Sedih hati ini bila Mat Sabu dituduh sebagai punca kekalahan PAS di kerusi P36 Kuala Terengganu dalam PRU 12 lalu dengan alasan "Mat Sabu Calon Luar". Sebagai ahli PAS, saya merasakan tuduhan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam jamaah kita.
Lupakah kita bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah perjuangan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Islam tidak pernah memandang apa warna kulit, bangsa atau dari mana asal negeri kita. Yang diambil kira ialah siapakah di kalangan kita yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Sepatutnya ahli dan jentera PAS Terengganu tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Naib Presiden PAS. Janganlah disebabkan kita terlalu ghairah untuk menang di Parlimen Kuala Terengganu sehingga kita lupa batasan dan adab kita kepada pimpinan utama. Kalau pun kita tak mahu calon daripada luar sekalipun, adakah kita perlu mengeluarkan kenyataan pedas sedemikian rupa. Bukankah kita ada Majlis Syura' dan AJK PAS Pusat yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk dicalonkan kali ini.
Secara jujur saya nyatakan di sini bahawa sewaktu PAS memerintah Terengganu, saya kerap ke Terengganu dan Kelantan dengan 2 orang sahabat atas urusan tertentu. Pernah sekali kami singgah di Kuala Terengganu sekembalinya dari Kota Bharu untuk minum dan makan keropok lekor di kedai seorang kenalan sahabat saya. Dalam pertemuan itu, kami berbual panjang berkisar tentang pemerintahan kerajaan baru PAS di Terengganu ketika itu. Pemilik kedai tersebut dalam lingkungan usia 50an dan merupakan orang kuat PAS Marang.
Saya sebenarnya terkejut apabila dia menyatakan kebimbangannya bahawa PAS Terengganu akan kalah semula dalam PRU11. Saya sendiri bertanya kenapa dia berkata demikian. Lalu dia menceritakan segala-galanya kepada kami. Secara peribadi, saya membuat kesimpulan bahawa walaupun kita berada dalam jamaah Islam tetapi belum boleh menjamin bahawa kita tahan uji. Apatah lagi bila diuji oleh Allah dengan kuasa, pangkat dan jawatan. Secara ringkasnya, apa yang dinyatakan oleh kenalan tadi menggambarkan bahawa sebahagian daripada Exco Kerajaan PAS Terengganu waktu itu lupa diri.
Bila sampai waktu PRU 11 pada tahu 2004, apa yang dibimbangkan oleh kenalan tadi menjadi kenyataan. Memang kita tak nafikan bahawa memang berlaku penipuan undi yang ketara waktu itu sehingga PAS hilang semula Terengganu. Tapi kita kena ingat dan sedar segala apa pun yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah. Mengapa Allah biarkan penipuan ini berlaku sehingga kita hilang Terengganu. Semuanya ini ada rahsia tersirat yang sepatutnya kita semua ahli PAS di semua peringkat bermuhasabah diri. Hakikatnya, Allah tegur kita semua.
Saya bimbang apabila berlaku isu "calon luar" ini akan mengundang kebencian Allah sekali lagi. Dan yang paling saya bimbang apabila Allah tidak mahu menurunkan pertolonganNya menjelang Pilihanraya Kecil 17 Jan ini. Kita jangan sekali-kali lupa bahawa Allah yang menguasai hati-hati para pengundi di Kuala Terengganu.
Diharap agar selepas ini jangan lagi timbul suara-suara yang menyebut pasal calon luar ke, calon dalam ke, calon atas ke atau calon bawah ke. Sebagai ahli sebuah jamaah Islam yang syumul, kita bukannya berjuang untuk Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi atau sesiapa saja. Kita berjuang kerana Allah.
Semuga Allah memaafkan segala keterlanjuran dan kesalahan kita semua dan memberikan kemenangan kepada PAS di Kuala Terengganu.
Takbir !
Jazakallah.
http://monazmuslim.blogspot.com
Jawapan PAS lewat umum calon.
