Berita & Penulisan Santaibhi
Berita & Penulisan Santai
WHO dedahkan arak merupakan penyebab 4% daripada kematian seluruh dunia. Ia lebih tinggi daripada AIDS, Batuk kering dan juga keganasan.
Minum arak adalah punca kepada lebih daripada 60 jenis penyakit yang merbahaya. Peningkatan pendapatan rakyat menjadi punca kepada penggunaan arak yang semakin tinggi dari tahun ke tahun terutamanya di Asia dan juga Afrika.
Laporan dari WHO mengenai kematian penduduk dunia menyatakan seramai 2.5 juta orang mati berpunca dari alkohol. Mereka berumur di antara 15 hingga 59 tahun.
Fakta demi fakta diberikan oleh WHO membuktikan betapa bahayanya minum arak, tapi manusia masih tidak mahu melepaskannya. Negara kita masih sayangkan pendapatan yang dijana daripada jualan arak daripada sayang kepada rakyat yang kojol sia-sia.
Ini juga berlawanan dengan prinsip kerajaan kita sekarang dengan moto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", nampaknya dalam kes ini "rakyat tidak didahulukan, keuntungan diutamakan". Biar ramai rakyat yang rosak dan mampus asalkan negara dapat menjana wang dari cukai arak.
No comments:
Post a Comment