Sunday, August 31, 2014




Tumbuk-menumbuk, Baling Kerusi di Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena


Dilulus untuk paparan oleh memo


Berita

Tumbuk-menumbuk, baling kerusi di mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena kerana bekas Ketua Bahagian UMNO tak puas hati kontrak ubahsuai istana Menteri Besar

Sama ada bodoh keterlaluan atau tamak tahap mega, bekas Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin mengetuai kumpulan samseng dalam mesyuarat UMNO Bahagian tersebut untuk menyerang, membaling kerusi, menumbuk dan menampal senarai nama G7 yang ditampalkan di pintu masuk Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star

Semuanya bermula apabila Ahmad Lebai Sudin dan kumpulannya mempertikaikan senarai G7 yang bakal dipilih kerana beranggapan ia telah diubah.

Keadaan mulai menjadi panas dan tegang apabila penjelasan yang diberikan, tidak dihiraukan. Ahmad Lebai Sudin kemudiannya mengetuai kumpulannya untuk membaling kerusi sebagai tanda tidak puas hati. Gelagatnya itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO Pokok Sena yang lain, menyebabkan berlaku cabar-mencabar dan akhirnya tumbuk-menumbuk.

Tiada kecederaan parah tetapi Ahmad Lebai Sudin sekali lagi mengetuai kumpulannya keluar dari dewan dan mesyuarat kembali bersambung.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Shapie Apdal dan ketika insiden tercetus, perasmian telah pun selesai.

Punca sebenar masih lagi belum diketahui walaupun alasan 'cai' dijadikan punca kemarahan Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya. Ahmad Lebai Sudin mendakwa senarai telah diubah tanpa diberitahu kepadanya. Senarai baru itu telah ditampal di dinding dan pintu masuk tetapi dikoyak oleh kumpulan Ahmad Lebai Sudin atas arahannya.

'Cai' tersebut sebenarnya tidak diubah sebaliknya telah disusun dan dicetak kembali mengikut turutan abjad.

Oleh kerana Ahmad Lebai Sudin adalah seorang yang bebal dan terlalu tamak, dia naik angin kerana menyangkakan orang-orangnya telah disisihkan atau didiskriminasi.

Untuk pengetahuan, projek lanskap kediaman rasmi Mukhriz Botak yang menelan kos berbelas juta ringgit itu telah diserahkan kepada Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya dengan harapan, Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya tutup mulut.

Bagaimanapun, Mukhriz Botak yang masih tidak faham politik UMNO Kedah telah melakukan kesilapan besar kerana pemberian dan hadiahnya kepada Ahmad Lebai Sudin menjadi senjata makan tuan. Walaupun mendapat untung berjuta-juta ringgit, Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya difahamkan sedang menyusun gerakan untuk membuat berpuluh-puluh dalil mengapa Mukhriz harus meletak jawatan Menteri Besar Kedah.

Ahmad Lebai Sudin sudah lama mengidam untuk jadi Menteri Besar Kedah. Pada PRU-13 lalu, dia telah berkompromi dengan Mahfuz Omar untuk menang DUN Bukit Pinang manakala Mahfuz menang Parlimen Pokok Sena. Ahmad Lebai Sudin yang pernah digantung keahlian UMNO dan dilucutkan daripada jawatan Ketua Bahagian UMNO kerana rasuah politik, terpaksa juga diambil oleh Mukhriz Botak yang perasan dia boleh kontrol Ahmad Lebai Sudin.

Walaupun bapanya, Mahadeath dianggap sebagai orang pintar tetapi ternyata anaknya yang botak itu, langsung tidak tahu apa-apa kerana terlalu bergantung kepada 'BAPA SAYA KIRIM SALAM'.

Tapi apa nak diherankan. UMNO memang rasuah. Memang penipu dan penuh dengan samseng pun. Rasuah bermaharajalela dan penyelewengan wang rakyat untuk kroni-kroni UMNO termasuklah untuk para pemimpin UMNO seperti Ahmad Lebai Sudin semakin berleluasa di seluruh Kedah.-erapasca
ii
Semalam exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.

Semalam exco hjh halimah dgn yb bn buat program di unisel hari ni presiden plak buat program di unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan unisel ni.

KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson  merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.

 Pendedahan dan amaran kepada  PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.

Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.


PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.

Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.

Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.

Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:

Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.

Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.

Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak? 

Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.

Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.

Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?

Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?

Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?

Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?

Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.


Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?

Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.

Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.


Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat

Thursday, August 21, 2014

Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi….

Perghhh..Ubahsuai Rumah MB Kedah Sampai RM 1.4 Juta dan Landskap Korma Sam RM 2.9 Juta

EDISI PARA PENYOKONG UMNO RASA BANGGA DAN BERSYUKUR KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH MERANGKAP ANAK TUN MAHATHIR MENGGUNAKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM2.9JUTA HANYA UNTUK LANDSKAP POKOK KURMA!!!!








Sudah pasti para penyokong, pendokong, pengikut dan pengkagum UMNO rasa bangga dan bersyukur atas tindakan mereka memilih padu UMNO/BN semasa PRU 13 lalu sehingga tumbangnya Kerajaan PAS/PR Kedah.



Dengan kemenangan UMNO/BN di Kedah maka dilantik anak bekas Presiden UMNO selama 22 tahun nombor keahlian 00000001 Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.



Semasa berkempen dahulu slogan yang dilaungkan kepada rakyat Kedah ialah BN MENANG KEDAH SENANG.



Nampaknya memang senang sungguh ..senang-senang perabihkan duit rakyat hanya untuk ubah suai kediaman rasmi anak Mahathir dan buat landskap pokok kurma yang menelan belanja RM4.3juta .. Hebat dan wajib bersyukur jika tidak mau dianggap pengkhianat dan tidak tahu berterima kasih.



Mana nak dapat Menteri Besar macam ini punya berjimat jaga duit rakyat ...



Tahun depan bulan Ramadhan rakyat Kedah tidak perlu lagi beli buah kurma sebab datang sahaja di Kediaman Rasmi Anak Mahathir boleh petik buah kurma segar...
Di Petik Dari Sumber
LIGHTING THE FIRST FIRE IS EASY
http://www.lusuka.com/2014/08/house-bar-hidangan-daging-mentah.html

HOUSE BAR - Hidangan daging mentah 

menanti anda di Kedah,,,, mai la

Apa yang disiarkan di sini adalah gambar-gambar dalam sebuah bar yang bernama HOUSE. Terletak di Jalan Putra.

Inilah agaknya pembangunan yang paling masyuk untuk rakyat Kedah di bawah BN yang sibuk dijaja pencacai...

Tokeh kelab masyuk duit tapi pengunjung sudah pasti masyuk ayaq.. dah masuk ayaq., kenalah buang ayaq...

Bukan susah nak buang ayaq.. pi la bilik ayaq.





Monday, August 18, 2014

 

Oh nona ku....Azizah (2)
Posted on Monday, August 18 @ 17:46:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Kontra ArtikelOleh Mat Saman Kati

Pengadil akan meniup wisel untuk masa tambahan bila-bila masa saja, so kalau aku lambat...hilang pulak stim untuk menulis. Jadi, aku fast-forward sebelum Hari Raya yang lalu. 

Hujung bulan Julai, Khalid sudah menjangka dia akan dipecat. Dan ketika orang tengah sibuk dengan surat tunjuk sebab dari PKR, Khalid cuba mendapatkan nasihat dari kawan-kawan dia. Pertama sekali dari PAS.


Tentu kita masih ingat satu gambar pertemuan Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Khalid dirumah Khalid dalam bulan Ramadan. Hj. Hadi dan Mustafa Ali datang kerumah Khalid selepas solat Terawikh...kira dah hampir tengah malam jugak la. Namun, tak banyak info yang keluar sebab Hj. Hadi cuma bagi tau..."saja nak datang melawat." 



Sebenarnya, masa tu Khalid meminta pandangan Hadi. Kalau PAS sokong dia, Khalid akan terus memegang jawatan MB. Kalau PAs tak sokong, dia akan letak jawatan.
Hj. Hadi adalah orang yang paling kuat menyokong Khalid. "Enta jangan risau. PAS akan sokong seratus peratus. PAS akan tetap sokong, walau apapun terjadi." Khalid syok sikit la.
Lepas tu, Khalid cuba mendapatkan sokongan dari ADUN-ADUN PKR. Roziah Ismail sampai menangis tersedu-sedu.."I'll be with you, Tan Sri. I'll be with you..Tan Sri". pirrrahh!! Elizabeth Wong juga mahu kekal bersama Khalid. Dr. Daroyah agak goyang sikit..."Wait and see." 
So, dari PKR...Khalid dapat sokongan dari dua EXCO dan dua lagi ADUN. Kalau campur dia sendiri, jadi lima. 15+5=20. Ini bermakna, PKR dan DAP ada 24..so team Anwar lebih 4 kerusi.
Khalid menyampaikan situasi ini kepada Sultan. Sultan mintak Hj. Hadi datang mengadap untuk mendapat kepastian. 
Hj. Hadi berjumpa Sultan pada 5 Syawal...atau Hari Raya kelima.
Sultan tanya kat Hj. Hadi mengapa dia sokong Khalid. Hj. Hadi jawab, "Haram hukumnya menjatuhkan pemimpin yang tidak bersalah." Dan Hj. Hadi juga memberitahu Sultan bahawa PAS akan menyokong Khalid seratus peratus. Sultan puas hati.
Semua ini berlaku lebih dari seminggu sebelum Khalid dipecat. See...semua sudah standby..cuma ada satu masalah.
Khalid ada 20...Anwar ada 24. Siapa yang ada majoriti? Kalau ikutkan, Anwar ada kelebihan. Tapi macam mana kalau Sultan setuju dengan Anwar dan kemudian, bila tiba sidang DUN, geng Umno seramai 12 orang bertindak menyokong geng Khalid dan PAS, menjadikan geng Khalid 32 dan geng Anwar 24? Lingkup juga Anwar dan kemungkinan PRN perlu diadakan.
Ada orang dari istana buat kerja jadi orang tengah. Sama ada Sultan yang arah atau tidak..aku tak tau. 
Istana cuba mendapatkan pandangan dari Umno, sama ada mereka mahu satu PRN baru atau tidak. Umno pun tak kuat dan tak berani nak menghadapi PRN..tambahan pulak kerja "mediation" ini dibuat oleh istana. Umno membuat keputusan untuk menyokong team Khalid.So, bila Khalid dipecat, Khalid berjumpa Sultan dan memaklumkan situasi pada masa itu. Pada aku, ia hanyalah formaliti sebab semuanya dah tau. Sultan pun mengarahkan Khalid meneruskan tugas sebagai MB.
Keesokan harinya, Wan Azizah pula memohon mengadap. Yang lecehnya, Azizah membuat permohonan bagi pihak suaminya untuk mengadap. Surat permohonan pun bukan yang mempunyai letterhead parti, tapi letterhead Anwar Ibrahim."Bila Sultan dapat surat tu...dia kata."Ni orang tak tau adab dan tak tau adat. Macam ni nak jad MB? Hang Presiden parti..nak jadi MB..tapi nak jumpa aku pun hang suruh laki hang yang mai?" Lebih kurang macam tu la.Anwar gagal mengadap. Dan Sultan pun berangkat ke luar negeri.
So, Khalid tidak menipu Sultan bila dia kata dia ada majoriti sebab Sultan sendiri mendapat kepastian dari Hj. Hadi. Cuma yang tersepit disini ialah Hj. Hadi. Dia sudah berjanji dengan Sultan..tapi sekarang janji tersebut dimungkiri. Kalau sebelum tu Hj. Hadi kata, "Haram menjatuhkan pemimpin yang tak bersalah", sekarang apa hukumnya memungkiri janji?Ok la...bukan salah Hj. Hadi sebab orang-orang dia yang menentang keputusannya. Tapi, mana Hj. Hadi nak taruk muka? Hari ini, member aku, Raja Azman Petra buat satu status menarik dalam FBnya 

Preeeettt...wisel untuk masa tambahan sudah berbunyi. Jangan tanya aku, "what's next?" Aku mana tau sapa yang akan score. Tapi aku rasa, game ini akan berlanjutan ke tendangan penalti.

sumber link

Sunday, August 17, 2014

MUSLIM DEMOKRAT






Perjuangan hidup mati puak profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS. Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ?melangkah walak? menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan. Penasihat punah ranah Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti. Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu. Tentangan terbuka Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini. Sebaliknya, perdebatan terbuka lebih penting untuk mengetahui kesahihan sokongan Hadi terhadap Khalid. Puak profesional perlu berdebat secara agreasif dan memaksa Hadi mengeluarkan semua bukti Khalid benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya untuk disokong. Keputusan menyokong Khalid dan bekerjasama dengan Umno bukanlah kecil. Impaknya sangat dahsyat kepada PAS. Undi Cina dan India akan hilang. Undi Melayu terbelah dua. Akhirnya PAS hanya akan mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu sahaja. Itu pun sekiranya bernasib baik. PAS lemah di Kelantan pada pilihan raya umum 1995, hanya tiga kerusi membentengi kerajaan majoriti mudah PAS daripada ditelan Umno setelah Semangat 46 meningalkannya. PAS juga hanya tinggal satu kerusi majoriti pada pilihan raya 2004 selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan rakyat Kelantan melihat gabungan itu tiada masa depan. Cuma faktor penyelamat PAS pada PRU 1999 kerana Dr Mhathir memecat Anwar. Sokongan pengundi reformasi menyebabkan PAS menang besar di Kelantan. Pada PRU 2008, Anwar keluar penjara dan mengetuai kempen pembangkang. Kini, dengan gagahnya ulama PAS ingin memisahkan diri daripada Anwar. Adakah mereka faham politik moden? Rakyat di Pantai Barat Semenanjung kecewa dengan telatah PAS bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor mulai 11 Ogos lalu. Politik moden mensyaratkan kerajaan yang dilantik dipandu oleh rakyat. Sentiasa berinteraksi dengan rakyat dan tidak memutuskan sesuatu yang merugikan rakyat. Semua itu dilanggar Khalid sehingga PKR tiada pilihan selain menggantikan beliau.

Sebaliknya PAS menggunakan ijtihad politik kurun ke 3 masehi, iaitu rakyat yang melantik pemimpin wajib menerima apa sahaja keputusan pemimpin itu. Praktik politik yang amat jauh menyimpang dalam amalan demokrasi sebagaimana di Eropah, Jepun atau Korea Selatan. Sultan tiada pilihan Tentu sekali pengundi di pantai barat tidak akan mengundi PAS dengan corak politik lama itu sekiranya PAS bertanding sendirian. Malah jika bertanding dengan PR sekalipun maka kerusi PAS dijangka berkurangan jika tidak dibantu oleh penerangan PKR dan DAP. Oleh itu golongan profesional yang merupakan 65 peratus daripada AJK PAS pusat amat perlu membuat keputusan penting pada 17 Ogos nanti. Iaitu menarik kembali sokongan PAS kepada Khalid. Tanpa PAS dengan hanya 12 Adun Umno amat mustahil Sultan Selangor membenarkan berjalannya minority government. Pilihan sultan menjadi terhad kepada sama ada membubarkan Dun atau menerima Menteri Besar baharu yang dicadangkan oleh PR. Dan perkara itulah yang amat ditakuti oleh puak UG dalam PAS. Mereka akan kehilangan sabahat di ?seberang sana? dan sekali lagi gagal sejak PRU 2008, kerjasama PAS - Umno 2010 dan pujukan Umno 2012.

Monday, August 11, 2014

Di Petik Dari Sumber
Ameno World
Puasa Politik Puasa Menipu.

Kronologi Krisis MB Di Selangor.


Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
 
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
 
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
 
26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.

Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
 
26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
 
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
  
25 JULAI: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
 
1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
 
10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
 
13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas dan tiga pegawai ex-officio.
  
13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
 
Abdul Khalid juga berkata, jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. - Bernama

Surat Terbuka Untuk Semua Ahli PAS


SHARE THIS
TAGS
Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,
Kita semua menyedari sebab utama penyertaan kita dengan PAS kerana PAS adalah jemaah Islam yang berusaha untuk mengumpulkan ummah untuk menegakkan tuntutan Islam dan syariat Allah. PAS bergerak di landasan yang bersumberkan rujukan asas Islam iaitu Al-Quraan, Hadis, Ijma dan Qias. PAS berpolitik yang didasari dengan prinsip-prinsip Syara’ dan kaedah-kaedah fekah. PAS sentiasa mengingatkan kita dengan firman Allah :
”Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An Nisaa : 59)
Kalam suci ini memberi panduan kepada jemaah Islam dan pendokong-pendokongnya untuk merentasi jalan perjuangan yang panjang dan mencabar ini. Segala kekhilafan dan perbezaan pandangan mampu diurus dan disatukan dengan kesediaan seluruh pemimpin dan ahli PAS untuk kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang diperkukuhkan dalam PAS. Majlis Syura Ulama merupakan satu badan yang berperanan untuk merealisasikan ajaran Al-quraan untuk seluruh pendokong Jemaah Islam. Setiap pemimpin dan ahli PAS mesti menjadikan panduan al-Quraan dalam memperteguhkan Jemaah dan menyatukan pendirian mereka.
Firman Allah :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).(An Nisaa : 83)
Apakah sikap segelintir pemimpin dan ahli-ahli PAS yang mula mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh majlis Syura Ulama mula melupai panduan Al-Quraan ? Majlis Syura Ulama tidak pernah melanggari bidang tugasnya, khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,
Majlis Syura Ulama berhak untuk menyatakan keputusan dalam persoalan ini kerana ia tidak boleh dipisahkan daripada beberapa prinsip asas dalam politik Islam.
Pertama : Adakah Hukum Islam membolehkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wanita ?
Kedua : Adakah hukum Islam membenarkan kita melucutkan jawatan seseorang pemimpin tanpa apa-apa sebab atau apakah sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’ untuk melucutkan jawatan seseorang yang telah dibaihkan untuk memerintah dan memimpin sebuah kerajaan ?
Menteri Besar Selangor bukan Menteri Besar untuk ahli-ahli PKR sahaja tapi ia adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri dan rakyat Selangor. PAS tidak boleh berpolitik dengan menafikan ajaran Rasulullah, walaupun ajaran ini dilupai dan tidak diendahkan oleh orang lain. Rasulullah bersabda :
Tidak sesekali akan berjaya sesuatu kaum yang melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ahmad dari Abu Bakrah).
Apakah jawatan Menteri Besar setaraf dengan wizarah tafwidh atau wizarah tanfiz ? Dalam merealisasikan Rahmat Untuk Semua, PAS mahu menyelamatkan rakyat dan wanita Islam agar jangan melupai dan menceroboh ajaran Nabi untuk kebahagiaan akhirat kerana kepentingan jawatan dan politik semata-mata di dunia.
Sahabatuku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
Kita tidak boleh melupai pengajaran para ulama. Imam Muslim telah menyebut satu tajuk dalam kitab Imarah/Kepimpinan iaitu bab wajib memenuhi baih/taat setia pada khalifah yang pertama dan seterusnya. Imam Muslim meriwayat beberapa hadis yang sepatutnya menjadi panduan dalam isu pertukaran Menteri Besar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
“Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka”. (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)
Kenapa Rasulullah membimbing kita dalam melantik pemimpin untuk mentadbir dan mengurus rakyat dengan panduan ini ? Kenapa pemimpin tidak boleh dilucutkan jawatannya dengan sewenang-wenangnya, setelah berbaih untuk negeri dan rakyat ? Jawatan Menteri Besar bukan milik kekal tapi pertukarannya mesti dibuat berasaskan undang-undang dan panduan Islam. Jawatan Menteri Besar tidak layak untuk seseorang yang jahat, zalim dan salahlaku tapi kejahatan, penyelewengan dan salahlakunya mesti dibukti dan disabitkan kesalahannya.
Kita membela Dato Seri Anuar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan alasan yang tidak dibuktikan dan dizalimi tanpa perbicaraan yang adil. PAS boleh membiarkan DS Anuar Ibrahim dipecat dan dipenjara oleh pemimpin BN yang lebih mengenali DS Anuar Ibrahim dan melibatkan isu dalaman BN tapi PAS tetap menyakini segala alasan itu bohong dan pemecatan itu zalim dengan sebab tiada pembuktian yang kukuh dan adil. PAS terus membela dan mengajak rakyat membela Timbalan Perdana Menteri yang dizalimi dan ditukar tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Sewajarnya, kita jangan menzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memecat jawatannya melainkan dengan pembuktian yang kukuh dan adil. Kita tidak boleh berkompromi dengan kezaliman sebagaimana kita juga tidak boleh mempertahankan salahlaku dan penyelewengan yang terbukti dan sabit yang dilakukan oleh seseorang pemimpin.
Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
PAS tidak boleh memisahkan perjuangan dan pergerakkannya daripada sifat WALA’. Firman Allah dalam surah al-Maidah :
¨Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang.¨(Surah al-Maidah ayat 55 dan 56)
Sesiapa yang wala’ kepada Allah, rasul dan orang-orang beriman, maka jemaah mereka akan akan mengalahkan musuh Islam. Kerana dalam hizbullah, ketiga-tiga wala’ ini adalah teras kepada kemenangan dan Allah membantu hizbullah kerana wala’ ini dan jika tiada wala’, maka jemaah itu bukanlah jemaah Islam. Syarat wala’ mestilah benar iaitu beraqidahkan dengan syariat Allah dan bukannya kepada ideologi-ideologi yang menyesatkan seperti sosialisme, komunisme dan sebagainya.
Dalam kita berjemaah, kita mesti ada pemimpin, pengikut dan manhaj kita. Jangankan dalam organisasi yang besar, bahkan ketika kita bermusafir tiga orang atau lebih, kita mesti melantik pemimpin salah seorang daripada tiga orang itu. Begitu juga contoh ketika solat. Setiap pergerakan imam, kita mesti mengikutinya satu persatu. Pengikut dibenarkan memberi pendapat mereka tetapi mesti patuh dengan pimpinan jika pendapatnya ditolak dan keputusan pimpinan itu tidak bercanggah dengan hukum qate’I, sehinggakan jika sekiranya ada khilaf sekalipun, kita masih perlu mengikut pimpinan kerana ijtihadnya walaupun salah, akan mendapat satu pahala.
Tidak timbul persoalan yang mengatakan wala’ itu seperti memaksumkan pemimpin, malah wala’ itu sebenarnya datang dari orang yang maksum iaitulah rasulullah saw. Bagindalah yang menyuruh pengikut sesebuah jemaah Islam mentaati ketua, walaupun pemimpin itu hanyalah seorang hamba abdi. Taatilah dia dalam perkara ma’ruf, samada kamu suka ataupun benci. Contoh yang baik berkaitan wala’ ini jelas ditunjukkan oleh dua tokoh besar Islam iaitu Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar apabila dalam satu peperangan yang diketuai oleh Amru bin al-Ash, Amru melarang tenteranya menyalakan api ketika dalam kesejukan malam. Tetapi kedua mereka menurut arahan itu, dan hanya mengadu ketika bertemu rasulullah. Apabila ditanya oleh rasulullah kepada Amru tentang hal itu, maka dia menjawab, itu adalah strategi peperangan bagi mengelak musuh dapat melihat mereka kerana cahaya api itu. Atau kita ingin mengikuti jejak langkah bani Israel yang menolak Talut sebagai pemimpin yang Allah telah pilih untuk mereka semata-mata kerana dia miskin?
Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,
Adakah masuk akal jika ada perkataan yang dikeluarkan oleh ahli iaitu dia hanya mahu memberikan ketaatan lebih kepada parti berbanding kepada Presiden sedangkan Presiden tidak melakukan dosa yang qate’i? Apakah maknanya jemaah jika Presiden tidak mahu dihormati dan ditaati? Bukankah jemaah dibentuk dengan adanya pemimpin dan pengikut? Terkadang ada rahsia yang tidak boleh diketahui oleh orang lain, hanya pemimpin sahaja yang mengetahuinya. Jika kita sebagai pengikut tidak menghormati ketuanya sendiri, adakah kita mengharapkan ahli jemaah lain menghormatinya? Jangan kita salah membezakan antara kewajipan dan keharusan. Ketahuilah, tahaluf itu tidak wajib dan bukan wala’. Ianya adalah alat. Jika ia menguntungkan, kita teruskan.
Dalam jemaah juga, kita wajib menjaga rahsia. Kisah Hatib ibnu Balta’ah yang membocorkan rahsia tentera Islam yang mahu menyerang Mekah setelah musyrikin Mekah mengkhianati perjanjian dengan orang Islam dan dia hampir dipancung oleh Saidina Umar, sepatutnya menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada kita kerana Hatib diselamatkan hanya kerana dia seorang yang berjuang didalam Perang Badar. Jika tidak, pastinya dia dihukum sebagai pengkhianat. Begitu juga jika ahli jemaah berkhianat membocorkan rahsia jemaah kepada pihak yang tidak sepatutnya, maka dia wajar dibuang dari jemaah. Kita mengambil contoh dari sirah nabawi kerana golongan sahabat adalah generasi terbaik yang telah disahkan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran. Sahabatlah sumber terbaik dalam kita mencari contoh bagi menjadikan kita sebagai pengikut yang taat disamping mengangkat pemimpin yang baik dan seterusnya menjulang jemaah kita sebagai yang terbaik di sisi Allah.
Oleh itu sahabatku pemimpin dan ahli-ahli PAS, sayugialah kita kembali kepada makna sebenar wala’ yang telah dibuktikan oleh golongan sahabat dan kita menghapuskan fitnah yang sedang berlegar dalam jemaah kita.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT/Adun Bukit Payong
15 Syawal 1435 bersamaan 11 Ogos 2014




