Hukuman sebat...?? Aduhai Kartika....Baru-baru ini, Kartika Sari Dewi Shukarno, telah dijatuhi enam sebatan rotan dan didenda RM5,000 setelah mengaku salah atas kesalahan minum arak di khalayak ramai, oleh Mahkamah Syariah Kuantan. Hukuman ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perdebatan umum di kalangan ahli-ahli politik serta NGO hak asasi manusia dan juga aktivis hak wanita. Ada yang membantai dan ada yang kena bantai. Ada yang setuju dengan keputusan hakim tersebut dan ada yang tak setuju. Di Malaysia, kita ada dua jenis mahkamah.... satu mahkamah awam dan satu mahkamah syariah. Mahkamah syariah dikhaskan bagi mengadili orang-orang Islam yang melakukan jenayah syar'iyah. Dan... dalam konteks kesalahan yang dilakukan oleh Kartika, ada peruntukan hukuman bagi kesalahan minum arak di kalangan orang Islam dalam mahkamah syariah di Malaysia. Dalam kes Kartika, dia telah mengaku, melakukan kesalahan jenayah syar'iyah iaitu minum arak. Oleh sebab sudah ada peruntukan hukuman bagi kesalahan tersebut di Mahkamah Syariah Malaysia, sebagai seorang yang mengaku dirinya beragama Islam, dia mesti redha dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya kerana itu adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan hadis Nabi SAW. Hukuman yang akan dilalui oleh Kartika ialah 40 sebatan dan denda RM5000. Masyarakat tak perlu gusar dengan hukuman tersebut kerana ia tidak akan dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana Islam juga menetapkan cara bagaimana hukuman sebatan itu akan dilaksanakan, baik bagi pesalah lelaki mau pun perempuan. Sebatan yang dilakukan tidak boleh kuat.... tidak boleh terus menerus pada satu anggota sahaja malahan hendaklah berpindah sebatan itu dari satu anggota ke anggota yang lain kecuali muka, kemaluan dan kepala. Pesalah juga mesti dalam keadaan berpakaian dan tidak boleh kena pada kulit yang terdedah.... pesalah mesti dalam keadaan duduk..... sihat tubuh badan..... tidak hamil atau dalam nifas..... dan mesti dalam keadaan cuaca yang baik iaitu tidak terlalu panas atau pun terlalu sejuk. Malah rotannya pula ada specifikasi yang tertentu. Hukuman juga bukanlah bertujuan untuk mematikan pesalah, tetapi sekadar untuk memberi kesedaran serta menghalang dan mencegah pesalah daripada melakukan jenayah syar'iyah tersebut dengan berterusan. Dalam konteks ini, minum arak. So... rasanya, hukuman tersebut kira okay dan tak terlalu harsh. Kita mesti sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Islam dan sebagai sorang yang mengaku diri kita beragama Islam, kita mesti redha dengan hukuman yang ditetapkan lebih-lebih lagi sekiranya hukuman tersebut ditetapkan oleh Allah dan bukannya manusia. Dengan cara itu, kita dapat mengelakkan orang bukan Islam daripada mencampuri urusan Mahkamah Syariah yang melibatkan permasalahan orang Islam. Senang.... jika orang Islam, tak mahu dan takut kena hukum, jangan lakukan jenayah syar'iyah yang ditegah oleh agama. Jika tidak..... berani buat, berani tanggung!!! Menurut apa yang dilaporkan dalam akhbar, Kartika tidak berhajat untuk merayu hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, malah dia rela menerima hukuman tersebut. Jika benar, ia patut dipuji dan patut diterima oleh semua pihak without much fuss. Sikap berani mengaku kesalahan dan berani bertanggungjawab dengan menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan seperti yang ditunjukkan oleh Kartika patut kita contohi. |
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment