Di petik dari sumber Peringatan kepada seluruh umat Islam Posted on Friday, July 31 @ 05:30:00 PDT by AbuJihad Oleh: ws "Senarai Produk HARAM Untuk Renungan Bersama... Assalamaualikum Tuan dan Puan Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama Babi Sudah Jelas Haramnya ..... Perhatian Kepada Semua Umat Islam Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi : 1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh ) 2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai) 3. Ajinomoto (Thai)4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas 5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina 6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai 7. Sabun Fab Berbuku 8. Lobak Jeruk 9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina) 10. Krim Muka Hazeline Snow Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal: 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi 2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina 3. Daging Burger Import 4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina 5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup' 6. Berus Gigi Jenis 'Reach' 7. Mee Kering (Sanggol) 8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport 9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl 10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam 11. Have Pearl Cream 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald !!! 13. Ubat Kurap Buatan Org Cina 14. Beehon Segera Siam 15. Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam 16. Sabun Mandi Yang Berminyak Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal: 1. Bosset Wine Gum 2. Dairy Milk Coklat 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum 4. Sugus Strawberry 5. Passer Doily Mixture 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint 7. Scothes Vikmin 8. Share Extra Atrenght 9. Black Current Jelly 10. Royal Gulaman & Decart Oranges 11. Valvis Gelatin 12. Sarung Kapsul Ubat !!! 13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik 14. Gula-Gula Fruities 15. Cake Mets Vilber Punch 16. Coklat Cake 17. Tepung Kastard Lady's Choice 18. Semua Jenis Jelly 19. Semua Jenis Gincu Bibir 20. Keseluruhan Jenis Sheisedo 21. Lady's Choice Jelly Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya 1. Barangan Avon Keseluruhannya 2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord 3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau) 4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin 5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap 6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering 7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang. Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita. |
Friday, July 31, 2009
Hukuman sebat...?? Aduhai Kartika....Baru-baru ini, Kartika Sari Dewi Shukarno, telah dijatuhi enam sebatan rotan dan didenda RM5,000 setelah mengaku salah atas kesalahan minum arak di khalayak ramai, oleh Mahkamah Syariah Kuantan. Hukuman ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perdebatan umum di kalangan ahli-ahli politik serta NGO hak asasi manusia dan juga aktivis hak wanita. Ada yang membantai dan ada yang kena bantai. Ada yang setuju dengan keputusan hakim tersebut dan ada yang tak setuju. Di Malaysia, kita ada dua jenis mahkamah.... satu mahkamah awam dan satu mahkamah syariah. Mahkamah syariah dikhaskan bagi mengadili orang-orang Islam yang melakukan jenayah syar'iyah. Dan... dalam konteks kesalahan yang dilakukan oleh Kartika, ada peruntukan hukuman bagi kesalahan minum arak di kalangan orang Islam dalam mahkamah syariah di Malaysia. Dalam kes Kartika, dia telah mengaku, melakukan kesalahan jenayah syar'iyah iaitu minum arak. Oleh sebab sudah ada peruntukan hukuman bagi kesalahan tersebut di Mahkamah Syariah Malaysia, sebagai seorang yang mengaku dirinya beragama Islam, dia mesti redha dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya kerana itu adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan hadis Nabi SAW. Hukuman yang akan dilalui oleh Kartika ialah 40 sebatan dan denda RM5000. Masyarakat tak perlu gusar dengan hukuman tersebut kerana ia tidak akan dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana Islam juga menetapkan cara bagaimana hukuman sebatan itu akan dilaksanakan, baik bagi pesalah lelaki mau pun perempuan. Sebatan yang dilakukan tidak boleh kuat.... tidak boleh terus menerus pada satu anggota sahaja malahan hendaklah berpindah sebatan itu dari satu anggota ke