Oleh : AdukaTaruna
Sebenarnya tiada langsung isu tentang ini. PAS lebih awal umumkan tarikh pengumuman calon mereka. Ustaz Nasha umumkan tarikh pengumuman calon PAS semasa Ustaz Hadi di Mekah lagi. Bermakna mereka berada dalam jadual. Satu gerak kerja yang terancang.
Tetapi, kejadian pengumuman awal calon oleh BN menunjukkan Najib memiliki tink-tank yang bijak. Mereka memanfaatkan perbincangan hangat, polemik percalonan PAS. Tindakan cerdik ini bukan kerja pasukan Paklah. Dan ini menunjukkan betapa bahayanya Najib kepada PAS yang memiliki Presiden yang naïf.
Damage memang ada. Sedikit sebanyak memang ada. Level awam tetap standard level awam. Wa berpendapat perlunya PAS mengeluarkan kronologi yang menunjukkan tiada langsung isu kelewatan calon. Ianya berada dalam jadual yang telah disusun secara tradisi.
PAS juga boleh counter-attack dengan menggunakan media sendiri. Sekiranya Harakah terlalu lembik, mohon sahaja Malaysiakini mendapatkan komen dari calon-calon BN yang disebut-sebut sebelum ini. Apa komen mereka, dan cari elemen kecewa dalam kenyataan mereka.
1. Pengumuman awal calon BN bermakna lawan kepada BN boleh memanfaatkan pertembungan sesama mereka. Atau kata kasarnya (taktikal peperangan), masa untuk mereka dilagakan mencukupi.
2. Pengumuman awal calon BN boleh dimanfaatkan PAS. Yakni, PAS tidak memperjuangkan calon individu, perjuangan individu. Tetapi perjuangan Islam. Calon adalah kemudian, tetapi falsafah perjuangan itu yang utama. Point, point PAS perlu lebih kepada pengundi baru + atas pagar. Seperti tingkatkan check and balance dengan memilih selain BN, BN akan terdidik apabila kita menolak mereka, dan sebagainya.
3. Jadual yang disusun PAS (tarikh pengumuman calon) wajib jatuh pada hari kelapangan TGNA, DSAI, Lim KIT Siang. Tidak dapat tidak, TGNA, (selain Husam, Khalid, Mustapha Ali, Hasan Ali) harus ada pada tarikh pengumuman oleh Presiden PAS. (DSAI kalau tidak hadir seperti mana TGNA hadir di Permatang Pauh, memang wa maki habis-habisan. Jangan besar kepala.)
4. Pengumuman awal calon BN membuatkan BN tiada elemen dinanti-nanti rakyat. Fokus rakyat seterusnya ialah kepada PAS. Ketika inilah PAS sepatutnya mengaturkan satu majlis yang grand, berpenyokong ramai, meyakinkan, mesra dan segar.
Kesimpulan pertamanya, ini bukan isu kelewatan. Cuma isu BN yang tiba-tiba awal. PAS telah mengumumkan jadualnya, dan hanya perlu memetuhi apa yag telah disusun.
Kesimpulan keduanya, Najib mempamerkan satu pasukan yang bijak menyamai Mahathir. Ini mendatangkan bahaya kepada ahli-ahli politik lawan yang naïf dan lurus bendul.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by unanjaga on Monday, December 22 @ 11:54:35 MYT (User Info | Send a Message)
Tiada timbul soal menang atau kalah dalam perjuangan,walaupun pada dari segi kehendak kita tetap inginkan apa jua kemenangan dalam setiap pilihanraya..siapa jua wakil atau calon yang kita letakan untuk bertanding pada sesuatu tempat itu,ia tetap membawa misi parti...dan semestinya wakil itu dapat membawa tanggung jawab misi itu.Mungkin ada hikmah nya Mat Sabu kalah dalampilihanraya tempuh waktu.Sesudah ini siapa saja yang diletakan sebagai calon untuk wakil PRK Kuala Terngganu itu,kita semua sebagai pendokong PR perlu memenangkannya.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by badok on Monday, December 22 @ 12:04:01 MYT (User Info | Send a Message)
Persoalannya............cuba korang conggak,berapa DUN yang PAS menang dlm Parlimen K.Terengganu tempoh hari???...Macam mana Parlimen boleh kalah? Simple arithmatic. So kali ini kesalahan tersebut tidak berulang lagi.. faktor telah terang dan nyata PAS terangganu perlu mengambil iktibar.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by kibodo on Monday, December 22 @ 12:04:16 MYT (User Info | Send a Message)
setuju dengan artikel ni. kita berjuang demi menegakkan agama Allah. berjuang untuk menolak parti rasuah, menghapuskan kezaliman, ketidakadilan, ketamakan pemerintah, kemiskinan, dll. kita bertanding bukan untuk satu individu (calon luar atau dalam), kita bertanding untuk memperjuangkan semua rakyat Tranung yg ditindas oleh parti rasuah. tolak parti rasuah untuk hidayah. beranilah untuk berubah sebelum parah. cegah demi maruah dan akidah. perubahan di Tranung bermula di PRK P36 KT. Takbir!!!
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by waliq on Monday, December 22 @ 12:08:23 MYT (User Info | Send a Message)
Berbalik semula kpd Sirah Rasulullah. Walaupun Rasulullah bukan org Madinah ttp sokongan paling ramai adalah penduduk Madinah berbanding di Mekah. Ingat jgn rosakkan Parti kesayangan kita ni dengan amalan asobiyya. Karang-karang jadi cam Abdullah bin Ubai, Abu Amir Ar-Rahib, dan kuncu-kuncu munafik, baru tau. Jgn ada team A dan team B plak dlm PAS nih!
Sabda Rasulullah "Laisa minni man da aa illa assobiya." "Bukan dari golongan kami orang yg berjuang di atas asobiya." Soal sesapa pun calon kita, janji PAS boleh menang. Guane gamok?
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by unanjaga on Monday, December 22 @ 12:11:44 MYT (User Info | Send a Message)
Hikmah dari kekalahan parti pas tempuh hari untuk menguasi negeri Terangganu,dimana wang royaliti telah dikembalikan pada rakyat terangganu,sebelum ini pihak kerajaan telah merampas hak itu dari rakyat bilaman parti pas diberi peluang untuk mentadabir.Kita ingin melihat secara adil apakah hak ini akan dikekalkan bilamana negeri terangganu jatuh dibawah kekuasaan PR kelak(insyAllah jika diizinkan olih Allah)
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by ibnhjmuda on Monday, December 22 @ 12:23:06 MYT (User Info | Send a Message)
apa nk dsedihlkan sgt.calon luar bukannya sesuatu yg memalukan berbanding dengan calon yg mengamalkan rasuah utk menang..suasana politik dKELantan agak berbeza dgn dTRG.ini kita kena akui dan fahami..spt kata Tim Pres:kita nk calon yg boleh memberi kemenangan"
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by penimpas on Monday, December 22 @ 12:36:23 MYT (User Info | Send a Message)
~ MP tempat aku anak tempatan, sekali pun tak pernah bersuara kat parlimen, harap tersengih2 je bila mukhriz berbahas, (MP aku duduk kat belakang mukhriz)
~ kesimpulannya, lebih baik MP org luar tp bersuara daripada MP org tempatan tp bisu,,,,
~ apapun TGHH akan umumkan calon yg terbaik,, semua kena akur & sokong
Sekadar satu muhasabah. Artikel yang sepatutnya dilihat dari pandangan muhasabah.
Walaubagaimanapun, siapapun calon dalam PRK ini yang mewakili PAS hendaklah diberikan sokongan yang padu.. Contohi Abg Mat kite walaupun mungkin tidak terpilih, tapi mempunyai jiwa besar..
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by notan on Monday, December 22 @ 12:43:41 MYT (User Info | Send a Message)
kekadang taktik perang ini kena juga sesuai. kalau ada keperluan kita ikut rentak musuh,kita perlu ikut.Soal sedih tidak timbul kerana kalau itu kehendak pengundi Kuala Terengganu,apakah strajegi terbaik untuk menang?perlu diingat bahawa apa jua komen orang keputusan akan dibuat olih pengundi Kuala Terengganu.jadi tidakkah lebih baik kita tinjau pandangan pengundi sebelum mengambil apa apa keputusan?tak usah sedih dengan tanggapan orang bahawa abang Mat orang luar.ini adalah sebahagian asam garam perjuangan.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by jiemi on Monday, December 22 @ 12:50:38 MYT (User Info | Send a Message)
Tiada Masalah siapa calon PAS, semuanya adalah pejuang. Masalah di Terengganu lain cerita. Bukannya semua pengundi itu orang PAS. Dalam perjuangan' kita hendaklah melihat kepada waqi' bukannya masuk membuta tuli. Mentang-mentang situasi memihak kepada pembangkang, bolehkah sebarang calon kita nak letak?. Dalam sejarah Islam, pemimpin yang hendak mengetuai tentera Islam dipilh mengikut waqi'
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by sebovespa on Monday, December 22 @ 12:53:01 MYT (User Info | Send a Message)
Calon luar tetap calon luar.. ianya memang berbeza dengan calon dalam.. luar dalam pon x tau beza ke..?? terima jela kenyataan. perjuangan ttp perjuangan.. tapi luar dalam tuh lain. sedara lah skarang ini menimbulkan isu yang x perlu diulang2 lagi.
bukan ke salah satu prerequisites untuk jadi pemimpin itu 'HE MUST BE FROM THE TRIBE OF THE MAJORITY'.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by bung on Monday, December 22 @ 13:03:02 MYT (User Info | Send a Message)
dah lah tu! kan pas dah buat keputusan pasal calon, sepatutnya dah tutup buku isu mat sabu ni. mat sabu tak bising yang korang kecoh sangat apasal? buat kerja masing-masing sudah lah. kan lebih baik sekarang kita tumpu untuk serang bn dan calonnya tu? cukup!! g buat kerja masing-masing. korang ni macam tak nak pas menang je. relax la, lepas ni ada banyak lagi pilihanraya kecil.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by Talibans on Monday, December 22 @ 13:18:49 MYT (User Info | Send a Message)
Lidah org PAS Terengganu terutama pemudanya macam lidah UMNO kerana asyik nakkan org tempatan,apa bezanya dgn org luar yg menang di Kelantan dan tempat lain,kitakan sama-sama dlm PAS takkan itupun nak dikira,tuk guru dah kias walaupun pendapat peribadi terima sajalah apa yg tuk Guru kiaskan.
Kali ini bukan calon luar atau calon seluar dalam yang jadi penentu. Siapa pun calon yang PAS letak, pasti ditolak oleh orang melayu yang masih waras. PAS kita sudah tercemar dari PARTI LUAR yang sudah menguasai mereka , malah telah hilang prinsip perjuangan sebenar. Kini mereka tak mampu bersuara lagi. Bercakap saja pasal negara islam, terus disumbatkan mulut mereka dengan tahi babi oleh PARTI DAP yang sungguh kurang ajar, jauh sekali mahu menghormati hak-hak orang melayu islam beraja di Malaysia ini. Lihat saja di Perak dan selangor. Sungguh menyedihkan. Lihat jugabagaimana mereka mudah ditipu oleh ANWAR pada 16-september. semuanya menjadikan PAS parti yang ikut angin dan jadi CACA MARBA. Ayuh !! mari kita hantar mesej yang jelas pada mereka di KT.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by hazura05 on Monday, December 22 @ 13:21:18 MYT (User Info | Send a Message)
tolong jangan jadi bodo sangat lah. kan calon dah ada, cuma tunggu pengumuman pada 01 jan 2009 ni saja.. tolong berentilah buat andaian calon lagi. tunggulah TG Presiden umumkan.. Pergilah buat kerja masing-masing. jangan menyibuk pasal calon kat sini lagi. Namun apapun aku sokong abang Mat.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by akujamin on Monday, December 22 @ 13:28:58 MYT (User Info | Send a Message)
Ahli2 PAS harus ingat Sebagai seorang pejuang Islam sejati tidak timbul soal orang luar atau anak tempatan.Yang penting mampu memikul amanah yg diberi kelak dgn jujur.Jangan mudah termakan dengan hasutan dan sentimen kenegerian permainan musuh2 Islam.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by IkangDukang on Monday, December 22 @ 14:12:54 MYT (User Info | Send a Message)
Sudah beberapa tulisan yang menggambarkan seolah-olah oran PAS Terengganu bersikap kenegerian. Kenapalah tak faham isu sebenar. Orang PAS tak kira siapa pun malah ramai orang PAS lebih suka Mat Sabu dicalonkan. Tolong fahamlah isunya. Orang PAS Terengganu cuma berfikir mengikut realiti. Kalau semua orang PAS pangkah Mat Sabu belum tentu kita boleh menang. Kita perlukan undi pengundi atas pagar dalam keadaan 50-50 ni. Jadi kita kena baca ikut kehendak orang atas pagar. Orang atas pagar mahu undi PAS kalau mereka lihat calon tempatan. Kita boleh paksakah orang atas pagar? Jadi, tolonglah faham isunya. Kita bertanding hendak menang atau kita bertanding atas sentimen Mat Sabu? Janganlah tuduh orang PAS Terengganu bersikap kenegerian.
Kalau betul orang PAS bersikap kenegerian, mereka telah bantah semasa PRU12 dulu di mana Mat Sabu, Nasarudin Mat Isa, Badrul Hisham (PKR) bertanding di Terengganu. Ketika itu mana ada bunyi isu calon luar di kalangan orang PAS Terengganu. Kalau ikut sentimen saya suka Mat Sabu dicalonkan kerana keberaniannya, pengorbanannya, kebolehannya dan sebagainya. Dan saya sangat taat siapa pun yang ditentukan oleh Majlis Syura.
La syarqiyah, la gharbiyah, wehdah. wehdah Islamiyah.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by WSZI on Monday, December 22 @ 15:08:38 MYT (User Info | Send a Message)
Letak lah calon mana pun, yang PASTI SESIAPA YG BERJUANG DI JALAN ALLAH AKAN TETAP MENANG.
Kalau PRK di KT kalah sekalipun... di sisi Allah kita tetap menang. Kalau Kalah dibumi Allah, (sabar -- akhirat tetap akan menang jua - Insyaallah).
Yang kita ingin kemenangan sebenar adalah perjuangan yg diterima di sisi Allah.
TEGUHKAN NIAT DI HATI, KITA BERJUANG SEMATA-MATA KERANA ALLAH... KITA TETAP AKAN MENANG.
BUKAN BERJUANG KERANA, CALON TU KAWAN, SEDARA, PERTALIAN KELUARGA, ORANG SEKAMPUNG, SATU NEGERI KE... TAKUT NANTI PERJUANGAN YG KITA RASA PERJUANGAN MENJADI SIA-SIA KERANA TIADA RIDHANYA...
INGAT!!!
Ketika berselisih faham beginilah, hati kita diuji olehNya. Hati yang KERAS, TIDAK SABAR boleh terputus talinya... Jangan pula kita terpilih untuk terkeluar dari jamaah.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by ganahmurima on Monday, December 22 @ 15:25:49 MYT (User Info | Send a Message)
aku tak setuju kekalahan mat sabu dilu disebabkan dia org luar.....dia dah menang pada mulanya...tiba2 dia dikalahkan dgn pengundi hantu. sbg rakyat trg, sku amat menyenangi beliau utk bertanding di trg....dia punya suara yg lantang utk menyuarakan pandangan serta dpt mewakili suara rakyat di parlimen....
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by kayu_cemeti(ahlanwasahlan_wamarhaban (skype)) on Monday, December 22 @ 16:00:23 MYT (User Info | Send a Message)
Pelik ker dengan calon luar apa dari kalangan UMNO tak ada calon luar ker dalam setiap kali prk atau pru ..................
Ini semua gara2 orang seperti malanchai masih ramai didalam pas atau orang yg diupah olih balaci2 UMNO untuk memporakperandakan jamaah dalam pAS itu sendiri cuba lihat apa komen mereka ditko ini ????
CUMA SATU PESANAN KITA KEPADA ORANG SEPERTI MEREKA INI SUPAYA DAPAT BERFIKIR SECARA IKHLAS SIAPA YG MEREKA HENDAK KALAHKAN ITU APA KAH MATLAMAT PARTI YG NAK DIKALAHKAN ITU ...DAN BERSEDIALAH APABILA MATI NANTI UNTUK MENYEDIAKAN JAWAPAN KEPADA MUNGKAR DAN NANGKIR UTK MENJAWAB SIAPA IMAM KAMU.....TETAPI MEREKA TERKEDU SEBAB MASA HIDUP MENGHALANG ORANG DALAM KERJA2 ISLAM ...YAKINLAH!!!
Ahlu PAS KT akan menyokong sesiapa saja yang jadi calon PAS.. tapi ini bukan pemilihan PAS... ini PRK... semua org KT mengundi... jadi kena ikut apa kehendak orang KT lah.. termasuk org atas pagar/tidak berparti serta ahli UMNO yang nak sabotaj UMNO.... tunggulah UMNO.. akan ada sabotaj dari ahli UMNO sendiri nanti... hehehehhe
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by Dagang on Monday, December 22 @ 17:22:39 MYT (User Info | Send a Message)
Asalnya bukan org PAS yg kata, rakyat terengganu yg ats pagar yg kata..Penyokong Pas tetap akn sokong PAS walaupun siapa calon. Skrg ni penentu adalah golongan yg ats pagar.Harap calon yg akn diumumkan nnt boleh memenangkan PAS insyaallah, cukupla dgn kekalahan dahulu, jgn diulangi kesilapan.
Re: Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar(Score: 1) by haziq on Monday, December 22 @ 18:14:59 MYT (User Info | Send a Message)
Kalau macam tu lah kehendak Pas Terengganu, saya sebagai anak Pulau Pinang dan kini menetap di Kedah minta Sdr Hj Mat Sabu jangan sedih dengan perkara ini. PR ke 13 nanti balik lah ke Kedah atau Penang. Kami akan usahakan akan Tn Hj ke parlimen. Biaq la... depa tak sudi nak buat macam mana. Mungkin tak payah dok pi ceramah lagi la kot belah sana. Orang tempatan sana dah hebat-hebat belaka.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan salawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha mengetahui Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu telah tegak di negeri-Mu, sehingga keadilan dimatikan, jalan-jalan kebaikan diputuskan kebenaran dihapuskan, kejujuran disia-siakan kebajikan disembunyikan, keburukan ditampakkan ketakwaan direndahkan, petunjuk dihilangkan kebaikan dimusnahkan, keburukan ditegakkan krousakan dikembangkan, kekufuran dikuatkan kezaliman dihalalkan, perubahan dimusuhi
Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar, hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.
Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin
Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.
Supaya orang fakir dikayakan. Orang yang meminta perlindungan dilindungi. Orang besar dihormati, orang kecil disayangi. Orang teraniaya dimuliakan, Orang zalim dihinakan. Orang kesusahan dibahagiakan.
Allahumma Yazaljalali wal Ikram
Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa Matikanlah lah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.
1 comment:
Tuesday, December 23, 2008
mag Tops - TKOv7 Tops - TKOv7 Joined: Sep 25, 2007 Posts: 639 Location: berlantaikan bumi, berbumbungkan langit
mag
Tops - TKOv7
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan salawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha mengetahui
Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu
telah tegak di negeri-Mu,
sehingga keadilan dimatikan,
jalan-jalan kebaikan diputuskan
kebenaran dihapuskan,
kejujuran disia-siakan
kebajikan disembunyikan,
keburukan ditampakkan
ketakwaan direndahkan,
petunjuk dihilangkan
kebaikan dimusnahkan,
keburukan ditegakkan
krousakan dikembangkan,
kekufuran dikuatkan
kezaliman dihalalkan,
perubahan dimusuhi
Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya
Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu
Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.
Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin
Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan
perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.
Supaya orang fakir dikayakan.
Orang yang meminta perlindungan dilindungi.
Orang besar dihormati, orang kecil disayangi.
Orang teraniaya dimuliakan,
Orang zalim dihinakan.
Orang kesusahan dibahagiakan.
Allahumma Yazaljalali wal Ikram
Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa
Matikanlah lah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang
Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas
Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan
Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan
Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.
Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.
Post a Comment