Di petik dari sumber 


Sultan Selangor perkenan Khalid kekal sebagai MB
Posted on Monday,
Dilulus untuk paparan oleh memo

Berita
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor setelah diperkenankan Sultan Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan terus menjalankan tugasnya walaupun dipecat PKR kerana Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas memberi penjelasan kepada baginda pagi tadi.

"Saya jelaskan bahawa di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli dewan.

"Justeru Tuanku berpuas hati dengan penjelasan dan perkenan untuk terus pegang jawatan menteri besar Selangor.

"Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Khalid hadir mesyuarat ?khas Majlis Dewan Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang pukul 8.40 pagi tadi dan dilihat meninggalkan perkarangan istana pada 12.40 tengah hari.

Majlis Dewan Diraja merupakan badan penasihat untuk Sultan Selangor menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.

Majlis dianggotai empat kumpulan iaitu ahli ex-officio, Ahli Waris (kerabat diraja), Orang-Orang Besar, dan Orang Tua-Tua, selain Khalid.

Anggota Ex-Officio Dewan antaranya adalah Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Empat Ahli Waris adalah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Lima Orang-Orang Besar pula adalah Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Orang Tua-Tua pula dianggotai Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf, Tan Sri Ambrin Buang, Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Tan Sri Setia Ismail Adam, Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar. – 11 Ogos, 2014.-themalaysianinsider

ILMU APA DARI KRISIS SELANGOR




KRISIS

SELANGOR

krisis selangor belum selesai 
krisis akan berterusan
dimana akhirnya
belum jelas

apa yang jelas untuk kita semua
ialah ilmu pengetahun yang wajib
kita pelajari dari krisis ini

politik ialah kuasa
kuasa politik ialah kuasa ekonomi
elit politik tidak  
akan mengundur
 dengan senang
elit ekonomi tidak 
akan mengundur
 dengan senang

DAULAH
akan menggunakan jentera
untuk terus berkuasa
jentera daulah:
spt
sprm
media
jakim 
jais
sultan
mahkamah
semua ini akan digunakan
untuk mempertahankan kuasa

APA ITU ILMU PENGETAHUAN
ilmu pengetahuan
datang dari mengumpul pengalaman
semua ilmu pengetahun datang
dari perbuatan manusia

BELAJAR DARI SELANGOR
diharapkan
anak semua bangsa
akan sedar bahawa
pilihana raya itu
hanya illusi
mengundi itu hanya illusi

BUKAN MENGUNDI
hakikatnya dalam pilihanraya
bukan berapa ramai yang mengudi
tetapi
siapa yang mengira undi
inilah pelajaran dari
krisis selangor