BUKIT GANTANG TERKINI:PAS DIYAKINI MENANG BESAR TEWASKAN UMNO
PAS diyakini akan memenangi prk bukit gantang, ini dapat ditelusuri dan dilihat di pos pos pondok panas pas yang lebih menjadi tumpuan para pengundi untuk menyemak hal pengundian mereka
perayu parayu undi pas lebih mesra dan lebih mudah didekati,dan pondok panas pas lebih menjadi tumpuan.
Aku dah cakap dah, lama dah!
Sudah lama aku cakap. Selepas PRU-12, aku tulis dalam blog aku bahawa pengundi-pengundi sudah meluat dengan Najib. UMNO/BN letak Najib sebagai Pengarah Pilihanraya, maka macam nangka terlebih masak UMNO/BN gugur di 5 Negeri + satu lagi, WP Kuala Lumpur, dan hampir satu lagi, Negeri Sembilan.
UMNO tak percaya. Mari pulak PRK Permatang Pauh, Najib sekali lagi diletakkan oleh UMNO/BN sebagai Pengarah Pilihanraya. BN kalah dengan teruk, undi PR bertambah dengan majoriti yang begitu besar.
Mari pulak PRK Kuala Terengganu, Najib dilantik lagi sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Kalah teruk lagi BN.
Kini mari pulak PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang. PR menambahkan undi majoriti di kedua-dua tempat itu.
Rakyat sudah tolak Najib. UMNO hanya pandai bercakap tentang transformasi, reformasi dan perubahan. Tapi selagi mereka tidak tolak Najib, UMNO tidak ada peluang lagi untuk pulih.
Masalah dalaman UMNO memanglah banyak. Saya dah kata bahawa setiap perwakilan UMNO itu menjadi perwakilan kerana rasuah politik. Maknanya, perwakilan itu bukanlah wakil-wakil sebenar dari akar umbi, tapi menjadi wakil kerana mereka berduit dan mampu beli undi, maka mereka pilih pulak MT, maka ahli-ahli MT tu adaklah hollow, tidak mewakili akar umbi, hanya mewakili wang yang mereka beri.
Tapi, meluat pengundi kepada Najib mengatasi segala-gala masalah dalam UMNO. Menjadikan rakyat lebih benci kepadanya kerana dia terlalu cepat menunjukkan belangnya yang ingin menjadi boneka kepada Mahathir sedangkan Mahathir inilah yang menghina Pak Lah. Nampak sangat Najib tidak pernah setia kepada Pak Lah. Dan oleh kerana rakyat mual dengan Mahathir, maka mereka menjadi muntah dengan Najib.
Itulah sebab PKR menambahkan majoriti di Bukit Selambau kepada 2403 undi, dan PAS menambah majoriti di Bukit Gantang kepada 2789 undi, jauh lebih tinggi dari PRU-12 dulu.
TV channel pengampu BN, dan Surat Khabar pengampu BN berkempen habis-habisan dan kalau kita percaya kepada dakyah itu, semacam PKR dan PAS akan hilang deposit. Rakyat dah meluat dengan TV dan Akhbar pengampu BN itu. Lagi kamu mengampu lagi menyampah rakyat kepada kamu.
Aku dah cakap lama dah. Rakyat benci Najib, dan Najiblah yang menjadi penyebab utama kenapa BN kalah. Tak percaya lagi? Cuba UMNO kosongkan satu kerusi, MCA satu kerusi dan MIC satu kerusi, adakan pilihanraya kecil, boleh kita letak calon PAS, DAP dan PKR mewakili Pakatan Rakyat, mari kita tengok, dan kita gunakan satu isu saja -- isu Najib (jangan halang), siapa menang, siapa kalah!
Dan aku cabar DUN Perak dibubarkan serta merta dan diadakan satu Pilihanraya Negeri Perak, kita akan saksikan satu sejarah baru di Negeri itu dengan kejatuhan UMNO/BN macam nangka busuk. Tak percaya? Ok, bubarkanlah DUN Perak! Kita boleh sama-sama saksikan, dan kita nak gunakan satu isu saja, Najib Tun Razak! Ok?
1 comments:
Tak payah nak susah susah fikir.
Smuer yang berlaku ini sudah ketentuan.
Ketentuan yg.di maksudkan seperti yg.telah di uar uar kan sebelum ini.
Theory R.A.H.M.A.N.
Alrahman membawa maksud yang maha pemurah.
Selasma ini kita bernaung dengan pemimpin yang mendapat rahmat dari Allah atas sifat Pemurahnya nya.
Kerana sifat murah Allah maka kita Melayu China ,India dan lain lain dapat hidup dgn berbagai bagai rezki tak kira dgn cara baik atau pun jahat.
Tetapi kerana tidak mensyukuri nikmat nya itu.,dgn melakukan segala bentuk kezaliman,penipuan penindasan ,Allah telah berjanji akan mengantikan dgn kaum yang.lain.
Dgn kemenagan Nizar tadi,mengukuhkan kita bahawa theory Rahman itu benar benar sudah berakhir.
Bersesuaian pula dgn sifat Allah.,selepas Al Rahman ia akan di susuli dengan Al Rahim.
Alrahim bermaksud yang di sayangi.
Jadi siapa Kaum Alrahim itu?
Mereka ia lah orang orang yang beriman dan bertaqwa.,
Maka selepas ini akan lahir lah di kalangan Pemimpin yang mempunyai sifat sifat sedemikian.(Beriman dan Bertaqwa)yang memperolehi kemenagan dunia dan Akirat,.
Selebe nya kene fikir sendiri lah kata Nabil.