Saturday, January 31, 2009
60 peratus setuju bubarkan sayap Umno
|
Oleh hermansamsudeen
"
“Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.Kenyataan diatas dibuat oleh orang kuat Umno yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Menariknya, isu ini telah dijadi bahan undian oleh NTV7 tengahari tadi dan keputusannya, 60 peratus pengundi setuju agar ke semua sayap parti Umno merangkumi Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera dibubarkan bagi menyelamatkan Umno.
Beliau yakin melalui langkah tersebut ia mampu membanteras gejala politik wang yang kini masih lagi berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.” - Utusan, 28 Januari 2008
Tenyata krisis rasuah Umno kini sudah menular kepada generasi baru mereka dan hari ini sahaja. Bukan itu sahaja, isu persengketaan dalaman, fitnah dan juga penyalahgunaan kuasa berlaku.
Ahli-ahli Umno generasi baru juga dilihat sebagai ancaman dalaman kepada Umno dimana dalam persidangan Lembaga Disiplin hari ini, Ketua Puteri Umno cawangan dalam Bahagian Batu, Nor Aisah Rajab didapati bersalah kerana membuat aduan palsu digantung selama enam tahun atau dua penggal pemilihan.
Manakala seorang lagi ialah ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian Taiping, Muzamir Ismail digantung selama setahun kerana menyebarkan maklumat berunsur fitnah yang diterbitkan melalui blog.
Tiga lagi diberi amaran termasuk Setiusaha Bahagian Bukit Bintang, Mohd. Zailan Mokhtar yang terlibat dengan politik wang, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said kerana menghalang pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab serta memfitnah dan seorang lagi ahli biasa dalam Bahagian Langkawi, Shaidan Hashim kerana menjadi ejen dan pelobi bagi calon-calon tertentu.
Umno kini semakin tempang kerana golongan mudanya sudah berani memberontak dan menuntut perubahan hingga sanggup turun melobi dan memfitnah pemimpin mereka.
Dahulu isu-isu sebegini disenyapkan, tetapi akhir-akhir ini ianya dibongkar seolah-olah sengaja membuka pekung didada. Badan Pencegah Rasuah turut dipanggil untuk menyiasat.
Jika dalam pemilihan jawatankuasa peringkat cawangan pun mereka sanggup melobi, merasuah dan memfitnah, apakah dalam Piliharaya peringkat DUN dan Parlimen mereka tidak lakukannya.
Kesejahteraan rakyat bergantung kepada pemimpin yang mereka pilih dalam Pilihanraya. Malangnya Umno gagal menyediakan pilihan terbaik buat rakyat.
Pas jelas lebih bersih dan dipercayai rakyat maka tidak hairanlah jika dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Pas boleh menumbangkan Umno dengan mudahnya.
Berkat perjuangan Pas kerana Allah untuk kesinambungan Islam, maka parti ini tetap terus mendapat redha Allah dan para pemimpinnya bebas dari gejala rasuah atau politik wang. Tiada juga persengketaan dalaman dalam berebut jawatan peringkat cawangan hinggalah ke pusat.
Kalau ada pun, ianya sekadar perbezaan pandangan dalam menafsir dasar Parti yang mana akhirnya kesemuanya bersatu kembali di dalam satu Saf saat berhadapan Allah.
Nilai ilmu, kepakaran dan keikhlasan perjuangan menjadi modal utama dalam setiap pemilihan, bukannya wang ringgit. Sebab itulah dalam Pas kita ada Ketua Cawangan yang yang bertaraf kerani dipejabat memimpin bosnya didalam Parti kerana penglibatan dan juga daya usahanya yang lebih tinggi. Mungkin dia kurang ilmu dunia, tetapi kefahamannya terhadap Islam dan perjuangan menjadikan beliau lebih dihormati diluar.
Malah bosnya yang menjadi ahli begitu taat dengan arahannya jika ia melibatkan soal perjuangan parti.
Dalam kes seperti ini, perjuangan secara berjamaah memberikan kekuatan kepada Parti kerana tidak kira bagaimana kemampuan kewangan pemimpin itu, yang penting adalah kemampuan ia pikul amanah. Ahli akan menyokongnya bukan sahaja dengan tenaga malahan masa dan wang ringgit saat ia diperlukan.
Nampaknya Umno belum sampai ke tahap ini malah mereka semakin jauh terpesong dari perjuangannya, Maka bukan sekadar sayapnya, keseluruhan Umno itu perlu dibubarkan. Jika tiada sayap ia tak boleh terbang, yang tinggal hanya badan yang tiada roh sahaja. Maka kebumikan sahaja bangkai Umno itu sebelum ianya membusuk.
KUIN KOLEJ
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu hari ini menegaskan beliau terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Niat saya (keluar Umno dan BN) adalah bersih dan pendirian saya menyertai (Parti Keadilan Rakyat) adalah untuk mencari platform baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya dapat platform itu.
"Tidak lebih daripada... saya boleh siasat, saya terbuka untuk siasatan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan menyiasat Nasarudin jika wujud elemen rasuah dalam keputusannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat awal minggu ini.
|
Oleh chegubard
Isu kematian A.Kugan bukan isu perkaumandan mendewakan penjenayah.
keADILan Bahagian Rembau dengan ini merakamkan takziah kepada keluarga mendiang A.Kugan yang baru dikebumikan dua hari lepas kerana mati dalam tahanan Polis.keADILan Rembau menegaskan isu ini bukan isu perkauman.
Jika dirujuk kepada statistik kematian dalam lokap beberapa tahun kebelakangan tidak salah rasanya jika wujud persepsi di kalangan masyarakat India bahawa mereka di diskriminasi dan jadi sasaran keganasan PDRM. Sebagai badan penguatkuasa undang undang PDRM bukan sahaja perlu 'betul' tetapi perlu dilihat 'betul'.
Jika persepsi (masyarakat India) ini salah PDRM seharusnya berusaha membetulkan bukan bertindak sombong dengan memberikan perbagai amaran kepada masyarakat sebaliknya perkara yang sama terus berlaku.
Realiti sebenarnya semua kaum terlibat dalam kematian dalam tahanan polis ini.
Menjawab dakwaan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan rasa peliknya kenapa penjenayah 'diherokan'?
KeADILan Rembau tidak sama sekali mengherokan penjenayah. Semua individu yang melakukan jenayah tidak harus terlepas dari undang – undang dan perlu dihukum. Kami tidak menghalang penahanan dan siasatan terhadap Kugan. Jika dia bersalah harus di hukum tetapi kematian dalam tahanan Polis , PDRM harus bertanggungjawab.
Alasan kematianya dipalsukan, Polis yang terlibat termasuk Doktor yang terlibat dalam bedah siasat yang pertama harus bertanggungjawab. Jika tanpa campur tangan dan desakan rakyat belum tentu Peguam Negara akan mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh. Kematian Kugan tidak bermaksud jaringan jenayah dapat dihapuskan. Sindiket mencuri kenderaan melibatkan ramai pihak malah ada 'khabar angin' mengatakan pihak berkuasa turut terlibat secara tidak lansung. Kematian Kugan jika benar dia terlibat dalam jenayah samun kenderaan akan melindungi jaringan jenayah tersebut malah menguatkan 'khabar angin' ada jaringan yang cuba dilindungi.
Kalaupun Kugan bukan wira tetapi mayatnya ialah simbol kezaliman penguatkuasaan undang undang rimba yang salah.
Kami mengecam sebarang usaha menjadikan kes ini sebagai isu perkauman dan memutar belitkan pembabitan keADILan dalam pembelaan kematian A.Kugan dan kesemua mangsa kematian dalam tahanan polis.
Imej SPRM lebih buruk dari BPR
Pada 2 Januari 2009 saya telah menghantar kompilasi laporan rasuah kepada SPRM. Ia merupakan laporan pertama yang diterima SPRM. Laporan ini bertujuan menguji sejauh mana keberkesanan SPRM berbanding BPR.
Namun hari ini genap 30 hari, perkembanganganya amat mengecewakan. Semuanya masih sama. Laporan saya yang turut mengandungi kertas siasatan BPR dan aduan kes rasuah nyata seperti disejuk bekukan (amalan biasa BPR). Sebaliknya SPRM dilihat hanya bertindak dengan kes rasuah atau salahguna kuasa mengikut kepentingan politik.
Tanggapan saya bukan melulu tetapi berasaskan kejadian benar.
November lepas Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau ada membuat laporan polis terhadap laporan media yang melaporkan aduan PUTERI Umno Jempol yang disoal siasat secara pelik di dalam bilik Hotel Murah di Bahau. Dia dan rakanya telah disoal siasat secara berasingan dalam bilik dan dikelilingi pegawai yang semuanya lelaki. Namun BPR telah membuat laporan balas terhadap laporan tersebut malah mengugut akan menyaman saudara Azizi kerana menfitnah. Puteri Umno yang membuat laporan polis dan pendedahan media bagaimana BPR menggunakan sesi siatasan sebagai sesi turning over dan memaksanya menandatangani pengakuan palsu itu sebaliknya tidak dikenakan sebarang tindakan malah dilaporkan dalam media ketika Puteri Umno itu berjumpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kes itu selesai..... selesai bagaimana tidak pula dinyatakan.....
Kes tersebut disenyapkan. Jika benar ahli Puteri itu membuat laporan palsu mengapa tiada pendakwaan terhadap laporan palsunya ? Jika laporan mereka benar kenapa perlu ditutup kes tersebut ?
Sebelum itu lagi saya telah membuat sidang media bersama seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Pilah yang ditahan BPR di tempat kerjanya kerana dituduh oleh YB Datuk Hassan Malek sebagai duta kecil yang dihantar Anwar Ibrahim untuk membelinya. Dalam sidang media tersebut kerani Bank tersebut telah mendedahkan bagaimana soal siasatnya juga telah digunakan sebagai 'turning over' dimana pengarah BPR yang menyiasatnya sendiri berkempen agar dia membenci Anwar Ibrahim.
Dan yang terbaru ialah kewujudan laporan polis Saudara Halimi Kamarulzamman, 46, yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
Bersama ini dilampirkan laporan polis yang saya terima menerusi email dari seseorang yang tidak dikenali. Namun setelah diselidiki laporan polis ini benar wujud.
Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
Menurut Halimi, pada 24 Januari, sewaktu di bawa untuk tahanan reman, beliau sudah memaklumkan kepada Majistret di Ibu Pejabat Polis Kuantan dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam selepas dibebaskan.
Katanya lagi, beliau dipaksa untuk mengaku bahawa seorang pemimpin UMNO, Datuk Norza Zakaria terlibat dengan politik wang.
Jelasnya lagi, biarpun didera dan disiksa, beliau tetap memberitahu perkara yang sebenar dan menafikan pembabitan Datuk Norza Zakaria dengan politik wang.
"Sepanjang masa saya dipukul dan didera, mereka telah memadamkan kamera CCTV yang berada di dalam bilik tahanan itu dengan menggunakan plaster," kata beliau.
Di akhir laporan polisnya, Halimi mendakwa, jenayah yang dilakukan oleh pegawai SPRM tersebut kepada beliau adalah mirip peristiwa yang sering berlaku di Abu Gharib (penjara di Iraq).
"Saya amat terkejut dan takut bahawa perkara ini juga berlaku di bawah SPRM yang baru ditubuhkan ini," katanya.
Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi
Jika ini benar, maka SPRM yang menggunakan wang rakyat berkali ganda lebih banyak dari BPR sungguh mengecewakan. Saya sama sekali tidak membela Dato' Norza Zakaria. Sebaliknya tidak menolak tanggapan bahawa kemungkinan SPRM mungkin dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
Persepsi yang kononya dengan 'terperangkapnya' Norza maka SPRM sudah berani menangkap 'jerung' adalah satu persepsi silap. Norza hanyalah ikan bilis di kalangan MT Umno.
Dalam laporan rasuah yang saya hantar 2 Januari lepas secara terang – terangan dikepilkan
kertas siasatan BPR yang mana BPR nyatakan dua individu ketika menjadi Menteri bersalah rasuah namun dalam ruangan kesimpulan BPR mencadangkan agar digugurkan pertuduhan jika kedua dua individu ini meletakan jawatan termasuk jawatan dalam parti politik.
Kertas aduan bersama bukti rasuah yang dilakukan oleh Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
Malangnya berdasarkan makluman dalaman kedua – dua kes ini 'disenyapkan'.
Sebaliknya SPRM pula dilihat begitu pro Bn apabila tanpa ada pengaduan dengan sendiri menyatakan minat untuk menyiasat kes ADUN Bota yang keluar Bn masuk keADILan.
Amalan rasuah dan pendakwaan terpilih ransang ADUN ubah parti
Nampaknya Umno makin celaru dalam isu membenteras rasuah ini. Umno betul betul seperti seloka Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pernah ucapkan....
"Rasuah oh Rasuah...Beri salah....tak beri kalah...buat Umno serba salah..."
Selepas PRU ke 12 yang lalu, sememangnya ada jambatan 'perhubungan' telah dibina antara PAKATAN dengan 4 orang yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan. 2 daripadanya secara terang memberikan isyarat 'setuju keluar Bn masuk PAKATAN sebaik sahaja PAKATAN berjaya mengambil alih kerajaan pusat. Jujurnya selepas pertengahan September lepas hubungan itu 'senyap'. Namun melihat beberapa perkembangan kebelakangan ini mungkin menjadi sebab beberapa minggu lalu ada 'signal ' positif dari yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan.
Mereka menyatakan bosan dengan polimik politik yang tidak kesudahan dalam Bn sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.
Mungkin panik dengan perkembangan terkini kami diberitakan Menteri Besar Negeri Sembilan telah memanggil perjumpaan tergempar menemui semua YB Bn di Negeri Sembilan dan memberikan amaran kepada mereka. Jika yakin dengan kestabilan Bn mengapa perlu memanggil dan memberikan amaran. Malangnya tindakan beliau telah menjadikan beberapa ADUN semakin menyampah.
Namun saya tidak punya mandat untuk mengumumkan siapa dan bila ? Terpulang kepada YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum ataupun YB. Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk mengumumkan bila masa yang sesuai.
Kita punya banyak masa sebaliknya yang panik ialah Bn itu sendiri. Kes di Negeri Sembilan ini amat menarik kerana seorang ADUN Bn sudah dalam proses perbicaraan di mahkamah tuduhan rasuah. Menurut maklumat dalaman seorang lagi ADUN Bn di kawasan Jempol telah disiapkan kertas siatan rasuahnya dan akan didakwa dalam masa terdekat. Hanya 4 kerusi menjarakkan kuasa rakyat dari mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan. Jika dua sudah didakwa di mahkamah maka kedudukan Bn Negeri Sembilan sudah benar goyah.
Namun kita cukup berhati - hati dalam hal ini dengan mengambil pengajaran September 2008. Walaubagaimanapun tumpuan kita yang utama ialah khidmat kepada rakyat.
Anwar Ibrahim dalam blognya memperingatkan ;
Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.
Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.
Lompat parti tidak bermoral
Sebaik sahaja kemasukan ADUN Bota ke dalam keADILan isu lompat parti mula diperkatakan semula. Ramai pemimpin Bn termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan bahawa amat tidak bermoral bagi mana – mana YB Bn untuk lompat masuk PAKATAN. Kononya YB Bn yang ingin masuk PAKATAN harus menghormati pengundi yang memilih mereka atas tiket Bn.
Kenyataan ini berbeza sekali bunyinya dengan kenyataan Pengerusi Bn Negeri Sembilan ketika menyambut seorang ADUN DAP di Bahau yang meengisytiharkan masuk MCA pada penggal pilihanraya lepas. Pada ketika itu Mohamad mengatakan tindakan ADUN Bahau bertukar parti amat bijak dan tepat demi membela rakyat.
Ini mungkin maksud 'kluk klek' perkataan baru yang diperkenalkan oleh Umno semasa pilihanrya kecil Kuala Terengganu.
Jemputan Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina keADILan Rembau
keADILan Rembau menjemput seluruh rakyat khususnya di Rembau dan Negeri Sembilan untuk hadir sama dalam Pesta yang diadakan sempena Ponggal dan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada 1 Febuari 2009 di Padang Awam, Taman Koperasi, Pedas, Rembau.
Majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan istiadat kaum India dan kemuncak akan bermula jam 8.00 malam dengan acara jamuan perdana, persembahan kebudayaan, penyampaian bantuan rakyat miskin dan ucapan pemimpin.
Majlis yang akan menjadi Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina terbesar yang pernah diadakan di Rembau itu akan turut dihadiri oleh YB Datuk Kamarul Baharin Abbas, YB Gobalakrishnan, YB Guna, YB Chai Tong Chai, YB Taufek A.Ghani dan ramai lagi pimpinan PAKATAN
Nota : ini ialah ringkasan transkrip sidang media yang diadakan pada 30 Januari 2009 jam 10.45 pagi di Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.
Adun Bota-Umno gila talak, Keadilan jadi Cina Buta?
|
Oleh hermansamsudeen
"
Setelah nekad melemparkan ‘talak tiga’ kepada Umno hujung minggu lalu, kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Dato’ Nasarudin Hashim menjadi tumpuan utama seluruh negara.
Umno Perak ternyata tidak puas hati dan masih trauma dengan tindakan beliau. Maka Najib dengan penuh rasa terkilan memanggil baki 26 Adun BN Perak yang tinggal untuk bersumpah taat setia di Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu juga Najib meminta agar usaha untuk memujuk dan rujuk kembali dengan Adun Bota itu di lakukan.
Lantas, Setiausaha Umno Perak, Dato’ Ramly Zahary mengarahkan beberapa teman rapat Nasarudin untuk pergi bertemunya.
Tindakan ini sekaligus menafikan sikap Ketua Pembangkang Perak Tajol Rosli yang mengatakan bahawa;
“Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti tidak melemahkan Umno Perak, sebaliknya memberi nafas baru bagi membina semula parti”
Ternyata Umno kini sesak nafas dan tiada lagi nafas baru buat mereka melainkan menarik semula talian hayat mereka iaitu Nasaruddin.
Semasa mengumumkan ‘perceraian beliau’ dengan Umno, Nasaruddin juga mengistiharkan ‘pernikahan’ beliau dengan Keadilan berwalikan Anuar Ibrahim.
Maka, semakin sesaklah jiwa pemimpin Umno yang masih tidak terlepas dari badi PRU-12.
Anwar dan pimpinan Keadilan lainnya tersenyum puas dengan ‘pernikahan’ yang belum sampai seminggu itu.
Umno yang kemaruk ‘jandanya’ itu, tidak putus-putus untuk berusaha merujuk kembali. Inilah peluangnya kerana ‘perkahwinan’ Nasruddin dengan Keadilan umpama ‘kahwin Cina Buta’.
Seandainya Keadilan mampu melayan beliau dengan baik, maka peluang Umno amatlah tipis. Apa yang Umno boleh lakukan kini adalah menaburkan janji kemewahan serta gimik perubahan bagi menambat hati jandanya yang kini sudah berumahtangga dengan orang lain.
Keputusan ditangan Nasruddin. Cerai Rujuk dalam politik sudah menjadi asam garam.
Dulu Ezam bercerai talak sejuta dengan Umno. Maka Umno melempar beliau ke dalam ISA. Selepas keluar Umno jumpa dia lagi, pujuk, rayu, janji beri kemewahan dan akhirnya Ezam hanyut dengan kotak-kotaknya ke pangkuan Umno.
Walaubagaimana pun Keadilan tidak rugi apa ketika itu kerana saat Ezam bersama Keadilan ribuan manusia telah dia bawa masuk dari Umno. Tapi bila dia keluar hanya dua tiga karat sahaja yang mahu mengikutnya.
Ternyata orang yang keluar Umno lebih ramai dari yang kembali rujuk. Malah yang rujuk kembali pada Umno tidak menjadi apa. Lihatlah apa yang berlaku pada Ezam, Lokman Adam dan juga Ruslan Kasim. Mereka telah lama rujuk, tapi kini hanya menjadi Kuli batak Umno. Saat Pilihanraya barulah mereka dipanggil untuk digunakan bagi menghentam Pakatan, khususnya Keadilan.
Selepas itu mereka dibiarkan merempat lagi sementara menunggu Pilihanraya akan datang.
Bila Ruslan Kasim masuk Umno dia kutuk Ezam dan Lokman. Bila Lokman masuk Umno dia kutuk Ezam, Bila Ezam masuk Umno di kutuk Anwar akhirnya mereka hanya jadi pencacai yang hanya tahu mengutuk sahaja, walhal merekalah manusia yang paling terkutuk kerana talam dua muka.
Diharapkan Nasaruddin lihat sejarah ini kerana peluangnya menyerlah dalam Pakatan begitu besar sekali berbanding rujuk kembali pada Umno.
Yang lepas itu biarlah berlalu, sekarang binalah hidup baru dengan ’suami baru’. InsyaAllah tak lama lagi lebih ramai yang akan tinggalkan Umno dan BN. Mereka hanya perlu pilih Pas, Keadilan atau Dap sahaja. Masa depan mereka dalam tangan mereka sendiri bukannya pada Umno-BN!
Pemimpin muda mesti tinggalkan Umno, sertai PAS
|
Oleh HarakahDaily
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.
Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.
Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat.
"Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka.
"Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.
Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus.
"Dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS.
"Semangat perjuangan dan bakat kepimpinan mereka diperlukan oleh Pemuda PAS untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan di dalam PAS di semua peringkat," kata Sabki.
Beliau yakin ruang untuk pemimpin muda untuk berperanan di dalam PAS amat luas memandangkan kedudukan PAS sebagai kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada masa ini dan dalam persediaan untuk menjadi kerajaan di peringkat persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat bersedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pemimpin muda dari Umno atau mana-mana pertubuhan belia yang bernaung di bawah Umno untuk membolehkan mereka terus berperanan bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat bersama PAS, katanya
"Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno," katanya. - azm _
Dr Mariah desak Mykmu.net mohon maaf secara terbuka
Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin Fri | Jan 30, 09 | 12:49:28 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mengutuk keras sikap dan perbuatan penulis Jamilisa yang menyebarkan fitnah dalam laman web Mykmu.net terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang kononnya ditangkap berkhalwat.
Beliau menegaskan perbuatan Jamilisa yang tersebar dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Januari lalu telah menjatuhkan maruah pimpinan wanita Islam. Katanya, itu perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan penulis tersebut wajar meminta maaf kepada Dr Halimah, suami, keluarga dan pihak PAS. "Bagi kami pimpinan wanita PAS ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dimaafkan kerana melibatkan maruah diri, keluarga dan perjuangan PAS," tegasnya. Katanya, walaupun Jamilisa telah meminta maaf seperti yang disiarkan dalam laman web Mykmu.net tetapi itu tidak memadai kerana fitnah tersebut melibatkan maruah seorang isteri, ibu dan wakil rakyat. Beliau mendesak laman web tersebut meminta maaf secara terbuka dan berjumpa sendiri dengan Dr Halimah, suami serta wakil PAS. "Tuduhan ini bukan satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan kredibiliti di mana selama ini akhlak Dr Halimah tidak pernah tercalar walaupun sedikit," tegas beliau. Beliau memetik maksud surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina. Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." Dr Mariah yang juga AJK PAS Pusat berharap Dr Halimah akan meneruskan tindakan saman malu bagi memberi pengajaran terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah. "Dr Halimah ada bersama dengan saya dalam Forum Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang di Dewan Orang Ramai Bukit Kuching, Kuala Selangor pada malam 25 Januari lalu," jelasnya. - lanh _ |
Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN
Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN |
Intan Abdullah Sat | Jan 31, 09 | 1:09:46 am MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.
Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu. Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut. "Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah. Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya. "Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan. "Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya. Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. "Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya. Setakat ini ujarnya, pihak polis masih belum memberikan apa-apa respon mengenai kejadian tersebut. Abdul Qahar katanya maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas jenazahnya dituntut oleh keluarga mangsa dari Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rusila pada hari yang sama. -azm_ |
Sunday, January 11, 2009
Umno /bn memang bengap kerana terus mempertahankan dasar bengap depa. petikan Harakah daily.: Wawancara Baha Zain tentang isu PPSMI
Umno /bn memang bengap kerana terus mempertahankan dasar bengap depa.
petikan Harakah daily.:
Wawancara Baha Zain tentang isu PPSMI
Nyza Ayob
Fri | Jan 09, 09 | 9:29:24 am MYT
'Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!' Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja mencabar tokoh bahasa bahkan turut mendapat bantahan kalangan badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, individu prihatin, juga ibu bapa. Mereka mahukan bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pengertian sebenarnya.Wartawan Harakah, NYZA AYOB menemu bual Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dato' Baharuddin Zainal, yang lebih dikenali sebagai Baha Zain mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, Selasa, 6 Januari lalu. Iklan
HARAKAH: Sehingga kini apa tindak balas kerajaan terhadap bantahan pelaksanaan PPSMI ini?
BAHA ZAIN: Nampaknya tidak ada respons daripada pihak kerajaan. Sessi persekolahan telah pun dibuka dan sistem PPSMI ini masih diteruskan. Tiada perubahan.
Ada badan penulis yang mahu mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana meneruskan PPSMI. Sejauh mana perkembangan terkini mengenai hal tersebut?
Persatuan-persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan. Sekarang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi sebarang respons sewajarnya, Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.
Sekiranya tindakan undang-undang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan, apakah Dato' yakin PPSMI ini tidak akan diteruskan?
Kita berharap langkah kita yang terakhir itu berjaya setelah membuat banyak rayuan dan gesaan. Malangnya pihak Kementerian Pendidikan seperti tidak mengetahui kehendak intelektual. Kita telah mengadakan pelbagai forum dan dialog mengenai isu ini, termasuklah membuat rayuan.
Sekarang 'bola' itu di 'kaki' kerajaan dan pihak kerajaan mesti melakukan tindakan yang tegas. Jadi, kita sebagai gabungan penulis, menetapkan pendirian kita, yakni tidak mahu kerajaan membuat keputusan 'separuh-separuh'. Kerajaan mesti membatalkan terus dasar PPSMI ini dan mengembalikan bahasa pengantar bagi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Begitu juga dengan kehendak golongan cendekiawan dan NGO yang bersama-sama dengan persatuan penulis ini. Kami mahukan pengajaran kedua-dua subjek ini dikembalikan sebagaimana asal. Jika kerajaan memikirkan beberapa langkah untuk pengajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, ia tidak boleh diterima oleh persatuan-persatuan penulis. Semua ingin ia dikembalikan sebagaimana sebelum ini. Terbaru timbul pula keputusan untuk menganjurkan 'Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu'.
Sejauh mana sokongan yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan penulis kepada inisiatif terbaru ini?
Program 'Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu' disepakati oleh Jawatankuasa Panitia, yang melibatkan antara lain Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras dan banyak lagi. Jadi, kami di kalangan persatuan penulis menyokong himpunan tersebut. Ia merupakan satu gerakan yang lain daripada yang dilakukan sebelum ini. Kami memberikan sokongan kepada perhimpunan ini.
Lebih banyak kumpulan yang menentang PPSMI ini, saya rasa ia lebih baik. Mungkin perhimpunan ini nanti merupakan kemuncak bagi bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI?
Tidak semestinya. Kumpulan yang ingin menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara merupakan satu kelompok. Dan perhimpunan pada 15 Februari anjuran Gapena adalah satu kelompok yang lain.
Bagaimanapun kita saling sokong menyokong setiap bantahan yang dilakukan. Maknanya, Gapena mempunyai tindakan yang lain bagi bantahan tersebut?
Sekarang kami persatuan penulis dalam peringkat merayu kepada kerajaan agar menghentikan PPSMI ini. Tetapi kami akan membuat keputusan terakhir pada perhimpunan 15 Februari ini. Pada perhimpunan ini Gapena akan menganjurkan pembacaan puisi selama satu atau dua hari.
Sebenarnya Gapena telah memberi tempoh sehingga 31 Disember lalu kepada kerajaan tetapi nampaknya tidak ada sebarang respons. Jadi 15 Februari merupakan tarikh akhir bagi Gapena meneruskan tindakannya. Seterusnya kami akan membuat laporan polis dan tindakan undang-undang jika kerajaan tidak memberikan sebarang respons apa yang dikehendaki Gapena.
Jika kerajaan hanya mengumumkan PPSMI ini tidak akan diteruskan di peringkat sekolah rendah tetapi akan tetap diteruskan di peringkat sekolah menengah, perkara itu juga tidak dapat diterima oleh Gapena.- azm _
TV3 Hilang Nafsu Terhadap Kelantan
Dilulus terbit pada Saturday, January 10 @ 13:03:40 MYT oleh TokPenghulu
Oleh professor
"
Kalau dulu , 10 hingga 15 minit [ malah lebih daripada itu ] , waktu siaran banyak berkisar berita – berita yang tidak baik mengenai TGNA dan Kelantan , kini wartawan , pemberita dan petugas TV3 dihalakan berkampung di negeri – negeri Perak dan Selangor terutamanya , juga pulau Pinang dan Kedah
Sudah jarang kedengaran lagi berita daripada negeri Kelantan dan TGNA
Contoh terbaru , seperti dilaporkan TV3 malam tadi dan Berita Harian hari ini ialah soal penggunaan kereta Toyota Camry oleh Exco Perak.
Apalah yang tidak kenanya dengan MB Perak ini ?
NotaKenapa TV3 khususnya sudah tidak lagi menumpukan laporan – laporan negative mengenai Kelantan ?
Agaknya TV3 sudah hilang nafsu terhadap Kelantan ?
Berita Asal
Exco Perak mula guna Toyota Camry