Di Petik Dari Sumber
Gila!
Itu respon spontan saya apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein yang berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu.
Alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini.
Saya seperti tidak percaya membaca itulah alasan yang diberikan oleh Awang Adek. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berdiskusi dengan beliau dan saya dapati Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. Dalam hal ini, saya lihat dia terbuka, tetapi idea itu tidak bernas!
Alasan melesenkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam supaya ia mudah dikawal ialah alasan karut. Ia menunjukkan betapa lemahnya kerajaan sehingga tidak mampu mengawal sesuatu yang haram. Kalau itulah logiknya, maka saya sarankan kerajaan menimbangkan juga cadangan mengadakan “Wardah” – “warung dadah” (sama seperti “wartel”) agar pengambilannya dapat dikawal seperti Awang Adek ingin mengawal judi bola sepak!
Hujah mengenai pendapatan tambahan negara juga saya fikir cetek. Adakah kerajaan tidak berasa bersalah menambah dana negara dan membangunkan sukan melalui pendapatan haram?
Saya fikir cukuplah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama membersihkan apa yang dilakukan dan tak perlulah menimbangkan idea-idea karut sebegini. Sepatutnya, awal-awal lagi kerajaan menolak permohonan lesen judi itu.
Kenyataan Awang Adek mengingatkan saya kepada pendapat Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan orang Melayu dan rakyat umumnya kembali memberikan sokongan kepada kerajaan.
Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional?
Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan?
Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara dan Teramat kesal kerana Cadangan tersebut terbit dari seorang Pemimpin Melayu Islam UMNO. Jangan kerana hendak mengambil hati atau memenuhi kehendak setengah golongan, kita menuruti apa saja kemahuan mereka. Jangan Kerajaan melacurkan kepercayaan Rakyat kepada BN. BN yang diterajui UMNO tidak perlu tunduk kepada golongan ini kerana golongan ini adalah ‘Opportunist’. Jangan kerana hendak meraih undi dari mereka kita terpaksa membodohkan diri kita sehingga membuat keputusan yang dimurkai oleh orang Islam dan Allah.
Amat menyedihkan sekali cadangan yang datang nya seorang menteri melayu dan tentunya beragama islam.
Salam Tuan..sebalum ini saya hanya mengikuti apa yang Tuan tulis…tapi bagi tajuk ini memang saya terpanggil untuk komen…
Yang benar kite pertahan ia benar…salah tetap salah…Haram tetap haram…walau apa alasan yang deberi…bayangkan kalau kite sara keluarga dengan hasil haram…apa akan jadi…terimalah balasan tuhan kalau orang islam sendiri yang cuba menghalalkan apa yang haram…kalau saya menteri dah lama saya pecat sipolan ini…
Ulasan tuan “Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. ” Ini bermakna tuan masih belum Kasyap atau Marifat untuk menakwil seseorang . Atau tuan tidak isytihar kata kata pujangga orang putih ” Don’t judge on the book cover ” . Ini baru seorang sahaja dari mereka yg tuan kagumi . Insyak Allah . Allah SWT akan memperlihatkan seorang demi seorang kaum UMNO perihal keburukan mereka yg tersembunyi di hati nurani mereka kepada tuan. Nauzubillah.
Alhamdulillah.. semoga Tuan tenang dalam bermusafir di Bumi Haram itu..
Mana mungkin Dr Awang Adek mampu mengeluarkan kenyataan sebegini tanpa pengetahuan DS Najib? Ini adalah suatu isu yang sangat besar dan mana mungkin penasihat-penasihat PM gagal membacanya?
Saya sokong kenyataan dan pendapat tuan
1.Darurat Ekonomi- duit kejaaan tak ada sangat kot,boleh bedal apa cara asal masuk dan dapat pujian menteri bijak
2.Mengelak mudarat besar kepada mudarat kecil- bernas akal bijaksini
3.Gelap mata- sama gelap hati sbb dah bersalam dgn tauke judi haram
Saya yakin jika idea ini dilaksanakan, maka sudah pasti momentum sokongan masyarakat Melayu kepada UMNO akan antiklimaks. Sepatutnya tindakan seperti ini hendaklah dielak oleh kerajaan.
Malaysiakini
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti PERJUDIAN dan PERTARUHAN HARAM tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
ape kah kalu ade lesen JUDI..maka istilah tu bleh jadi
“PERJUDIAN HALAL”…adeyyyyy….
-…terang2 sumber nye haram….nape lah buta sangat menteri ni
-….kalu JUDI nak dikawal dengan cara pemberian lesen, agak2 nya lepas ni pusat pelacuran…..rumah urut….dan yang seangkatan dengan nya pun memohon lesen supaya mudah dikawal
Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir!
-…sbb mereka selalu fikir…”masa pilihan raya” dorang bleh gula2 kan lagi rakyat dngan projek bernilai ratusan juta
atau mungkin dorang ingat “MELYU MUDAH LUPA”
Mohon pendapat tuan tentang saham PERKESO dalam calsberg..
Tetapi apabila kerajaan mahu menimbangkan perjudian secara sah dibulan piala dunia ini, saya sejujur2nya menentang habis2an akan cadangan tersebut. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah berjudi tidak tahu akan kesannya melainkan hanya boleh buat andaian semata2. Tetapi bagi saya sebagai orang yang pernah terlibat dengan judi saya tahu akan baik dan buruknya. Ada 1001 macam keburukannya berbanding dengan kebaikannnya. Tidak perlulah saya huraikan satu persatu dalam blog ini. Tetapi jika tuan mahu saya boleh senaraikan keburukannya.
Dari itu ,saya mohan kepada Datuk Seri Najib agar segerakan pembatalan cadangan tersebut bagi menjaga nama baik kerajaan BN dan seterusnya tidak menggalakkan rakyat Malaysia berjudi. Kerana bukan orang Melayu Islam sahaja diMalaysia tidak suka kepada perjudian, tetapi orang India, Cina dan lain2 bangsa juga tidak suka pada judi.
JUDI MEROSAKKAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA!