Saturday, November 17, 2012


Saiz Teks: A A A

Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz


KOTA BAHRU 17 November: Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.
“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.
Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.
“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.
Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan ‘tauke-tauke’  besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.
Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.
Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai  persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.
Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.
Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat.
Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu.
Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di tengah padang atau di tempat duduk stadium.
Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.
Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka.


Kami tentera perjuangan Islam - DHPP

Hazayani Zakaria Foto: Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.

Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.

Setiausaha DHPP itu juga berkata, usaha sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan bersama-sama dalam PAS.

"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.

"Apa yang ditakutkan lagi, kalau sokong PAS lama kelamaan tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Buddha tapi pimpinan PAS boleh mengadakan perbincangan dengan pimpinan agama lain.

"Kami sudah faham kerana DHPP sudah ditarbiyah. Dulu kami tak faham, tapi sekarang kami faham setelah ditarbiyah. Tak ada paksaaan dari parti PAS," katanya disambut laungan takbir sidang muktamar.

Beliau juga berharap tiada ahli PAS yang menganggap DDPP sebagai ancaman kepada parti itu sebaliknya bersama-sama berganding bahu menguatkan parti itu.

"Kita adalah aset untuk PAS. kita datang nak membantu, jangan sesekali anggap DHPP sebagai ancaman kepada PAS.

"Kalau dahulu memang PAS untuk orang ISlam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua jadi kami juga ingin sama-sama berjuang dalam PAS," katanya.

Sementara itu, beliau meminta PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ketiadaan mykad di kalangan India dan Cina yang gagal diselesaikan kerajaan BN.

"Kira-kira 3,000 orang India termasuk Cina yang belum ada kad pengenalan. Jadi kami minta perkara pertama yang perlu diselesaikan selepas Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah soal kad pengenalan," katanya.

Friday, November 9, 2012



Bukti berangka Pakatan Rakyat akan

 kalah hasil kerja celaka SPR


Aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.

Bagi yang rajin baca labun panjang lebar Hisham Rais boleh baca artikel tulisan dia di blog TukarTiub. Bagi jenis yang malas baca artikel panjang lebar, kat bawah ni aku ringkaskan bukti berangka kerja CELAKA lagak 'si anjing Umno' yang SPR buat dengan kerjasama JPN macam yang Hisham Rais tulis tu.

Parlimen Lembah Pantai. 

Pada PRU12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil, menteri kabinet Paklah yang juga ketua Wanita Umno dengan majoriti 2,895 undi.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!! 
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Untuk pastikan Nong Chik yang dah berjaya cantas Shahrizat mampu kalahkan Nurul Izzah dalam PRU13, SPR tolong daftarkan 13,468 pengundi baru di parlimen Lembah Pantai.

Tak cukup dengan tu, SPR masukkan Balai Polis Bukit Jalil ke dalam parlimen Lembah Pantai walaupun balai polis tu terletak 15 batu dari Lembah Pantai. Hasilnya pengundi pos bertambah dari cuma 148 kepada 2,000 pengundi.

Akibatnya, majoriti 2,895 dah jadi macam calah gigi untuk Nong Chik. Di atas kertas Nurul Izzah dah kalah sebelum parlimen dibubarkan hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

Parlimen Subang

Kes di Subang ni lebih menarik. SPR daftarkan di parlimen Subang seramai 30,000 pengundi baru sedangkan jirannya parlimen Petaling Jaya Utara cuma ada pertambahan 5,000 pengundi baru sahaja. Takkan kut 'kesedaran berpolitik' di Subang langsung tak mempengaruhi 'kesedaran berpolitik' di Petaling Jaya Utara.

Akibatnya selain dari Sivarasa, Dr. Nasir dan Elizebeth Wong juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

Parlimen Klang

Yang ni kes lain pulak. 5,000 pengundi parlimen Klang hilang entah ke mana, macam Hisham Rais tulis, hilang disambar garuda.

Akibatnya selain dari Charles Santiago, Rodiah Ismail dan Dr. Rani juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.

Selain dari contoh yang Hisham Rais labunkan tu, aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.

Berkaitan



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/11/bukti-berangka-pakatan-rakyat-akan.html#ixzz2Bed8bI2
4

Wednesday, October 31, 2012


Gambar YAB. Tuan Guru Melawat 2 Mangsa Tembakan di HRPZ II.

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/69718_507290265957298_1959057011_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/69516_507290315957293_264388711_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/182535_507290339290624_2007713971_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/297234_507290395957285_1921480846_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/554134_507290475957277_299125134_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/46475_507290559290602_1046959717_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/189113_507290709290587_557034019_n.jpg

Penjenayah dipercayai tembak anggota polis mati ditembak

ZUMURNI HAMZAH


MACHANG- Seorang penjenayah yang dipercayai menembak seorang anggota polis di Gua Musang awal pagi semalam, mati ditembak pagi ini selepas gerakan memburu suspek dipertingkatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, penjenayah tersebut ditembak oleh anggota polis Machang selepas lelaki terbabit dikatakan melarikan sebuah kenderaan dari Masjid Palohtetapi terbabas di Simpang Tiga Kemuning.

Dalam kejadian tersebut juga seorang anggota polis turut cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Dalam kejadian semalam, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, cedera parah ditembak penjenayah di bahagian dada dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa bertindak nekad untuk memberkas dua suspek setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di Bandar Gua Musang.
Khalid Samad

6C, 3rd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam
 ◘ +60355111066

Kenyataan Akhbar PAS Selangor 

Berhubung Provokasi MCA

PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang berkerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi.

Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi di putar-belit sebaliknya sebagai usaha ‘bail-out’ untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN. Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam. PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.

Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.

PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur PAS. PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.

Pada masa yang sama, ianya merupakan ‘red herring’ atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada dihadapan mereka. Persoalan yang berada dihadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma. Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik‘red herring’ ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.

Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.

PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang disebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrim. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.

Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang. Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Monday, September 24, 2012

Di Petik Dari Sumber
Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..

Gempar !!! Cristiano Ronaldo Hadiah kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin Di Kecam Israel




Philanthropy

Television footage of the 2004 Indian Ocean earthquake and tsunami showed an eight-year-old boy wearing a No. 7 Portuguese football jersey who was stranded for 19 days after his family was killed. Following this, Ronaldo visited Aceh, Indonesia, to raise funds for rehabilitation and reconstruction.[204][205]
In 2009, Ronaldo donated £100,000 to the hospital that saved his mother's life in Madeira following her battle with cancer, so that they could build a cancer centre in his native island Madeira.[206]
In support of the victims of the 2010 Madeira flood, Ronaldo pledged to play in a charity match in Madeira between the Primeira Liga club FC Porto and players from Madeiran based clubsMarítimo and Nacional.[207]
In November 2011, Ronaldo donated a pair of his football boots to be auctioned by Real Madrid's 'Clasico' network. They were sold for £2050 with the proceeds going to fund schools in Gaza,Palestine.[208]
In May 2012, Ronaldo and his agent, Jorge Mendes, decided to fund a pioneering treatment for a nine-year-old boy when it seemed that there was no hope left for the child, who has been battling cancer since before his second birthday.[209] 

Saturday, September 22, 2012


Di Petik Dari Sumber

...pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
 Arab Saudi pohon MAAF pasai dah pecahkan lobang

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA
 SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah 
menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia
untuk menambah kuota haji mereka tahun ini...
 ianya berikutan projek-projekpembangunan sedang berjalan  di 
dua bandar suci Mekah dan Madinah
 menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut
hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin
 Umno yang kononya Perhimpunan Bersih
 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan
 INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan
 hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma
 cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje
 yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.
P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamanya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui - EraPasca

Thursday, September 20, 2012


Untuk Islam atau kepentingan politik? - Ngeh Koo Ham


Satu pertemuan telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak antara Dewan Harian Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan Dato' Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Pemuda telah meminta penjelasan Ngeh mengenai isu kenyataan dalam tweeternya.
Ngeh memaklumkan, bahawa tweet tersebut adalah di antara beliau dengan ketua pemuda umno, Khairy Jamaludin yang mahu orang islam membantah Sam Bacile (isu filem hina nabi).

Ngeh menjelaskan, dalam tweet tersebut beliau mengajukan pertanyaan kepada Kahiry - “untuk Islam atau kepentingan politiknya? Tidakkah orang islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Maksud Ngeh, adalah membuang masa dan tenaga sekiranya mengadakan himpunan dan bantahan semata-mata untuk kepentingan politik ketua pemuda umno itu.

 Memanglah tepat sekali apa yang Ngeh katakan itu kerana sekiranya Khairy yang mahu mengajak orang Islam membantah Sam Bacile benar-benar ikhlas dan semata-mata untuk Islam, maka dia perlu terlebih dahlu membuktikan keikhlasan itu dengan membantah pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Islam. 

Antara pemimpin Umno, yang lantang dan kerap mengeluarkan kenyataan menghina Islam ialah mantan PM, Dr Mahathir Mohammad. Beliau menghina sunnah Rasulullah ynag menyimpan janggut, menghina dan memecat ulama’ (Allahyarham Dato' Ishak Baharom) dan menghina hukum-hukum Islam termasuklah menutup aurat. 

Antara kenyataan-kenyataan Mahathir menghina Islam : 

1) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) 

2) Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Tun Mahathir Mohammad kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) 

3) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. (Tun Mahathir Mohammad kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) 

4) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.( Tun Mahathir Mohammad pada 14 Julai 1992 kepada wartawan) 

 5) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahilliah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering mencelik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain.Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.( Tun Mahathir Mohammad di Maslis Tertutup, Majlis Agama Kebangsaan, 1997) 

6) Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam.( Tun Mahathir Mohammad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

 7) Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nbi Muhammad SAW. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja.(Tun Mahathir Mohammad, Utusan Melayu, 12 Mei 2000) 

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno yang lain. 

1) Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983) 

2) Kerajaan Pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum Hudud. ( Datuk Seri Najib Tun Razak, 24 Sept 2011, di Tanjung Tualang, Perak) 

3) Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.( Dato’ Nazri Aziz di satu forum anjuran Majlis Peguam) 

4) Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.( Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang diterjemahan) Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

 Jelaslah sebagaimana yang Ngeh nyatakan, adalah membuang masa dan tenaga kalau sekadar nak tunjuk marah kepada orang luar sedangkan orang dalam parti sendiri menghina Islam, Khairy biarkan berleluasa begitu sahaja. 

Ngeh tidak maksudkan kepada himpunan yang akan dibuat oleh PAS pada Jumaat ini di Kedutaan Amerika atau himpunan orang-orang Islam di seluruh dunia sebab mereka istiqamah dengan sikap mereka. Berlainan sekali dengan sikap Khairy yang mendiamkan diri bila pemimpin Umno menghina Islam tetapi cuba mahu berlagak hero bila ada orang luar menghina Islam.

Sebab itu Ngeh tanya Khairy – "untuk Islam atau kepentingan politiknya?” 

Kita berharap Pemuda PAS Pusat tidak mudah terperangkap dengan exploitasi yang dilakukan oleh Umno yang pandai menggunakan ruang dan kesempatan yang ada. 


Walau bagaimana pun, kita berharap setiap pemimpin supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan berhubung dengan Islam.

Saturday, September 8, 2012

Di Petik Dari Sumber:http://pemudacheh.blogspot.com

pemuda cheh


Kaum Cina & India enggan ditipu Umno BN lagi




Dahulu kaum bukan Melayu terutama orang Cina dan India diperdayakan oleh UMNO bahawa kononnya PAS adalah parti extreme, parti fundamentalis, parti pengganas, dan parti yang nak kerat tangan orang melalui hudud.


Segala momokan UMNO ini akhirnya disedari oleh orang bukan Melayu sebagai tektik kotor UMNO untuk menjauhkan orang Cina dari PAS. Kini semua lontaran negatif terhadap UMNO sudah tidak laku lagi.









Tuesday, September 4, 2012




Sabotaj terhadap bas Merdeka Rakyat bukti budaya samseng berleluasa


Jelajah Merdeka Rakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat.
Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini.
Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.
Pada jam 4.20 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.
Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.
Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 4.30 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
KEADILAN akan meneruskan Jelajah #Merdeka Rakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini.
Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.
Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam.
Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.
- Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.
- Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi.
Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.
Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat.
Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini.
Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.
AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN
1 SEPTEMBER 2012



Hanya berita, cerita, fakta serta auta yang menarik sahaja
Persediaan terakhir PR ke Putrajaya!

Bersedia menjadi PM selepas PRU-13
Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kemunculan semula isu Hudud yang dipermainkan oleh media bagi melagakan Pakatan Rakyat. Ada sesetengah peminat politik berpendapat isu Hudud yang diperkatakan semula oleh Tuan Guru Haji Hadi dan kemudiannya di sambut dengan lebih mesra oleh Tuan Guru Harun Taib adalah sesuatu yang potong stim di saat-saat kekuatan Pakatan Rakyat berada di kemuncaknya.

