Friday, August 30, 2013



http://www.disclose.tv/action/viewvideo/148375/Obamas_Syrian__Massacre_450_Kurdish_Civilians/ 
http://english.alahednews.com.lb/essaydetails.php?eid=24031&cid=385 

Sebahagian gambar2 tersebut adalah kanak2 puak kurdis yang dibunuh oleh serangan Pengganas Takfiri Tanduk Syaitan Nejd Al-CIAda Jahat yang mengikuti fatwa sesat Ulamak2 IBLIS yang berselindung disebalik seruan Agama. Dan yang paling bodo ,,,, oleh kerna terdesak dengan kekalahan tanduk syaitan NeJD cuba menampakkan kebodohan assad yang mengebom orang awam dengan senjata kimia sehari sebelum pemeriksa UN datang. 

Ia dicanangkan oleh media propaganda propaganda zionist untuk menutup perbuatann mereka yang menghancurkan sebahagian besar masjid2 umat Islam syiah dan sunni, kemudian menebarkan didada media Ia adalah perbuatan umat Islam syiah, 

Ia dicanangkan untuk menutup kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat syria yang dijadikan perisai manusia, rumah dan masjid mereka dijadikan kubu untuk melcarkan serangan terhadap askar syria supaya apabila berlaku tindakbalas dari tentera Syria mereka menebarkan sebagai perbuatan umat Islam Syiah. 

Ia dicanangkan untuk menutup kekalahan demi kekalahan mereka dalam medan pertempuran dan berita2 palsu kejayaan mereka yang disampaikan kepada penyokong2 mereka dan media propaganda zionist. Kejayaan Federation of Syaitan Army yang dibiayai oleh Saud dan Qatar selama lebih 2 tahun dan dibantu oleh regim zionist dan amerika adalah, menghancurkan negara syria, melemahkan umat Islam dan menjadikan umat Islam syiah sebagai sasaran fitnah untuk menutup perbuatan dajjal yang mereka lakukan. 

Ia dicanangkan di saat kehadiran Pemeriksa UN terhadap penggunaan senjata kimia, semada untuk mempengaruhi keputusan awal hasil pemeriksaan atau menghalang pemeriksaan tersebut dari diteruskan kerana terdapat laporan lain menunjukkan merekalah yang menggunakan senjata kimia. Orang yang buat salah selalu takut untuk diperiksa malah menuduh umay Islam Syiah yang melakukannya. 

Ia dicanangkan didalam TKO oleh Pencacai Tanduk2 syaitan Nejd dan APCO adalah untuk memaksa forumer menelan api2 syaitan yang mereka tebarkan dan memecahbelah ahli2 gerakan Islam dengan mengFITNAH Ulamak yang memberi pandangan tidak seperti yang mereka kehendaki. Ia bertujuan untuk melemahkan gerakan Islam dengan dengan melagakan2 pandangan sesama pemimpin mereka dan wala ahli kepada pimpinan gerakan. Dan seperti yang dikehendaki oleh tuannya Zionist dan Tanduk2 syaitan NEJD akhirnya umat Islam syiah jugalah yang akan dijadikan sasaran akhir panah2 hasutan ini.

 
MESIR DALAM KERANGKA HADITS DAN PESANAN SAYYIDINA 'UMAR RA 
2:08 PM Al Faedah No comments 

MAAF MESIR, SELAGI KAMU TIDAK MENGENALI MUSUH-MUSUH DI BELAKANG TABIRMU DAN KAMU BERMAIN-MAIN BERSAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BANTUAN ALLAH SWT TIDAK BERSAMAMU. :: 

Ikhwan sekian lama duduk di sebelah Qatar sehingga AS Obama sayap Demokrat menjadi teman tidur, setilam dan sebantalmu. Lalu kamu dibantu CIA dan CFR memenangi pilihanraya umum. General Al Sisi boneka Pentagon sayap kanan pro Israel pro Saudi, bekerjasama dengan El Baridei sebagai penggerak utama Al Tamarroud tajaan International Crisis Group. Marhaen Liberal, Sekularis dan Moderat kena catur oleh kuasa Yakjuj Makjuj yang sama. 

Lalu tumbanglah Ikhwan yang disokong sayap kiri US melalui Pakatan sayap kanan Saudi, Pentagon & Israel. Berlainan sayap namun melaporkan kepada "Sang Ketua Pencatur Kerosakan Mukabumi" yang sama. 

Inilah hakikat Pakatan Dajjal. Kawan makan kawan. Kiri lawan kanan. Kanan makan kiri. Kesetiaan itu hanya Ilusi sepertimana jua perjuangan, kebebasan dan demokrasi itu hanya Ilusi dan bayangan igauan kamu semata-mata. 

Saudi sangat mendendami akan kejatuhan Saddam Hussein dahulu. Apakah kamu sudah lupa? Saudi sangat meragui Ikhwan dan hubungkait kamu dengan Iran. Saudi sangat meragui Qatar dan harus diimbangi dan dihalangi kuasa Qatar dengan Ikhwan Muslimun. 

Baridei sangat menginginkan No 1 namun sangat kecewa, kerana dicantas Saudi walaupun kamu ditaja ICG George Soros. Lalu Baridei sudahpun meletakkan jawatan. Kemana agaknya halatuju El Baridei? Tiada kesetiaan dalam sistem percaturan ini. Fahamilah hakikat ini. 

Ketika kami menghentam habis-habisan Raja Saudi sebagai pembelot agama yang menyerang bumi Syams, maka suara-suara sumbang inilah menuduh kami sebagai Syiah. Apabila Raja Saud memerangi kamu sendiri, maka gelaran apaa pula yang ingin kamu panggil mereka yang menyalahi pendapat kamu? 

Dengan tidak semena-mena maka hangatlah suara-suara sumbang ini menghentam pula Raja Saud sedangkan bukankah kamu dahulu saling bekerjasama di bumi Suriah? Ketahuilah, sesungguhnya ALLAH SWT MAHA BERKUASA dan DIA akan menunjukkan satu persatu tentang kebathilan sistem pakatan Yakjuj Makjuj yang kamu anuti, maka bertaubatlah. Keluarlah segera dari fitan-fitan ini dan bersederhanalah. Sesungguhnya RasuluLlah SAW diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam. 

