Friday, September 18, 2015


Mohd Zazrie Hardy
📌 PAS ITU KUAT KERANA KEKUATAN ISLAM 📌

Saya tidak pernah mengalami situasi krisis begini, walaupun saya sempat bertentang mata dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dan kini Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan berkesempatan menatap HARAKAH zaman keluaran tulisan jawi, mungkin masa tu saya remaja lagi, tak ambil tahu sangat pasal krisis kepimpinan, bila saya membaca tulisan Hj Subky Latif saya dapati ada juga berlaku krisis namun itu semua berlaku di zaman yang saya tak ambil tahu pasal kepimpinan, tahunya menampal poster, pasang bendera, panjat tiang letrik, pokok kelapa, dengar ceramah dan merutini kerja-kerja bertaraf kuli.

Sepanjang menyelusuri zaman tersebut saya melihat secara zahir keikhlasan para 'amilin PAS, bertungkus lumus bekerja tanpa balasan dunia, namun apa yang didalam hati mereka, hanya Allah سبحانه وتعالى yang mengetahui. Mereka sanggup korbankan harta, tenaga dan masa demi perjuangan, malahan ada yang terkorban dari kelangsungan rakusan kebencian hati UMNO kepada PAS. Semua ahli PAS jika ditanya, kenapa berada di dalam PAS, jawapannya hanya "kerana Islam", saya dewasa di dalam era kepimpinan Ulama', teruja dihayun gelombang Tarbiyyah ketika usia belasan tahun dan ketika berlakunya 'Fenomena Haji Hadi'.

Ahli PAS itu mahunya hanya Islam, mahunya hanya dipimpin oleh Ulama', kerana Ulama' itu pewaris Nabi صلى الله عليه وسلم . Kita sudah ketiadaan Nabi, maka mahunya ahli PAS, biarlah PAS ini dipimpin oleh warisNya iaitu Ulama', tetapi bukan pula menolak yang bukan Ulama', dari dulu pun, PAS dibangunkan bersama oleh golongan bukan Ulama', sama ada golongan profesional hinggalah golongan penganggur sekalipun. Apa yang ahli PAS nak, kalau dia bukan Ulama', biarlah dia golongan yang mencintai Ulama'. 'Kalau kamu tidak boleh menjadi Ulama', jadilah orang yang belajar dengan Ulama' atau jadilah orang yang membantu Ulama' atau jadilah orang yang cinta pada Ulama' dan jangan kamu jadi golongan kelima', inilah pesan para Ulama'.

Nak pisahkan Islam dan Ulama' dari PAS, macam nak pisahkan nyawa dari badan, samalah juga sepertinya tidak boleh berpisah Aqidah dan amalan, orang boleh berhujah macam-macam untuk keluar dari PAS, tetapi 'ahli tegar' PAS tak mungkin dipengaruhi, sebab mereka melihat Islam itu bukan sahaja dari sudut Aqidah, Tetapi juga amal, orang tak nampak Aqidah tetapi orang akan nampak terjemahannya iaitu amal. Amal itu akan dinilai, sebab itu bukalah parti apapun, amal itulah akan menjadi panduan dan hujah, amalan pula bukannya boleh dijadikan lakonan, kalau berlakon pun tak tahan lama, macam golongan munafik zaman Nabi صلى الله عليه وسلم, lama-lama zahir juga lakonannya.

Kita boleh buka parti lain, tapi tak boleh buka pintu syurga, semua parti tak mampu membukanya termasuklah PAS, kerana itu milik Allah سبحانه وتعالى, Allah Ta'ala dah letak syarat untuk orang yang nak memasukinya iaitu "orang-orang yang beriman dan beramal soleh". Bagi ahli PAS kerja dalam parti itu adalah amal soleh, maka amal soleh itu mesti bertepatan dengan Aqidah dan hukum syarak, sebab itu kalau berlaku krisis dalam PAS, isunya mesti agama, antaranya isu hudud. Matlamat perjuangan PAS ialah menang dengan redha Allah سبحانه وتعالى, walaupun ada orang perli 'PAS tak nak menang, tapi nak redha Allah jer', ada juga sebut 'lebih baik PAS tak masuk politik, duduk masjid je untuk cari redha Allah je'.

PAS nak menang dengan keredhaan Allah سبحنه وتعالى sebab itu di sepanjang jalan perjuangan kita kena pelihara Aqidah dan pelihara amalan, Istiqamah dengan hukum syarak, kerana mati bila-bila je, mungkin belum sempat menang kita mati dulu, kerana itu kena sabar dalam mempertahankan agama, walaupun orang benci takpe, sebab Allah سبحانه وتعالى hanya redha pada Islam, maka kita mesti berada diatas jalan Islam meskipun orang benci kepada kita, sebab Islam itu tempat jatuhnya redha Allah سبحانه وتعالى. Orang PAS sabar menunggu kemenangan bersama keyakinan bahawa 'Islam pasti menang', walaupun ada orang tak suka kalimah ni, katanya kalimah ini adalah kalimah yang melambatkan kemenangan ditengah masyarakat majmuk sehingga ada yang menebas jalan pintas meskipun terpaksa "orait" kepada golongan yang tidak melihat hukum Islam itu sebagai hukum yang sangat adil.

Islam itu sifatnya sentiasa berkembang, cepat atau lambat bergantung kepada kesuburan tanahnya, kalau tanahnya subur dengan pusat pengajian, majlis ilmu dan ramainya Ulama', maka cepatlah kelopaknya berkembang, kalau kurang subur maka lambat lah kembangnya, tapi berkembang juga. Nak paksa kelopaknya terbuka sendiri tak boleh, ia mesti melalui proses semaian, pembajaan dan penjagaan, suburkan tanah itu dengan ilmu, maka kelopaknya akan cepat berkembang. Lalu bagaimana nak pisahkan Islam dan Ulama'? Jawapannya, pastinya tak boleh, sebab Ulama' itu penyubur kepada benih-benih Islam dan PAS itu berkembang dengan kesuburan Islam, di mana tempat kuatnya Majlis ilmu dan ramai Ulama'nya, maka di situlah 'kuatnya PAS'.

UMNO dah cuba nak hapuskan PAS sejaj puluhan tahun lagi, tapi tak pernah langsung berjaya, malahan semakin lama semakin berkembang, sebab sejarah telah membuktikan ISLAM ITU SIFATNYA MENJADI SUBUR DITENGAH CARUT MARUT MUSUH. Ahli PAS pasti mati, tapi Islam tetap hidup sebab yang kuat itu Islam, bukannya PAS, PAS hanya menumpang kekuatan Islam, jika PAS tetap berpegang dengan Islam, maka PAS akan terus kukuh, walau dibelasah setara mana sekalipun.... YANG MEMUKUL KELETIHAN, YANG DIPUKUL TAK MATI-MATI, itulah sifatnya Islam.

Nukilan:
YB Ustaz Rosli Abd. Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang

Thursday, September 17, 2015

 Di perik dari sumber
Ismaily Bungsu C with Norani AbgMarzuki BangiKuching and 96 others

HARI MALAYSIA HARI BARISAN NASIONAL

DI negara lain seperti Indonesia hari kebangsaan/merdeka itu disambut oleh rakyat negaranya cukup meriah tanpa peduli apa fa...haman politiknya.
Selalu ada pelbagai acara diadakan yang niatnya menghargai perjuangan mereka yang berjuang memerdekakan negara bangsa mereka.

Acara2 yang diadakan termasuklah ceramah2 kemerdekaan, lomba baca puisi, pameran2 perjuangan pemimpin yang terdahulu disamping doa ikut agama dan kepercayaan masing2.
Sebelum ini di Malaysia juga demikian meski taklah semeriah di negara yang disebutkan tetapi sekurang2nya membawa makna yang cukup bererti untuk banga kita di sabah.

Di Sabah ini tanggal 16 september itu hari paling bersejarah sebab itulah waktunya penubuhan Malaysia dan pmimpin Sabahan menerima watikah lantikan masing2 dan ketika itu juga Govenor Sabah meninggalkan Sabah kembali ke London.

Lalu apa saja yang dapat kita lihat bila bercakap soal pengisian hari malaysia ini?
Kita rasanya semacam diajak melupakan perjuangan bapa donald Stephn/Julius Stephen, Albert Kwok, Mbo Ali dan ramai lagi melawan Jepun hingga mereka dipancung di Petagas.
Kita juga mula melupakan perjuangan Bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustpha termasuk Tun Fuad Stephen.

Kenapa hal2 ini tidak disentuh bangkit agar anak bangsa kita tahu perjuangan mereka hingga Sabah dalam Malaysia menjadi seperti sekarang ini.
Ketika Hari Malaysia dua tahun lalu dan tahun lalu nama pejuang Sabah ini tidak pernah disentuh dan jelas pemimpin UMNO sekarang ini bersikapTIDAK mengenang budi dan setahu saya hanya

ketika Yong Tek Lee duduki kerusi ketua menteri diarahkannya diadakan acara TAHLIL untuk arwah Tun Mustapha dan sesudah itu tidak diingati.

...Nah, sekarang ini yang jelas HARI MALAYSIA itu bertukar coraknya menjadi HARI NAJIB atau hari Barisan Nasional.

Hari Najib dan Barisan Nasional ini disediakan peruntukan khas melalui peruntukan Hari Malaysia yang disediakan setiap tahun dan peruntukan itulah yang digunakan oleh kerajaan untuk meraikan Hari Najib di Sabah sambil perkhidmatan awam dikerah paksa datang seolah memeriahkan sambutan Hari Malaysia itu sendiri hingga rakyat lupa visi dan perayaan Hari Malaysia itu diadakan seperti sebelumnya.

Dengan menggunakan peruntukan yang kerajaan sediakan itu maka dapatlah rakyat disediakan hotel, tambang, elaun poket dan baju merah yang ditulis perkataan SOKONG NAJIB samalah seperti arahan dulu I LUV PM.

Sekarang rakyat Sabah rata2 tersihir dengan janji Najib lebuh raya PAN BORNEO yang berbilion dan kontraktornya Syed Moktar dari Semananjung Malaysia dan kemudian Najib berjanji kasih 20 bilion buat Sabah sedang peruntukan tahunan hanya 4 bilion dan hutang negara sekitar 900 bilion belum termasuk RM42 bilion.

Kita jelasnya dijanjii kosong oleh Najib sedang Sabah penerima anugerah TERMISKIN sekali di Malaysia dan keperluan asas di Sabah masih teruk seperti jalan raya di kampung, air paip dan api letrik, malah baru sebentar tadi sesudah Najib berucap di Kota Padang merdeka, ada beberapa lokasi seperti kawasan Luyang dll bergelap sekitar 90 minit.

Rakyat Sabah kena bangun dan STOP bermimpi indah yang dijanjikan oleh PM Najib yang jelas pintar berjanji sedang janji itu tidak ditepati dan kalau ditepatipun sekadar mengisi kantung anak bini, kroni pemimpin Sabah untuk terus jadi kaya.

ISMAILY BUNGSU
sabah
16/9/2015
11:59pm
PETALING JAYA: Tujuan sebenar penganjur Himpunan Melayu Bersatu, Datuk Jamal Md Yunos mengadakan bantahan aman pada 16 September ini dilihat bermotifkan bisnes.
Dakwaan itu dibuat bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, di laman Facebooknya.
Atas sebab itu Zaharin berkata kebanyakan kawan-kawannya enggan pergi ke perhimpunan yang akan diadakan pada Hari Malaysia.
...
“Rata-rata kawan2 saya tak mahu pergi ke Himpunan Melayu bersatu.. saya tanya apa sebab? jawabnya diurus oleh seorang yang mencari keuntongannya. Mana kamu tahu dia cari keuntongan tanya saya lagi.. Dia ni kat bisnesman jual AP sahaja, projek ikan bakar dia hanya nak kempen jadi Ketua UMNO Bahagian.. lepas tu projek Kedai Ikan 1 Malaysia.. semua sudah bungkus.
“Maka dia akan gunakan program ini untuk dia buat bisnes sahaja. Ya kah begitu, sambung saya.. Ya zaharin, aku pernah nampak dia di pejabat Menteri.. mengikut kata orang pejabat Menteri.. bincang soal tender dia… Aku tak ada nak komen, yang pasti aku hanya sokong, pergi tidak.. aku dah lama pakai baju merah.. kerana baju warna merah itu baju kerjaku,” dakwanya.
Status yang dimuat naik Zaharin kemudian mendapat pelbagai reaksi.
“Walaupun aku keturunan Melayu tapi aku bangsa Malaysia. Aku tak akan terjebak dengan himpunan baju merah 16 September nanti. Nampak sangat perkauman.
“Kalau macam inilah gayanya, aku percaya BN akan kecundang PRU akan datang. Tidak terfikirkah perasaan parti-parti komponen dalam BN seperti MCA, MIC, GERAKAN dll. Beruntunglah Sarawak tidak ada UMNO,” tulis Tinta Mas Mid.
See More


Tuesday, September 15, 2015

Healthy Life

Membawakan info berkaitan Shaklee dan motivasi berkaitan bisnes, agama dan kesihatan. Sumber rujukan terbaik untuk Shaklee dan motivasi di Malaysia.

KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ::

Posted by cikgu mat 


Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikit niche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?! 

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Thursday, September 10, 2015

Di Petik Dari Simber


Renungan tentang Bersih 4.0Steven Sim

Seramai 500,000 orang berhimpun di ibu kota pada minggu sambutan Hari Merdeka yang lalu. Sesiapa yang pernah menyertai perhimpunan awam di Malaysia akan mendapati terdapat perbezaan pada himpunan Bersih 4.0 tersebut. Suasananya seperti pesta, peserta menyanyi, berpuisi, dan membuat persembahan seni.
Saya turut tertarik ke dalam ragam karnival tersebut sehinggakan apabila diminta berucap, saya menyanyi, suatu perkara yang amat jarang sekali berlaku. Lagu yang dinyanyikan itu lagu perjuangan orang lama, “Darah Rakyat”.
Himpunan kali ini dilabel sebagai program kaum Cina kerana kehadiran orang Cina yang amat memberangsangkan. Tapi, tempoh hari saya terdengar satu jenaka tentang Bersih 4.0 dan orang Cina. Katanya, Cina sudah jadi liberal, sedangkan dalam bulan “hantu” mereka tetap berani keluar ke jalanan dan lagi dahsyat, bermalam di jalanan.
Pantang orang Cina terhadap angka “4” yang bunyinya semacam “mati” juga diketepikan. Cina sudah jadi liberal, sudah murtad kecinaannya.
Satu lagi perkara yang terang lagi nyata tentang Bersih 4.0 ini sudah tentulah kehadiran orang Melayu yang kurang berbanding perhimpunan terdahulu. Pandangan saya tentang perkara ini ialah, sebenarnya ramai orang Melayu yang mendukung tuntutan Bersih merupakan ahli dan penyokong PAS.
PAS sebuah parti politik, ada disiplin tersendiri. Disiplin ini termasuklah akur dengan mobilisasi pemimpin mereka. Justeru, walaupun majoriti besar orang Melayu ini menyokong penuh tuntutan Bersih 4.0, namun tanpa digerakkan oleh kepimpinan, maka mobilisasi Melayu lebih rendah.
Namun tidak dapat dinafikan orang Melayu turut beramai-ramai keluar berarak, berhimpun, bermalam di Kuala Lumpur semasa Bersih 4.0, sampai solat pun di atas jalan raya.
Adakah Bersih 4.0 bawa apa-apa perubahan?
Selepas Bersih 4.0 ada yang bertanya, "Jadi apa korang sudah capai?"
"Adakah apa-apa yang berubah?"
Yang sinis pula bertanya, "Berhimpun sudah, apakah Najib pun sudah meletak jawatan?"
Yang optimis menjawab, "Perjuangan kita untuk jangka masa lama, perubahan bukan sehari dua".
Saya pula berpendapat memang ada sesuatu yang berubah. Apabila 500,000 orang rakyat Malaysia berarak, berhimpun dan tidur di jalanan di Kuala Lumpur dan puluhan ribu lagi berkumpul di lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia, ada suatu perubahan berlaku serta merta.
Dan bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung, yakni mereka yang mempunyai ahli keluarga ataupun kenalan yang menyertai Bersih 4.0, ataupun mereka yang mengambil tahu dan mengikuti perkembangan Bersih 4.0 tersebut, ataupun mereka yang membantu menyebarkan maklumat, yang “Share” dan “Like” dalam Facebook, yang membeli T-shirt kuning, yang memuat naik foto bertema kuning di laman media sosial, yang memakai baju ataupun apa-apa yang berwarna kuning pada hari minggu tersebut, buat mereka juga, ada suatu perubahan berlaku serta merta.
Apa perubahan tersebut?
Dari dulu lagi, kita sudah tahu “negara sedang menghadapi krisis”. Tahu itu tahu dari membaca ataupun berbincang, tahu buku teks kata orang, “tahu dari jauh”. Tapi selepas melalui Bersih 4.0, tahu itu sudah menjadi “tahu daripada pengalaman sendiri”.
Macam belajar secara teori dan belajar secara pengalaman kerja, dua-dua pengetahuan yang penting, tetapi tak sama. Selepas bermandi keringat di Bersih 4.0, sudah tentu pengalaman itu memberi nafas dan pengertian baru kepada ide “negara sedang menghadapi krisis”.  Pada masa yang sama, pengalaman baru itu juga memberi dorongan yang lebih kuat kepada mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan negara.
Apakah tidak, apabila seseorang itu sanggup bersusah payah membeli T-shirt, mengembara ke Kuala Lumpur, mengambil risiko berhimpun walaupun diancam penguasa, berarak dan berkumpul di bawah panas terik ibu kota, bertilam-bantalkan tar yang kasar dan keras pada malam hari, menyeberangi halangan psikologi pemikiran “selamat” yang konservatif seperti “jaga kestabilan masyarakat”, jangan provokasi, peristiwa 13 Mei dan termasuk sekali pantang larang tentang “bulan hantu”; jika seseorang itu sanggup bersusah payah sebegitu, maka tidak hairan komitmennya terhadap matlamat selamatkan Malaysia pun berganda.
Di atas jalanan pada hari itu, walau yang paling sinis sekalipun, semua yang terlibat dapat merasai harapan yang menggunung. Di atas jalanan pada hari itu, rakyat Malaysia berkeyakinan “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara”.
Apa yang perlu dilakukan sekarang?
Tiga tahun lalu, saya menulis dalam buku saya,
"Pada masa di mana ada terlalu banyak suara menawarkan pelbagai pilihan, Ironinya perkara paling pragmatik dan juga paling revolusioner yang boleh dilakukan adalah jangan buat apa-apa, diam dan berfikir sejenak.
Analisa keadaan secara kritis dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya, supaya tak timbul keadaan “pi mai pi mai tang tu”, iaitu buat bermacam-macam tetapi hasilnya tetap sama sahaja.”
Apabila semua orang tengah sibuk nak melakukan sesuatu, ambil selangkah ke belakang dan renungi masalah di depan kita secara kritis sebelum kita masuk semula sibuk beraktiviti.
Jadi apa sebenar permasalahannya di sini?
Masalah yang kita hadapi sekarang, yang menyebabkan krisis negara ini bukannya ketamakan individu semata-mata. Ia juga bukan tentang Najib semata-mata. Kalau ia tentang seorang individu bernama Datuk Seri Najib Razak yang tamak haloba, maka mudah ditangani, tukar saja orangnya. 
Tapi kita semua sedia maklum, Najib tukar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kah, tukar Tan Sri Muhyiddin Yasin kah, tukar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kah, tukar Khairy Jamaluddin kah, tukar siapa-siapa sekalipun, tetap sama. Justeru, tidak memadai sekadar suruh Najib letak jawatan.
Masalah sebenarnya adalah sistem.
Sistem di mana semua benda boleh dijual beli atau dalam bahasa seharian kita, budaya "boleh settle". Dalam sistem ini, semua orang berpotensi menjadi Najib. Sebab sistem ini membenarkan siapa sahaja yang buat salah untuk "membeli jalan keluar". Asalkan ada kuasa atau wang atau lebih baik, kedua-duanya sekali.
Dalam sistem ini, kita boleh jual beli apa sahaja, daripada pendidikan terbaik sehingga kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang, sampai boleh jual beli soalan bocor Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR). Kita boleh jual beli layanan keutamaan di lapangan terbang dan di hospital sekalipun.
Kita boleh membayar wang lebih untuk servis VIP di hotel, begitu juga untuk "layanan istimewa" di jabatan kerajaan. Kita boleh jual beli perlindungan undang-undang malah bila kita buat salah boleh dibeli perlindungan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Kita bukan sahaja boleh jual beli perkhidmatan orang lain, malah boleh jual beli organ-organ orang lain, dan yang paling dahsyat sampai jual beli orang lain pun boleh, kalau ada wang dan kuasa. Kita boleh jual beli sokongan walaupun tiada yang sudi menyokong – itulah sebabnya parti yang dapat sokongan hanya 48% itu boleh tubuh kerajaan.
Semuanya boleh dijual beli dan kita sebahagian daripada sistem ini.
Minggu lalu, ada seorang wanita menghubungi saya minta pertolongan. Dia mencuri barangan bayi bernilai kira-kira RM200 di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan saya. Dia merayu minta saya tolong “settle” di luar mahkamah.
Saya menasihatinya untuk mendapatkan khidmat guaman, itu sekadar yang boleh saya bantu buat masa ini. Dia kecewa dan berkata, "Kerana RM200 hidup saya musnah, namun sesetengah orang terlepas walaupun sudah ambil RM2.6 bilion”.
Kita semua berpotensi menjadi Najib.
Perkara ini bukan soal ketamakan peribadi, sebaliknya, ia adalah akibat satu sistem yang tidak menjamin akauntabiliti dan ketelusan. Sistem yang mana kalau buat salah sekalipun, “jalan keluar” boleh dibeli. Wanita tadi tidak mampu untuk membeli jalan keluar bagi dirinya, tapi di bawah sistem ini, ramai yang mampu dan melakukannya. Jika yang buat salah terlepas begitu sahaja, maka di manakah keadilan?
Di manakah amar ma'ruf nahi munkar? Di manakah soal hak dan tanggungjawab? Sebab semua perkara boleh “settle”, boleh dijual beli, asalkan ada wang dan kuasa.
Yang paling menyedihkan ialah, dalam sistem tersebut, semua benda, waima demokrasi sekalipun, menjadi mahal. Bukankah Barisan Nasional sendiri mengaku perlu RM2.6 bilion semata-mata untuk mengalahkan satu parti lawan iaitu DAP semasa pilihan raya yang lalu.
Demokrasi sudah menjadi terlalu mahal untuk marhaen dan murba. Orang biasa sudah tidak mampu memiliki demokrasi, terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan demokrasi untuk menyuarakan kepedihan hidup.
Jangan celoteh banyak, berikan satu strategi yang praktikal
Ada juga yang akan berkata kepada saya, “Tak payahlah cerita panjang lebar, bagi tau terus apa benda yang boleh kita semua lakukan selepas Bersih 4.0, benda yang betul-betul praktikal”. Baiklah...
Sementara kita menanti sistem ini diubah oleh "orang-orang politik besar” – entah bila – satu nasihat saya kepada semua penyokong Bersih 4.0 pasca himpunan kita ialah ini: Ayuh kita semua berpura-pura apa yang kita inginkan benar-benar wujud.
Maksud saya ialah, kita anggap seolah-olah demokrasi itu wujud, tadbir urus baik itu wujud, hak asasi manusia wujud, keadilan juga wujud. Walau dalam keadaan sekarang, memang susah nak anggap semua perkara ini wujud di Malaysia, marilah kita berpura-pura ia ada.
Contohnya, tentang keadilan, hiduplah seolah-olah ada keadilan, anda mungkin akan dilihat sebagai naif dan ditertawakan, tetapi tuntutlah keadilan, kejar keadilan dan berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sudah tentu tabiat ini tidak masuk akal dalam sistem yang saya sebut tadi. Sudah tentu lebih mudah untuk kita beli jalan keluar daripada susah payah menuntut keadilan. Tapi biar kita anggap dunia ini semacam ada keadilan dan bertekad untuk mencarinya.
Dan tuntutlah tadbir urus baik daripada kerajaan di semua peringkat: kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kita kena buat semacam tadbir urus baik ini perkara biasa bukan perkara luar biasa. Justeru kita mesti mengharapkan perkhidmatan yang baik daripada kerajaan, kalau tidak memperolehnya, kita kena tuntut “kao kao”, tuntut sampai dapat, seolah-olah perkara ini patut berlaku.
Kita perlu buat-buat bodoh macam budak kecil yang tidak segan silu minta dan minta dan terus meminta supaya tadbir urus baik ini dilaksanakan.
Bagi demokrasi pula, kita turun berkempen dan mengundi seolah-olah usaha kita mampu mengubah keadaan. Memang lebih mudah untuk kita putus asa dan anggap kita tidak mampu mengubah sistem ini. Memang lebih mudah untuk kita sinikal dan tolak sebarang usaha sebagai sia-sia. Tapi untuk sekarang, biar kita naif, kita tuntut demokrasi seolah-olah benda ini wujud, seolah-olah pilihan raya itu adil bersih dan telus.
Bayangkan, jika cukup ramai orang yang berpura-pura demokrasi itu wujud dan berkesan, jika cukup ramai orang yang menuntut demokrasi, turun berkempen dan turun mengundi seolah-olah tiada penipuan dalam pilihan raya.
Jjika cukup ramai orang yang rela dicemuh sebagai naif dan mereka masih percaya serta yakin undi mereka itu penting - maka nescaya kita akan nampak, harapan tinggi menggunung di jalanan Bersih 4.0 hari itu, semangat “ya, kita mampu untuk mengubah nasib negara” yang diperlihatkan oleh peserta-peserta perhimpunan akan diulang-ulang kali ini bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di seluruh pelosok Malaysia.
Sahabatku, bukankah itu suatu revolusi?
Apa yang ingin saya sampaikan dalam panjang lebar ini sebenarnya ialah: Kipidap, dongibap. – 9 September, 2015.
* Steven Sim ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/renungan-tentang-bersih-4.0-steven-sim#sthash.NouHndHL.dpuf

Tuesday, September 8, 2015

Berikutan viralnya status seperti di gambar ini di FB,whatsapp dll serta memberikan pelbagai persepsi negatif, apa kata kita baca komen ustaz Dato' Hj. Shamsuri... Ahmad pasal nasi kandar pelita ni.
Assalamualaikum
Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat 481477-P. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994. Kini terdapat 7 (tujuh) orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India (belum Islam).
Saya Ustaz Shamsuri bin Ahmad adalah salah seorang daripada rakan kongsi dan pemegang saham syarikat ini. Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini.
Untuk makluman semua,
Pada zaman awal penubuhan syarikat ini, tidak banyak isu yang ditimbulkan. Tetapi isu yang berbagai-bagai mula timbul apabila syarikat ini mula berkembang dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah motif sebenar di sebalik isu-isu yang ditimbulkan itu hanya Allah yang mengetahui.
Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Cara isu-isu ini dibangkitkan sangat menarik dan kadang-kala kelihatan “macam cerita benar”. Manakala pencetus isu dan pencipta fitnah ini pula menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan sangat amanah terhadap Allah. Maka sudah pastilah akan ada orang yang terpanggil untuk mengembangkan fitnah ini atas rasa tanggungjawab terhadap agama.
Saya sebagai seorang yang berpendidikan agama (Islamic Scholar), apatah lagi seorang yang terlibat secara langsung dalam medan dakwah. Memberi kuliah-kuliah pengajian, lebih-lebih lagi kaset-kaset kuliah pengajian saya bertebaran di sana sini, sudah tentulah saya amat faham tentang hukum haram halal dan tentu tidak akan berkompromi dalam hal yang seumpama ini.
Saudara-saudara,
Izinkan saya membuat sedikit penjelasan.
1. Islam tidak pernah melarang umat Islam berkongsi niaga dengan bukan Islam. Tidak ada satu nas Al-Quran atau hadis nabi yang menyatakan larangan terhadap perkara tersebut. Bermakna dari segi agama seorang Muslim boleh menjadikan bukan Islam sebagai rakan kongsi dalam perniagaan. Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang belum Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya.
Setidak-tidaknya di Pelita nasi Kandar, saya sebagai salah seorang rakan kongsi (bukannya makan gaji) sentiasa mengawasi perkara-perkara ini.
Untuk makluman saudara-saudara juga, Pelita Nasi Kandar kini mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India yang kita semua maklum tentang kemiskinan dan kedhaifan hidup mereka.
Kami di Pelita Nasi Kandar sangat bersyukur kepada Allah kerana kami dapat membantu mereka. Pendapatan yang seorang pekerja perolehi dapat menyara dan memberi makan kepada beberapa ramai ahli keluarganya di India. Semoga Allah menerima amal kebaikan yang sedikit ini sebagai satu amal baik di sisi-Nya.
2. Untuk memastikan kebersihan dan kehalalan serta menghapuskan keraguan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn.Bhd. Nombor pendaftaran 554846-A untuk menguruskan soal pemerosesan ayam.
Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.
Proses ini dilakukan mengikut kaedah dan kehendak Syarak sepenuhnya. Sohibus Samahah Dato’ Mufti Pulau Pinang Dato’ Haji Hasan Haji Ahmad dan rombongan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah dijemput untuk melawat, melihat dan memberi nasihat kepada pekerja-pekerja kita dari aspek Syariah.
Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi Sijil Halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Bahkan pekerja-pekerja bahagian sembelihan juga mempunyai Sijil Pengesahan Penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Semua outlets (rangkaian) Nasi Kandar Pelita di seluruh Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menggunakan ayam yang diproses sendiri oleh Ayam Pelita Sdn.Bhd. Lori-lori kita akan bergerak ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 2 hari sekali. Pelita Nasi Kandar juga mempunyai satu bilik beku di Pelita Seksyen 2 Petaling Jaya dan 3 bilik beku di Pelita Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ikhlas,
Ustaz Shamsuri bin Ahmad
Pelita Nasi Kandar
Penang
SHARE untuk kebaikan bersama. Jom pekena pelita nasi kandaq kat Chai Leng Park cwgn yg pertama tanpa rasa ragu dan was-was. Sempoiii..
See More
  •  Kita terima pandagan itu atas ke bertanggung jawaban Tuan sebagai orang Islam yg mengatahui ada nya hari soal jawab di akhirat atau di hari perhitungan di hadapan Allah s..w.t...cuma sebaik nya artikel atau pandagan dan pengesahan ini sepatut nya di tulis oleh orang lain yang bermaksud tidak ada kaitan dgn Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd (dlm hal ini Tuan Rakan Kongsi)...dan orang itu hendak lah dari kalangan orang berilmu terkenal atas sifat keimuan nya dan yg sering kita lihat kebaikan nya...baru lah ia dapat di terima tanpa was was....lagi satu tentang harga...ia amat tinggi jika di bandingkan dgn restoran lain yg di anggap sama taraf dgn nya...apa kah tidak ada konsep Jariyah seperti yg di galakan dlm Islam...? kerana Islam itu meliputi keseluruhan kehidupan (Rahmatallilalamin) bukan sekadar bila perlu.... (Haha Skdar Pandagan-gamb hiasan saja Saja)
  • Like · Reply · 

