dirompaknya.Kalau mereka datang untuk mengakui kesalahan mereka dan memulangkan semua harta yang dirompak mungkin boleh diterima tetapi mereka hanya datang  untuk berdamai dan bergabung tanpa sediktipun menyebut tentang harta yang dirompak itu, apakah beliau sahabat cina yang pernah tinggal sebilik dengan saya di hotel ketika menghadiri kursus di MII dulu fikir orang yang dirompak itu akan setuju berdamai? Beliau lalu mengangguk kepala tanda faham.
Itulah jawaban saya yang akhirnya dapat  juga menghilangkan kerunsingan sahabat cina dengan langsung tidak mengajukan soalan tambahan seperti bagaimana perompak itu datang sambil mengaku kesalahan mereka dan meyerahkan semula hasil rompakan.Saya bersedia untuk menjawab soalan itu seperti mana jawaban saya kepada  kepada orang kuat Wan Hakim tapi dalam versi jawaban kepada bukan Islam.Namun sahabat cina saya tidak melanjutkan soalannya tanda beliau faham siapa UMNO dan siapa PAS.
Apa yang menyedihkan saya ialah orang melayu Islam yang masih ramai mempunyai otak yang beku yang masih beranggapan PR tidak boleh   mentabdir negara kerana penguasaan cina melalui DAP akan mengecilkan suara melayu.Pada mereka yang telah dibekukan otak otak mereka oleh UMNO, DSAI hanya boneka kepada DAP.Gambaran ini boleh saya nampak dari seorang JKK Kg. Berenjut yang datang berurus niaga dengan saya selepas PRU.Walaupun beliau banyak komplain mengenai harga yang tinggi tetapi masih menyebelahi UMNO kerana katanya kalau PRK (maksudnya PR) memerintah keadaan lebih teruk.
Malang kerana beliau tidak mendengar tawaran PR dan langsung tidak peduli dengan pengkinatan UMNO memberi taraf kerakyatan yang mudah kepada warga asing dan lebih teruk, beliau setuju dan sokong semua penipuan pilihanraya yang dilakukan UMNO.Peliknya beliau sungguh sungguh mahu melihat orang melayu berjaya dalam bidang perniagaan sehingga mencadangkan agar saya meluaskan perniagaan saya tapi bagaimana mahu berjaya kalau otak dah beku?
Lebih malang kerana saya tidak dapat memberikan sedikit input kepada beliau kerana otaknya sudah ditutup tidak seperti sahabat cina yang jauh lebih terbuka untuk mendengar penjelasan mengenai perkara yang dibimbanginya.Barangkali inilah perbezaan ketara antara orang cina dan melayu  yang dirosakkan UMNO.Saya ada pengalaman berdebat dengan sahabat UMNO ketika berkempen melalui sms dan dari pengalaman itu saya dapati otaknya sudah teruk dirosakan oleh BTN sehingga beliau tidak dapat berfikir dengan waras lagi walaupun beliau seorang graduan.Sedih memikirkan perkara ini, bangsaku sedang dirosakkan oleh UMNO.

Serupademo.blogspot.com Blog 
Serupademo HANYA mengumpul berita - berita dan artikel - artikel yang dikeluarkannya sahaja. 
Justeru itu segala ketidakpuasan hati hendaklah di ajukan kpd penulis asal artikel berkenaan

PRU 13 - 16,530 kertas undi hilang/rosak di kedah



Cuba kita lihat keputusan PRU 13 di Kedah seperti di atas...ada apa yang tak kena ke?

Jika kita melihat keputusan ini sepintas lalu mungkin kita tak perasan sangat apa yg tak kena...sebenarnya pada PRU 13 di Negeri Kedah, kertas undi hilang atau rosak adalah 16,530 keping. Adakah angka ini masuk akal?  Sudah pasti angka itu tak masuk akal tetapi lebih tak masuk akal ada pula pimpinan PAS yang berpuas hati dengan keputusan itu...sampai sanggup boikot program #BLACKOUT505...

