Misteri: penganjur demo usung kepala lembu buat konar baring Kepala lembu itu mungkin jatuh dari langit...penganjur kata kepala lembu hadir secara misteri, mungkinkah kerajaan langit ayah pin yang bertanggungjawab. Tak kan kepala lembu itu datang bergolek-golek ke SUK Selangor. Inilah kerja orang bangang, lain kali kalau nak berdemo pun, jagalah sensitiviti dan perasaan kaum lain. Inilah lagak pemimpin umno di Shah Alam, berak tengah jalan ta nak mengaku... Lain kali fikir sebelum buat...bukan buat lepas tu baru nak fikir Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri. "Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini. Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23. Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi. Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya. Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan. Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman. Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman. Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis. Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan. Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam Sumber:Malaysiakini.com |
Saturday, August 29, 2009
BACA PENERANGAN INI DARI WAKIL RAKYAT SHAH ALAM PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS Oleh Khalid Samad Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN. Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka. Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian. Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan. Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran! Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju. Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19. Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”. Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya. Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang. Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia! WalLahu ‘Alam. |
Gerakan memerintah pulau pinang dari tahun 1969 hingga 2008,tak ada pulak umno bising...semua tahu gerakan adalah parti kaum cina biarpun sebahagian kecil melayu dan india.samalah macam dap.
Bila DAP memerintah pulau pinang,mulalah umno menyalak-nyalak memainkan isu perkauman.ismail bukit bendera kata cina kaum pendatang.
sebenarnya umno kalah pasal celupar sangat.muhyiddin sebelum prk permatang pasir cakap anwar pengkhianat bangsa dan putarbelitkan kenyataan TG Nik Aziz.
siapa yang tak marah.sekarang sbuklah umno semalaya kononnya parti kuno itulah hero melayu dan islam nak perjuangkan melayu dan islam.mula-mula arak,sekarang babi,tak lama lagi kuil.semua tahu kilang arak didirikan di shah alam dengan lesen yang diberikan umno,samalah dengan kasino di genting,lesen judi...kandang babipun umno yang rancang nak buat di selangor.kandang babi moden inilah idea umno.sekarang isu kuil pulak yang timbul sejak umno memerintah selangor.nak tuduh kerajaan pakatan rakyat selangor pulak.ingat kes kampung buah pala.yang buat tahi gerakan tapi kerajaan pakatan rakyat pulau pinang yang kena cuci
August 28, 2009 3:47 PM
Anonymous said...
Parti Angkatan Sial. Inilah PAS sebenar. MB Perak Nizar & MB Selangor sanggup jadi boneka DAP kerana ingin kuasa. Walaupun Gerakan di Penang, Melayu tidak hina secara terang terang. DAP berani cakap JIM extremist, Islam tak ada dalam agenda politik dan Islam hanya untuk pegawai agama. Apa kah Islam boleh di jual beli?
August 28, 2009 4:30 PM
macam-macam ada said...
amboi.. sedap jer mulut maki hamun bulan posa ni..
August 28, 2009 6:09 PM
Ding Dong said...
Salam, harap wak tetap membiarkan komen dari puak UBN yang jelas begitu kecewa. Bahasa dan adab yang sungguh sopan bagi mereka, hanya mereka saja yang betul. Biar rakyat terus meluat dan benci kepada UBN. Semoga setiap orang dapat melihat wajah sebenar UBN selama memerintah 52 tahun ini. Terimakasih.
August 28, 2009 8:05 PM
Anonymous said...
Hari baru puak2 UMNO nak cakap pasal Islam. Dulu tak pandang langsung syariat Islam (Sekarang pun camtu jugak, berlakun je) Nak tunjuk dia pun berjuang atas nama Islam juga. Tapi 50 tahun apa yang UMNO buat untuk Islam. Artis disanjung dipuja, Ulamak dikesampingkan. Tak payah tengok jauh, tengok perwatakan ahli UMNO pun dah cukup, bezaaaaaaa sangat dengan ahli PAS. PAS FOR ALL
August 28, 2009 11:22 PM
Tobat Aku Benci UMNO said...
Woi anon buta kayu, umno tu apa lanchau memerintah dah lebih setengah abad ada ke junjung Islam...??
Apa bukti kau PAS tunduk dengan DAP?? Balik2 citer sama yang takde bukti melainkan citer mainstream medias yang dipunyai umnGoK..
Bodoh punya penchachai umnGok haram jadah!!!
August 29, 2009 2:15 AM
TDM said...
salam ABO...
perjuangan menegakkan Islam bukanlah mudah... penuh ranjau dan duri.. fitnah dan mehnah..
biarlah apapun yg mrk katakan kpd perjuangan PAS.. anggap sj sbg api yg mmbakarkan semangat pjuangan kita....
PAS FOR ALL....
August 29, 2009 2:40 AM
kosen4 said...
Salam Wak...
Sokongan moral dari kami, terus perkatakan yang benar.Perjuangan di balik tabir memang mencabar....
Gambatte kudasai...
August 29, 2009 6:57 AM
Hang Kebun said...
Wak,
Baik Pas bergerak sendiri. Ada sekutu tak bermutu macam PKR dan DAP akan menyebabkan kita kecundang dalam matlamat sebenar kita menegakkan negara Islam.Kita harus konsisten bercakap soal prinsip ISLAM dan tidak boleh berlaku matlamat menghalalkan cara dalam politik,ekonomi dan kehidupan sosial.
Jadilah PAS seperti di zaman pimpinan almarhum ustaz Fadhil Noor. Kepimpinan Karismatik beliau dihormati lawan dan kawan malahan pendapat beliau amat dominan diterima pakai. Hari ini kepimpinan kita agak lemah dan mengikut rentak pimpinan pakatan lain. Anwar jadi panduan dalam semua isu?. Kenapa kita lemah sebegini?. Haji Hadi gagal mempengaruhi pimpinan pakatan dalam mengutarakan idea malahan kalau kita lihat Tuan Guru Nik Aziz adalah lebih berpengaruh dan pendapatnya memberi kesan terhadap corak hala tuju PAS.
Haji Hadi pun lemah apabila bercakap soal prinsip meletakkan calon kawasan pada PRU. Kawasan PAS diberi pada PKR untuk ditandinggi?. Bijak?. Akhirnya apa terjadi?..Kita diperlekehkan oleh parti2 pakatan lain yang menyindir kita parti ketiga dan tercorot majoriti dalam Pakatan. Natijahnya pandangan PAS sering di main-mainkan oleh Parti Lain. Apa nak buat?.
Dulu, Allahyarham Ust. Fadhil Noor bergabung juga dengan pihak lain. Namun gabungan itu tidaklah sampai pihak lain memandang rendah pada kita. Malahan PAS amat diperlukan sebagai kompenan utama dalam menjayakan gabungan. Segalanya berubah selepas Anwar dan azizah menubuhkan ADIL dan akhirnya KEADILAN. PAS begitu membantu menggerakkan organisasi baru ini. Berkongsi jentera parti, berkongsi pentas dan malahan PAS sanggup berkompromi meletakkan calon keadilan di kawasannya untuk bertanding pada pilihanraya. Sampai begitu sekali komitmen PAS terhadap sekutu barunya..bantu dari A-Z. Tapi akhirnya kita tidak sedar, hari ini PKR menguasai PAS dan dominan. Lihat apa yang terjadi pasal isu arak di selangor?. Siapa PAS di sana?.
Buat semua ahli Pas. Tak guna menunding jari pada yang lain. Kita perbaiki organisasi kita dan belajar dari sejarah. PRU nanti jangan ulangi sejarah sedih ini.
Di petik dari sumber
|
Di petik dari sumber Blog AdukaTaruna Pemerhati Bebas Dari 19 May 2008 5.30pm Bagaimana BR berhadapan dengan taktikal ini? Oleh : AdukaTaruna Memula skali kita bahagi kepada UMNO elite dan UMNO bawahan. UMNO elte dah pasti ada pemikir mereka sendiri. Tetapi UMNO bawahan kekal bodoh piang. Pemikir UMNO cerdik gua percaya sudah mengetahui bahana kempen perkauman apabila tewas dalam kawasan pilihanraya yang mempunyai penentu bukan Melayu seperti Permatang Pasir. Gua percaa mereka dah tahu. Mustahil mereka selembab ulama Melayu PAS. Namun, begitu, mereka tetap memerlukan kempen perkauman untuk luar bandar kerana luar bandar adalah talian hayat mereka. Dan mereka tetap perlukan kempen perkauman untuk buruh kasar bawahan mereka. Selain itu, akibat kempen perkauman mereka, adakalanya mereka tidak dapat mengawal tindakan buruh kasar mereka seandainya buruh kasar mereka bertindak diluar skrip. Jadi, bagaimana jika pemikir UMNO elite menggunakan kaedah ini? 1. Mereka api2kan perkauman seperti demo kepala lembu dengan menggunakan lulit. Sasaran ialah UMNO bawahan dan Melayu luar bandar. 2. Kemudian mereka membuat kenyataan mengutuk perbuatan lulit mereka. Sasaran ialah masyarakat bukan Melayu. Kutukan mereka ini hanya disiar dalam media alternatif (internet), bukan dalam media perdana. So, dengan cara ini, sasaran untuk Melayu berjaya, tanpa rosakkan persepsi bukan Melayu. Jika ini taktikal mereka, bagaimana BR dan PAS untuk berhadapan dengannya? |
- | |
Arak kepala lembu bantah pindah kuil | |||
|
kemaskini 6.55pm Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22". "Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka. Polis hanya memerhati Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut. Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api. "Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami." "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23." Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur. "Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya. Tidak hina Hindu Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. "Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya (foto bawah). Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau. Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut. Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman. Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ. Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam. 'Khalid, Rodziah pengkhianat' Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23. Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut. "Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya. Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno. "Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya. "Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. "Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka." | ||||
Friday, August 28, 2009
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Di petik dari sumber Isuhangat.blogspot.com |
Di petik dari sumber sya~reformis BERJALAN MELIHAT DAN MENTAFSIR Info untuk semua....!!!INFO UNTUK ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU, ORANG ISLAM YANG JAHIL @ SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!@DAN PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO YANG SAH JAHIL.. SEBAT CARA ISLAM SEBAT CARA SIVIL Maklumat Ringkas: SEBAT CARA ISLAM 1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm 2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak. 3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. 4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. 5. Sebatan dengan kekuatan sederhana. 6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. 7. Tidak melukakan kulit pesalah. SEBAT CARA SIVIL 1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz. 2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat. 3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja. 4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. 5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. 6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. 7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan. 8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar. AHHH SEKARANG YANG MANA ADIL......WAHAI PEMIMPIN UMNO......JGN PANDAI KOMEN KELAK....BINASA.. sumber dari sini |
Perjuangan UMNO ditolak KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan UMNO ditolak oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir adalah disebabkan oleh dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri. Nik Abdul Aziz berkata, dasar yang diperjuangkan UMNO selama ini tidak betul memandangkan UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan. “Penolakan yang begitu banyak terhadap UMNO ini satu daripada sebabnya adalah berpunca daripada dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri. Tak betul dengan dasar UMNO iaitu tolak Islam ambil kebangsaan. “Kelantan yang telah hampir 20 tahun menggunakan dasar Islam, alhamdulillah...ia mendapat penerimaan daripada semua pihak,” katanya ketika diminta mengulas kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang dua hari lepas. Pada pilihan raya kecil itu calon Pas, Mohd Salleh Man memperoleh 9,618 manakala calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman mendapat 5,067. Mengulas mengenai dakwaan yang kononnya BN gagal memberikan calon yang bersih dari segala aspek Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mahu menyentuh soal peribadi calon sebaliknya menekankan kepada dasar yang diperjuangkan parti itu yang menjadi punca kekalahan. “Dari segi lain saya tak peduli tetapi dari segi dasar memang tak bersih. Calon secara peribadi saya tak mahu sentuh yang itu,” katanya. Sehubungan itu beliau dengan ikhlas meminta pemimpin dan ahli UMNO agar mengubah dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini. Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan kembali dasar perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini. “Saya meminta saudara-saudara kita di dalam UMNO supaya tolong fikir dan tolong ubah dasar UMNO daripada kebangsaan kepada Islam. “Bulan Ramadan, bulan Quran buatlah dasar lain. Kedaulatan Allah ke atas manusia seakan terhakis apabila dasar yang diperjuangkan bukan dasar Islam. Allah pernah berdaulat tiba-tiba kita tidak mahu pakai al-Quran dan ambil dasar yang di bawah oleh orang Eropah,” katanya. |
Artikel Pilihan HARI INI Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan atas alasan tidak mahu mengganggu urusan mahkamah berkata, dalam Islam, jika seseorang itu didapati bersalah meminum arak seharusnya individu berkenaan dikenakan hukuman sebanyak 80 sebatan. » selanjutnya |
Thursday, August 27, 2009
Di petik dari Blog PERAKEXPRESS//perakexpress.com
Permatang Pasir: Penilaian semula.Aug 26th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpressDalam ucapan ketika menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di Markas Utama Pas Permatang Pasir malam tadi, Mat Sabu menjadi pengulas sukan.. memberikan ulasan selari tentang siri-siri perlawanan diantara BN dan PR. Perlawanan pertama, Anwar dengan Arif Shah. Anwar smash, Arif Shah angkat. Anwar lob, Arif Shah angkat. Anwar smash!..Arif Shah tersungkur. 1-0. Perlawanan Kedua. Wahid Endut lawan Wan Farid . Wahid smash, Farid angkat. Wahid drop, Farid lob. Wahid smash, Farid menghantar kejaring. Sangkut!! 2-0. Perlawanan ketiga. Tiga perlawanan dijalankan serentak. Bukit Gantang…Nizar menewaskan Ahmad Safian. 3-0. Bukit Selambau, Manikumar menewaskan 13 calon lain. 4-0. BN hanya memungut satu mata di Batang Ai. 4-1 Perlawanan keenam. Dr.Mansor masuk kegelanggang. Tapi calon BN sakit perut. Terkencing dalam seluar. Mansor menang. 5-1 Perlawanan ketujuh. Abe Fauzi lawan Tuan Aziz. Perlawanan berlanjutan hingga ke rubber game. Akhirnya Abe Fauzi berjaya mengalahkan Tuan Aziz dalam mata deuce. 6-1. Perlawanan kelapan. Salleh Man lawan Rohaizat. Perlawanan dijangka sengit tetapi Rohaizat mendapat teguran dari pengadil diawal permainan. Masuk set kedua, pengadil mendapati Rohaizat menggunakan steroid. l Oleh kerana steroid itu hanya dikhaskan untuk kegunaan dalam bilik tidur, Rohaizat tercungap-cungap bila bertarung digelanggang. Rohaizat tewas. 7-1. Kalau dalam bolasepak, skor begini macam Manchester United lawan Jenderata FC. Kalau dalam tenis, macam Federer lawan V. Selvam. Secara keseluruhannya, Umno bukan lawan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tak perlu bertarung dengan Umno kerana rakyat sendiri yang akan menentang Umno. Apa yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat, ialah memperkukuhkan PR itu sendiri. Kerana kalau Pakatan tidak mampu mengukuhkan diri sendiri, tidak mustahil rakyat akan menolak mereka pula. Lebih spesifik lagi, kemenangan Pas di Permatang Pasir bukan kerana kegagahan Pas, tetapi adalah kerana kelemahan BN. Dan Umno memberikan bola tanggung kepada Pas, dan Pas hanya perlu membuat satu pukulan smash. Umno lingkup. Adalah lebih elok sekiranya Pakatan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang mana boleh diperbaiki untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Permatang Pasir banyak mengajar kita tentang corak politik masa depan. Itu pun kalau pemimpin Pakatan mahu ambil pot. Kalau tak mau…mampuih pi la. Kita buat perbandingan diantara Pas dan Umno…kerana dalam PRK Permatang Pasir ini, Umno dan Pas yang memimpin kempen dan strategi. Yang lain hanya membantu. Jentera Umno Umno menggunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan malah buat pertama kalinya, tentera turut dikerah untuk melakukan program-program untuk membantu Umno. Belum pernah berlaku dimana tentera terlibat dalam pilihanraya membantu BN, tetapi apabila ajensi-ajensi kerajaan lain gagal membantu, tentera terpaksa digunakan. Dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja anggota tentera akan digunakan, malah seramai 5,000 anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) telah diagih-agihkan bagi setiap DUN untuk memastikan kemenangan BN. Umno mempunyai wang untuk dibelanjakan. Walaupun jentera Pemuda Umno Nampak tidak bermaya, tetapi mereka mampu menggerakkan petugas-petugas dengan imbuhan kewangan. Malah mereka mampu membayar Mat Rempit untuk melakukan kekacauan pada hari mengundi. Tapi apa nak buat… kesilapan memilih calon menyebabkan mereka patah semangat. Isteri pertama Rohaizat sendiri turut turun berkempen pada dua hari pertama, tetapi apabila kes isteri kedua meletup, isteri pertama pun tak nampak muka. Wanita Umno masuk kekampung-kampung ketika orang-orang Pas sibuk kepentas ceramah. Sekurang-kurangnya, usaha wanita dan Puteri Umno ini berjaya mengekang orang-orang atas pagar dari beralih kepada Pas. Pas Jentera Pas kawasan kaput. Pas Permatang Pauh hanya pandai bercakap tapi tak tau mengatur kerja. Jadual ceramah masih belum tersedia walaupun selepas hari Penamaan Calon. Di Permatang Pauh, Lim Kit Siang dijemput untuk berucap, tapi bila sampai…tak boleh bercakap kerana namanya tak ada dalam permit. Chegu Bard diminta berceramah, tapi bila pergi ketapak ceramah, tak ada orang. Cuma apabila jentera pilihanraya diambil alih oleh Pas Pusat, baru nampak koordinasi diantara parti. Sebelum itu, koordinasi diantara Pas dan PKR cukup lemah. Kita pun tahu macam mana perangai Pas Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada mereka. Sebelum PRK Penanti, Pas Permatang Pauh menuntut supaya Penanti diberikan kepada Pas. Bila tak dapat, depa boikot. Sehinggakan bila tiba hari mengundi, ramai yang tak mahu mengundi. Bila kena kat Permatang Pasir, baru tahu malu. Calon Umno Umno memang cari nahas bila memilih Rohaizat sebagai calon. Tapi jangan seronok sangat mengatakan Umno bodoh, tak tau pilih calon. Mungkin ada rahsia tersendiri, mengapa mereka memilih calon yang bermasalah. Mungkin Umno sengaja memilih Rohaizat untuk dijadikan kambing hitam. Rohaizat sudah out pada hari pertama lagi. Umno sepatutnya menyuruh Rohaizat menarik diri, dari membiarkan dirinya menjadi punching bag Pakatan. Tak tau apa yang akan terjadi kepada Rohaizat selepas ini. Nak balik rumah isteri tua, takut. Nak balik rumah isteri muda..malu. Mungkin lepas ini dia kena daftar dalam Adult Friend Finders pulak. Pas Calon Pas bernasib baik, macam Dr. Mansor di Penanti. Tak ada isu peribadi yang boleh digunakan oleh Umno. Walaupun ada propaganda yang dilakukan oleh Umno, tapi mereka gagal membuktikannya. Tidak macam apa yang berlaku terhadap Rohaizat. Sekali dia nafi, sepuluh bukti keluar. Isu Umno Aku percaya, Rohaizat sengaja dipilih, walaupun Umno tahu latarbelakangnya, kerana mahukan Rohaizat dijadikan kambing hitam untuk mengalih pandangan daripada isu-isu nasional. Isu Altantuya dan Rampasan Kuasa di Perak tenggelam. Nama Najib menjadi bersih, tidak lagi menjadi bahan kutukan. Semuanya tertumpu kepada Rohaizat. Najib sendiri tidak turun berkempen, kerana tidak mahu isu Altantuya timbul kembali. Tidak banyak isu-isu nasional yang ditimbulkan. Walaupun pada awalnya, Umno cuba membawa isu Anwar pengkhianat, tetapi dapat dipatahkan seawall malam penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon, Anwar berucap di Permatang Pauh tentang skandal Muhyidin Yassin yang menjual tanah dan pasir kepada Singapura. Begitu juga pertemuan Zahid Hamidi dengan Menteri Israel. Semuanya menyebabkan Umno ketiadaan isu. Sebaliknya terpaksa bertahan kerana serangan terhadap Rohaizat. MCA dan Gerakan gagal membantu Umno menarik pengundi Cina. BN masih lagi memainkan isu perkauman dan pembangunan untuk menarik undi menyebabkan mereka nampak bodoh. Mungkin mereka ingat, pengundi Permatang Pasir masih bodoh macam orang Umno. Dalam ceramah di Kg. Cross Street, Mukhriz berceramah tentang jalan yang becak dan ada rumah yang masih lagi tidak mempunyai bekalan air. Nampak sangat bodohnya Mukhriz. Selama 51 tahun Umno memerintah, mengapa tak buat? Pas Umno memberikan bola tanggung kepada Pas terutama dalam isu skandal Rohaizat dan kematian Beng Hock. Pas hanya perlu smash. Imej/persepsi Umno/BN Nampak sangat berlaku pergeseran dikalangan BN. Pada hari penamaan calon lagi, tidak ada pemimpin-pemimpin ternama dari BN yang hadir. Begitu juga semasa berkempen. Yang datang hanyalah pemimpin cokia dari Umno. Imej Umno sebagai gangster semakin terserlah yang menyebabkan ramai orang sudah tidak berminat dengan mereka. Orang-orang Cina juga semakin meluat dengan Umno dan contoh terbaik ialah di Kg. Cross Street dan Samagagah. Walaupun mereka menghadiri program-program Umno, tetapi hakikatnya, mereka hanya mahu menunjuk muka. Undi bagi Pas. Pas. Gandingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diatas satu pentas memberikan imej yang baik. Pada hari penamaan calon lagi, semua pemimpin tertinggi PR hadir. Ini memberikan imej yang cukup baik. Walaupun terdapat banyak pergeseran yang berlaku, namun ‘unity show’ yang dibuat cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan mampu memerintah negara. Ronnie Liu datang dan bergurau dengan pemimpin Pas yang lain, cuma Hasan Ali yang tak nampak muka. PRK Permatang Pasir juga menunjukkan kematangan kepimpinan. Kalau dalam PRK Penanti yang lalu, cuma Nik Aziz saja yang turun membantu, sedangkan Hj. Hadi langsung tak nampak muka, tetapi dalam PRK Permatang Pasir, semuanya allright. Tak ada isu boikot memboikot macam yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh. Kesimpulan Kemenangan Permatang Pasir adalah kemenangan rakyat. Ketika ditanya oleh Chegu Bard semasa dalam kereta kerumah Din Binjai, aku kata Pas boleh menang dengan 4000-5000 undi. Chegu Bard kata tinggi sangat. Pas sendiri menjangkakan kemenangan dibawah 2000 undi. Banyak ceramah-ceramah yang dibuat mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Di Samagagah, kehadiran pengundi Cina keceramah Pas sangat rendah. Malah di Kg. Cross Street, kehadiran mereka keceramah BN lebih ramai dari yang datang keceramah Pas. Malam tu aku kurangkan jangkaan aku kepada 3,000-4000 undi. Apabila tiba hari mengundi, lagi membosankan. Pondok-pondok panas sudah tidak lagi dibenarkan, menjadikan plihanraya ini hilang kemeriahan. Kereta mengangkut pengundi pula tak banyak kelihatan kerana hanya kereta yang mempunyai sticker SPR dibenarkan mengangkut pengundi. Dan apabila kereta-kereta ini kebanyakannya kereta BN, aku mula rasa risau. Aku kurangkan jangkaan kepada 2000-3,000. Pas pula menjangkakan majoriti diantara 1,000-2,000. Bila keputusan keluar, semua salah. Dalam PRK Permatang Pasir ini, isu utama ialah personaliti dan kewibaan calon. Umno cuba mencemarkan karektor Anwar dengan isu pengkhianat, tapi memakan diri. Sebaliknya Pakatan berjaya mencemarkan personaliti Muhyidin dan Zahid Hamidi. Rohaizat pula membenarkan dirinya menjadi bahan ketawa sehinggakan digunakan sepenuhnya oleh Pas. Pas menggunakan sepenuh peluang untuk membunuh karektor Rohaizat dan berjaya. Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu. Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas. Sudah tidak banyak bezanya diantara politik BN dan Pakatan. Kekuatan jentera belum tentu menjamin kejayaan. Dari segi isu, baik BN atau Pakatan, masing-masing sudah ada skandal yang boleh dieksploit. Yang membezakan mereka ialah keperibadian calon |
Di petik dari sumber Cerita ceriti katak.Semalam hujan lebat, yang lebat tu masa tengah dok sembahyang tarawikh belum pun lapan rakaat. Lama dah tak dengar katak berbunyi, almaklumla sebelum puasa dulu kan musim kemarau. Musim kemarau katak pi rehat di Dubai kot. Musim hujan macam ni musim katak mengawan. Lepas hujan bunyi katak bersahut-sahutan sana sini. Dah jadi tradisi katak. Sahut menyahut dari kalangan katak. Kalau burung yang berbunyi, katak tak akan sahut. Bila katak yang relek dalam longkang berbunyi, katak yang dalam kolam pun mula menyampuk. Hanya katak yang akan menyampuk katak, sebab ada kesamaan dalam kejadian, rupa, keinginan dan cintakan fulus. Jenis spesis yang sama. Agak bising juga bunyi katak di Kulim ni. Sahut menyahut bila dengar katak kat Lunas berbunyi. Katak Kulim berbunyi dengan nada membela katak Lunas. Tapi katak Kulim ni pandai menyamar, walaupun hati katak tapi body masih cover, orang tak sangka dia tu katak. Mai kita pakat tengok lepas ni, katak Kulim nak buat apa. Aku rasa kalau ada offer fulus tebal katak Kulim akan lompat, lompatan yang lebih tinggi dari katak Lunas. Ada caya ka? ADIOS....... alamak katak pun padai cakap sepanyol la. |
ARTIKEL PILIHAN
Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.
Beliau pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari seksaan di dalam penjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 25 Oktober 1966.
Pemergian beliau merupakan kerugian besar bagi gerakan patriotik-demokratik. Mengenang sumbangan beliau yang besar kepada kemerdekaan tanah air, saya dan kawan-kawan lain dari Rejimen Ke-10, kader-kader bawah tanah dan bekas anggota PKMM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner (PKMRM) pada tahun 1981. Penubuhan PKMRM bercita-cita menyambung semula perjuangan KMM dan PKMM yang diterajui Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, agar semangat dan cita-cita beliau sentiasa bersinar-sinar dari generasi ke generasi.
Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr MahathirWritten by adminwww.telokbakong.com
“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.” Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya. ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :- * Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak). * Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali. * 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak) * Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08) Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber ) Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan. Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk) Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas. Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak’ sebelum ini. Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?. Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak. HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w ما أسكر كثيره فقليله حرام Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih ) Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain. Firman Allah swt : يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا “Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219) Lagi Allah menegaskan :- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90) Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk. Kerana itu nabi menyebut :- الخمر أم الخبائث Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854) Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas. HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :- 1) Hadis Nabi : إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud) 2. Hadis Nabi : أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1] 3. Hadis Nabi كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2] 4. Hadis Nabi :- أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4] 5. Athar sahabat قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5] 6. Hadis Nabi أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6] Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44) Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran. PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :- 1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta’zir. Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud. Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak. Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :- a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya. b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud. c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya. Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam. 2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan. Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :- Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan. Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud. BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT? Jika Hudud Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu. Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum. Jika Ta’zir Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie. Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini. SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL? Pertama Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri. Kedua Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram’ memukul. Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :- · Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10] · Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja. · Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan. · Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan. · Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk. Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah. Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu. Ketiga Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?. Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya. Keempat Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah’ (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?. Kelima Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.? KESIMPULAN Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir, DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih. DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah? Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim. DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan. Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH’ jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah’ pada sebuah mahkamah Syariah lagi. DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir. DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas. DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan. Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham. AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI. www.zaharudin.net |