Kickdefella
Uno Mas
Celako, Celako, Celako
Sekiranya pembaca budiman ingin
meninggalkan komen dan memberi
pandangan anda, saya amat-amat
bermohon ianya tidak mengkeji atau
mencaci maki sesiapa. Komen yang
bersifat serangan peribadi tidak
kira kepada sesiapa sekalipun
dan komen yang tersasar
dari konteks perbincangan yang
rasional dan membina tidak
akan disiarkan. Komen-komen
di dalam dialek yang ejaannya
sukar dibaca dan istilahnya
sukar difahami juga tidak
akan dilepaskan. Harap maklum.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
adalah Pengerusi Jawatankuasa
Balak Negeri Kelantan.
Pendek kata segala urusan kelulusan
Balak akan terpaksa melaluinya.
Selain daripada itu, setiap pihak
yang memohon balak dan segala
derma yang dijanjikannya akan
dimaklumkan di dalam mesyuarat
exco atau mesyuarat pre council.
Ini termasuk modus operandi
bagi permohonan tanah hutan
untuk tujuan perladangan.
Contohnya, beberapa bulan
yang lepas, YB Fatah
Mahmood telah mempertahankan
di dalam mesyuarat permohonan
Kelulusan tanah hutan simpan
untuk tanaman perladangan.
Kelulusan itu dipohon exco
berkenaan di atas nama salah
sebuah syarikat milik
Roshaimi Bin Razak.
Alasan yang diberikan mengapa
tanah tersebut perlu diluluskan
adalah kerana Roshaimi telah
bersetuju untuk menderma
‘sejumlah’ wang kepada salah sebuah
NGO yang dipengerusikan oleh
salah seorang ahli exco
Kerajaan Negeri Kelantan.
Modus operandi yang sama
dibuat dalam permohonan kelulusan
tanah hutan simpan di Dabong
kepada lagi satu syarikat milik
Roshaimi Bin Razak lebih kurang
enam bulan sebelumnya.
Permohonan enam bulan yang lalu
juga kononnya kerana Roshaimi
akan menderma kepada sebuah
NGO bernama PERAKAN.
Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak
tahu menahu hal ‘derma’ ini
bila di dalam insiden terakhir
Nik Aziz terpaksa berdebat dengan
salah seorang exco yang cuba
menghalang tindakan tidak
bermoral ini berterusan.
Hingga akhirnya Nik Aziz
terdiam bila exco berkenaan
terpaksa membaca ayat
Al Quran yang mengkehendaki
kekayaan
dibahagikan sama rata
dan bukan kepada golongan
tertentu sahaja.
Saya tidak berhasrat mendedahkan
maklumat terperinci kerana ini
berkisar kepada mesyuarat
Majlis Kerajaan Negeri (Exco)
dan saya tidak mahu ada ahli
exco yang akan melenting dan
mendakwa bahawa apa yang
saya sebut melanggar Akta Rahsia
Rasmi dan ada lagi gesaan
supaya siasatan dibuat terhadap
ahli exco yang membocorkan
rahsia yang dibincangkan
di dalam mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tetapi saya suka menjawab segala
kritikan yang dikemukakan di
dalam posting saya terdahulu.
Kebanyakan kritikan ke atas
saya kononnya datang dari mereka
yang begitu mencintai PAS dan
Nik Aziz.
Nik Aziz.
Saya segaja lepaskan kesemua
komen di dalam posting yang
lalu walaupun kebanyakannya
memualkan dan langsung tidak
berkisar kepada perdebatan dan
hujah yang memberi faedah
kepada kita semua. Tidak kurang
juga berpusat kepada serangan
peribadi yang memalukan.
Bermula dengan posting ini,
hanya komen yang bertitik tolak
kepada hujah dan tidak melibatkan
serangan peribadi kepada
mana-mana
mana-mana
pihak akan saya lepaskan.
Hanya
Hanya
komen yang menggunakan bahasa
yang baik dan bersih sahaja
akan menghiasi ruangan
komen ini bagi menggalakan
perbincangan yang ilmiah dan
berfaedah.
Seperti saya katakan, saya suka kritikan.
Kritikan mendorong saya untuk
lebih praktikal dan memberi lebih
banyak bukti di dalam menegakkan
tulisan saya.
Hari ini saya akan menjawab
ketidakpercayaan terhadap hujah
saya terdahulu dengan
mendedahkan beberapa maklumat
daripada dokumen sulit
POST-MORTEM PILIHANRAYA
UMUM 2004 DI KELANTAN.
Pilihanraya Umum 2004 menyaksikan
bagaimana PAS Kelantan
mengalami kemenangan paling tipis
dan di akhir penggal tersebut,
mereka hanya mempertahankan
Kerajaan Negeri Kelantan dengan
1 kerusi yang dimenangi dengan
kelebihan 2 undi sahaja.
Berdasarkan dokumen yang
dilampirkan di bawah, antara punca
yang dikenal pasti oleh PAS terhadap
tindakbalas pengundi kepada mereka
di dalam PRU 2004 ialah faktor-faktor
kelemahan mereka sepanjang
penggal 1999 hingga 2004,
tempoh ini ialah setelah PAS
menang besar di dalam PRU 1999.
Kebanyakan dokumen yang telah
saya siarkan di blog ini ialah
berhubung kebobrokan yang berlaku
sepanjang tempoh tersebut
kerana setelah menang besar
dalam PRU 2008, PAS Kelantan
di bawah pentadbiran Nik Abdul
Aziz sekali lagi mengulangi
kebobrokan 1999-2004.
Aziz sekali lagi mengulangi
kebobrokan 1999-2004.
Antara punca yang terkandung di
dalam dokumen tersebut adalah;
- Sikap selesa – Yakin menang PAS Kelantan.
- Sabotaj dan masalah dalaman PAS Kelantan.
- Peribadi dan akhlak calon PAS Kelantan.
- Prestasi Wakil Rakyat PAS Kelantan yang lemah.
- Dasar Tanah Kerajaan.
- Kewangan.
Izinkan saya mengulas sedikit 2
punca terakhir iaitu bermula
dengan Dasar Tanah Kerajaan.
Rakyat kelantan yang tinggal di Jeli,
Kuala Krai dan Gua Musang adalah
antara yang marah dengan dasar
Kerajaan Negeri. Salah satunya
ialah pengambilan tanah untuk
Ladang Rakyat yang menindas
rakyat dan merampas hak
rakyat yang telah membayar
deposit dan menjadi peneroka
berzaman dahulu. Tanah-tanah
itu pula kebanyakannya
diberikan kepada lantikan-lantikan
politik Parti termasuk ahli
Halaqat Negeri dibawah Skim
Ladang Rakyat.
Rakyat yang terjejas akibat skim ini
pula tidak dibayar pampasan setimpal
dan ada yang tidak menerima
pampasan langsung.
Pampasan hanya diberikan selepas
PRU 2004 bila PAS Kelantan
tinggal nyawa-nyawa ikan.
Malangnya setelah menang besar
dalam PRU 2008, kejadian yang sama berulang kembali.
Sehingga kini sudah ramai penduduk
di jajahan Gua Musang mengadu hal
berkenaan.
Berpindah kepada faktor Kewangan,
adalah amat mendukacitakan
bila Jentera PAS Negeri Kelantan
mengadu tidak mempunyai sumber
kewangan yang cukup.
Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004,
beratus ribu ekar tanah balak
dan juga pengambilan pasir
sungai telah diluluskan kepada
pihak swasta dengan janji derma yang
menjangkau puluhan juta ringgit.
menjangkau puluhan juta ringgit.
Adakah wang derma yang sepatutnya
dihadiahkan kepada Jentera
Parti yang berselindung disebalik
nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat
‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi
dakwah telah disalah gunakan
atau telah dikeluarkan untuk tujuan
lain yang memberi faedah kepada
beberapa individu dan bukan aktiviti parti?
Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya
kepada pimpinan parti mereka.
Selepas kekecewaan PRU 2004,
Pihak Perhubungan PAS Kelantan
terpaksa di dalam sulit mengakui
dua perkara penting yang digambarkan
di dalam analisa bedah siasat mereka iaitu;
- Kelemahan pengurusan
- pentadbiran Nik Abdul Aziz
- Tahap kesedaran Islam yang
- semakin rendah di kalangan
- kepimpinan, ahli dan
- petugas pilihanraya PAS.
Untuk bangkit dari kemelut tersebut,
PAS Kelantan dikehendaki
menjalankan gerak kerja penerangan
dan dakwah yang berteraskan
mendedahkan kejahatan
lawanselain menerangkan
kenikmatan Islam.
Bukankah mendedahkan
kejahatan lawan itu sama
seperti mendedahkan
‘aib’ seseorang?
Tepuk dada tanya selesa.
Oleh itu berhentilah mengugut
saya supaya tidak membuka
‘aib’ Parti PAS Kelantan di
bawah pentadbiran Nik Aziz.
Bedah siasat juga mendapati
Dasar Membangun Bersama Islam
sebenarnya tidak ke mana kerana
ianya sekadar retorik
sehingga terpaksa
dicadangkan perancangan dibuat
mengikut empat perkara iaitu misi,
objektif, strategi dan taktikal.
Kepada mereka yang mendakwa
diri pembela Nik Aziz dan
pendokong seruan PAS, berhentilah
menepuk air di dulang.
Sebaliknya tepuklah bahu
pimpinan anda dan tegurlah mereka.
Sehingga itu adalah amat pelik
apabila pihak media massa merungut
bahawa Nik Abdul Aziz
terus-terusan tidak mahu menjawab
persoalan balak dan pembahagian kepada
persoalan balak dan pembahagian kepada
orang-orang tertentu seperti
yang didedahkan di dalam blog ini.
Mungkin Setiausaha Akhbar baru
Menteri Besar Kelantan
boleh tolong menjawabnya dan
jangan sekadar mengadu di
sana dan sini bahawa komen
anda tidak diluluskan.
Jangan menunding sebarangan
kalau tidak mahu jari anda itu tersepit.
responses
indraputra80
Blog Bangsat yg.tidak tahu menilai maksud" Rahsia"
demi memuaskan Dendam Kesumat,maka di
siarkan lah di artikel.,yang berkepentingan Peribadi.
Komen yg.di siarkan hanya yang menyokong ,
manakala yang tidak akan di hapuskan,
Ia Saolah olah mengambarkan penulisan atau
Artikel yang di siarkan itu benar benar di sukai
atau di persetujui ramai.
Betapa Bodoh dan berfikiran sempit nya manusia ini.,
yang cuba menjatohkan Ulama yg.mempunyai
pengikut yg.ramai dan telah terbukti Berilmu atau Alim.
Orang Kelantan memang tak mahu belajar dari
kesilapan yang lalu apabila Tuan Guru yang Alim di
bunuh secara terhina,semata mata mendengar
hasutan Penjajah dari pencacai yg.di upah seperti Anda.
20 tahun bekerje dgn Tuan Guru Nik Aziz ,20 tahun
bagi makan anak bini dgn hasil dari situ.
Kemudian dgn sedikit hal melenting mementang
Tuan Guru NA.
Tak De beza Iblis dgn Allah.,
yang kuat beramal dan hanya untuk seketika
menunaikan perintah Allah tunduk
kepada Nabi Adam A.s.,die menentang Allah.,
akhirnya menjadi penghuni Kekal di Neraka.
Padan lah dgn wajah dan perwatakan yang Gadebe
tapi akal sekecil kepala Lutut.
Di Petik Dari Sumber
demi memuaskan Dendam Kesumat,maka di
siarkan lah di artikel.,yang berkepentingan Peribadi.
Komen yg.di siarkan hanya yang menyokong ,
manakala yang tidak akan di hapuskan,
Ia Saolah olah mengambarkan penulisan atau
Artikel yang di siarkan itu benar benar di sukai
atau di persetujui ramai.
Betapa Bodoh dan berfikiran sempit nya manusia ini.,
yang cuba menjatohkan Ulama yg.mempunyai
pengikut yg.ramai dan telah terbukti Berilmu atau Alim.
Orang Kelantan memang tak mahu belajar dari
kesilapan yang lalu apabila Tuan Guru yang Alim di
bunuh secara terhina,semata mata mendengar
hasutan Penjajah dari pencacai yg.di upah seperti Anda.
20 tahun bekerje dgn Tuan Guru Nik Aziz ,20 tahun
bagi makan anak bini dgn hasil dari situ.
Kemudian dgn sedikit hal melenting mementang
Tuan Guru NA.
Tak De beza Iblis dgn Allah.,
yang kuat beramal dan hanya untuk seketika
menunaikan perintah Allah tunduk
kepada Nabi Adam A.s.,die menentang Allah.,
akhirnya menjadi penghuni Kekal di Neraka.
Padan lah dgn wajah dan perwatakan yang Gadebe
tapi akal sekecil kepala Lutut.
Di Petik Dari Sumber
llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
Oleh: genken "Terima kasih kepada blogger Syed kerana mendedahkan dokumen rahsia parti PAS. Kalau Syed tidak dedahkan nanti ramai yang tidak Syed diluar sana tidak tahu PASTI diderma oleh taukeh balak. Di samping itu, taukeh balak pula dapat projek dari Kerajaan Kelantan. Kalau Syed tidak dedahkan, orang tidak tahu taukeh balak yang cina itu begitu sanggup menderma untuk sekolah PASTI. Sebabnya sekolah PASTI adalah sekolah anak-anak miskin. Nasib baik taukeh balak yang dapat projek itu derma, kalau tidak agaknya PASTI tidak dapat berjalan dengan baik. Nak harapkan yuran sudah tentu tidak cukup untuk meneruskan operasi. Dalam aspek lain pula, derma itu dibuat dengan surat menyurat yang mempunyai rujukan tertentu. Maka sudah tentulah ia melalui proses biasa sesuatu derma. Sesiapa saja boleh minta derma dengan taukeh balak itu. Rasanya kalau Syed ada maklumat siapa lagi yang dapat derma taukeh balak itu, sila dedahkan juga. Derma ke PASTI itu nampaknya tidak dilakukan terus ke dalam poket individu. Elok kalau Syed blogger ada maklumat kalau-kalau duit derma itu masuk poket individu tertentu, dedahkanlah juga. Individu yang ada dalam surat menyurat itu sebenarnya atas kapasiti PASTI. Mungkin Tuan Syed fahami atas kapasiti individu. PASTI dikira bertuah kerana ada orang cina sanggup menderma untuk perjalanannya. PASTI jauh dari dapat derma kerajaan persekutuan, apatah lagi UMNO. Kita tidak ada dokumen setakat ini orang-orang kaya seperti Tokoh Maal Hijrah yang ada Syed depan namanya itu sudah derma ke PASTI atau tidak. Kalau Syed ada dokumen jutawan yang ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI, eloklah dikeluarkan juga. Atau rakan kepada tokoh maal hijrah itu yang kini taukeh NAZA yang juga ada Syed depan namanya itu derma ke PASTI. Setakat ini tidak ada. Akhirnya yang derma ialah taukeh cina dan ibu bapa yang hantar anaknya ke PASTI. Lim Guan Eng kononnya sudah salorkan bantuan kepada PASTI melalui kuasa yang ada padanya. Elok sangat taukeh-taukeh cina lain yang mahu menyumbang kepada PAS boleh turut menyumbang kerana dokumen yang Syed dedahkan itu menunjukan ada cina yang sanggup membantu PASTI. Yang lebih penting surat-surat derma yang Syed dedahkan itu pula setakat ini belum lagi menarik minat SPRM. Oleh yang demikian taukeh cina bahkan india yang kaya-raya itu boleh membantu sama. Tak perlulah bimbang kepada SPRM. Kebijaksanaan pimpinan PAS kelantan mencari derma untuk PASTI harus dipuji. Bahkan mereka sepatutnya boleh melakukanya kepada syarikat-syarikat lain yang jauh lebih hebat misalnya kepada taukeh Yayasan Syed Al-Bukhari atau taukeh NAZA KIA iaitu anak Syed Azimuddin yang mempunyai Syed didepan namanya itu. Mengenai bocorkan RAHSIA parti PAS – terima kasih kepada blogger Syed kerana mempunyai dokumen RAHSIA pas. Walaupun ia RAHSIA, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa yang perlu dirahsiakan. Bahkan dokumen itu menunjukkan PAS menjalankan kajian kekalahannya. Nampaknya kajian yang dibuat agak menyeluruh. Terus terang selama ini PAS dianggap satu parti yang tidak ada strategy dan berlangsung begitu saja. Ramai penulis dalam blog internet beranggapan sedemikian, terutamanya yang totok UMNOnya. Rupanya PAS tidak begitu. Kajian bedah siasat PAS yang Syed dedahkan itu buktinya. Kalau selama ini ramai yang anggap PAS berjalan tanpa strategi adalah sama sekali salah. Bukan senang hendak melakukan bedah siasat. Apatah lagi mengeluarkan laporan dan cadangan yang lengkap begitu. Najib dan Khairy yang hebat itu sanggup membayar syarikat yang berkepentingan perisik israel untuk memberi cadangan kepada mereka. Dokumen yang Syed dedahkan itu boleh dijadikan contoh oleh PAS cawangan yang kecil-kecilan supaya berkerja dengan strategi dan bukannya buat ikut dan. Eloklah kalau Syed dedahan lebih banyak lagi dokumen yang dimilikinya itu, biar semua orang tahu kebijaksaan kepimpinan PAS terutamanya pimpinan TGNA di Kelantan. Dan dalam masa yang sama biar PAS tahu ada pencari dan pembuka maklumat yang sangat rapat dengan TGNA dan perlu berhati-hati. Sepertimana Anwar dengan Saiful si pencari dan pembuka cawan minumannya. Kalaulah tidak ada pencari dan pembuka fail maklumat itu pun tak apa, Tuan Syed sendiri pun bukan sekejap berada dekat dengan TGNA di Kelantan, tentulah Tuan Syed sendiri lebih maklum akan maklumat yang Tuan Syed dapat. muramatsu UK |
No comments:
Post a Comment