Tuesday, April 21, 2015

Di Petik Dari Sumber

Tun M senaraikan kegagalan Najib
























SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” katanya.

Monday, April 20, 2015





KAYUHAN PROTES BERBASIKAL KITA LAWAN


Peserta protes berbasikal Kita Lawan mula berkumpul berdekatan dengan Dataran Merdeka untuk memulakan kayuan.

Pada jam 4.30 petang ini, kira-kira 15 peserta kelihatan berada di situ bersama-sama dengan basikal masing-masing.

Rata-rata mereka memakai baju warna hitam dengan tulisan merah di depan berbunyi "kita lawan sampai menang".

Turut kelihatan dua kereta peronda polis di seberang Dataran Merdeka untuk memantau keadaan.

Manakala sekitar 10 anggota polis beruniform kelihatan sedang memerhatikan keadaan dari jauh.

Kira-kira jam 4.35 petang, para peserta protes itu kelihatan sedang memakai helmet masing-masing untuk memulakan kayuan.

Turut menyertai kayuan tersebut ialah anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, yang memakai helmet bertulisan 'Kita Lawan'

Ketika ditemui Malaysiakini, Nurul Nuha berkata, kayuhan basikal itu merupakan salah satu cara menunjukkan protes Kita Lawan.

Menurut, beliau menyokong penuh kayuan basikal pada hari ini.

Sementara itu, dua anggota polis. termasuk seorang berpangkat inspektor, kelihatan menghampiri kumpulan tersebut dan bertanya kenapa mereka berada di situ.

Sekretariat Kita Lawan berkata mereka berada di situ untuk melakukan 'exercise'.

Apabila ditanya anggota polis tersebut ke mana hendak pergi, mereka menjawab 'tak tahu nak pergi mana'.

Sementara itu, pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir berkata mereka akan berhenti di Sogo dan KLCC sebelum berpatah balik ke dataran.
Menurutnya, protes tersebut adalah untuk anak muda, supaya cukai ke atas aktiviti sukan dan barangan sukan dihapuskan.

Mereka memulakan kayuan sekitar jam 5 petang dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang.

Malaysiakini menemui inspektor berkenaan untuk bertanya sama ada kumpulan itu melakukan sebarang kesalahan berada di situ.

Beliau menjawab ia bukan satu kesalahan tetapi beliau cuma khuatir sekira mereka tidak memakai peralatan keselamatan diri ketika berbasikal seperti helmet.

"Tak jadi kesalahan untuk berbasikal beramai-ramai," katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak jadi berhenti di Sogo kerana hujan rintik dan meneruskan kayuhan memasuki Jalan Raja Laut menuju ke KLCC.

Dari KLCC mereka menuju ke Bukit Bintang dan berhenti di depan sebuah hotel di sebelah Pavilion, sambil menyanyikan 'buruh tani', rasa sayang, serta melaungkan berulang-ulang slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Mereka berhenti berhampiran depan hotel selama 15 minit, dan kelihatan ada yang pergi membeli minuman.

Selepas itu mereka meneruskan kayuhan menghala ke arah Puduraya, sambil mengayuh basikal, mereka melaungkan slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Dari Puduraya mereka menghala ke stesen KTM Kuala Lumpur dan tiba semula di dataran Merdeka kira-kira jam 6.20 petang.

Mereka berhenti dan berhimpun di tempat awal tadi sambil menyanyi lagi 'Kita Lawan" bertepuk tangan menandakan kayuhan sudah tamat.

Mereka turut mengibarkan sepanduk berwarna hitam dengan bertulisan 'Kayuh bantah GST, #Kitalawan'.

Sementara, Akmal memberitahu pemberita bahawa kayuhan Kita Lawan merancang untuk mengadakan aktiviti kayuhan basikal di Pahang dan Pulau Pinang minggu depan, masing-masing sempena pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Peserta kayuhan sejauh 13km petang ini bersurai secara aman pada kira-kira jam 6.35 petang.

Monday, April 13, 2015


Menyokong Najib (Terjemahan Artikel Supporting Najib)

MENYOKONG NAJIB

1. Akibat pendedahan berkenaan kes Altantuya dan 1MDB, Najib menerima sokongan padu daripada Ketua Bahagian UMNO, BN, MIC, para senator dan semua jenis kumpulan. Inilah yang dilaporkan oleh media arus perdana.
2. Saya tak minta sesiapa untuk menyokong saya. Tapi saya ingin bertanya kepada penyokong Najib untuk membuat pengakuan bahawa mereka menyokong 1MDB, 1MDB meminjam RM 42 billion dan ketidakmampuan Najib untuk menjawab di manakan wang tersebut ketika ditanya.
3. Adakah anda juga bersetuju untuk menyimpan berbillion Ringgit di Pulau Cayman? Adakah anda menyokong wang tersebut dibawa pulang tetapi disimpan di Swiss Bank Singapura? Adakah anda juga menyokong kenyataan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menyoal banyak perkara?
4. Adakah anda menyokong pembelian tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga jauh di bawah harga pasaran sementara membeli loji penjana kuasa daripada sektor swasta dengan harga yang jauh tinggi berbanding harga pasaran?
5. Sekarang ada cadangan pula untuk menjual tanah ini kepada syarikat kerajaan pada kadar inflasi untuk membayar kembali billionan Ringgit yang dipinjam 1MDB.
6. Sekiranya penjualan ini adalah bertujuan untuk membayar kembali hutang 1MDB, ini bermakna 1MDB yang meminjam 42 billion tidak mampu membayar hutang daripada pelaburan yang menyaksikan kerugian.
7. Apa telah terjadi sebenarnya kepada 42 billion yang telah dipinjam? Kenapa perlu 1MDB meminjam lagi 2 billion untuk membayar faedah? Kenapa perlu kerajaan menggunakan wang kerajaan sebanyak 1 billion untuk membayar hutang 1MDB?
8. Pinjaman ini menunjukkan 1MDB kini mempunyai hutang sebanyak 42 + 3 = 45 billion.
9. Penyokong Najib juga perlu menyokong Jho Low, kawan kepada Najib seperti mana Daim yang merupakan kawan saya, yang menguruskan wang 1MDB. Mereka perlu berkawan dengan Jho Low untuk memberi kepercayaan penuh kepadanya.
10. Saya tanya Najib soalan-soalan mudah, tetapi daripada menjawab soalan-soalan tersebut, Najib meminta bantuan penyokong-penyokongnya. Saya ingin bertanya kepada penyokong Najib sama ada sokongan mereka bermakna mereka setuju dengan kehilangan RM 42 billion, dan tiada keperluan untuk menjelaskan di mana wang itu ada sebenarnya. Kalau anda setuju, pergi beritahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin untuk diam.
(Diterjemah daripada penulisan Che Det, SUPPORTING NAJIB)

Saturday, April 11, 2015



Kelab akar umbi PKR minta parti kaji semula pendirian berhubung hudud


Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Isu Semasa

Kelab Akar Umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini meminta pucuk pimpinan parti itu supaya melihat semula keputusan mereka tidak menyokong pembentangan Rang Undang-undang (RUU)Persendirian Mahkamah Syariah bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Presiden kelab itu Johari Musa berkata, keputusan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini yang menolak pembentangan RUU itu seolah-olah mencabar kewibawaan anggota akar umbi parti itu sendiri yang beragama Islam.

Malah, Johari yang juga Naib Ketua PKR Lembah Pantai berkata, keputusan melulu pucuk pimpinan tanpa mengambil kira pandangan akar umbi turut menyinggung parti seperjuangan, PAS yang sudah pun dilihat semakin renggang hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
"Kelab Akar Umbi PKR mohon pimpinan tertinggi PKR rujuk semula perkara besar ini dalam satu kongres parti. Biar ahli akar umbi yang membuat keputusan soal hudud yang melibatkan akidah umat Islam," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Hari ini sebilangan anggota kelab itu berhimpun secara aman, di hadapan Masjid Jamek bagi menyatakan sokongan terhadap pembentangan RUU itu.
Kira-kira 50 ahli kelab dan anggota PKR yang berhimpun secara aman kira-kira 30 minit sejurus selepas Solat Jumaat turut membawa kain banting dengan tulisan "Kami desak Azmin (Timbalan Presiden PKR Azmin Ali) sebagai orang Islam nyatakan pendirian tentang hudud" dan "Pimpinan PKR jangan belakangkan ahli soal hudud".
Johari yang juga Ketua Biro Agama Islam PKR Lembah Pantai mengingatkan bahawa isu besar ini boleh menentukan nasib PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei ini.
Ditanya sama ada timbul kekhuatirannya dipecat sebagai anggota PKR kerana menentang pucuk pimpinan parti dalam hal demikian, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kepadanya.
"Setiap perkara baik pasti ada halangan dan rintangan. Kita hanya buat kerja yang Allah tetapkan dalam Al-Quran," katanya.

