Sunday, May 31, 2009
KE MANA PERGINYA MELAYU KOPERASI PULAU LUMUT DALAM SKANDAL PKFZ
Datuk Faizal Abdullah, ketua Pemuda UMNO Kapar merangkap Timb Pengerusi Wijaya Baru dan ahli lembaga Pengarah berbagai lagi anak syarikat keluarga Onn Ismail, bekas ADUN Selat Klang untuk lima penggal menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap laporan beraudit PriceWaterhouse Coopers (PwC).
Rahman Palil, Rashid Asari, Onn Ismail, Faizal Abdullah
Pulau Indah atau nama sebelumnya Pulau Lumut hanya merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu dan pulau ini menjadi masyhur dengan terbinanya Pelabohan Barat. Penduduk telah diberi tanah bakau persisiran pantai di atas nama Koperasi Pulau Lumut. Setelah menjual tanah yang diberi, setiap seorang ahli koperasi atau penduduk Pulau Lumut mendapat kurang lebih RM300-RM500 sahaja.
Pada ketika itu, tanah yang dijual diletak pada nilai yang sangat rendah oleh "pembeli" yang juga merupakan proksi kepada pemimpin UMNO bahagian Kapar.
Cerita selanjutnya hanyalah sejarah berulang kembali bagaimana kerja menjual tanah serta kepentingan orang Melayu dilakukan dulu, kini dan selamanya oleh UMNO dan konco-konconya. Noktah.
The audit report also detailed a series of conflict of interest situations:
» Sementa assemblyman Datuk Abdul Rahman Palil was both the Pulau Lumut Development Co-operative (KPPL) chairman and a PKA director in 2002 when the land for PKFZ was sold by KPPL to PKA;
» Rashid Asari & Co, the legal firm retained by PKA, was also the same firm overseeing the inking of the sales and purchase agreement between KPPL and turnkey contractor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). A point to note is that its senior partner, Datuk Abdul Rashid Asari, was the deputy chief of Umno’s Kapar division, where Tan Sri Onn Ismail is an exco member. Onn was the KPPL chairman and his son-in-law Faizal Abdullah, the then Kapar Umno division youth chief, is also the deputy CEO of Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), the firm appointed by KDSB as the main subcontractor;
» Perunding BE Sdn Bhd, appointed by PKA as the independent quantity surveyor for PKFZ, was also a quantity surveyor for KDSB;
» PKA’s board of directors were not advised that the chairman of the PKA at one time was also the deputy chairman of WBGB;
» KDSB directors Omar Latip and Idris Mat Jani are also directors and shareholders of WBGB.
Sumber: Dayak Baru Weblog Dare to Dream
Further Readings: The Untouchables Of Klang Valley
KDSB may sue over PKFZ report
©The Malaysian Insider
by Shannon Teoh
PETALING JAYA, May 29 — Unhappy with the report on the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) is mulling legal action against the port authority as well as the audit firm which it calls “mischevious”.
Hitting back at implications of profiteering in the PKFZ report, group deputy chief executive officer Datuk Faizal Abdullah said that the position review that was finally made public yesterday was “not done in good faith” and questioned if PricewaterhouseCoopers (PwC) had any ulterior motive.
“Yes, I want to firmly say that it is an option against either or both,” he said of PwC and the Port Klang Authority (PKA).
“Why does it use terms like ‘may’ or ‘potential’? Just say yes or no and be a gentleman about it and then we can challenge it based on facts. Instead, it has released a report with three conditions. Why hide?” Faizal told The Malaysian Insider after a press conference.
He was referring to conditions set by PwC which appear to limit or absolve it from any liability due to the contents of the report. The accounting firm said its only duty is to the PKA and is not obliged to respond to any queries while the public was “not authorised to use or rely on the report to arrive at any conclusion.”
The much-anticipated report has implicated several politicians from Barisan Nasional (BN) who have all sat or are still sitting on the board of either KDSB or companies under the same Wijaya Baru group.
This includes BN backbenchers chief Datuk Seri Tiong King Sing who has a 70 per cent stake in Wijaya Baru. Faizal said that the Bintulu MP could not attend the press conference as he was making visits in his constituency leading up to Gawai celebrations.
In his defence of KDSB, Faizal said that the nearly 1,000 acres of land that it had sold to PKA for RM1.1 billion was for a valuation below that of their own.
