Sunday, August 17, 2008
Tengok tengok le....
----------------------------------------------------------------
Tinjauan Proses Penamaan Calon Permatang Pauh
Dikirim pada 17 Ogos 2008 oleh muhammadhanif
Salam Perjuangan…
16 Ogos, jam 2.30 pagi – saya bersama-sama YB Abdul Latif (ADUN Mengkebang), Shukri (abang YB), Hafiz Musa, Rosli Abdul Samad dan Fitri bertolak dari Ipoh menuju ke Permatang Pauh. Kami sampai di Permatang Pauh jam 5 pagi dan terus ke Permatang Pasir, DUN yang akan dibantu oleh Kelantan dalam mendepani pilihan raya kecil nanti. Ada ramai yang telah sampai lebih awal daripada kami, ada rombongan dari Perlis, Kelantan (satu bas) bermukim di Pejabat ADUN Permatang Pasir dan lain-lain negeri lain lagi.
Setelah solat subuh, kami bertolak ke Institut Perguruan Tunku Bainun. Kami sempat bersarapan di warung dalam 4 km dari tempat penamaan calon. Dalam pemerhatian saya semasa di warung tersebut sambil menikmati roti canai, saya dapati ramai orang telah berpusu-pusu yang menuju ke pusat penamaan calon. Tidak melintas langsung orang UMNO / perti komponen BN yang melalui jalan tersebut, yang berpusus-pusu hanya penyokong Keadilan sahaja. Ramai anak muda tempatan yang menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera Keadilan.
Dalam perjalanan menuju ke tempat penamaan calon, ramai kaum Cina dan India memegang bendera Keadilan, PAS dan DAP turut sama bagi menyokong DSAI. Jam 8 pagi, saya sempat bersama-sama dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bersama isteri yang baru sampai. Sambil berarak sempat juga bertemu dengan Raja Petra dalam perarakan tersebut. Semua orang yang menuju ke tempat penamaan calon hanya orang Pakatan Rakyat sahaja diiringi dengan tarian singa dan tarian kaum India (tak tahu apa nama tarian).
Setelah sampai di pintu utama Intitut Perguruan Tunku Bainun, saya difaham oleh Pak Bakar, DSAI telah sampai. Kalau dilihat akan keramaian orang yang hadir, apa yang telah dibuat oleh Saiful Bukhari (bermuqabalah / bersumpah) tidak menjadi halangan / bukan satu tamparan kepada semua penyokong DSAI untuk turut memberi sokongan kepada beliau. Nyata, sumpah yang telah dibuat oleh Saiful tidak memberi impak / kesan kepada penyokong DSAI.
Turut hadir memberi sokongan kepada DSAI adalah Pimpinan dari Kelantan. Antaranya YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz, YB Dato’ Husam YB Abdul Fattah Harun, YB Drs Saiful Bahrin, YB Wan Hassan, YB Abdul Latif, YB Ustaz Mat dan lain-lain lagi.
Sebelah UMNO / BN pulak, nampak tak ramai yang hadir memberi sokongan. Ada penyokong UMNO / BN yang lewat hadir terpaksa melalui lautan penyokong DSAI, mereka memecat baju mereka kerana malu dek keramaian penyokong DSAI.
Saya musykil , kenapa saudara Ezam tidak turut hadir sama dalam menyokong Datok Arif Shah. Atau dia kecewa kerana tidak dicalonkan untuk melawan DSAI, bekas sifunya. Pada saya, Ezam hanya mainan politik orang UMNO/ BN sahaja untuk dujadikan boneka untuk menjatuhkan DSAI.
Saya harap saudara Ezam patut fikir balik baik buruk dia berada dalam UMNO / BN. Janganlah sebelum penamaan calon melalak nak lawan DSAI, tapi bila tidak jadi calon BN untuk Permatang Pauh, bersembunyi macam penakut pulak. Rasanya karier politik beliau semasa sudah berpenghujung. Tapi, tak tahulah, hanya Allah Maha Mengetahui.
-----------------------------------------------------------------------
indraputra80SarjanJoined: Mar 13, 2008Posts: 317
Posted: Sat Aug 23, 2008 2:27 am Post subject:
-----------------------------------------------------------------------
Quote:
Sebuah Parti yang jelas dan terang membela bangsa melayu ialah Umno
Cuba ta'rif kan apa erti UMNO??????????
Kemudian tanya diri ,ada kah ia masih relevan????
Ni....Hang buka mata sikit,"Malay" yang di canangkan dalam UMNO tu dah tak ujud lagi,.kalau ada pun hanya serpihan yg.makan tempe.
Selebihnya,kadazan,iban,murut dan paling menyakitkan Mamak tongkang yg.hanyut jadi kelasi kapal kat penang port dulu, ..chek nak habak tau.....
Depa ni yang lebe sudu dari kuah.
Nenek hang dah pesan "jumpa ulak dgan geng ni,bunuh geng ni...."
Tapi hang tak sedak.....nah smuer kena belit.,.
Ada yang keturunan ayam Turki,Arab Badwi,kut bole jaga Agama,tapi ugama di ubahnya di beri jenama baru Had Hari ,apa ada pada UMNO.
Yang kekal Islam,itu jaminan Allah.
maka kami bediri atas kalimah Lailahhailllah...........membangun bersama ISLAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment