Saya Anak Bangsa Malaysia Aug 6th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama Orang-orang Cina lebih mempercayai pelacur dari pegawai kerajaan - kajian. Pelacur dianggap lebih dipercayai di China berbanding dengan pegawai kerajaan dan saintis, demikian menurut satu kajian yang dilakukan terhadap 3,000 responden. Kajian secara online yang merangkumi 3,376 rakyat China menunjukkan sebanyak 7.9 peratus daripada responden merasakan pelacur lebih dipercayai, yang meletakkan pelacur ditempat ketiga selepas petani dan ahli ugama, lapur majalah Insight China dilaman web mereka. “Senarai begini sangat memeranjatkan dan memalukan” akhbar China Daily melapurkan , apabila mengulas tentang keputusan kajian yang dibuat pada Jun dan Julai 2009. “Pengiktirafan yang diberikan terhadap pelacur, amat memeranjatkan.” Akhbar tersebut berkata, senarai tersebut menunjukkan saintis dan guru diletakkan dibawah termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Tentera dan pelajar juga diletakkan dibawah kumpulan pelacur. Memandangkan begitu banyak skandal yang melibatkan kumpulan elit di China, keputusan ini tidaklah begitu teruk.” Ulas lidah pengarang China Daily. Sekurang-kurangnya, (saintis dan pegawai) tidak terperosok kebawah berbanding dengan pemaju perumahan, setiausaha, agen, artis dan pengarah. (AFP) ************************************************* Pas mahu Ronnie Liu disingkirkan. Keseluruhan isu adalah tentang penjualan arak disesetengah tempat diSelangor yang dianggap kawasan “Majoriti Islam”. Ronnie merupakan wakil DAP didalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Sebenarnya, ianya bukan hak Pas untuk menentukan siapa wakil DAP didalam EXCO Selangor. Ketiga-tiga komponen Pakatan rakyat…PKR, DAP dan PAS…telah diberikan kuota-kuota tertentu dengan jawatan yang telah dipersetujui. Terpulang kepada parti-parti tersebut untuk menentukan siapa wakil mereka yang diberikan jawatan. Barisan Nasional juga beroperasi seperti ini. Setiap daripada 14 parti komponen diperuntukkan kuota tertentu. Mereka boleh menamakan wakil dari parti mereka untuk memenuhi kuota tersebut. Umno tidak boleh memberitahu MCA, MIC, grakan atau mana-mana parti siapa yang patut dipilih. Parti-parti ini mendapat kuota-kuota jawatan tertentu dan siapa yang dipilih adalah urusan peribadi setiap parti. Umno mungkin tidak suka kepada Samy vellu ataupun Ong Tee Kiat. Tetapi kalau MIC dan MCA mahukan mereka menjadi menteri, maka Umno tidak mempunyai pilihan selain dari menerimanya. Itu hak MIC dan MCA, bukan pilihan Umno. ini juga berlaku semasa pemerintahan Dr. Mahathir dalam kes Tan Koon Swan dan S. Subramaniam. Walaupun Mahathir mahukan Koon Swan dan S. Subramaniam didalam kabinet, tetapi MCA dan MIC tidak mahukan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Mahathir. Pas tidak boleh memberitahu DAP sama ada mahukan Ronnie didalam EXCO - sama seperti menteri - atau tidak. Itu pilihan DAP, bukan pilihan Pas. Sebenarnya, ramai yang tidak mahukan Hasan Ali didalam EXCO kerana ramai yang mengesyakki beliau sebagai ejen Umno, yang mana peranan beliau ialah memporak porandakan Pakatan Rakyat. Tetapi selagi Pas mahukan beliau, maka kita terpaksa menutup mulut dan menerima keputusan PAs. Kita tidak boleh mendesak Pas untuk menyingkir beliau. Apapun, isu penjualan arak bukanlah isu sebenarnya. Tidak ada undang-undang yang mengatakan seseorang itu tidak boleh menjual arak di Malaysia sekiranya pihak tersebut mempunyai lesen yang sah. Kalau ini benar-benar merupakan isu, bagaimana pula dengan MAS, yang juga menjual arak? Mengapa Hasan Ali dan gengnya tidak mengambil tindakan terhadap MAS, yang merupakan syarikat milik kerajaan? Dan bagaimana pula rangkaian hotel Pernas? Syarikat milik kerajaan ini juga menjual arak dibar, disco dan pub mereka. Pantai Primula di kuala Terengganu juga menjual arak (saya tak tahu sama ada mereka masih melakukannya, tetapi saya dengar mereka tidak lagi menjualnya). Dan ini dilakukan semasa wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu dari Umno. Pantai Primula pada masa itu dimiliki ( malah masih dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Terengganu, tetapi mempunyai nama lain). Jadi, ianya masih dimiliki oleh kerajaan negeri. Dan Wan Mokhtar dianggap ulama dimana tugasnya ialah membaca doa sema Perhimpunan Agung Umno. Dan Wan Mokhtar yang dianggap ulama juga merupakan Pengerusi SEDC Terengganu. Tidak ada undang-undang menghalang penjualan arak selagi seseorang itu mempunyai lesen. Satu saja cara untuk mengharamkan penjualan arak ialah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penjualannya. Saya tidak mengatakan saya bersetuju arak patut dibenarkan. Haramkan saja kalau itu yang dimahukan. Saya bersetuju. Tetapi perlu ada undang-undang untuk mengharamkannya. Tak boleh la buat undang-undang sendiri mengikut sesuka hati dan membuat keputusan untuk mengharamkan sesuatu yang difikirkan patut diharamkan walaupun ianya tidak haram disi undang-undang. Kerajaan Malaysia mengharamkan perhimpunan awam, perarakan, demonstrasi dan entah apa lagi. Tetapi ini adalah undang-undang…Akta Polis. Jadi, ada undang-undang yang membenarkan polis menangkap sesiapa yang berkumpul didalam kumpulan yang melebihi empat orang. Tetapi Pas tidak mengiktiraf undang-undang ini. Pas mengatakan undang-undang ini adalah undang-undang ‘haram’ yang melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dan hanya pada Sabtu lepas, Pas mengarahkan penyokongnya supaya tidak mengendahkan undang-undang dan puluhan ribu turun kejalanraya untuk berdemo. Ini undang-undang. tetapi undang-undang yang tidak baik. Ia merupakan undang-undang yang menyalahi Perlembagaan dan menafikan hak setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun, kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara. Jadi, Pas tidak menghiraukannya walaupun undang-undang tersebut diluluskan di Parlimen. Pas memilih untuk tidak menghiraukan undang-undang yang ia tidak suka. Ia tidak menghiraukan Akta Polis yang menafikan hak kita untuk berhimpun seperti yang diberikan dalam Perlembagaan. Dan ia juga tidak menghiraukan undang-undang yang membenarkan penjualan arak walaupun seseorang itu mempunyai lesen. Apa yang Pas mahu? Agak mengelirukan apabila Pas seolah-olah hilang arah tujuan dan tidak berpijak dibumi nyata. Pas menang didalam pilihanraya lalu bukan hanya kerana undi orang-orang Islam. Mungkin di Kelantan, dimana 97% penduduk nya beragama Islam, maka Pas mendapat undi orang Islam. Tetapi, mereka berhadapan dengan keyakinan orang Melayu dalam pilihanraya kecil di Kelantan dimana mereka hanya mendapat undi yang sedikit. Pas hampir kalah dalam pilihanraya tersebut walaupun majoriti besarnya adalah orang Islam. Pas bukanlah sebuah parti hanya untuk orang Islam. Kalau demikianlah, maka Pas sepatutnya lebih berjaya di Terengganu, Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, dimana pembangkang banyak tewas. Selain dari Kelantan, pembangkang menang di Kedah, Perak, Selangor dan Penang. Kecuali Kedah, negeri-negeri lain bukanlah bermajoritikan orang Islam. Jadi, bukan orang Islam yang memberikan kemenangan kepada Pas, termasuk di Kedah. “Pas untuk Semua” adalah slogan yang dilaungkan oleh Pas. Perkataan penting disini ialah “Semua”, bukan Pas untuk orang Islam sahaja”. Apakah PAS sudah lupa slogan yang diciptanya sendiri? Ada satu lagi yang dilupai oleh PAS. Sebenarnya, semua tujuh parti seolah-olah sudah melupainya…iaitu Deklarasi Rakyat, dimana ketujuh-tujuh parti telah merestuinya sebelum 8 March 2008. Beberapa hari sebelum pilihanraya umum 2008, kesemua mereka telah menandatangani Deklarasi Rakyat. Tetapi sebaik saja selesai pilihanraya, mereka lupa kepada Deklarasi Rakyat yang mereka tandatangani. Seperti yang saya katakan, pelacur mengambil wang hangpa dan hangpa boleh ’screw’ depa. Orang politik ambil duit hangpa, lepas tu depa ’screw’ hangpa. Saya lebih percayakan pelacur dari orang politik. Kita perlu memberikan orang politik satu pengajaran. Satu gerakan rakyat akan melancarkan ANAK BANGSA MALAYSIA. Projek ini diterajui oleh rakan saya, seorang peguam, blogger, Sam Haris. Nantikan pelancarannya. Kami akan mengembeling rakyat untuk menyertai gerakan yang bukan berasaskan parti dengan harapan kita dapat merealisasikan harapan SATU NEGARA, SATU BANGSA, SATU SUARA. Sudah sampai masanya kita mengambil kembali negara ini dari orang politik. Orang politik, dikedua-dua belah pihak, tidak menepati janji. Mereka merogol kita. Orang politik tidak boleh diharap. Kalau Barisan Nasional menewaskan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, bukan kerana Barisan kuat, tetapi kerana Pakatan lemah. Kita mengambil masa 30 tahun sejak 1978 untuk mendapat apa yang kita dapat pada March 2008. Sepuluh tahun lepas sejak 1998, menggunakan landasan Reformasi. Dalam masa setahun lebih, orang politik menjahanamkan semua kerja keras yang telah dilakukan sejak 30 tahun dulu. Bukan senang untuk mencapai apa yang diperolehi pada 8 March 2008. Saya mensia-siakan lebih separuh usia saya untuk melihat apa yang kita kecapi pada March 2008. Dan sekarang mereka mengharapkan kita hanya duduk diam dan melihat mereka menjahanamkan semuanya, kerana sikap angkuh, ego, tamak, gila kuasa, pentingkan diri sendiri dan agenda politik sempit. “Berikan Pakatan lebih masa. Anda tidak boleh mengharap kejayaan dicapai sekelip mata,” itu kata mereka. “Barisan mengambil masa 50 tahun, mana mungkin pembangkang mencapai kejayaan dalam masa setahun”…itu kata mereka. Tidak..saya tidak mengharapkan kejayaan sekelip mata. Saya bersedia untuk melihat pembangkang membina kembali.. langkah demi langkah..apa yang telah dihancurkan oleh Barisan Nasional selama 50 tahun. Tetapi Pakatan juga menghancurkannya. Sama dengan kerosakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama 50 tahun. Saya boleh bersabar dan bergerak kehadapan perlahan-lahan. Tetapi kita tidak bergerak kehadapan. Sebaliknya kita berundur kebelakang. Dan saya tidak dapat bersabar terutamanya bila berhadapan dengan kebodohan. Pakatan Rakyat perlu ingat bahawa bukan mereka yang menang pada 8 March 2008. Kemenangan itu adalah kemenangan rakyat. dan sekarang, rakyat tidak lagi sebahagian daripada apa yang mereka lakukan. Pakatan Rakyat perlu diberikan satu penampar dimuka mereka. Dan saya berharap gerakan ANAK BANGSA MALAYSIA akan melakukan apa yang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional gagal melakukannya. Negara ini bukan hanya milik Melayu. Negara ini bukan hanya milik orang Islam. Negara ini adalah milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama. Ini yang gagal difahami oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Mereka bertengkar tentang isu arak, sedangkan banyak lagi isu-isu yang perlu ditangani. Walaupun arak diharamkan, ianya tidak akan menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. Mengharamkan arak tidak akan menghapuskan rasuah, pembaziran wang rakyat, penyalahgunaan kuasa, kekejaman polis…ataupun menjanjikan hak asasi kita, yang dinafikan oleh kerajaan hari ini. |
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment