Monday, January 26, 2015

Di Petik dari Sumber


Gagal mengawal pembalakan di Kelantan, 
gagal sebagai MB! 




Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan. Baca seterusnya  di sini

Tetapi mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).

 Boleh Mohd Akob dan Nik Amar tolong jelaskan?  Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.  Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

 Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).  Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut.

 Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak beberapa syarikat yang ingin membalak. Husan lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib diganti pada hujung 1990an dahulu.

Kelantan hebat dan dihormati sewaktu era gandingan  mereka berdua - TGNA dan Husam Musa  Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju. Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini.

MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak. Baca sepenuhnya di sini

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin


Pilihanraya Kerajaan Tempatan : SAMM Cabar Hadi Awang Sepentas Berdiskusi

Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.

Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Persoalan beginilah yang sepatutnya diutarakan oleh seorang Presiden Parti Politik, yang akan mengangkat martabat fikrah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bukannya terus terheret dalam analogi sempit berasaskan kaum dan agama ciptaan UMNO-Barisan Nasional lantas meninggalkan seruan Keadilan Untuk Semua yang dianjurkan Islam.

Kita juga tidak boleh menolak faktor pergeseran dalam UMNO itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, terutamanya Mahathir ketika itu sebagai antara pemain utama dan Tun Abdul Razak sebagai pengganti Perdana Menteri telah turut mencetuskan tragedi 13 Mei.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersemuka di atas satu pentas bagi membicarakan polemik Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah ditimbulkan oleh beliau. Hadi tidak boleh sekadar mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberikan penjelasan lengkap berkait tanggapan beliau itu. 

SAMM terbuka untuk pihak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan tarikh, masa dan tempat. 

Sampai bila kita harus tunggu Malaysia dibuai mimpi indah di mana penbangunan hanya dirasai oleh segelintir rakyat tanpa urustadbir dan tatakelola yang baik dapat diterapkan di dalam setiap lapisan jentera pentadbiran Kerajaan.

Muhammad Akram Bin Ahmad
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka
Sebuah tulisan yang baik daripada saudara Roslan SMS. 
Saya muatkan di sini untuk bacaan bersama.

TIADA KEPERLUAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN
Oleh: Roslan SMS Corner
Pilihanraya Majlis Tempatan atau PBT sudah lama tidak kita amalkan. Ianya digantung pada 2 Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrantasi Malaysia – Indonesia. Konfrantasi ini adalah “peperangan” Malaysia-Indonesia, apabila Presiden Sukarno enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang beliau anggap sebagai suatu usaha British untuk mengembalikan Imperialismanya di rantau ini.
Ketegangan berlaku di antara dua negara, malah sehingga berlaku pendaratan tentera Indonesia di Tanah Semenanjung, sesuatu yang sangat dikesali ketika itu tetapi malangnya tidak banyak yang maklum atau mengingatinya.
Ia menjadi tegang kerana Malaysia dan Indonesia sesungguhnya satu rumpun, keluarga yang rapat, lalu apabila berlaku 'peperangan' terdapatlah pihak-pihak, kumpulan dan individu tertentu di Malaysia lantaran agenda atau ikatan tertentu sehingga ada yang menyokong sikap Sukarno, bersimpati pada Indonesia lantas khianat pada Malaysia.
Berbalik kepada pilihanraya PBT tadi, ekoran kegawatan hubungan dua negara dan suasana tempatan yang tegang maka pilihanraya PBT yang digantung pada tahun 1964 itu akhirnya dimansuhkan sama-sekali dengan lulusnya Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan Akta Pilihnaraya Kerajaan Tempatan 1960.
Banyak pihak yang terlibat dalam mengkaji dan menilai semula pilihanraya PBT ini dalam skop amalan dan realiti sosial dan politik di Malaysia terutama dengan penubuhan Suruhanajaya Di Raja Athi Nahappan 1965. Antara penemuan terbesar adalah bahawa terdapat kelemahan pengurusan PBT-PBT termasuklah salah-urus kewangan serta sistem dan amalan berbeza-beza antara satu PBT dengan yang lain. Antaranya:
…..the power in financial system among the local authority so weak and inefficient. The weaknesses in terms of financial and administration had slow down the project that was planned (especially due to lack of professional’s staff).
Lantaran penemuan-penemuan seumpama ini dan mengambil kira suasana sosial dan politik semasa maka Akta Kerajaan Tempatan 1976 diperkenalkan yang memberi kuasa melantik ahli-ahli majlis PBT kepada PBN (pihak berkuasa negeri) iaitu kerajaan negeri.
Ringkasnya demi membaik-pulih sistem pentadbiran dan pengurusan PBT seluruh Negara dan memastikan ianya selari dengan sistem yang diamalkan di kerajaan negeri dan Persekutuan, hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah secara langsung sistem kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Hari ini setelah 39 tahun Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa dan diamalkan dengan baik dan lancar, terdapat pihak-pihak yang mahu mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan semata-mata atas tuntutan demokrasi. Berikan kuasa terus kepada pembayar hasil atau rate payers agar mereka memutuskan siapa yang mahu mereka letak sebagai wakil mereka dalam PBT masing-masing. Dan biarkan mereka mengurus kewangan dan pentadbiran mereka masing-masing. Adakah kita telah mengambil kira pengalaman mereka yang terdahulu dari kita sehingga mengakibatkan pilihanraya berkenaan digantung pada 2 Mac 1965 lalu melalui desakkan ini?
Benar kita mahu amalan demokrasi didaulatkan, namun demikian ianya perlulah menurut acuan dan suasana setempat. Kerana itu ada amalan demokrasi yang diamalakan di dunia maju tetapi tidak di Negara kita, kerana apa, kerana kita mengiktiraf, menghormati dan tunduk kepada acuan dan amalan serta suasana di Negara kita.
Kita letakkan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara “ sebagai salah satu prinsip rukun negara yang kita junjung dan hormati. Negara lain tiada sistem ini malah punya Presiden yang dipilih sendiri oleh rakyat. Bagi kita sistem raja berperlembagaan lebih cocok dan sesuai buat kita kerana itu kita berbeza.
Begitu juga kita punya dwi sistem perundangan dalam Negara (malah tiga sebenarnya jika mengambil kira Mahkamah Anak Negeri di Sabah dan Sarawak). Mahkamah Sivil dan Syariah sedangkan ia tiada di Negara demokrasi lain, mengapa? Sebab amalan dan tradisi kita berbeza, kita hormat dan sanjung amalan kita lantas kita berbeza.
Demikian juga dalam pilihnaraya PBT ini sebenarnya.
Bukannya kita tidak mahu rakyat memilih wakil mereka di peringkat kerajaan ketiga ini, tetapi sesungguhnya amalan yang sedia terpakai setelah mengambil kira pengalaman yang lalu dan pengenalan Akta Kerajaan Tempatan 1976, dilihat sudah memadai.
Suara rakyat jelas dan diwakili diperingkat Persekutuan dan juga peringkat negeri-negeri. Mengambil kira pengalaman lalu adalah dikira, memadai kerajaan negeri yang diberi mandatlah yang melantik ahli-ahli majlis PBT, dan lantikkan ini atas budi-bicara negeri.
Kita harus sedari bahawa PBT ini berbeza dari satu kawasan dengan yang lain. Ada PBT yang kedudukan kewangannya mantap dan tinggi manakala ada pula PBT yang tidak mampu menanggung belanjanya sendiri dan ini berlaku dalam satu negeri bukannya antara negeri-negeri.
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyebut:
Lihat sahajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula bermajoritikan satu kaum yang lain.
Bermakna dalam satu negeri bukannya perbandingan antara negeri-negeri tetapi dalam satu negeri contohnya di Selangor satu PBT berpendapatan lebih RM250 juta setahun sedangkan satu lagi hanya RM50 juta. Yang RM250 juta itu adalah dikawasan bandar yang majoriti bukan Melayu manakala yang RM50 juta dalah kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya orang Melayu.
Kita bukan “rascist” apabila membangkitkan fakta ini tetapi demi keadilan semua rakyat penduduk berbilang kaum, tidakkah ini kelak menimbulkan jurang perbezaan antara kaum-kaum dalam Negara? Yang di bandar lantaran pendapatan tinggi akan menikmati keselesaan dan pembangunan hebat, manakala di luar bandar yang hanya diwakili satu kaum, belanja mengurus PBT pun tidak mampu dibayar, lalu dimanakah manfaatnya pemilihan jika ia sekadar mewujudkan jurang perbezaan seumpama ini?
Kerana itu benarlah Presiden PAS apabila beliau menyebut:
Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.
Ada pengkritik yang kononnya tidak faham apa kena mengena pilihanraya PBT dengan peristiwa 13 Mei sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS itu?
Terimalah kenyataan bahawa bukankah salah satu punca Peristiwa 13 Mei yang malang itu adalah apabila wujud jurang perbezaan sosio-ekonomi yang besar dan ketara antara kaum-kaum di Malaysia. Lantaran itu Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk merawat masalah berkenaan. Jadi tidakkah membiarkan PBT-PBT bebas sebagai kerajaan ketiga yang dilantik dengan sumber kekayaan yang berbeza-beza antara satu dengan lain nanti bakal mencetuskan ketegangan apabila ada ketidakpuasan hati yang pasti berlaku kerana jurang tadi?
Amalan yang ada sekarang dikira sudah cukup cantik apabila mendepani suasana semasa yang ada. Kerajaan negeri yang sepatutnya memegang otonomi peringkat PBTlah nanti memikul tanggungjawab melantik sesiapa yang mereka fikirkan layak untuk duduk sebagai ahli majlis dan mereka ini selain membawa isu-isu dan membela kepentingan penduduk tempatan juga akan akur dan menurut dasar serta polisi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Dan kerajaan negerilah yang akan memastikan keadilan dan kesamarataan pembangunan dan kemajuan PBT-PBT di bawah kendaliannya agar tiada jurang yang boleh mencetuskan ketidakpuasan hati diantara penduduk satu kawasan dengan yang lain, semua menerima keadilan berdasarkan realiti dan kemampuan masing-masing.
Dalam hal ini Presiden PAS menyebut:
Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, temasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pendalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaafan dalam perkara yang berbeza, berlaku adil terhadap semua.
Mereka yang terdahulu dari kita tanpa mengira sentimen politik dan kaum telah merasai kegagalan amalan yang dahulu. Kita tidak mahu mengulanginya semata-mata memuaskan desakkan nafsu mereka yang mahu menjuarai amalan demokrasi Barat secara melulu.
Hormatilah pengalaman yang lampau.
Hari ini suara pembayar hasil diperingkat tempatan sebenarnya sudah pun diwakili oleh lantikkan kerajaan negeri dari parti yang memerintah. Pakatan Rakyat menguasai negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan merekalah yang melantik ahli-ahli majlis untuk PBT di kawasan mereka begitu juga dengan negeri-negeri lain di bawah BN, BN lah yang melantik.
Jika rakyat khasnya pembayar hasil diperingkat tempatan tidak berpuas-hati dengan khidmat ahli-ahli majlis atau PBT itu, maka dalam Pilihanraya Umum kelak, rakyat berhak memberi mandat kepada parti lain, tidak kiralah PR atau BN agar PBT baru dapat dibentuk dengan ahli-ahli majlis yang baru. Begitulah sebaiknya dan bukannya pilihanraya berasingan buat PBT.
Maaf, Saya Mohon Untuk Menyokong Tuan Guru Presiden PAS.
1. Islam menggariskan kriteria khusus untuk melantik pemimpin, namun tidak menetapkan secara tetap kaedah pelantikannya. Kita tidak perlukan pilihanraya kerajaan tempatan sebaliknya pihak berkuasa negeri boleh memainkan peranan bijak dan pintar untuk melantik individu-individu yang kompeten dan berintegriti bagi mengurus tadbir hal ehwal masyarakat setempat.
2. Kerajaan negeri boleh memanfaatkan peruntukan undang-undang semasa dan proses konsultansi bersama masyarakat untuk memilih pihak berkuasa tempatan. Paling utama ialah penyampaian khidmat kepada masyarakat dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan efektif tanpa terlalu banyak berpolitik.
3. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat selayaknya menunjukkan praktis terbaik pihak berkuasa tempatan. Dari aspek pemilihan, koordinasi, kerjasama dan tadbir urus yang baik antara kedua-dua pihak. Jika ini dapat dipenuhi, maka ruang memanipulasi sistem pilihanraya untuk kepentingan sempit pihak tertentu dapat dielakkan.
4. Politik bukan sekadar demokrasi dan demokrasi bukan hanya berpilihanraya. Politik adalah mekanisme bagi memastikan negara ditadbir dengan adil untuk mencapai kemaslahatan agama dan rakyat.
5. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu diutamakan. Apatah lagi, dalam situasi sekarang, gerakan rasis sering dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kebimbangan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS serta faktor sejarah juga perlu diambil perhatian.
6. Saya meneliti pandangan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS menerusi artikel asal beliau berkait isu ini yang bertajuk : "Pembangunan Bandar Bermasyarakat Madani", saya rumuskan seperti berikut :
a ] Beliau menyeru supaya Masyarakat Majmuk dalam negara ini dijalin dengan baik termasuk Melayu, India, Orang Asal, Cina dan komposisi kaum lain justeru petualang negara hanya mencari peluang untuk meniup api perkauman.
b ] Beliau tidak mahu sebuah kemenangan politik dan pemilikan kuasa ekonomi oleh satu pihak, pula menjarakkan jurang masyarakat Desa dan Bandar. Justeru ia menafikan keadilan sosial serta mencacatkan keharmonian dan kedamaian bermasyarakat.
c ] Beliau tegas menolak faham perkauman dan memberi peringatan agar tidak bermain di sempadan api perkauman. Kebimbangan yang dicetuskan adalah supaya ketegangan hasil elemen perkauman itu tidak berlaku. Beliau bukan menuduh atau mensabitkan sesiapa dengan label perkauman. Peristiwa 13 Mei disebut sebagai satu kebimbangan agar ia tidak berulang dek kerana wujudnya ketidakseimbangan dan bara api perkauman ini boleh dihidupkan pada bila - bila masa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
d ] Bermula dengan membawa falsafah pembinaan tamadun Ibnu Khaldun, Beliau menyentuh soal pembangunan manusia, bandar dan pentadbirannya dengan peranan federal, sosio ekonomi dan komposisi kaum secara luas dan saksama. Saya melihat pandangan yang dibawa oleh beliau sangat halus, tinggi dan menyeluruh. Tidak terperangkap dalam jalur fikir yang sempit.
Maka tidak selayaknya Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS diseret dalam kancah politik sempit dan tidak matang dengan hanya beliau mengemukakan kebimbangan agar tidak berulang tragedi malang negara itu.
7. Saya melihat penumpuan utama yang perlu difokuskan adalah penyelarasan serta peningkatan kualiti di antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Contohnya apabila wujud pertindanan dasar dan peranan untuk membangun kawasan-kawasan tertentu, maka proses perundingan mesti dilakukan secara bersama dan saling menghormati. Ia adalah mekanisme terbaik bagi memastikan pembangunan seimbang dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
8. Musibah banjir telah mengajar kita bahawa kepentingan rakyat mesti diutamakan. Rakyat telah memilih wakilnya di peringkat negeri dan persekutuan supaya mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik. Tanpa mengira fahaman politik, ras dan agama, seluruh rakyat berganding bahu, saling membantu dalam tujuan yang satu. Saya amat mengharapkan agar efisiensi di peringkat kerajaan tempatan dapat dipertingkatkan, dan agenda politik keterlaluan dapat dihapuskan.
Sekian, terima kasih.
NASRUDIN HASSAN
AJK PAS Pusat | Ahli Parlimen Temerloh
26 Januari 2015 | 4 Rabi’ul Akhir 1436

Sunday, January 11, 2015

balak

roketkini.com

Ahli Parlimen DAP tidak terlibat pembalakan haram, saman Berita Harian

ngeh n nga
IPOH, 8 JAN: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham menafikan fitnah di media sosial kononnya syarikat mereka terlibat dalam aktiviti pembalakan haram di Kelantan.
Kedua-duanya malah telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Berita Harian berikutan fitnah yang disebarkan itu.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua ahli parlimen itu menjelaskan secara terperinci penglibatan mereka dengan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.
“Kami tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan samada di Kelantan atau di mana-mana tempat di Malaysia. Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sama sekali tidak terlbat dalam aktiviti pembalakan.
“Syarikat itu selama ini hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok di atas tanah usaha sama Yayasan Islam Kelantan (YIK),” ujar kenyataan tersebut.
Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penanaman semula tanah di Kelantan dan menerima surat penghargaan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Surat tersebut diberikan kepada syarikat tersebut kerana melaksanakan dan memenuhi syarat-syarat kelulusan Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA).
Menjelaskan usaha syarikat itu membantu mangsa banjir, Nga berkata mereka telah bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Ladang Negeri Kelantan.
“Syarikat ini juga telah berkongsi memberikan sumbangan derma berjumlah RM151,500.00 yang telah diserahkan oleh Persatuan Pengusaha Ladang Negeri Kelantan.”
Menurut mereka laporan akbar Berita Harian menuduh syarikat tersebut melakukan pembalakan dan mencemarkan sungai-sungai di Kelantan pada penghujung tahun 2012 adalah berniat jahat
“Kami telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis laporan tersebut dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang merupakan pemilik dan penerbit Berita Harian.
Kes tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun ini. – Roketkini.com

Saturday, January 10, 2015


Assalaamualaikum wtb...
Hadith Rasulullah saw diatas diterima dari sanad Anas Bin Malik r.a dan diriwayatkan sampai kepada kita oleh Imam At-Tirmizi.
Sesungguhnya hadith ini membawa 'khabar - berita' dan juga 'irsyad - petunjuk' kepada kita semua sebagai ummat Baginda saw.
Saudara-saudaraku;
Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa pada akhir zaman kebaikan dan sebab sebab kepada kebaikan akan menjadi sedikit, sedangkan keburukan dan sebab-sebab kepada keburukan akan menjadi banyak.
Ketika dalam keadaan seperti itu, seorang yang berpegang teguh dengan agamanya menjadi sangat sedikit. Keterasingan ini berada pada situasi yang sulit dan sangat berat, seperti seseorang yang menggenggam bara api; disebabkan kuatnya orang-orang yang menyimpang dan banyaknya fitnah yang menyesatkan seperti fitnah-fitnah syubhah, keraguan dan penyimpangan serta fitnah-fitnah syahwat, disamping berpalingnya makhluk kepada urusan dunia dan sibuk dengan material, lemahnya iman, sulitnya istiqomah dalam beramal, serta sedikit pula orang yang menolong dan membantu saudara-saudaranya seagama.
Akan tetapi orang yang berpegang teguh dengan agamanya, dengan sikap pendirian yang kukuh akan tetap mampu menolak segala bentuk penyimpangan dan rintangan yang datang silih berganti. Bahkan, orang-orang yang memiliki bashiroh (matahati - ilmu) dan keyakinan, orang yang memiliki iman yang kuat; mereka merupakan sebaik-baik makhluk dan memiliki derajat serta kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Saudara-saudaraku;
Berkaitan dengan irsyad - petunjuk pula, maka hadith ini merupakan petunjuk kepada kita semua - ummat Islam - agar membiasakan dirinya dengan situasi ini supaya kita mengetahui bahawa hal ini akan benar terjadi. Yakinlah! Bahawa Allah akan tetap menolong hambanya didalam apa jua keadaan, asalkan dia sanggup membantu agama Allah dan marilah kita sedari bahawa sesungguhnya pertolongan itu sesuai dengan tingkat kesabaran.
Saudara-saudaraku;
Betapa miripnya zaman kita ini dengan sifat yang disebutkan oleh Rasulullah saw ini. Sesungguhnya tidaklah tersisa Islam ini kecuali hanya tinggal namanya saja, tidak pula al-Qur’an kecuali tinggal tulisannya saja; iman yang lemah dan hati-hati yang terpecah-belah.
Pemerintahan-pemerintahan Islam yang terpisah-pisah. Permusuhan dan kebencian yang menjauhkan antara sesama Muslimin; musuh-musuh yang lahir dan yang batin, mereka beramal secara sembunyi-sembunyi - walhal dalam masa yang sama meninggalkan jamaah.
Malahan, ada pula musuh yang terang-terangan berusaha menghancurkan ad-Dien; ilhad (tak percaya wujud tuhan) dan sekulerisme, arus dan gelombangnya yang jelek menghanyutkan orang tua dan orang muda; dan orang-orang yang mengajak kepada budaya yang rosak serta penghancuran atas sisanya yang lain.
Saudara-saudaraku;
Lihatlah saja! Manusia sudah menjadikan perhiasan-perhiasan dunia sebagai tujuan akhir amal mereka dan cita-cita terbesar mereka, yang mana mereka redha dan benci kerana dunia. Wujud propaganda yang jahat untuk memandang remeh terhadap akhirat, dan penerimaan secara menyeluruh terhadap urusan dunia; penghancuran ad-Dien, memandang hina dan memperolok-olok orang yang berpegang pada ad-Dien serta semua hal yang menyebutkan kemuliaan ad-Dien.
Bahkan, mereka berbangga diri, angkuh dan sombong dengan pendekatan-pendekatan yang dibangun di atas ilhad (atheisme) yang pengaruhnya, kejelekkannya dan keburukannya telah disaksikan oleh para hamba Allah.
Saudara-saudaraku;
Melihat kepada realitinya hidup kita di zaman fitan ini, kita sebenarnya telah mendapati kebenaran hadith ini.
Maka, kita sebagai seorang Muslim Mukmin tidaklah pula harus berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLAH SWT. Justeru, janganlah pandangan kita hanya terbatas pada sebab-sebab yang zahir saja, bahkan, hendaklah kita melihat / merenung / muhasabah dalam hati setiap saat kepada ALLAH Al-Kariim Al-Wahhaab yang mewujudkan sebab-akibat berserta hikmah-hikmahnya.
Yakinlah, kelapangan itu berada di hadapan, dan janji ALLAH SWT tidak akan diselisihi-Nya, kerana ALLAH menjanjikan kemudahan setelah kesulitan. Sekali lagi, sesungguhnya kelapangan itu bersama kesulitan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
INGATLAH olehmu wahai akhi....
ALLAH AR-RAHIIM akan tetap bersama mereka yang Muttaqiin Soobirin, Muhsinin, Mutawakkilin...
"Ya ALLAH.... berilah hambamu ini kekuatan & tuntunlah ia kejalan yang ENGKAU redhai...."
Di Petik Dari Sumber


RAKYAT TANGGUNG RM997 JUTA KOS TAMBAHAN JIKA 1MDB LEWAT MENYIAPKAN STESEN JANAKUASA JIMAH TIMUR

Saya telah dibekalkan dengan maklumat terperinci mengenai rundingan yang berlaku di antara Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB susulan permohonan 1MDB menangguhkan tarikh kontrak dan tarikh operasi stesen janakuasa bebas Jimah Timur yang dianugerahkan kepada 1MDB sebelum ini.

1MDB telah menulis secara rasmi kepada Suruhanjaya Tenaga pada 13 November 2014 untuk mendapat tempoh lanjutan dan satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak-pihak terbabit pada 4 Disember 2014.

1MDB sebelum ini telah dianugerahkan kontrak untuk menyiapkan stesen janakuasa dengan kapasiti janaan 2,000 MW untuk dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad. Perjanjian Jual Beli Tenaga (PPA) yang ditandatangani menetapkan bahawa unit 1 stesen janakuasa itu perlu beroperasi pada 15 November 2018, diikuti dengan operasi unit 2 pada 15 Mei 2019.

Dokumen-dokumen yang dibekalkan kepada saya menunjukkan bahawa 1MDB telah memohon supaya tarikh-tarikh operasi ini dianjak 6 bulan kepada 15 Mei 2019 (unit 1) dan 15 November 2019 (unit 2).

Jika Suruhanjaya Tenaga membenarkan permohonan 1MDB ini, rakyat akan menanggung kos tambahan kerana Tenaga Nasional (sebagai pembekal elektrik tunggal negara) terpaksa meningkatkan operasi stesen janakuasa lain di luar kapasiti biasa untuk menampung bekalan elektrik yang telah gagal disediakan mengikut jadual oleh 1MDB.

Apabila stesen-stesen janakuasa lain terpaksa beroperasi melepasi kapasiti biasa, Tenaga Nasional terpaksa pula membeli bahan bakar melebihi dari kontrak bekalan bahan api bagi operasi biasa yang selalunya melibatkan premium. Selain itu, stesen-stesen janakuasa lain yang terpaksa menampung kegagalan 1MDB ini juga terdedah kepada risiko kerosakan sekiranya terus beroperasi di luar kapasiti biasa.

Saya telah melihat dan mengesahkan dokumen-dokumen yang menganggarkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh rakyat akibat kelewatan 1MDB ini adalah di antara RM370 juta (jika kelewatan minima 6 bulan) sehingga RM997 juta (jika kelewatan mencecah 1 tahun).

Kos ini akan ditanggung oleh rakyat dalam bentuk tariff elektrik yang lebih tinggi apabila Tenaga Nasional (sebagai pembekal elektrik tunggal) terpaksa menampung keperluan elektrik yang dijana pada kos yang lebih mahal akibat kegagalan 1MDB menyiapkan stesen janakuasa mengikut perjanjian.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Suruhanjaya Tenaga membuat pendirian yang jelas dengan tidak memberi ruang kepada 1MDB melewatkan projek stesen janakuasa Jimah Timur yang dianugerahkan ini kerana kos yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi.

Jika ia tidak tetap tidak boleh menyiapkan stesen janakuasa itu mengikut tarikh yang telah dipersetujui, saya mendesak supaya kontrak yang menganugerahkan stesen janakuasa ini kepada 1MDB dibatalkan (kerana telah melanggar perjanjian) dan satu proses tender terbuka dimulakan untuk melantik syarikat baru membina dan mengendalikan stesen janakuasa Jimah Timur.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN

Thursday, January 8, 2015

SUARASHIRO.COM
Menyediakan berita dan kupasan isu-isu menarik yang terkini.

Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka — Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.
Menurut kenyataan terbaru Zizan Razak kepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.
Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong. Awwwwh. 
Sumber: http://www.rotikaya.com/hasrat-zizan-razak-beli-kereta-mewah-punca-putus-cinta/
Di Petik Dari Sumbaer

MOUNTDWELLER 

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU

Jalan Pintas Untuk Menjadi Kaya 

Umno adalah jalan paling mudah menjadi kaya 

oleh Mariam Mokhtar SUARA LANTANG: 

Kepercayaan orang ramai adalah sesiapa sahaja boleh menjadi kaya di Malaysia tanpa bekerja keras selama bertahun-tahun hanya dengan menjadi politikus Umno-Baru. 

Lupakan sahaja integriti dan kemegahan diri. Jadi sahaja seorang pengampu dan bersedia untuk membuat jenayah dan menipu orang lain. Jika ada yang tidak bersetuju, hantar sahaja samseng kepada mereka. 

Penyokong Umno-Baru yang memerlukan bukti bahawa dasar mereka sudah menggagalkan Melayu – orang yang kononnya mereka lindungi – tidak perlu melihat jauh melangkaui Menteri-menteri mereka. 

 Jika kita ingin meningkatkan standard pendidikan yang rendah, kita perlu selesaikan punca utama masalah, dan bukan sekadar gejalanya. Dalam isu pendidikan, ini bermakna menyingkirkan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan penasihatnya. Dua tahun lalu, Muhyiddin berkata bahawa rakyat Malaysia memiliki “sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia”. 

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bertanya mengapa murid Melayu ketinggalan berbanding murid China, dan keliru kerana hanya sedikit orang Melayu yang menjadi usahawan. Tiga perkara adalah jelas. Politikus Umno-Baru pandai memutarbelitkan kegagalan dasar mereka menjadi isu dengan berbau perkauman. Daripada menyatakan punca masalah yang dialami masyarakat Melayu, Umno-Baru membangkitkan kekurangan Melayu dengan memalukan mereka. Tambahan pula, parti itu berperangai seperti orang yang memiliki sakit pasif-agresif. 

Apabila orang Cina tidak menjadi kambing hitam, Umno-Baru akan memuji mereka, namun hanya dengan niat merendah-rendahkan Melayu. Ahmad Maslan menyatakan kebimbangan terhadap kurangnya usahawan Melayu. Beliau berkata, “Anak-anak Cina walaupun tidak diajar tentang keusahawanan di sekolah, belajar daripada kedai runcit ibubapa mereka selepas pulang.” 

“Mereka membantu ibubapa di kedai, kilang, mereka pergi ke syarikat ibubapa. “Namun anak Melayu tidak begitu. Mereka melastik burung di bawah pokok kelapa sawit, mandi air terjun dan parit. Bila mereka boleh jadi usahawan?” Tindakan generalisasi dan melaga-lagakan kaum oleh menteri itu ternyata salah. Umno-Barulah yang merampas semangat untuk bersaing daripada orang Melayu. 

Orang Melayu diberikan bantuan, sementara orang Cina terpaksa bergantung dengan usaha sendiri untuk terus hidup. Kebanyakannya bekerja keras, mengambil setiap peluang yang ada dan memperkembangkan kemahiran untuk bersaing. Orang Melayu pula dimanjakan. 

 Ahmad Maslan enggan mengakui ada ribuan usahawan Melayu yang tekun. Mereka berjuang dan berhadapan persaingan sengit dengan orang Melayu lain yang mempunyai ‘kabel’ dengan mereka yang berpengaruh. Melayu Umno-Baru adalah ancaman kepada usahawan Melayu dan Cina. 

Jika Ahmad Maslan ingin tahu mengapa prestasi anak-anak Melayu agak terkebelakang di sekolah, beliau patut menyiasat sendiri dakwaan ramai bekas guru berhubung markah lulus sesetengah mata pelajaran yang diturunkan, agar lebih ramai murid Melayu lulus peperiksaan.

 Sistem itu telah berbohong kepada anak-anak Melayu dan membuatkan mereka merasa hebat, walaupun ia palsu semata-mata. Umno-Baru telah mencabul semangat nasionalisme. Anak-anak Melayu keberatan untuk bercakap dan menjadi fasih dalam Bahasa Inggeris. Mereka menganggap bercakap Bahasa Inggeris adalah tidak patriotik. Ramai anak Melayu tidak dapat bercakap Bahasa Melayu, dan juga Bahasa Inggeris dengan betul. Mengabaikan Bahasa Mandarin juga merugikan mereka, terutama dalam perniagaan tempatan dan ketika berurusan dengan China. 

Menukar nama jalan di bandar dan pekan adalah satu cara memadam sejarah penjajahan kita. Sejarah Malaysia telah menjadi satu pembelajaran tentang bagaimana Islam menguasai Malaya di zaman awalnya. Sejarah kita mengabaikan tokoh seperti Yap Ah Loy, tetapi menumpukan tentang pembentukan Kesultanan Melayu. Bukan sejarah sahaja yang diancam di sekolah. Dengan bantuan Muhyiddin, Ahmad Maslan ingin mengurangkan waktu pengajaran Geografi untuk mata pelajaran baru “Keusahawanan” di sekolah menengah. Walaupun berkata beliau tidak memusuhi Geografi, Ahmad Maslan berkata, “Buka peta dunia, tunjuk 200 negara, selesai. 

Apa lagi yang perlu belajar dalam Geografi?” Beliau percaya bahawa Geografi hanyalah dengan membuka atlas. Kita perlu melihat semula latar belakang menteri Umno-Baru. Adakah mereka kebanyakannya politikus sepenuh masa? Dengan mendakwa mata pelajaran “Keusahawanan” akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan, Ahmad Maslan berkata beliau mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Bagaimana untuk mencapainya, jika ramai warga Malaysia berhijrah ke luar negara? Jika kita masih lagi bergantung dengan buruh murah asing? Untuk melahirkan usahawan Melayu yang baru, Ahmad Maslan perlu memansuhkan dasar Umno-Baru yang sudah berjalan berdekad lamanya. 

Melayu “baru” perlu memiliki pendekatan secara langsung. Perniagaan bukan tentang mengaut komisen tanpa usaha, atau pun melaksanakan model perniagaan “Ali Baba”. Mereka perlu bersedia berhadapan dengan risiko. Berdekad lamanya, orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno-Baru agar takutkan perubahan. Adakah orang Melayu akan memperbaiki sikapnya terhadap masa? Adakah seorang usahawan Melayu itu akan sabar? Beliau mesti bersedia untuk berhadapan dengan banyak kegagalan sebelum menikmati kejayaan. 

Adakah beliau akan belajar untuk menerima bahawa beliau bertanggungjawab dalam setiap tindakannya? Orang Melayu yang bijak bukan sahaja akan memiliki perniagaan yang berjaya, tetapi akan menjadi ancaman kepada kelangsungan Umno Baru. Ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka berkerja keras, mereka akan berjaya. Tidak seperti kroni Umno-Baru yang berkerja dengan pendekatan perniagaan yang subahat, bersama-sama samseng yang berlakon sebagai politikus. Mariam Mohktar adalah “rakyat Malaysia yang berani berkata benar.”  

Ameno World

Rafizi Dikritik KAW2 Di Laman Sosial! - Dan Ini Bukti Rafizi Kantoi!


First episode kat sini.

Macam aku sebut di first episode tadi, mari la kita raikan perbahasan dan perbincangan yang sihat. Mula2. Di laman rasmi facebook milik Rafizi, dia telah dikritik kaw2 dengan ratusan komen2 yang mempertikaikan tindakannya membela pengusaha minyak.

Yang membela pun ada.
Tapi yang mengkritik lebih ramai.
Yang membela gagal memberikan jawapan yang menyakinkan. 
Masih ingat tentang Kajang Movie? 
Masih ingat tentang bagaimana Rafizi menghalau pengkritik2nya dan Anwar Ibrahim agar keluar parti?
Seperti itulah sikap Rafizi sekarang.
Dia gagal menanggani kritikan dengan berhemah.

Ini respon dia selepas dikritik kaw2.


Rafizi ialah wakil rakyat. Kritikan terhadapnya tidak semestinya dizahirkan oleh penyokong2 UMNO semata2. Satu lagi penggunaan 'perkataan macai' itu sepatutnya tidak berlaku. Bukan hanya dia bahkan mana2 wakil rakyat pun tidak boleh melabel sesiapa secara negatif. Kerana mereka ialah wakil rakyat. Sikap positif haruslah sentiasa ada. Kau semua pernah nampak Anwar Ibrahim panggil penghina2nya di laman twitter MACAI?

Anwar bahkan REPLY elok2 kot.

Bukan saya. Itu kerja UMNO. Bagi yang tak faham mereka akan fikir Anwar salahkan UMNO. Padahal Anwar tulis ringkas. Yang dimaksudkan UMNO itu = penyokong2 UMNO le.

Aku akan discredit Rafizi kerana penggunaan perkataan MACAI itu merendahkan mentalitinya sebagai wakil rakyat. Jangan samakan dia dengan rakyat. Rakyat ialah rakyat, dia ialah wakil rakyat. Maka halatuju dan pembawakan dia sepatutnya berbeza.

Dan komen2 yang mengkritik dia apabila kita klik link profile mereka, ada di antaranya terang2 penyokong2 parti komponen dari PR.

Baca jap komen2 mereka.






Rafizi dikritik kerana menghurai tentang kerugian pengusaha minyak kat sini. Korang patut baca point2 Rafizi dan berfikir sendiri macam mana. Secara kasarnya aku nampak dan faham point Rafizi tetapi aku tidak bersetuju dengan apa yang dia sampaikan sehinggala dia mengclearkan persoalan2 yang aku tertanya2 dalam kotak pemikiran aku.

1. Ketika Rafizi buat kempen turunkan harga minyak ialah dalam keadaan dia sedar kerajaan telah laksanakan sistem APM dan menghapuskan subsidi.

2. Dan ketika itulah dia sepatutnya membangkitkan persoalan di atas.

3. Persoalan di atas dibangkitkan tidak mengikut susunan.

4. Mula2 1 selepas 1 sepatutnya 2 then 3. Rafizi buat terus 3 then tiba2 pergi ke 1. Orang akan jadi pelik dan keliru. Kat situ orang akan tertanya2. Kenapa.

5. Mula2 buat kempen turunkan harga minyak. Batal. Musibah banjir melanda. Kempen itu tidak diteruskan. Kempen lain yang dia buat. Iaitu kempen pengusaha minyak rugi dengan sistem sedia ada.

6. Dan ini antara point Rafizi.



7. Aku tahu apa yang Rafizi maksudnya. Penghapusan subsidi kepada rakyat membuatkan harga minyak menjadi tidak stabil dan ini merisikokan keuntungan pengusaha minyak. Tetapi secara tak langsung, Rafizi juga mengambarkan bagaimana pengusaha minyak menggunakan subsidi bagi menjamin keuntungan perniagaan mereka. Nampak? 

8. Dan Rafizi perlu ingat. Yang terjejas paling utama dalam penghapusan subsidi ini ialah rakyat marhaen. Bila minyak turun kita okay la. Bagaimana pula jika minyak terus-terusan naik dan naik? 

9. Bila minyak turun dan turun, maka pengusaha juga membeli stok minyak dengan harga yang lebih rendah.

10. Pengusaha minyak tahu bila harga minyak naik dan turun lebih awal berbanding pengguna. Dari situ takan la dorang tak buat persediaan. Dan semacam pelik apabila kita sebagai pengguna kena kerah otak bagi menjaga keuntungan syarikat mereka dan mereka tak peduli pun tentang hidup kita.

11. Jika sistem APM neh merugikan peniaga, bagaimana pula dengan RON 97? RON 97 sudah lama diapungkan. Sejak ia diapungkan mengikut harga pasaran, berapa banyak station minyak yang ditutup?

12. Berbanding peniaga, pengguna la yang paling terkesan dengan sistem APM. Kalau minyak turun, sistem APM neh memudahkan kita, tapi bila ianya naik, sistem APM inila akhirnya menjerut kita balik. Bukan kerana sistem APM tetapi kerana kerajaan laksanakan sistem APM dengan penghapusan subsidi secara total untuk semua jenis minyak jualan di Malaysia. Tapi aku takan balon kerajaan bab tue lagi. Sebab kerajaan menjamin bahawa mereka akan kembalikan subsidi apabila harga minyak dunia tinggi. Kita tunggu dan tengok betul ke tak betul kenyataan tersebut bila masa itu tiba kelak. Untuk rekod, harga minyak mentah jenis BRENT ke paras bawah USD 50 PER BARREL pada semalam tau.

13. Satu lagi. Harga minyak dikira ikut bulanan. Purata. Apa harga yang kerajaan akan tentukan, kerajaan akan buat pengiraan bulanan.

14. Stok 3 hari, selepas 3 hari pengusaha minyak beli minyak dengan lebih rendah pun, ia bukan ada keuntungan kepada pengguna sebab kita kena tunggu sebulan bagi melihat harga berubah atau kekal atau naik. Dan kerajaan juga takan bertindak turunkan harga ketika mereka tahu harga di pasaran meningkat naik. Mereka tahu harga pasaran hadapan dari situ la mereka buat prediction. Ketika harga di pasaran menurun, bahkan kerajaan menaikkan lagi harga jualan minyak lagi ada. Tak dengar pun pengusaha minyak merungut demi menjaga kepentingan pengguna. Nampak? Bila mereka untung, mereka tak peduli kita. Bila mereka kurang untung, terhegeh2 mereka cari kita dan gunakan ungkapan ini perniagaan bumiputra blablabla.. blablbalballablaa.. dan cari elemen2 simpati supaya kita rasa sedih dan sokong mereka. Ini apahal pula neh? Cubaan memperbodohkan pengguna. Taktik sebijik macam geng2 UMNO racisma plak aku tengok.

15. Dan part neh paling menarik. Ini point Rafizi sendiri pada 24 November 2014.


Dalam artikel tersebut Rafizi menempelak BN bahawa BN menjamin keuntungan syarikat dan pengusaha minyak.

Ini rujukan aku. Dari Harakah. Klik sini.

Pada 24 November 2014 abang Rafizi kau neh pongpang2 marah BN dan di antara hujahnya kerajaan MENJAMIN KEUNTUNGAN SYARIKAT MINYAK DAN PENGUSAHA MINYAK.

Maksudnya. KEUNTUNGAN PENGUSAHA MINYAK TELAH DIJAMIN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Dan pada 7 Januari 2015, tiba2 abang Rafizi kau neh mempersoalkan BN bahawa sistem APM akan merugikan pengusaha.

Macam mana orang patut fikir bila melihat keadaan diatas? 

Mula2 dia cakap keuntungan pengusaha minyak dijamin oleh kerajaan. Dan kemudian dia kata pengusaha yang sama rugi. Tak ke orang KELIRU dibuatnya abang Rafizi oii?

MAKE UP your mind please.

Aku rasa. Sebelum fikir negatif pada pengkritik dan merasakan semua yang kita buat adalah BETUL. BETUL. Dan err BETUL lagi, apa kata kita cuba fahami kenapa KRITIKAN tersebut hadir. Kita nak ulang balik tragedi KAJANG MOVIE ke neh? Tak kan. So ada baiknya Rafizi cuba faham kenapa orang mengkritik tindakan terkini dia daripada dok meraban letak gelaran negatif ke atas pengkritik2 dia.

Tapi aku syak la. Aku syak sahaja. Penyokong2 Rafizi dah set rules neh dalam kotak pemikiran mereka.

Rules number 1. Rafizi sentiasa betul.
Rules number 2. Jika Rafizi salah, refer rules number 1.

Maksudnya, kau akan perhatikan, kejap lain, nanti, esok, dan akan datang, penyokong2 Rafizi akan menyinga pengkritik2 Rafizi dengan pandangan yang amat dasat. Takut siot. Aku nak lari laju2.