Monday, September 7, 2015

 shared Muhammad Radzi Ismail's photo.



Ex MB Terengganu Ahmad Said bertanya ...

UMNO telah memerintah Msia selama 57 tahun dan masih menangis untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu ... Melayu... terancam ... Melayu yang hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain

Dia bertanya .... selama 57 tahun, UMNO memerintah negara, Islam adalah agama Negara, apa yang UMNO telah lakukan jika Malaysia dan Islam adalah di bawah ancaman?
Beliau berkata, fakta adalah: -

1) Malaysia mempunyai 9 Sultan dan raja dan mereka adalah Melayu.
2) PM & TPM, jawatan paling atas yang kuat memegang Malaysia adalah Melayu.
3) Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan sentiasa Melayu.
4) Selain daripada Pulau Pinang, semua ketua menteri & MB Melayu.
5) Majoriti Menteri-menteri Persekutuan Melayu, dan Kementerian berpengaruh dan penting diketuai oleh orang Melayu.
6) Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50% adalah Melayu.
7) Lebih daripada 93% daripada gov't Depts, dari rendah ke jawatan tertinggi, berbangsa Melayu.
8) DEB telah dirancang dan dilaksanakan untuk orang Melayu.
9) 80% daripada kuota Uni dikhaskan untuk Melayu.
10) Diskaun istimewa untuk rumah dan saham beli adalah orang Melayu.
11) jawatan utama semua sektor dan cabang Angkatan Tentera dan Polis yang dipegang oleh orang Melayu.
12) GLC dikawal dan dikendalikan oleh orang Melayu.

Dia bertanya bagaimana boleh orang Melayu (yang sudah berada di dalam kawalan mutlak semua institusi penting dan tonggak kehidupan politik, ekonomi dan sosial) terancam, dan menghadapi bahaya yang menganiaya dan disingkirkan oleh kaum minoriti?

Ia sebenarnya pemimpin UMNO & kroni mereka yang - dengan ketamakan yang tidak berkesudahan mereka - terus membuli & berbohong kepada orang Melayu dengan menyalahkan orang Cina dan India, dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam.

Ahmad Said menggesa orang Melayu untuk bangun dan melihat niat jahat Warlords UMNO.
Pls FWD kepada rakan-rakan & kumpulan

Thursday, September 3, 2015

MOUNTDWELLER 

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU


Benarkah Najib akan tunduk dan sedang hadapi detik-detik akhir? 

Detik akhir Najib semakin pasti, kata akhbar Indonesia Published: 2 September 2015 11:13 AM 

;

Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat dan gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah. –

Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015. Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir. "Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'.

"Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya,"

 kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini. Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998.

"Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu. "Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah."

Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka.

 "Tidakkah mereka faham, adakah semangat patriotisme dan kecintaan mereka begitu cetek dan miskin? Tidakkah mereka memahami negara ini dibina atas darah dan keringat pejuang kemerdekaan kita?" katanya kepada perwakilan Umno pada mesyuarat hari pertama perhimpunan tersebut.

Perhimpunan, yang ke-4 anjuran kumpulan gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 diadakan ekoran hubung kait Najib dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Najib sejak awal menafikan sebarang salah laku dengan berkata wang itu diterima daripada seorang penderma dari Timur Tengah atas dasar mempercayai Umno.

Sambil berkata tiada apa yang baharu bagi mendiamkan perbezaan pendapat rakyat, The Jakarta Post berkata Najib kini semakin sukar memandangkan terdapat pembangkang dari dalam Umno dan juga mentor bekas politik,

Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir secara terbuka menyokong bantahan dan menggesa "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan Najib.

"Malaysia hanya boleh mengamalkan demokrasi sebenar jika Perlembagaan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

 Selagi negara menentang pemikiran revolusi ini, ia akan kekal sebagai negara berasingan. "Pemergian Najib hanya satu langkah dalam usaha Malaysia untuk mencapai wawasan yang masih jauh," tambah akhbar itu. – 2 September, 2015.
Di Petik Dari Sumber



BERSIH 5 - LE GRANDE FINALE



Bersih 4 baru berjaya selesai. Tapi  hari ini sekali lagi saya membawa ayat-ayat songsang. Sekali lagi saya membawa ayat-ayat sesat. Sekali lagi saya membawa berita buruk. Najib TIDAK akan berundur. Kemusnahan negara ini akan berterusan. Ini hakikat.

Sebenarnya dari fakta sejarah - sayalah sosok yang seharusnya bergumbira dengan Bersih4.  Seharusnya saya merayakan satu kejayaan pribadi.



Pada tahun 1998 - lebih tepat lagi pada petang Sabtu 24 Oktober 1998 - lebih kurang jam 5.00 petang saya telah ditangkap disebelah bangunan Pertama Komplek Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya dibawa ke rumah pasong Dang Wangi untuk ditahan. Kamera SLR Nikon AE saya  telah dirampas sahingga  hari ini TIDAK dipulangkan.



Esoknya - pagi Ahad 25 Oktober 1998 - saya telah dibawa ke PULAPOL di Jalan Semarak. Disana saya dikumpulkan dengan puluhan lagi penunjukan perasaan yang kelihatan telah ‘ dibelasah’. Ramai yang kelihatan cedera, bengkak-bengkak dan kelihatan berdarah dan luka yang telah kering. Dalam sejarah - ini adalah - Malam Reformasi Kampong Baru.



Pada Ahad 25 Oktober 1998  induk berita muka depan Mingguan Malaysia - ada kenyatan  resmi Perdana Menteri Mahathir Muhamad  yang mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa DALANG DEMONSTRASI  yang menyokong Anwar Ibrahim telah berjaya ditangkap. Dalang yang dimaksudkan oleh Mahathir Muhamad ialah  Hishamuddin Rais. Ini terpampang di muka depan Mingguan Malaysia.



Pada ketika itu saya bukan dalang. Tetapi saya memang memiliki pandangan dan garis politik yang mengajukan tunjuk perasaan jalan raya sebagai wadah politik. 



Demonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim diteruskan. Dari segi fakta sejarah - saya terlibat  secara langsung menyusun dan mengatur gerakan menentang Mahathir dan United Malays National Organisation. Akhirnya - Mahathir Muhamad menahan saya dibawah ISA pada tahun 2001.



Pada era ini Mahathir Muhamad adalah Perdana Menteri. Dia  telah berkali-kali membuat kenyataan: DemonstrasiBUKAN budaya kita. Demonstrasi adalah budaya asing.



Mahathir Muhamad  juga memperlekeh Gerakan Pelajar Demo Baling 1974. Garis Mahathir - demo bukan budaya kita  - telah disambut oleh tukang bodek dan tukang cari kontrek untuk menjadi naratif nasional.  Tetapi Hishamuddin Rais meneruskan garis politik jalan raya tanpa henti-henti.



Akhirnya  pada Sabtu 29 Ogos 2015 jam 7.37 petang Mahathir Muhamad telah datang turun ke persimpangan Jalan Tun Perak dengan Jalan Raja Laut. Mahathir telah turun ke jalan raya.



Mahathir muncul untuk memberi sokong kepada Bersih4. Sebelum ini  Mahathir telah ada dilaporkan berkata bahawa demo ialah adalah jalan akhir untuk menjatuhkan Najib.



Hakikatnya  garis politik jalan raya Hishamuddin Rais telah berjaya. Jalan raya  kini telah menjadi budaya politik Malaysia. Hakikatnya Mahathir  Muhamad kini tunduk dan akur dan mengikut jejak langkah Hishamuddin Rais.

Ini kemenangan pribadi untuk saya. Tetapi  politik jalan raya bukan tentang kemenangan pribadi. Politik jalan raya ialah satu pendekatan untuk menumbangkan kezaliman  dan menegakkan keadilan.



Justeru  bukan kemenangan pribadi  yang hendak saya rayakan. Saya mahu menganalisa  dan mencari sebab musabab kenapa Mahathir Muhamad akhirnya menerima politik jalan raya - yang satu ketika dahulu amat-amat dibenci.  



Pada hemat saya Mahathir memiliki maklumat-maklumat  dalaman yang amat tepat. Contohnya - bekas pegawai  number dua Cawangan Khas PDRM amat-amat setia kepada Mahathir. Pastilah Mahathir  mendapat maklumat tepat lagi tuntas. Pastilah Mahathir mendapat penerangan dari masa ke  masa tentang apa yang sedang berlaku dalam negara. 



Berpandukan maklumat ini Mahathir kini  cukup yakin Mohd  Najib bin Abdul Razak TIDAK akan  meletakan jawatan. Najib akan meneruskan kuasanya. Malah Mahathir kini yakin Najib akan memanggil pilihanraya dalam masa terdekat.



Saya juga menerima hakikat bahawa  Najib TIDAK akan berundur. Datanglah apa sahaja - Najib akan terus berkuasa.  Untuk memperkukuhkan dan menghalalkan kuasa maka Najib akan menggunakan  PRU14. 



Saya cukup yakin dalam PRU14 ini United Malays National Organisation  dan Najib  akan mendapat kemenangan yang amat cemerlang - land slide victory - kemenangan tanah runtuh. Saya juga yakin Najib akan mendapat kembali sokongan dua par tiga dalam Parlimen. 



Apabila kemenangan PRU14 berlaku maka Najib Razak dengan angkuh dan bangga  akan berkata kepada Mahathir Muhamad  ‘ ...$#@! You Mahathir....lihat aku dapat sokongan majoriti rakyat... Kamu nak cakap apa..’



Sedar bahawa ayat-ayat ini akan dihamburkan oleh Najib  sesudah PRU14 maka Mahathir sanggup turun dua kali ke jalan raya untuk memberi sokongan kepada para penunjuk perasaan. Mahathir hanya berkata - teruskan lagi!



Kemenangan besar gerombolan bani Ketuanan  Melayu dalam PRU14 ini akan diheboh-hebohkan sebagai kejayaaan pimpinan Najib Razak. Kemenangan besar dalam PRU14 ini akan digunakan untuk menutup semua mulut pengkritik Najib Razak.



Maka akan dikeluarkan hujah kenapa  United Malaya National Organisation menang besar dalam PRU14. Pertama: kerana Pakatan Rakyat tidak wujud. Kedua: Kerana parti Pas telah pecah. Ketiga: Kerana dalam PKR tanpa Anwar dan ada jalur pandangan yang berterlagah. Keempat: Kerana tidak ada kerjasama antara parti pembangkang. Kelima: Kerana orang  Melayu sedar jika mereka tidak sokong parti Ketuanan Melayu maka parti Cina DAP akan berkuasa.



Hujah ini akan dijaja ke hulu ke hilir  sebagai  naratif politik untuk memperlihatkan keunggulan dan ketrampilan pimpinan sosok yang bernama Najib Razak.



