Berikut ialah petikan temubual Farish A. Noor dengan
Ulama Indonesia Abu Bakar Bashir mengenai perkembangan
Islam mutakhir ini yang disiarkan dalam Al Jazeera.
Dalam temuramah ini Abu Bakar Bashir memuji Dr
Mahathir satu-satunya pemimpin dari negara Islam yang
berani dan lantang bersuara . Kata Abu Bakar Bashir
Satu-satunya pemimpin Islam yang masih ada semangat
juang ialah bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir
Mohamad, yang telah menyarankan agar memboikot
matawang US dan matawang negara barat. Benar apa yang
dia katakan, iaitu negara-negara Islam sepatutnya
tidak menggunakan matawang US dan berurusniaga dengan
matawang sendiri. Kenapa kita perlu guna matawang US
apabila kita berurusniaga sesama kita ? Walaupun
Mahathir tidak secara terbuka menyatakan jihad,
setidak-tidaknya dia telah memperkatakan sesuatu. Ini
apa yang sekurang-kurangnya kita patut lakukan. Tetapi
pemimpin OIC tidak boleh menerima cadangan Mahathir,
tapi mereka masih bercakap mengenai kehormatan dan
kedaulatan. Apa lagi kehormatan yang kita ada, jika
tiada sesiapa yang mendengar cakap kita ?
Mengenai Anwar Ibrahim pula Abu Bakar Bashir
mengkritik : Anwar ialah seorang yang tidak memahami
Islam sepenuhnya. Macamana dia boleh bercakap mengenai
dailog dengan Amerika dan Barat ? Dailog apa ? Dengan
mereka yang membunuh orang-orang Islam ? Anwar silap
akan pandangannya terhadap Barat dan Yahudi. Orang
Yahudi tidak boleh dipercayai, sepertimana disebut
dalam Al Quran. Pada ketika ini Amerika hanyalah
sebagai keldai tunggangan Israel.
Menyentuh mengenai PAS beliau mengkritik :
Kemenangan Islam hanyalah melalui dakwah dan jihad,
bukan pilihanraya. Itu sebabnya parti Islam dijalan
yang salah, termasuklah yang terbaik seperti Partai
Keadilan Sejahtera (PKS) (di Indonesia) dan PAS (di
Malaysia).
Dapatkan temubual sepenuhnya di
http://english.aljazeera.net/NR/exeres/C46DA5C1-D200-48E6-8B 24-76EE739EC243,frameless.htm
Dr. Farish Noor is currently working at the Centre for
Modern Orient Studies in Berlin. In his native
Malaysia he is is a well-known columnist, speaker and
academic.
post by:emma.ithnin@gmail.com
No comments:
Post a Comment