|
Tuesday, June 23, 2009
Monday, June 22, 2009
di petik dari sumber Krisis Perak: Adun Behrang Dan Changkat Jering Adalah Punca Utamanya BudakJalanan Oleh: Tok Janggut Jangan salahkan sesiapa atau menuding jari sesama sendiri. Cari semula punca berlakunya krisis di Negeri Perak sehinggakn mengundang seribu persolan, memijak perlembagaan dan undang-undang. Puncanya dalah dari dua orang lembu kurap iaitu Adun Behrang dan Adun Changkat Jering. Akibat tidak amanah, tamak, tidak berakhlak dan tidak bermoral, maka lembu kurap ini telah mendatangkan bahana dan huru hara di Perak. Semasa mereka masih dalam Pakatan Rakyat sebagi Exco, mereka berdua dikatakan terlibat dengan isu rasuah wang dan rasuah sek atas projek yang mereka berdua rekacipta sendiri. Apabila ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah, maka menyalaklah puak UMNO Negeri dan Pusat mendesak mereka berdua meletakan jawatan sebagai Exco dan sebagai Adun. Oleh kerana ketakutan, mereka sanggup mengkhianati kawan-kawan dan pengundi kawasan masing-masing dengan melutut dan menyembah UMNO meminta jasabaik dan perlindungan, maka mereka diterima oleh UMNO dengan syarat menyokong kerajaan haram UMNO Perak maka semua tuduhan senyap dan tiada kedengaran lagi mereka berdua diarahkan supaya meletakan jawatan oleh puak-puak UMNO. Pelik tapi benar. Sesiapa yang buat besar mana kesalahan sekalipun, jika taat dan sokong UMNO, maka mereka akan selamat. Akibat dan angkara mereka berdua ini maka segala huru hara di Perak berpanjangan sehingga kini. Kesalahan patut diletakan ke atas kedua-dua ekor lembu kurap ini. Semasa kerajaan Pakatan Rakyat mula memerintah Perak dan melantik bukan Melayu iaitu Sivakumar sebagai Speaker, UMNO menyalak juga kerana kata mereka belum pernah terjadi Speaker dilantik dari kalangan bukan Melayu, kini seorang India yang baru masuk Melayu UMNO, dilantik oleh UMNO sebagai Speaker Perak walaupun secara tidak sah atau pun haram. Apa-apa pun di Perak sekarang kerajaanya telah dirampas secara paksa dan ala "mafia" oleh UMNO. Maka lahirlah Menteri Besar palsu, Exco palsu, Speaker palsu. Seorang yang ada PHD tapi saying otak dan akhlaknya rendah dan moralnya hancur apabila kerana kuasa dan pangkat sanggup membelakangkan undang-undang. Ingatlah, bumi ini milik Allah untuk semua makhluk ciptaanya, bukan untuk orang Melayu saja seperti yang UMNO canangkan. Kaum Cina, India, Kadazan juga layak duduk dibumi Malaysia ini termasuk di Perak dan layak mendapatkan apa yang hak untuk mereka sebagai membuktikan keadilan Allah termasuk juga tanah milik untuk kediaman. Hanya golongan yang merasakan mereka lebih berkuasa dari Allah saja yang mempertikaikan semua ini. Jika hendak dikaji dari segi hak untuk memiliki apa yang Allah kurniakan di bumi ini, puak UMNO adalah antara golongan yang tidak layak tinggal di bumi Allah ini kerana angkara kezaliman, penindasan, kemungkaran, maksiat dan penipuan yang mereka buat selama ini ditambah lagi dengan penghinaan dan penolakan mereka terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi selama ini. Oleh itu tiada ketaatan umat Islam terhadap kerajaan UMNO malahan haram jika sesiapa taat dan mempertahankan UMNO. Kini selain SPR, Polis, SPRM dan istana, mahkamah juga telah dikawal 100% oleh UMNO demi kuasa dan kezaliman mereka. Wallahualam. |
|
Sunday, June 21, 2009
|
|
Unity Government :
di petik dari sumber
Oleh Ibnu Zack Suatu Analisis Ringkas Saya Posted on Saturday, June 20 @ 08:00:00 PDT by TokPenghulu Oleh Muhammad Afiq Bin Mohamad Noor بسم الله الرحمن الرحيم إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102) ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1) ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70). Idea asal Kerajaan Perpaduan telah lama kita dengar sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-12 lebih setahun dahulu. Namun apa yang dimaksudkan dengan istilah Kerajaan Perpaduan tidak sedikit pun diperincikan kepada kita. Isu ini kembali ligat dimainkan semula oleh pihak-pihak tertentu sewaktu pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Dan kini sebelum pilihanraya kecil Manek Urai ia sekali lagi dimainkan oleh media. Apa yang ingin saya sentuh dalam tulisan pendek ini ialah keperluan kita menilai isu-isu yang dibangkitkan secara ilmiah dan bebas dari fanatik dan taasub politik kepartian. Seingat saya sewaktu Muktamar PAS yang lalu (saya merujuk ucaptama Presiden PAS) tidak sedikit pun menyentuh tentang konsep Unity Government. Apa yang ada ialah, PAS bersedia dan sentiasa membuka pintu perbincangan dengan mana-mana parti politik, pertubuhan NGO atau orang perseorangan untuk membincangkan isu-isu yang menyentuk kemaslahatan bersama. Sudah menjadi tugas PAS, yang saya kira bukan sahaja sebuah gerakan politik Islam tetapi juga sebagai sebuah gerakan dakwah untuk membuka pintu perbincangan. Dan pintu perbincanagn ini sepatutnya tidak ditutup dan terus dibuka kepada sesiapa sahaja hatta kepada UMNO mahupun mana-mana komponennya. Mungkin kita tidak boleh bersetuju dalam sesetengah perkara. Tapi buka semuanya yang kita setuju. Kita (saya maksudkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perbezaan pendapat dan tidak terhad kepada UMNO dan PAS sahaja) perlu mencari satu titik persamaan yang mana memungkinkan kita bersatu. Dan memahami antara satu sama lain. Melihat kepada sejarah UMNO dan PAS sebelum ini, ternyata mereka boleh bersatu dalam hal-hal yang memberi maslahat atau kepentingan umum kepada negara dan Islam. Lihat sahaja isu Palestine, bagaimana kita tanpa mengira latar politik, bangsa dan agama boleh duduk dan mencari satu titik persefahaman agar kekejaman Israel di Palestin boleh dihentikan. Banyak lagi isu yang kita boleh bersatu dan mencari jalan keluar. Maka bagi saya berbincang dalam isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat sesuatu yang perlu. Bukan sahaj antara PAS dan UMNO, bahkan ia sepatutnya melibatkan semua tanpa mengira latar politik atau apa apa sahaja yang membezakan kita. Saya teringat satu waktu tidak lama dahulu saudara Lim Kit Siang mencadangkan perbincanagn dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan krisis perlembagaan yang belaku di Perak. Inilah perbincanagn yang saya maksudkan. Kita tidak ada halangan untuk berbincang. Rakyat harus membezakan antara berbincang dan masuk UMNO. Isu masuk UMNO, tidak pernah timbul selepas sidang muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kalau ada pun ianya cuma kenyataan peribadi sesetengah pemimpin dan bukannya kenyataan dari PAS. Kita haruslah menilai sesuatu isu dengan cermat dan penuh tanggungjawab. Jangan cepat melatah. Itulah tujuannya Allah mengurniakan kepada kita akal fikiran, supaya kita berfikir sebelum bertindak. Kelak tindakan kita tidak memburukkan lagi keadaan. Saya cukup hairan dengan sikap sebahagian pemimpin dalaman PAS mahupun Pakatan Rakyat. Saya cukup percaya ramai didalam PAS dan Pakatan Rakyat orang yang cukup berpendidikan. Ramai