JOM PAKAT PIE KEDAH 1.6.2012 NIE........
Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.
"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.
"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.
Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.
Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.
"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi. Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.
Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah. "Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.
Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya. Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.
Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana. Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.
MOUNTDWELLER
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
MOUNTDWELLER
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Musa Buka Mulut
Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.
Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.
Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).
"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.

Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: al-bahanj
"Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.
Adakah mahu dibuang duit haram itu? Bolehkah pula digunakan? Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?
Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini. Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita. Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.
Lalu, bagaimana? Adakah mesti dibuang wang haram itu? Tidak, jangan pula dibuang. Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain. Antaranya seperti diserahkan kepada institusi baitulmal, pusat zakat atau pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.
Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti membina tandas orang ramai, pagar masjid/sekolah, menambahbaik kemudahan awam, membina tempat letak kereta, membina jambatan atau jalanraya/lebuhraya.
Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan. Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain. Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.
Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai
Hari ini, 28/5/2012 satu majlis pecah tanah sempena pembinaan lebuhraya bagi menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Kerai telah diadakan melibatkan kerajaan negeri Kelantan. Dan yang menariknya lebuhraya ini tidak dibina plaza tol di atasnya sebagaimana lebuhraya-lebuhraya yang banyak berselirat di lain-lain negeri. Beruntunglah rakyat negeri Kelantan. Terserlah keimanan dan keikhlasan pemimpin negeri ini yang sarat jiwanya dengan kebajikan kepada rakyat.
Pecah Tanah projek
Gambaran projek
Lebuhraya ini dinamakan sebagai Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai. Kos pembinaan lebuhraya tanpa tol ini dianggarkan menelan belanja RM1.8 bilion dan akan dibina sejauh 73km dengan 4 lorong 2 hala serta dilengkapi kawasan R&R. InsyaALLAH tempoh pembinaan akan mengambil masa selama 3 tahun. Walaupun dikatakan kononnya negeri termiskin (konon), namun mereka mampu membina lebuhraya mereka sendiri tanpa terpaksa menunggu ’pihak lain’ yang telah banyak kali berdolak-dalih sekian lama. Yang lebih istimewa, tidak akan ada kutipan tol. Dan pembinaannya ditampung sebahagiannya dari sumbangan orang-ramai.
Sumbangan orang ramai
Semoga ALLAH terima amalan kebaikan masing-aming, amin…
ALLAHU AKBAR! Saya terharu apabila mendapat tahu Tuan Guru Nik Aziz menitiskan air matanya mengharapkan keredhaan ALLAH agar usaha ini berjaya. Dan tentunya beliau juga terharu dengan keprihatinan rakyat di dalam negeri dan di luar negeri Kelantan yang turut sama menyumbang ke arah pembinaan lebuh raya ini.
Tuan/puan boleh ikuti perkembangan berita ini di Facebook yang diwujudkan khas, iaitu: https://www.facebook.com/lebuhrayakbkk
Sumbangan Dalam Bentuk Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bagaimana wang anda itu boleh disalurkan:
- Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
- No Akaun: 03036 01 000 3031 (Bank Islam)
Semoga ALLAH menerima sumbangan kalian sebagai hasanah di sisiNYA. Dan semoga harta-harta haram yang kalian lupuskan kepada projek ini diterima oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai permohonan maaf dan tanda taubat kalian yang sebenar. Dan semoga harta dan kehidupan kalian dibersihkan ALLAH Ta`ala dan diberikan keberkatan, amin. Selepas ini. jangan lagi terlibat dengan institusi kewangan riba dan apa-apa yang berkaitan dengannya ya.
Semoga apa-apa yang baik yang diniatkan dan diusahakan menjadi kenyataan, memberi kebaikan kepada rakyat teramai dan diterima ALLAH sebagai amalan-amalan soleh, amin.
Sekadar mewar-warkan,
Jamil Khir, habaq mai sapa dalangnya Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: DunBukitPayong
"Oleh Mat Teropong:
Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bahawa kemasukan Irshad Manji ke Malaysia adalah kerana dia didalangi oleh individu tertentu maka saya melihat beliau seolah-oleh cuba mengocak-ngocakkan air yang tenang dan jernih agar menjadi keruh dan kemudiannya senang bagi beliau untuk menangguk.
Terlalu mudah plot cerita yang cuba dia reka itu, seperti cerita Hindustan cerita sama yang diulang-ulang. Cuma watak dan tempat sahaja yang berbeza. Balik-balik kisah cinta terhalang, kisah wira penyelamat yang kekuatannya sekali tumbuk lima, enam orang musuh melayang. Itupun orang yang bodoh masih percaya dan menangis-nangis bila menontonnya.
Saya mungkin tidak terlalu arif tentang bagaimana proses kemasukkan orang asing ke negara ini yang kalau seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, Jamil sepertinya menggambarkan kemasukan seseorang ke negara ini amat sukar disekat sepertinya negara kita ini tiada sistem bagi mengenal pasti siapa pelancong itu. Adakah sedangkal itu sistem yang dimiliki oleh imigresen Malaysia?
Kalaulah benar begitu sukarnya pihak berkuasa menyekat kemasukan orang-orang yang tidak diingini ke negara ini maka, bagaimana mungkin seorang peguam William Bourdon yang ingin menyiasat tentang kes rasuah pembelian kapal selam scorpene sedikit masa dahulu disuruh pulang kembali ke negaranya? Adakah pihak imigresen atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalau peguam itu secara rambang? Atau kebetulan bertemu di pasar malam? Dan bukankah kedatangan Irshad Manji telah menjadi isu yang besar di kebanyakkan akhbar kerana bantahan rakyat? Dan jelas beliau telah ditolak di Indonesia. Maka kenapa apabila kita sudah tahu berkenaan kedatangannya itu, kita masih gagal melakukan tindakan pro-aktif bagi menghalangnya? Perlu diingat Irshad Manji bukan pendatang tanpa izin yang masuk melalui hutan di sempadan. Dia masuk secara sah dan berdaftar atau dengan kata lain dia masuk melalui pintu depan rumah kita !
Kes yang sama pernah berlaku sedikit masa dahulu apabila seorang lelaki rakyat Arab Saudi Hamza Kashgari yang dikaitkan dengan tuduhan menghina rasulullah di laman Facebooknya ditangkap dan beliau telah dihantar kembali oleh kerajaan Malaysia ke negara asalnya. Kenapa dengan kes yang sangat menyerupai antara satu sama lain, tetapi hasil keputusannya sangat berbeza? Begitu mudah dia ditahan dan dihantar pulang, jadi apakah kerumitan yang dihadapi oleh kerajaan dalam kes Irshad?
Bagi pandangan saya isu Irshad Manji ini sebenarnya akan membawa sedikit political mileage kepada Umno sekiranya isu berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berjaya diperbesarkan, maka ia secara tidak langsung akan dipalit kepada pembangkang. Sengaja dibiarkan kemasukkan Irshad Manji agar terkait dengan pembangkang yang dituduh menyokong LGBT. Namun Alhamdulillah kelihatannya strategi ini tidak Berjaya
Berkaitan dengan dalang yang dikatakan oleh Jamil pula, dia hendaklah mengemukakan bukti supaya terang siapakah dalang disebalik segala ini dan diambil tindakan sewajarnya, dan saya percaya Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan menyokongnya. Tetapi Jamil jangan hanya melepaskan peluru secara rambang, bahaya ! Kerana peluru itu mungkin terkena kepada orang yang tidak bersalah.
(Penerbit ZI Publications Ezra Zaid-kiri bersama Erykah Badu, artis kontroversi yang membuat tatu nama Allah di badannya)
Kerajaan juga sepatutnya menjalankan siasatan kepada penganjur program ini ZI Publications kerana cuba menghuru-harakan kefahaman orang awam terhadap Islam. Dengan tindakan keras oleh kerajaan saya percaya dan yakin pihak-pihak lain tidak akan mengambil mudah lagi dalam isu berkaitan sensiviti Islam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Dan jangan dilakukan kerana keuntungan politik semata-mata. Sama jugalah dengan isu kumpulan K-Pop dalam majlis sambutan Belia Kebangsaan di Putrajaya dan isu tatu di badan Erykah Badu masih tak selesai. Dimana Majlis Fatwa Kebangsaan? Kenapa diam? Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, ulamak terompah kayu, hanya dipakai dan bising untuk ke jamban.
Inilah yang saya katakan pada permulaan catatan ini iaitu cerita Hindustan sama yang sedang dimainkan oleh Umno iaitu untuk mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dengan amalan yang tidak bermoral. Alahamdulillah rakyat Malaysia sangat bijak membaca apa niat tersirat oleh orang yang berniat serong.
Teringat saya kepada cerita teman saya apabila mula-mula Jamil Khir dilantik menjadi menteri. Hampir saja Jamil ingin meletakkan jawatannya kata teman saya kerana tidak tahan melihat Islam bagaikan dipermainkan oleh kerajaan. Namun beliau dipujuk oleh sekumpulan cerdik pandai dalam kerajaan agar bertahan dan kononnya mereka akan membantu Jamil dari belakang.
Dengan cerita yang semakin banyak berkenaan Jamil Khir (baca cerita negatif) tentang wang zakat yang dibayar kepada peguam, cerita dalang kepada Irshad Manji ini dan terbaru kisah kerajaan Arab Saudi yang kononnya ingin mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia kerana himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah, dibangkang keras oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang mengatakan kerajaan Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan pengurangan kuota itu, saya hanya tersenyum mengingatkan kembali cerita teman saya itu. Wallahua’lamUntuk mendapatkan berita/artikel terkini dari Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu dan ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah sila layari : http://dunbpayong.blogspot.com/