Malam ini, adik-adik serta anak-anak mereka (dua keluarga) dan anak-anak saya berehat di resort Jeram. Saya seperti biasa merayau ke pelbagai lokasi maya. Antara yang menarik perhatian ialah mengenai gambar di atas. Tapi saya tak baca secara teliti dan menyeluruh.
Khabarnya, sebuah komuniti sedang menjalankan upacara. Entah upacara agama, entah upacara mengarut. Saya tidak pasti. Saya hanya tertarik pada seorang peserta, yang saya tanda bulat, di tengah-tengah gambar. Nampaknya peserta itu mengelat dalam upacara ini. Sedang semua peserta tunduk sujud, dia tunduk sedikit sahaja dan mengintai peserta di hadapannya. Sungguh tak disangka, mengelat!
No comments:
Post a Comment