Tuesday, March 31, 2015

Di Petik Dari Sumber

Padan muka PAS ditipu hidup hidup oleh Umno!














oleh Ng Kee Seng
KOMEN: Padan muka kamu PAS! Itu habuan buatmu kerana bekerjasama dan bermuka-muka seperti juga Umno.
PAS kurang cerdas kerana kali ini mahu bergabung dengan Umno melaksana hukum hudud.
Parti Islam itu ditendang BN pada 1978 selepas Umno mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu. PAS pernah bersama Umno selama 4 tahun sebelum dihina sebegitu.
Dan semasa memerintah Terengganu sambil mengekalkan kuasa di Kelantan, Umno tidak memberinya hak royalti minyak.
Tidakkah presiden PAS yang mesra Umno Datuk Seri Abdul Hadi Awang belajar daripada gabungan lampaunya bersama Umno?
Mujur juga bagi rakyat Malaysia, kerana PKR dan DAP tidak mudah termakan tipu helah yang dipasang Umno.
Dalam episod hudud ini, PAS telah sekali lagi ditikam belakang oleh Umno.
Adakah ia memeranjatkan? PAS seringkali terpedaya namun sering sahaja berhelah dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
Rakyat Malaysia akan didedahkan bagaimana PAS dan Umno sama-sama menyebabkan kemelut hudud ini tak lama lagi.
Segalanya hampir dijelaskan pada sidang Parlimen pada 26 Mac apabila menteri kerajaan pusat mengesahkan bahawa cadangan pindaan Akta 355 yang mahu diubah kerajaan Kelantan bagi melaksanakan hudud, tidak dibentang ke Majlis Raja Raja.
The Malaysia Insider melaporkan dakwaan Majlis Raja Raja menolak cadangan pindaan yang dibuat kerajaan PAS Kelantan.
“Pindaan tidak dikemukan ke Majlis Raja Raja bagi disokong,” ijar menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.
Kenyataan ini menyebabkan ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan pusat menjelaskan mengapa pindaan tidak dibawa ke Majlis Raja Raja.
Suara kemarahan bak halilintar kemudian kedengaran sehingga Mahfuz diarahkan keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Padan-muka-PAS-ditipu-hidup-hidup-oleh-Umno#sthash.g1bYR4N2.dpuf
“Mengapa tidak dibawa pindaan, sedangkan jawatankuasa teknikal telah bersetuju dengannya? Kerajaan bersetuju dengannya, kini mereka tidak membawa pindaan ke Majlis Raja Raja,” ujar Mahfuz kepada wartawan.
Padan muka kamu Mahfuz.
Pada 18 Mac sidang DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah II 1993 bagi membolehkan implementasi hudud di negeri pantai timur itu.
Datuk Seri Abdul Hadi minggu lepas menghantar notis kepada Parlimen untuk satu usul Rang Undang-Undang bagi meminda Akta 355, yang memperkasakan mahkamah Syariah agar dapat menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah. Bagaimanapun Menteri Penasihat Undang-undang BN Nancy Shukri berkata, ia tidak boleh dibentangkan untuk sesi semasa kerana ada banyak perkara lain dalam jadual.
Seperti masa lalu, jelas bahawa PAS sekali lagi melakukan perkara sia-sia. Seperti pada tahun 1993 atau kira-kira 22 tahun yang lalu, Kanun Jenayah Syariah II 1993 akan kekal sehelai kertas sahaja di Kelantan.
Apa selepas ini PAS? Di manakah kedudukan politik anda sekarang? Kerajaan perpaduan dengan Umno?
Ternyata bahawa Umno terpaksa, di peringkat Kelantan, menyokong pindaan hudud PAS hanya untuk memecahkan perpaduan Pakatan.
Juga amat nyata bahawa apa yang dikenali sebagai "kerajaan perpaduan" Umno bukannya tentang perpaduan. Pertama, apa yang dimaksudkan dengan perpaduan apabila ia tidak melibatkan rakyat Malaysia berbilang kaum?
Setelah lemah dari segi politik, Umno kini cuba untuk kekal berkuasa.
Umno hanya memikat PAS untuk menyertai mereka dalam BN, seperti pada tahun 1974. Tidak mengejutkan bahawa PAS mudah tertipu sekali lagi, di bawah pimpinan Hadi.
Dengan pemilihan parti PAS tak lama lagi, kemungkinannya agak dapat dibayangkan.
Jika ahli sayangkan parti mereka, mereka perlu menghapuskan pemimpin pro Umno yang hanya tahu bagaimana untuk memalukan PAS kow-kow (dengan teruk).
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Padan-muka-PAS-ditipu-hidup-hidup-oleh-Umno#sthash.g1bYR4N2.dpuf