He said even though they had bought the land in 1995/6 for RM3 per square foot (psf), they had first valued it at RM28 psf in the 2002 sale but agreed on RM25 psf and not the government valuation of RM10 psf due to several factors:
- RM10 was for compulsory acquisition which was not possible because it is not a public interest project
- added reclamation and infrastructure works
- it had to buy back parcels it had sold off for RM16-17 psf in 1996 for RM21-23 in 2001 to complete the deal
- PKA would enjoy deferred payment that began only after four years from the transfer of the land
When asked why deferred payment had influenced the valuation when it was also collecting interest, Faizal said that the various concessions, including the four year leeway meant that the structuring of the deal was not so straightforward.
He added that the four year period showed that KDSB was interested in the long-term success of the project.
“We ensured that PKFZ was ready in two years. So PKA could already collect revenue two years before they had to start paying us back,” he said.
He added that to date, KDSB had so far only collected RM360 million from PKA for the land, which he says is between 20-30 per cent of the total sum.
When asked about the letters of support that the Transport Ministry had issued to back RM4 billion worth of bonds, he said that he considered them to be letters of support rather than letters of guarantee.
However, he said that PKA would be liable in the case of a default as each bond issue was tied in with an agreement with PKA and special purpose companies for each bond were set up to receive payment from PKA.
So the only way there could be a lack of funds would be if PKA did not pay up.
He added that bondholders “should have asked and found out” for sure whether the letters of support meant that the bonds were guaranteed by the government.
“You should have asked, you are in the finance business,” Faizal said, adding that the letters were more of a form of acknowledgement of the projects being overseen by the government and were for the benefit of rating agencies.
Faizal also said that he was frustrated at the negative reports and perception surrounding PKFZ, saying that it had scared off investors and affected Wijaya Baru stocks, which has plummetted from five-year highs of over RM2 to about 30sen today.
|
Saturday, May 30, 2009
|
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;} |
---|
Kegagalan Mahkamah Rayuan
Berucap pada majlis penutup program puasa sunat dan mogok lapar di Pejabat PAS Negeri Perak di Ipoh yang berakhir petang semalam beliau bagaimanapun yakin keadilan di cari akan didapat diperolehi di Mahkamah Persekutuan nanti apabila rayuan dibuat.
"Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita ke istana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa Tuanku untuk bubar DUN.
"Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah, sampai mengigau saya marahkan kepada Speaker (Haram) Ganesan dalam tidur," kata beliau secara berseloroh.
Datuk Seri Nizar berkata rakan sejawatnya dari Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri turut meraikan mereka yang berpuasa malah seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.
Beliau juga mengumumkan Ketua Menteri itu akan melakukan perubahan kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang sebagai peringatan untuk mengabdikan perjuanganrakyat di Perak.
"Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di Perak tetapi setelah kita memerintah Perak, ini yang UMNO cukup cemburu.
"Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam Pakatan Rakyat dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadis," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sambil tersenyum.
Menteri Besar juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah Umno dan Barisan Nasional yang mengaitkan DAP dengan fahaman komunis.
"Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagai komunis, jangan termakan tohmahan ini. Kita ada prinsip dalam Pakatan Rakyat" ini.
"Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajar kita di Timur Tengah menghantar memorandum supaya dibubarkanDUN.
"Semua pihak bersetuju, yang tidak setuju cuma UMNO kerana mereka tahu mereka akan kalah teruk," tegas beliau kepada hadirin.
Thursday, May 28, 2009
Pedih ketika ditendang perikatan masih terasa - Tok Guru Nik Aziz
Menteri besar Kelantan itu turut menegaskan PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno kecuali parti itu menukar dasar perjuangan atau menerima Islam yang ingin dibawa oleh PAS.
"Kita bersedia untuk mengadakan muqabalah dengan sesiapa sahaja tetapi mesti bersama-sama Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa peranan ulama PAS tidak terhad untuk menguruskan masalah dan urusan di Malaysia semata-mata sebaliknya dunia secara keseluruhannya.
"Jika tiada Dewan Ulama PAS, maka Islam akan lenyap di Malaysia," demikian kesimpulan
MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli-ahli PAS agar meneliti semula sejarah ketika Umno menyingkirkan parti itu daripada Perikatan, lapor Intan Abdullah.