yang arif dalam bidang perundangan bahkan menjadi peguam yang hebat dan tidak kurang juga yang pakar dalam ilmu-ilmu syariah. Dalam prinsip undang-undang keterangan, sesuatu kenyataan 'hearsay' (kenyataan daripada pihak ketiga) bukanlah 'credible evidence' dan tidak diterima kecuali dalam beberapa situasi yang dikecualikan (dalam bahasa undang-undang dipanggil exception to general rule). Justeru sesuatu kenyataan harus diterangkan oleh orang yang menyaksikan atau dalam situasi ini (Kerajaan Perpaduan) oleh pihak-pihak yang melontarkan idea itu. Setelah dijelaskan olehnya, jika kenyataan tadi relevan barulah ia akan diterima sebagai keterangan. Begitu juga didalam Islam. Para ulama dan cerdik pandai hadith telah menyusun suatu ilmu yang dipanggil Al Mustalah Al Hadith. Ilmu ini tidak lain, adalah untuk memastikan kesahihan sesuatu hadith. Mereka mengkaji sanad-sanad sehinggakan ianya menjadi sesuatu yang penting dalam hadith. Justeru apabila ada seseorang menyampaikan sesuatu hadith,orang akan mula bertanya: "Sebutkan kepada kami perawi-perawi kamu". Maka barulah akan dinilai hadith tersebut. Namun amat malang apabila disiplin ilmu yang hebat ini dipersia-siakan. Kita mengutip riwayat riwayat cerita daripada Utusan Melayu, MStar Online dan berbagai-bagai lagi perawi-perawi media yang ternyata tidak pun memenuhi piawaian perawi martabat sahih. Kita hanyut dalam cerita dan berita riwayat mereka. Kita mengkritik orang-orang tertentu dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya melihat teguran Mursyidul 'Am kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa itu sebagai teguran yang wajar kerana kedudukannya sebagai Mursyidul 'Am. Jika beliau tidak menegur maka akan rosaklah gerakan ini. Adapun 'nasi-nasi tambah' yang lain lebih memburukkan keadaan dan menjadikan suasana tidak terkawal. Saya kira teguran Mursyidul 'Am mudah untuk difahami. Jika saya yang dhoif ini pun faham masakan orang secerdik Ustaz Nasharuddin tidak faham. Biasalah setiap orang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Kita insaan yang Allah ciptakan sedemikian rupa. Jangan silap tafsir kenyataan ini, bukanlah saya bermaksud kita tidak boleh menegur kesalahan orang lain. Namun lakukanlah dengan cara yang beradab, sebagaimana Islam mengajar kita. Tambahan kedudukannya sebagai pemimpin, tentulah mempunyai ego. Adalah molek kiranya teguran secara personal atau face to face dibuat. Itu lebih mudah dan tidak menimbulkan banyak masalah. Akhir sekali, saya melihat langkah Tuan Guru Mursyidul 'Am memanggil satu mesyuarat khas yang dinamakan Mesyuarat Ukhuwwah adalah langkah yang sangat bijak dan saya boleh meyelamatkan gerakan yang kita semua sayangi ini. Inilah jalan pemuka-pemuka Mukmin yang lebih dahulu daripada kita. Inilah keistimewaan PAS, keistimewaan sebuah gerakan Islam, yang tidak ada pada mana-mana gerakan lain seumpanya di dunia. Kita bergerak atas petunjuk Allah dan Rasulnya. Maka apabila betemu dengan masalah dan mehnah ditengah -tengah jalan kita, maka kita duduk dan mencari penyelesaian berdasarkan suluhan tarbiyah Allah dan Rasulnya. Bukankah kita telah terdidik dengan cara sedemikian? Al Faqir Ila Allah Muhammad Afiq Bin Mohamad Noor Jumaat 25 Jumadil Akhir 1430 H http://afiqmnoor.blogspot.com/2009/06/unity-government-suatu-analisis-ringkas.html |
Thursday, June 18, 2009
# Jentera PAS di Manek Urai?
|
Wednesday, June 17, 2009
|
Putar belit kenyataan:
|
|
Tuesday, June 16, 2009
Kerajaan Perpaduan : Siapa Celaru?
di petik dari sumber
Oleh Ibnu Zack Assalamu'alaykum Kalaulah mahu dihitung kezaliman BN kepada seluruh rakyat Malaysia, barangkali tidak ada kalkulator yang mampu menjumlahkannya. Semua orang sedar hakikat itu. Seorang saudara saya mengalami sakit jiwa apabila bapanya dimasukkan ke dalam tahanan tanpa bicara atas sebab yang tidak pernah dibuktikan hingga ke saat ini. Duit yang sepatutnya diguna untuk membangunkan negeri saya, dirampas atas nama ehsan dan tidak pernah dipulang hingga ke hari ini. Kesan kekasaran FRU pula mengekalkan kesan di badan saya selama beberapa hari. Pendek kata, cukup banyak. Jesteru itu memang saya membenci BN. Parti ini berada di tempat ke 3 selepas Zionis dan Amerika pada kebencian saya. Jesteru, jangan ada sesiapa yang gatal mulut menyebut tentang perpaduan dengan mereka ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menjadi najis dan memperdekatkan kita dan mereka ini. Mereka tidak layak diperdekat, dan mereka tidak layak disalami sedang tangan mereka masih berbau darah Memali. Namun apabila Tuhan menyebut "Wa ta'a wanuu 'alal birri wat taqwaa" iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa" dan "Wala Yajrimannakum syana aanu Qaumin 'alaa alla ta'dilu" bermaksud "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka" (Al-Maidah), maka tolong bagitahu saya bagaimana saya nak melawan Tuhan dalam perkara ini? Saya tidak reti dan tidak diajar bagaimana. Saya bertalaqqi beberapa kitab dan membaca beberapa yang lainnya, bermula Fiqh Awlawiyyat dan berakhir Mafahim Yajibu An-Tusohhah (belum habis), saya tidak jumpa satu mukasuratpun untuk bagaimana saya boleh melawan Tuhan dan Tuhan redha akan perbuatan saya itu. Saya tidak jumpa. Disebabkan saya tidak reti melawan itulah barangkali Dewan Muslimat tidak mendesak JAKIM untuk menyiasat dan mengharamkan saya jika terbukti bersalah sepertimana yang diusul mereka kepada sebuah pertubuhan feminis-liberal. Ya, barangkalilah.. Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita. Benar mereka pernah zalim kepada kita ketika mereka kuat. Mereka pernah enggan berunding dengan kita tatkala kita lemah dan tiada daya. Tetapi jika kita yang kuat pada hari ini enggan berunding dan menyelamatkan mereka yang sudah lemah daripada terus hanyut dengan dunia mereka dan kemudiannya akan memusnahkan negara, maka kita bukan sudah sama dengan mereka.... tapi kita adalah mereka! Ada orang menulis menolak 'unity government' ini dengan kejadian 1977 dan dalil 'Orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama'. Namun, unity government terlalu berbeza dengan coalition government yang dibentuk 35 tahun lalu. Ia diperjelaskan sendiri oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya dan ditambah syarat-syarat pembentukannya oleh Tuan Guru beberapa detik tadi. Antara Kerajaan Perpaduan dan Projek 16 September Lantas pastinya sesetengah akan mempersoalkan, mengapa terlalu lambat mengeluarkan syarat dan kenyataan? Mengapa ditunggu sehingga retak jemaah baru membetulkan keadaan? Saya masih merasai gegaran 16 September tahun lepas. Sepertimana Unity Government, 16 September juga berkongsi matlamat serupa; membetul dan memandu negara ke arah yang sempurna. Saat itu pernahkah kita didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan strategi pembentukannya, syarat-syarat (tawaran) kemasukan ahli lompatnya, kedudukan ahli lompat dalam kabinetnya hatta siapakah Timbalannya?!. Tidak ada. Kenapa? Kerana politik adalah seni serba mungkin. Politik adalah seni menggoda. Politik juga adalah seni perang. Tidak ada jeneral yang memberitahu strateginya kepada para tentera tatkala telinga musuh tertadah di sebelah. Itu jeneral tak mumayyiz namanya. Apabila DSAI mengumumkan 16 September, tidak ada seorang pun antara kita yang menganggap itu cubaannya yang mahukan kuasa walaupun umum tahu dia akan jadi PM jika PR memerintah. Tetapi apabila Tuan Guru Presiden menggagaskan 'Unity Government' kita anggap dia nyanyuk dan gila kuasa padahal kita tak tahupun kalau jadi pelan itu Tuan Guru akan jadi siapa. Apabila DSAI berahsia tentang strategi 16 Septembernya, kita anggap itu taktik dan tindakan politik matang. Apabila Tuan Guru berahsia tentang strateginya, kita anggap dia pembohong, lembap dan patut diludah mukanya. Begitu juga apabila tarikh itu berlalu, DSAI semakin tidak menyebut tentang 16 September. Dan kita mentaatinya dengan tidak berbicara lagi tentangnya kerana kita tahu itu bisa menggugat perpaduan antara parti komponen dalam PR. Kita sanggup bertindak lebih jauh dengan membelasah siapa juga yang cuba mempertikaikan kejayaan 16 september walaupun semua orang tahu tokoh itu betul dalam tekaan politiknya. Tetapi apabila Dato Mustafa Ali meminta kita jangan mempolemikkan 'Unity Government' kkerana ia mengocak keamanan dalam parti, kita anggap dia cuba menutup pelan busuknya. Walhal rayuan tokoh ini selari dengan kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah di blog suaminya. Kenapa kita husnuzzon (sangka baik) pada tokoh luar dan syirruzzon (sangka buruk) pada tokoh sendiri? Saya tidak marah atau tersinggung bilamana kita semua mentaati dan menyanjung DSAI sebegitu rupa; kerana saya adalah salah seorang dari kelompok itu juga. Saya mengkaguminya sebermula gelaran TPM melekat di dadanya. Tetapi saya pelik dan jijik bilamana kita sanggup menumpahkan taat setia seorang pemimpin yang berada di luar jemaah tetapi dalam masa yang sama kita memijak dan menyepak kepala pemimpin jemaah kita sendiri sampai lunyai! Saya tidak harap kita mampu jadi seperti sahabat Nabi, yang mana mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda sebaliknya sentiasa menyebutkan "Allah dan Rasulnya lebih tahu". Saya tidak mampu harap ketaaatan sebegitu. Mimpi sahaja. Kerana Rasulullah jauh lebih indah daripada Tuan Guru dan kita jauh lebih hina dari tapak kaki para sahabat. Tetapi bukankah Allah menyebutkan; "Laqod kaana fi qososihim 'ibratun li ulil albab"? (Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang berakal). Tidak adakah sedikitpun pelajaran daripada kisah itu kepada kita yang dikurniakan akal ini? Percayalah bahawa Islam itu tertegak melalui jemaah. Jemaah itu tidak boleh wujud tanpa bai'ah (sumpah setia). Bai'ah tidak ada nilai tanpa wala' (ketaatan). Wala' tidak boleh terbina tanpa thiqah (kepercayaan). Dan thiqah tidak boleh hidup tanpa sabar. Yaa ayyuhal laziina aamanusta'iinu bissobri wassolah. (Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu) Hati-Hati dengan 'Akhbar Online' Saya sempat hadir dalam Muktamar Tahunan PAS pada 2 hari terakhir. Hari pertama (Jumaat), saya tidak hadir atas sebab tugas. Dalam ucapan dasar Presiden no 8, jelas disebutkan bahawa agenda PAS adalah memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya PAS mempunyai sikap terbuka untuk bertemu sesiapa sahaja demi kepentingan Islam dan rakyat negara ini. Pendirian yang sama diulang lagi dalam ucapan penutup. Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kemudiannya mempertegaskan pula pendirian itu dengan kenyataan bahawa 'tidak ada niat untuk membawa PAS bersama UMNO'. Saya fikir kenyataan ini sudah jelas. Saya tidak kisah bilamana ada media perdana masih dungu melaporkan 'Hadi mahu bergabung dengan UMNO'. Sebab itu memang kerja mereka. Tetapi apabila media alternatif memainkan isu serupa maka saya cukup kilan. Kerana media ini dipercayai oleh teman-teman kita. Akhirnya wujudlah statement kebudak-budakan seperti "PAS mahu main kahwin-kahwin dengan UMNO" atau "PAS seperti anak dara yang merelakan diri dirogol mat-mat rempit bernama UMNO". Peliknya apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR demi kebaikan dan keadilan, tidak pula wujud statement "PAS seperti anak dara yang menyerahkan daranya kepada anak teruna" atau apabila ABIM cuba menyatukan PAS dan UMNO pada zaman Almarhum Us Fadhil Noor dahulu, tidak juga dikata "ABIM umpama bapak ayam yang cuba menjual anak dara kepada mat rempit!" Ini sedang berlaku. Dan bayangkan jika amarah dan emosi yang dijana hasil laporan songsang media yang selama ini kita anggap kawan merebak, bukankah saat itu pecah belah bahtera yang kita layari sekarang? Begitu juga apabila media sama melaporkan kononnya 3 naib Presiden menolak cadangan Presiden. Sedangkan hakikatnya Tuan Ibrahim cukup terbuka dan bersama Presiden dalam hal ini. Hal sama juga berlaku bilamana mereka 'tiba-tiba' menjadi condong kepada Datuk Paduka Husam Musa dengan mempertikaikan perlantikan Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden dengan alasan beliau tiada sokongan majoriti (Lebih 50%). Tetapi apabila 52% tidak turun mengundi di Penanti, tidak ada pula yang gatal-gatal mengandaikan 52% itu bersama BN memboikot PRK. Bukankah sama dengan perangai Utusan Malaysia yang 'tiba-tiba' condong kepada Us Nasharuddin? Jesteru kenapa hal ini berlaku? Ahh.. jika wujud kerja-kerja bodoh dalam PAS, tidak mustahil kerja-kerja bodoh tidak wujud dalam pihak lain. Saya tidak mengatakan kita harus boikot akhbar-akhbar ini. Tapi saya kira kita wajar menganalisis dan merasionalkan pemikiran dengan mengambil kira sepenuhnya sumber parti yang asas (Harakah) agar tidak mudah musuh memecah belahkan kita. Seimbangkan pembacaan dan teguhkan konsep tarbiyyah yang kita terima. Kerana perjuangan ini penuh liku dan sukar. Tidak ada kesenangan. Percayalah kerana Nabi sendiri menyebutkan bahawa 'Akan datang suatu zaman di mana umatku memegang agamanya sepertimana dia memegang bara api' Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq. Wa anta khairul Faatihiiin. Ya Allah Tuhan kami, bukakan antara kami dan antara kaum kami dengan kebenaran. Kerana Engkau sebaik-baik pembuka. Ameen iBNuZaCK: Dan Allah Maha Mengetahui. |
Senarai barisan kepimpSenarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011
Monday, June 15, 2009
Pandangan Seorang Penyokong Pakatan Rakyat Untuk PAS | 一个民联支持者对回教党的告白
The original post from GoMalaysian
|