Apakah kemenangaan ini betul? Sebenarnya TIDAK. Semua ini adalah  dongeng.



Yang tepat dalam PRU14 nanti gerombolan  parti Ketuanan Melayu akan menang besar. Yang betul  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan terus berkuasa. Yang tepat dan betul ialah Rosmah Mansor akan terus mengendalikan negara.



Dari sekarang saya beri tahu bahawa  kemenangan Najib  Razak dalam PRU14 nanti adalah hasil penipuan. Lagi besar kemenangan yang dicapai lagi besar penipuan. Lagi banyak undi diterima lagi licik penipuan.



Ini bukan fitnah. Apa yang saya lakar ini  berasaskan fakta  dan babak politik yang telah terjadi.  Apabila saya berkata dalam PRU14 Najib  akan menang besar adalah satu pandangan yang saintifik - yang berasaskan data dan maklumat.



Fakta dan data telah muncul bagaimana Najib  dikatakan akan mendapat surat dakwaan  kes pecah amanah. Surat dakwaan telah disiapkan oleh Peguam Negara dan hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada Najib. Ini kes penyaluran duit sebanyak 42 juta ringgit dari Syarikat SRC International Sdn Bhd masuk ke dalam akaun pribadi Najib.



Sebelum surat dakwaan sampai Najib telah ‘menerajang senyap’ Peguam Negara. Najib memandulkan Badan Petugas Khas Parlimen dengan mengambil 4 anggota badan ini  untuk jadi Menteri. 



Saterusnya - Najib memaksa Ketua Pengarah SPRM Abu Kassim Muhamad terbang ke Amerika untuk dipotong buah pinggang - atas nama cuti berehat.  Seramai 4 orang saksi penting telah diatur untuk menghilangkan diri. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah.



Jika semua ini boleh dilakukan oleh Najib Razak tanpa menghitungkan salah benar. Tanpa mengambil kira hukum hakam. Semua  ini dilakukan hanya untuk memastikan Rosmah Mansor akan terus menjadi teraju utama negara ini.



Maka mustahil Najib tidak boleh mengarahkan Suruhanjaya Pilihan  Raya untuk bersedia dari sekarang. Arahan yang cukup senang bunyinya - ‘PM mahu menang besar’. 



Mustahil ahli Lembaga SPR berani mengengkari arahan Najib. Pasti mereka  sayangkan buah pinggang dan tidak mahu dipaksa pergi bercuti  ke Amerika. Ini hakikat. Ini bukan fitnah.


Justeru - diatas kesedaran inilah maka Mahathir Muhamad sanggup menjilat air ludahnya dan mengikut mashab Hishamuddin Rais turun ke jalan raya sebelum ke pilihan raya.



Mahathir pasti dapat melihat langkah dan tindakan  yang akan diambil oleh Najib. Dia bekas PM selama 22 tahun. Mahathir tahu peranan semua alat dan jentera daulah. Mahathir tahu bagaimana semua jentera  boleh digunakan.  Mahathir kenal hati perut dan saikoloji penjawat awam dari Tan  Seri hinggalah ke pencuci lantai. Mahathir tahu juga sikap feudal dan kebebalan fikrah ahli United Malays National Organisation.  Malah wujudiah kekebalan Najib hari ini adalah hasil kerja Mahathir sendiri.



Kebelakangan ini Mahathir telah  menyebut beberapa kali tentang pilihanraya. Malah pada petang Sabtu Bersih4 - Mahathir telah meminta pengundi kawasan Pekan untuk TIDAK lagi mengundi Najib.  Dalam masa yang sama pada hari kedua Bersih4 - Zahid Hamidi pula telah berkata agar parti-parti komponen BN bersedia untuk menghadapi PRU14.



Satelah memerhatikan semua ini  dan  selesai sahaja Bersih4 - saya berani berkata bahawa PRU14 akan menjadi titik tolak sejarah pilihanraya. PRU14 ini nanti akan berjalan dengan penuh penipuan terancang.



Bersih pernah membuktikan penipuan melalui Tribunal Pilihan Raya yang dibuat sesudah PRU13.  Expose - pembocoran berita dari Wall Street Journal - telah membuktikan bagaimana duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk untuk ‘ menipu’ PRU13. Hanya sekarang ianya terbocor. Ini  penipuan yang terbocor - berapa banyak lagi penipuan  yang  kita tidak akan tahu.



Secara terbuka saya katakan bahawa  penipuan yang amat-amat besar sedang dirancang untuk PRU14. Pemimpin United Malays National Organisation sedar  bahawa Najib dan Rosmah adalah dua biawak hidup yang wajib mereka pikul.



Beban memikul biawak  hidup ini ialah kekalahan dan kemusnahan parti United Malays National Organisation.  Pemimpin parti Ketuanan Melayu  sedar bahawa dua ekor biawak hidup ini TIDAK akan  mengundur. Justeru - untuk sama-sama selamat - kuasa wajib terus dipegang. Dalam PRU14 kuasa saperti dalam semua PRU hanya didapati  melalui penipuan undi. Kali ini bezanya dalam PRU14 - penipuan mega kan dijalankan.



Jika PRU14 adil dan Bersih - Pakatan Rakyat Perjuangan ( PKR-DAP-HARAPAN BARU) akan mengambil alih Putrajaya. Tetapi ini TIDAK akan berlaku.


Kepada para politikus dalam PKR, DAP, PAS, HARAPAN BARU - sila jangan ada ilusi untuk  menang dalam PRU14.  Semua akan lungkup hangus dipukul oleh Najib Razak.



Maka  pada petang dan malam keputusan PRU14 diumumkan secara sepontan BERSIH5 akan meledak. 



BERSIH5 adalah ledakan spontan rakyat tanpa  memerlukan Ambiga, Pak Samad, Mat Sabu,  Maria Chin, Tian Chua, Hishamuddin Rais mahu pun Mahathir Muhamad. Kemarahan rakyat telah sampai ke hulu hati. 



BERSIH5 adalah  ‘le grande finale ' - ledakan kemarahan rakyat spontan kerana  mereka tidak mahu lagi terus ditipu. Anak muda wajib bersedia dari sekarang.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45