"Mungkin saudara-saudara tidak ada pada masa Peristiwa 13 Mei dan sewaktu Umno menendang kami (PAS) keluar daripada parti Perikatan, masih terasa sakitnya, pedih dan parutnya masih lagi ada," ujarnya kepada lebih 500 peserta yang hadir di Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini pada 23 Mei lalu.
dibuat Tok Guru Nik Aziz setelah mengimbas saat penubuhan PAS serta peranan yang dimainkan dalam membantu menyuarakan pandangan berhubung isu-isu yang membabitkan agama di negara.
Beliau mendoakan agar ulama PAS terus gagah dan unggul untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.
Tok Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan cadangan agar ulama mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada mereka.
"Saya mencadangkan agar dibuat pertemuan kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS untuk memberikan kefahaman tentang Islam tetapi jangan memburuk-burukkan agama mereka. Sampaikan dengan cara hikmah sebagaimana yang diajar Rasulullah kepada kita," ujarnya
HUKUM ORANG KAFIR BACA QURAN
oleh: Ust Abdul Ghani ShamsudinBaru-baru ini ada kalangan dan individu tertentu membuat laporan polis kerana ada pemimpin Tionghoa berceramah dengan membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah dalam ceramahnya. Masalahnya bolehkah orang kafir membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah? Adakah pembacaan mereka dengan niat seperti di atas merupakan penghinaan kepada al-Quran dan menjatuhkan martabat Islam?
Musafir Kelana,
Kuala Lumpur
============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========
Jawapan:
Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44 bermaksud:
"Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga mereka berfikir."
Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya.
Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang Rom mahupun Habsyah.
Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
"Saya mengajak anda agar menerima seruan Allah justeru saya adalah Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera. (Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 64:) "Wahai Ahli Kitab, marilah kita menuju kepada satu Kalimah yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun; dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."
"Jika saudara enggan maka saudara akan memikul dosan Nasraninya kaum saudara." Ayat yang sama disisipkan dalam utusan baginda kepada Hercules Raja Rom, dan Muqauqis Raja kaum Qibthi.
Utuan baginda kepada Raja Parsi pula antara lain berbunyi: "Saya mengajak anda dengan ajakan Allah; bahawa saya adalah Rasulullah kepada manusia sejagat untuk memberi peringatan kepada:" Siapa yang hidup jiwanya dan agar ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir menjadi satu kepastian. (Maksud sebahagian Surah Yasin ayat 70."Oleh itu masuklah dalam agama Islam, anda pasti sejahtera. Tapi kalau saudara enggan maka saudara akan memikul dosa majusinya (kaum) saudara."
Bingkisan Rasulullah kepada Hercules dan lain-lain adalah sesuatu yang tersurat dalam lipatan sejarah Islam. Sirah Rasul dan riwayat hadith seperti ini dijadikan dalil oleh segolongan ulama untuk mrmbolehkan orang yang junub membaca al-Quran. Ini kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat daripada janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tetap juga menulis surat kepada mereka; dengan menampilkan ayat-ayat tersebut untuk mereka dapat membacanya.
Menurut Dr Ahmad Salim dalam buku beliau 'Faidhu al Rahman Fi al-Ahkam al-Fiqhiyah al-Khassah Bi al-Quran', terdapat dua pendapat dalam perkara ini:
Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali
Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie.
Pengarang kitab 'Hasyiah al-Bujairimi' mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam.
Apabila dirujuk pula kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie kita menemui hakikat berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya 'ihaayatu al Muhtaj' berkata:"Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."
Pengarang kitab 'Mughni al-Muhtaj', Imam Muhammad as-Syarbini menegaskan bahawa: "Perkara kedua dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang Muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi."
Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya: "Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di masjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid."
Kalau kita mama-amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah kerana mereka belum beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadith; yang mana Nabi S.A.W pernah menahan orang-orang musyrikin di dalam masjid.
Sayidina Umar ibnul Khattab pernah merampas al-Quran daripada saudara perempuannya ketika beliau masih belum beriman. Kemudian beliau terbaca ayat-ayat al-Quran dalam Surah Toha semasa beliau masih kafir. Oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah dalam lubuk hatinya beliau lantas sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.
Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah. Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam Sirah Nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan buka Islam setelah mereka membaca atau mendengar ayat al-Quran dalam keadaan mereka masih kafir!
Berdasarkan kepada keterangan di atas maka kita dapat mengatakan bahawa tindakan penceramah Tionghoa berkenaan tidaklah salah atau menghina al-Quran, sebaliknya sebagai tanda penghormatan beliau kepada Quran sebagai kitab suci. Bahkan itu juga menunjukkan kesediaan beliau untuk bersandarkan kepada saranan-saranan lohor yang terdapat dalam al-Quran.
Lebih jauh perbuatan yang demikian akan memasyhurkan lagi ajaran al-Quran untuk dibaca oleh khalayak kaumnya yang masih belum beriman dan tidak pernah mendengar ajaran seperti itu daripada pemimpin Melayu berfaham asabiah.
Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang dengan rela hati membaca ayat al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah Allah dan mereka menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran.
Wednesday, May 27, 2009
dipetik dari sumber blog
Fikiran Daku
Nabi dan Rasul kemudian para sahabat kemudian alim ulama dan orang yang soleh kemudian syahid.
Ya Allah..dia berada di tanah suci Mu sekarang
sila baca kenyataan ini-----------------------------------------
Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO !Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan.Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir !Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ?
Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana Nik Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM !
Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM !
sila baca temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.
Ya Allah hatiku kini sangat merah kepanasan dikala ulama' seperti ini sanggup membantu kumpulan yang terang-terang merosakkan AgamaMu. Engkau sangat berkuasa terhadap sesiapa pun...daku hanya mampu untuk berdoa agar perkara ini tidak terjadi kepada
daku,keluarga,sahabat dan umat Islam lain.
Ya Allah Ya Tuhan ku...selamatkan lah kami semua dari manusia seperti ini
Posted by Ibnu Ahmad
.
.
i) "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang". Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini....
ii) "DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam"
Tuesday, May 26, 2009
Mogok Lapar D" Perak
Ustaz Ahmad Awang beri penjelasanMohd Rashidi HassanKUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam. Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu. "Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri. "Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya. Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar. "Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat. "Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya. Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat. Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri. "Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau. Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._ |
---|
Monday, May 25, 2009
petikan dari sumber Antara berita angin yang hangat dibisikkan kepada saya ialah berita 2 ADUN PR akan menyeberang ke BN. Berita ini bukan baru tersebar di kalangan pengundi Perak khasnya. Ia berita lama yang diulang bicara bersempena dengan kemenangan Zamri sebagai MB mahkamah setelah sekian lama menumpang di SUK sebagai MB Istana. Saya sangat pasti berita ini datang dari kalangan UMNO. Ia merupakan harapan yang begitu tinggi dari mereka setelah melihat 3 ekor katak yang kini seperti makhluk asing di Perak bersama mereka. UMNO khususnya Zambry sangat berharap agar ada lagi ADUN PR yang akan menyeberang ke BN. Beliau mahu menunjukkan kepada istana, beliau mempunyai sokongan dan kerajaan yang stabil yang tak memerlukan DUN dibubarkan… Beberapa nama sampai ke pengetahuan umum… yang pastinya bukan dari kalangan PAS! mereka tahu..kalau namakan ADUN PAS tentu orang akan tolak mentah-mentah! Ia juga sebagai senjata agar timbul sifat mencurigai sesama kompenan Pakatan Rakyat..AWAS!!! Apa yang berlaku adalah seumpama cerita penipu yang tertipu dengan cerita tipunya sendiri… saya masih ingat ketika mendengar ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sekitar tahun awal 90 di Kg Melayu Ipoh… ceritanya begini…: Ada seorang budak penipu menyebarkan cerita kononnya raja akan datang solat jumaat di masjid. Siapa yang soalt akan diberi duit. Cerita itu tersebar seluruh kampung . Budak itu sungguh bangga kerana cerita bohongnya tersebar dan dipercayai. Pada hari jumaat yang dinyatakan , maka ramailah orang kampung datang solat jumaat. Budak tadi bertanyakan orang kenapa ramai datang solat?? jawapan yang diterima ialah sultan akan membahagikan wang. Budak tadi mula percaya cerita tipunya jadi nyata. Maka beliau pun turut sama menanti kedatangan sultan…sayangnya itu hanya cerita tipu yang direkanya sendiri.. tertipulah budak itu dengan cerita tipunya sendiri…. Saya yakin semua ADUN PR mahupun UMNO telah melihat kesan pengkhianatan yang diterima oleh tiga ekor katak sebelum ini. Mereka tahu bahana dan akibat yang diterima bukan hanya diri mereka , malah seluruh keluarga dan mungkinketurunan. Paling jelas…apa yang diterima katak Changkat Jering dalam P raya lalu. Apakah mungkin ada lagi ADUN yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan nilai harta dan tawaran dari umNO. Lebih malang lagi jika akhirnya DUN terpaksa dibuabrkan…pastinya mereka langsung tiada nilai harga bagi umNO apatah lagi PR… Walau apapun… PR tidak boleh melihat isu ini dengan senang hati sebagaimana bersukaria meraikan Datuk Nasa masuk PKR seketika dulu. Umum mengetahui umNO sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan citarasa politik mereka. Andai sesama mereka ada yang pernah berbunuh… apalah sangat nilai nyawa dan ketenteraman rakyat. Politik ancam dan culik bukan budaya baru umNO… apapun kita mesti terus waspada! |
---|
Ada Adun PR nak masuk UMNO lagi..?
Antara berita angin yang hangat dibisikkan kepada saya ialah berita 2 ADUN PR akan menyeberang ke BN. Berita ini bukan baru tersebar di kalangan pengundi Perak khasnya. Ia berita lama yang diulang bicara bersempena dengan kemenangan Zamri sebagai MB mahkamah setelah sekian lama menumpang di SUK sebagai MB Istana. Saya sangat pasti berita ini datang dari kalangan UMNO. Ia merupakan harapan yang begitu tinggi dari mereka setelah melihat 3 ekor katak yang kini seperti makhluk asing di Perak bersama mereka. UMNO khususnya Zambry sangat berharap agar ada lagi ADUN PR yang akan menyeberang ke BN. Beliau mahu menunjukkan kepada istana, beliau mempunyai sokongan dan kerajaan yang stabil yang tak memerlukan DUN dibubarkan… Beberapa nama sampai ke pengetahuan umum… yang pastinya bukan dari kalangan PAS! mereka tahu..kalau namakan ADUN PAS tentu orang akan tolak mentah-mentah! Ia juga sebagai senjata agar timbul sifat mencurigai sesama kompenan Pakatan Rakyat..AWAS!!! Apa yang berlaku adalah seumpama cerita penipu yang tertipu dengan cerita tipunya sendiri… saya masih ingat ketika mendengar ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sekitar tahun awal 90 di Kg Melayu Ipoh… ceritanya begini…: Ada seorang budak penipu menyebarkan cerita kononnya raja akan datang solat jumaat di masjid. Siapa yang soalt akan diberi duit. Cerita itu tersebar seluruh kampung . Budak itu sungguh bangga kerana cerita bohongnya tersebar dan dipercayai. Pada hari jumaat yang dinyatakan , maka ramailah orang kampung datang solat jumaat. Budak tadi bertanyakan orang kenapa ramai datang solat?? jawapan yang diterima ialah sultan akan membahagikan wang. Budak tadi mula percaya cerita tipunya jadi nyata. Maka beliau pun turut sama menanti kedatangan sultan…sayangnya itu hanya cerita tipu yang direkanya sendiri.. tertipulah budak itu dengan cerita tipunya sendiri…. Saya yakin semua ADUN PR mahupun UMNO telah melihat kesan pengkhianatan yang diterima oleh tiga ekor katak sebelum ini. Mereka tahu bahana dan akibat yang diterima bukan hanya diri mereka , malah seluruh keluarga dan mungkinketurunan. Paling jelas…apa yang diterima katak Changkat Jering dalam P raya lalu. Apakah mungkin ada lagi ADUN yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan nilai harta dan tawaran dari umNO. Lebih malang lagi jika akhirnya DUN terpaksa dibuabrkan…pastinya mereka langsung tiada nilai harga bagi umNO apatah lagi PR… Walau apapun… PR tidak boleh melihat isu ini dengan senang hati sebagaimana bersukaria meraikan Datuk Nasa masuk PKR seketika dulu. Umum mengetahui umNO sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan citarasa politik mereka. Andai sesama mereka ada yang pernah berbunuh… apalah sangat nilai nyawa dan ketenteraman rakyat. Politik ancam dan culik bukan budaya baru umNO… apapun kita mesti terus waspada! |
---|