Pada 19 Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 anggota DUN sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu. - Bernama
"AYAT TUN PALING BEST IALAH "
Itu pun kalau rakyat BIJAK...
A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country.
"Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true."
Zaman saya buat putrajaya,menara petronas,FI walau pun kos yg tinggi dll...kita masih dapat cari tahu kemana duit rakyat dibelanjakan...zaman Najib 1MDB rm45billion hutang tidak tahu kemana...saya penat memikirkan hala wang negara...
Zaman saya tiada gst pun dpt bina klcc, kl tower, lrt, monorel.. ....walaupun tak popular...tetapi masih dapat diketahui rakyat...
Belajar dari kesilapan itu bagus tapi sekiranya anda terus melakukan kesilapan dengan alasan untuk belajar ia boleh memusnahkan masa depan. ....
Umno akan berkubur sekiranya Najib terus memimpin. Isyarat dari akar umbi mahukan perubahan.. dengarlah...jangan terus menipu diri..
Gst bukanlah satu langkah yang bijak untuk memenangi kembali hati rakyat...Tak kira siapa penyokong atau pembangkang terkesima dengan langkah kurang bijak kerajaan Najib...
Rakyat akan menghukum umno dalam pilihanraya akan datang...itupun kalau rakyat bijak!!
Malangnya terdapat segelintir rakyat yang masih duduk di zon selesa dan bertindak bagai LEMBU kenyang yang di ikat hidung...
"ITUPUN KALAU RAKYAT BIJAK..."
By Mahathir Mohamad

Tuesday, April 7, 2015

Di Petik Dari Sumber
Pelbagai Berita Terkini Dari Segenap Dimensi

Serangan Terkini Tun Mahathir Kepada Najib!



TIDAK WAJAR MINTA TOLONG DR MAHATHIR


1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.

10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab.

14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.
15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support

Saturday, April 4, 2015

Khalid Samad

◘ 6C, 3rd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066

Maka Berakhirnya Hubungan PAS dan DAP?

Ada yang mengatakan bahawa kerjasama di antara PAS dan DAP sudah tiada lagi. Ini adalah atas sebab kenyataan DAP yang baru-baru ini menyebut bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sambil menuduh beliau sebagai seorang yang tidak amanah dan penuh tipu-helah. Sambil mengkritik Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) sebegitu rupa, DAP pada masa yang sama menyebut bahawa mereka ingin terus kekal bersama PR. Sedangkan PR itu termasuk PAS! Maka ini bermaksud bahawa DAP ingin juga meneruskan hubungan dengan PAS, akan tetapi tidak dengan TGHH!

Kenyataan yang pelik ini menghasilkan berbagai komen. Ramai yang menyoal samada ianya mungkin dilakukan. Adakah mungkin diputuskan hubungan dengan Presiden sesebuah parti politik tetapi terus berkerjasama dengan parti berkenaan? Ianya sebuah kenyataan yang membingungkan.

Tidak kurang juga yang melenting dan menjawab tuduhan DAP terhadap TGHH dengan kata-kata yang sama kasar. Sehingga ada yang isytihar sanggup “menumpah darah untuk mempertahankan DS Presiden”! Walaupun DS Presiden bukan diancam untuk dibunuh atau diancam dengan keganasan maka apa relevennya tumpah darah adalah sukar dikaitkan. Saya tidak tahu dari mana datangnya respon sebegini yang tidak mencerminkan sebuah parti Islam. Sudah pasti ianya bukan cara terbaik untuk melayani kerenah DAP dalam soal ini. Ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan yang telah sedia meruncing.

MERUNGKAI KEPELIKAN KENYATAAN DAP

Ada juga yang mengatakan tohmahan yang dilemparkan DAP terhadap DS Presiden adalah hanya satu helah. Perkara sebenarnya adalah penolakan mereka terhadap perlaksanaan hudud atau Enakmen Qanun Jenayah Syariah di Kelantan (EQJSK). Tuduhan bahawa DS Presiden tidak berpegang kepada keputusan dan tidak amanah dengan janji adalah hanya sekadar alasan semata.

Tetapi jika benar ianya adalah sekadar alas, enakmen ini telah ada dengan PAS sejak dulu lagi. Maka agak pelik untuk tiba-tiba mengamuk selepas 6 tahun oleh kerananya.

Hanya bezanya sekarang ialah usaha ke arah perlaksanaannya dimajukan PAS setapak lagi. Tetapi adakah ini penyebabnya? Sekiranya ianya adalah atas sebab usaha PAS ke arah perlaksanaannya, kenapa pula tidak ditolak PAS keseluruhannya? Sebaliknya penolakan ditujukan hanya terhadap DS Presiden sahaja. Sudah pasti DAP memahami bahawa perlaksanaan EQJSK adalah agenda PAS dan bukan agenda peribadi DS Presiden. Dasar PAS di dalam perlembagaan sudah dengan jelas menyatakannya. Maka tidak lojik DAP menolak hanya DS Presiden kerana Islam dan hudud. Sepatutnya kalau itulah sebabnya, DAP akan menolak PAS dan keluar dari PR!