Golongan Radikalis Islamis inilah yang pertama-tama akan mengkafirkan orang, kemudian di Syiahkan orang yang menegur mereka dengan baik. Pelbagai tuduhan dan tohmahan caci maki akan mereka hamburkan pada mereka yang semata-mata tidak bersependapat dengan mereka. Para 'ulama yang tidak sepakat dengan mereka dituduh pula mengamal politik suku agama suku. Pada hakikatnya mereka yang tiga suku. Para 'ulama ini hanya menyatakan bahawa kamu sedang bergelut dalam suatu sistem yang bathil dan kotor dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana ia dinajisi oleh percaturan politik gila kuasa dan gila dunia. 

Kepada Ikhwan dan Mesir. Ini alam percaturan anjing makan anjing... Bertaubatlah kamu umat Islam di Mesir dan hayati persanan Sayyidina 'Umar dan RasuluLlah SAW. Tiada bantuan ALLAH SWT selagi kamu menganjingkan diri kamu pada sistem bathil ini.. 

Sudah lama kamu diberi peringatan demi peringatan, bahawa di kalangan kamu terdapat ramainya kelompok-kelompok pembelot agama Islam dan sering ke sana dan ke mari bersekongkol dengan pencatur-pencatur Zionis dari Kaum Yakjuj Makjuj. Hentikan menyalak kamu mempersalahkan para 'ulama yang benar yang telah berkali-kali menyatakan kamu tersasar dari jalan yang benar. Amaran demi amaran diberi namun kamu tetap memilih jalan ini. Apabila kamu disembelih oleh musuh-musuh yang nyata dan yang bersembunyi, maka menyalaklah kamu sekali lagi menyalahkan para 'ulama ini dan setiap Muslim yang tidak bersependapat dengan kamu sehingga kamu sahajalah pembawa obor-obor kebenaran Islam dalam dunia ini. 

Kata Sayyidina 'Umar: "Ketahuilah! Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu." 

Sekiranya perjuangan kamu benar nescaya sudah lama ALLAH SWT turunkan bantuan dari langit untuk kamu sehingga terhapuslah segala bathil keatas umat Islam. Namun tahun demi tahun berdekad-dekad lamanya hingga kini, di manakah bantuan keatas kamu? 

Di sebelah kiri dan kananmu mereka duduk dalam kelompok kamu sambil mengambil pelbagai rupa bentuk Islam namun mereka hanyalah bertindak sebagai barua-barua Yakjuj Makjuj. Apabila kamu sedar dan kembali kerumah-rumah kamu dalam keadaan insaf bahawa selama ini kamu telah tertipu, maka di situlah akan bermulanya bantuan ALLAH SWT bagi kamu. 

:: Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas, Ketua Turus tentera Muslimin ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi. 

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. 

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. 

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. 

Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka. 

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka. 

Ketahuilah! 

Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. 

Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.

Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan". 

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). 

Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu. 

Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu. - Saidina Umar Al-Khattab :: 

:: Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), beliau berkata: "(Pada suatu hari) Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, "La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. :: 

:: Pada hari ini telah terbuka bagian dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jarinya dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak." (HR. Bukhari dan Muslim).

Wednesday, August 28, 2013

Ameno World

Menjadi Miskin Merupakan Satu Dosa, Kesalahan Dan Jenayah Di Negara Ini.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/menteri-cadang-sekat-air-masuk-penang.html#ixzz2dKFg6s27

Menteri Cadang Sekat Air Masuk Penang.


Cadangan yang amat bernas sekali. Mari kita halang rakyat penang dari mendapatkan air bersih. Semua yang berada di penang tue kan sokong pembangkang dap yang kafir yahudi laknat confirm neraka tue.
Kah Kah Kah
Baru2 neh timbalan menteri KPDNKK Datuk Ahmad Bashah telah mencadangkan agar laluan air sungai dari Kedah patut di halang dan di sekat dari mengalir ke Pulau Pinang disebabkan kerajaan negeri enggan membayar apa2 kepada Kedah berhubung penggunaan air dari sungai tersebut. Sungai yang dimaksudkan ialah air dari
Sungai Muda.
Menurut LGE mereka tidak perlu membayar apa2 kepada kerajaan negeri Kedah kerana air tersebut mengalir secara semulajadi. Jika ia di Kedah maka ia sungai di Kedah, jika air tersebut memasuki sungai dan empangan di Penang ia adalah sungai di Penang. Kenapa pula Penang kena bayar sesuatu yang seperti itu? Sebab itu LGE tidak melayan sebarang tuntutan yang di anggap karut berhubung hal tersebut.
Oleh kerana tidak berpuas ahti dengan tindakan LGE yang mengabaikan tuntutan Kedah berhubung air di sungai tersebut, maka nya seorang timbalan menteri mencadangkan mari la kita sekat laluan air tersebut dari memasuki Penang.
Laluan air semulajadi tue Allah yang cipta. Allah beri kepada penduduk di kawasan tersebut. Allah bagi secara percuma. Sepatutnya kongsi dan gunakan la ia secara bersama. Ini apa barang nak jadi tamak sampai anggap macam aku yang punya? Siap nak jual beli bagai? Kat SG ko jual air bersih 3 sen jek then beli balik air yang dah guna 7 sen takpe pula?
Apa macam gampang sangat layan rakyat sendiri neh oiii? Jangan sampai Allah keringkan sungai2 kat Kedah tue oi. Ini bukan cara yang sepatutnya layan rakyat sendiri oiii.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/menteri-cadang-sekat-air-masuk-penang.html#ixzz2dK909Q1C

Sunday, August 25, 2013


MESIR: Doktrin Islam-Politik Dicabar


Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelPERTEMBUNGAN DOKTRIN

Kedudukan Mesir sebagai hub intelektual dunia Islam telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran Islam yang berupaya menguasai kelompok yang bersaing atas nama Islam.

Mendasari perkembangan di Mesir adalah pertembungan doktrin Sekular -Liberal dan Islam.

SALAFIYAH vs ISLAHIYAH

Jika kita melusuri perjuangan pemikiran Islam pasca Khilafah, kelompok Islam membentuk dua aliran antara Salafiyah yang rigid interpretasi teksnya dan Islahiyah yang agak kontemporari fahaman teksnya mengikuti perkembangan semasa. Muncul dalam kelompok Islahiyah ini individi-individu di kalangan ulamak yang mempelopori pemikiran Islam terkini dengan suntikan makna pada zaman yang dilaluinya.

imagesTokoh seperti Mohd Abduh, Rasyid Redha dan sebelumnya Jamaludin Al Afghani menjadi mercu tanda pemikiran pada persimpangan umat Islam mencari identiti politik yang hilang dengan proses kejatuhan Khilafah sehingga tahun 1924.

Namun kemunculan seorang tokoh yang bernama Hassan Al Banna bukan sahaja meninggalkan bekas perbahasan intelektual tetapi yang lebih penting telah membentuk satu pergerakan yang mempunyai organisasi paling tersusun yang menguasai pemikiran massa di atas nama Ikhwan Al Muslimun atau Muslim Brotherhood.

SALAFIYAH

Golongan salafi yang fahaman teks Al Quran dan Hadisnya yang agak kaku tidak banyak melahirkan tokoh-tokoh besar kerana kemunculan mereka adalah merupakan status-quo kepada mainstream yang ada semasa kejatuhan Khilafah tetapi ia telah melahirkan kelompok yang anti kemodenan dan Barat lalu menjadi benih awal kepada kemunculan ekstrimism dan militan dalam perjuangan mereka.

Kelompok Gamaah Islamiyah, Hijrah Wa Takfir dan terkini Al Qaeda adalah sebenarnya manifestasi kebencian kepada Barat dan disokong dengan interpretasi totok kepada teks-teks Al Quran dan Hadis yang ada.

LIBERAL-SEKULAR

Kelompok ini mahukan Islam dalam bentuknya yang bebas dari hambatan institusi kawalan moral lantas meletakkan hak individu untuk memilih gaya dan cara hidupnya mengikut pilihannya dan tidak mahu dipaksa dan dipantau oleh polis moral.

Mereka melihat aspek syariah sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka mahukan interpretasi Islam yang bebas dan menganggap politik dan Islam tidak boleh bersatu. Mereka tidak menolak agama, tetapi menolak parti Islam dan negara Islam yang mereka dakwa teokratik.

MENGISI REVOLUSI RAKYAT

Kekosongan period transisi regim kuku besi kepada suara rakyat menyaksikan konfrontasi Sekular-Liberal dan Islam tidak dapat dielakkan. Perkembangan rampasan kuasa tentera disokong oleh kelompok Sekular-Liberal kerana menganggap pengaruh Ikhwan melalui kemenangan Morsi akan membawa negara Mesir kepada pemerintahan agama lalu menafikan hak demokratik rakyat menentukan halatuju negara.

Golongan Sekular-Liberal mewajarkan sokongan mereka terhadap rampasan tentera tempoh hari dengan membawa doktrin anti-political-Islam. Walaupun perbahasan ini jauh dari capaian rakyat awam yang rata-ratanya kais pagi makan pagi di Mesir, namun doktrin ini cuba dipaksakan kepada rakyat Mesir bahawa Morsi mewakili Islam-Politik yang akan menghuru-harakan Mesir dan membawa Mesir ke belakang.

Biarlah ini satu dakwaan kosong sebenarnya dan Tentera yang mencipta suasana huru-hara di Mesir namun implikasi doktrin anti-Islam Politik adalah mesej yang kuat kepada seluruh dunia Islam bahawa mereka harus menentang Islam-Politik dan ini bermakna menentang parti Islam dan cita-cita politik Islam walaupun tak semestinya mereka menantang Islam sebagai agama ritual dan spiritual.

PEMIKIRAN POLITICAL-ISLAM

failureTesis ini di kemukakan pada awal 90an oleh Oliver Roy dalam bukunya ‘”The Failure of Political Islam” di mana istilah Political-Islam itu dikaitkan dengan kemenangan kelompok Islam melalui politik yang melahirkan neo-fundamentalism. Politik yang diceburi oleh kelompok ini lebih banyak melahirkan sikap anti-Baratnya melalui kebimbangan mereka terhadap aspek moral dan keruntuhan akhlaq dan gagal membawa program ekonomi sosial dan politik yang mampu mengubah keadaan.

Oliver Roy amat berhati-hati untuk tidak melonggokkan kesalahan itu kepada Islam kerana di kalangan Islamistada yang menggarap persoalan politik melalui adaptasi kepada perkembangan di Barat dan berpandukan kepada panduan Islam yang sebenar. Menarik dalam hujah Oliver ialah beliau menganggap kelompok neo-fundamentalism adalah anti-tradisi ilmu malah cuba menentukan peranan ilmu mengikut selera mereka melalui kuasa politik yang ada kepada mereka.

Rumusan Oliver ialah kemunculan Islam-Politik adalah gambaran kepada anti Barat dan kemodenan tanpa satu program sosio-ekonomi dan rakyat yang dikuasainya akan memberontak kerana mereka tidak dapat menikmati hasil kemodenan dan pembangunan maka negara akan huru-hara. Akhirnya lahirlah pemikiran ‘kegagalan Islam-Politik’ (the failure of political Islam) sebagai tema yang diangkat.

MENCABAR TESIS INI

Di kalangan intelektual Sekular-Liberal, ide ini sudah mula didengungkan bagi mewajarkan rampasan kuasa ke atas Morsi. Persoalannya ialah, adakah Morsi mewakili konsep Islam-Politik yang dikemukakan oleh Oliver Roy?

Adakah pemikiran rasmi Ikhwan mendasari neo-fundamentalism?

Adakah pengalaman Algeria, Sudan dan Afghanistan sama dengan proses demokrasi yang dilalui oleh rakyat Mesir?

Adakah kewajaran rampasan tentera kerana Mesir di kancah perang saudara dengan kemenangan Morsi?

Jawapan kepada persoalan yang banyak ini akan membawa kita untuk mencabar teori Oliver Roy yang diaplikasikan oleh golongan Sekular-Liberal dalam meyakinkan orang ramai bahawa menjatuhkan Morsi adalah menyelamatkan Mesir dari Islam-Politik.

IMPLIKASI

Semua kelompok Islam yang bergerak di medan siyasah (politik) harus mengambil serius apa yang saya lontarkan dalam artikel ini kerana pertembungan doktrin merentasi batas geografi dan masa. Selagi Islamist di medan politik tidak membuktikan Islam adalah merentasi sekadar kuasa dan tidak menjurus kepada konsep ketamadunan yang lebih luas skopnya selagi itu tanggapan teori ‘kegagalan’ ini akan menghantui semua pihak.

Islam yang diusung dan diperjuangkan mesti memberi makna kepada keadilan sosial, erti kemanusiaan, erti kebebasan bersuara, keamanan hubungan antara agama dan erti kerajaan yang adil. Kemenangan parti Islam di medan politik bukan kemenangan anti-Barat tetapi ia kemenangan Keamanan Manusia Sejagat dan pastinya kemenanganIslamist perlu menghormati lunas-lunas demokrasi dalam melihat julat kepelbagaian yang ada.

Penegasan kepada suntikan makna Islam yang lebih luas cakupannya dan capaiannya akan menjadikan teori Oliver Roy dan pengusungnya dicabar untuk kita membentuk tesis baru iaitu “The Success of Political Islam”.

PERTEMBUNGAN BERTERUSAN

Morsi telah diharamkan haknya untuk membuktikan teori sukses ini oleh Tentera yang disokong oleh golongan Sekular-Liberal. Saya meyakini bahawa pemikiran Morsi yang didasari oleh Rahmatan Lil Alamin sesekali bukan neo-fundamentalism. Ikhwan pula terkenal dengan sikap keterbukaan mereka kepada pertembunagn Islam dan Barat.

Para ulamak dan ilmuan Ikhwan senantiasa mencari-cari titik pertemuan pembinaan tamadun dengan berdialog dan bertukar pandangan. Ikhwan juga tegas dalam soal menuntut hak dan menentang penindasan. Apa yang berlaku di dataran Nahda di Rabiah Adawiyah adalah suara menuntut Hak.

Tiada yang berani mengatakan tindakan rampas kuasa adalah wajar kecuali golongan Sekular-Liberal yang totok anti Islam-Politiknya. Mereka mendapati tentera akan memenuhi kehendak mereka kerana mereka tidak ada asas sokongan rakyat di akar umbi.

Dengan pembebasan Mubarak dari penjara dan dikenakan tahanan di rumah dan Morsi serta pimpinan Ikhwan dipenjarakan, kita hanya mampu bertanya apakah prinsip awalan ini yang hendak diasaskan dalam mengisi Revolusi Rakyat 2011 yang dahagakan kebebasan dan demokrasi?

Apakah ini kes awalan yang hendak diasaskan oleh golongan Sekular-Liberal bahawa demokrasi hanya untuk mereka dan bukan untuk gologan Islam?

Wajar bagi Islamist di medan siyasah mencabar semua prinsip ini dengan kekuatan hujah dan intelektual yang ampuh.-drmujahid.com 

Sertai Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa dan Twitter @mparitbuntar 
Tazkirah : Penyakit Orang Berilmu

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

AgamaOleh ondastreet

Tazkirah ini ingin mengajak kita renungkan satu penyakit yang kita tidak sedari.. dan saya percaya, kadangkala ianya berlaku tanpa sedar… Sila baca, dan renung-renungkan

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal “air mata” ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu’ walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Al-Hijr
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka.” ( Al-Hijr: 39-40 )

Nukilan OnDaStreet: Saya ambil artikel ini untuk peringatan semua, terutama kepada diri saya sendiri kerana risau akan khilaf saya yang mungkin berlaku tanpa sedar. Jika ada, peringatkan saya, tegurilah saya.

Saya nak ulas panjang kali ini, saya risau didorong oleh rasa amarah kepada seseorang. Ambillah teladan, dan ambillah tindakan.

Semoga Allah tidak palingkan kita daripadaNya dan merahmati kita.

Wallahualam...

ondastreet.wordpress.com
 

ADA AKU KESAH??

Welcome to my blog! Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini..


Lebuhraya Rakyat Kelantan dikhianati??

"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu... " - Dato Husam Musa

FAKTA ANGKA:

◆ Sebelum PRU13 - Lulus

◇ 3,000 hektar kawasan lombong bijih besi untuk dijadikan cagaran

◆ Nilainya RM2.5 billion

Pandangan Ringkas;

■ Sebuah syarikar dari Korea telah menyatakan minat untuk melabur dan membina Lebuhraya Rakyat RM1.8Billion pada sblm PRU13.

Dengan nilai Lombong terbabit, maka InsyaAllah Lebuhraya Rakyat mampu disiapkan, malah ada BAKI lagi sebanyak RM700JUTA utk pembangunan negeri.

□ Lepas PRU13, kelulusan tersebut ditarik balik dan diberikan kpd sykt tertentu? SIAPAKAH SYKT dan INDIVIDU yang dpt RM2.5 BILLION tersebut?

■ "Tangan ghaib" manakah yang mengkhianati impian rakyat untuk merasai sebuah LEBUHRAYA ini?

□ Terbaru dikatakan syarikat dari Abu Dhabi, dikatakan "berminat" untuk membiayai projek terbabit, selepas syarikat dari Korea tarik diri.

■ Adakah "tangan ghaib" itu mempunyai kepentingan dalam syarikat Abu Dhabi tersebut? Sampaikan DING DONG terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan secara terancang sykt Korea terbabit?

☆★ Hal ini perlu dijawab dengan ilmiah oleh Kerajaan Negeri, rakyat perlu tahu;

1. Kenapa syarikat Korea tersebut tarik diri? Adakah disebabkan oleh kelulusan lombong yang dijanjikan ditarik balik selepas TGNA & Dato Husam tiada dalam kabinet Exco Kelantan?

2. Siapakah "tangan ghaib" yang mengkucar kacirkan projek LEBUH RAYA Rakyat ini?

3. Siapa dan syarikat mana yang mendapat 3,000 hektar tanah tersebut dengan nilai RM2.5 billion sama dengan 2,500 juta itu?

Saya menantikan jawapan yang lengkap, bukan jawapan gopoh. Rakyat perlu tahu dan saya ingin tahu kebenarannya..



Saturday, August 24, 2013

Gendang Perang LIGHTING THE FIRST FIRE IS EASY

Syria - Faisal Hamdi buktikan Erdogan tidak cakap kosong


Kepada yang MEMFITNAH TURKI hanya pandai bercakap tapi tidak melakukan apa-apa dalam situasi membantu sesama umat Islam sekarang dan di tuduh mengikut terlunjuk EU dan NATO (kerana Turki ahli kedua-duanya), LIHAT sendiri gambar yang diambil oleh saya dan Huzaifah Ahmad ini.

Kami menggadaikan NYAWA dan KAMERA kami untuk tetap merakamkan video dan foto di kawasan LARANGAN ini demi tatapan RAKYAT MALAYSIA.

BENDERA siapa yang BERKIBAR MEGAH disamping BENDERA SYRIA yang baru? Bendera TURKI..!!

LORI KONTENA siapa yang berbaris berpuluh kilometer untuk menghantar BANTUAN KEMANUSIAAN kepada RAKYAT SYRIA? Lori bantuan dr TURKI..!!!

Itu belum lagi KEM-KEM PELARIAN yang serba lengkap yang dibina oleh Turki untuk pelarian Syria.

Jadi masih ada yang mahu memfitnah mereka ikut TELUNJUK BARAT?

Teruskan BERHALUSINASI dengan TEORI KONSPIRASI anda sambil kekenyangan di bilik berhawa dingin.

Laporan Oleh..
- Faisal Hamdi
Mujahideen Media

TUESDAY, AUGUST 20, 2013

Fatwa Sheikhkul Al Azhar


Sesungguhnya fatwa yang dikeluarkan Sheihkul Al Azhar membenarkan pembunuhan rakyat Mesir itu mendapat penentangan kebanyakan umat Islam seluruh dunia.

Hukum asalnya memang dihalalkan darah rakyat yang menentang sebuah kerajaan Islam. Persoalan yang timbul apakah kerajaan semantara Mesir sekarng ini kerajaan Islam.

Presidennya semantara kerajaan semantara Mesir sekarang seorang kristian, Jika ia Hosni Mubarak sekalipun presidennya kerajaan itu bukanlah sebuah kerajaan Islam.

Inilah yang membuat kebanyakan umat Islam seluruh dunia mempertikaikan fatwa Sheikhkul Al Azhar itu.

Barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan tidak sampai jatuh menghina seseorang ulamak sepertimana ada pendapat yang melarang mempertikaikan fatwa tersebut.

Lebih lebih lagi fatwa yang dikeluarkan itu berdasar prinsip peribadi untuk menjaga nyawanya sebagaimana bukti sejarah barasiapa yang menentang kerajaan keputusan kerajaannya akan dibunuh.

Salah seorang orang kanan tentera yang tidak setuju dengan operasi yang dilakukan membunuh tiga ribu rakyatnya itu turut dibunuh.

Sejarah telah membuktikan seramai 280 orang ulamak Mesir telah dibunuh oleh kerajaan Mesir sepanjang pemerintahan beberapa orang Priseden.

Atas sebab itulah Sheikhkul Al Azhar mengeluarkan fatwa yang jadi kontraversi selepas Dr Mohamad Mursi di gulingkan.

Berapa ramai tenaga pengajar Al Ahzar dipaksa berbuat demikian, termasuk salah seorang yang dipaksa tulis sebuah buku tentang politik tidak ada kaitan dengan agama sepertimana yang kita maklum politik suku agama suku.

Mereka berbuat demikian semata mata untuk menyelamatkan nyawa dari melayan iaitu atas dasar darurat yang tidak boleh digunapakai kepada umum kerana ia bersifat peribadi sahaja.

Pada penulis barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa tersebut tidak sampai jatuh menghina seseorang ulama, kerana fatwa itu hanya bersifat peribadi miskipun ada asasnya pada hukum asalnya. 

Friday, August 16, 2013

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَاللَّهِ أَتْقَاكُمْ "Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is)the most righteous of you" AL-QUR'AN 49:13

ISLAMNYA HANYA DI BIBIR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Amat menyedihkan bila menyaksikan footage mengenai kezaliman pihak berkuasa mesir membunuh rakyatnya sendiri. Kesalahan terletak kepada mereka yang membunuh rakyat dan warga negara mereka sendiri, kerana tidak ada negara yang waras, tidak ada pemimpin yang waras fikirannya yang akan mengarahkan pasukan keselamatan mereka membunuh rakyat sendiri.

Konspirasi menjatuhkan Morsi kita tahu telah dirancang sebaik Morsi memegang tampuk pemerintahan, sebab itu Kerry secretary of state kerajaan usa menyatakan sokongan dan approval negara itu terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Si sisi. Rampasan kuasa itu tidak diakui sebagai satu rampasan kuasa, kerana kononnya berjuta juta rakyat mesir mahukan Morsi diturunkan. Kalau mahu Morsi diturunkan kenapa usa tidak menyuruh cara melalui peti undi untuk melakukannya seperti yang sentiasa dichampionkan, tetapi approve pula cara rampasan kuasa dan kemudian melabelkannya sebagai bukan rampasan kuasa.

Di kalangan mereka yang bersekongkol dengan sisi, usa dan israel, naiknya Morsi memegang tampuk pemerintahan adalah sesuatu yang amat mereka geruni, kerana kononnya Ikhwanul Muslimin adalah satu pergerakan yang menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik. Lagu sama yang dinyanyikan oleh mereka yang benci di hati mereka kepada Islam di negara ini yang melabelkan PAS dengan tempelan label yang sama.

Sekiranya rakyat Israel menari nari apabila Morsi dijatuhkan, kita boleh faham kegermbiraan mereka, kerana salah satu daripada kegerunan dan kegusaran mereka telah berjaya dipadamkan. Tetapi apabila ada di kalangan orang yang lidahnya mengaku Islam, tetapi hatinya benci kepada apa jua yang dikaitkan dengan Islam, terutama apabila mereka yang berpegang kepada ideologi berteraskan dan bertunjangkan Islam diberi peluang oleh sistem demokrasi untuk menerajui pucuk pimpinan politik, maka di situlah mereka menunjukkan belang sebenar mereka. Mereka benci, takut, gusar serta susah hati sekiranya Islam itu diberi peluang berkuasa dan dikuatkuasakan.

Pada qalbu mereka ada penyakit. Mereka Islam. Tetapi hanya di bibir.

Sunday, August 11, 2013

Ramadhan Al Mubarak from MBA

Sepi Nya Malam Tanpa Kehadiran Mu.....Ramadhann

Sunday, August 4, 2013



Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya. 

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88. 

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno. 

"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO. 

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan juga memberitahu, Umno Wilayah Persekutuan akan menyokong Muhyiddin dan Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan dua kerusi utama Umno dalam pemilihan akan datang. 

Anggota Parlimen Putrajaya itu juga berkata, anggota Umno di Wilayah Persekutuan itu akan mengundi mengekalkan status quo untuk lima jawatan tertinggi.

Komen TKO:

وأخرج الترمذي وصححه، والنسائي، والحاكم وصححه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « سيكون بعدي أمراء، فمن دخل عليهم فصدقهم بكذبهم، وأعانهم على ظلمهم، فليس مني، ولست منه، وليس بوارد علي الحوض، ومن لم يدخل عليهم، ولم يعنهم على ظلمهم، ولم يصدقهم بكذبهم، فهو مني، وأنا منه، وهو وارد علي الحوض ».

Maksud hadis: telah dikeluarkan oleh Imam Tirmizi, An-Nasaaie dan Al-Hakim, Rasulullah SAW telah bersabda: “akan datang selepas aku para pemimpin (yang zalim), barangsiapa yang datang kepada mereka (kerana inginkan keduniaan) dan membenarkan pendustaan mereka serta menolong mereka dalam melakukan kezaliman (dengan fatwa dan pandangan yg mengelirukan),maka dia bukan dari kalangan (umat)ku dan aku bukan darinya (tidak mengaku umat) dan dia tidak akan dapat minum daripada telagaku, dan barangsiapa yang tidak pergi kepada pemerintah yang zalim tersebut dan tidak membantu mereka dalam melakukan kezaliman dan tidak membenarkan pendustaan segala mereka (pemerintah yg zalim), maka dia daripada (umat)ku, dan aku daripadanya, dan dia akan dapat minum daripada telagaku ”….

Jelas daripada hadis di atas, setiap orang yang menyertai pemerintah dalam keadaan pemerintah tidak melaksanakan hukum Allah adalah termasuk di kalangan manusia yang Rasulullah SAW tidak mengaku sebagai umat dan tidak dapat minum daripada telaga baginda SAW…. Umno bn memang kita sedia maklum parti yg tidak melaksanakan hokum Islam sejak daripada awal lagi, oleh itu mana-mana individu terutamaa mereka yg mengaku atau dipanggil ulama` yg menyokong pemimpin tersebut akan termasuk di kalangan manusia yg dimaksudkan oleh Nabi SAW. Bersama-samalah kita menolak mereka yg zalim (yg tidak mahu melaksanakan hukum Islam) dan orang-orang yang bersekongkol dengan mereka…. Sebab orang yang mengundi mereka pastinya dikira bersubahat dan kita akan turut menanggung dosa-dosa mereka dan dosa-dosa orang lain yg disebabkan oleh mereka kerana kuasa yg kita berikan kepada mereka. Kesimpulannya, marilah kita mengundi Pakatan Rakyat untuk mencegah mereka daripada terus-menerus melakukan kezaliman di bumi Malaysia yg tercinta ini
Di Petik Dari Sumber
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

'Islam' sebagai jenama perniagaan di Malaysia

Almarhum Prof Dr Hamka dalam artikel beliau berjudul "Syahwat perut dan syahwat faraj" menerangkan bagaimana Karl Marx dan Sigmund Freud melihat punca permasalahan manusia.

Kedua-dua mereka mengatakan, bertentangan sesama manusia dan kucar-kacir yang berlaku kemudiannya adalah akibat daripada keduanya.

Karl Marx membuat kesimpulan bahawa masalah manusia berasal daripada ‘perut'.

Perut yang lapar akan melakukan apa sahaja untuk diisi sehinggakan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai dan waras akal kemanusiaan.

Manakala Sigmund Freud pula membuat kesimpulan bahawa masalah bagi manusia adalah organ di bawah perut yakni kemaluan.

Kata Prof Dr Hamka: "Seabad yang lalu Karl Marx menyatakan bahawasanya yang menentukan perang dan damai di dunia ini, yang hidup bertentangan di antara manusia ialah perebutan mencari makanan ataupun mengisi perut.

"Segala soal dalam dunia ini, berpusat kepada perut. Semua orang ingin kenyang dan tak mahu lapar lalu merebut makanan. Maka terjadilah pertentangan yang tidak dapat dielakkan, suatu hukum besi di antara golongan yang mempunyai (have) dengan yang tidak mempunyai (have not).

"Dan setengah abad yang lalu datang pula seorang lelaki bernama Sigmund Freud, menyatakan bahawasanya bukan urusan perut yang menjadi sebab timbulnya pertentangan dan perebutan di dalam dunia ini. Bukan perut, melainkan faraj (kelamin).

"Kecerdasan berfikir menurut Freud, atau kegoblokannya (kebodohannya), sukses (berjaya) atau gagal, soalnya hanya satu iaitu soal libido! Iaitu soal keinginan jantan kepada betina dan betina kepada jantan. Lebih popular lagi, adalah soal seks." [lihat (2009), Tuntutan Puasa, Tarawih & Shalat Aidilfitri, Shah Alam: Pustaka Dini, hlm 23]

Menariknya, jauh sebelum kedua ahli falsafah Barat berketurunan Yahudi ini muncul dengan idea-idea falsafah melalui karya mereka, Hujjatul Islam Imam Abu Hamid bin Muhammad al-Ghazzali RH sudah jauh membicarakan hal yang sama.

Beliau malah menyatakan bahawa keduanya amat penting bagi kelangsungan hidup manusia di muka bumi.

Keduanya, yakni syahwat perut dan faraj adalah fitrah dan anugerah Allah kepada manusia ciptaannya. Keduanya tidak dicipta untuk tujuan yang sia-sia melainkan ada tujuan khusus buat manusia.

Bayangkan manusia tanpa syahwat makan dan faraj, ternyata dunia ini akan gersang dan kering kontang sekali gus menunjukkan kelemahan Allah Taala sebagai Pencipta dan Pentadbir yang Agung.

Di sinilah, menurut Imam al-Ghazzali peranan akal (al-`aql) sangat penting bagi menjadi penimbang tara antara kebaikan dan keburukan dalam diri manusia.

Seiring dengan penciptaan kedua syahwat tersebut Allah juga menganugerahkan manusia dengan sifat berfikir dengan akal bagi menimbang baik dan buruk sesuatu perkara, inilah yang membezakan manusia dengan ciptaan Allah yang selain daripada mereka (baca: khususnya binatang!). (lihat hlm. 24-25)

Diperleceh dengan jenama 'Islam', 'Nabi'

Saya tertarik dengan komentar seorang penulis muda yang membuat ulasan mengenai buku yang beliau baca, tulisan seorang Muslim rakyat Amerika.

Beliau antara jutaan umat Islam di Amerika yang mempunyai peranan penting dalam menghadapi apa yang sedang dihadapi umat Islam khususnya di Amerika sendiri.

Beliau adalah Imam Feisal Abdul Rauf yang dikenali melalui kontroversi sebagai imam masjid yang dicadangkan dibina di Ground Zero, tapak runtuhan WTC.

Dalam buku terbaru beliau yang berjudul Moving the Mountain: Beyond Ground Zero to a New Vision of Islam in America (2012), beliau memberikan komentar terhadap amalan Islam di Malaysia sementelah beliau pernah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun sebelum ini.

Antara lain beliau hairan bagaimana Muslim di Malaysia sangat mudah mengaitkan sesuatu dengan Islam seperti bank Islam, universiti Islam, perubatan Islam dan sastera Islam.

Ternyata apa yang pelik di mata Imam Feisal Abdul Rauf ada benarnya apabila pelbagai produk muncul dengan galaknya mutakhir ini dengan menisbahkannya dengan sesuatu yang mempunyai unsur Islam.

Ia antaranya kurma nabi, capal nabi, jubah nabi, tasbih kayu kokka, bahtera Nabi Nuh dan mutakhir berkenaan isu air campuran pelbagai jenis unsur yang kononnya mempunyai kemujaraban tertentu.

Ia termasuk anai-anai yang memakan 22 juzuk ayat al-Quran serta air bikarbonat berperisa oren yang dibacakan 30 juzuk al-Quran!

Apa hujah dan dalilnya? Apakah penyataan daripada kajian saintifiknya? Apakah rasionalnya kesemua perkara ini sehinggakan hanya di Malaysia barangkali dijumpai hal-hal seumpamanya?

Timbul persoalan apakah tahap pemikiran dan iman orang Islam di Malaysia mudah diperlecehkan sehingga ada yang berani terus menerus menggunakan kaedah dan teknik yang sama bagi tujuan tertentu.

Dalam kes ini jelas bagi tujuan keuntungan perniagaan.

Apakah ini bukan satu daripada unsur melacurkan agama dan unsur berkaitan dengannya?

Ikhwanul Muslimin, bukan Ikhwanul Islamiyyin

Apabila penisbahan berlaku secara wewenang, khususnya kepada istilah Islam yang merupakan agama yang ditanzilkan oleh Allah dan bukan konsep-konsep pemikiran, falsafah atau budaya, maka implikasi penisbahan itu sangat besar.

Dan jika digunakan tidak kena pada konteksnya akan menimbulkan fitnah dan persepsi buruk kepada Islam sendiri.

Sebagai contoh mudah, sebuah universiti yang dinisbahkan kepada Islam yang pelajarnya pelbagai.

Jika seorang pakcik kampung datang melawat anaknya di universiti dan terlihat sekumpulan siswa sedang bermain bola sepak dengan mamakai seluar pendek, barangkali di benaknya terfikir:

"Eh, kata universiti Islam. Main bola pun pakai seluar pendek."

Bayangkan jika institusi lain yang dinisbahkan dengan Islam namun tidak pernah berjaya menzahir akhlak Islamiah yang wasath (terbaik) dan hikmah (yang paling tepat) dengan kehendak Islam, maka fitnahnya kepada Islam sendiri.

Menyalahkan non-Muslim yang mempunyai persepsi buruk kepada Islam khususnya di Malaysia perlu dinilai dengan adil dengan mencari di manakah puncanya yang sebenar.

Maka tidak hairan di belah Asia Barat, meskipun di sana bermulanya agama Islam, sehingga kini susah untuk kita mencari institusi atau produk yang dinisbahkan kepada Islam secara langsung, sekalipun dari sudut istilah.

Sebagai contoh Ikhwanul Muslimin, mereka menggunakan Muslimin yang bermaksud orang Islam tetapi tidak Ikhwanul Islamiyyin.

Meskipun mereka menubuhkan parti, juga tidak digunakan istilah Islam melainkan Hizb al-Hurriyyah wa al-Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan).

Hal yang sama kepada parti pimpinan Erdogan yang menguasai Turki pada masa ini.

Tapi di Malaysia kita ada Parti Islam se-Malaysia (PAS), ini istimewanya Malaysia meskipun nama asalnya yang diharamkan penjajah adalah Hizb al-Muslimin.

Gambarkan perubatan moden 'kafir'

Apabila ‘perubatan Islam' digunakan untuk merujuk kepada perawatan kaedah ruqyah (jampi) menggunakan al-Qur'an, pada asasnya memang kaedah perawatan tersebut tidak ada masalah.

Ini kerana memang Islam mengajarkan bahawa memang wujud unsur ghaibiyyat yang jahat seperti jin dan iblis yang mampu merasuk manusia dan sebagainya selain unsur sihir yang disebut dalam banyak tempat dalam al-Quran dan Hadis sendiri.

Namun apabila ia dijenamakan sebagai perubatan Islam ia seolah menggambarkan bahawa kaedah perubatan selain daripada perubatan Islam adalah perubatan kafir!

Perubatan moden di hospital adalah sama dengan ‘perubatan kafir'.

Kita kembali ke tahun-tahun sebelum merdeka, apabila para tuan guru pondok kebanyakannya mengatakan bahawa sekolah-sekolah yang dibina oleh Inggeris adalah sekolah kafir sekali gus ilmu-ilmu yang diajar di sekolah tersebut.

Ini tidak tepat kerana perubatan moden hari ini juga adalah merupakan sumbangan sarjana dan ulama Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dengan kitabnya al-Qanun fi al-tib yang kemudian menjadi karya penting dan utama dalam perkembangan ilmu perubatan di Barat.

Begitu juga ilmu-ilmu sains tabii (fizik, biologi dan kimia), sains teknologi dan matematik serta ilmu-ilmu sains sosial lain.

Hakikatnya, Islam tidak pernah memisahkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu akidah, syariah dan tasawuf.

Menyalahkan generasi agamawan sebelum merdeka yang hidup dalam tekanan penjajah juga tidak wajar kerana suasana pada masa itu membentuk pemikiran dan kefahaman mereka sehingga berlakunya pertentangan yang begitu - semua yang berasal daripada penjajah atau Barat adalah tidak baik dan bertentangan dengan Islam.

Dalam isu perubatan Islam istilah yang sebaiknya digunakan adalah ruqyah shar`iyyah atau perubatan alternatif sebagaimana yang digunakan oleh sebahagian daripada pengamalnya.

Menggunakan istilah perubatan Islam namun kemudian melakukan penipuan dan jenayah seksual sebagaimana yang banyak dilaporkan dalam akhbar hanya menimbulkan fitnah kepada Islam secara umumnya.

Apatah lagi dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

Jinakkan syahwat perut & faraj

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat, manusia berusaha dan menggunakan daya kreatif bagi memenuhi syahwat perut dan faraj sehinggakan agama yang sepatutnya dianugerahkan sebagai al-Din, yakni panduan kehidupan dimanipulasi untuk kepentingan kedua syahwat tersebut.

Pernahkah kita terfikir mengapa puasa disyariatkan dan mengapakah perkara yang perlu dipuasakan adalah syahwat perut dan faraj?

Ia antara lain untuk melatih dan mendidik manusia khususnya Muslim bagi menjinakkan keduanya, sehinggakan tiada lagi alasan yang boleh diberikan jika dosa yang dibuat berpunca daripada keduanya dilakukan oleh mereka kelak.


ZAHIRUDDIN ZABIDI pelajar Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam).
Memperkukuhkan Kebenaran, Keadilan & Kekuasaan

[EDISI BINGAI] Pakai Camry Tak Patriotik, Pakai Accord Pula Sangat Patriotik?



Kita dikejutkan dengan Surat Pekeliling Kerajaan Persekutuan yang mengarahkan agar pengantian model kereta rasmi Proton Perdana kepada Honda Accord.2.0 L

Admin merasakan Kerajaan Persekutuan/UMNO mungkin merasakan rakyat telah lupa bahawa suatu ketika dahulu,Kerajaan Persekutuan melalui UMNO menentang keras cadangan dan tindakkan Kerajaan Negeri Perak yang diterajui PAKATAN RAKYAT, Dato Seri Nizar membuat keputusan menggantikan model Proton Perdana Kepada model Camry.

Malah media-media cilaka UMNO terutamanya Utusan Malaysia/Berita Harian/TV3/RTM menyerang dan menghentam habis-habisan cadangan dan keputusan tersebut seolah-olah tindakkan tersebut tidak patriotik dan pelbagai,malah di muat kenyataan dari rakyat yang mempertikaikan tindakkan tersebut.

Apa yang boleh Admin katakan,rakyat Malaysia tidak mudah lupa apa yang berlaku sebelum ini,rakyat kini bukanlah seperti rakyat Malaysia era tun Mahathir yang mudah lupa.jadi jgn nak kelentong rakyatlah.mungkin UMNO boleh mengelentongkan masyarakat luar bandar yang tidak terdedah kepada sumber maklumat selain dari media propaganda celaka UMNO tu.

Di sini anda boleh imbas kembali bagaimana RTM iaitu media rasmi Kerajaan Malaysia yang menjalankan Propaganda Celaka UMNO dalam Menghantam/menyerang apa saja tindakkan dan keputusan Kerajaan negeri yang di tadbir PAKATAN RAKYAT.

Anda lihat dan nilailah sendiri betapa bertuahnya rakyat Malaysia apabila memilih golongan DAJJAL mentadbir Kerajaan Persekutuan. ANDA YANG MEMILIH DAJJAL LIDAH BERCABANG DUA.

Jika anda seorang yang bijaksana..PRU14 nanti sematkan di fikiran agar ini kalilah UMNO/BN

Lihat dan nilailah sendiri betapa bercabangnya lidah Media UMNO ni, Dajjal amat sangat menci tul Admin.

Katakan tidak kepada UMNO/BN pada PRU14 nanti. -wallybandits



Apa Rasionalnya Tukar Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Kepada Honda Accord @NajibRazak




Tiada lagi kereta Proton sebagai kereta rasmi Kerajaan Malaysia? Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia bertarikh 29 Julai 2013, bahawa kereta Nasional, Proton Inspira (dahulunya Proton Perdana) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah ditukar kepada model Honda Accord 2.4L dan Honda Accord 2.0L.

Bukankah Proton Inspira yang ada sekarang masih baru? Kenapa masih hendak ditukar kepada kereta Honda Accord? Agaknya berapa ribu unit yang hendak ditukar? Kalau ditolak campur Gred Pegawai JUSA A, B dan C termasuk pegawai turus ditambah dengan Menteri-Menteri yang ada, jumlahnya mungkin mencecah 18,000 pegawai daripada 1.4 juta Penjawat Awam Persekutuan. Katakan seunit Honda Accord berkenaan harganya RM80,000 (harga kepada Kerajaan setelah ditolak duti eksais dan duti import semua), kiraan mudah adalah seperti berikut:

18,000 pegawai x RM80,000 = RM1.440 billion.

Saya ulang RM1.44 billion!!! RM1.44 billion Kerajaan baziran duit Rakyat Malaysia buat apa? Kerajaan Malaysia sekarang banyak duit sangatkah? Habis 18,000 kereta Proton Inspira yang sedia ada nak buat apa? Jual besi buruk? Dulu masa DS Nizar Jamaluddin, manta Menteri Besar Perak menukar kereta Proton kepada Toyota Camry, berkokok-kokok pemimpin-pemimpin BN kata tak patriotik la, tiada semangat kebangsaan la, tidak membeli barangan buatan Malaysia la, membazir la. Sekarang apa sudah jadi? - cucutokselampit