di petik dari sumber
Oleh Ibnu Zack Suatu Analisis Ringkas Saya Posted on Saturday, June 20 @ 08:00:00 PDT by TokPenghulu Oleh Muhammad Afiq Bin Mohamad Noor بسم الله الرحمن الرحيم إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102) ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1) ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70). Idea asal Kerajaan Perpaduan telah lama kita dengar sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-12 lebih setahun dahulu. Namun apa yang dimaksudkan dengan istilah Kerajaan Perpaduan tidak sedikit pun diperincikan kepada kita. Isu ini kembali ligat dimainkan semula oleh pihak-pihak tertentu sewaktu pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Dan kini sebelum pilihanraya kecil Manek Urai ia sekali lagi dimainkan oleh media. Apa yang ingin saya sentuh dalam tulisan pendek ini ialah keperluan kita menilai isu-isu yang dibangkitkan secara ilmiah dan bebas dari fanatik dan taasub politik kepartian. Seingat saya sewaktu Muktamar PAS yang lalu (saya merujuk ucaptama Presiden PAS) tidak sedikit pun menyentuh tentang konsep Unity Government. Apa yang ada ialah, PAS bersedia dan sentiasa membuka pintu perbincangan dengan mana-mana parti politik, pertubuhan NGO atau orang perseorangan untuk membincangkan isu-isu yang menyentuk kemaslahatan bersama. Sudah menjadi tugas PAS, yang saya kira bukan sahaja sebuah gerakan politik Islam tetapi juga sebagai sebuah gerakan dakwah untuk membuka pintu perbincangan. Dan pintu perbincanagn ini sepatutnya tidak ditutup dan terus dibuka kepada sesiapa sahaja hatta kepada UMNO mahupun mana-mana komponennya. Mungkin kita tidak boleh bersetuju dalam sesetengah perkara. Tapi buka semuanya yang kita setuju. Kita (saya maksudkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perbezaan pendapat dan tidak terhad kepada UMNO dan PAS sahaja) perlu mencari satu titik persamaan yang mana memungkinkan kita bersatu. Dan memahami antara satu sama lain. Melihat kepada sejarah UMNO dan PAS sebelum ini, ternyata mereka boleh bersatu dalam hal-hal yang memberi maslahat atau kepentingan umum kepada negara dan Islam. Lihat sahaja isu Palestine, bagaimana kita tanpa mengira latar politik, bangsa dan agama boleh duduk dan mencari satu titik persefahaman agar kekejaman Israel di Palestin boleh dihentikan. Banyak lagi isu yang kita boleh bersatu dan mencari jalan keluar. Maka bagi saya berbincang dalam isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat sesuatu yang perlu. Bukan sahaj antara PAS dan UMNO, bahkan ia sepatutnya melibatkan semua tanpa mengira latar politik atau apa apa sahaja yang membezakan kita. Saya teringat satu waktu tidak lama dahulu saudara Lim Kit Siang mencadangkan perbincanagn dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan krisis perlembagaan yang belaku di Perak. Inilah perbincanagn yang saya maksudkan. Kita tidak ada halangan untuk berbincang. Rakyat harus membezakan antara berbincang dan masuk UMNO. Isu masuk UMNO, tidak pernah timbul selepas sidang muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kalau ada pun ianya cuma kenyataan peribadi sesetengah pemimpin dan bukannya kenyataan dari PAS. Kita haruslah menilai sesuatu isu dengan cermat dan penuh tanggungjawab. Jangan cepat melatah. Itulah tujuannya Allah mengurniakan kepada kita akal fikiran, supaya kita berfikir sebelum bertindak. Kelak tindakan kita tidak memburukkan lagi keadaan. Saya cukup hairan dengan sikap sebahagian pemimpin dalaman PAS mahupun Pakatan Rakyat. Saya cukup percaya ramai didalam PAS dan Pakatan Rakyat orang yang cukup berpendidikan. Ramai yang arif dalam bidang perundangan bahkan menjadi peguam yang hebat dan tidak kurang juga yang pakar dalam ilmu-ilmu syariah. Dalam prinsip undang-undang keterangan, sesuatu kenyataan 'hearsay' (kenyataan daripada pihak ketiga) bukanlah 'credible evidence' dan tidak diterima kecuali dalam beberapa situasi yang dikecualikan (dalam bahasa undang-undang dipanggil exception to general rule). Justeru sesuatu kenyataan harus diterangkan oleh orang yang menyaksikan atau dalam situasi ini (Kerajaan Perpaduan) oleh pihak-pihak yang melontarkan idea itu. Setelah dijelaskan olehnya, jika kenyataan tadi relevan barulah ia akan diterima sebagai keterangan. Begitu juga didalam Islam. Para ulama dan cerdik pandai hadith telah menyusun suatu ilmu yang dipanggil Al Mustalah Al Hadith. Ilmu ini tidak lain, adalah untuk memastikan kesahihan sesuatu hadith. Mereka mengkaji sanad-sanad sehinggakan ianya menjadi sesuatu yang penting dalam hadith. Justeru apabila ada seseorang menyampaikan sesuatu hadith,orang akan mula bertanya: "Sebutkan kepada kami perawi-perawi kamu". Maka barulah akan dinilai hadith tersebut. Namun amat malang apabila disiplin ilmu yang hebat ini dipersia-siakan. Kita mengutip riwayat riwayat cerita daripada Utusan Melayu, MStar Online dan berbagai-bagai lagi perawi-perawi media yang ternyata tidak pun memenuhi piawaian perawi martabat sahih. Kita hanyut dalam cerita dan berita riwayat mereka. Kita mengkritik orang-orang tertentu dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya melihat teguran Mursyidul 'Am kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa itu sebagai teguran yang wajar kerana kedudukannya sebagai Mursyidul 'Am. Jika beliau tidak menegur maka akan rosaklah gerakan ini. Adapun 'nasi-nasi tambah' yang lain lebih memburukkan keadaan dan menjadikan suasana tidak terkawal. Saya kira teguran Mursyidul 'Am mudah untuk difahami. Jika saya yang dhoif ini pun faham masakan orang secerdik Ustaz Nasharuddin tidak faham. Biasalah setiap orang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Kita insaan yang Allah ciptakan sedemikian rupa. Jangan silap tafsir kenyataan ini, bukanlah saya bermaksud kita tidak boleh menegur kesalahan orang lain. Namun lakukanlah dengan cara yang beradab, sebagaimana Islam mengajar kita. Tambahan kedudukannya sebagai pemimpin, tentulah mempunyai ego. Adalah molek kiranya teguran secara personal atau face to face dibuat. Itu lebih mudah dan tidak menimbulkan banyak masalah. Akhir sekali, saya melihat langkah Tuan Guru Mursyidul 'Am memanggil satu mesyuarat khas yang dinamakan Mesyuarat Ukhuwwah adalah langkah yang sangat bijak dan saya boleh meyelamatkan gerakan yang kita semua sayangi ini. Inilah jalan pemuka-pemuka Mukmin yang lebih dahulu daripada kita. Inilah keistimewaan PAS, keistimewaan sebuah gerakan Islam, yang tidak ada pada mana-mana gerakan lain seumpanya di dunia. Kita bergerak atas petunjuk Allah dan Rasulnya. Maka apabila betemu dengan masalah dan mehnah ditengah -tengah jalan kita, maka kita duduk dan mencari penyelesaian berdasarkan suluhan tarbiyah Allah dan Rasulnya. Bukankah kita telah terdidik dengan cara sedemikian? Al Faqir Ila Allah Muhammad Afiq Bin Mohamad Noor Jumaat 25 Jumadil Akhir 1430 H http://afiqmnoor.blogspot.com/2009/06/unity-government-suatu-analisis-ringkas.html |
Sunday, June 21, 2009
Unity Government :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment