Sumber
Read More: http://www.malaysiakini.com
TV3 dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.
“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.
Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.
Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.
Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.
Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.
Terbukti benar
Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.
Pada masasama,Berita Harian,sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.
Semua “fakta-fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.
Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.
Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?
Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.
Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.
Saingan Muhyiddin
Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.
Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.
Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.
Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.
ANALISIS ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna pernah menerajui beberapa media arus perdana dan cukup masak dengan mainan Umno-BN mempengaruhi persepsi orang ramai.
No comments:
Post a Comment