Petikan dari sumber PerakExpress.com Oleh: Nash Ar-Rawy Gagasan satu Malaysia itu terlahir apablila Umno/BN kehilangan empat negeri iaitu, Pulau Pinang , Kedah , Selangor Kelantan dan sebenarnya termasuklah Perak 4+1 yang diperolehi secara kudeta . BN mendapati rakyat sudah tiada bersatu lagi untuk memberikan kemenangan tradisi mereka dalam mana-mana PRK di semenanjung dewasa ini. Bermula daripada Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau , Bukit Gantang dan yang terkini di Manek Urai . Maka satu Malaysia dipropagandakan sebagai satu gagasan kononnya untuk membantu semua rakyat Malaysia hidup bahagia di dalam satu Malaysia di bawah satu parti ,iaitulah BN. Apakah sebelum ini ada dua Malaysia ?. Memang begitulah sebelum ini semacam ada dua Malaysia . One Malaysia untuk elite suku-sakat Umnoputera/Bn dan satu lagi Malaysia untuk Rakyat dan negeri yang didiskriminasi kerna tiada memberikan undi kepada Umno/Bn. dan negeri Pakatan. Berlakunya diskriminasi yang ketara dalam pemerintahan Umno/BN . Di Negeri yang Umno pernah menjadi pembangkang seperi di Terengganu umpamanya . Sebagai membalas dendam kepada rakyat Terengganu yang menolak Umno/Bn. Hak rakyat Terengganu dinafikan kerana peruntukan RM1Billon ( 5% keuntungan Petronas) tiada di berikan sewaktu PAS memerintah Terengganu . Sebaliknya, setelah Umno kembali berkuasa wang tersebut boleh pula disumbangkan melalui Wang Ehsan . Di negeri Kelantan pula, oleh kerna Umno/Bn adalah parti pembangkang maka tuntutan RM1Billon ( 5% keuntungan Petronas) habuan untuk rakyat Kelantan juga dinafikan oleh Petronas yang di kuasai oleh kerajaan pusat ( BN) Rakyat tahu wang tersebut bukan milik mana-mana parti baik PAS maupun Umno tetapi hak rakyat Kelantan. Apakah satu Malaysia ini milik knoni umnoputera dan BN ? Bukankah Malaysia milik yang empunya global ? .Apa hak kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Kelantan ? . Di mana perginya prinsip dan semangat ‘ Satu Malaysia” yang menjunjung prinsip federalisme , di mana setiap negeri di Malaysia adalah satu unit kepada kerajaan Federal bukan terpisah atau negeri asing seperti Singapura. Propaganda satu Malaysia ini tiada akan sampai ke mana melainkan sandiwara politik semata-mata untuk memesongkan fokus rakyat yang selesa dengan perubahan nasional yang di bawa oleh Pakatan Rakyat dewasa ini kerna rakyat sudah bosan dengan muslihat Umno/Bn yang kehilangan pengaruh mutakhir ini. Persis ! menuggu “ Government in waiting “ selepas PRU 13 nanti , insyaAllah. Momentum itu terus berdentum di dalam satu demi satu PRK . Perangkap Umno dalam cubaan menarik PAS berpadu dengan Umno di dalam ‘Unity Government” nampaknya gagal kerna PAS pernah ada pengalaman sewaktu berada dalam BN kemudian ditentang keluar apabila Umno merasakan dirinya hebat; ibarat PAS menyelamatkan anjing tersepit. PAS sedar akan manipulasi Umno itu lantaran mempertegaskan lagi dan memantapkan lagi prinsip perjuangannya iaitu. “Islam For All “ dan peristiwa tersebut sebenarnya memperkukuhkan lagi Gagasan Kese-PAKATAN Kerajaan Rakyat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan terbukti ampuh dan tahan uji dengan kes Teresa Kok di Selangor dan di Kedah Isu babi dapat diselesaikan walaupun Umno/BN tiada upaya selesaikannya dalam masa 30 tahun. Tetapi, PAS/Pakatan mengambil masa yang singkat kerna sikapnya yang telus dan anti – perkauman. Kononnya satu Malaysia untuk semua kaum dan biasiswa di berikan mengikut merit bukan kaum. Sebenarnya biasiswa bisa diberikan kepada semua pelajar kerna wang petronas yang diperuntukkan kepada kerajaan Federal sebanyak RM 254 Billion itu bisa bina 254 universiti jika diandaikan satu universiti kosnya RM1Billion .Apakah tiada bisa biaya pembelajaran anak bangsa tanpa kira kaum sampai ke Universiti secara percuma. Pelajar-pelajar luar bandar dan kawasan pedalaman pastinya teraniaya justeru kerana mereka tiada mempunyai fasiliti sebagaimana rakan-rakan mereka di kawasan urban yang ramai memperolehi keputusan lebih cemerlang 8 atau 10 A. Sepatutnya pelajar kawasan pedalaman yang serba kekurangan tetapi bisa memperolehi 5A adalah sebenarnya pintar dan wajar diberikan keutamaan tanpa mengira kaum .Justeru itu, pemberian biasiswa harus disesuaikan dengan keadaan bukan merit semata-mata kerna itu satu kezaliman kepada pelajar pedalaman yang miskin tanpa kira kaum. Apa ertinya satu Malaysia jika kezaliman berterusan. Pemaksaan ISA masih digunapakai untuk mengekang rakyat yang menuntut keadilan dan yang berlainan pegangan politik dengan Umno/BN . Tiada pernah mereka ini diberikan keadilan untuk dibicarakan di mahkamah terbuka. Pemisahan anak isteri dengan bapa yang memutuskan kasih sayang dan sara hidup keluarga adalah kezaliman satu Malaysia yang berterusan semata-mata kerna tiada bisa bersatu untuk mengundi Umno/Bn dalam pilihanraya.dan menentang parti pemerintah Satu Malaysia juga menolak hukum hudud, kisos dan ta’azir daripada dilaksanakan di mahkamah syariah yang tidak syariah tetapi mahkmah Umno/Bn yang tidak bisa Umno/Bn mengaktakan Akta Hudud . Satu Malaysia juga memperundangkan orang yang masuk Islam tidak bisa mengislamkan anak mereka yang minor .Ini satu jenayah agama Umno jenama ‘Satu Malaysia” yang berterusan daripada jenama kosmetik penerapan nilai-nilai Islam, Bersih, Cekap, Amanah , Bank Islam, Universiti Islam , Islam hadhari dan yang terkini ; satu Malaysia ; sebenarnya Umno yang sama juga, cuma tukar jenama sahaja atau ‘make up’ baru . Tetapi kekal menolak Islam , rasuah politik, autokrasi, diskriminatif dan pakai syiar sahaja. Ternyata ketulusan perjuangan PAS yang istiqamah dengan perjuangan Islam ; “Islam For All “ sudah mula di fahami rakyat berbilang kaum kerna terbukti keadilan dan ketulusannya bersama rakan-rakannya dalam Pakatan di Kelantan , terengganu( sebelum ini ) dan Kedah dan pemerintahan Gagasan Kese-PAKATAN Kerajaan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. “Islam For All” dan “Justice For All” yang dibawa oleh Pakatan Rakyat , ternyata lebih terdahulu daripada satu Malaysia yang ketinggalan dan bersifat kosmetik untuk meraih undi semata-mata; tetapi amalannya sama saja dengan Umno/Bn yang dikenali ramai, yang merupakan kesinambungan kepada sistem pemerintahan autokrasi yang memperalatkan SPR, PSRM, Jabatan Pendaftaran Negara, Mahkamah, RTM dan mengekalkan akta-akta droconian seperti ISA, Akta Percetakan, OSA dan cita-cita untuk jatuhkan kerajaan Pakatan secara jahat seperiti kudeta yang berlaku di perak dan diskriminasi ke atas kes perumahan rakyat di Pulau Pinang yang merupakan obligasi kerajaan pusat untuk membantu kerna ia merupakan penyakit tinggalan pemerintahan Bn. yang terdahulu. Satu Malaysia yang dinantikan rakyat sebenarnya ialah ber-SATU – rakyat menegakkan Malaysia Baru yang memansuhkan element autokrasi terutamanya ISA dan untuk itu; Umno/Bn hendaklah bersedia pula untuk menjadi parti pembangkang yang baru di dalam parlimen kelak . Satu Malaysia kerajaan Pakatan yang beramal dengan konsep federalisme yang tidak diskriminatif iaitu : “Islam For All ‘ dan “ Justice For All” walaupun kepada anggota parti pembangkang jika Pakatan memerintah. InsyaAllah. Untuk itu bermakna, Satu Malaysia adalah ber-SATU- Rakyat mengangkat suara rakyat . SATU SUARA Malaysia Baru di bawah SATU PAKATAN yakni, PAKATAN RAKYAT !.InsyaAllah. |
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment