Tuesday, July 14, 2009 Semua penyokong PAS diminta bertenang - Pimpinan Terkini 4:08 PM: Pimpinan PAS meminta agar semua ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bertenang dan tidak melayan sebarang bentuk provokasi dan sabotaj Umno BN yang kini dilihat semakin tersepit. Kedudukan sekarang ini kita sedang mendahului Umno BN dengan majoriti yang amat selesa. Oleh itu, jangan rosakkan suasana aman dan gembira ini dengan melayan provokasi Umno BN. Mereka jelas sedang menanggung kekalahan yang makin teruk --------------------------------------------------------------------------------- Jangan terkejut seandainya PAS tersungkur di MU TEMPOH 48 jam terakhir merupakan saat-saat paling getir bagi kedua-dua pihak, khususnya PAS. Pelbagai jenis maklumat (benar dan palsu) saling keluar masuk ke meja Unit Risikan dan Penyelidikan PAS. Pada malam tadi sahaja, sehingga jam 2.00 pagi tadi dimaklumkan aktiviti membeli (merasuah) pengundi oleh pihak lawan (Umno BN) begitu hebat sekali berjalan. Dikhabarkan Umno telah berjaya 'membeli' sekitar 800 orang pengundi sehingga jam 4.00 pagi tadi dengan kadar harga RM500 - RM1000 (lebih murah dari harga kambing?). Tidak dapat dipastikan sejauhmana SPRM peka dengan gejala jijik ini, atau masih seperti biasa dan buat pekak badak sahaja. Tuan/puan jangan terkejut sekiranya PAS kalah di Manek Urai. Orang Melayu cara berpolitiknya lain, mudah sangat terkesima bila berhadapan dengan habuan dan kebendaan. Doa daripada kalian semua amatlah perlu bagi memastikan calon PAS mencapai kemenangan. Kemenangan PAS bererti Kemenangan Untuk Islam. |
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment