Oleh: adeksabri "Pengurusan sesebuah yayasan kebajikan sepatutnya di letakkan di bawah nama kerajaan negeri sebagai pemegang amanah ataupun trustee untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelehwengan. Tetapi dalam kes ini, pengarahnya semacam menjadikan asset ini sebagai milik persendirian dengan suami dan isteri sebagai pengarah. Dengan asset yang begitu banyak, agak hairan ianya tidak di audit oleh auditor yang bertauliah begitu lama. Tanah sebanyak 2000 ekar ini di negeri Selangor, nilainya adalah terlalu besar untuk ditakbir di bawah nama persendirian. Nilai tanah tidak akan menurun kerana tanah tidak boleh tumbuh dan akan semakin berkurangan saban hari tetapi pertumbuhan manusia akan bertambah. Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan. Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali. Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor. Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat. Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’. MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor. 2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri. Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan. Sebuah Jawatan Kuasa Khas akan ditubuhkan yang bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan yakni Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta tindakan selanjutnya. Kertas putih kerajaan negeri,pada hemat penulis, bakal menyusul Meneliti laporan awal audit mendapati YBK ini bertindak lebih umpama sebuah badan korporat yang urusniaga utama atau ‘core business’ nya ialah ‘komersial’. Laporan tentang ramai mana golongan miskin tegar dan miskin relatif, dan mudah miskin, yang dikeluarkan dari kepompong kemiskinan, yang sepatutnya tumpuan utama mereka, tidak kedapatan. YBK yang ditubuhkan sejak 1990, sejak itu telah dianugerahkan kerajaan negeri BN sejumlah 1,977,428 ekar tanah dibeberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi tidak pernah menerima bayaran mahupun laporanya. Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri. Laporan itu juga mendedahkan bagaimana 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd, anak syarikat YBK telah menggadai atau mortgaged, dengan izin, yang bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak. Laporan kewangan YBK yang disiarkan dalam web rasminya tidak membuat apa-apa perincian terhadap aktiviti subsidiary termasuk hal urusan cagaran dsbnya. Satu lagi pendedahan bersabit projek perumahan di Rawang di atas 8.5 ekar tanah untuk golongan miskin di kawasan Gombak yang telah dibatalkan. Projek tersebut telah ditukar menjadi pembangunan ‘mixed’ yang terdiri dari 410 unit komersial, partment kos sederhana dan flat kos rendah. Laporan audit turut mendedahkan bahawa YBK dan subsidirinya di kuasai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom dmasuk isterinya yang menjadi salah seorang pengarah YBK. Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK. Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham. Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat. Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor. Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat. Oleh itu Menteri Besar mahukan perkara pembinaan kampus UiTM ini dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab. Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Ini bagi membolehkan MB dan kerajaan negeri memantau projek tersebut. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu. Bahkan sebaliknya YBK dengan Umno Selamgor menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu YBK. Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri. Perkasa menuduh beliau ’angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK’. Keputusan MB akhirnya adalah untuk mengambil semula tanah 448 ekar di Serendah yang ditindik untuk projek pembinaan kampus UiTM, meskipun Yayasan Melaka mendakwa sanggup membayar cukai tanah berjumlah RM 5.34 juta, yang dihutang oleh YBK kepada kerajaan negeri. Asas penolakan bayaran dari Yayasan Melaka, mengikut penjelasan Kerjaan Selangor adalah kerana Seksyen 98 dari Kanun Tanah Negara yang tidak menerima bayaran kecuali dari pemilik tanah. Laporan Audit juga mengesahkan bahawa kedua dua YBK atau PYBK tidak membuat permohonan secara rasmi untuk membangunkan sebuah universiti. Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor akan bakal mendedahkan segala-segalanya dari perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno/BN. Bersiaplah! Pepatah Melayu lama ada menyebutkan ”Songkok pesok dek lonjak awak”. Pepatah Inggeris pula mengingatkan kita ”Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”. Tegasnya, untuk ingatan semua, inilah antara yang dijanjikan kerajaan Pakatan di Selangor. Bukan hanya air percuma dan segala imbuhan serta pemberian bagi membantu rakyat. Paling penting, Pakatan menghadiahkan kerajaan yang Telus dan Bertanggungjawab kepada rakyat! Bukan sekadar melaung slogan ”Juara Rakyat” tetapi sebaliknya mengkhianati dan menindas rakyat. dipetik dari blog anak sungai derhaka.." |
Saturday, April 17, 2010
Thursday, April 15, 2010
Di Petik Dari Sumber
Saifudin dedah rahsia Pakatan Rakyat
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
hidup pemimpin melayu islam Malaysia....
Antara ramai-ramai pemimpin melayu islam di bawah ni...agak2nyalah...manalah satu yang boleh membantu rakyat marhaen macam kita semua ni...??
....isteri Bik Mama?
Brother Apco ni??
Brother Ketua UBN ni?
Kaki tidor dan raba2 ni??
Atau Tok Guru kita ni????
....isteri Bik Mama?
Brother Apco ni??
Brother Ketua UBN ni?
Kaki tidor dan raba2 ni??
Atau Tok Guru kita ni????
Monday, April 12, 2010
™ KAASII PEECAAHHH LAAA...®
ZUL MAMAK PNG
P.94 .Hulu Selangor : 5 Sebab Kita MESTI Undi UMNO
"Artikel kali ini special sikit jika dibandingkan dengan biasa. Artikel kali ini memberikan 5 hujah tipikal kenapa kita MESTI mengundi UMNO. Kalau hujah untuk undi PAS/PKR dah biasa .
Kita lihatlah pulak hujah-hujah mengundi UMNO, baru adil. Kalau teman-teman UMNO ziarah ke rumah untuk kempen, jangan lupe untuk berkongsi 5 sebab ini dengannye:
1. UMNO itu sumber rezeki.
Inilah hujah pertama yang selalu dijaja oleh UMNO. Kata cerdik pandai UMNO, semua pembangunan di Malaysia ni ialah hasil jasa daripada UMNO. Kalau tiada UMNO, maka tiadalah pembangunan kerana rezki itu rupa-rupanya daripada UMNO belaka. Sekalipun ustaz ustaz di masjid selalu berceramah bahawa rezki itu dari Allah, cerdik pandai UMNO rupanya lebih bijak.
Pembangunan di Malaysia ni tiada kena mengena dengan sumbangan dan jasa atau titik peluh rakyat yang pro-Pakatan rupanya. Wang cukai dan tol yang dibayar rakyat yang pro-Pakatan pun rupanya tiada kesan.
Malah semenjak Pakatan memerintah Selangor dan KL ni, pintu rezeki dah tertutup agaknya, pada pemikiran cerdik pandai UMNO. Semua penduduk Selangor dan KL menjadi lapar dan kebuluran, malah hidup seumpama di Somalia.
2. Pemerintahan UMNO umpama mandat dari Tuhan
Inilah sebab kedua yang selalu digambarkan oleh cerdik pandai UMNO. Bak kata KJ, Pakatan memerintah hanyalah kerana kelemahan BN, tidak lebih dari itu. Profesor Aziz Bari pernah mempertikai kenyataan KJ ini kerana berbunyi seolah-olah hanya UMNO yang layak memerintah dan bagaikan UMNO mendapat mandat direct dari TUhan.
3. Hanya UMNO yang sayang Cina dan INdia.
Bak kata penyokong UMNO, hanya UMNO yang mampu memerintah kerana UMNO bertoleransi. Sekalipun ahli dan penyokong UMNO didapati terlibat dalam kegiatan memijak kepala lembu dan provokasi, dan masjid dan gereja terbakar berikutan kenyataan provokasi kepimpinan UMNO, itu semua hanyalah persepsi rupanya. Kasih sayang yang membuak dari UMNO dizahirkan dengan sokongan UMNO kepada ketua MCA aka Mr.DVD.
4. Anwar, Tok Guru etc ejen Zionis semuanya.
Sekalipun UMNO-Apco terpalit dengan pembuktian Apco ialah syarikat Israel-Zionis, rupa-rupanya Anwar lah ejen asing rupanya. Kenapa? Apa bukti? Buktinya ialah Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak terlibat dengan Altantuya. Ezam dan Saiful pun pernah bersumpah dengan nama Allah. Rupa-rupanya, bersumpah dengan nama Allah ialah kayu ukur terkini UMNO untuk menentukan kebenaran.
Maka dijajalah cerita di BTN bahawa Anwar ect ialah geng Zionis belaka, dan Najib dan UMNO ialah pembela Islam No.1.
