Di Petik Dari Sumber
KATEGORI UTAMA
BN Mampu Menang Lebih Dua Pertiga Kerusi Parlimen
KUALA LUMPUR, 9 Mei – Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperoleh kerusi parlimen melebihi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-10, 2004 tidak mustahil akan berulang jika rakyat bijak memilih parti yang layak memerintah negara, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.Beliau berkata pada pilihan raya itu BN memenangi 198 daripada 219 kerusi parlimen dan merupakan majoriti terbesar sejak tahun 1978.Katanya mengikut trek rekod sebelum ini dan transformasi yang dibawa kerajaan BN sepatutnya menggambarkan kredibiliti parti itu.“Justeru, kalau kita timbang dengan suasana penuh tenang dan tidak mengikut perasaan, saya yakin di Malaysia ini tiada parti lain yang boleh menjaga negara kita selain BN,” katanya selepas merasmikan MesyuaratPerwakilan Pemuda UMNO bahagian Selayang dekat sini, hari ini.Razali berkata sungguhpun memerintah dengan majoriti mudah yang kini menjadi trend di beberapa negara seperti di United Kingdom dan Australia, namun diMalaysia pemerintah yang cekap harus mempunyai suara dua pertiga di parlimen.Dalam pada itu, Razali menasihatkan Pemuda UMNO agar tidak alpa dengan hanya memikirkan tarikh PRU ke-13 tetapi sebaliknya lebih memberi fokus untuk menarik seberapa ramai mungkin pengundi baru.“Semua orang sekarang ini asyik tunggu bila nak pilihan raya, yang kita pasti pilihan raya akan datang, cuma kesediaan kita itu perlu dipertingkatkan,”katanya.
Selanjutnya :http://umno-online.com
Komen Bloger:
Melihat dari gambar ,di belakang kelihatan Bendera bendera PAS,
Ini menunjukan saingan hebat bagi UMNO ada lah PAS.
Dengan Slogan PAS GANTI UMNO,
Inysallah PAS lebih berjaya kali ini dlm PRU13 , jika di bandingkan dgn PRU12.
Lagi pun UMNO sering tidak mematuhi Undang Undang ,
Lihat lah mereka menunggang motor tidak pakai Topi keledar.
No comments:
Post a Comment