Tuesday, April 15, 2014



AKAN WUJUD ‘KERAJAAN BARISAN BERUK’ DI KEDAH PADA TAHUN 2030 YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG "CHIEF OF THE JUNGLE"

Melayu Kedah akan menjadi bangsat pada tahun 2030 jika kepimpinanan hari ini masih tidur, terlalu banyak berpolitiking dan mementingkan kocek sendiri. Ini kerana tanah rezab Melayu milik mereka sedang jatuh sedikit demi sedikit ke tangan orang lain. 
Amalan mendabik dada konon Melayu Kedah kuat tanpa sesuatu tindakan yang bijak dan strategik akan menjerumuskan mereka ke dalam gaung yang dalam.
Lapuran Audit Negara 2013 yang terbaru amat mencemaskan. Lapuran ini telah mendedahkan Tanah rezab Melayu di Kedah yang telah dibatalkan berjumlah 10,907.77 hektar. Manakala jumlah yang digantikan hanya lah 2,499.56 hektar sahaja . Ini bermakna sejumlah 8,408.21 hektar tanah rizab Melayu tidak diganti. 
Sebagai contoh tanah seluas 1,051 hektar di Sik mukim Sungai Pau yang mana kerajaan negeri telah meluluskan pembatalan tanah rizab Melayu daripada PKNK sehingga kini tidak diganti.