petikan dari sumber CIKGU Wan Rahim Abdullah, salah seorang geng “Tiga Abdul” yang popular pada tahun 90-an, dikenali sebagai seorang yang licit dalam berpolitik. Beliau tidak suka menonjol dan banyak berkerja secara senyap. Namun sikap ini bukan menunjukkan dia seorang yang lurus dan mudah untuk dipercayai. Secara harfiah sikapnya nampak terbuka dan pandai mengawal emosi. Kalau dia marah kepada seseorang, marahnya dipendamkan dalam perutnya saja, ia tidak mungkin padam sampai ke bila-bila. Bila beliau ditanya kenapa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak turun ke Kuala Krai dan Manik Urai, beliau menjawab dengan berlapik dan merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan kepada wartawan mengenai ketidakhadiran Nasharudin pada hari penamaan calon kerana Nasharudin ada urusan lain. Wan Rahim (foto) nampaknya tidak berani memberi pandangannya sendiri atau mendedahkan secara jujur maklumat yang beliau ketahui. Kenapa beliau mengelak dengan berpegang kepada jawaban Abdul Hadi yang beretujuan menjaga maruah Nasharudin itu? Saya tidak fikir kalau Presiden Pas itu tidak tahu apa-apa keputusan Pas Kelantan. Anih juga kenapa dalam kes Nasharudin ini cikgu Rahim turut mengelak seperti mana Fatah Haron. Tidak mahu berkata benar dan memperakui apa yang berlaku. Apakah itu model politik Tiga Abdul? Sikap ini menyebabkan ‘kehebatan” Wan Rahim sebelum ini dikenali sebagai seorang terbuka boleh dipersoalkan. Saya tidak percaya kalau Wan Rahim sebagai Penasihat JPN Kelantan tidak mengetahui apa yang berlaku. Naif sangatlah dunia politiknya. Tidak layaklah beliau memegang jawatan itu kalau hal itu pun tidak diketahui. Kenapa tidak mahu dedahkan perkara yang sebenarnya. Bukankah telah dikaji dari semua sudut Nasharudin tidak memberi apa-apa bekas kepada pilihan raya kecil Manik Urai? Jadi kenapa perlu menutup apa yang berlaku. Katalah secara terang-terang bahawa Nasharudin tidak dibenarkan menghadiri diri di kawasan pilihan raya itu pada sepanjang pilihan raya berlangsung kerana ianya tidak diperlu. Tak payah memutar belit kata-kata macam orang mabuk. Nasharudin telah menjadi mangsa pendekatan ‘lokaliti’ yang diperkenalkan oleh jentera pilihan raya Pas untuk pilihan raya kecil berkenaan. Walaupun beliau ahli parlimen Bachok dan timbalan presiden Pas, tetapi beliau dilihat tidak memberi guna kepada orang Kuala Krai dan Manik Urai. Kehadirannya dirasakan memberi libaliti kepada Pas dalam pilihan raya itu. , Begitulah pada tilikkan jentera yang dinasihati oleh cikgu Rahim. Kalau kita yakin dengan apa yang kita pegang, kenapa tidak mahu berterus terang dan bertanggungjawab ke atasnya? Kenapa bersikap munafik? Katakan saja. Jangan ajar ahli-ahli Pas menjadi munafik sama seperti kita. Jangan ajar rakyat juga menjadi munafik. Pas sebagai parti Islam dan badan dakwah tidak elok kalau pemimpinnya ‘klu klek’. Di sini ingin saya jelas daripada apa maklumat yang saya tahu, keputusan menghalang kehadiran Nasharudin itu dibuat pada 25 Julai oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan. Mesyuarat itu dihadiri oleh semua ketua-ketua kawasan termasuk cikgu Rahim dan Fatah Haron berserta dengan ketua-ketua dewan dan juga pesuruhjaya dan naib pesuruhjaya Pas. Mesyuarat hari itu tidak dipengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Katanya orang yang memberi ilham untuk menghalang Nasharudin hadir ialah orang yang hari ini yang mengakui tidak mengetahui hal yang berlaku ke atas Nasharudin itu sendiri. Hasil keputusan itu Pas Kelantan telah menghantar tiga orang wakil menemui Nasharudin dan memaklumkan mengenai larangan itu. Wakil itu ialah Adun Perupok, Omar Mohamad, Adun Lanas, Abdullah Yaacob dan Adun Demit, Mohammad Mustafa. Jelas bukan? Jadi untuk apa, baik Fatah atau cikgu Rahim hendak berdolak dalih dan mengelak dalam soal ini. Cuma belum dipastikan apakah keputusan mesyuarat itu diperincikan kepada Tok Guru ataupun tidak? Apakah Setiausaha Badan Perhubungan Pas telah menjelaskan mengenai keputusan itu atau pun tidak kepada Tok Guru.Atau keputusan itu dilaksanakan tanpa pengetahuan Tok Guru atau Tok Guru diberikan maklumat salah? Di sini kita tidak mahu mempersoalkan apakah tindakan dan halangan itu bijak atau sebaliknya, tetapi apa yang dikesalkan ialah kenapa Pas harus bermain politik sesama sendiri. Kenapa harus mengajar ahli sesuatu yang tidak telus. Dalam ceramah pemimpin Pas acap kali mengatakan dan mengajar ahli dan penyokong supaya berkorban dengan ikhlas, taat kepada pemimpin, jangan bersifat munafik, tetapi apa yang dilakukan pemimpin sendiri di belakang pentas berbeza sama sekali. Yang menjadi persoalannya kini apakah orang yang berbohong kerana bermaksud hendak memalukan pemimpin lain dalam parti layak menjadi pemimpin? Apakah Pas perlu tenaga dan kepimpinan orang sebegini. Kalau perkara sekecil begini boleh dibohongi apatahlah hal-hal lain yang lebih besar bersangkutan pentadbiran negeri, makinlah dibohonginya. Harapnya Tok Guru Nik Aziz dapat membuka kitab-kitab mengenai pentadbiran Islam bagi memutuskan perkara ini dan janganlah mempercayai hidup-hidup apa yang disampaikan tanpa membuat semakan terlebih dahulu.
komen yg.tidak di siarkan embang haroki!!!! Jgn terlalu banyak beperasangka. Dan jangan lepaskan kemarahan sahingga merosakan akidah kita. Mana ayat Alquraan/hadis/itjmak ulamak yg.mengatakan bina patung dapat pahala????? Gua mau rujuk mana kitab nya Subhanallah...berapa umur tuan rasanya dah balig kut. |
Thursday, July 9, 2009
Giliran Cikgu Rahim Pula Bermain Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments
Close this window Jump to comment form