Apabila membaca kenyataan DAP dengan lebih mendalam, sambil mengenepikan segala bahasa marah dan kutukan yang digunakan terhadap DS Presiden, maka difahami bahawa persoalannya bukan EQJSK sebenarnya. Segala bantahan terhadap perlaksanaan Hudud dan EQJSK serta dakwaan ianya bercanggah dengan perlembagaan adalah seperti yang pernah dikemukakan DAP sejak dulu lagi. Dan selama itu, walaupun sudah wujud isu Hudud dan EQJSK, tidak pernah dikeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

Adakah mungkin yang menjadi permasalahan bagi DAP adalah cara bagaimana isu ini telah diuruskan oleh DS Presiden? Ini adalah kerana, menurut DAP, DS Presiden telah melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah tercapai di dalam mesyuarat Majlis Presiden dan inilah yang menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.Kononnya Pindaan EQJSK dan Private Members Bill (Usul Peribadi Ahli Parlimen) telah dipersetujui akan dibincang dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Presiden, sebelum ianya dilakukan, tetapi sebaliknya yang telah berlaku. Kedua-duanya dibawa dengan begitu sahaja dan adakah ini merupakan punca kemarahan DAP?

Turut diungkitkan juga ialah isu pencalonan MB Selangor 6 bulan lepas yang penuh celaru apabila DS Presiden turut dituduh melanggar persetujuan yang dicapai oleh Majlis Presiden untuk mencalonkan hanya DS Wan Azizah. DS Presiden tidak dapat hadir mesyuarat tersebut dan walau pun PAS diwakili 9 pimpinan utama lain, keputusan itu dibatalkan oleh DS Presiden pada keesokkan harinya. Menurut pandangan DAP, ketidak hadiran DS Presiden bukan alasan untuk mengubah keputusan yang telah dicapai bersama.

Walau pun begitu, peristiwa itu tidak dilihat seburuk dengan keadaan terbaru ini di mana walau pun DS Presiden hadir dan kononnya bersetuju, tetapi selepas itu melanggarnya dengan begitu sahaja.

Maka dalam keadaan itu mereka mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan DS Presiden atas sebab “kesukaran berkerja dengan seorang Presiden PAS seperti Hadi Awang yang terus bertindak secara tidak jujur dan tidak berakhlak”. Namun begitu, DAP masih ingin berkerjasama dengan PR dan dengan itu, PAS!

RESPON SAYA BERHUBUNG TUDUHAN DAP TERHADAP DS PRESIDEN

Saya tidak terlibat di dalam mesyuarat Majlis Presiden. Oleh itu saya tidak tahu sejauh mana tuduhan DAP terhadap DS Presiden adalah tepat dan benar. Namun saya yakin ianya hampir mustahil untuk seorang pemimpin gerakan Islam memungkiri janji dan melanggar sesuatu yang telah dipersetujui bersama. Ianya adalah akhlak yang asasiuntuk pemimpin gerakan Islam supaya bertindak secara ‘sidiq dan amanah’, tidak bercakap dusta dan tidak memungkiri janji. Oleh itu, suasana ini adalah hasil salah faham atau DAP membuat tuduhan palsu!

Saya lebih cenderung untuk menganggap ianya adalah salah faham.

Saya merasakan mungkin juga punca masalah adalah sikap setiap parti terhadap kedudukan dan peranan Majlis Presiden itu sendiri. Mungkin PAS melihatnya sebagai medan perbincangan di mana keputusan yang dibuat tidak mengikat mana-mana parti. Sambil DAP dan PKR mungkin menganggap sebaliknya. Namun begitu, sudah pasti ianya berbeza sekiranya ianya telah dibincang terlebih dahulu dan dipersetujui akan tindakan bersama mengenainya! Sekiranya dibincang dan dipersetujui bersama akan sesuatu tindakan bersama, melanggar janji dan persetujuan tersebut sudah pasti tidak berakhlak.

Dalam soal ini saya tidak ada maklumat kerana saya bukan anggota mesyuarat Majlis Presiden dan oleh itu tidak boleh menyatakan lebih dari itu.

Namun pimpinan atasan, khususnya mereka yang hadir mesyuarat Majlis Presiden, ada maklumat dan oleh itu boleh bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Ini adalah kerana mereka tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden. Hanya, biarlah tindakan itu secara bijaksana dan bukan melulu dan dengan tujuan memperbaiki dan bukan untuk meruncingkan lagi.

Begitu juga dengan DS Presiden sendiri. Beliau perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku dan sekiranya tuduhan DAP adalah tidak benar, maka perlu DS Presiden perlu menegur DAP atas usaha memfitnah beliau. Tetapi sekiranya benar, maka perlu dijelaskan pula mengapa DS Presiden bertindak begitu.

CARA MENANGANI TEGURAN DAN KRITIKAN

Saya agak khuatir melihat reaksi sebahagian dari ahli dan pimpinan PAS yang melompat apabila mendengar kritikan pedas oleh DAP terhadap DS Presiden. Kenyataan emosi yang mengapi-apikan bukan cara PAS sebagai sebuah parti Islam menangani teguran dan kritikan. Ianya akan memberikan gambaran songsang bahawa PAS seolah-olah mendewa-dewakan pimpinannya dan apabila pimpinan ditegur, maka dengan itu tidak mampu menjawab dengan tenang dan rasional sebaliknya perlu menjawab dengan perasaan marah dan penuh emosi. Adalah perlu diingat, setiap tindakan yang dilakukan adalah dakwah dan setiap tindakan dilihat rakyat.

Nabi pernah menerima teguran dan tuduhan yang jauh lagi teruk tetapi ditangani Baginda dengan penuh berhemah dan bijaksana. Sehingga ada yang datang dengan pedang terhunus, berniat untuk membunuh Baginda tetapi dapat ditewaskan dengan hujjah yang tenang dan bijaksana.

PAS perlu menzahirkan sikap keadilannya dan mendengar fakta tuduhan kes tersebut terlebih dahulu dan menjawabnya satu per satu dengan tenang. Biarlah jawapan terhadap tuduhan tersebut berasaskan hujjah dan fakta, bukan emosi. Rakyat keseluruhannya sedang melihat. Reaksi seakan IS ini tidak menguntungkan PAS mahupun dakwah Islam.

Pada zaman Saidina Umar (RA), beliau pernah ditegur berhubung jumlah kain yang beliau perolehi dari ghanimah pembukaan Parsi. Orang lain dapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat sehelai jubah yang lengkap tetapi Umar dapat membuatnya. Umar disoal seolah-olah dituduh tidak amanah dan menyalah-guna kuasa dan kedudukannya sebagai khalifah untuk mendapat bahagian ghanimah yang lebih. Tetapi Umar menjawab tuduhan tersebut dengan tenang dengan memanggil anaknya. Anaknya menjelaskan bahawa bahagiannya diberikannya kepada Umar. Tiada pun mana-mana sahabat mengamuk atas soalan ‘biadap’ yang diajukan kepada Umar.

Begitu juga dengan aduan si Qibti Mesir terhadap tindakan kasar dan samseng yang dikenakan terhadap dirinya oleh anak Gabenor Mesir. Maka setelah Umar menyiasat kes tersebut, anak Gabenor dan Gabenor itu sendiri ditegur dan dihukum Umar. Ini dilakukan walaupun Gabenor dan anaknya merupakan sahabat Rasulullah (SAW). Tiada juga yang mengamuk atas ‘tuduhan biadap’ pemuda Qibti tersebut terhadap para Sahabat Nabi!

Rakyat ingin melihat PAS dan pimpinannya mampu menangani teguran dan kecaman dengan adil dan tenang. Lebih-lebih lagi apabila teguran dan kecaman dilakukan oleh rakan PR. Kaji tuduhan itu dan berikan respon, satu per satu, tanpa perlu pada emosi dan kemarahan.

KESIMPULAN

Dari awal telah disebut ramai bahawa isu Hudud ini ditonjolkan UMNO sebagai umpan untuk menyebabkan PAS berpecah dengan PR. Akhirnya yang diinginkan UMNO akan tercapai tetapi yang diinginkan PAS, iaitu perlaksanaan EQJSK tetap akan dinafikan. Mengadu bahawa PAS dikhianati UMNO adalah pernyataan kosong dan sia-sia. Kalau tidak khianat adakah mereka UMNO? Berapa kali perlu dikhianati untuk diyakinkan?

Cabaran pimpinan PAS adalah bagaimana mencapai yang dihajati, iaitu maju setapaklagi ke arah perlaksanaan EQJSK, tetapi pada masa sama tetap memperkukuhkan PR. Ini adalah kerana PR tetap diperlukan untuk mencapai kemenangan. Dan kemenangan diperlukan untuk membawa perubahan ke arah yang diinginkan.

Memilih hanya satu dari dua matlamat adalah tindakan mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun dari sudut usaha mencapai matlamat PAS sebagai sebuah parti Islam, ianya bagaikan melepaskan batuk di tangga.

Maka saya ulangi, ‘cabaran kepimpinan’ dewasa ini adalah untuk matlamat PAS terus diusahakan dan PR tetap dikukuhkan. Ke arah menggalas cabaran kepimpinan ini, diperlukan kejujuran, ketelusan dan kebijaksanaan (fataanah) dalam setiap perbincangan dan perancangan bersama.

Semoga Allah membantu pimpinan PAS dalam menggalas cabaran kepimpinan ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD



PAKATAN RAKYAT PERLU KEMBALI KEPADA AGENDA PEMBELAAN RAKYAT
Sejak Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), Malaysia berhadapan dengan masalah yang bertimpa-timpa. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di Putrajaya gagal memimpin masyarakat dan negara mengharungi cabaran-cabaran ini, malah kadang kala merumitkan lagi keadaan. Sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan seolah-olah Malaysia terumbang-ambing tanpa hala tuju apabila pimpinan politik tidak memberi bimbingan dan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah masyarakat.
Masalah-masalah yang datang bertimpa ini bermula dengan api perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak selepas PRU13. Keadaan ekonomi suram yang menekan rakyat diburukkan lagi dengan skandal kewangan seperti 1MDB dan pembaziran seperti pembelian jet baru. Rakyat Malaysia juga diuji dengan bencana banjir yang melibatkan ratusan ribu rakyat di seluruh negara. Minggu ini, rakyat Malaysia terus ditekan apabila mula menanggung beban percukaian GST yang tidak sewajarnya dilaksanakan.
Kedua-dua gabungan politik iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional juga berdepan dengan masalah dalaman akibat perbezaan pendapatan dan perselisihan kepimpinan.
Dalam suasana begini, mudah bagi rakyat kebanyakan hilang keyakinan dengan proses politik berdemokrasi yang diamalkan sekian lama. Apabila rakyat merasakan bahawa mereka tidak dibela dan ahli politik bercakaran sesama sendiri, keyakinan kepada proses politik akan luntur.
Saya sedia maklum dengan keresahan rakyat yang pelbagai kaum dan latar belakang. Kegagalan merungkai keresahan ini akan membawa kesan besar kepada negara dan masyarakat.
Oleh yang demikian, saya menyeru rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk kembali ke meja mesyuarat dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan teratas. Ini bukanlah bermakna kita tidak mengambil peduli pergeseran sesama kita, tetapi sekiranya perselisihan itu dibincangkan dengan berpaksikan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan, saya yakin ia boleh diselesaikan dengan baik.
Saya khuatir dengan beberapa perkembangan mutakhir mengenai Pakatan Rakyat termasuklah keputusan parti-parti DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak berhubung kerjasama dengan PAS. Sementara saya menghormati kedudukan parti-parti DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak yang mempunyai autonomi, saya berharap agar keputusan-keputusan itu juga dapat dibincangkan dengan lebih teliti di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Oleh yang demikian, saya sedang berusaha supaya satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dapat diadakan dalam tempoh dua minggu ini dengan agenda-agenda berikut sebagai agenda utama:
1. Mengawalselia pelaksanaan GST untuk memastikan rakyat tidak terus menjadi mangsa sementara menyokong segala usaha membantah pelaksanaan GST
2. Tindakbalas Pakatan Rakyat ekoran siri penangkapan ke atas aktivis, pimpinan politik dan pengamal media yang menunjukkan terhakisnya ruang demokrasi di negara ini
3. Kerjasama yang lebih fokus untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih belum mendapat bantuan sepenuhnya
4. Persediaan bersama menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang makin dekat terutamanya Pilihanraya Negeri Sarawak
Saya percaya rakyat memerlukan pimpinan politik untuk kembali mengangkat agenda membela rakyat dan cuba menangani perselisihan secara berhikmah. Saya berdoa agar pimpinan Pakatan Rakyat diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menguatkan saf berhadapan dengan Barisan Nasional dalam keadaan pelbagai masalah masyarakat semakin menekan rakyat Malaysia.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN KEADILAN
---
3 APRIL 2015
PAKATAN RAKYAT MUST RETURN TO THE AGENDA OF DEFENDING THE RAKYAT
Since the 13th General Election (13GE), Malaysia has been facing problem after problem. The administration of Dato’ Seri Najib Tun Razak in Putrajaya has failed to lead the people and the nation to overcome these challenges, and in fact has often complicated matters further. Many believe that Malaysia is on a wayward course when its political leaders are unable to guide and provide solutions to problems faced by the Rakyat.
These problems began with the racialist sentiments played up by certain groups after GE13. A lacklustre economy is made worse with the revelation of scandals like the 1MDB and the recent jet purchase. The Rakyat are also tested with the recent floods that affected hundreds of thousands across the country. Even this very week Malaysians are forced to face further stress with the new GST taxation system that in fact should not be implemented.
Both political coalitions of Pakatan Rakyat and Barisan Nasional face great internal tumult due to differences of opinion and leadership clashes.
In these turbulent times, it is easy for the Rakyat to lose hope in the democratic political process that has been practised for so long. When the Rakyat feel they are not being taken care of and when politicians bicker amongst themselves, faith in the political process will erode.
I am aware of the restlessness amongst the Rakyat from all ethnic groups and backgrounds. The failure to tackle this restlessness will have a massive impact on the nation and on society.
Therefore, I call upon my colleagues in Pakatan Rakyat to return to the discussion table and place the agenda of defending the Rakyat as our principal aim. This does not imply we ignore the differences of opinion we have, but if those differences are framed by the agenda to defend the Rakyat, I am certain they can be resolved.
I am concerned especially with recent developments in Pakatan Rakyat, including the decisions by DAP and KEADILAN in Sabah and Sarawak regarding their working relationships with PAS. While I respect the positions and autonomy of DAP and KEADILAN in Sabah and Sarawak, I hope that these decisions can also be discussed in greater detail at the Pakatan Rakyat Leadership Council level in the very near future.
Therefore, I am working to call for a Pakatan Rakyat Leadership Council to be held in the next two weeks with the following main agendas:
1. To monitor and regulate the implementation GST to ensure the Rakyat do not continue to become victims, while supporting all efforts to oppose the implementation of GST
2. The response of Pakatan Rakyat following the series of arrests of activists, political leaders and media practitioners that clearly shows the erosion of democratic space in this country
3. Focused efforts to expedite relief efforts to victims of the recent floods who have yet to receive full aid and assistance
4. Coordinated preparations to face the upcoming elections, especially the Sarawak State Elections
I believe the Rakyat need political leadership that prioritises the agenda to defend the Rakyat and try to resolve differences with wisdom. I pray that all leaders of Pakatan Rakyat are given the strength by Allah SWT to fortify the bond between us in order to face Barisan Nasional at a time when numerous problems continue to pile pressure on the Rakyat.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT OF KEADILAN

Friday, April 3, 2015

Di Petik dari sumber:

http://alhusseyn51.blogspot.com


Kerugian berganda yang bakal menimpa PAS     


Lim Kit Siang meramalkan Pakatan Rakayat akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Rakyat pada PRU-14 nanti akibat perbalahan yang berpanjangan tanpa kesudahan telah mengakibatkan kekecewaan penyokong masing-masing.   


Kemorosotan 30%  pengundi Cina akan memberi kesan yang amat besar kepada setiap calon PAS. Beliau menulis diblognya :   


PAS dijangka akan menanggunga akibah buruk berganda dalam pilihan raya umum yang akan datang, benar-benar ranap di Johor, Perak dan Melaka, hampir ranap di Pahang dan Kedah dan mungkin kehilangan kuasa di Kelantan selepas 25 tahun memerintah. 


 Jika Pakatan Rakyat tidak dapat diselamatkan, ketiga-tiga parti komponen akan membayar harga yang mahal, akibat kekecewaan pengundi popular di seluruh negara ke atas pelanggaran amanah dan kegagalan pihak PR untuk setia dan ikhlas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan prinsip operasi sepakat Pakatan Rakyat  bahawa tiada pihak tunggal atau pemimpin boleh menjalankan kuasa veto dalam PR.  


Dalam ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, PAS akan menanggung rugi yang  lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dalam keadaan sedemikian.  PAS adalah dalam bahaya kehilangan hampir semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di luar negeri-negeri utara akibat enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2015 dan Presiden PAS dan rang undang-undang ahli persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang mengenai pelaksanaan hudud .  Dengan kehilangan 30% undi bukan Islam, 


PAS akan kehilangan 7 Parlimen dan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU13 pada tahun 2013.  


PAS akan hapus sepenuhnya di Johor, Perak dan Melaka dan hampir hapus di Selangor, Pahang dan Kedah.  Di Johor, PAS akan kehilangan semua 4 kerusi DUN iaitu Sungai Abong, Maharani, Parit Yaani dan Puteri Wangsa.  Di Perak, ia akan kehilangan semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Titi Serong, Gunong Semanggol, Selinsing, Changkat Jering dan Sungai Rapat. 


 Di Melaka, ia akan kehilangan satu-satunya kerusi DUN iaitu Bukit Baru.  


Di Selangor, ia akan kehilangan semua kerusi parlimen yang ditandinginya (Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja, Sepang) dan 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor. Kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang kini dipegang oleh PAS yang berada dalam bahaya adalah: Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat. Satu-satunya kerusi PAS Selangor boleh menang sekali lagi ialah Bangi.  


Di Pahang, ia akan kehilangan dua daripada tiga DUN, iaitu Beserah dan Tanjung Lumpur.  Di Kedah, ia akan kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu, Kubang Rotan, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.  Dengan kehilangan 30% undi bukan Islam, PAS akan ditinggalkan kebanyakannya dengan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri utara. Ia akan mengekalkan 14 kerusi Parlimen (9 di Kelantan, 4 di Terengganu dan 1 di Perak). 


Ia akan mengekalkan 54 kerusi Dewan Undangan Negeri, 51 daripadanya adalah di Kedah (5), Kelantan (32) dan Terengganu (14) dengan hanya 3 kerusi negeri di luar negeri-negeri ini - 1 di Pahang, 1 di Pulau Pinang dan 1 di Selangor.  


Kehilangan kerajaan negeri PAS di Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 dan kerajaan negeri PAS Kedah yang dikuasai pada pilihan raya umum tahun 2013  adalah tanda amaran bahawa PAS tidak boleh mengambil mudah bahawa ia adalah pasti akan mendapat sokongan orang Melayu-Islam, kerana ia mungkin  terperangkap oleh "situasi kekecewaan" dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana lebur di Johor, Perak dan Melaka, hampir ranap di Pahang dan Kedah dan mungkin kehilangan kuasa di Kelantan selepas 25 tahun memerintah.  


Jika PR tidak boleh diselamatkan, bolehkah Barisan Nasional diselamatkan.  Ini kelihatan lebih suram dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO /  BN, Datuk Seri Najib Razak memanjangkan "sakit nak bersalin" masuk hari ke-12, lumpuh dari mengeluarkan kenyataan yang  lima Perdana Menteri pertama , 


Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah tidak akan teragak-agak dalam mengulangi dan menegaskan teras prinsip pembinaan negara daripada BN dan sebelum ini Perikatan bahawa undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan tidak sesuai untuk negara yang berbilang kaum,  berbilang-ugama dan budaya seperti Malaysia.  


Jika kita mengkaji semula peristiwa tahun lepas dalam kontroversi hudud, parti-parti politik yang telah berubah pendirian mereka mengenai undang-undang hudud dan pelaksanaan selain PAS adalah parti komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan SUPP dalam membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Kelantan untuk menyokong PAS Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pelaksanaan hudud.  


Jika PR dan BN tidak boleh diselamatkan, maka rakyat Malaysia perlu berfikir yang wujud sebelum PRU-14 daripada gabungan Kerajaan Persekutuan baru iaitu jawatan-BN, selepas PR dengan Perdana Menteri baru daripada salah seorang Ahli Parlimen yang hadir yang kini boleh berada dalam BN atau PR, dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak dan seorang lelaki atau perempuan.  


Pengkritik telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap cadangan baru  saya "kerajaan perpaduan" antara DAP dan UMNO, untuk  satu gabungan DAP-PKR-MCA-Gerakan dan juga membayangkan bahawa saya mengemis untuk masuk ke dalam Kabinet Najib.  


Jelas sekali, pengkritik ini tidak faham apa ertinya "pasca-BN, selepas PR". Saya tidak menyokong mana-mana "kerajaan perpaduan" antara DAP dan UMNO atau BN, atau lebih dibuat-buat, mana-mana pakatan DAP-PKR-MCA-Gerakan.  

Saya telah menegaskan bahawa Gabungan Persekutuan baru Post-BN, Post-PR sebelum PRU ke-14 hendaklah termasuk sepenuhnya daripada semua kaum di Malaysia, agama dan wilayah, dalam erti kata lain, seorang warga Malaysia yang baru berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang serantau pakatan kerajaan yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, dan rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.  Keutamaan adalah untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, tetapi ini tidak harus menjadi satu kebimbangan.  


Saya telah menyentuh mengenai  • Lima prinsip asas mempertahankan perlembagaan seperti Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan amalan agama-agama lain; raja berperlembagaan; Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan penggunaan percuma dan kajian dalam bahasa lain dan menegakkan jaminan dan semangat federalisme dalam Perjanjian Malaysia 1963;  • Program Sepuluh-Point untuk Berprestasi Tinggi, Mapan dan Ekonomi Saksama;  • 


Sembilan-Point Agenda untuk mengembalikan doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman serta kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi negara; dan  • Tujuh tugas-tugas untuk memupuk perpaduan negara dan persefahaman antara kaum yang pelbagai, agama dan budaya di negara ini.  Baru pasca-BN selepas PR mesti berusaha untuk memastikan sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil, berdasarkan enam pembaharuan untuk mengembalikan kedaulatan rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen yang bermakna, iaitu:  


1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.  


2. Menghilangkan semua kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan daftar pemilih; memansuhkan undi pos bagi pengundi di negara ini dan memastikan semua rakyat di luar negara boleh mengundi.  


3. Memastikan media menyediakan ruang parti-parti politik yang adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan proses pilihan raya yang bersih dan bebas.  


4. Semula menggambarkan kawasan untuk mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi, Satu Nilai untuk menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama. 


5. Pemberian perbelanjaan kempen parti-parti politik berdasarkan peratusan undi dalam pilihan raya umum. 


6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan untuk menghukum calon atau parti politik yang terlibat dalam rasuah atau membeli undi amalan (Ucapan kepada DAP negeri Wilayah dan cawangan pemimpin Persekutuan di Kuala Lumpur pada Isnin 30 Mac, 2015 pada 20:00)


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