anggota yang lain kecuali muka, kemaluan dan kepala. Pesalah juga mesti dalam keadaan berpakaian dan tidak boleh kena pada kulit yang terdedah.... pesalah mesti dalam keadaan duduk..... sihat tubuh badan..... tidak hamil atau dalam nifas..... dan mesti dalam keadaan cuaca yang baik iaitu tidak terlalu panas atau pun terlalu sejuk. Malah rotannya pula ada specifikasi yang tertentu. Hukuman juga bukanlah bertujuan untuk mematikan pesalah, tetapi sekadar untuk memberi kesedaran serta menghalang dan mencegah pesalah daripada melakukan jenayah syar'iyah tersebut dengan berterusan. Dalam konteks ini, minum arak. So... rasanya, hukuman tersebut kira okay dan tak terlalu harsh. Kita mesti sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Islam dan sebagai sorang yang mengaku diri kita beragama Islam, kita mesti redha dengan hukuman yang ditetapkan lebih-lebih lagi sekiranya hukuman tersebut ditetapkan oleh Allah dan bukannya manusia. Dengan cara itu, kita dapat mengelakkan orang bukan Islam daripada mencampuri urusan Mahkamah Syariah yang melibatkan permasalahan orang Islam. Senang.... jika orang Islam, tak mahu dan takut kena hukum, jangan lakukan jenayah syar'iyah yang ditegah oleh agama. Jika tidak..... berani buat, berani tanggung!!! Menurut apa yang dilaporkan dalam akhbar, Kartika tidak berhajat untuk merayu hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, malah dia rela menerima hukuman tersebut. Jika benar, ia patut dipuji dan patut diterima oleh semua pihak without much fuss. Sikap berani mengaku kesalahan dan berani bertanggungjawab dengan menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan seperti yang ditunjukkan oleh Kartika patut kita contohi. |
Thursday, July 30, 2009
Di petik dari sumber Bahu beku punca sakitOleh SITI NOR AFZAN KASIMAN Sindrom bahu beku juga terjadi apabila seseorang jarang menggunakan bahunya yang sakit. SELEPAS berhenti daripada bermain ragbi beberapa tahun lalu, Rizal terpaksa menggunakan tangan kirinya sahaja bagi mengangkat barang mahupun telefon. Rizal pasti mengaduh kesakitan jika menggunakan tangan kanan. Keadaan lebih sukar buat lelaki berusia awal 30-an ini apabila dia tidak mampu mengangkat tangan kanannya untuk mengenakan butang baju apatah mencapai barang di tempat yang tinggi. “Akibat sakit bahu ini, pergerakan tangan kanan saya sangat terbatas. Ia tidak boleh digerakkan ke semua arah sama ada ke depan, belakang, sisi apatah lagi gerakan berputar. “Ia turut terasa berdenyut dan kebas termasuk ketika tidur,” kata Rizal.
Menurut Perunding Fisioterapi di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Kuala Lumpur, Siti Farah Aini Jamaludin, keadaan yang dialami Rizal itu dikenali sebagai bahu beku atau frozen shoulder. Pesakit yang mengalami kesakitan ini akan berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang. “Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral. “Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah,” ujarnya. Tambah Siti Farah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa. Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu. Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain. Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat. Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku. Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja. “Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan. “Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi,” kata Siti Farah. Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh. Di Malaysia, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada penduduknya menderita masalah bahu beku. “Faktor lain bahu beku termasuklah usia iaitu berumur 40 tahun ke atas, penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson. “Walaupun begitu, penyakit bahu beku boleh pulih sendiri selepas mengalami kesakitan dalam jangka masa panjang. “Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan |
Kaki bentuk kasutApabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat dan membentuk bonjolan. DENGAN usia menginjak awal 50-an, keadaan jari kaki Salmah tidak seperti dahulu lagi. Bukan disebabkan oleh tubuhnya yang semakin berisi, sebaliknya perubahan bentuk fizikal pada jari kakinya. Ibu jari kaki kanannya yang sebelum ini lurus kini mula merapat ke kanan sehingga menindih jari kedua. Ruang antara jari-jari kecil kaki pula semakin menyempit. Di bahagian luar ibu jari kakinya pula, satu bonjolan keras seakan tulang terbentuk. Pada mulanya Salmah menganggap perubahan ini berlaku disebabkan faktor usia, namun bonjolan itu sering luka dan berterusan membengkak. Sebenarnya, apa yang dialami Salmah bukan satu anomali perubatan malah ia kerap berlaku pada kebanyakan wanita lain. Selanjutnya........ www.kosmo.com.my/kosmo |
Di petik dari sumber KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. isuhangat.blogspot.com/ |
Di petik dari sumber Another liberalisation measure: Tambah Lesen Judi... Sifir Najib senang aje... Kalu tak di"halal"kan..."judi haram" akan berleluasa. Mudahnya tafsiran halal-haram puak ni..!! Tan Sri Mufti Perak bila nak keluar fatwa?? 4-D thrust rooted in sound economics KUALA LUMPUR, July 30 — Last week, number forecast operator Multi-Purpose Holdings told the stock exchange that its subsidiary Magnum Corporation had received government approval for a new four-digit (4-D) game that would incorporate a jackpot element. This follows Kuala Lumpur's decision last October to award all three 4D gaming companies — Berjaya Sports Toto, Magnum and Tanjong plc — 10 more special draws a year. Each draw typically adds about RM20 million to total sales. Such decisions demonstrate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's unusual pragmatism. He doubles as finance minister and thus oversees the gaming sector and such decisions leave Najib vulnerable to attack from the opposition Islamic party which could easily accuse the government of being unIslamic. Even so, the decision to allow more draws is rooted in sound economics. For one thing, it will further reduce the share of the illegal gambling market. No one really knows how large the market is. Even the gaming companies think it could be anywhere from one to 15 times the legal market which, in 2008, was valued at around RM8 billion. That is why Kuala Lumpur has always resisted raising gaming taxes. It would only result in illegal gambling stealing market share from their registered, and taxpaying, rivals. So allowing a jackpot element in forecast draws frustrates the underground industry, for their operators cannot match those kinds of payouts. It is in the government's interest to reduce illegal gambling for the simple reason that it will derive more revenue as a result. Last year, gaming companies, excluding casino operator Genting, paid the government over RM1.5 billion in taxes. Allowing more draws will also eat away at the underground's share while directly boosting federal government revenue. Last year's 10 new draws were estimated to have added RM130 million to the Treasury; a trickle, to be sure, but useful nevertheless. Revenue is what lies at the heart of the matter. Kuala Lumpur remains mired in an economic downturn that could potentially cost it thousands of jobs. To mitigate the effects, it has embarked on a RM67 billion fiscal stimulus package that's yet to produce tangible results. On the other side of the balance sheet is a yawning budget deficit that could rise to close to 8-10 per cent of gross domestic product. The country is being squeezed between falling exports and sharply declining investment. To tackle the latter, Najib has announced a series of liberalisation measures in the services sector and banking. More recently, he relaxed affirmative action policy guidelines in the equities and property markets. It is too early to say if the measures will work but sticking to the old ways just to remain politically popular will not make Malaysia's economy grow and that can be politically self-defeating in the long run. Sometimes, it pays to be practical, like allowing more lottery draws to boost the country's revenues. — Business Times Singapore |
Di petik dari sumber Another liberalisation measure: Tambah Lesen Judi…
4-D thrust rooted in sound economics - Last week, number forecast operator Multi-Purpose Holdings told the stock exchange that its subsidiary Magnum Corporation had received government approval for a new four-digit (4-D) game that would incorporate a jackpot element. This follows Kuala Lumpur’s decision last October to award all three 4D gaming companies — Berjaya Sports Toto, Magnum and Tanjong plc — 10 more special draws a year. Each draw typically adds about RM20 million to total sales. Such decisions demonstrate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s unusual pragmatism. He doubles as finance minister and thus oversees the gaming sector and such decisions leave Najib vulnerable to attack from the opposition Islamic party which could easily accuse the government of being unIslamic. Even so, the decision to allow more draws is rooted in sound economics. For one thing, it will further reduce the share of the illegal gambling market. No one really knows how large the market is. Even the gaming companies think it could be anywhere from one to 15 times the legal market which, in 2008, was valued at around RM8 billion. That is why Kuala Lumpur has always resisted raising gaming taxes. It would only result in illegal gambling stealing market share from their registered, and taxpaying, rivals. So allowing a jackpot element in forecast draws frustrates the underground industry, for their operators cannot match those kinds of payouts. It is in the government’s interest to reduce illegal gambling for the simple reason that it will derive more revenue as a result. Last year, gaming companies, excluding casino operator Genting, paid the government over RM1.5 billion in taxes. Allowing more draws will also eat away at the underground’s share while directly boosting federal government revenue. Last year’s 10 new draws were estimated to have added RM130 million to the Treasury; a trickle, to be sure, but useful nevertheless. Revenue is what lies at the heart of the matter. Kuala Lumpur remains mired in an economic downturn that could potentially cost it thousands of jobs. To mitigate the effects, it has embarked on a RM67 billion fiscal stimulus package that’s yet to produce tangible results. On the other side of the balance sheet is a yawning budget deficit that could rise to close to 8-10 per cent of gross domestic product. The country is being squeezed between falling exports and sharply declining investment. To tackle the latter, Najib has announced a series of liberalisation measures in the services sector and banking. More recently, he relaxed affirmative action policy guidelines in the equities and property markets. It is too early to say if the measures will work but sticking to the old ways just to remain politically popular will not make Malaysia’s economy grow and that can be politically self-defeating in the long run. Sometimes, it pays to be practical, like allowing more lottery draws to boost the country’s revenues. — Business Times Singapore |
'Saya insaf'Oleh Raja Norain Raja Hidayah Abdul Azizam@hmetro.com.my IPOH: “Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain. “Namun, saya bersyukur keluarga saya tetap menerima saya walaupun sudah menconteng arang dan memalit lumpur ke muka mereka,” katanya sambil menitiskan air mata pada sidang media di sini, semalam. Selanjut nya.... |
Kid muncul semulaOleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my SEPANJANG 28 tahun kumpulan legenda Search berdiri megah dalam persada seni tempatan, tiada apa yang lebih manis apabila mereka kembali dengan Konsert Penghargaan Search di Awan Biru. Meskipun pelbagai dugaan terpaksa ditempoh termasuklah pembatalan konsert di beberapa lokasi dan khabar angin kononnya ada pihak menyeleweng wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan konsert, Search tidak pernah melatah. Malah, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (dram), Din (gitaris), Nasir (bassis) dan Hillary (gitaris) ini tetap mara dan terus memandang kehadapan walaupun konsert yang sepatutnya dijadual bakal berakhir pada Ogos depan terpaksa ditunda sehingga selepas lebaran nanti. "Kecewa juga bila tidak dapat sempurnakan seperti apa yang dijadualkan sebelum ini tetapi saya tidak boleh kata ada penyelewengan wang dalam produksi konsert ini kerana konsert tidak habis lagi dan akaun pun belum ditutup lagi. "Apa yang saya boleh kata setiap produksi besar pasti mempunyai masalah. Ada masalah yang kami boleh elakkan dan ada yang tidak. "Tentang konsert yang dibatalkan, setakat ini kami cuma tidak dapat pergi ke Kelantan tetapi untuk Sabah dan Sarawak, mungkin kami akan pergi selepas raya nanti," ujar Amy. Ketepikan segala masalah, kini mereka sedang giat berlatih mempersiapkan diri untuk konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur di Bukit Kiara Equestrian Club, pada Sabtu ini. Tambah Amy, dia semahunya ingin melakukan konsert di Stadium Merdeka kerana baginya senang untuk mengumpulkan peminat berdasarkan lokasinya di tengah-tengah kota. Selain itu, Stadium Merdeka juga banyak meninggalkan memori manis bagi dirinya dan anggota Search yang lain. Meskipun begitu, Amy tetap bersyukur apabila Search diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan konsert di Bukit Kiara.
"Kalau sebut tentang lokasi memang Stadium Merdeka yang menjadi pilihan tetapi buat di Bukit Kiara pun okey juga. Boleh kumpul ramai orang kerana lokasinya yang terbuka dan luas," terangnya. Kata Amy yang sedang menanti kelahiran anak ketiganya bersama isterinya Norish, selepas mengadakan konsert jelajah di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Jengka, Pahang; Johor Bharu dan Kuala Terengganu, Search akan tampil berbeza di Kuala Lumpur. Bukan sahaja pemilihan lagu, jumlah krew produksi bahkan barisan anggota Search yang akan memanaskan pentas juga berbeza dari konsert sebelum ini. "Produksi untuk konsert di Kuala Lumpur lebih besar, pilihan lagu juga diubah sedikit, selain itu kami juga mengundang kembali bekas pemain gitar utama Search iaitu Kid untuk bersama kami. "Pastinya ia akan mengundang nostalgia bukan sahaja pada kami tetapi juga pengikut setia Search kerana Kid hanya bermain untuk konsert di Kuala Lumpur sahaja," jelasnya. Satu penghargaan - Kid Kid atau nama sebenarnya Hamzah Taib, 42, menyertai Search sekitar tahun 1989 menerusi album Fenomena, namun secara rasmi keluar daripada Search pada Februari 2006. Meskipun tempatnya telah digantikan oleh Hillary, namun demi perjuangan lebih 20 tahun bersama Search dan peminat, Kid tidak menolak pelawaan rakan-rakannya untuk bersatu kembali biarpun untuk jangka masa yang pendek. "Saya berterima kasih kepada Search kerana sudi mengundang saya untuk konsert di Kuala Lumpur. Walaupun kemunculan saya untuk lima ke enam lagu sahaja tetapi ia sudah memadai kerana mereka memberi ruang kepada saya untuk memilih lagu yang saya inginkan," luahnya. Terangnya lagi, pelawaan yang datang kira-kira sebulan yang lalu dan kini dalam tempoh seminggu, dia bersama Search sedang sibuk berlatih. "Saya sempat berlatih bersama Search dalam beberapa hari sahaja, tetapi saya akan berikan yang terbaik kepada peminat Search," ujarnya yang pernah 'dibuang' secara tiba-tiba daripada kumpulan magis berkenaan.
Bagaimanapun atas dasar persahabatan, sengketa lama sudah dilupakan dan kerendahan hati Kid membuatkan peminat kumpulan Search bakal menyaksikan detik membahagiakan di pentas konsert Sabtu ini. Hillary yang ditemui juga memberitahu, konsert di Kuala Lumpur melakar sejarah apabila ia merupakan kali pertama Search bergabung kembali dengan Kid. Apa yang menariknya kata Hillary, peminat setia Search dapat menyaksikan pemain gitar utama Search yang dulu dan sekarang secara serentak. "Memang menarik tetapi dengan adanya tiga gitaris, saya, Kid dan abangnya, Din, di atas satu pentas dan memainkan lagu-lagu Search. Sudah pasti ia saat yang tidak akan dilupakan. "Tetapi dengan adanya tiga gitaris, kami harus berhati-hati dan kena bahagikan bahagian masing-masing. Kalau semua main secara serentak, nanti akan nampak dan kedengaran serabut," tuturnya. Itu kisah pemain gitar, Yazid yang duduk di posisi drum dilihat lebih banyak kerja dan tenaga yang harus dikerahkan berbanding posisi yang lain. Dalam usia yang mencecah separuh abad dan rambut putih semakin banyak, ia bukannya satu halangan untuk Yazid dan anggota Search yang lain terus memukau pandangan peminat di pentas. Bicaranya, meskipun usia mereka semua sudah lanjut tetapi penjagaan stamina dan skil bermain alat muzik merupakan aset utama. "Kalau saya main drum untuk diri sendiri sudah tentu akan penat tetapi kalau main drum untuk Search dan konsert jelajah, saya akan gunakan skil menerusi pengalaman yang ada supaya tidak mudah letih. "Memang saya akui pemain drum paling teruk kerana kena gerakan semua anggota badan dan siap kena kira matematik untuk mendapatkan tempo yang tepat. "Drum walaupun duduk di posisi yang paling belakang tetapi dengan satu kesalahan yang kecil, orang tetap akan perasan kalau drum salah habis bercelaru semua orang," ungkapnya dalam tawa. Bagi menjaga aset dirinya sebagai pemain drum, Yazid jarang turun padang sukan yang lasak kerana bimbang akan mencederakan tangan dan kakinya. "Kalau cedera tangan dan kaki, susahlah saya nak cari makan. Sebab itu saya jarang bersukan seperti bola sepak atau futsal kerana kalau main dengan kawan-kawan mereka semua main seperti mewakili Malaysia, yang teruknya saya. "Saya lebih suka permainan yang santai seperti snuker kerana tidak perlu berebut-berebut dan tidak akan mendapat kecederaan yang serius," luahnya lagi. Search yang ditemui Kosmo! ketika sesi latihan baru-baru ini menjelaskan faktor usia bukannya menjadi halangan buat Search untuk terus berkarya kerana semuanya terletak pada hati. Apabila ditanya pada mereka, adakah ini konsert Search yang terakhir, tiada jawapan yang keluar daripada mulut mereka. Apapun, Search bukan sahaja kumpulan rock paling lama bertahan, bahkan kumpulan yang boleh dianggap sebagai kumpulan legenda. Tambah vokalisnya Amy yang akan mendendangkan lebih kurang 22 buah lagu pada konsert Sabtu ini dan telah genap 51 tahun usianya pada 28 Julai lalu berharap, peminat Search akan sama-sama turun padang menyokong perjuangan Search di Bukit Kiara Equestrian Club, Sabtu ini. www.kosmo.com.my |
di petik dari sumber TG Nik Aziz Tidak Akan Tarik Balik "Pergi Jahanam UMNO"KETEREH - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar. Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut. "Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini. "Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi. Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit. "Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya. Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang. "Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta. "Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya. |
Wednesday, July 29, 2009
Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan, tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia, inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.
Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya, sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain .
Betapa Bahayanya Mereka Yang Bermainkan Isu Perkauman!
Terdapat banyak faktor yang boleh membawa kepada kekacauan masyarakat, antaranya ialah ketidakstabilan politik, kekacauan juga mungkin disebabkan oleh sikap sesetengah gologna yang suka untuk melemparkan hasutan terhadap orang lain.
Kini, terdapat sesetengah golongan yang melaungkan slogan "perpaduan demi menjaga kepentingan bangsa", maka kita harus berhati-hati dengan motif mereka supaya tidak jatuh kedalam permainan perkauman mereka. Permainan mereka yang menggunakan isu perkauman untuk mencapai cita-cita mereka.
Jangan kita mengambil ringan terhadap kebolehan golongan itu, bah kata pepatah orang cina, kapal lama masih mempunyai paku (pepatah cina yang bermaksud, jangan pandang rendah terhadap mereka yang dianggap tidak guna, kerana mereka masih mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu).
Demokrasi dan hak asasi manusia harus menjangkaui batasan kaum dan agama. Sekiranya tidak, ia akan membawa kepada kepadahan.
Demokrasi dan hak asasi manusia yang menjangkaui kaum dan agama penting terutamanya di negara yang berbilang kaum.
Memang tidak dapat dinafikan, semangat perkauman telah memainkan peranan yang penting pada zaman dahulu untuk kita bersatu untuk menentang penjajah, tetapi apabila semangat perkauman ini disalahgunakan, ia akan membawa kepada padah,
Rakyat Jerman (sebelum Perang Dunia Pertama) yang bangga dengan kaum mereka , menyangkah kaum mereka paling unggul di dunia dan tidak dapat ditandingi, malangnya, semangat perkauman ini telah menjadikan Bangsa Jerman dipergunakan oleh Hitler untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menakluki benua eropah. Selain itu, Hilter juga mempergunakan mereka untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap orang yahudi pada masa itu.
Mereka ini tahu dengan mempermainkan semangat perkauman ini mudah untuk mereka mencari populariti di kaum mereka masing-masing untuk mencapai cita-cita mereka, namum mereka inilah yang akan bertukar menjadi orang yang menghasut kaum mereka menentang kaum lain. Caranya mudah, mereka akan memperbesarkan betapa bahayanya kaum penentang mereka dan mengambarkan hak kaum sendiri akan dicabuli, sehinggakan mencipta pembohongan bahawa hak politik mereka juga akan hilang tidak lama lagi.
Mereka ini boleh bermainkan isu perkauman di mana saja, walaupun di negara yang hanya mempunyai satu kaum. Mereka akan membahagikan bangsa mereka mengikut daerah, negeri, fahaman, puak dan sebagainya supaya permainan ini dapat diteruskan (seperti yang berlaku di banyak negara di rantau Arab).
Kita tidak dapat menentukan apakah bangsa kita apabila sebelum kita hadir ke bumi ini kerana tuhan yang menentukan, tapi kita mempunyai satu identiti sama ialah kita adalah anak bangsa Malaysia, inilah fakta yang tidak dapat dinafikan.
Di Malaysia, kita mempunyai manfaat berbanding dengan negara lain kerana kita mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya, bahasa dan sebagainya, sekiranya kita berpadu dan menggunakan manfaat dengan baik, maka kita dapat mengalahkan negara lain .
Sebaliknya, apabila perpaduan kaum ini hanya melibatkan sesuatu kaum sahaja, ia akan membawa padah kepada negara kita, sistem demokrasi, hak asasi akan terpengaruh, moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita kerana kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan tidak percaya dengan orang lain. (contohnya sekiranya perkara itu melibatkan satu kaum, kaum lain tidak akan mengambil kisah dan menganggapnya isu perkauman, maka inilah yang menyebabkan moral dan kebenaran akan semakin menjauhi kita).
Bekas perdana menteri kita kini pandai memainkan isu perkauman di dalam blognya, saya melihat matanya lalu mengingatkan saya sendiri bahawa saya harus bertenang supaya tidak jatuh ke permainannya.
Di petik dari sumber GoMalaysian
|
Perokok tak takut kotak 'kaki gangren'
KUALA LUMPUR - Hasil kajian awal Kementerian Kesihatan mendapati golongan perokok lebih gemar memilih kotak yang memaparkan imej kaki gangren dengan tafsiran ia tidak ada kaitan dengan mereka dan hanya untuk pengidap kencing manis sahaja. Lima imej lain pada kotak rokok yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu ialah bayi pra matang, kanser mulut, kanser paru-paru, keguguran janin dan kanser tekak. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Zain berkata, kajian itu dilakukan menerusi soal selidik dan maklum balas daripada para peniaga. "Kita hanya akan dapat hasil penuh kajian akhir tahun ini tetapi daripada apa kita tahu setakat ini, kotak rokok imej kaki lebih digemari,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang. |
Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.
Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.
Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.
Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.
Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.
“Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya…dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh,” tulis satu blog.
-http://siasahdaily.blogspot.com
USAH MERUNGKAI PERIBADI
Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.
Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.
KISAH SILAM
Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.
“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”
Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.
Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;
“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”
Kemudian ada sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”
Baginda menjawab;
“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;
“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)
YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI
Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.
Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.
Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.
Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.
PERINGATAN
Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.
Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)
Tuesday, July 28, 2009
Solat Sunat Dhuha dan KelebihannyaDihantar Oleh: easya |
Wudhuk Pembersih Zahir Batin
petikan harian metro
edito:n13@m
SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.
Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.
Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."
Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.
Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.
Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.
Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.
Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.