Manohara, ibu disaman RM105j
KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM105 juta daripada isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentua Daisy Fajarina (gambar kecil) kerana didakwa memfitnah dan merosakkan reputasi beliau dan keluarganya. Writ saman itu difailkan peguamnya, Mohd. Haaziq Pillay di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 9.20 pagi semalam. Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif kes tersebut tidak hadir ke mahkamah. Dalam pernyataan saman itu, Daisy dinamakan defendan pertama dan Manohara, 17, yang digelar Cik Puan Temenggong defendan kedua. Plaintif dan defendan kedua berkahwin pada 26 Ogos 2008 dan tinggal bersama di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Namun selepas sembilan bulan berkahwin, defendan kedua didakwa pulang ke Indonesia tanpa kebenaran suami. Di Indonesia, defendan kedua dan pertama didakwa mengadakan sidang akhbar bertujuan memfitnah dan memburukkan reputasi plaintif. Kesemua sidang akhbar antara April dan Jun 2009 yang diadakan kedua-dua defendan itu didakwa mengeluarkan kata-kata umpatan dan fitnah yang kemudian diterbitkan oleh akhbar-akhbar di Indonesia dan di Malaysia. Perkataan-perkataan yang dikeluarkan defendan didakwa merujuk plaintif sebagai menyeksa, mendera secara seksual, menculik dan mengurung secara paksa serta menghentikan perhubungan antara defendan kedua dan pertama. "Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," jelas pernyataan plaintif. www.kosmo.com.my |
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment