Tuesday, February 24, 2015

Dari Sumberhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-pas-cadang-hadi-bentuk-kerajaan-dengan-umno-laksana-hudud
Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud

Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk  menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.
Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.


Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya. Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud. Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini. "Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud? "Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan. Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka. Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak. "Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," k Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.
Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini? "Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".
"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya. Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik. "Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame. "Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." – 23 Februari, 2015.

Monday, February 23, 2015

Di Petik Dari Sumber

BILA ISLAM JADI MELAYU




BILA ISLAM  JADI MALAYU
Melayu memang bangsa paling bodoh... Terjemehan Al Quran ikut sukahati mak bapak dia... Mana keadilan Illahi? Kalau makan rasuah, rembat harta rakyat dan zalim masuk syurga..janji dia Islam...kalau orang bukan Islam membantu sesama hamba Allah tidak kira ugama mesti masuk neraka.... Erti kafir dalam kontek Al quran adalah orang ingkar.. 

Melayu yg tak menentang kezaliman malah menyokong adalah orang ingkar...mereka juga boleh dikategori sebagai ingkar... Hak syurga & neraka adalah hak mutlak Allah Swt..bukan hak manusia walaupun status rasul.

 So bani melayu jangan perasan.... Kalau takde orang digelar kafir dimuka bumi ini, melayu masih berak dalam sungai dan pakai cawat... Apa sumbangan melayu Islam pada manusia sejagat? Raja buang anak, raja lawak, raja gelek, raja rempit , Kah kah kah on ALLAH KETUANAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/21/15

Friday, February 20, 2015


SUDAH TERBUKTI PERJUMPAAN DI LONDON SEMEMANGNYA WUJUD. 
TERIMA KASIH DR.SYED AZMAN. ITU SAHAJA YANG KITA PERLU TAHU. 
KONSENSUS NASIONAL @ UG UMNO-PKR @ PR-BN ???
Roslan SMS Corner
Unity Government 2013: Berkatalah yang benar (19/2/15)
Terlalu lama dah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menjadi “kambing hitam” di atas apa yang dikatakan “Kerajaan Perpaduan” atau UG pasca PRU 2008 dahulu. Macam-macam yang buruk-buruk, cemuhan, fitnah, maki hamun dihamburkan pada Presiden PAS bukan hanya dari rakan-rakan PR tetapi juga dari orang-orang PAS sendiri yang menggunakan isu itu sepenuh-penuhnya untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Tuan Guru.
Namun Tuan Guru ternyata terus “hidup” dan istiqamah mengemudi bahtera besar PAS ini.
Dalam musim-musim pemilihan ini sekali lagi isu UG ini dimain-mainkan, guna untuk merampas jawatan Presiden parti dari Tuan Guru. Kononnya UG ini dahulu mahu merobohkan PR. Kononnya UG ini dahulu adalah bukti Tuan Guru dan ulamak PAS lebih cenderung berpeluk-pelukkan dengan Umno. Apa sahaja berkaitan UG dengan Umno dikira jijik dan kotor.
Dalam kesungguhan kerja-kerja jahat ini dimainkan, dengan takdir Allah swt terbongkar pula UG yang baru. Versi 2008 sekaligus menjadi “akademik” (Bahasa undang-undang) lantaran terpacul versi 2013. Kali ini UG nya bukan Umno-PAS tetapi kali ini UG nya Umno-PKR dan apabila ia hampir gagal dirangkul pula PAS sekali atas usaha orang-orang tertentu.
Saya mengulas pendedahan pengkritik dan penganalisa politik veteran Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portalnya Malaysia Today berkenaan apa yang dikatakan UG versi 2013 ini.
Tambahan ada kalangan pimpinan PKR sendiri telah mengiakannya. Bahawa Datuk Seri Anwar dijanjikan jawatan TPM, bahawa PKR akan diberi 5 kerusi kabinet, yang ini bukan dari RPK tetapi terbit dari pengakuan Nurul Izzah dan Rafizi.
Saya mengambil minat pendedahan ini kerana saya merasakan jika UG 2008 digunakan semaksima mungkin untuk menyerang dan mencemuh Tuan Guru Presiden PAS, terbaru turut dinyanyikan oleh Penasihat DAP Lim Kit Sianghttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/17/kit-siang-umno-pas-unity-govt-conspiracy-against-pakatan/
Apa istimewanya pula UG 2013 ini sehingga ia disorok dan dirahsiakan. Kalau UG2008 itu kotor dan jijik kenapa UG 2013 ini suci dan bersih?
Tidakkah ia membuktikan Datuk Seri Anwar dan PKR juga ada bekerja atas agenda yang hampir sama. Yang menurut RPK dalam postingnya, agendanya untuk menyelamatkan Anwar dan mewujudkan kerajaan campuran Umno-PKR (tanpa PAS dan DAP pada mulanya). Dan kemudiannya apabila hampir gagal diheret pula PAS untuk membentuk UG Umno-PKR-PAS.
Orang-orang dalam PAS yang dahulunya mencemuh Tuan Guru Presidennya sendiri, rupa-rupanya dalam pendedahan RPK ini menjadi tali-barut, dan turut terlibat.
Samada pendedahan RPK ini benar atau tidak ianya wajib diperjelaskan oleh mereka yang terlibat.
Ada yang menyatakan RPK ini penulis amatur yang separuh masak, ada yang mengtakan RPK ini lidah fitnah.
RPK yang saya kenal adalah seorang pejuang kebebasan yang tidak tunduk pada tekanan mana-mana pihak tak kiralah BN termasuklah PR. RPK ini salah seorang kolumnis Harakah sebelum meletusnya Reformasi Jalanan dahulu lagi. Beliau menyumbang kepada Harakah English Section bersama-sama saya ketika ada pemimpin PAS hari ini belum PAS pun lagi.
Namun samada benar atau tidak pendedahannya terserah lah.
Saya terpanggil mengulasnya kerana pimpinan kanan PKR hari ini pun mengakuinya tetapi dari versi yang berbeza. Cuma apabila RPK memberikan versinya ianya tampak lebih kemas teratur, masalahnya RPK membabitkan pemimpin PAS tertentu yang dakwanya turut terlibat.
Pemimpin itu Dr Syed Azman (AJK PAS Pusat) telah memberi respon (responnya turut dinaikkan RPK) terhadap apa yang dikatakannya fitnah RPK. Beliau menafikannya dengan versi berlainan, ada jumpa tetapi isu lain tidak ada kena-menegena dengan UG. Dan dipenghujung responnya beliau mengkritik RPK dan mereka yang sealiran RPK (agaknya termasuk saya) sebagai amatur dan separuh masak.
Menariknya tak berapa lama Dr Syed membuat penafian, RPK terus bangkit dan membuat lagi pnededahan. Saya rasakan RPK punya “peluru” yang lengkap kali ini, yang terlibat jangan tersalah langkah.
Terbaru RPK menyebut bahawa respon Dr Syed sesungguhnya membuktikan memang ada perjumpaan di London sebagaimana didakwanya. Di London ada Zahid Hamidi, ada Mustafa Ali dan ada SETPOL Presiden. Dan Dr Syed juga akui Hadi (Tuan Guru) walau berada di London tetapi tidak hadir.
Cuma kata Dr Syed perjumpaan itu bukan kerana agenda UG sebaliknya atas isu Palestin. (RPK atau Dr Syed yang berbohong?)
Kata RPK lagi:
Dr Syed Azman also did not talk about the role of Jusof Kalla in this whole thing, the Indonesian leader who played the role of middleman and who was later very angry with Anwar for violating the ‘agreement’. And what exactly was this ‘agreement’? Was the breakdown in the talks due to Anwar pushing for a Unity-Government while Prime Minister Najib Tun Razak only agreed to a ‘Konsensus Nasional’ and not to a Unity-Government?
(Dr Syed Azman tidak pula menyatakan peranan Jusof Kalla dalam hal ini, pemimpin Indonesia itu telah menjadi orang tengah, beliau (Jusof) kemudiannya berang dengan Anwar kerana memungkiri “perjanjian”. Apakah “perjanjian” itu sebenarnya? Adakah perundingan itu gagal kerana Anwar mendesak untuk membentuk UG sedangkan Perdana Menteri Najib Tun Razak Cuma bersetuju membentuk “Konsensus Nasional” bukannya UG?)
Pendedahan terbaru RPK boleh diikuti di
Yang menarik dalam pendedahan kali ini Dr Syed menafikan ada perundingan UG di London sedangkan menurut RPK sebulan selepas mesyuarat London itu iaitu pada 30 Januari 2014, Zulkiflee Sulong bekas Ketua Pengarang HARAKAH sendiri telah menulis dalam portal berita TMI laporan bertajuk:
Kerajaan perpaduan’ Najib: Jangkaan presiden PAS benar belaka
Antara lain Zul menyebut:
Namun, apabila wakil perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menemuinya untuk membincangkan versi baru gagasan ini iaitu “Rekonsiliasi Nasional” di London awal bulan ini, Abdul Hadi tidak mahu menyertainya. Beliau hanya menghantar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtaruntuk bertemu Zahid walaupun ketika itu beliau sudah berada di London.
Bermakna Zul mengakui ada pertemuan di London (Zul setahu saya akrab dengan Dr Syed) dan agenda pertemuan adalahmembincangkan versi baru gagasan ini iaitu “Rekonsiliasi Nasional” sedangkan Dr Syed menolak sama-sekali pertemuan atas isu lain selain Palestin.
Kalau RPK menurut Dr Syed membikin fitnah takkan TMI dan Zul Sulong (yang akrab dengan Dr Syed)pun sama?
Cuma kalau kita perhatikan artikel Zul itu tiada nama Dr Syed yang disebut sedangkan dari versi Dr Syed beliau dan Saifuddin Nasution hadir tetapi sekadar membincangkan isu Palestin.
Lalu apa sebenarnya yang berlaku di London? Dan sebelum London?
Bagi saya jika Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) diperkatakan macam-macam, diserang hingga hari ini kerana kononnya mencetuskan UG Umno-PAS 2008, mengapa pula dalam UG 2013 ini yang Anwar dikatakan akan dilantik sebagai TPM kerajaan UG Umno-PKR selain 5 menteri kabinet buat PKR, tiada siapa berani ungkit apalagi mengkritik?Kenapa umpamanya UG 2008 Lim Kit Siang anggap sebagai satu konspirasi terhadap Pakatan Rakyat, tetapi UG 2013 yang lebih terbaru Kit Siang bisu seribu bahasa?Kenapa rakyat yang mengundi calon-calon Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 lalu langsung tidak diberitahu atau dimaklum tentang UG 2013 ini?
Sudah tiba masanya untuk semua pihak berterus-terang dan jujur pada rakyat dan parti masing-masing.
Tidakkah anda seperti saya, mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku?
at 10:41:00 PM
Like ·  · 

Gong Xi Fa Cai

Wednesday, February 18, 2015


Doa dan Dzikir Shahih Harian
Education Website · 74,609 Likes
 ·December 14, 2014 · 
Ternyata Kitab-Kitab Hindu Telah Mengabarkan Kedatangan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam!
Video ini wajib Anda tonton! Luar biasa, ternyata di kitab-kitab Hindu sudah ada berita tentang kedatangan seorang Nabi dan utusan agung yang terpuji, yaitu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam.
Yukk share dan bagikan berita gembira ini smile emoticon
by Doa dan Dzikir Shahih Harian <--- a="" al-quran="" berasal="" dan="" dari="" do="" dzikir="" hadis.="" info="" klik="" like="" mendapatkan="" p="" shahih="" untuk="" ya="" yang="">

Tuesday, February 17, 2015



DALANG YANG MENYERANG, MEMALUKAN, MENGHINA, MENGEJI, MEMPERLEKEHKAN, PRESIDEN PAS DIDEDAH.

1.Masihkah anda ingat ...
Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...
Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...
Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...
Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...
Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.

2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.

3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.

4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.

5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).

6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.

7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.

Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Sunday, February 15, 2015

Di Petik Sari Sumber

FZT

Keadilan Untuk Rakyat

pasma atau lebih dikenali sebagai geng pasarmalam dan anti ulama sedang berusaha melobi pas pusat untuk meletakkan calonnya di dun cempaka. geng pasar malam sudah mempersiapkan calon yang dikatakan diterima oleh geng pasar malam. pasma dibawah presiden yang gila mahu menjadi mb kedah semakin galak mengadakan ceramah di seluruh kelantan. dap dan pkr juga sedang bersiap sedia untuk turun ke dun cempaka jika dun cempaka di wakili oleh geng pasma. dap dan pkr tidak akan turun jika dun cempaka diwakili oleh party pas.

niat jahat dap disokong oleh husam dan mat sabu dengan menubuhkan  Impian Kelantan (GIK). dengan tajaan dap dan pkr pasti pasma akan bergerak lebih hebat selepas ini.

wang mencurah masuk ke kantung pasma demi memastikan pengaruh pas dimatikan dan menaikkan nama pasma. geng pasma tak nampak muka di kelantan dan dikatakan sedang merancang untuk mengambil alih dun cempaka. di kelantan pasma hanya ada satu dun dan mp.

 jika dun ditambah pasma pasti boleh meneruskan kerja kerja jahatnya dalam pas.kerja kerja gila sedang dibuat untuk memastikan pasma berkembang. idea idea umno dicedok untuk memastikan pengarah pasma dilindungi.

sepatutnya pasma bergerak diluar pas, dan yang eloknya adalah menjadi anjing kepada dap dan pkr. blogger diperak yang pencen dari cikgu nampak lebih sesuai bersama pasma dan bersama sama dengan peguam bangang yang menderita kena denggi. wajah huduh pasma jangan dibiarkan wujud lagi dalam pas.

presiden pasma dipersilakan keluar. dua ekor barua dan baghal di selangor pun boleh ikut serta mewarnai pasma. kolid samad nampaknya berdiam diri tapi biasanya berbunyi dengan suara bodoh dan bangang. kemana hilangnya kolid samad selepas berjaya mengfitnah kolid berahim. -serah-nama-jadi-calon-dun-cempaka.html#sthash.u3DJEDeC.dpuf

Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Setelah Pergi Barulah Dihargai
13:14:23 MYT
ted on Sunday, Dilulus untuk paparan oleh memo

ArtikelOleh Dato’ Mahfuz Omar

Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Setelah Pergi Barulah Dihargai, Teruskan Perjuangan Menyebarkan Kebenaran

1. Sejak bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar , seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama’ yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat. Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.

2. Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengkebumian Almarhum. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum. Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.

3. Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar. Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua. Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.

4. Sungguhpun demikian, saya tetap menzahirkan lafaz tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang telah memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Almarhum Tuan Guru. Semoga keberanian untuk menyebarkan kebenaran itu akan kekal dan memanfaatkan ramai lagi tokoh sedia ada yang masih hidup yang perlu disebarluaskan nasihat mereka.

5. Usahlah menunggu insan hebat itu tiada lagi barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang sering dipesan oleh Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, February 14, 2015

Di Petik dari Sumber
51,571 Views
Seorang menteri yang zuhud,rasa admin hanya beliau satu-satunya menteri besar yang memotong 40% dari gajinya,yang tidak menerima elaun perayaan. Jika ada tersilap info admin,mohon betulkan..
Kredit video : astro awani
TIDURLAH TOK GURU
negerimu banjir lagi
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda
dalam sesingkat masa
kami bukan menangisi permergianmu
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati
mengagumimu dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa
namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)
Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan
semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua
salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan insyaAllah

Friday, February 13, 2015

Di Petik Dari Sumber

'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik


'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik
Keadaan di rumah Allahyarham di Pulau Melaka, Kota Baharu malam tadi. - facebook/Nik Abdul Aziz Nik Mat













PETALING JAYA: Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai oleh ahli-ahli politik.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

"Saya ingin sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada Astro AWANI apabila ditemui di sebuah majlis di sini pada Khamis.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkata Allahyarham sangat berbakti kepada negara.

"Saya pernah berjumpa dengannya dua kali. Gaya politiknya matang dan sofistikated.

"Kalau tiada Nik Aziz pada tahun 2008, tidak ada lah Pakatan Rakyat.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarganya," katanya.

Aktivis Datuk S. Ambiga pula berkata Allahyarham seorang tokoh yang dipandang tinggi.

"Beliau adalah sumber inspirasi kepada kita semua," katanya kepada Astro AWANI apabila ditemui di majlis yang sama.

Sementara itu, di laman Twitter, ucapan takziah buat keluarga Allahyarham juga tidak putus diberikan.

Antaranya ialah ucapan takziah daripada Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri juga telah menghentikan sebentar majlis yang dihadirinya untuk memimpin bacaan al-Fatihah dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh-Nya, sebaik sahaja diberitahu tentang pemergian Nik Abdul Aziz.

Hentikan usaha pecah belah PAS
Amaran keras Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut" menyerlahkan krisis dalaman yang menggugat perpaduan PAS selama ini.
Sejak krisis penggantian MB baharu Selangor nama Dr Zuhdi memang sinonim dengan puak yang menentang golongan profesional PAS pro Anwar, atau puak Erdogan. Zuhdi sering membuat perkara-perkara yang tidak menguntungkan PAS dan pernah terlibat dalam perbincangan whatsapps untuk bekerjasama dengan Umno.
Beliau juga didakwa terlibat dengan puak yang pro Unity Government. Puak UG mempengaruhi Hadi dalam banyak keputusan sejak 2014.
Puak profesional tidak puas hati dengan cara UG mengepung Hadi. Presiden PAS itu yang sering uzur sejak kebelakangan ini sepatutnya telah pun berehat dan mengambil alih tempat Nik Aziz Nik Mat secara tertib.
Menyusahkan Hadi
Kerusi presiden harus digantikan oleh muka baharu seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang lebih rasional serta dinamik. Bagaimanapun, puak UG berkeras mahukan Hadi kekal presiden. Malangnya puak UG mempergunakan Hadi untuk kepentingan politik mereka sehinggakan PAS berpecah belah.
Sudah menjadi rahsia umum kenyataan media yang banyak menyusahkan Hadi bukan dibuat oleh presiden itu sendiri tetapi dikarang oleh pembantunya dari kalangan puak UG. Akhirnya, Hadi terbabas mengkritik pilihan raya majlis tempatan boleh mengundang rusuhan kaum 13 Mei. Kenyataan yang tidak logik itu memalukan presiden dan rakyat mempersoalkan kewarasan pemikiran Hadi.
Mungkin Hadi semakin lemas dikepung politik UG yang ekstrem, menyebabkan beliau keluar dari pengasingan dan hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Februari lalu. Hadi sebenarnya masih boleh diterima kepimpinannya asalkan dinasihati oleh pihak yang berwibawa.
Walaupun beliau tidak terlalu memerhati situasi politik namun Hadi bukanlah terlalu naïf sehingga mengeluarkan pendapat akan berlaku rusuhan kaum akibat pilihan raya.
Kecenderungan Hadi untuk kembali ke meja Pakatan Rakyat dan berbincang mengenai rang undang-undang persendirian Hudud sebelum membentangkan di parlimen, memang menggusarkan puak UG yang mahukan PAS bekerjasama lebih jauh bersama Umno.
Puak UG cemas kerana pasca Anwar yang diharapkan bakal memberi mereka kuasa yang lebih kuat mempengaruhi Hadi mendominasi kepimpinan PR, sebaliknya menjadi malapetaka apabila Hadi kembali kepada strategi berhikmah era Fadzil Noor ketika membenarkan PAS bergabung bersama DAP dan PKR pada 1999 lalu.
Sesungguhnya, apabila Anwar kembali semula ke penjara maka strategi Fadzil adalah yang terbaik untuk diamalkan dalam kalangan pembangkang bagi mengorganisasi mood tidak puas hati rakyat ke arah sokongan yang lebih mantap kepada pembangkang dalam pilihan raya.
Adalah malang jika PAS mengambil langkah bertentangan dan memalingkan muka daripada rakyat sebagaimana yang dikendaki UG, yang mungkin menerima arahan langsung daripada pimpinan Umno.
Hadi akan dikenang sejarah jika tidak lagi mendengar nasihat-nasihat daripada Zuhdi dan puak-puak yang anti PR. Lebih bermaruah jika Hadi menggugurkan terus ahli fikir itu daripada menjadi pengarah PPP dan AJK PAS Pusat.
Melanggar logik
Ahli fikir yang hanya berkokok di belakang tabir tidak diperlukan. PAS memerlukan ahli politik yang berani dan berwawasan. Jika boleh sama berani dengan Anwar yang tidak gantar masuk penjara untuk kali ketiga.
Hadi dan puak profesional PAS perlu memperbaiki parti itu menjelang pilihan raya ke 14. Perpecahan dalaman PAS sudah sampai ke peringkat tidak kenal akhlak dan akidah Islam. Puak UG memboikot sesiapa sahaja yang berkawan dengan puak PasMa.
Malah baru-baru ini, dalam satu perselisihan faham, puak pro ulama menyeru agar memboikot sebuah kedai nasi arab milik seorang pemimpin PAS Pahang di Gombak kerana beberapa pemimpin PasMa sering makan di kedai tersebut.
Itulah gambaran dahsyatnya perpecahan dalaman PAS yang tidak terdapat dalam mana-mana parti politik pun di negara ini. Puak-puak dalam PAS berjuang atas perkara merapu, melanggar logik dan emosi melulu.

Wednesday, February 11, 2015





Liwat 2: Anwar didapati 
bersalah, kerajaan pula 
beri respon pantas


Kongsikan:       
 oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Maka ia terjadi juga…untuk kali kedua.
 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati 
bersalah dalam kisah “Liwat 2”.
Keputusan itu, yang disampaikan selepas penghujahan 
selama dua jam oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, 
akan menyaksikan tokoh veteran itu sekali lagi dipenjara.
Apa sahaja hukumannya, ia hanya membawa satu makna –
 ini adalah tanda berakhirnya cita-cita Anwar untuk 
menerajui negara ini.
Di tengah-tengah air mata dan makian yang lahir daripada sabitan ini,
 yang dikatakan sebagai dakwaan “fitnah bermotif politik” 
oleh kerajaan pemerintah, Jabatan Perdana Menteri 
telah mengeluarkan kenyataan untuk “menjelaskan” keadaan.
Berikut adalah kenyatan rasmi kerajaan:

“Hakim-hakim hanya akan mencapai keputusan mereka
 hanya selepas menimbang semua bukti secara seimbang dan objektif. 
Malaysia memiliki sistem kehakiman yang bebas, dan sudah ada banyak
 keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan.
“Laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh individu persendirian – 
pembantu peribadi Anwar – dan bukan oleh kerajaan. 
Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, 
beliau mempunyai hak agar kesnya didengar di mahkamah.
“Dalam kes ini, proses perbicaraan yang menyeluruh telah dibuat
 selama beberapa tahun. Proses itu kini sudah pun selesai, 
dan kami menyeru semua pihak terlibat menghormati proses 
perundangan dan keputusan ini,” kata kenyataan itu.
Laman berita Malaysiakini mengongsikan kenyataan itu di laman 
Twitter hanya sejam selepas hakim membacakan keputusan bersalah.
Ini bermakna Jabatan Perdana Menteri telah bertindak dengan
 amat cekap dalam mengeluarkan kenyataan ini, sejurus selepas 
keputusan, dan mengedarkannya kepada media.
Kemungkinan besar, ini adalah respon paling pantas oleh kerajaan 
dalam mana-mana isu setakat ini. Kalaulah mereka secekap ini 
pada setiap masa.
Atau pun, keputusannya mungkin sudah diketahui lama sebelum itu, 
dan disampaikan sebaik sahaja sabitan dibuat?
Yang mana satu, saya serahkan kepada pembaca yang bijak 
pandai untuk membuat kesimpulan.
Namun, ada beberapa perkara dalam kenyataan itu yang boleh
 dipersoalkan. Misalnya, apabila ia menyatakan “sudah ada banyak
 keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan”.
Err, berapa ramaikah pegawai kanan kerajaan – 
sama ada masih berkhidmat atau pun sudah bersara 
dan memihak kepada pemerintah – yang disumbat ke dalam penjara?
Jika anda tidak boleh namakan walau seorang, 
anda bukanlah bersendirian.
Dan tindakan Jabatan Perdana Menteri mengulas 
keputusan perbicaraan ini kononnya untuk membersihkan
 nama kerajaan sebenarnya membangkitkan lebih banyak 
persoalan daripada jawapan.
-http://bm.theantdaily.com/Terkini/Liwat-2-Anwar-didapati-bersalah-kerajaan-pula-beri-respon-pantas#sthash.OmPkNQqd.dpuf


BERAT MATA MEMANDANG



Berat mata memandang
Berat lagi hati merawan

SEBELUIM JATUH HUKUM


SEBELUM JATUH HUKUM


Sebenarnya pagi Senin 9 Febuari 2015 aku tidak mahu menulis apa-apa. Hati aku bagitu berat untuk melakar satu tulisan.

Dalam tulisan aku minggu lalu - aku telah berjanji untuk memberi pencerahan tentang janji-janji sulit Persempadanan Semula. Aku ingin bersurah tentang janji-janji gelap yang telah dilakukan oleh pemimpin sebuah politik disebuah kota sejuk yang amat jauh dari Malaysia. Aku batalkan niat ini.

Lalu aku ambil keputusan untuk menulis tentang Hari Penentu. Pagi esok 10 Febuari 2015 adalah hari penentuan. Anwar Ibrahim akan ditentukan sama ada Anwar akan masuk penjara atau terus bebas. Sebenarnya esok bukan untuk Anwar Ibrahim. Hukuman untuk Anwar telah ditetapkan lama dahulu. Esok adalah hari penentun untuk kita – warga Malaysia.

Esok adalah hari pengumuman masa depan untuk 30 juta warga Malaysia. Esok ialah Hari Penentu sama ada Malaysia berada dilandasan yang tepat. Atau Malaysia terus tergelincir merundum untuk menjadi Negara Gagal atau Failed State.

Tulisan yang aku tulis ini akan muncul esok. Ianya akan dicetak malam ini. Akan diedar untuk menemui pembaca pada petang Selasa – petang Hari Penentuan. Ketika tulisan ini boleh dibaca – semuanya telah selesai. Penentu telah ditentukan.

Jadi, aku pun bertanya - apakah yang aku tulis akan memberi makna. Atau ini hanya luahan perasaan. Agak susah juga jari aku untuk terus mengetik menyususn huruf-huruf untuk dijadikan ayat. Hati aku merasa bagitu berat.

Ingin aku nyatakan bahawa dalam tulisan ini aku BUKANmembuat ramalan. Aku bukan nujum. Aku membuat keputusan, aku mengeluarkan pandangan secara rasional. Semua pandangan dan rumusan berasaskan fakta-fakta. Rumusan aku bukan aku temui melalui mimpi. Bukan dengan menilek air dalam pingan. Jauh sekali dengan bantuan jin. Aku seorang rasionalis pengikut tegar Rene Descartes – Aku berfikr maka Aku wujud – je pense donc je suis.

Umum mengetahui bahawa Liwat Pertama ialah satu konspirasi untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Konspirasi ini amat jelas. Atas arahan Anak Lelaki Iskandar Kutty semua jentera daulah telah bergerak untuk memastikan Anwar Ibrahim diketepikan dari tampok kuasa. Media, polis, mahkmah dan lembaga kehakiman semuanya bersubahat memenjarkan Anwar Ibrahim.

Kepada yang mengikuti sejarah pasti telah terbaca bagaimana Azizan Abu Bakar telah ditanya sama ada dia telah diliwat oleh Anwar atau tidak. Kepada yang lupa biar aku ingatkan. Si Azizan ini telah menjawab sebanyak TIGAkali. Si Azizan telah menafikan yang dia diliwat. Walau pun mangsa menafikan tetapi Anwar masih dipenjara.

Dari pembacaan - aku diberitahu bahawa lembaga mahkamah ini juga adalah sebahagian dari jentera daulah. Awalnya aku agak was-was. Tidak bagitu yakin akan hakikat ini. Tetapi kes Anwar Ibrahim ini telah membuktikan bahawa dalam Dunia Negara Ketiga Lembaga Kehakiman hanya digunakan sebagai wayang untuk mengolah persetujuan orang ramai.

Justeru empat belas tahun dahulu - pada 14 April 1999 mahkamah telah tunduk untuk menjadi alat kepada kuasa yang memerentah. Anwar Ibrahim dipenjarakan walau pun tanpa bukti yang meyakinkan. Umum akan teringat bagaimana saban hari TILAM telah dibawa berulang alik ke mahkamah . Tilam ini dikatakan akan dijadikan bahan bukti. Sampai ke hari ini Sang Tilam tidak pernah masuk masuk mahkamah. Jelas Sang Tilam hanya pelakon pembantu dalam sebuah teater. Tilam membantu mahkamah mengolah persetujuan orang ramai.

Lalu aku bertanya : apakah hari ini lembaga kehakiman Malaysia ini telah berubah?

Jika kita ikuti perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang dijalankan tahun lalu – maka kita akan tersenyum puas hati. Malah satu babak dalam kes rayuan ini telah aku jadikan bahan ketika aku mengadakan Lawak Berdiri.

Biar aku kesahkan: Saifol yang diliwat telah menyumbat lubang juburnya dengan plastik selama tiga hari. Dalam masa tiga hari ini Saifol telah pergi ke rumah Najib. Bertemu dengan Najib dan Rosmah kerana mahu meminta biasiswa. Kemudian datang kembali ke Pejabat Anwar Ibrahim untuk menjalankan tugas. Semua ini dilakukan ketika juburnya masih tersumbat dengan plastik yang dikatakan mengandungi air mani Anwar Ibrahim.

Dalam mahkamah telah dibuktikan ada lebih dari tiga DNAair mani yang berbeza telah ditemui dalam plastik jubur Saifol. Adakah air mani Anwar Ibrahim beranak dan bercucu dalam masa tiga hari itu?

Apabila Tuan Peguam Bela menimbulkan soalan ini Tuan Pendakwa telah bangun menjawab. Tuan Pendakwa telah menerangkan 3 lagi DNA itu mungkin masuk ke dalam jubur Saiful ketika Saifol terberak. Aduh! Jika ini bukan lawak maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh dilawakkan.

Satu jawapan ini saja akan memandulkan semua hujah Tuan Pendakwa. Buang kes. Tetapi!

Tetapi apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah ianya bukan untuk penghakiman. Ianya hanya satu sandiwara untuk mengolah persetujuan. Justeru jika mahkamah itu adil, jika mahkamah itu membuat keputusan melalui bahan bukti, jika mahkamah mahu mencari salah benar maka aku amat yakin esok 10 Febuari 2015 Anwar akan bebas. Tetapi kes ini bukan tentang keadilan.

Pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk mematahkan Pakatan Rakyat. Tuduhan ini bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika Anawar dipenjara maka Parti Keadilan Rakyat akan kucar bin kacir. Ini akan diikuti pula dengan runtuhkan setiakawan antara DAP, PAS dan PKR. Ertinya Anwar perlu dipenjarakan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.

Memusnahkan Pakatan Rakyat ini penting. Dengan runtuhnya kerjasama tiga parti politik dalam Pakatan bermakna United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Khalas. Period.

Pada 6 Disember 1975 – Presiden Gerald Ford dari Amerika mengakhiri lawatan resmi ke Indonesia. Esoknya pada 7 Disrember 1975 bala tentera Indonesia telah masuk menyerang Timur Leste dan menawan pulau ini. Lebih dari 60,000 warga Timur Leste mati dibunuh oleh serangan soldadu Indon. Antara 80,000 ke 100,000 warga telah dikurung dalam penempatan baru yang senang dikawal dan diawasi.

Pasti pembaca akan bertanya – kenapa aku menulis tentang ini?

Biar aku terang makna 'kesah Presiden Ford' kerana ianya amat penting untuk memahami apa yang akan berlaku pada 10 Febuari 2015.

Apakah pembaca lupa dimana Najib Razak berada ketika banjir melanggar Kelantan? Pada 27 Disember 2014 Najib sedang bermain golf dengan Barack Obama. Ketika mencari bola, ketika berjalan diatas rumput – apa agaknya yang dibincangkan. Apa cadangan Obama? Apa jawapan Najib. Kita tidak akan dapat tahu. Mustahil kita akan tahu.

Ini sama juga dengan apa yang berlaku diantara Presiden Ford dengan Jeneral Suharto. Dalam jamuan makan malam - apa yang dikesahkan? Dalam pertemuan empat mata – apa yang dibincangkan? Kita tidak tahu apakah Presiden Ford telah diberitahu tentang rancangan Suharto untuk untuk menyerang dan menawan Timur Leste?

Babak-babak saperti ini dinamakan – pekara tidak tahu yang kita tahu. Ada juga pekara tahu yang kita tidak tahu. Dan ada juga pekara tidak tahu yang kita tidak pernah tahu.

Maka disini aku memaksa diri aku menulis ayat ayat songsang. Kerana aku tahu makna ayat-ayat ini. Aku membawa surah-surah cacat kerana aku tahu ada yang akuTIDAK tahu. Kita tahu yang Najib telah berjumpa Obama. Tapi kita tidak tahu apa yang mereka labonkan.

Kerana ini aku dengan penuh berat hati berpendapat bahawa Najib boleh melakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Ini sama saperti yang dilakukan oleh Suharto kepada Timur Leste. Suharto telah melakukan apa yang dimimpikannya ke atas sebuah negara yang merdeka. Persepasi dunia ialah Suharto telah mendapat lampu hijau dari Presiden Ford. Dengan memukul bola golf bersama Obama - Najib juga telah melahirkan persepsi yang sama.

Pasti ada yang bertanya kenapa perlu Presiden Amerika diberi tahu? Apa pentingnya Ford atau Obama? Dalam surah politik dunia hari ini – Malaysia adalah sebuah negara dibawah taklok Empire Amerika. Malah dengan Najib sebagai PM menjadikan Malaysia ini tempat keluar masuk soldadu Amerika untuk bercanda-canda tanpa sengan silu. Justeru sebagai negara dibawah taklok maka adalah bijak untuk Najib berjumpa dengan Emperor terlebih dahulu sebelum mengambil langkah-langkah politik.

Surah dan ayat songsang ini wajib aku akhiri. Lalu secara rasional sebagai pengikut Rene Descartes aku menyoal diri aku sendiri. Apa yang akan aku dilakukan jika aku Najib. Apa tindakan rasional jika aku mahu Pakatan Rakyat runtuh.

Jawabnya: secara rasional inilah saat dan ketika yang terbaik. Pakatan Rakyat dalam keadaan yang paling lemah. PKR masih dalam suasana salepas perang. Jika aku Najib maka aku akan masukkan Anwar ke penjara esok pada pagi Selasa 10 Febuari 2015.

Berat jari untuk aku mengakhiri tulisan ini. Berat lagi hati keluarga Anwara Ibrahim yang tahu malam ini ialah hari hari akhir untuk melihat Anwar sebagai sosok bebas. (TT)


NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN pagi ini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon : 03-92-21-30-45