Namun selepas perbincangan semula sesama pimpinan Pakatan Rakyat ternyata isu tersebut lebih nampak menyerlahkan kematangan kerjasama antara ketiga-tiga parti utama tersebut. Mereka nampaknya lebih mengutamakan yang lebih utama dan sanggup meng'KIV'kan perbezaan pendapat terhadap isu utama masing-masing selepas menakhluki Putrajaya.


Di sini nampak jelas masing-masing pandai memahami permainan politik yang perlu, tepat pada masanya. Di pihak Pas, para pendokongnya tidak perlu ragu-ragu lagi dengan matlamat parti ke arah menubuhkan negara Islam apabila Presidennya membuat penegasan agenda mereka yang tidak pernah berubah walaupun ia secara terang ditentang oleh veteren DAP Karpal Singh atas kefahamannya terhadap negara sekular yang dipercayainya.

Ketegasan kedua-dua parti itu sebenarnya melegakan kedua-dua pendokong parti samada Pas ataupun DAP. Manakala pihak yang memfitnah Pas dengan mengatakan idea negara Islam sudah luntur dari perjangan Pas nampaknya terkedu. Ini menyerlahkan lagi kerakusan dan tidak sabarnya Hasan Jati yang menjadikan alasan itu sebagai punca utamanya keluar dari Pas dan siap menuduh Pas telah berjalan mereng dan terkeluar dari landasan Islam.

Keputusan terakhir mesyuarat sesama pimpinan PAS, DAP dan PKR menegaskan sekali lagi tumpuan utama mereka masih tetap utuh atas dasar mengembalikan kebersihan sistem pilihanraya di Malaysia, merubah polisi ekonomi negara dan mengimplimentasikan dasar buku jingga. Segala hal selain daripada itu akan diperbincangkan sesama parti secara tertutup setelah mereka menduduki Putrajaya.

Daripada temuramah terhadap berbagai kumpulan agama lain yang dilaporkan oleh Malaymail, nampaknya mereka juga tidak nampak isu Hudud sebagai sesuatu yang mempunyai impak yang besar terhadap kekuatan sokongan rakyat kepada PR. Bagi mereka dalam keadaan sekarangpun Pas yang menguasai Kelantan dan juga Kedah terbukti sentiasa patuh kepada prosedur dalam segala tindakan mereka untuk melaksanakan sesuatu yang menyentuh agama Islam. Oleh itu tidak ada bezanya jika PR berjaya menawan Putrajaya, segala tindakan akan dijalankan secara berhemah dan mengikut prosedur.

Menarik juga untuk memetik kenyataan ABIM yang berpendapat isu Hudud perlu dilihat secara holistik dan bukan secara politik. Ia memerlukan penyelidikan serta perbahasan yang menyeluruh dan mendalam dan tugas itu perlu dilaksanakan dalam suasana ekademik secara ikhlas dalam mencari jalan keluar bagi menyelesaikan hasrat pejuang Islam.

Dalam pada itu ABIM berpendapat isu Hudud hanyalah sebahagian kecil daripada perlaksanaan agama Islam di mana ada banyak lagi isu lain yang amat penting seumpama menghidupkan kembali roh Islam kepada para penganutnya sebelum Hudud dapat dilaksanakan.

Bagi aku semua yang tersebut di atas dapat dilaksanakan apabila pimpinan yang ada sanggup bertolak ansur demi mencapai prinsip menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. Dan ia pasti dapat dilaksanakan apabila semua pihak setia berikrar untuk saling menghormati hasrat masing-masing.

Aku yakin dengan semangat kerjasama sedemikian, Pas sebagai salah satu daripada Parti yang memerintah dapat memainkan peranan mereka dalam menjernihkan semula fahaman serta persepsi agama Islam terutamanya dalam isu Hudud, kepada semua rakyat Malaysia dengan cara yang lebih berkesan dan aku doakan penjernihan itu akan berlaku bila negara kita lebih fokus kepada isu-isu membina dan intelektual untuk dihidangkan kepada rakyat di media-media massa. Aku yakin media massa selepas ini tidak lagi akan menadikan isu tidak bermoral seperti cerita seks, skandal, fitnah dan sebagainya sebagai bahan utama  mereka.