Monday, August 31, 2015

Perutusan Kemerdekaan Kali ke-58
PERUTUSAN KEMERDEKAAN KALI KE-58 PRESIDEN PAS
15 Zulkaedah 1436H / 30 Ogos 2015M
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negarakita yang kita kecapi sejak 58 tahun yang lalu. Marilah kita semua hayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan pengertian kemerdekaan sebenar menurut kaca mata islam yang bukanlah hanya kemenangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah semata-mata.
Erti Sebenar Kemerdekaan Islam
Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai "Al-Fath" iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :
“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.
Nilai Kemerdekaan Kita Hari ini
Malaysia merdeka setelah dijajah sejak awal kurun ke-16 selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kemudian bersilih ganti dengan Belanda, British, Jepun dan British semula sehingga hampir sahaja ummat kita kehilangan identiti sebenar. Bermula di zaman British dan Belanda, Tanah Melayu dan Nusantara disusun untuk memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan agama empayar mereka. Dengan penduduk asal di kalangan Melayu, penjajah mula membawa pekerja pekerja luar dari India dan China. Penduduk dari India dibawa untuk bekerja di estet-estet getah manakala orang-orang dari Tanah Besar Cina dibawa untuk sektor perlombongan.
Peninggalan penjajahan ini telah menjadikan demografi negara kita masyarakat majmuk yang kompleks. Di hujung era penjajahan, berlaku kebangkitan rakyat di seluruh dunia untuk keluar daripada cengkaman penjajah barat. Perjuangan kemerdekaan negara diisi oleh rantaian perjuangan yang panjang dipelopori oleh golongan ulamak seawal zaman penjajahan yang kemudiannya dikongsi bersama oleh semua kaum di Tanah Melayu. PAS sangat menghargai pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan negara, justeru kita sebagai golongan pewaris perlu mengisi kemerdekaan ini sebaik mungkin supaya pengorbanan mereka tidak disiakan.
PAS meyakini dengan sedalam dalamnya bahawa Islam sahajalah yang akan dapat menyatukan dan memerdekakan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam erti kata sebenar kemerdekaan. Pembentukan kemerdekaan Islam seperti ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Negara Islam Madinah. Sejak terdirinya Madinah, cahaya Islam telah menerangi seluruh alam sehingga tempiasnya bersinar menyuluh kegelapan Eropah yang tenggelam dalam kezaliman Feudalisme dan Gereja. Namun, malang sekali cahaya Islam itu semakin ditinggalkan ummat Islam, sehingga barat pula mengambil kesempatan menjajah tanah tanah ummat Islam.
Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki
PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.
Akhirnya, di hari kita menyambut kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah bersama-sama PAS untuk kita membina negara dengan kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaikan kepada seluruh kehidupan manusia.
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Laungan MERDEKA perserta BERSIH 4 

tepat jam @12.00 malam di Dataran Merdeka


Abe Is shared his post to the group: Friends Of PAS.
11 hrs ·
‪#‎BERSIH4‬ FULL | Suasana ketika ini ketika menunggu saat 12am - 31 Ogos 2015 di Dataran Merdeka. Semua kaum agama dan bangsa turun memberi laungan semangat kemerdekaan


PANDANGAN KAMI BEBERAPA AHLI DEMONSTRAN BERSIH 4.9/0
Assalamu'alaikum warahmatullah saudara se-Islamku,
Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos 2015 ini, kami aktivis Bersih, masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman / Tun Perak di lapangan Bersih 4.0
Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa org ulama yg tlh mberi komen yg tidak seimbang tentang Bersih 4.0 malahan boleh menglirukan ummah.
Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar2 bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba2 saja kata buat Bersih 4.0 ni tidak demokratik dan tidak patriotik.
Tetapi pemimpin2 negara yang mggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka? Ulama yang sama tidak pula mbuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang2.
Allah swt akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada didalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah swt dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.0
Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.
Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih..memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam mbangkit sudut ini.
Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dgn nasihat dan teladan yang baik.
Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.
Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?
Sebahagian ummat Melayu telah terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.
Mereka juga gagal mengimbangi di antara keperluan utk merubah kebatilan dgn tangan dengan menutup pintu kemungkaran.
Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal BERSIH 4.0 ini adalah wahana perubahan utk kebaikan.
Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yg lain dan sebagainya?
Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah oleh penganjur. Bahasa yang digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama2 membina Malaysia yg bersih rasuah.
Bersih menuntut perubahan termasuk PERLETAKAN JAWATAN Perdana Menteri.
Menukar Kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihanraya sahaja?
Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli2 Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing2? Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana BERSIH dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedang2 ia dibenarkan oleh undang2.
Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.
Imam Abu Hanifah membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.
Dalam suasana Malaysia, para ulama' seharusnya, jika tidak terlibat dgn bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dlm bidang kepakaran yg khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa. Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strategik.
Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dll dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.
Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama' tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.
Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dlm mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri. Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yg uzur perlu diwakili tatkala keputusan utk kepentingan ummah perlu diambil.
Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat asabiah kemelayuan atau ketuanan Melayu?
Tidak boleh menjatuhkan Kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?
Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.
Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.
Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kpd khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.
Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?
Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4.0, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.
Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM telah dilantik?Semua orang tahu apa yang berlaku kpd agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini. Mula2 menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan ISIS, kemudian pemecatan TPM / penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat, pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama isu 1MDB masih misteri.
Ini hakikat yng berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dlm hal yg amat memalukan negara ini?
Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalm surah hujurat.
Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang2 nak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat oleh pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan v apabila rakyat bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.
Ini satu pandangan yg boleh juga direnungi.
DEMONSTRAN BERSIH 4.0
Pagi Subuh, 30 Ogos 2015,
Tepi Persimpangan Jln Tun Razak dan Tun Perak.

Bersatu berbagai Bangsa



TERHARU ....
T BERJAMAAH DI DATARAN MERDEKA. MALAH MENGAWAL KEADAAN SEKELILING KETIKA PESERTA MUSLIM BERSOLAT JAMAAH.
lllllllllllllllll

Muhammad Ali shared Harapan Baru's post to the group:Friends Of PAS.
15 hrs · Edited ·
Jom komen
Petang tadi punya cerita...beberapa orang Islam cari air nak wuduk, brader Cina bagi air mineral dan tlg tuang. Terharu...This is Malaysian!

komen

Mohd Fadzlizan x marah .pasal apa nak marah ..coz orang Jahil patut di ajar di tarbiyah..

Solat itu tiang Agama..tidak boleh tidak mesti(Wajib) di buat atau di lakukan..X kira keadaan x kira keselesaan x kira sakit tetap kena dirikan...dlm keadaan itu(refer issue) ...

Jika mereka bukan Islam mahu menolong ..itu sudah baik...mana tau lps itu mereka di beri hidayah..melihat tertib nya Umat Islam bersolat...

Tolong lah simpan dalam kepala...Allah x melihat Solat kamu tapi Allah melihat hati kamu...jika kamu melakukan atas sumpah Lillahitaala...x der hal Amoi ke org kafir kw itu semua alasan saja

..tue maka nya Masjid surau selalu sush nak dapat dua tiga saff coz orang macam kamu cari alasan x mau solat ikut yg di fardukan..dan Allah janji jika sampurna solat nya maka sampurna lah amalan lain nya...sya saran agar kamu pergi lah ke surau ke Masjid,,hadir kuliah Ilmu belajar dan berguru itu Penting .....

Lelaki ini meneruskan Solat walau pun di Bakar...kamu tengok Amoi dah tangguh solat..haha
Like · Reply · 

Sunday, August 30, 2015

Lagi aku ambik gambar tempat cantik punya... Lautan rakyat berbaju kuning..... Yg mahu kan perubahan landskap politik dalam negara...
@aku nak balik la...dataran terlalu padat dah....aku dah penat.....

  • Bulan Purnam Dalam ucapan Tun dihadapan ribuan peserta BERSIH yg majoritinya dari Pembangkang, Tun M tetap mahu BN terus kekal sebagai Kerajaan pada PRU-14 nanti & dlm nada yg berseloroh, anda juga menang, kerana Najib bukan lagi PM ketika itu... Ucapan Tun lalu disambut dgn tepukan gemuruh dari ribuan peserta perhimpunan & sambil laungan "UNDUR NAJIB" mengamatkan suasana. BN seharusnya memberi penghargaan kpd Tun M, krn berani berkempen untuk BN didepan ribuan peserta BERSIH. Skrg sudah terbukti, Tun M tetap menyokong BN & bukan BERSIH. Kehadiran Tun, bukan memberi sokongan kpd BERSIH, tetapi menghargai majoriti rakyat yg mahukan Najib berundur segera.
    Tun M singgah jengok bersih 4 ramai yg tak boleh terima manakala gang2 Najib ambil kesempatan serang Tun.

    Dlm isu ini kita harus paksa otak berfikir di luar kotak pemikiran biasa.

    Tun M sokong rakyat yg mahu tolak Najib, bukan sokong bersih. Ini Tun M buktikan apa yg beliau katakan ketika di Majlis Bicara Negarawan.

    Baca Twitter Samy Vellu yg menyatakan Tun M adalah master of PR. Betapa org ramai telah besorak gembira melihat kemunculan Tun M dan Isterinya. Kehadiran kit siang dan Anwar pun tak disambut mcm ni.

    Kita tahu bersih 4.0 adalah milik pakatan rakyat, tetapi dgn kehadiran Tun M di sana telah meng "hijack" bersih tersebut sehingga membuatkan Lim kit siang, wan azizah, mat sabu dan pemimpin2 PR yg lain terkedu hilang akal tak tahu nak sokong atau kritik. Betapa cerdiknya Tun M ambil kesempatan keatas bersih 4.0.

    Jika Tun M tidak hadir ke Perhimpunan bersih, Perhimpunan tersebut tetap berlaku dan ianya boleh menjadikan pemimpin2 PR sewenang2nya menggunakan pentas tersebut utk hasut rakyat dgn bermaharajalela.

    Hasrat Tun M utk mendesak Najib berundur sangat jelas maka Tun M jadikan platform Bersih 4.0 utk merealisasikan hasratnya itu setelah segala saluran secara baik telah dihalang oleh kuasa Najib.

    Inilah Tun Dr. Mahathir, walaupun usianya telah mencecah ke angka 90 tahun tetapi kepintaran dan "putarbelit' politiknya tidak terjangkau oleh segelintir golongan muda yg mengaku bijak.

    Fikir dengan akal yg bersih serta iman