5. MP Lompat bukti UMNO parti suci.
Beberapa MP lompat pasti berkempan habis-habisan untuk memperjuangkan BN. Ini petanda UMNO parti suci. Kalau UMNO tidak cukup suci, mustahil MP yang terpalit dengan rasuah ini akan tergerak hati untuk menyokong BN.
PENDEK KATA, kalau penagih tegar UMNO mendengar 5 hujah bodoh ini, maka nescaya mereka akan mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju. Kalau dah ketagih tu, susah nak rawat. Biarlah mereka dengan khayalan mereka.
Sunday, April 4, 2010
Di Petik Dari Sumber
Dr Yusuf Qardawi: PerjuanganPAS adalah penerusanperjuangan yang dibawaoleh Nabi Muhammad SAW"Posted by RAKYAAT MRHAEN "Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan. Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan : 1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh |
Di Petik Dari Sumber
INI TANDA MIKE TAISON SUDAH SEDIA UNTUK BERTINJU
HULU SELANGOR : PALANNIVEL BISU SOAL TANDING –SAMY ENGGAN ULAS – malaysianinsider
G. Palanivel masih ‘membisu’ berhubung peluang beliau dipilih semula sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi yakin wakil MIC akan dikekal bertanding lagi.
S. Samy Vellu enggan mengulas soal pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.
NOH : BN GUNA CARA OFENSIF HADAPI SAINGAN DI HULU SELANGOR – malaysian insider
KAH KAH KAH…
woit…. GENG MAT TAISON SUDAH PASANG SEPANDUK DI SELURUH HULU SELANGOR…. kah kah kah..
woit…. KERUSI INI KERUSI MAT TAISON…. kah kah kah..
kah kah kah… ANAK TEMPATAN YANG NASIONALIS…..kah kah kah…
kah kah kah…. BILA DI TANYA PEGAWAI IMIGRISEN DI AUSTRALIA….kah kah kah…
kah kah kah…. NASIONALIS INI JAWAB : MI SPIK NI INGLIS….. kah kah kah…
woit…. TAPI WAK SEMBAB …SUKA SABOTAGE NASIONALIS INI…kah kah kah..
kah kah kah… SEMBAB KATA….TAISON TAK NAK TANDING…. kah kah kah…
kah kah kah….KALAU TAISON TANDING…. FULUS MASYUUUUUK…. kah kah kah..
kah kah kah… SEMUA DI HULU SELANGOR SEDANG TUNGGU… FULUS MASYUUUK…kah kah kah…
kah kah kah…KALAU MIC TANDING…. ELEEEK…. FULUUS ELEEK….kah kah kah…
kah kah kah... OFFENSIF ?... kah kah kah...
woit... DENGAR NAMA GEROMBOLAN... SUDAH OFENSIF PADA TELINGA... KALAU NAMPAK MUNTAH TERUS..kah kah kah
LAGI KES BERTINJU
LAGI DESAK HULU SELANGOR SERAH PADA UMNO - malaysiakini
Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.
Beliau berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.
"Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.
UMNO HANTAR MEMO PADA NAJIB TUNTUT KERUSI - malaysiakini
Umno bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Najib Razak, mendesak supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN pada 30 Mac lalu.
Ia diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Ketika dihubungi, Adnan mengesahkan perkara itu dan berkata beliau telah menyerahkan memorandum melalui seorang pegawai perdana menteri.
KAH KAH KAH…
woit… REBUT JANGAN TAK REBUT…. kah kah kah…
kah kah kah…. REBUT SAMPAI REPOT…. kah kah kah…
TELAN MATI SAMI
DI LUAH MATI TAISON
nota:
di telan mati india
di buang mati taison
di selangor ada tiga taiko
jangan lupa dengan tukang cabut projek
dia punya driber pun ada driber kah kah kah
Saturday, April 3, 2010
Ulama' di hina akhir zaman?
Kickdefella
Uno Mas
Celako, Celako, Celako
Sekiranya pembaca budiman ingin
meninggalkan komen dan memberi
pandangan anda, saya amat-amat
bermohon ianya tidak mengkeji atau
mencaci maki sesiapa. Komen yang
bersifat serangan peribadi tidak
kira kepada sesiapa sekalipun
dan komen yang tersasar
dari konteks perbincangan yang
rasional dan membina tidak
akan disiarkan. Komen-komen
di dalam dialek yang ejaannya
sukar dibaca dan istilahnya
sukar difahami juga tidak
akan dilepaskan. Harap maklum.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
adalah Pengerusi Jawatankuasa
Balak Negeri Kelantan.
Pendek kata segala urusan kelulusan
Balak akan terpaksa melaluinya.
Selain daripada itu, setiap pihak
yang memohon balak dan segala
derma yang dijanjikannya akan
dimaklumkan di dalam mesyuarat
exco atau mesyuarat pre council.
Ini termasuk modus operandi
bagi permohonan tanah hutan
untuk tujuan perladangan.
Contohnya, beberapa bulan
yang lepas, YB Fatah
Mahmood telah mempertahankan
di dalam mesyuarat permohonan
Kelulusan tanah hutan simpan
untuk tanaman perladangan.
Kelulusan itu dipohon exco
berkenaan di atas nama salah
sebuah syarikat milik
Roshaimi Bin Razak.
Alasan yang diberikan mengapa
tanah tersebut perlu diluluskan
adalah kerana Roshaimi telah
bersetuju untuk menderma
‘sejumlah’ wang kepada salah sebuah
NGO yang dipengerusikan oleh
salah seorang ahli exco
Kerajaan Negeri Kelantan.
Modus operandi yang sama
dibuat dalam permohonan kelulusan
tanah hutan simpan di Dabong
kepada lagi satu syarikat milik
Roshaimi Bin Razak lebih kurang
enam bulan sebelumnya.
Permohonan enam bulan yang lalu
juga kononnya kerana Roshaimi
akan menderma kepada sebuah
NGO bernama PERAKAN.
Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak
tahu menahu hal ‘derma’ ini
bila di dalam insiden terakhir
Nik Aziz terpaksa berdebat dengan
salah seorang exco yang cuba
menghalang tindakan tidak
bermoral ini berterusan.
Hingga akhirnya Nik Aziz
terdiam bila exco berkenaan
terpaksa membaca ayat
Al Quran yang mengkehendaki
kekayaan
dibahagikan sama rata
dan bukan kepada golongan
tertentu sahaja.
Saya tidak berhasrat mendedahkan
maklumat terperinci kerana ini
berkisar kepada mesyuarat
Majlis Kerajaan Negeri (Exco)
dan saya tidak mahu ada ahli
exco yang akan melenting dan
mendakwa bahawa apa yang
saya sebut melanggar Akta Rahsia
Rasmi dan ada lagi gesaan
supaya siasatan dibuat terhadap
ahli exco yang membocorkan
rahsia yang dibincangkan
di dalam mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tetapi saya suka menjawab segala
kritikan yang dikemukakan di
dalam posting saya terdahulu.
Kebanyakan kritikan ke atas
saya kononnya datang dari mereka
yang begitu mencintai PAS dan
Nik Aziz.
Nik Aziz.
Saya segaja lepaskan kesemua
komen di dalam posting yang
lalu walaupun kebanyakannya
memualkan dan langsung tidak
berkisar kepada perdebatan dan
hujah yang memberi faedah
kepada kita semua. Tidak kurang
juga berpusat kepada serangan
peribadi yang memalukan.
Bermula dengan posting ini,
hanya komen yang bertitik tolak
kepada hujah dan tidak melibatkan
serangan peribadi kepada
mana-mana
mana-mana
pihak akan saya lepaskan.
Hanya
Hanya
komen yang menggunakan bahasa
yang baik dan bersih sahaja
akan menghiasi ruangan
komen ini bagi menggalakan
perbincangan yang ilmiah dan
berfaedah.
Seperti saya katakan, saya suka kritikan.
Kritikan mendorong saya untuk
lebih praktikal dan memberi lebih
banyak bukti di dalam menegakkan
tulisan saya.
Hari ini saya akan menjawab
ketidakpercayaan terhadap hujah
saya terdahulu dengan
mendedahkan beberapa maklumat
daripada dokumen sulit
POST-MORTEM PILIHANRAYA
UMUM 2004 DI KELANTAN.
Pilihanraya Umum 2004 menyaksikan
bagaimana PAS Kelantan
mengalami kemenangan paling tipis
dan di akhir penggal tersebut,
mereka hanya mempertahankan
Kerajaan Negeri Kelantan dengan
1 kerusi yang dimenangi dengan
kelebihan 2 undi sahaja.
Berdasarkan dokumen yang
dilampirkan di bawah, antara punca
yang dikenal pasti oleh PAS terhadap
tindakbalas pengundi kepada mereka
di dalam PRU 2004 ialah faktor-faktor
kelemahan mereka sepanjang
penggal 1999 hingga 2004,
tempoh ini ialah setelah PAS
menang besar di dalam PRU 1999.
Kebanyakan dokumen yang telah
saya siarkan di blog ini ialah
berhubung kebobrokan yang berlaku
sepanjang tempoh tersebut
kerana setelah menang besar
dalam PRU 2008, PAS Kelantan
di bawah pentadbiran Nik Abdul
Aziz sekali lagi mengulangi
kebobrokan 1999-2004.
Aziz sekali lagi mengulangi
kebobrokan 1999-2004.
Antara punca yang terkandung di
dalam dokumen tersebut adalah;
- Sikap selesa – Yakin menang PAS Kelantan.
- Sabotaj dan masalah dalaman PAS Kelantan.
- Peribadi dan akhlak calon PAS Kelantan.
- Prestasi Wakil Rakyat PAS Kelantan yang lemah.
- Dasar Tanah Kerajaan.
- Kewangan.
Izinkan saya mengulas sedikit 2
punca terakhir iaitu bermula
dengan Dasar Tanah Kerajaan.
Rakyat kelantan yang tinggal di Jeli,
Kuala Krai dan Gua Musang adalah
antara yang marah dengan dasar
Kerajaan Negeri. Salah satunya
ialah pengambilan tanah untuk
Ladang Rakyat yang menindas
rakyat dan merampas hak
rakyat yang telah membayar
deposit dan menjadi peneroka
berzaman dahulu. Tanah-tanah
itu pula kebanyakannya
diberikan kepada lantikan-lantikan
politik Parti termasuk ahli
Halaqat Negeri dibawah Skim
Ladang Rakyat.
Rakyat yang terjejas akibat skim ini
pula tidak dibayar pampasan setimpal
dan ada yang tidak menerima
pampasan langsung.
Pampasan hanya diberikan selepas
PRU 2004 bila PAS Kelantan
tinggal nyawa-nyawa ikan.
Malangnya setelah menang besar
dalam PRU 2008, kejadian yang sama berulang kembali.
Sehingga kini sudah ramai penduduk
di jajahan Gua Musang mengadu hal
berkenaan.
Berpindah kepada faktor Kewangan,
adalah amat mendukacitakan
bila Jentera PAS Negeri Kelantan
mengadu tidak mempunyai sumber
kewangan yang cukup.
Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004,
beratus ribu ekar tanah balak
dan juga pengambilan pasir
sungai telah diluluskan kepada
pihak swasta dengan janji derma yang
menjangkau puluhan juta ringgit.
menjangkau puluhan juta ringgit.
Adakah wang derma yang sepatutnya
dihadiahkan kepada Jentera
Parti yang berselindung disebalik
nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat
‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi
dakwah telah disalah gunakan
atau telah dikeluarkan untuk tujuan
lain yang memberi faedah kepada
beberapa individu dan bukan aktiviti parti?
Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya
kepada pimpinan parti mereka.
Selepas kekecewaan PRU 2004,
Pihak Perhubungan PAS Kelantan
terpaksa di dalam sulit mengakui
dua perkara penting yang digambarkan
di dalam analisa bedah siasat mereka iaitu;
- Kelemahan pengurusan
- pentadbiran Nik Abdul Aziz
- Tahap kesedaran Islam yang
- semakin rendah di kalangan
- kepimpinan, ahli dan
- petugas pilihanraya PAS.
Untuk bangkit dari kemelut tersebut,
PAS Kelantan dikehendaki
menjalankan gerak kerja penerangan
dan dakwah yang berteraskan
mendedahkan kejahatan
lawanselain menerangkan
kenikmatan Islam.
Bukankah mendedahkan
kejahatan lawan itu sama
seperti mendedahkan
‘aib’ seseorang?
Tepuk dada tanya selesa.
Oleh itu berhentilah mengugut
saya supaya tidak membuka
‘aib’ Parti PAS Kelantan di
bawah pentadbiran Nik Aziz.
Bedah siasat juga mendapati
Dasar Membangun Bersama Islam
sebenarnya tidak ke mana kerana
ianya sekadar retorik
sehingga terpaksa
dicadangkan perancangan dibuat
mengikut empat perkara iaitu misi,
objektif, strategi dan taktikal.
Kepada mereka yang mendakwa
diri pembela Nik Aziz dan
pendokong seruan PAS, berhentilah
menepuk air di dulang.
Sebaliknya tepuklah bahu
pimpinan anda dan tegurlah mereka.
Sehingga itu adalah amat pelik
apabila pihak media massa merungut
bahawa Nik Abdul Aziz
terus-terusan tidak mahu menjawab
persoalan balak dan pembahagian kepada
persoalan balak dan pembahagian kepada
orang-orang tertentu seperti
yang didedahkan di dalam blog ini.
Mungkin Setiausaha Akhbar baru
Menteri Besar Kelantan
boleh tolong menjawabnya dan
jangan sekadar mengadu di
sana dan sini bahawa komen
anda tidak diluluskan.
Jangan menunding sebarangan
kalau tidak mahu jari anda itu tersepit.
Subscribe to:
Posts (Atom)
demi memuaskan Dendam Kesumat,maka di
siarkan lah di artikel.,yang berkepentingan Peribadi.
Komen yg.di siarkan hanya yang menyokong ,
manakala yang tidak akan di hapuskan,
Ia Saolah olah mengambarkan penulisan atau
Artikel yang di siarkan itu benar benar di sukai
atau di persetujui ramai.
Betapa Bodoh dan berfikiran sempit nya manusia ini.,
yang cuba menjatohkan Ulama yg.mempunyai
pengikut yg.ramai dan telah terbukti Berilmu atau Alim.
Orang Kelantan memang tak mahu belajar dari
kesilapan yang lalu apabila Tuan Guru yang Alim di
bunuh secara terhina,semata mata mendengar
hasutan Penjajah dari pencacai yg.di upah seperti Anda.
20 tahun bekerje dgn Tuan Guru Nik Aziz ,20 tahun
bagi makan anak bini dgn hasil dari situ.
Kemudian dgn sedikit hal melenting mementang
Tuan Guru NA.
Tak De beza Iblis dgn Allah.,
yang kuat beramal dan hanya untuk seketika
menunaikan perintah Allah tunduk
kepada Nabi Adam A.s.,die menentang Allah.,
akhirnya menjadi penghuni Kekal di Neraka.
Padan lah dgn wajah dan perwatakan yang Gadebe
tapi akal sekecil kepala Lutut.
Di Petik Dari Sumber
Posted
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: genken
"Terima kasih kepada blogger Syed kerana mendedahkan dokumen rahsia parti PAS. Kalau Syed tidak dedahkan nanti ramai yang tidak Syed diluar sana tidak tahu PASTI diderma oleh taukeh balak. Di samping itu, taukeh balak pula dapat projek dari Kerajaan Kelantan.
Kalau Syed tidak dedahkan, orang tidak tahu taukeh balak
yang cina itu begitu sanggup menderma untuk sekolah PASTI. Sebabnya sekolah PASTI adalah sekolah anak-anak miskin. Nasib baik taukeh balak yang dapat projek itu derma, kalau tidak agaknya PASTI tidak dapat berjalan dengan baik. Nak harapkan yuran sudah tentu tidak cukup untuk meneruskan operasi.
Dalam aspek lain pula, derma itu dibuat dengan surat menyurat yang mempunyai rujukan tertentu. Maka sudah tentulah ia melalui proses biasa sesuatu derma. Sesiapa saja boleh minta derma dengan taukeh balak itu. Rasanya kalau Syed ada maklumat siapa lagi yang dapat derma taukeh balak itu, sila dedahkan juga. Derma ke PASTI itu nampaknya tidak dilakukan terus ke dalam poket individu. Elok kalau Syed blogger ada maklumat kalau-kalau duit derma itu masuk poket individu tertentu, dedahkanlah juga. Individu yang ada dalam surat menyurat itu sebenarnya atas kapasiti PASTI.