
Menteri Besar Kelantan juga mendakwa pemotongan elaun tersebut tidak releven dan tidak mempunyai kaitan dengan bebanan rakyat kerana rakyat masih menderita!.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan kebimbangannya terhadap kenaikan minyak tanpa tindakan bijak pihak kerajaan pusat.
Beliau membidas tindakan pemimpin yang mahu meringankan bebanan rakyat tetapi dalam masa yang sama menaikkan harga minyak!
Beliau mencadangkan dan menggesa penggunaan gas lebih ditumpukan oleh pihak kerajaan berbanding petrol memandangkan penggunaanya lebih murah.
Beliau membandingkan tindakan kerajaan Thailand yang telah lama menggunakan sepenuhnya manfaat gas dengan pelbagai kemudahan gas telah disediakan di seluruh pelusuk kampung.
Selain murah, penggunaan gas lebih mesra alam.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan kebimbangannya terhadap kenaikan minyak tanpa tindakan bijak pihak kerajaan pusat.
Beliau membidas tindakan pemimpin yang mahu meringankan bebanan rakyat tetapi dalam masa yang sama menaikkan harga minyak!
Siasah syariah di negeri Pakatan
Jun 14, 08 2:36pm
Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi.
Beliau dipetik sebagai berkata, antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat.
Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .
"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad.
"Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu hari ini.
Menurut laporan Bernama, Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini di kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara, akan diadakan pada Ogos ini.
'Tidak jejas hubungan' Seminar itu, katanya, antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.
"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.
Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.
"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.
Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.
"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di antara satu sama lain," katanya.
RENUNGAN JUMAAT
|
No comments:
Post a Comment