Jom kita tengok tulisan Mat Saman Kati pada tahun 2011....tetapi apa beliau dapat dan terima respon dari pimpinan PAS? Mat Saman Kati berkata "Tahun 2011 aku dah tulis, apa tindakan PAS? Depa tanya balik kat aku.."Berapa Umno bayaq kat hang?"

TUESDAY, MAY 24, 2011



PRU 13: PR KEDAH AKAN TUMBANG

PRU 13: Kedah (1)
-MSK

Aku nak stop dulu tentang politik baru sebab ada beberapa isu menarik yang aku rasa kena bagi perhatian dulu. Dua artikel menarik dalam Malaysian Insider tentang Kedah memerlukan pemerhatian dan analisis yang lebih mendalam.

Hangpa nak bercakap tentang hakikat, tentang realiti…jangan berfikir dalam kotak pemikiran Pakatan Rakyat. Aku bukan suruh hangpa keluar parti!! Cuma keluar sekejap dari pemikiran partisan dan ketaksuban dan hadapi realiti.

Banyak kali aku tulis, kumpulan tengah sudah membesar dan mereka-mereka ini menganggap bahawa kedua-dua Pakatan dan BN sama saja. Sekarang, perkataan yang sama diluahkan dalam posting Malaysian Insider.

“The reason why many Umno people I know voted for PR in the last election was because they were tired with BN. We felt the BN wasn’t really doing anything so why not try giving it to PR?” said a businessman in Merbok, who requested anonymity so as not to offend his Umno friends.

“PAS hasn’t really done anything but (Kedah) BN is filled with the same people who wanted out in the first place.

“Jadi sama ja depa dua ni (So in the end, it does not really matter who we vote because PR and BN are the same).”

Apakah ini realiti atau propaganda Malaysian Insider?

Malaysian Insider juga membuat survey..walaupun samplenya kecil, tapi memberikan gambaran tentang apa yang berlaku dibawah.

Kajian terhadap 70 rakyat Kedah yang berumur dari 21-70 tahun menunjukkan 50% daripada mereka mahukan perubahan kerajaan negeri. Sentiment tersebut lebih menonjol dikalangan orang Melayu (60%) diikuti dengan India (50%).

Sebanyak 36% daripada orang Cina mahukan perubahan manakala hanya 28% yang mahukan pemerintah kerajaan negeri dikekalkan. Yang lebih menarik, 36% masih tak tau siapa yang nak diundi.

Walaubagaimanapun, terdapat percanggahan kerana 44% berpuashati dengan kerajaan negeri sekarang berbanding 40% yang tidak berpuashati, manakala 16% tidak pasti.

Rakyat Kedah kompius!!

Bila tanya sama ada depa sokong BN…depa kata BN teruk!! bila tanya tentang Pakatan…depa kata tak boleh harap. Do you smell what I’m cooking?

Jangan percaya tentang kajian Malaysian Insider. Kalau kajian Malaysian Insider ini benar-benar menunjukkan sikap pengundi di Kedah, tak payah kempen…Pakatan dah gerenti kalah. Bukan sebab depa sokong BN…tapi kerana sistem pilihanraya yang akan memihak kepada BN. SPR sudah memastikan, kalau BN mampu mendapat 48% undi, depa akan menang. Depa tau, untuk turn over penyokong Pakatan untuk menyokong Umno memang susah. Tapi kalau dapat membuatkan mereka yang mengundi Pakatan itu tidak keluar mengundi pun dah cukup untuk memenangkan BN.

Kalau ada calon bebas yang bertanding, BN lagi seronok. Maka apa yang berlaku di Sarawak akan berlaku di Kedah. Ceramah puluh ribu orang yang datang. Tapi bila kira undi…lingkup. Hangpa mau jadi macam tu?

Cuba kita tengok keputusan DUN untuk Pakatan dan BN masa PRU 2008 dulu.

BN:14

Pas: 16

DAP: 1

PKR: 4

Bebas:1

Tetapi selepas PRU 2008, PKR mendapat satu tambahan kerusi di Bukit Selambau, tetapi hilang dua kerusi di Lunas dan Bakar Arang. Kedudukan sekarang, BN 14. PR: 20. Bebas pro-BN:2. Atau dimudahkan….PR 20. BN 16.

Adakah kedudukan ini selamat? Bagaimana kalau kajian Malaysian Insider di padankan dengan kedudukan kerusi? aku tak mau kata BN akan menang, tetapi PR juga dalam keadaan tenat. Yang akan menentukan siapa yang akan memerintah adalah orang-orang tengah yang sekarang ini masih belum membuat keputusan. Mereka yang dah fed-up dengan BN, tapi dalam masa yang sama kecewa dengan PR.

Apakah hangpa nak kata " mampuih pi la….kalau berjuang mahu pembalasan..pi masuk Umno!"

atau hangpa nak kata.." Kalau orang macam Matsamankati keluar..lagi bagus. Tidak menjejaskan Pakatan!!"

Fikir dulu sebelum nak kata apa-apa…tengok dulu pencapaian Pakatan dan BN dalam PRU yang lalu.
Terdapat 13 kerusi DUN yang bermajoriti kurang dari 5%.

Bila Malaysian Insider kata 60% orang Melayu mahukan perubahan kerajaan. Maknanya hanya 40% yang masih menyokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 50% orang India mahukan perubahan. Maknanya 50% masih sokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 36% orang Cina mahukan perubahan. Maknanya 65% masih sokong PR.

Apa yang akan berlaku?

Pas tinggal 11.

PKR tinggal 4. (Diandaikan akan memenangi balik Lunas dan Bakar Arang)

DAP 0.

BN: 21.

Hangpa buat la ceramah perdana. Buat la sembahyang hajat.

Dalam PRU 2008, Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 353,831 undi (50.7%) manakala BN mendapat 322358 (46.2%). Perbezaan hanya 4.5%. Kalau 5% daripada yang menyokong Pakatan dulu berubah angin, kerajaan negeri juga akan berubah.

Dari sejumlah 353, 831 undi yang diperolehi oleh Pakatan, berapa ahli-ahli PKR, Pas dan DAP? Ahli PKR pada tahun lepas berjumlah 23,479. Tapi dari jumlah itu, 7830 tidak mendaftar sebagai pengundi!! Ahli Pas aku tak tau, tapi atas sikap pemurah…aku katakan sejumlah 100,000 orang. Sebab mungkin Pas Kedah lagi terror dari Pas Perak yang berjumlah 80,000 orang. Ahli DAP boleh bilang dengan tangan.

Kalau dijumlahkan, jumlah ahli Pakatan Rakyat tak sampai 130,000 orang. Siapakah yang mengundi Pakatan berjumlah 223,000 orang itu? Apakah Pakatan Rakyat menang kerana kekuatan parti..atau kekuatan penyokong?

ahli-ahli parti hanya berjumlah 18% daripada keseluruhan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Manakala penyokong yang tidak berparti yang membantu kemenangan Pakatan berjumlah 32%.

Tapi bila menang, penyokong tak ada hak untuk menegur parti, tak ada hak untuk bersama membuat keputusan, tak ada hak untuk bersuara.

What are you going to do?



Di Petik Dari Sumber
 

Syabas! Raja kita berdiri teguh di belakang Adam Adli !

Raja Dr Iskandar berdiri teguh di belakang Adam Adli
 
Aku pernah tulis beritahu Ketua Pemuda PAS, Tantawi, "Alahai…Ko tu ketua, tak boleh kah ko wakilkan siapa-siapa dalam exco ko untuk pergi? Poyo betul alasan ko tu! 

Aku cakap macam tu bila dia bagi alasan, " Ketidakhadiran saya bukan bererti saya menentang perhimpunan-perhimpunan tersebut.Malangnya, saya saya mempunya aturcara yang ketat dan ianya bertembung dengan tarikh bila perhimpunan itu diadakan" baca di sini

Alhamdulillah, adalah juga wakil Dewan Pemuda PAS Pusat mai...tapi diaorang mai pun macam aristokrat politikus saja ... Kah! kah! 

