Di Petik Dari Sumber
APA DIA DUNIA KETIGA
.png)
Maka adalah adil untuk diri saya menerangkan sajelas mungkin kepada para pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pecerahan ini saya harapkan akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.

Bangunan tinggi, kereta, talipon bimbit, leterik atau lebuh raya bukan satu ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda ini kita panggilinfrastructure atau struktur lauran. Struktur ini ada dimana-mana dalam dunia ini. Di Dubai , di India, di Tanzania - ada jalan raya, ada leterik tetapi ini bukan bermakna negara ini bukan negara Dunia Ketiga.
Dalam memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah saperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancung ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat 'superstructure'.
Apa itu 'superstructure”? Superstruktur adalah lembaga-lembaga daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga, kesedaran sosial dan tanggugjawab warga. Apa yang jelas semua ini adalah perkara-pekara yang TIDAK dapat dilihat, dipegang atau dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas terdirinya sebuah negara.

Paling jelas – ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah saperti Belanda, Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin – kesemuanya wujud pasca kolonial.
Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu wujud atas runtuhan Kerajaan Melayu Melaka. Bagitu juga Indonesia diwujudkan oleh Belanda diatas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.

East India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mengundur maka Britian telah meninggalkan kuasa pentabiran kepada budak suruhan yang setia untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong bijeh - akan terus selamat. Justeru United Malays National Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.
Pekara yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk memahami hakikat ini ialah melihat bagitu banyak negara-negara Arab Telok diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua.

Asas ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengekspot bahan mentah. Negara Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor keperluan negara Pertama dan Kedua.
Justeru, kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah saperti badan kehakiman, SPR, SPRM , media, polis, tentera, Raja, Al-Malik atau Sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.
Lembaga-lembaga daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru RASUAH adalah ciri yang amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.

Negara Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem Presiden, ada yang mengunakan sistem Persekutuan, ada negara Raja Berperlembagaan. Dari buku rujukan semuanya memang indah – di Kenya ada pilihan raya. Di Pakistan juga ada pilihan raya.
Tetapi sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga. Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.
Kes kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihanraya di Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan raya akan mengubah kerajaan. Suara udian majoriti 52% yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat tidak akan mengubah apa-apa.

Apa itu PROSEDUR DEMOKRASI yang sering saya paparkan?
Prosedur Demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong. Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.
Contoh yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokarsi dalam Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang berlaku di Selangor.
No comments:
Post a Comment