Saturday, September 27, 2014



SATU PANDANGAN









Kemelut politik PAS punca kekalahan di Pangkalan Kubor

PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pangkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.


Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah ‘terjun jurang’ kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.


Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pangkalan Kubor ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah ketika menjawat MB mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan MB Azizan Razak juga punca kekalahan Pakatan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan sesebuah pertubuhan dakwah.

Sunday, September 21, 2014

fendi tazkirah

HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Hadi sifatkan PKR khianati tahaluf siyasi dan dua ADUN PAS Selangor sebagai barua
pada 20-09-2014 04:09 Ditulis Oleh Shuhaniza Said, Wan Anis Ilayani W. M.Azhar dan Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
BATU PAHAT: Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai  “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.
“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat.  Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.
“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang,  yang jadi broker, yang jadi barua,” kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 di sini sebentar tadi.
Hadi berkata masalah yang wujud dalam Pakatan Rakyat bukan angkara PAS tetapi rakan parti komponen dalam Pakatan Rakyat.  
“Pergolakan yang berlaku akhir-akhir ini bukan kerana kita tetapi kerana rakan tahaluf kita. Dengan sebab kelemahan-kelemahan yang ada pada kita menyebabkan berlakunya hal-hal yang begitu boleh mentarbiahkan kita semua,” kata Hadi.
Beliau mengibarat pergolakan itu sebagai ahli pasukan  yang menendang masuk bola dalam gawang sendiri. 
Mengulas lanjut krisis jawatan Menteri Besar Selangor, Hadi berkata PAS tidak mengambil kesempatan daripada pergolakan yang berlaku bersabit jawatan MB.
“Dengan menyedari Langkah Kajang yang tidak menyenangkan kita, saya menegaskan bahawa PAS  tidak merebut jawatan MB. Walaupun tidak ada persefahaman atau perjanjian bertulis, PAS tidak lahap jawatan MB,” kata beliau.
Bagaimanapun Hadi berkata beliau terpaksa campurtangan apabila melihat  PKR menampilkan calon berasaskan “kecenderungan” dan bukan kebolehan.
Beliau kemudian memetik hadis yang mengatakan “neraka jahanam”  menunggu sesiapa yang melantik pemimpin kerana kecendrungan dan bukan kerana kelayakkan atau di atas sifat amanah.
“Saya tidak rela membawa ahli PAS  dalam neraka jahanam, Oleh kerana itu kita perlu campurtangan dalam masalah ini. Jangan pandang ringan, nak beri-beri saja. Ada amanahnya. Mesti lihat amanah dan redha Allah” kata beliau.
Hadi dan Majlis Syura PAS sebelum ini menolak tindakan PKR mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan MB.
Bagaimanapun presiden PKR itu memperolehi sokongan majoriti dalam DUN Selangor apabila ADUN PAS Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Selangor menyokong beliau.
Dua ADUN itu dilihat menyanggah Hadi dan Majlis Syura  dengan memberikan akuan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB bersama 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP yang lain. 
Dalam tindak balasnya, Hadi  menghantar senarai tiga calon termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Istana.
Keputusan itu dipertikaikan oleh beberapa ahli Jawatankuasa PAS Pusat  termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu.
Mereka mahukan PAS akur bahawa kerusi MB itu adalah milik PKR.
Sultan Selangor berkenan melantik Menteri Besar baru dari kalangan ADUN PKR dan PAS sungguhpun namanya belum diumumkan.
Majlis angkat sumpah untuk MB baru itu ditetapkan Selasa ini.
Dalam ucapannya, Hadi dilihat  menghantar mesej tajam kepada pemimpin parti yang cuba membelakangkan pimpinan beliau dan sebaliknya  membawa agenda PKR dan DAP.
“Mereka hendaklah beristiqamah dengan PAS. Jangan jadikan PAS ini hotel tempat persinggahan sementara atau jambatan pendek untuk merentasi sungai, lepas itu lari masuk hutan,” kata beliau.
"Jangan tubuh jemaah lain dalam jemaah. Kalau kita sembahyang jemaah...kalau kita jadi ma'mum, jangan baca lebih kuat dari imam..walaupun suara kita sangat merdu. Kalau nak jadi imam juga..cari tanah lain..buat masjid," kata Hadi.

Wednesday, September 3, 2014

Di Petik Dari Sumber


APA DIA DUNIA KETIGA

Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya sering menerangkan kepada pembaca bahawa Malaysia adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Saya juga selalu menyanggah pandangan-pandangan dari ahli akademik, profesor atau pemerhati politik. Saya menyangkal pendangan kerana mereka gagal mentakrifkan Malaysia sebagai negara Dunia Ketiga. Saya anggap analisa mereka lompong kerana tidak berasaskan politikal ekonomi Dunia Ketiga. Malah saya 'menghampehkan' pandangan para pakar ini.

Maka adalah adil untuk diri saya menerangkan sajelas mungkin kepada para pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pecerahan ini saya harapkan akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.

Pertama-tama : Jangan sesekali tersilap faham, tersilap baca - hanya kerana Malaysia ada bangunan KLCC maka Malaysia dianggap sebagai sebuah negara maju. Kerana Malaysia ada leterik dan air paip maka Malaysia negara maju. Kerana ramai warganya menggunakan talipon bimbit maka Malaysia ini bukan negara Dunia Ketiga. Kerana Malaysia ada kereta Proton dan ada Lebuh Raya Plus maka Malaysia bukan negara Dunia Ketiga. Semua ini tidak betul.

Bangunan tinggi, kereta, talipon bimbit, leterik atau lebuh raya bukan satu ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda ini kita panggilinfrastructure atau struktur lauran. Struktur ini ada dimana-mana dalam dunia ini. Di Dubai , di India, di Tanzania - ada jalan raya, ada leterik tetapi ini bukan bermakna negara ini bukan negara Dunia Ketiga.

Dalam memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah saperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancung ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat 'superstructure'.

Apa itu 'superstructure”? Superstruktur adalah lembaga-lembaga daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga, kesedaran sosial dan tanggugjawab warga. Apa yang jelas semua ini adalah perkara-pekara yang TIDAK dapat dilihat, dipegang atau dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas terdirinya sebuah negara.

Jika Malaysia ini ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga - apa pula negaraDunia Pertamadan negaraDunia Kedua?Dalam takrifan politikal ekonomi negara Dunia Pertama ialah Amerika Syarikat dan Rusia. Inilah dua negara super yang memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera. Negara Dunia Kedua ialah negara-negara Eropah Barat. Selain dari itu – semua negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur – adalah negara Dunia Ketiga.

Paling jelas – ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah saperti Belanda, Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin – kesemuanya wujud pasca kolonial.

Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu wujud atas runtuhan Kerajaan Melayu Melaka. Bagitu juga Indonesia diwujudkan oleh Belanda diatas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.

Apa yang jelas pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial telah melahirkan Dunia Ketiga. Umum mengetahui bahawa kuasa kolonial menjajah dengan tujuan untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil mahsul, merampok bahan galian, emas , perak , bijeh dan minyak.

East India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mengundur maka Britian telah meninggalkan kuasa pentabiran kepada budak suruhan yang setia untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong bijeh - akan terus selamat. Justeru United Malays National Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.

Pekara yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk memahami hakikat ini ialah melihat bagitu banyak negara-negara Arab Telok diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua.

Negara Dunia Ketiga memiliki beberapa lagi watak dan perangai yang mengabsahkan kedudukan mereka. Semua watak dan perangai dikongsi bersama. Di Negeria, di Kenya, di Indonesia atau di Malayaia watak, pola dan ciri Dunia Ketiga ini jelas. Ciri dan pola inilah yang memberi takrifan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.

Asas ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengekspot bahan mentah. Negara Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor keperluan negara Pertama dan Kedua.

Justeru, kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah saperti badan kehakiman, SPR, SPRM , media, polis, tentera, Raja, Al-Malik atau Sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.

Lembaga-lembaga daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru RASUAH adalah ciri yang amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.

Badan kehakiman, polis, pegawai kerajaan dan apa saja lembaga daulah yang diwujudkan'boleh dibeli'.Malah ada lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk menjadi lukah dan jerat sebagai cara untuk mengambil duit rasuah. Cara rasuah berjalan dan tujuan pemberian rasuah ini sama sahaja. Yang berbeza hanyalah rasuah dilakukan dengan dinar, ringgit, rupiah, dolar atau riyal.

Negara Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem Presiden, ada yang mengunakan sistem Persekutuan, ada negara Raja Berperlembagaan. Dari buku rujukan semuanya memang indah – di Kenya ada pilihan raya. Di Pakistan juga ada pilihan raya.

Tetapi sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga. Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.

Kes kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihanraya di Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan raya akan mengubah kerajaan. Suara udian majoriti 52% yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat  tidak akan mengubah apa-apa.

Dalam negara Dunia Ketiga jika pilihanraya itu boleh menukar kerajaan maka pilihan raya itu akan diharamkan. Tak percaya? Sila rujuk apa yang sedang berlaku di Pakistan sekarang? Islamabad sedang dikepong oleh para pengundi yang telah ditipu undi mereka.

Apa itu PROSEDUR DEMOKRASI yang sering saya paparkan?

Prosedur Demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong. Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.

Contoh yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokarsi dalam Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang berlaku di Selangor.

Kisah Mukhriz dan ‘ladang kurma’ termahal
Posted on Tuesday, September 02 @ 22:16:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

ArtikelOleh Zulkifli Yahaya


imej:anakkedah007


DATO' Paduka Mukhriz Mahathir mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Menteri Besar yang tidak menetap di Kedah. Beliau hanya ‘membujang’ di Kedah sedangkan anak isterinya tinggal di Kuala Lumpur. Sebab itu isteri Mukhriz jarang bersama dalam majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan.