Aku tabik 'spring' dengan Dr Zulkifli Ahmad.Kehadirannya malam tadi sangat memberi erti kepada solidariti Adam Adli.Pemuda perlu belajar cara-cara dia berintegrasi dengan rakyat.


Kemudian aku juga turut ingatkan korang kat sini ~ Jangan ada dikalangan kita yang mahu mengaku sebagai ‘Pejuang keadilan rakyat’ berebut-rebut menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat sebagai batu loncatan kepentingan peribadi.Jangan ada yang bermuka-muka dalam Islam.

Korang tengok sendiri luahan segelintir anak-anak muda yang menyokong kita.Tolong ambil perhatian dan jangan diketepikan pandangan mereka dengan memberikan alasan yang poyo.Korang sepatutnya berada dihadapan and lead the way! Aku hanya mampu menyampaikan suara-suara mereka seperti berikut :

Inilah Opurtunis dan Hipokrit PAS... ketika kami bertungkus lumus merempat dijalanan bersolidarity untuk ADAM,.. mereka langsung tidak kelihatan apatah lagi tanya khabar kami...ketika Adam sudah dibebaskan dan berjalan keluar dari mahkamah, secara tiba tiba opurtunis PAS datang dan dampingi Adam depan wartawan dan terus bergambar..


Mereka buat press conference dan mengatakan mereka sokong solidarity mahasiswa dan anak muda lawan kezaliman umno.

Inilah PAS, penuh dengan hipokrasi..depan rakyat cerita bab jihad la, mati syahid la suma..." bila rakyat BAWAHAN ditangkap, pemimpin atasan senyap membisu dan LANGSUNG TAK PEDULIKAN RAKYAT...tapi, jika pimpinan PAS ditangkap,maka PAS akan JUAL AGAMA ajak semua orang solidarity bebaskan pimpinan mereka "... salah sorangnya adalah nik abdoh. 

Walau apa pun syabas kepada wakil DPPP kerana hadir juga akhirnya.Kita  berharap Dewan Pemuda PAS Malaysia benar-benar berperanan dan bersama-sama berganding bahu turun padang dalam isu ini bukan sekadar 'berdiri teguh dibelakang Adam Adli' sebagaimana akujanji Raja Iskandar dalam ucapan rakaman

Sunday, May 19, 2013


Mediaperak.net


  Jaguh-Jaguh Baru Pakatan Rakyat di Parlimen

Jaguh-Jaguh Perdebatan Baru di Parlimen

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan. Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim - Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN.

 Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan 'menungging punggung' kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka.

Mereka ini adalah orang-orang yang boleh 'diciskan'. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada mereka. Cis 44 kali.

 Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan 'menggetel telor' pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung. Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang dianggap sebagai 'anak kera Pulau Melaka" dengan kekurang undi sebanyak 8,047.


Idris Ahmad
Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan hidung 'bercengik' juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan bulletlagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.

Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Mungkin kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang parlimen.

Shamsul Md Akin
Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu. Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim - Bandar Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.

Sayang sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi. Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen. Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.

Bagaimana pun kata orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat diteruskan oleh muka-muka baru.

Takiyuddin Hassan
Antara muka baru yang dirasakan akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan), Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Idris Jauzi (Batu Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan pengarah Strategfi PKR yang banyak mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan Rafizi ialah pendedahan projek NFC.

Idris  Jauzi bekas pegawai kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.

Teruyamanya Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.

Hanifa Maidin
 Sudah tentu kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz Omar, Tonny Phua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.

Selain mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga Nasdaruddin Hassan. (Temerloh).  Kebetulan mereka adalah dari Dewan Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da'i di dalam PAS tetapi kewibawana mereka sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.

Apakah mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk membangun agama dan negara?
Nasaruddin Hassan

Kita berharap mereka bukan beretorik atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan syaksiyah para Rasul dan Umur Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.

Lain-lain muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan Hassan dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh menggoncangkan pihak kerajaan.

Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini. [putrajaya 2:45 pm 17/05/13]

-http://msomelayu.blogspot.com/2013/05/jaguh-jaguh-perdebatan-baru-di-parlimen.html
Anda mungkin juga memina