Monday, March 30, 2015

Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan

Pindaan EKJS Kelantan Bukan Rang-Undang-undang Hudud


EKJS: Bukan Islam tak sokong kerana belum faham 

Cadangan pindaan Enakmen Jenayah Kanun Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.

"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Gajah kali ke-29 di D'Hotel, Seri Iskandar, dekat sini semalam.

Husam juga berkata, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuklah PBB dan SUPP yang berdiam diri dalam isu ini membuktikan mereka boleh menerima EKJS bahkan diyakini akan menyokong jika BN menyokong bill persendirian tersebut.

Ini katanya adalah satu perkembangan yang sangat baik dan jika PAS berjaya memberikan penjelasan dengan baik, beliau yakin ia akan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.

"Saya yakin bahawa semua pihak termasuklah dari kalangan komponen BN sendiri akan boleh menerima apa yang dibawa oleh Presiden PAS," ujarnya lagi. -HD

ULASAN GB

Pom pang Pom pang, akhirnya hukum kebenaran dan keadilan terdedah dengan sendirinya.

Kenyataan daripada Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang sendiri melalui Surat Terbuka Kepada Umat Islam: Isu Hudud Yang Dikelirukan, ternyata bahawa pindaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan tempohari BUKAN hukum hudud. Begitulah juga dengan Private Bill yang hendak diusulkan di Parlimen nanti.

Petikan:
Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja. -Haji Abd Hadi Awang (rujuk pautan yang diberikan)

Jika demikian halnya, maka tidaklah salah dan berdosa untuk mana-mana ahli parlimen beragama Islam menolak Private Bill berkenaan. Kerana ia bukan rang undang-undang hudud. Dan tidak pula salah dan tidak juga menjadi kesan apa-apa untuk mana-mana ahli parlimen bukan-Islam jika mereka menyokongnya.

Sepatutnya isu pindaan berkenaan tidak perlu digembar-gemburkan dan tidak perlu untuk dikatakan sebagai hudud sehingga ia menimbulkan semacam phobia di kalangan bukan Islam. Ia hanyalah pindaan biasa dengan sedikit tambahan terhadap hukuman-hukuman yang sedia ada. Malah unsur hudud tidak lansung kedapatan di dalam pindaan-pindaan yang telah dilakukan. Maka adalah tidak betul untuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mendakwa pihak yang mengkritik pindaan enakmen yang dibentangkannya di DUN Kelantan sebagai “golongan yang tidak beriman”. Apatah lagi kenyataan dari Ketua Ulamak Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardawi pun telah menyatakan
"[VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud"

Ianya mungkin sengaja dihebohkan sebagai hudud untuk menarik sokongan kaum Islam, mungkin untuk agenda "penyatuan PAS-UMNO" di samping memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang mana umum mengetahui hudud ditentang oleh bukan-Islam.

Soalnya siapa dalang yang merancang menyebabkan kekeliruan itu berlaku dan mengapa PAS menghebohkannya sebagai hudud?

Gendang Perang

LIGHTING THE FIRST FIRE IS EASY

Ada ka PATUT mamat ni kata PAS lebih teruk 

dari UMNO ... wakaka wa suka lu bro

PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak dijadikan banner menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu berasal selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

Namun ulama PAS tidak menerima teguran itu dan ‘doa’ PAS ganti Umno terus berkumandang selama lima tahun. Pada 2014, doa itu mula dimakbulkan. PAS sedikit demi sedikit mengambil perangai buruk Umno.

Pada era Reformasi 1998, PAS sering memperkatakan mengenai kediktatoran Mahathir dalam Umno. Mahathir mahu berkuasa sehingga mati. Jawatan Presiden Umno tidak boleh diganti walau betapa lemahnya kepimpinan presiden atau betapa tidak terurusnya parti.

Ganti presiden

PAS membandingkan situasi tersebut dengan kepimpinan ulama yang boleh mengganti presiden sekiranya perwakilan tidak bersetuju dengan arah tuju presiden. Terdapat penulis-penulis yang membangkitkan sejarah penggantian Asri Muda sebagai yang Dipertua Agung PAS.

Pemuda PAS menetang Asri dan Asri meletak jawatan pada 1982. Begitu juga dengan penolakan sebahagian ucapan dasar presiden pada Muktamar 1986 sehingga menyebabkan Yusuf Rawa meletak jawatan tetapi menarik balik kemudian.

PAS dipakejkan dengan demokrasi Islam. Dikatakan parti yang teruji dengan debat dalaman tidak mungkin bertindak secara unilateral di dalam pemerintahan. Betapa terpujinya imej PAS ketika itu.

Namun pada 2015, semua itu diputar balik ke belakang. PAS mencontohi Umno tidak mahu jawatan presiden dipertandingkan. Ulama-ulama di belakang Hadi Awang bersungguh-sungguh mempertahankan beliau agar tidak dicabar. Malah Musrsyidul Am yang baharu Haron Din memihak kepada Hadi. Mempertahankan presiden itu daripada disentuh oleh puak pro Pakatan Rakyat dalam PAS.

Lebih teruk dari Umno

PAS berubah 360 darjah daripada parti mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang lebih teruk daripada Umno. Umno masih mempunyai cara untuk mendapatkan semula sokongan rakyat apabila diktator paling dibenci Dr Mahathir sukarela meletak jawatan pada 2003. Pak Lah naik dan ramai rakyat terpedaya dengan Islam Hadhari yang dibawanya.

PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak akan meletak jawatan.

Suatu ketika dahulu perlantikan dalaman Umno dijadikan bahan ceramah oleh PAS. Wujud pergeseran dan berpuak-puak. Perlantikan menteri yang hanya disetujui Mahathir dan ditentang oleh pemimpin Umno yang lain.

Kini, perlantikan Mursyidul Am PAS pula dipertikaikan. Menurut sumber 16 ahli Majlis Syura Ulama yang berhak melantik mursyidul am pada mesyuarat 8 Mac. Namun tidak diketahui berapa ramai anggota majlis syura yang hadir untuk melantik Haron. Ada yang mendakwa korum 8 anggota minimum tidak dipenuhi kerana terdapat anggota yang berada di luar negeri, kematian bapa, berada dalam penamaan calon di DUN Chempaka dan lain-lain.

Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang melayakkannya ke jawatan tersebut.

Haron kurang wibawa

Haron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib Presiden PAS ketika kerajaan perpaduan dengan BN 1972 – 1978 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik Pak Sheikh ketika itu. Beliau bersekongkol dengan puak Umno pada 1980an hingga 1998. Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu layak menjadi ketua tertinggi PAS?

Jika strategi menghalang Hadi ke jawatan mursyidul adalah alasannya, maka PAS bukan lagi parti demokrasi tetapi telah berubah arah kepada corak autokratik. Semua jawatan ditentukan melalui muslihat dalaman dan tidak ada peluang untuk seseorang menunjukkan bakat kepimpinan.

Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno kerana Mahathir tidak mampu berdebat dengan Anwar maka TPM itu disingkir dengan tuduhan jijik. Kini, PAS juga hampir berperangai sedemikian.

Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada pemilihan Jun 2015.

Jawatankuasa bunuh demokrasi

Penubuhan jawatankuasa itu membawa PAS ke era politik zaman gelap khalifah Umayyah. Ketika itu atas nama agama musuh politik dijemput khalifah ke istana untuk jamuan makan dan selepas jamuan mereka dibunuh.

Pemberontakan rakyat yang tidak tahan dengan kezaliman atas nama Islam itu meruntuhkan khalifah Umayyah berpusat di Damsyik dan menubuhkan khalifah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.

Demokrasi tidak pernah menyebut usaha menjatuhkan presiden parti dan berkempen untuk mendapatkan sokongan bertanding jawatan presiden suatu kesalahan. Hanya Umno yang menganggap salah menjatuhkan presiden sekiranya majlis tertinggi tidak bersetuju. Sebab itu jawatan presiden tidak dipertandingkan.

Presiden Tunku Abdul Rahman dijatuhkan oleh golongan muda ‘Young Turk’ dan Dr Mahathir. Tun Razak meninggal dunia. Tun Hussein dipaksa meletak jawatan oleh Dr Mahathir. Pak Lah dijatuhkan Mahathir dari luar Umno. Dan Najib dalam proses untuk ditumbangkan oleh Mahathir.

Adakah PAS akan melakukan proses tersebut dalam menentukan jawatan presiden? Mengambil hak perwakilan untuk diberi kepada seseorang individu atau sekumpulan pemikir seperti Majlis Syura Ulama?

Samseng menular?

Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding menjelang pemilihan. Puak yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng memukul lawan.

Kini, perangai itu didakwa telah menulari PAS. Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly kerana mengkritik ulama.

Apa nak jadi dengan PAS? Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Wajarlah parti itu jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua. Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak mementingkan agama dan tidak mendapat petunjuk Allah.

Namun kini rakyat mentertawakan PAS kerana parti itu belum pun berjaya memerintah negara tetapi telah berebut dan bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama.

Kalau kelompok ini pun jauh dari petunjuk maka di manakah rakyat mahu mendapatkan kedamaian jiwa. Islam tidak buruk tetapi yang memperjuangkannya mempunyai akhlak buruk. Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno. Bukan dari sudut politik kerana Umno tetap hebat memerintah, tetapi mengambil perangai buruk Umno dan hilang kepercayaan rakyat.
oleh:  riduan di http://suarapakatandaily.com/?p=8197

Thursday, March 12, 2015

Wednesday, March 11, 2015

PERNIAGAAN TUA





















air mineral botol kecik dijual dgn harga RM1.00 sebotol. Jadi kita tahu la ni air mineral adalah lebih mahal drp petrol. Tetapi jika air botol kecik ini disalutkan dengan bacaan doa oleh "penjual agama" yang boleh "online" direp (direct) dgn Allah, harga pasarannya dah jadi RM4.50. Jadi saya (Panglimo Potaseh) mencadangkan, apakata kita kidnap "penjual ugama" ini, bawa dia ke tasek Semenyih paksa dia doakan air empangan tersebut. Impaknya sudah tentu semua penduduk Selangor (kafir & islam) akan terang hatinya, pelajar sekolahnya semuanya akan dapat"A". Ye tak?. on TOWKAY AGAMA

MEMANG RAMAI








RAMAILA
Ramaila jugak! Sama ramai dengan hari kematian tok guru. Tanda 2 insan disanjungi. Andai mad maslan ke mati, hasan malek ke penjara, tok mah ke masuk jel, tok jib ke padam, adakah akan begini rakyat menangisi? Adakah rakyat turun dijalanan minta najib dibebaskan? 

Rasanya monyet pn bersorak dalam hutan. Ada kawan nama zamberi ngah loden, Katanye kalau tok det mati, dia nak gi kencing ataih kubor tok det! Janganlah hari2 akhir kita dihina macam tu sekali! Tahniah pada Anwar dan kak wan berjaya didik anak jadi pejuang tak kira gender. 

Memang dasar pemerintah cukup berjaya menghasilkan sekarang ini, satu rumah, ada satu pondan. Kebangkitan anak2 WAWI melakar sejarah, menarik gelora anak2 muda. Rugi ada yang bapa tok guru anak jadi pengecut. Itu tandanya mengaji tak habis. Iman memang tidak boleh diwaris.

 Darah pejuang akan hanya lahir dari darah nenek moyang pahlawan tidak didendang. Tak kiralah Anwar bebas ke tidak janji rakyat sudah berani. Al ustaz vs ulamak lah sangat dok on TAK RAMAI KAH KAH KAH
Publish | Delete | Spam
Qaseh Bonda
on 3/9/15


-------------
KUALA LUMPUR 10 MAC- Polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berhubung Himpunan Menyokong Pembebasan Anwar Ibrahim #KitaLawan di ibu negara, Sabtu lalu,
Difahamkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, menjadikan empat pemimpin parti itu ditahan setakat ini.
Rafizi ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan tentang isu 1Malaysia development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Pandan itu ditahan kira-kira jam 7 petang selepas memberi keterangan berkaitan syarikat pelaburan berkenaan.
Polis hari ini turut menahan Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di bawah tuduhan yang sama.
Ahad lalu, polis menahan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang lagi pemimpin AMK, Saifullah Zulkifli sehari sebelum itu. Laporan media memetik peguam Nik  berkata, Ketua AMK itu dijangka  dibebaskan malam ini

Tuesday, March 10, 2015

di Petik Dari Sumber
Wajib baca..ini fakta terpenting mslh GST yg ramai belum ketahui.
GST Membunuh Rakyat !! Undur Najib Undur !!
1. GST menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang mereka keluarkan belum terjual. Manakala pengguna tidak mendapat apa-apa refund, pengembalian wang yang mereka belanjakan.

2. Sistem percukaian ini dikenakan kepada semua tanpa mengira berapa pendapatan seseorang. Ia berbeza dengan cukai SST sebelum ini dimana ia dikenakan mengikut pendapatan seseorang.

3. Menerusi GST barang akan meningkat naik berkali-kali ganda kerana pengeluar, pengedar berhadapan dengan kenaikan kos sementara kos itu ditanggung oleh pengguna, iaitu rakyat.

4. Pengumuman kerajaan dengan menyebut barang-barang tetentu dikenakan cukai GST tanpa menyebut barang-barang lain, (menjelaskan) adalah perangkap untuk mengenakan cukai ke atas barang-barang yang tidak disebut.

5.Kenaikan harga barang ekoran pengenaan cukai GST ini dilakukan secara taktikal di sinilah rakyat akan terperangkap dan tertipu kerana ianya tidak dijelas secara nyata.

6. Setiap urusniaga dijalankan ia dikenakan cukai GST, sebagai contohnya mereka menguruskan majlis perkahwinan (katering) juga tidak dapat dielak dari dikenakan cukai.
Manakala rasionalisasi kerajaan untuk melaksanakan GST kerana hendak menjana kewangan negara yang hilang serta memulihkan akaun negara yang mengalami defisit. Alasan ini tidak munasabah dan tepat kerana defisit akaun negara boleh diatasi sekiranya kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan boros.
Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 20% daripada perbelanjaan negara mengalami ketirisan disebabkan berlaku perbelanjaan yang boros.
Wang negara boleh dijimatkan jika tidak boros berbelanja dan GST yang menyusahkan rakyat tidak perlu dikenakan.
(Kredit: Sdr Rafizi Ramli)

Monday, March 9, 2015

Dari Pak Subky Latiff...
Maka pada saya, ajaiblah kalau ANWAR itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.
Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.
Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti Anwar.
Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya.
Pengorbanannya untuk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan akan dikenang selama-lamanya...
Like ·  · 

Ameno World

Di Kiri Ku Salah, Di Kanan Ku Salah, Di Depan Ku Salah, Di Belakang Ku Salah Juga, 
Oleh Kerana Itu Aku Tak Bergerak.

1 April 2015 - Semua Rakyat Malaysia Menjadi

 Kaya Raya Secara Automatik Ikut Kata Menteri.


Kurang sebulan dari sekarang semua rakyat Malaysia secara automatiknya akan dianggap sebagai kaya raya tanpa kira dia kerja apa atau bergaji berapa sekalipun dalam sebulan. Bahkan budak2 sekolah yang masih belajar pun automatik dah jadi kaya raya. Aku rasa ini la bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional memang menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia. Kalau tak mana kau nak cari satu2nya negara yang mampu membuatkan semua rakyatnya kaya secara automatik? Masih tak reti2 bersyukur dan berterima kasih kepada Barisan Nasional selaku pemimpin dan pentadbir negara?

Mengikut keterangan Ahmad Maslan pada tahun lepas ;



Menteri kata hanya orang kaya saja yang dikenakan GST. Mulai bulan depan semua yang beli topup kena GST. Semua yang cucuk duit ikut MEPS pun kena GST. Dan menteri pula kata hanya si kaya je yang kena GST. Maka ini bermaksud sesiapa yang membayar GST = dia kaya.

Oleh kerana aku pengguna kad topup maka aku dah tentu automatik bayar GST.
Oleh kerana aku pengguna maka sudah tentula banyak barangan kepenggunaan yang perlu aku bayar berserta GST kelak. Dan menteri kata hanya si kaya bayar GST. Maka ini bermaksud bulan depan aku automatik dah jadi kaya.

Yang mana2 gaji 400 sebulan pun dah jadi kaya.
Beli barangan dikenakan GST.

Yang mana budak2 sekolah ada handphone zaman sekarang kena topup segala pun dah tentu orang kaya sebab hanya orang kaya je yang terikat dengan pembayaran GST.

Bestnya.

Tak sabar2 kot nak jadi orang kaya. Wieeeeee.... best kotttt..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Berikutan Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?

 S.Hussein


Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Meskipun demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.

Najib tergambar ingin terus bertahan selagi terdaya walaupun kerisauan turut tergambar melalui beberapa perubahan dan tindakannya kebelakangan ini. Di samping mulai menukar gaya kepimpinannya kepada lebih Melayu dengan berjanji mempertahan agenda Melayu selagi ada bulan dan bintang, Najib juga sedia secara terbuka menunjukkan sokongan yang dimilikinya.

Selain menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Stadium Bukit Jalil minggu lalu, Najib dijangka sekali lagi mempamerkan sokongan yang dimilikinya dalam Perhimpunan Solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Ahad, 8 Mac ini di PWTC.

Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, sehingga ini dilaporkan seramai 173 daripadanya sudah menyatakan kesediaan  hadir untuk mengangkat tangan sambil menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Himpunan Solidariti 8 Mac ini, selain berujuan untuk menyatakan Najib masih memiliki sokongan daripada UMNO, ia juga secara tidak langsung mengesahkan kerusi yang didudukinya sudah tidak sekukuh dulu lagi.

Adalah dijangka, lebih banyak lagi perhimpunan menyatakan sokongan akan diadakan selepas ini. Najib juga dijangka akan meluangkan lebih banyak masa menghadiri perhimpunan seperti  ini untuk menunjukkan sokongan yang dimilikinya. Seperti biasa, umpama pokok yang hampir tumbang atau kerusi yang mulai bergoyang, Najib akan menerima apa saja bentuk kayu yang sanggup menjadi penahannya.

Dalam masa yang sama, bagi menunjukkan beliau masih pemimpin yang tegas dan kononnya berwibawa, semalam juga Najib mengumumkan untuk meneruskan tindakan saman yang diambilnya terhadap Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP berkaitan 1MDB yang sebenarnya sudah lama diancamnya sebelum ini.

Beberapa bulan lalu, Najib telah mengumumkan mahu mengambil tindakan saman terhadap Tony Pua jika enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung 1MDB.  Selain itu, Najib juga menghantar ancaman yang sama kepada Rafizi Ramli, Harakahdaily dan Pengarah Urusannya, Dr. Rosli Yaakob.

Meskipun Tony Pua sejak awal mengatakan tidak akan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya, persoalannya kenapa baru semalam tindakan saman itu diteruskan? Kenapa tidak sebelum ini?

Apakah tindakan saman ini untuk menunjuk-nunjuk kepada Ketua UMNO Bahagian yang bakal berhimpun pada 8 Mac ini mengenai ketegasan kepimpinannya dan tindakannya yang tidak mengalah dalam isu1MDB yang menjadi perbualan hangat itu?

Adakah tindakan saman ini akan menjadi "point" penting untuk memperolehi lebih sokongan dan menjadikan jeritan "Hidup Najib" akan lebih bergema daripada Ketua-Ketua Bahagian nanti?

Selain urusan ke mahkamah boleh dilewat-lewatkan, perlu diingatkan bahawa UMNO juga mempunyai sejarah pernah menarik balik tindakan saman terhadap Tian Chua dalam isu Lahad Datu dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas berkaitan isu penyebaran video lucah sebelum ini.

Mungkinkah saman Najib terhadap Tony Pua ini juga hanya acah-acah dan untuk menjaga hati Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebelum 8 Mac ini saja?