Setahun menjalani kehidupan seperti itu menyebabkan beliau mula menerima kritikan daripada para pemimpin kerajaan serta rakyat negeri ini. Mereka nampak Mukhriz semacam tidak serius untuk menjadi anak Kedah tulen. Tidak munasabah Menteri Besar Kedah tidak menetap di Kedah bersama keluarganya.

Mungkin kerana itu beliau membuat keputusan untuk tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon. Menteri Besar Kedah yang terakhir tinggal di rumah rasmi kerajaan itu ialah Dato’ Syed Omar. Tujuh menteri besar selepas itu, termasuk Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan tidak tinggal di Seri Mentaloon.

Yang mencetuskan kontroversi ialah apabila ubah suai yang dilakukan kerajaan BN terhadap kediaman rasmi tersebut, termasuk landskapnya adalah berjumlah RM4.3 juta! Ubah suai itu pula dilakukan hanya selepas tiga tahun kediaman itu diubah suai.

Dalam peristiwa banjir besar yang melanda Kedah pada 2010, Seri Mentaloon adalah antara kawasan yang turut diharung banjir. Maka selepas banjir terpaksalah dibaik pulih. Pada Mac dan April 2011, Seri Mentaloon diubah suai sekali lagi. Kali ini adalah untuk menyediakan penginapan yang sesuai (dengan keperluan Istana Negara) bagi menyediakan 'Istana Tetamu' untuk kegunaan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Kedah sempena berakhirnya perkhidmatan baginda. Gantinya adalah KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah sebagai YDP Agong ke-13.

Kerajaan Kedah bersiap selaras dengan sambutan yang wajar sebuah negeri kepada lawatan rasmi oleh ketua sebuah negara. Tiada hotel bertaraf lima bintang atau yang setara dengan keperluan Istana Negara di Alor Setar. Kediaman itu juga pernah menjadi 'Istana Tetamu' kepada Duli-Duli yang Maha Mulia Sultan beberapa negeri, termasuk Almarhum Sultan Johor dan Sultan Brunei sewaktu menghadiri acara di Kedah sebelum itu. Ubah suai yang dilakukan terhadap bangunan dan landskap itu menelan belanja RM1.4 juta, menjadikan kediaman rasmi itu bertaraf ‘lima bintang’.

Belanja RM1.4 juta itu, bukanlah pengubahsuaian bangunan, penambahan beberapa ruangan baharu dan hiasan dalam sahaja, malahan termasuk kerja-kerja di luar bangunan. Di bahagian luar dibina kolam air pancut berlampu, jalan pejalan kaki, ubah suai landskap, lampu-lampu dipasang di tembok pagar dan pokok-pokok di bahagian hadapan.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Mohd Noor mendedahkan bahawa angka RM1.4 juta itu mencetuskan kemarahan Ustaz Azizan. Baginya, jumlah  tersebut terlalu mahal. Namun apa nak dikata, angka itu sampai ke pengetahuan Ustaz Azizan selepas kerja-kerja diselesaikan.

Kini kerajaan BN melakukan pengubahsuaian tanpa berlaku sebarang kerosakan pun. Memang tiada keperluan untuk melakukan ubah suai. Menurut maklumat yang dibocorkan, orang yang ‘mengatur’ perhiasan dalaman serta peralatan mewah yang perlu dimasukkan ke kediaman itu ialah isteri Mukhriz sendiri. Kontraktor dikatakan terpaksa merujuk kepada mahligai Mukhriz di Kuala Lumpur bagi mengenal pasti bahan-bahan yang akan digunakan dalam pengubahsuaian di Seri Mentaloon. Maksudnya, bagi memenuhi cita rasa isteri seorang menteri besar. Semua peralatan adalah jenama mewah dan mahal.

Pengubahsuaian kediaman sahaja bernilai RM1.4 juta. Manakala untuk bahagian landskap (luaran) kosnya adalah sebanyak RM2.9 juta. Bermakna jumlah keseluruhannya RM4.3 juta, jumlah yang cukup untuk membina sebanyak 215 unit rumah kos rendah yang bernilai RM20,000 sebuah.

Apa istimewanya landskap sehingga mencecah hampir RM3 juta? Ia cuma sebuah taman yang ditanam dengan pohon-pohon kurma. Mungkin mereka mendapat idea membuka ‘ladang kurma’ setelah melihat pokok kurma di Kota Bharu berbuah lebat. Bolehlah rasanya kerajaan BN Kedah meneruskan agenda Belanda Timur yang diasaskan Ustaz Azizan, Kedah muncul sebagai negeri pengeluar kurma yang utama di Malaysia. Cuma kos menanam pokok kurma sangat mahal, sepohon pokok bernilai hingga puluhan ribu ringgit. Semua ini menjadi bahan jenaka yang 'diviralkan' di media maya.-hd